topik 2 part 2

31
Identiti Negara Setiap negara mempunyai identiti yang tersendiri. Kita sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab mestilah mengenali, memahami dan menghayati identiti negara kita. Oleh itu, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan identiti negara demi kesejahteraan bersama. Antara identiti Malaysia ialah : A) Rukun Negara B) Jalur Gemilang Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

description

sejarah

Transcript of topik 2 part 2

Identiti NegaraSetiap negara mempunyai identiti yang tersendiri. Kita sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab mestilah mengenali, memahami dan menghayati identiti negara kita. Oleh itu, kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan identiti negara demi kesejahteraan bersama.

Antara identiti Malaysia ialah :

A) Rukun Negara

B) Jalur Gemilang

Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

C) Lagu Negaraku

D) Bahasa KebangsaaKetika tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Tanah Melayu dalam Perkara 152. Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" dilancarkan pada tahun 1960 .

E) Bunga Kebangsaan

Bunga Raya menjadi simbol kepada masyarakat majmuk atau masyarakat pelbagai kaum. Pada 28 Julai 1960, bunga Raya diisytiharkan menjadi bunga kebangsaan .

http://smartj135.blogspot.com/p/iden.html

Lambang-Lambang Lain Yang Menjadi Identiti Negara

Terdapat juga lambang-lambang lain yang menjadi identiti dan kebanggaan negara kita.

Tugu Negara

Tugu Negaradisiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I, Perang Dunia II dan semasaDarurat .Tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

ParlimenParlimenialah tempat berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpurialah sebuah menara terletak 515meterdari aras laut dengan ketinggian421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncakBukit Nanas94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaituTun Dr. Mahathir bin Mohamadpada 1 Oktober 1996. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar di Negara kita.

Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronasdi Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasangmenara berkembaryang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakanmenara berkembar tertinggidi dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Bunga Raya

Bunga Rayabunga kebangsaan negara yang banyak terdapat di negara kita. Sebagai lambang bunga raya terdapat dalam setem dan di tempat-tempat lain.

Wau Bulan

Wau Bulanialah sejenis permainan tradisi rakyat negara kita. Lambang ini digunakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia.

