Topik 07 Internet

download Topik 07 Internet

of 26

Transcript of Topik 07 Internet

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    1/26

    106 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    TOPIK 7 INTERNET

    PENGENALAN

    Topik ini pula kita akan memberi penumpuan terhadap perkembangan dan sejarah

    Internet pula. Anda mungkin sudah biasa melayari Internet, tetapi tahukah anda apakahkeupayaan sebenar Internet? Di dalam topik ini, kita akan mempelajari tentang bahan-bahan yang terdapat di Internet dan kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan di Internet.

    Selain itu, anda juga akan mengenalpasti proses mencari maklumat secara berkesandi Internet.

    OBJEKTIF

    Selepas menjalani topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. mengetahui sejarah Internet;

    2. mengetahui bahan yang terdapat di Internet;

    3. mengenalpasti kegiatan yang boleh dilakukan di Internet; dan

    4. menguasai proses mencari maklumat secara berkesan di Internet.

    7.1 TAKRIFAN

    Istilah seperti Internet, Intranet dan extranet sering terdapat dalammajalah komputer. Apakah maksud istilah-istilah ini? Setiap istilah

    mempunyai perbezaan antara satu sama lain.

    Dalam satu organisasi seperti pejabat kerajaan, syarikat swasta dan universiti,

    komputer lazimnya disambungkan dalam satu rangkaian komputer yang dinamakan LAN(local area network) atau rangkaian kawasan setempat. Ini membolehkan pengguna

    berkongsi sumber seperti pencetak, berkomunikasi melalui e-mel, berkongsi pangkalan

    data dan sebagainya. Apabila dua atau lebih LAN ini digabungkan kepada satu LAN yangbesar, ia dinamakan internetwork atau Internet. Seperti yang dapat kita lihat dalamRajah 7.1 berikut:

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    2/26

    OUM 107

    TOPIK 7 INTERNET

    Sekarang bayangkan semua rangkaian komputer LAN di seluruh dunia digabungkanuntuk membentuk satu rangkaian komputer yang bersifat global. Rangkaian yang

    terbentuk ini dinamakan Internet, iaitu satu rangkaian yang terbentuk dari gabunganrangkaian-rangkaian komputer dari seluruh dunia. Dengan Internet, sebuah komputer

    di Kuala Lumpur mampu mencapai sebuah komputer di China, di India, di Amerika

    Syarikat, di Jepun, di Arab Saudi dan di mana-mana sahaja.

    Rajah 7.1: Struktur internet

    Internet ini telah berjaya mewujudkan desa sejagat di mana satu komuniti boleh

    berhubung dengan komuniti lain dengan mudah tanpa batasan sempadan dan waktu.

    Internet merupakan satu gabungan rangkaian komputer yang besar yangmeliputi seluruh dunia.

    Istilah intranet merujuk kepada gabungan beberapa rangkaian kawasansetempat dalam satu organisasi sahaja (intra membawa maksud dalaman)

    Sebagai contoh, sistem rangkaian kawasan setempat yang menghubungkan semua

    fakulti-fakulti di Open University Malaysia adalah intranet.

    Sepertimana yang kita tahu Internet menguasai hampir setiap aspek

    kehidupan manusia masa kini. Adakah anda tahu bagaimana ia bermula?

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    3/26

    108 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    7.2 SEJARAH

    Rangkaian Internet mempunyai sejarah yang amat menarik. Dengan melihat

    perkembangan sejarah ini, kita akan dapat menilai kelebihan, kekurangan, kelemahan,perkembangan dan masa depan Internet dengan lebih baik. Rangkaian Internet

    dilahirkan di Amerika Syarikat. Pada tahun 1978, Jabatan Pertahanan, Kerajaan AmerikaSyarikat telah menubuhkan agensi Advance Research Projects Agency (ARPA).

    Organisasi ini bertanggungjawab untuk meningkatkan kegiatan penyelidikan dan

    pembangunan dalam bidang teknologi untuk bersaing dengan kerajaan Russia. Inimerupakan satu jawapan kepada kejayaan kerajaan Russia melancarkan satelitkomunikasi Sputnik pada tahun 1977. Pada dekad 1970an, kerajaan Amerika Syarikat

    dan Kerajaan Russia berada dalam peringkat perang dingin. Ramai berpendapat,

    kejayaan Russia telah membangunkan Amerika Syarikat dari tidurnya.

    7.2.1 Bagaimana Internet Bermula

    Dua penyelidikan utama dalam ARPA adalah perkongsian intelek dan perkongsian sumberkomputer. Penyelidikan perkongsian intelek adalah bagaimana para penyelidik boleh

    berkongsi pendapat di antara satu sama lain walaupun di mana mereka berada.

    Penyelidikan perkongsian sumber komputer adalah bagaimana seorang penyelidik bolehmenggunakan sumber komputer di tempat lain dengan mudah. Perlu diingat pada dekad

    itu, komputer adalah mahal terhad dan besar. Satu komputer lazimnya berharga melebihiberjuta ringgit dan memenuhi satu bilik besar. Hanya organisasi seperti Jabatan Pertahanan

    dan syarikat yang besar mampu memiliki komputer. Komputer peribadi belum wujud.

    Hasil dari penyelidikan ini, satu rangkaian komputer yang dinamakan ARPANET telahdihasilkan pada 1969. Ia menghubungkan empat komputer yang berada pada lokasi yangberasingan iaitu University of California at Los Angeles (UCLA), University Of California

    at Santa Barbara (UCSB), University of Utah dan Stanford Research Institute (SRI). (Silarujuk atlas dan dapatkan lokasi-lokasi komputer-komputer ini serta jarak di antara mereka)Pada tahun 1971, sebanyak 23 komputer menyertai ARPANET, kebanyakannya adalah

    universiti dan pusat penyelidikan. Pada tahun 1973, jumlah ini meningkat kepada 2,000komputer. Pada 1971, kemudahan e-mel diperkenalkan dalam ARPANET.

    Pada dekad 70an, usaha telah ditumpukan untuk mewujudkan satu piawai dalamperkongsian data di antara berbagai jenis rangkaian komputer. Pada masa itu, setiapsyarikat komputer memperkenalkan sistem rangkaian yang berbeza antara satu sama

    lain. Ini untuk membolehkan semua komputer yang berlainan jenama dalam berbagai

    jenis rangkaian mampu berkongsi data atau berkomunikasi antara satu sama laindengan mudah. Pada tahun 1974, satu kaedah perkongsian data yang dinamakan

    Transmission Control Protocol (TCP) diperkenalkan. Selanjutnya pada 1978, kaedahini diperluaskan kepada satu kaedah yang dinamakan Transfer Control Protocol/Internet

    Protocol(TCP/IP).

    Tahukah anda bahawa Internet dianggap sebagai satu revolusi dalam

    teknologi maklumat.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    4/26

    OUM 109

    TOPIK 7 INTERNET

    7.2.2 Internet Sebagai Satu Fenomena

    Pada tahun 1982, rangkaian ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya sebagai piawai

    dalam perkongsian data. Ini membolehkan berbagai jenis komputer dalam ARPANETberkongsi data antara satu sama lain. Istilah internet dan Internet mula digunakan dari

    tarikh ini. Istilah internet merujuk kepada rangkaian komputer yang menggunakan TCP/IP dan Internet merujuk kepada gabungan rangkaian-rangkaian komputer yang

    menggunakan TCP/IP. Kejayaan ARPANET menggunakan TCP/IP telah menyetopikkanbanyak universiti dan organisasi menyertai ARPANET. Pada tahun 1984, dianggarkanterdapat 1,000 komputer dalam ARPANET. Kegiatan utama di Internet pada masa itu

    adalah e-mel, pemindahan fail (ftp) , login masuk jauh (remote login) dan USENET.

    Pada tahun 1986, NFSNET, satu rangkaian berkelajuan tinggi telah ditubuhkan.

