Toleransi Ummah Rumi

9
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia TOLERANSI UMMAH(12 SEPTEMBER 2014 / 17 ZULKAEDAH 1435H) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah sekalian, marilah kita sama- sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, maka mimbar yang mulia akan membincangkan khutbah bertajuk: Toleransi Ummah”. Muslimin Yang Dirahmati Allah, 1

description

NXmdcnmncm,cnm,cn,ckkljfkljfjfiofhjifhihdkdhkfdhkdfnkdjkdn

Transcript of Toleransi Ummah Rumi

Page 1: Toleransi Ummah Rumi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia“TOLERANSI UMMAH”

(12 SEPTEMBER 2014 / 17 ZULKAEDAH 1435H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri saya dan sidang

jemaah sekalian, marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah SWT dengan

bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup

serta berbahagia di dunia dan di akhirat. Bersempena dengan Sambutan Hari

Malaysia pada 16 September ini, maka mimbar yang mulia akan membincangkan

khutbah bertajuk: “Toleransi Ummah”.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Sesebuah negara tidak hanya ditegakkan atas asas perundangan semata-mata, akan

tetapi ianya perlulah berteraskan kepada beberapa prinsip antaranya ialah toleransi

ummah dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Apakah yang dimaksudkan

dengan toleransi ummah ini?. Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan secara

ringkasnya toleransi merujuk kepada sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat

yang memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish iaitu mementingkan diri

sendiri, mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan

1

Page 2: Toleransi Ummah Rumi

menghormati hak orang lain. Mereka yang mengamalkan sikap toleransi berupaya

menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh

berkorban untuk orang lain, bersikap terbuka dan berlapang dada. Ciri-ciri tersebut

adalah penting untuk dipraktikan dalam kehidupan sebuah masyarakat majmuk

supaya keharmonian terselah dan keamanan dapat dihayati oleh semua pihak.

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa toleransi sesama manusia

dalam Islam adalah berasaskan ta'awanu alal-birri wattaqwa iaitu bekerjasama di

atas dasar kebaikan dan taqwa. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya,

Riyadhus Salihin. Beliau membicarakannya dalam bab yang khas bertajuk Bab

kelebihan bergaul dengan manusia serta menghadiri perjumpaan dan perkumpulan

mereka yang baik, majlis zikir bersama mereka, menziarahi mereka yang sakit dan

yang meninggal, membantu yang memerlukan, membimbing mereka yang jahil dan

selainnya yang mempunyai kebajikan, bagi yang mampu menyuruh kepada yang

makruf dan mencegah mungkar serta menahan diri daripada menyakiti dan bersabar

apabila disakiti. Oleh itu, agama Islam ialah agama yang berteraskan toleransi dan

perkara ini telah dijelaskan dengan tegas di dalam al-Quran. Firman Allah SWT di

dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:

Bermaksud: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

Berasaskan ayat ini, jelas bahawa perbezaan agama bukanlah alasan untuk tidak

berlaku adil. Justeru, berlaku adil dan berkelakuan baik terhadap orang lain yang

berbeza keyakinan merupakan sebahagian daripada syarat terpenting yang membawa

kepada sifat toleransi.

2

Page 3: Toleransi Ummah Rumi

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Bagaimanakah cara yang sesuai untuk kita merealisasikan toleransi ummah ini agar

semua kaum dapat menerimanya?. Mimbar ingin menyatakan bahawa pendekatan

wasatiyah yang bersifat komprehensif dan bersepadu merupakan asas kepada

pembinaan toleransi di negara ini. Wasatiyyah adalah merujuk kepada pelaksanaan

sesuatu secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan,

kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain tetapi pada masa yang sama Islam

terus dihargai atau dimartabatkan. Keadaan ini bertepatan dengan firman Allah SWT

dalam surah al-Baqarah ayat 143:

Maksudnya: “Dan demikianlah( sebagai mana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus ) Kami jadikan kamu(wahai umat Muhamad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia(tentang yang benar dan salah) dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu.”

Mimbar yang mulia ini ingin menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan yang

digubal menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu jelas mengandungi nilai-nilai

wasatiyyah iaitu supaya berlaku adil, kepada semua kaum, berimbang dan sederhana

dalam amalan dan tindakan mereka. Kontrak sosial telah dipersetujui dengan

persefahaman antara kaum diikat kuat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kontrak

sosial yang diterima pemimpin pelbagai kaum telah mengamalkan prinsip wasatiyyah

yang mempunyai nilai kesederhanaan bagi mewujudkan ummatan wasata.

