Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

7
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “ TOLERANSI DENGAN ORANG BUKAN ISLAM SUATU TUNTUTAN DAKWAH ” (16 OKTOBER 2009 / 27 SYAWAL 1430) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya amal ibadah adalah salah satu kayu pengukur kualiti keimanan seorang hamba. Semakin tinggi tingkat keimanan, maka semakin banyak pula amal ibadahnya dan sedikit 1

description

islam

Transcript of Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Page 1: Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“ TOLERANSI DENGAN ORANG BUKAN ISLAMSUATU TUNTUTAN DAKWAH ”

(16 OKTOBER 2009 / 27 SYAWAL 1430)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan

memperbanyakkan amal ibadah dan meninggalkan perbuatan yang tidak

bermanfaat. Sesungguhnya amal ibadah adalah salah satu kayu pengukur kualiti

keimanan seorang hamba. Semakin tinggi tingkat keimanan, maka semakin banyak

pula amal ibadahnya dan sedikit maksiatnya. Demikian pula sebaliknya. Pada hari

ini, mimbar Jumaat akan memperkatakan khutbah mengenai tajuk: “Toleransi

Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakwah”.

1

Page 2: Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Sebagai agama yang sempurna, Islam telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua

bidang kehidupan umat manusia. Termasuk di dalamnya adalah konsep toleransi

dan cara hidup dalam masyarakat majmuk. Allah SWT menciptakan manusia di

muka bumi ini dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama dan etnik. Untuk

itu pula Allah SWT mengajarkan konsep toleransi, dengan tujuan wujudnya

perdamaian umat manusia di muka bumi ini.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 108:

Maksudnya : “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa umat Islam wajib menghormati

masyarakat bukan Islam. Kita ditegah mencemuh atau mengejek mereka, kerana

mereka akan membalas penghinaan tersebut. Inilah konsep toleransi yang

diajarkan Islam.

Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan

kedamaian di antara sesama manusia. Meskipun kita bergaul dengan orang yang

berbeza iktikad keyakinan, tetapi kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan. Allah

SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada

orang yang berbeza akidah sekalipun.

2

Page 3: Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Allah SWT mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak

penganut agama lain. Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak

adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan akidah. Sebaliknya jika hak

Islam digugat, maka baharulah Islam mengizinkan tindakan yang lebih keras. Ini

disebut oleh Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9:

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Berdasarkan ayat tadi, jelas bahawa Islam menyuruh umatnya menghormati

penganut agama lain. Oleh yang demikian, sebarang tindakan kekerasan terhadap

masyarakat bukan Islam dengan alasan berbeza agama adalah tidak dibenarkan

secara syariat.

Sememangnya al-Quran ada menyebutkan tentang prinsip orang Yahudi dan

Nasrani yang tidak akan menerima dan terus membenci umat Islam sehingga kita

mengikut agama mereka. Namun, sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang

membawa rahmat sekalian alam, kita tidak dibenarkan memusuhi dan memerangi

mereka tanpa alasan yang dibenarkan oleh syara’.

3

Page 4: Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Penghormatan terhadap masyarakat bukan Islam juga telah dibuktikan oleh

Rasulullah SAW, tatkala baginda membuat Piagam Madinah. Baginda secara jelas

menyebut bahawa orang Yahudi sebagai satu umat. Di antara butir-butir

kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan

tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak

berbuat zalim (makar), hendaklah dilindungi dan diberi keamanan.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyatakan bahawa:

“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan”.(Riwayat Abu Daud)

Sebagai umat Islam, kita dilarang menghakimi mereka. Tetapi kita

hendaklah tegas dalam menyatakan keesaan Allah SWT. Toleransi bukan bererti

kita mengakui kebenaran keyakinan mereka. Islam menetapkan bahawa persoalan

iman dan ibadat tidak ada toleransi.

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar menyeru marilah kita merenung kembali

pemahaman agama kita. Semoga dengan itu, kita mampu mencapai misi Islam

sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan

bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia.

Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi

strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan

tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Kita perlu ingat bahawa kira-kira

40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam. Oleh itu,

menghormati mereka memberi peluang besar kepada kita untuk berdakwah.

4

Page 5: Toleransi Dengan Orang Bukan Islam Suatu Tuntutan Dakislamwah - Rumi

Bersempena dengan kemeriahan bulan Syawal ini kita dapati ada sebahagian

umat Islam mengadakan rumah terbuka. Justeru, mimbar menyeru sidang Jumaat

sekalian, marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk mengeratkan

silaturrahim sesama Islam dan bukan Islam.

Maksudnya : “Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku. (Surah Al-Kaafirun: 1-6)

5