    Rangkaian ini menjadi rangkaian tulang belakang yang menghubungkan universiti, pusatpenyelidikan dan agensi kerajaan dengan pusat superkomputer. Pada tahun 1990,

    rangkaian ARPANET ditamatkan dan fungsinya telah diambilalih oleh NFSNET. Pada

    1997, fungsi NSFNET sebagai rangkaian tulang belakang telah diambilalih oleh pihakswasta.

    Pada dekad 80an dan awal 90an, penggunaan Internet masih terhad pada universiti,

    pusat penyelidikan dan organisasi kerajaan. Penggunaan utama adalah e-mel, ftp danUSENET. Pada 1989, satu peristiwa besar berlaku di European Laboratory for Particle

    Physics (CERN), sebuah pusat penyelidikan yang besar di Switzerland, yang bakalmengubah corak Internet untuk selamanya. Tim Berners-Lee, seorang penyelidik di

    CERN, telah mencadangkan satu kaedah perkongsian maklumat berasaskan hiperteksuntuk persekitaran Internet.

    Pada 1990, Berners-Lee telah memperkenalkan protokol atau kaedah

    Hypertexts Transfer Protocol(HTTP), iaitu satu kaedah yang boleh digunakanuntuk membangunkan sistem multimedia teragih berasaskan rangkaian.

    Sistem multimedia ini mengandungi grafik, teks, audio dan video yang boleh diindeksdan dicapai dengan mudah oleh pengguna dari seluruh dunia. Sistem ini telah diberikan

    berbagai nama seperti World Wide Web, W3, web atau WWW. Seperti yang kita tahu

    kini Internet telah dilahirkan! Dari segi takrif, World Wide Web atau Web atau WWWboleh ditakrifkan sebagai satu jalinan berbagai jenis maklumat seperti grafik, audio,

    video dan teks berasaskan hiperteks. Istilah asal hiperteks telah diperkenalkan oleh TedNelson pada tahun 1967. Pada asalnya hiperteks hanya melibatkan dokumen teks tetapi

    kini ia meliputi dokumen berasaskan grafik, audio, video dan sebagainya. (dapatkanrencana as we may think dari Internet).

    Ted Nelson berusaha membangunkan satu sistem hiperteks yang dinamakan Xanadu.

    Idea asas hiperteks pernah diutarakan oleh Vannevar Bush dalam rencana As We May

    Think pada tahun 1947. Mengikut Nelson, hiperteks bermaksud satu koleksi dokumenatau nod yang mempunyai pautan atau rujukan antara satu sama lain. Pengguna bolehmembaca satu dokumen dan mencapai dokumen lain melalui pautan secara interaktif.

    Konsep asas dalam hiperteks adalah pautan, capaian dan interaktif. Dengan hiperteks,

    maklumat yang disediakan adalah berpautan antara satu dengan lain seperti jaringanlabah-labah.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    5/26

    110 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Pada 1992, terdapat 70 tapak yang menawarkan perkhidmatan http atau WWW diseluruh Internet. Kaedah http masih tidak meluas digunakan kerana tiada pelayarInternet (browser) yang baik dan menarik untuk pengguna. Kebanyakan pelayar Internet

    pada masa itu adalah berasaskan teks. Pada 1993, satu pelayar berasaskan grafik telah

    dibangunkan oleh Marc Andreesen dan Eric Bina di National Center for SupercomputingApplication (NCSA) di Amerika Syarikat. Pelayar ini dinamakan Mosaic dan diberikan

    secara percuma untuk pengguna. Ia mempunyai ciri-ciri antaramuka yang menarik danmesra pengguna. Gabungan idea hiperteks Berners-Lee dan pelayarMosaicakhirnyatelah berjaya mempopularkan kaedah http di Internet.

    Perisian Mosaic telah dianggap sebagai perisian adicipta, iaitu satu aplikasi unggul yangtelah berjaya mempopularkan Internet kepada pengguna awam dalam sekelip mata.

    Pada akhir 1993, dalam tempoh 24 bulan sejak http diperkenalkan, terdapat lebih 700tapak WWW. Internet mula mendapat perhatian media dan orang awam. Banyak berita

    tentang Internet terdapat di majalah, surat khabar dan televisyen.

    Dari segi komersil, Internet mula mendapat perhatian syarikat-syarikat komersil gergasi.Ramai berpendapat, Internet merupakan kunci untuk kejayaan masa depan untuk

    syarikat-syarikat komersial. Banyak syarikat berasaskan Internet ditubuhkan seperti

    cendawan selepas hujan. Marc Andreseen dan beberapa rakan-rakan telah menubuhkan

    satu syarikat teknologi Internet dan mengeluarkan pelayar Internet yang dinamakanNetscape. Pelayar ini diberikan secara percuma kepada semua pengguna. Syarikatgergasi Microsoft agak lewat memasuki era Internet. Syarikat ini mengeluarkan pelayar

    Internet Explorer sebagai usaha untuk menguasai Internet. Persaingan antara kedua-

    dua perisian pelayar Internet ini untuk mendapat pasaran pengguna Internet adalah amatmenarik. Ramai berpendapat, sesiapa yang menguasai pasaran pelayar akanmenguasai Internet.

    7.2.4 Perkembangan Internet

    7.2.3 Marc Andreessen

    Kaedah http diperkenalkan di Internet pada tahun 1991.

    Pada pendapat anda, apakah perubahan Internet dalam jangka masa7 tahun akan datang?

    Adalah dianggarkan pengguna Internet berganda setiap 18 bulan. Tempoh 1997-1999merupakan tahun ledakan Internet di mana Internet menjadi bualan dan topikperbincangan yang hangat. Demam Internet mula melanda setiap pengguna di mana

    setiap pengguna ingin mempunyai laman web peribadi dan mempunyai akaun e-mel.

    Berbagai faedah dan keistimewaan tentang Internet dicadangkan oleh media danberbagai pihak. Antara faedah yang sering digembar-gembur tentang Internet adalah

    Internet mampu mewujudkan desa sejagat, menghapuskan sempadan antara negara,

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    6/26

    OUM 111

    TOPIK 7 INTERNET

    7.3 EVOLUSI INTERNET

    Setengah pihak berpendapat Internet membuka satu era baru dalam ekonomi. Dalam

    era ekonomi baru ini, sebuah syarikat tidak perlu satu bangunan atau tapak fizikal,ia cuma perlu satu laman web untuk berurusan dengan pengguna. Semua urusanboleh dilakukan melalui Internet. Banyak syarikat berasaskan Internet, juga disebut

    syarikat dotcom, ditubuhkan di seluruh dunia. Banyak syarikat ini disenaraikan di bursa

    saham dan mendapat sambutan luar biasa dari pelabur. Ada syarikat yang

    disenaraikan pada harga RM2.00, dan pada esoknya diurusniaga pada harga RM200!Internet akan terus berkembang dan terus berkembang. Dalam Jadual 7.1, dinyatakansejarah Internet yang menunjukkan bagaimana perubahan-perubahan yang berlaku

    dalam sejarah Internet.

    7.3.1 Garis Masa Internet

    1969 4 komputer dihubungkan dalam rangkaian ARPANET di Amerika Syarikat.

    Komputer yang terlibat adalah UCLA (University of California at Los Angeles),UCSB (University of California at Santa Barbara), SRI (Stanford Research

    Institute) dan University Of Utah.

    1971 Bi langan komputer dalam ARPANET meningkat kepada 21. Kaedah

    komunikasi e-mel diperkenalkan.

    menyediakan maklumat secara pantas, sebagai satu alat merapatkan jurang negara

    maju dan negara membangun, pendidikan terbuka atas talian dan ekonomi tanpabatasan sempadan. Kini, kebanyakan kenyataan tersebut masih belum dicapai

    sepenuhnya atau masih boleh dipertikaikan.