Namun berdasarkan kepada pemerhatian mimbar akhir-akhir ini terdapat

segelintir mereka yang cuba mengherot-berotkan toleransi ini dengan insiden yang

tidak sepatutnya berlaku. Mereka sengaja menggunakan pelbagai isu untuk

menggugat kontrak sosial yang telah diperakukan bersama. Demi mengejar kuasa dan

pengaruh, mereka berani mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan,

peranan Mahkamah Syariah dan bidangkuasa Raja sebagai ketua agama dan adat

istiadat Melayu di negara ini. Mereka juga memperlekeh dan menghina hak peribadi

3

Page 4: Toleransi Ummah Rumi

umat Islam. Lihatlah dengan mata hati kita apa yang sedang berlaku saat ini!..inilah

akibatnya jika ada segolongan manusia yang terlampau taksub dengan kepentingan

peribadi sehinggakan melampaui batas dan tidak sedar di mana bumi yang mereka

pijak dan langit mana yang perlu mereka junjung.

Apa yang mendukacitakan masih terdapat segelintir masyarakat yang salah

faham, tidak boleh menerima nasihat dan tidak puas hati dalam isu-isu tertentu seperti

agama, etnik dan hak asasi manusia. Buktinya, statistik daripada Polis Diraja

Malaysia (PDRM) yang menerima sebanyak 853 laporan daripada 33 kes melibatkan

isu sensitif perkauman sepanjang tempoh Januari hingga Julai 2014 di seluruh negara.

Mimbar ingin menasihatkan semua pihak agar tidak mengambil sesuatu tindakan

menurut hawa nafsu semata-mata dan tidak mengikut telunjuk pihak yang

mempunyai kepentingan peribadi dengan mengap-apikan isu toleransi yang telah

disepakati bersama, kerana ianya dikhuatiri akan menyalakan api permusuhan antara

kita, yang seterusnya akan menggugat keharmonian dan keamanan negara.

Seharusnya sebagai umat Islam kita hendaklah jangan tersilap langkah dalam

memahami tuntutan toleransi ummah ini. Namun perlu diingat, toleransi yang

dimaksudkan hendaklah berteraskan kepada prinsip Islam yang berlandaskan kepada

al-Quran dan al-sunnah. Kita juga tidak boleh mengenepikan apa yang telah

termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Mimbar ingin berpesan bahawa umat

Islam yang menjiwai makna toleransi adalah mereka yang sentiasa bersikap terbuka

dan saling menghormati antara satu sama lain. Ingatlah bahawa keharmonian kaum

dan perpaduan rakyat dalam negara ini sebenarnya wujud berasaskan kepada gabungan

kepelbagaian faktor antaranya melalui semangat kerjasama, kompromi dan

persefahaman. Janganlah ada antara kita cuba menghancurkan apa yang telah kita capai

selama ini melalui sifat toleransi, persefahaman dan bertolak ansur. Janganlah kita

membiarkan fahaman yang ekstrem menguasai pemikiran pihak yang berkepentingan dan

berniat jahat untuk memecahbelahkan negara yang kita cintai. Ingatlah bahawa tanah

4

Page 5: Toleransi Ummah Rumi

inilah tempat kelahiran kita, rumah kita, tempat mengalirkan keringat untuk kita mencari

rezeki bagi menyara diri dan keluarga kita dan akhirnya sebagai tempat persemadian kita.

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, mimbar menyeru para

jemaah dan seluruh umat Islam, marilah sama-sama kita membina toleransi di

kalangan kita dalam semua perkara serta janganlah kita melampaui batas dalam

perkara yang telah dipersetujui. Sikap melampau sebenarnya akan menjadi

pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan

kestabilan sosio-politik negara. Mimbar ingin berpesan usahlah kerana kepentingan

diri yang sempit, kita sanggup meruntuhkan perpaduan yang telah lama terbina dan

menggadai kuasa dan maruah yang ada.

Demi Islam dan masa depan ummah..inilah masanya kita mesti bersatu tanpa

mengira fahaman politik dan singkirkanlah segala anasir jahat yang cuba mencabar

perlembagaan negara dan berusaha untuk memesongkan fikiran kita. Fikirkanlah

dengan akal yang bijaksana dan hentikanlah sikap yang terlalu mudah mempercayai

khabar angin dan hasutan pihak-pihak musuh tanpa mengambil kira baik buruk

kesannya kepada agama dan bangsa kita, ambillah iktibar dan ingatan daripada

penindasan yang sedang berlaku kepada umat Islam di luar negara sebelum ia berlaku

juga kepada kita. Ingatlah pesanan dari Raja kita bahawa “ rakyat perlu diinsafkan

supaya jangan cepat membuang pelita kerana riang melihatkan fajar yang akan

menyinsing kerana siang hari juga akan berakhir, jangan nanti bila malam

mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba.”

Sekali lagi mimbar mengingatkan bahawa toleransi merupakan sebahagian

daripada tuntutan Islam. Pendekatan ini wajar diteruskan kerana kita menyakini

gesaan Allah SWT yang meletakkan persoalan iman sebagai syarat utama kejayaan

umat Islam di dunia ini dan di akhirat kelak. Semoga Malaysia yang tercinta ini terus

maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta pelindung kepada Islam dan

5

Page 6: Toleransi Ummah Rumi

umatnya. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-A’raf

ayat 96:

Maksudnya: “Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

6