Tokoh-tokoh Negara yang Anda Kagumi

2
Malindo air Pesawat Disediakan Oleh: Yana Nadhirah Dayah Osman Kelas: 2Haytham Guru Penyelaras: Teacher Effa

description

Dr .Tun Mahathir

Transcript of Tokoh-tokoh Negara yang Anda Kagumi

Slide 1

Malindo airPesawatDisediakan Oleh:Yana NadhirahDayah OsmanKelas:2HaythamGuru Penyelaras:Teacher Effa

Malindo Air, sebuah syarikat penerbangan yang berpengkalan diPetaling Jaya. Ia adalah kerjasama diantara National Aerospace & Defense Industries (NADI) (51%), Malaysia denganLion Air,Indonesia(49%).[4]Nama "Malindo" berasal daripada nama negara masing masing:Malaysia danIndonesia.Malindo Air bercadang untuk memulakan operasi pada 1 Mei 2013 dari terminal baru KLIA2. Walaubagaimanapun, Malindo Air mengawalkan tarikh pelancaran ke pertengahan Mac 2013 dengan destinasi domestik.[5][6]Syarikat penerbangan ini hanya menawarkan tempat duduk kelas ekonomi dan kelas perniagaan.NADI ialah syarikat baikpulih pesawat (AIROD) yang beroperasi di Subang. PT Lion Group mengendalikan Lion Air untuk operasi Jet dan Wings Air bagi operasi ATR72 turboprop yang berpusat diJakarta, Indonesia .Usahasama ini dilakukan kerana Indonesia mempunyai pasaran yang luas dalam industri penerbangan domestik berbandingMalaysia. Ianya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia. Penerbangan ini menawarkan dua kelas tempat duduk iatu 12 kelas perniagaan dan 168 tambang murah. Pesawat ini juga dilengkapi dengan sistem hiburan pesawat terkini pada setiap tempat duduk penumpang.Akronim MALINDO, menurutDatuk Seri Najib Tun Razak, ialah gabungan indah nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara.[7]Kuala Lumpur danKota Kinabaludi Malaysia akan digunakan sebagai hub penerbangan ke negara-negaraASEANdan Asia.Balidi Indonesia juga akan dijadikan sebagai hub penerbangan Malindo Airways keAustralia. Penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Bali sebagai sambungan penerbangan ke Australia.Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan dan Pengarah Presiden P.T. Lion Grup, Rusdi Kirana mengumumkan selepas majlis pertukaran dokumen perjanjian (MoU) dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Palace of the Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor pada Selasa 11 September 2012.Perkhidmatan dijangka beroperasi pada Mei 2013 selepas KLIA 2 siap. Operasi perkhidmatannya seperti syarikat penerbangan premium tetapi harga tiketnya seperti penerbangan kos rendah.