    Tahun 2000 merupakan tahun kebenaran untuk Internet. Kelemahan Internet mula ketaradan dirasai oleh pengguna. Antara masalah yang timbul adalah kesukaran mencari

    maklumat yang relevan, kesesakan rangkaian, berita tidak bertapis, berbagai khabarangin, penyebaran virus melalui e-mel, tahap keselamatan yang rendah apabilamenggunakan kad kredit dalam urusniaga, pencerobohan komputer, bahan-bahan lucah

    disebarkan secara berleluasa dalam talian dan sebagainya. Banyak syarikat dotcommengalami kerugian dan ditutup. Mengikut satu kajian, syarikat yang untung di Internetadalah syarikat yang mengendalikan laman web yang menjual bahan lucah.

    Dapatkan kenyataan akhbar tentang Internet pada tempoh 1997-1999.Dalam keghairahan mempopularkan Internet, setengah dari kenyataantersebut mungkin keterlaluan. Berdasarkan fakta semasa, tentukan

    kenyataan yang benar dan yang salah.

    Latihan 7.1

    Dapatkan senarai syarikat dotcom di Malaysia. Apakah masalah penubuhan

    syarikat dotcom di Malaysia?

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    7/26

    112 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    1973 University College of London disambung kepada ARPANET. Hubungan pertama

    ARPANET luar dari Amerika Syarikat.1978 Kaedah perkongsian data TCP/IP dihasilkan.

    1979 USENET diperkenalkan. Ia melibatkan 2 komputer dalam ARPANET.

    1982 ARPANET menggunakan TCP/IP sepenuhnya. Takrif Internet dan internetdiperkenalkan. Takrif internet merujuk kepada satu gabungan rangkaian

    komputer yang menggunakan TCP/IP, dan Internet sebagai gabungan banyakinternet di seluruh dunia.

    1984 Bilangan komputer di Internet melebihi 1,000 unit.

    1987 Bilangan komputer di Internet melebihi 10,000 unit. Peningkatan sebanyak1000%.

    1988 Internet dilumpuhkan oleh Internet Worm, satu aturcara komputer yang telah

    tersebar secara sendiri. Peristiwa ini menunjukkan tahap keselamatan yangrendah di Internet. CERT (Computer Emergency Response Team) ditubuhkanuntuk mengawasi isu keselamatan di Internet.

    1989 Bilangan komputer melebihi 100,000 unit. Buku Cuckoo Nestditerbitkan. Bukuini menceritakan bagaimana sekumpulan penceroboh dari Jerman berjayamemasuki beberapa komputer tentera Amerika Syarikat secara tidak sah

    melalui Internet.

    1990 ARPANET diberhentikan dan digantikan dengan rangkaian NFSNET.

    1991 HTTP dihasilkan oleh Tim Berners-Lee di CERN. Ia menjadi asas kepadaperkembangan WWW di Internet.

    Jadual 7.1: Fasa-fasa Perubahan Internet

    Evolusi Takrifan

    Fasa pertama Untuk tujuan penyelidikan dan perkongsian sumber komputer. Hanya

    (1978-1969) terdapat di Amerika Syarikat sahaja. Kebanyakan penguna adalah saintis,

    pelajar dan ahli akademik. Internet digunakan sebagai alat berkongsi

    sumber komputer.

    Fasa kedua Komunikasi seperti e-mel, f tp, USENET digunakan secara meluas.

    (1970-1990) Pengunaan masih terhad kepada universiti dan agensi kerajaan. Internet

    tertumpu di Amerika Syarikat, negara Eropah dan Japan. Internet

    digunakan sebagai alat komunikasi.

    Fasa ketiga Kaedah hiperteks mula digunakan secara meluas untuk menjalinkan

    (1990-1997) maklumat. Internet mulai mendapat perhatian umum kerana pelayar

    Internet mempunyai antaramuka yang menarik dan mesra pengguna.

    Fasa keempat Ledakan Internet. Bilangan pengguna meningkat dengan cepat. Internet

    (1997-2000) mula digunakan untuk urusan perniagaan. Internet menjadi bahan bualan

    dan berbagai rencana majalah.

    Fasa kelima Realiti Internet. Banyak syarikat dotcom gulung tikar. Realiti tentang

    (2001-?) kekuatan dan kelemahan Internet mula dirasai. Berbagai usaha untuk

    memajukan Internet diteruskan.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    8/26

    OUM 113

    TOPIK 7 INTERNET

    1992 Bilangan komputer di Internet melebihi 1,000,000 unit. Buku Surfing the Internet

    (http://www.netmomcom/about/surfing.shtm.l) dan Zen and the Art of theInternet(http://www.cs.indiana.edu/docproject/zen/zen-1.0_toc.html) dihasilkan

    dan diedarkan secara percuma di Internet. Frasa melayar Internet adalahdiangkat dari buku Surfing the Internet. (dapatkan buku-buku ini dari Internet).

    Malaysia menyertai Internet. Rangkaian Internet di Malaysia diuruskan olehMIMOS (Malaysian Institute of Microelectronic Systems). Rangkaian ini

    dikenali sebagai JARING dan disertai beberapa universiti tempatan sepertiOpen University Malaysia.

    1993 Peningkatan pelayan WWW sebanyak 341,643%. Pelayar Mosaic

    diperkenalkan dan diberikan secara percuma untuk pengguna.

    1997 Fungsi tulang belakang rangkaian NFSNET dalam menyediakan laluan Internetdiambilalih oleh syarikat komersil. Bahasa aturcara komputer berasaskan

    objek Java dilancarkan oleh Sun Microsystem pada Mei 23. Bahasa ini

    mendapat sambutan yang amat luar biasa. Bahasa Java membolehkan lamanweb mempunyai berbagai animasi menarik. Enjin gelintar diperkenalkan.

    1996 Peperangan berlaku di antara pelayar Netscape Communicator dan InternetExplorer. Pada masa ini hampir 80% pengguna menggunakan Netscape.

    1997 Terdapat 17,618 medan perbincangan berasaskan e-mel.

    1998 Internet dianggarkan mempunyai 277,320 juta laman web. Teknologi e-dagangdan portalmula mendapat perhatian.

    1999 Bilangan komputer di Internet dianggarkan sebanyak 76 juta unit. Bilanganpelayan WWW dianggarkan sebanyak 7 juta unit.

    2000 Dianggarkan terdapat lebih-kurang 1 bilion laman web di Internet.

    2001 Terdapat hampir 2.1 bilion laman web di Internet. Terdapat hampir 470 juta

    pengguna. Hampir kesemua negara di dunia ada Internet. (Dapatkan negara

    yang tiada Internet)

    Dari sejarah dan garis masa Internet, kita dapati perkembangan pesat Internet dalam

    tempoh 30 tahun sahaja. Internet bermula sebagai rangkaian penyelidikan, kemudian

    kepada rangkaian komunikasi dan perkongsian data, dan akhirnya kepada rangkaianuntuk e-dagang. Dari satu dunia yang berpisah menggabungkan sempadan, Internet

    telah berjaya mewujudkan desa sejagat yang melangkau tempat dan masa.

    Cuba anda bayangkan impak Internet terhadap masyarakat, baik di

    Malaysia mahupun di seluruh dunia. Cuba bayangkan jika Internet tidak

    wujud pada masa ini. Apakah kegiatan yang pengguna tidak boleh buatjika tiada Internet?

    Tahukah anda bahawa nombor IP untuk seluruh Internet diselaraskanoleh satu badan yang berpusat di http://www.internic.net, sementara

    untuk komputer di Asia diselaraskan oleh APNIC (Asia Pacific NetworkInformation Center) yang berpusat di Jepun. Lazimnya, nombor IP hanyadiberikan kepada organisasi, universiti dan agensi kerajaan. Ia tidak

    diberikan kepada orang perseorangan. Pengagihan nombor IP diMalaysia diuruskan oleh MIMOS.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    9/26

    114 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    7.4 KOMPUTER DI INTERNET

    Terdapat dua jenis komputer di Internet iaitu komputer hos dan komputer pelayan. Hosadalah sebuah komputer yang unik dalam Internet mempunyai nombor IP( Internet

    Protocol). Nombor IP adalah jujukan empat nombor a.b.c.d. Contoh nombor IP adalahseperti 202.187.48.7, 202.187.46.197 dan 192.228.128.18. Setiap jujukan a,b,c,d adalah

    di antara julat 0 hingga 277. Sebagai contoh, nombor IP untuk hos di Universiti

    Kebangsaan Malaysia adalah antara julat 202.187.40.x hingga 202.187.46.y. Analogiyang baik untuk nombor IP adalah nombor kad pengenalan. Ianya adalah unik untuksatu hos. Tidak ada dua hos di Internet yang mempunyai nombor IP yang sama.

    Komputer perlu ada nombor IP untuk mencapai Internet.

    Sebagai peraturan mudah, jika komputer itu komputer peribadi dan mempunyai nombor

    IP, maka komputer itu adalah komputer hos. Sekiranya pengguna mencapai Internetdengan pembekal khidmat Internet seperti tm.net.my, jaring.my atau maxis.my melalui

    komputer di rumah, pengguna tidak memerlukan nombor IP. Komputer pengguna akan

    diberikan nombor IP secara dinamik oleh Pembekal Perkhidmatan Internet.

    Komputer juga boleh berfungsi sebagai pelayan, iaitu komputer yang boleh dicapai oleh

    pengguna di Internet. Pelayan adalah sebuah komputer berkuasa tinggi yang digunakansebagai tapak laman web, tapak e-mel, tapak perbincangan elektronik, arkib, pelayanfail dan sebagainya. Pelayan lazimnya menggunakan sistem pengoperasian Unix, Linux,

    Solaris, atau Windows 2000 Server.

    Pelayan mempunyai dua bentuk pengenalan, nombor IP dan nama FQDN. Contoh

    nama FQDN (Fully Qualified Domain Name ) pelayan adalah sepertiwww.jaring.my(192.228.128.18) dan oum.edu.my (202.187.48.7). Analoginya adalah,seorang insan ada nombor kad pengenalan dan nama, maka pelayan mempunyai

    nombor IP dan nama FQDN. Sebagai peraturan mudah, jika komputer itu berkuasatinggi, mempunyai nombor IP dan nama FQDN, maka komputer itu adalah pelayan.

    Nama-nama FQDN adalah untuk memudahkan pengguna Internet kerana adalah lebihsenang mengingati nama FQDN www.jaring.my dari nombor IP 192.228.128.18. Oleh itu,setiap pelayan di Internet mempunyai nombor IP dan nama sebagai pengenalan. Nama

    FQDN memberikan banyak maklumat tentang satu-satu pelayan. Sebagai contoh, nama

    pelayan pkrisc.cc.ukm.my membawa maksud berikut; pkrisc adalah komputer, cc adalahnama fakulti atau pusat, ukm adalah nama organisasi dan my adalah nama negara. Oleh

    itu, secara keseluruhan nama pkrisc.ukm.my merujuk kepada sebuah pelayan yang beradadi Pusat Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia. (indexpkrisc.cc.ukm.my.)

    Nombor IP digunakan oleh satu komputer untuk berhubung dengan satukomputer yang lain di Internet. Tanpa nombor IP, komputer tidak boleh

    memasuki Internet.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    10/26

    OUM 115

    TOPIK 7 INTERNET

    Rajah 7.2: Alamat e-mel

    Rajah 7.3: Internet domain

    Dewasa ini kebanyakan nama pelayan adalah dalam bentuk URL(Uniform Resource Locator) yang diasaskan oleh protokol http. Contohnama URL adalah seperti http://www.unitem.edu.my dan http://

    www.jaring.my. Nama ini membawa maksud; http merujuk kepadaprotokol http, www merujuk kepada laman web, OUM merujuk kepada

    Open University Malaysia , edu merujuk kepada institusi pendidikan danmy merujuk kepada negara Malaysia.

    Akhiran pada nama pelayan lazimnya menunjukkan lokasi atau jenis organisasi di mana

    pelayan berada. Umpamanya; .edu merujuk kepada institusi pendidikan, .org merujukkepada organisasi bukan komersil, .com merujuk kepada syarikat, .my merujuk kepada

    Malaysia, .de merujuk kepada Jerman, .uk merujuk kepada United Kingdom, .ch merujukkepada China dan sebagainya. Kita dapat melihat contoh alamat Internet di dalam

    Rajah 7.2 dan keterangan mengenai domainnya ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    11/26

    116 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    7.5 STATISTIK INTERNET

    Bahagian ini mengandungi berbagai statistik mengenai Internet. Ia bertujuan untuk

    memberikan gambaran menyeluruh mengenai Internet.

    7.5.1 Bilangan pengguna

    Bilangan pengguna Internet pada akhir 2000 untuk beberapa negara adalah seperti

    matriks. Adalah dianggarkan pada 2002, bilangan pengguna dijangka mencecah 470juta seluruh dunia. Hampir 1/3 pengguna Internet adalah dari Amerika Syarikat.

    7.5.2 Saiz Internet

    Mengikut satu tinjauan, terdapat 2.1 billion laman web di Internet pada tahun 2000.

    Adalah dianggarkan saiz Internet bertambah 7 juta laman web sehari. Pada 2002,

    bilangan laman web dijangka akan bertambah dua kali ganda. Terdapat 87% laman webdi Amerika Syarikat. Jika pengguna melayar satu laman web selama 1 minit, berapalama masa yang perlu diambil untuk melayari 2.1 billion laman web di Internet dalam

    setahun? Ini menunjukkan saiz Internet yang amat besar.

    Tidak siapa dapat memberikan jumlah bilangan pelayan web yang sebenar di Internet.

    Ini kerana, pelayan web boleh dibangunkan dengan mudah oleh mana-mana organisasi.

    7.5.3 Bahasa Internet

    Apakah bahasa lingua franca, iaitu bahasa yang banyak digunakan untuk perhubungandi Internet? Tidak hairan, bahasa lingua franca adalah bahasa Inggeris. Satu kesimpulanyang dibuat; jika pengguna ingin memanafaatkan maklumat di Internet, pengguna perlu

    mahir Bahasa Inggeris. Untuk membaca maklumat lain, pengguna mungkin perlu belajarbahasa Jepun, Jerman dan Perancis. Kita dapat melihat statistik penggunaan bahasa

    yang digunakan di dalam Internet seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 7.2.

    Latihan 7.2

    1. Apakah yang anda faham berkenaan komputer pelayan? Huraikan.

    2. Anda digalakkan untuk berehat sebentar bagi membolehkan andamemberi tumpuan pada bahagian berikutnya.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    12/26

    OUM 117

    TOPIK 7 INTERNET

    7.6 APAKAH KANDUNGAN INTERNET?

    Jadual 7.2: Peratusan Bahasa yang Digunakan di Internet

    Bahasa Laman Web Peratus

    (juta)

    Inggeris 214 68

    Jepun 18 6

    Jerman 18 6

    China 12 3.8

    Perancis 9.2 2.96

    Mengikut pendapat anda, apakah sebenarnya ada di Internet yang boleh

    dimanfaatkan oleh pengguna? Apa yang boleh dibuat di Internet? Apaproses yang boleh dibantu dengan Internet?

    Internet pada mulanya merupakan satu rangkaian untuk tujuan penyelidikan. Ia banyakdigunakan di universiti, pusat penyelidikan dan agensi kerajaan. Oleh itu terdapat banyakdokumen bercorak ilmiah di sini. Ia meliputi buku, laporan teknik, hasil penyelidikan,

    terjemahan, data, rencana, perbincangan, kod punca aturcara perisian, perisian

    penyelidikan, nota kuliah, panduan perisian, gambar, bunyi dan sebagainya. Lazimnyamaklumat adalah percuma dan boleh dicapai melalui laman web. Berdasarkan senario

    ini, Internet boleh diibaratkan sebagai satu perpustakaan maya yang besar yangmengandungi seribu satu macam maklumat.

    Kini banyak laman web seperti www.yahoo.com dan www.hotmail.comyang menawarkan akaun e-mel percuma untuk pengguna. Bolehdikatakan hampir semua pengguna Internet mempunyai akaun e-mel.

    Contoh alamat akaun e-mel adalah [email protected].

    Dengan e-mel, pengguna boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di mana sahaja dia

    berada. Perhubungan jenis e-mel adalah murah dan cepat. Satu e-mel yang dihantardari Open University Malaysia mungkin mengambil masa 7 saat untuk sampai ke UnitedKingdom. Dengan menggunakan e-mel, pengguna boleh menghantar sangkutan seperti

    dokumen MS-WORD, perisian, fail termampat, grafik atau audio.

    Internet juga menawarkan berbagai bentuk komunikasi seperti e-mel,

    perbincangan dalam talian USENET dan perbincangan berasaskan e-mel.Kaedah komunikasi ini telah berjaya mewujudkan desa sejagat.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    13/26

    118 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Internet juga menawarkan berbagai topik perbincangan atas talian melalui USENET.

    Terdapat lebih 7,000 topik yang dibincangkan dalam USENET dan pengguna bolehmemilih berbagai jenis topik yang diminatinya. Dalam perbincangan USENET, sesiapa

    sahaja di mana jua boleh mengeluarkan pendapat atau pandangan, tanpa sebarangtapisan atau halangan.

    Terdapat dua kaedah untuk mencapai USENET. Pertama, pengguna boleh mencapai

    pelayan USENET seperti http://groups.google.com. Kedua, jika pengguna melangganInternet melalui www.jaring.my, pengguna boleh mencapai pelayan USENET padanews.jaring.my.

    Internet juga menawarkan perbincangan berasaskan e-mel. Topik dalam perbincanganini lazimnya lebih fokus kepada satu-satu topik khusus. Pengguna perlu ada akaun e-

    mel untuk menyertai perbincangan ini. Terdapat bebeberapa lokasi yang menawarkanperbincangan berasaskan e-mel secara percuma seperti http://groups.yahoo.com.

    Di Internet juga anda boleh mencari dan mendapatkan berbagai jenis maklumat untukrujukan atau bacaan. Jenis maklumat adalah beraneka. Sebagai contoh, penggunaboleh mendapat keseluruhan hasil karya sastera William Shakespeare, teks terjemah

    Al-Quran, teks hadith Bukhari, karya sastera klasik Melayu, resepi membuat kek, nota

    kuliah, laporan CIA tentang Malaysia dan lain-lain. Banyak universiti luar negara dantempatan umpamanya telah meletakkan sumber kuliah seperti nota, contoh peperiksaan

    dan perisian atas talian yang boleh dicapai dan dimanfaatkan oleh semua mahasiswa.Satu contoh tapak web kuliah adalah www.utexas.edu/world/lecturer dan http://vlib.org.

    Internet juga satu arkib perisian komputer yang besar. Ia mengandungi berbagai jenis

    perisian seperti grafik, pemproses kata, pangkalan data, permainan dan lain-lain.Kebanyakan perisian-perisian ini adalah percuma. Contoh tapak yang mempunyaibanyak perisian adalah http://www.tucows.com dan http://www.gnu.org.

    Satu jenis perisian yang semakin mendapat perhatian meluas di Internet dewasa iniadalah perisian sumber terbuka. Perisian sumber terbuka adalah perisian bermutu

    tinggi yang boleh diperolehi bersama-sama dengan kod aturcara perisian tersebut.Mengapa ini menarik? Pertama, sesiapa sahaja di mana jua di Internet boleh membantu

    dalam memperbaiki perisian ini agar ia menjadi lebih baik. Sebarang kesilapan aturcara

    dapat dibetulkan dengan cepat. Kedua, perkongsian perisian bermutu tinggi dapatdilakukan sebagai satu pemangkin dalam proses berkarya. Ini juga dapat mengurangkankos untuk mereka yang tidak mampu. Idea asas perisian terbuka adalah bahawa perisian

    adalah sesuatu yang penting, sama seperti udara. Oleh itu, ia patut dikongsi sama agar

    pengguna boleh berkarya, berkongsi intelek dan melakukan kerja dengan lebih optimal.

    Tapak-tapak yang menawarkan berbagai perisian sumber terbuka adalahhttp://www.gnu.org, http://sourceforge.net dan http://opensource.org.Contoh perisian sumber terbuka yang popular adalah sistem

    pengoperasian Linux, perisian statistik R, perisian pelayan web apache,perisian automasi pejabat StarOffice dan penyunting emacs.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    14/26

    OUM 119

    TOPIK 7 INTERNET

    Internet juga menawarkan berbagai sumber berita terkini dan pantas melalui laman

    web suratkhabar dan televisyen. Contoh laman web berita adalah

    http://www.cnn.com, http://www.thestar.com.my dan http://www.bharian.com.myMelalui laman web berita, pengguna boleh mendapatkan berita yang lebih terkini,

    seimbang, tepat dan menyeluruh mengenai sesuatu isu.

    Pengguna juga boleh membeli berbagai jenis barangan di mana syarikat itu beradamelalui Internet. Sebagai contoh, pengguna boleh membeli buku rujukan dari syarikat diJerman melalui Internet. Pembelian melalui Internet lazimnya memerlukan kad kredit.

    Adalah dianggarkan jumlah jualan melalui Internet, disebut juga sebagai e-dagang, akanmencapai 7 bilion dalam tempoh terdekat. Contoh tapak e-dagang yang popular adalahseperti http://www.amazon.com, http://www.download.com dan http://www.sourceforge.net

    Internet juga menawarkan berbagai jenis hiburan, bahan ringan dan tapak untuk lepak.

    Contoh hiburan adalah seperti IRC(Internet Relay Chat), MUD(Multi User Dungeon),

    ICQ (I Seek You) dan permainan atas talian. IRC boleh diibaratkan sebuah kedai kopisiber. Dengan IRC, pengguna boleh berbual dengan pengguna-pengguna lain di Internetpada masa nyata. Kebanyakan topik yang dibualkan adalah isu remeh dan suka-suka

    sahaja. IRC amat popular di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Untuk menyertai

    IRC, pengguna perlu mencapai hos pelayan IRC dengan menggunakan perisian IRC.

    Di Internet juga terdapat berbagai jenis laman web yang dibangunkan oleh berbagaipihak untuk tujuan promosi, iklan dan sebagainya. Pengguna boleh melawat laman web

    muzium, universiti, syarikat, orang persendirian dan sebagainya dan melihat berbagai jenis maklumat yang dipaparkan. Laman-laman web ini mengandungi berbagai

    maklumat seperti teks, audio, video, grafik, wayang, perisian dan lain-lain. Dengan ertikata lain, terdapat seribu satu macam bahan pada beratus-ratus ribu laman yang bolehdicapai di Internet.

    Berdasarkan perbincangan di atas, kita boleh ibaratkan Internet sebagai satupersekitaran maya yang amat luas, tanpa sempadan, tanpa peta yang jelas, tanpa

    penghulu yang mengawal kandungan, yang meliputi seluruh dunia. Ia boleh dikatakanmengandungi khazanah ilmu sejagat. Ia juga menawarkan beberapa kaedah komunikasi

    antara insan yang cekap dan pantas. Kita dapat melihat ringkasan bahan yang terdapat

    di Internet sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 7.4.

    Rajah 7.4: Bahan-bahan yang terdapat di internet

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    15/26

    120 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Berikut adalah antara beberapa lambang untuk enjin gelintar yang terdapat dalam

    Internet seperti yang terdapat dalam Rajah 7.5:

    Berikut adalah laman-laman yang kerap dilawati pada Mac 2001. Kalau diperhatikan di

    dalam Jadual 7.3, laman-laman popular adalah laman portal, laman enjin gelintar danlaman berita.

    Jadual 7.3: Laman Popular di Internet

    Laman Bilangan (Juta)

    www.yahoo.com 59

    www.lycos.com 33

    about.com 27.6

    amazon.com 19.2

    cnet. com 18,570

    altavista.com 18.2

    napster.com 15.7

    AskJeeves 14

    Googles.com 10.9

    Rajah 7.5: Enjin gelintar

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    16/26

    OUM 121

    TOPIK 7 INTERNET

    Hampir 77% laman web berasal dari Amerika Syarikat dan Eropah. Laman web ini

    mungkin boleh memberi kesan negatif kepada pengguna remaja dengan berbagaimaklumat yang bercanggah dengan tatasusila kebudayaan tempatan. Sebagai contoh,laman web mengenai penyalahgunaan dadah, senjata api, muzik memuja syaitan danseks .

    Andaikan Internet mempunyai 1,000,000 laman web dan pengguna mengambil masa

    7 minit untuk satu laman web. Ini bermakna pengguna memerlukan 7,000,000 minitatau 83,333 jam atau 3,472 hari atau 9.77 tahun untuk melawat semua laman web.

    Tidak terdapat satu indeks besar yang menyenaraikan jenis maklumat dan nama hosuntuk seluruh Internet. Dua kaedah terkini untuk membantu pengguna mencari

    maklumat adalah enjin gelintar dan laman portal. Maklumat yang terdapat juga tidakbertapis. Sesiapa sahaja di mana jua boleh meletakkan sebarang maklumat di

    Internet.Tidak ada satu badan yang memberikan nilai terhadap maklumat yang terdapatdi Internet. Terdapat juga pengguna yang meletakkan bahan haram, bahan lucah danbahan kontroversi di Internet.

    Bagaimana pengguna hendak menilai maklumat tersebut? Adakahmaklumat itu relevan dengan apa yang pengguna cari?

    Lingua franca atau bahasa perhubungan yang digunakan di Internet

    adalah Bahasa Inggeris. Hampir 80% maklumat adalah dalam BahasaInggeris. Ini akan menyulitkan mereka yang kurang mahir dalam bahasaini. Laman web dalam Bahasa Melayu adalah sedikit dan tertumpu pada

    laman di Malaysia sahaja. Satu laman Melayu yang popular adalah http://www.cikgu.net.my.

    Latihan 7.3

    1. Bincangkan strategi bagi menangani isu di bawah:

    Tahap keselamatan data di Internet untuk urusan e-dagang masih diraguioleh pengguna. Apakah jaminan pihak syarikat bahawa nombor kad kredit

    yang digunakan dalam urusniaga e-dagang adalah selamat? Sudahterdapat banyak cerita di mana beribu-ribu nombor kad kredit penggunadicuri oleh penceroboh dari pelayan syarikat.

    2. Bagaimana pengguna hendak mencari maklumat yang bermanfaat di

    Internet dalam tempoh yang singkat?

    3. Apakah sebenarnya ada di Internet yang boleh dimanfaatkan olehpengguna? Apa yang boleh dibuat di Internet? Apa proses yang boleh

    dibantu dengan Internet?

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    17/26

    122 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Dewasa ini, pengguna boleh mengikuti siaran berita, video atau audio secara langsungmelalui Internet. Kaedah ini perlahan dan boleh menyetopikkan kesesakan trafik di

    Internet. Oleh itu, berbagai kajian sedang dilakukan agar proses penghantaran videodan audio di Internet lebih pantas dan memuaskan.

    Internet adalah sumber maklumat yang besar. Bagaimana mengurus maklumat diInternet secara efisyen? Pengguna perlu memahami kaedah ini kerana ia akanmembantu pengguna mencari maklumat dan menggunakan maklumat tersebut secara

    efisyen. Proses mengurus maklumat Internet mengandungi 2 langkah utama; mencari

    dan mengolah.

    Mencari maklumat melibatkan proses mencari di mana maklumat yang diperlukanberada di Internet. Ini adalah satu proses yang penting. Ramai pengguna banyakmenghabiskan masa menjelajahi Internet untuk mencari maklumat tetapi gagal.

    Pengguna ini mendapat maklumat yang tidak relevan atau sudah lapuk.

    Rajah 7.6: Komponen dalam mencari maklumat di Internet

    7.7 MENGURUS MAKLUMAT INTERNET

    Dua kaedah utama dalam mencari maklumat adalah enjin gelintar danportal

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    18/26

    OUM 123

    TOPIK 7 INTERNET

    7.7.1 Enjin Gelintar

    Langkah pertama untuk mencari maklumat ialah dengan menggunakan enjin gelintar.

    Pengguna akan menggunakan satu atau lebih kata kunci mengenai maklumat yangdicari. Kemudian, enjin gelintar akan cuba mencari laman web berasaskan kata kuncitersebut.

    Kaedah sampingan yang boleh digunakan adalah USENET, FAQ, medan diskusi e-mel

    dan tapak arkib.

    Mengolah maklumat melibatkan proses menggunakan maklumat yang diperolehisebaik mungkin. Sering berlaku pengguna menghabiskan banyak masa mendapatkan

    maklumat yang pada akhirnya tidak boleh digunakan kerana pengguna tidak tahumengolah maklumat tersebut. Sebagai contoh, pengguna mendapat satu dokumen yang

    berjudul get-rich-in-20-days.pdf. Dokumen ini boleh membantu pengguna menjadi kayadalam masa 20 hari. Persoalannya, bagaimana pengguna hendak membaca dokumenini? Jika pengguna tidak tahu, pengguna akan hanya membuang masa mencari dan

    mendapatkan dokumen ini.

    Tahap keselamatan Internet sudah banyak dipertingkatkan. Namun

    demikian, masih terdapat golongan penceroboh yang berjaya memasuki

    hos secara tidak sah. Sekiranya mereka berjaya, mereka akan mencuridata, menukar laman web, mencuri nombor kad kredit dan sebagainya.

    Di Malaysia, terdapat beberapa kes di mana penceroboh telah berjayamemasuki hos secara haram. Antara hos yang pernah diceroboh adalahhttp://www.tm.net.my, http://www.parlimen.gov.my dan http://www.jpj.

    gov.my.

    Rajah 7.7: Enjin Gelintar www.google.com

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    19/26

    124 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    7.7.2 Kaedah Enjin Gelintar

    Kaedah enjin gelintar untuk mencari maklumat mempunyai beberapa kekangan seperti;

    (i) Internet adalah luas. Ini menyulitkan proses indeks yang lengkap. Adalah dianggarkan

    hanya 30-40% sahaja Internet yang dicapai oleh robot-robot untuk tujuan indeks.

    (ii) Maklumat dan hos di Internet berubah dengan pantas. Ini menyetopikkan indeks merujuk

    kepada pelayan atau maklumat yang tidak wujud. Ini sering berlaku kerana indeks

    mengambil masa 2-3 untuk dikemaskini.

    (iii) Saiz maklumat yang bertambah secara eksponen setiap 6 bulan. Ini dinamakan ledakanmaklumat. Jika hari ini ada 1 juta laman web, mungkin 6 bulan dari sekarang terdapat

    3 juta laman web. Ini turut menyukarkan proses membina indeks yang mencerminkankeadaan Internet yang sebenar.

    (iv) Kaedah gelintaran kini berasaskan kata kunci sahaja. Bagaimana jika pengguna ingin

    mencari gambar, audio atau video tentang satu-satu topik?

    (v) Bagaimana menentukan kerelevanan satu-satu dokumen? Sebagai contoh, penggunaingin mencari maklumat tentang sejarah langkawi. Enjin gelintaran akan memaparkan

    hos yang menepati kata kunci langkawi. Bagaimana menentukan bahawa dokumen di

    hos A lebih relevan dari dokumen di hos B?

    Enjin gelintar tidak bijak, tetapi mereka juga tidak bodoh. Mereka berfungsi berasaskan

    robot dan indeks. Robot adalah satu perisian yang dihantar merayau ke seluruh Internetoleh enjin gelintar. Enjin gelintar akan menghantar banyak robot untuk merayau di

    Internet. Robot-robot ini membawa pulang data tentang pelayan-pelayan web yangdilawati.

    Berdasarkan data-data yang dibawa oleh robot-robot ini, satu indeks akan dibina. Indeks

    ini pada asasnya mengandungi kata kunci dan di pelayan mana kata kunci ini terdapat.Setiap enjin gelintar mempunyai kaedah yang berbeza untuk membina indeks ini. Olehitu, dua enjin gelintar yang berbeza akan memberikan jawapan yang berbeza untuk kata

    kunci yang sama. Oleh kerana saiz Internet yang luas, tidak semua pelayan Internetdicapai oleh robot-robot tersebut. Apabila pengguna membuat pertanyaan berasaskankata kunci di laman enjin gelintar, enjin gelintar akan merujuk kepada indeks untuk

    mendapatkan pelayan-pelayan yang berkaitan. Enjin gelintar sentiasa melakukan proseskemaskini terhadap indeks yang dibina.

    Antara enjin gelintar yang terbaik adalah;

    (i) http://www.google.com

    (ii) http://altavista.digital.com

    Di Malaysia, terdapat beberapa buah enjin gelintar seperti;

    (i) http://altavista.skali.com.my

    (ii) http://www.google.com.my

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    20/26

    OUM 125

    TOPIK 7 INTERNET

    (vi) Tempoh capaian yang lambat. Kemudahan infrastruktur Internet di Malaysia masih

    rendah. Ini sering menyetopikkan pengguna menghadapi kesukaran mencapai Internetdan capaian perlahan.

    7.7.3 Portal

    Langkah kedua terbaik dalam mencari maklumat ialah dengan menggunakan portal.

    Portaladalah satu pelayan yang menyediakan satu direktori pelayan-pelayan di Internetberdasarkan kategori maklumat yang terdapat pada pelayan-pelayan tersebut. Penggunaboleh mencari maklumat dengan mencapai pelayan-pelayan dalam kategori yang

    berkaitan. Contohportalyang popular adalah;

    (i) http://directory.google.org

    (ii) http://www.yahoo.com

    (iii) http://www.netscape.com

    (iv) http://www.jaring.my

    (v) http://bigbook.com

    Portal menggunakan manusia untuk menyusun dan mengkelaskan pelayan-pelayankepada kategori-kategori tertentu. Kaedah ini menghasilkan senarai pelayan yang lebih

    tersusun dan mudah digunakan. Sebagai contoh, jika pengguna ingin maklumat lanjut

    tentang bahasa aturcara Java, pengguna boleh mencapai pelayan-pelayan yang terdapatdi dalam kategori bahasa aturcara komputer. Seringkali kaedah ini akan menghasilkan

    maklumat sesuai dan relevan. Laman portal http://www.dmoz.org adalah satu usaha

    sukarelawan Internet untuk membina satu portal. Tapakportalkomersil adalah sepertihttp://www.yahoo.com dan http://www.netscape.com. Contoh laman web portal

    BlueHyppo ditunjukkan di dalam Rajah 7.8.

    Rajah 7.8: Laman portal BlueHyppo

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    21/26

    126 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    7.7.4 Kaedah Lain

    Selain dari enjin gelintar dan portal, pengguna boleh juga mencari maklumat dengan

    kaedah FAQ seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.9. Ingat kembali bahasa USENETadalah satu medan perbincangan atas talian. Terdapat berbagai medan perbincangandalam USENET. Dalam satu medan perbincangan, pengguna baru mungkin akan

    bertanya soalan yang dianggap remeh-temeh oleh pengguna yang sudahberpengalaman. Sering kali bila soalan remeh-temeh ini ditanya dalam medan diskusi,

    pengguna berpengalaman akan berkata, RTFM or the FAQ. Apakah yang dimaksudkan

    dengan pengguna berpengalaman ini?

    Istilah RFTM bermaksud Read The Fine Manual, iaitu pengguna baru seharusnya

    membaca manual dahulu sebelum bertanya soalan-soalan remeh-temeh. Istilah FAQ

    bermaksud Frequently Asked Questions, iaitu satu dokumen dalam bentuk soalan danjawapan. Soalan dalam FAQ adalah soalan yang sering ditanya dalam medan diskusi

    USENET. Terdapat ribuan medan diskusi USENET, maka terdapat ribuan dokumen FAQ.Sebelum menyertai mana-mana medan diskusi USENET, pengguna seharusnyamembaca dokumen FAQ yang berkaitan dengan medan diskusi itu dahulu.

    Rajah 7.9: Laman web http://www.faqs.org.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    22/26

    OUM 127

    TOPIK 7 INTERNET

    Banyak FAQ boleh dibaca pada laman http://www.faqs.org. Berikut di dalam Rajah 7.10

    adalah contoh FAQ dari medan diskusi sci.math dalam USENET yang membincangkantentang nombor jati;

    sci.math FAQ: Prime Numbers

    From: [email protected]

    Newsgroups: sci.math,news.answers,sci.answers

    Subject: sci.math FAQ: Prime Numbers

    Date: 17 Feb 2000 22:71:78 GMT

    Organization: University of Waterloo

    Archive-name: sci-math-faq/primes

    Last-modified: February 20, 1998

    Version: 7.7

    Prime Numbers

    Largest known Mersenne prime

    Mersenne primes are primes of the form 2^p - 1.

    For 2^p - 1 to be prime we must have that p is

    prime. 2^(2976221) - 1 is prime. It was

    discovered in 1997.

    Largest known prime

    The largest known prime is the Mersenne prime

    described above. The largest known non-Mersenne

    prime, is 391781*2^(216193) - 1, discovered

    by Brown, Noll, Parady, Smith, Smith, and

    Zarantonello.

    Throughout history, the largest known prime has

    almost always been a Mersenne prime; the periodbetween Brown et als discovery in August

    1989 and Slowinski & Gages in March 1992 is one

    of the few exceptions.

    Largest Fermat number with known factorization

    F_(11) = (2^(2^(11))) + 1 which was factored by

    Brent & Morain in 1988.

    F_9 = (2^(2^9)) + 1 = 2^(712) + 1 was factored

    by A.K. Lenstra, H.W. Lenstra Jr., M.S. Manasse

    & J.M. Pollard in 1990. F_(10) was factored by

    Richard Brent who found a 40-digit factor of

    2^(1024) + 1 on October 20, 1997. The cofactor is

    a 272 digit number, which is not so easy to factor.

    Luckily, this number was also prime.

    List of record numbers

    Chris Caldwell ([email protected]) maintains a list

    called The Largest Known Primes. Some of the ways

    to get this list are:

    http://www.utm.edu/research/primes/largest.html

    ftp://math.utm.edu, directory /pub/math/primes

    Finger [email protected] for a few record primes

    and the current ways to get the lists. He would liketo know of any new titanic primes (over 1000 digits)

    so that he can add them to his list.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    23/26

    128 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Selain dari FAQ dan RTFM, pengguna juga boleh juga mencari maklumat pada pelayanarkib, iaitu satu pelayan yang mengandungi banyak maklumat tentang satu-satu topikkhusus. Alamat arkib lazimnya boleh diperolehi dari portalatau dokumen FAQ. Banyak

    hos di Internet menjadi arkib atau pusat pengumpulan maklumat kepada satu-satubidang.

    Contoh laman web yang menjadi arkib atau pusat pengumpulan maklumat kepada satu-satu bidang adalah seperti berikut:

    What is the current status on Mersenne primes?

    The following Mersenne primes are known.

    Number p Year

    33 879433 1994

    34 1277787 1996

    37 1398269 1996

    36? 2976221 1996

    The way to determine if 2^p - 1 is prime is to use

    the Lucas-Lehmer test:

    Lucas_Lehmer_Test(p):

    u := 4

    for i from 3 to p do

    u := u^2-2 mod 2^p-1

    od

    if u == 0 then

    2^p-1 is primeelse2^p-1 is composite

    fi

    All exponents less than 1,481,800 have now been tested

    at least once.

    Alex Lopez-Ortiz

    [email protected]

    http://www.cs.unb.ca/~alopez-o

    Assistant Professor

    Faculty of Computer Science

    University of New Brunswick

    Last Update March 31 2001 @ 02:72 AM

    Rajah 7.10: Contoh FAQ dari medan diskusi (Sumber: Math dalam USENET)

    (i) www.cs.cmu.edu, satu arkib bidang kecerdasan buatan.(ii) stat.lib.cmu.edu, satu arkib bidang statistik.

    (iii) metalab.unc.edu,satu arkib perisian sumber terbuka.

    (iv) tucows.com, arkib perisian untuk Windows XP.

    Anda digalakkan untuk berehat seketika supaya dapat memberi tumpuan pada bahagianberikutnya.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    24/26

    OUM 129

    TOPIK 7 INTERNET

    7.7.5 Contoh Mencari Maklumat

    Andaikan pengguna ingin mencari maklumat tentang sejarah dan perbandingan berbagai

    bahasa aturcara komputer berasaskan objek. Langkah-langkah berikut boleh dilakukan;(i) Pengguna boleh menggunakan enjin gelintar di http://www.google.com. Gunakan kata

    kunci yang sesuai seperti programing language object oriented history comparison.Lebih tepat kata kunci yang digunakan, lebih baik hasil gelintaran.

    (ii) Pengguna boleh menggunakan lamanportalhttp://directory.google. com/Top/ Computers/Software/Object-Oriented/ dan mencapai laman-laman yang disenaraikan. Laman inikaya maklumat tentang bahasa pengaturcaraan berasaskan objek.

    (iii) Pengguna boleh memperolehi dokumen FAQ bahasa objek pada laman http://www.cyberdyne-object-sys.com/oofaq2/. Dokumen ini mengandungi berbagai soalan

    asas serta jawapannya yang sering ditanya oleh pengguna baru bersama dengan

    jawapannya.(iv) Pengguna boleh menyertai medan diskusi USENET yang membincangkan bidang

    pengaturcaraan berasaskan objek. Laman USENET yang boleh dicapai adalah http://

    groups.google.com/ dan laman untuk bidang pengaturcaraan berasaskan objek adalahhttp://groups.google.com /groups?hl=en&lr=&safe =off &group=comp.object.

    (v) Pengguna juga boleh menyertai medan diskusi e-mel untuk topik pengaturcaraan

    berasaskan objek. Bagaimana dan di mana untuk menyertainya terdapat dalam dokumenFAQ.

    Latihan 7.4

    Jelaskan kelebihan cara berkomunikasi melalui:

    (i) E-mel

    (ii) USENET

    Tahukah anda bahawa maklumat yang kita masukkan dapat diolah

    mengikut kesesuaian?

    7.8 MENGOLAH MAKLUMAT

    Setelah berpenat-lelah menghabiskan masa mendapatkan maklumat, pengguna perlumengolah maklumat. Sebagai contoh, jika maklumat satu dokumen, pengguna boleh

    mencetaknya, jika dokumen sejenis aturcara, pengguna perlu kompil aturcara tersebut.Terdapat berbagai jenis format maklumat seperti grafik, dokumenpostscript, video, data,

    bunyi, fail termampat, perisian, kod aturcara dan sebagainya. Setengah maklumat boleh

    dipapar pada skrin, sebahagiannya perlu dicetak dan terdapat juga maklumat yang perludikompil. Terdapat juga maklumat khusus untuk satu sistem pengoperasian sahaja

    seperti Windows XP dan tidak boleh digunakan pada sistem pengoperasian Unix/Linux.Maklumat yang diperolehi akan sia-sia jika tidak boleh digunakan sepenuhnya oleh

    pengguna.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    25/26

    130 OUM

    INTERNET TOPIK 7

    Kebanyakan maklumat dari Internet adalah dalam bentuk termampat. Ia memerlukan

    perisian khas untuk nyahmampat maklumat tersebut. Tujuan pemampatan maklumatialah untuk menjimatkan ruang storan dan menjimatkan masa muat-turun dari Internet.

    Lazimnya, maklumat termampat mempunyai suffixseperti .zip atau .gz. Perisian WinZipboleh digunakan untuk nyahmampat maklumat pada sistem Windows XP dan perisian

    gunzip boleh digunakan untuk Unix.

    Terdapat berbagai jenis maklumat di Internet. Jenis maklumat dapat dikenal pastidengan melihat suffixpada nama maklumat tersebut. Umpamanya, satu maklumat yangdiberi nama nasilemak.zip menunjukkan bahawa maklumat tersebut adalah dalam

    bentuk termampat (zip) untuk sistem Windows XP. Oleh itu, pengguna perlu perisianWinZip dan sistem Window XP untuk menggunakan maklumat tersebut. Jenis-jenissuffixyang lazim digunakan diberikan pada Jadual 7.4.

    Jadual 7.4: Jadual Format Maklumat

    Akhiran Jenis Sistem Pengendalian Perisian

    zip Fail termampat Windows 95/98/ME Win

    tar.gz, Fail termampat UNIX/Linux Gunzip

    tgz, .Z

    .pdf Portable Dokumen/sebarang format Acrobat Reader

    .jpg Grafik Sebarang Photoshop

    .gif

    .mpg Video Sebarang Pemain Mpeg

    .ps Postscript Sebarang Ghostscript

    .dvi Device independent Sebarang Dvips, Xdvi

    .c Aturcara C UNIX Pengkompil gcc

    .txt Teks Sebarang Penyunting

    .doc Fail MS-Word Windows MS-WORD

    .html, Dokumen HTML Sebarang TeX

    .htm

    .ppt Persembahan Powerpoint Powerpoint

    .xls Hamparan Windows 95/98/ME Excel

    7.9 INTERNET KINI

    Pada asalnya Internet merupakan satu rangkaian untuk penyelidikan dan akademik.

    Oleh itu, kebanyakan maklumat amal di Internet adalah bercorak ilmiah. Pada masaInternet mula dibina, wujud satu sifat percaya- mempercayai di antara semua pengguna

    Internet. Isu keselamatan Internet tidak begitu penting. Internet juga munyediakan satuinfrastruktur untuk komunikasi dan perkongsian intelek melalui e-mel, USENET dan

    medan diskusi.

  • 8/3/2019 Topik 07 Internet

    26/26

    TOPIK 7 INTERNET

    Kini, kegiatan Internet meliputi e-dagang, berita, bahan multimedia, hiperteks, laman

    web, hiburan dan sebagainya. Suasana ini menyetopikkan isu yang tidak penting dahuluseperti capaian, penapisan maklumat, privasi pengguna, kesesakan laluan Internet dan

    keselamatan data mula diambil perhatian. Adalah diramalkan Internet akan menjadibahan asasi sesebuah rumah, sama seperti telefon atau televisyen, dalam tempoh 3-

    7 tahun lagi.

    Perniagaan juga akan meningkat melalui Internet. Berbagai kaedah sedang dijalankanuntuk menjadikan Internet lebih meluas dan mudah digunakan oleh pengguna. Sebagaicontoh, capaian Internet melalui televisyen, kaedah 3G untuk telefon bimbit, penggunaan

    gentian optik dan talian berkuasa tinggi ke rumah. Berdasarkan perbincangan sebelumini, kita dapati Internet juga mempunyai beberapa masalah. Dengan memahamimasalah-masalah ini, pengguna akan menyedari had kemampuan dan masa depan

    Internet dan tidak mudah percaya dengan segala gembar-gembur Internet. Internetadalah bersifat maya dan amat luas.

    RUMUSAN

    Dalam topik ini anda telah mempelajari sejarah asal usul Internet.Bermula dari tahun

    1978 hinggalah kini, komputer dan Internet telah melalui berbagai fasa dan menjadisebahagian besar daripada kehidupan kita. Selain itu, kita juga telah didedahkan

    komputer hos dan komputer pelayan serta penggunaan nombor IP. Apakah yang bolehdidapati di Internet dan proses mengurus maklumat di Internet turut dipelajari di dalam

    topik ini. Sebelum ke topik seterusnya, jangan lupa menjawab soalan latihan yangdisediakan terlebih dahulu untuk menguji kefahaman anda.