http://chapei-peiblog.blogspot.com/ARKIB : 19/08/2012Apa maksud identiti Malaysia?Dr. Chandra MuzaffarSELEPAS 55 tahun selepas Merdeka, rakyat Malaysia masih belum mencapai kata sepakat tentang identiti negara tercinta ini. Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Kebanyakan negara lain, terutamanya yang berbilang kaum dan agama, menghadapi cabaran yang sama.Bagi negara-negara yang mempunyai status berbilang kaum akibat daripada proses penjajahan, cabarannya jauh lebih rumit jika dibandingkan dengan negara-negara yang memperolehi ciri-ciri berbilang kaum melalui penaklukan atau integrasi wilayah mahupun penerimaan pendatang dari luar yang ditentukan oleh elit pribumi negara itu sendiri.Sebagai contoh di Malaysia ,para Sultan Melayu tidak terlibat di dalam membuat keputusan untuk menerima ratusan ribu pendatang dari China dan India dalam kurun 19. Pihak penjajah British yang bertanggungjawab ke atas penghijrahan ini untuk kepentingan ekonomi kolonial mereka.Justeru, sistem ekonomi yang wujud dari kurun 19 memperlihatkan pengasingan kaum Cina dan India dalam gelanggang ekonomi masing-masing daripada bangsa Melayu yang terus terikat dengan ekonomi desanya dan sistem pentadbiran kesultanan-kesultanan Melayu.Pengasingan ini membawa implikasi besar kepada sistem pendidikan, corak hidup sosial dan alam budaya kaum-kaum yang menetap di negara ini. Kesan-kesan negatif daripada sejarah kolonial ini boleh dirasai sehingga ke hari ini.Mungkin dampak yang paling serius adalah dalam sikap dan pandangan sebahagian besar kaum Cina dan India terhadap identiti diri mereka dan identiti Malaysia.Untuk memahami cabaran ini, kita harus merenung kembali sejarah identiti kelompok-kelompok Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu pada kurun 15 dan selepasnya - iaitu sebelum zaman kolonial British - dan cara mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran keMelayuan.Walaupun kelompok-kelompok ini kekal dengan agama Buddha , bahasa dan budaya tempatan mudah diserap kerana mereka mahu menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat induk yang dikuasai sistem kesultanan ketika itu.Pada zaman kolonial, sebagai bangsa terjajah, Melayu hilang kedudukan puncaknya.Manakala, kelompok-kelompok Cina yang bermastautin di Melaka, Terengganu dan Kelantan pada masa itu adalah dalam jumlah yang kecil .PerspektifLatar belakang sejarah ini telah mempengaruhi sebahagian daripada perspektif tentang identiti negara dan penduduknya selepas kemerdekaan. Pada keseluruhannya, kita dapat mengenalpasti tiga perspektif.Pertama, sebahagian daripada masyarakat Melayu menganggap Malaysia adalah sebagai negara Melayu. Dari segi fakta sejarah tidak dapat disangkal, kesultanan Melayu merupakan teras sistem Persekutuan yang dibentuk pada 1948.Ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan dinasti kesultanan yang tertua di dunia iaitu kesultanan Kedah yang diasaskan pada tahun 1136. Tidak dapat dinafikan bahawa latarbelakang negara ini berhubungkait dengan sistem pemerintahan Melayu.Tetapi, sekiranya Malaysia ditonjolkan sebagai negara Melayu dalam konteks semasa, ia akan menimbulkan kegelisahan di kalangan dua komponen rakyat Malaysia. Bagi bumiputera Sabah dan Sarawak, khususnya Kadazan dan Iban, konsep identiti nasional sedemikian seolah-olah meminggirkan mereka.Begitu juga bagi kaum Cina, India dan minoriti lain di semenanjung Malaysia, termasuk, Orang Asli yang bukan Islam.Kedua, di kalangan orang Melayu terdapat beberapa kumpulan yang berpegang pada idea bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Benar, majoriti penduduk negara - lebih 60 peratus - adalah penganut agama Islam. Malah, sebelum zaman kolonial, Islam merupakan asas perundangan di dalam sistem pemerintahan kesultanan Melayu.Tetapi, sudah tentu 40 peratus masyarakat bukan Islam tidak dapat mengidentifikasikan diri mereka dengan negara yang mengisytiharkan dirinya sebagai negara Islam. Sekiranya, komponen warganegara yang begitu besar merasa terasing daripada identiti sebuah negara, usaha menyatupadukan masyarakat berbilang agama ini akan terancam.Ketiga, bagi majoriti bukan Melayu pula Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dan agama. Itulah identitinya. Deskripsi Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama mencerminkan realiti masyarakat kita.Tetapi, bagi sebahagian besar bukan Melayu realiti ini terpisah daripada sejarah dan latarbelakang negara yang berakar-umbi dari sistem Melayu-Islam. Ini menyumbang kepada keengganan mereka mengiktiraf peranan istimewa bahasa Melayu dan agama Islam dalam pembentukan identiti negara.Jelas, ketiga-tiga perspektif yang dibincangkan tidak menepati pencarian satu identiti nasional. Oleh yang demikian, apakah konsep identiti yang paling sesuai, yang peka pada sensitiviti semua kaum di negara kita?Ternyata konsep yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia adalah konsep yang adil, sesuai dan menepati sifat-sifat identiti bagi negara dan rakyat kita.Perlembagaan Malaysia mengiktiraf kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal. Islam juga dinobatkan sebagai agama Persekutuan. Ini adalah pengiktirafan dan penerimaan terhadap sejarah dan latarbelakang negara dalam pembentukan identiti Malaysia.Dalam hubungan ini, peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, khususnya, amat penting dari segi evolusi identiti nasional. Dalam masyarakat berbilang kaum walau di mana-mana, jika bahasa dapat memudahkan komunikasi antara kaum dan budaya yang berbeza, ia akan membantu proses interaksi dan integrasi.Inilah peranan yang dimainkan oleh Bahasa Melayu sepanjang sejarah sebagai lingua franca (bahasa perantara) yang paling berkesan dalam mewujudkan identiti serantau Nusantara.Kembali kepada Perlembagaan Malaysia, dokumen ini juga mengiktiraf kedudukan dan peranan bahasa-bahasa lain.Pada masa yang sama, Perlembagaan kita menegakkan hak penganut agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama masing-masing. Akomodasi bahasa-bahasa bukan Melayu dan agama-agama bukan Islam dalam Perlembagaan adalah pengakuan bahawa bahasa-bahasa dan agama-agama ini juga adalah sebahagian daripada identiti Malaysia.Kepimpinan nasional - kerajaan mahu pun pembangkang - gagal menyebarkan kefahaman identiti yang adil dan seimbang ini yang merupakan kekuatan Perlembagaan kita kepada khalayak.TerbatasSekiranya sistem persekolahan kita, dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah, memberi tumpuan kepada perkara ini - mempertingkatkan kefahaman pelajar-pelajar tentang Perlembagaan sebagai asas identiti nasional - sejak Merdeka pada 1957 dahulu, mungkin suasana masyarakat kita lebih harmonis pada hari ini.Sebenarnya, konsep identiti dalam Perlembagaan telah dikembangkan secara tidak langsung melalui Rukunegara dan Wawasan 2020. Oleh kerana identiti tidak terbatas pada soal kaum dan agama semata-mata, dua dokumen nasional yang penting ini memperkukuhkan lagi konsep identiti Malaysia yang juga merangkumi institusi-institusi serta nilai-nilai.Sistem Raja Berperlembagaan, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan sistem Demokrasi Berparlimen, yang ditekankan di dalam Rukunegara juga mencirikan identiti negara kita.Begitu juga nilai-nilai yang terkandung dalam Rukunegara seperti perpaduan, keadilan, pendekatan liberal terhadap kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat, dan sikap progresif terhadap sains dan teknologi merupakan dimensi-dimensi penting dalam usaha kita membentuk identiti rakyat dan negara Malaysia.Wawasan 2020 terus memberi keutamaan kepada nilai-nilai murni yang sama. Malah, dokumen ini juga menyuarakan iltizam negara untuk mewujudkan masyarakat yang " berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri" dan melahirkan masyarakat beretika dan bermoral.Nilai-nilai ini boleh dianggap sebagai nilai-nilai yang berpaksikan kepada Kepercayaan pada Tuhan iaitu, prinsip pertama Rukunegara. Dalam sebuah masyarakat dimana lebih daripada 80% penduduknya percaya pada Tuhan, prinsip ini harus diterima sebagai ciri utama identiti bangsa Malaysia.Untuk memastikan bahawa kepercayaan pada Tuhan adalah prinsip identiti yang benar-benar dihayati, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menegakkan keadilan, keihsanan dan kejujuran dalam kehidupan masyarakat Malaysia.Perlembagaan, Rukunegara dan Wawasan 2020 yang menjurus ke arah identiti nasional pada hakikatnya termaktub dalam idea 1Malaysia. Ini bermakna bahawa 1Malaysia merupakan intipati identiti Malaysia.Menegak dan mengukuhkan identiti rakyat dan negara adalah cabaran besar yang dihadapi oleh kita pada ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 55, terutamanya akibat beberapa perkembangan semasa. Di peringkat domestik, sentimen kaum dan agama lebih ketara dan menjejaskan usaha ke arah identiti nasional.Identiti nasional juga terancam akibat politik kepartian yang melampaui batas. Di peringkat global, proses globalisasi yang membawa impak pada hampir setiap budaya dan bahasa sudah mula menggugat bahasa kebangsaan dalam bidang-bidang tertentu.

Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120819/re_02/Apa-maksud-identiti-Malay#ixzz3FvMP1UxU Utusan Melayu (M) Bhd

SEJARAH & ASAL USUL NAMA SABAHAsal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang saba iaitu sejenis buahpisangyang dipanggil "SABBAH" atau "SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan.'Pisang saba'juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakatBajaudi negeri tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara danBritishlagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 selepas negeri tersebut menyertai Malaysia.Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan system pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua babas.Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaanBruneidan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan denganChina. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaituSrivijayadi Sumatra dan kemudianMajapahitdiJawa.Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, EmpayarMelakadi bawah pemerintahanParameswaratelah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agamaIslamtersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tanganPortugispada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahanSultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon danSuluserta di sebelah selatan dan barat Borneo. Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasanKinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaituseramikyang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

http://blogzzpejuangbangsa.blogspot.com/2012/03/sejarah-asal-usul-nama-sabah.html

Sarawak Di Bawah Pemerintahan Brooke ( 18411941 )

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bab ini,anda seharusnya dapat: Menerangkan bagaimana Sarawak diserahkan kepada James Brooke. Menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil wilayah kesultanan Brunei. Menyenaraikan perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial semasa pemerintahan Brooke. Mengambil iktibar dan berasa bangga dengan sumber ekonomi negara kita yang menarik kedatangan kuasa barat.Ringkasan

Bab ini menerangkan bagaimana keluarga Brooke mengambil dan memerintah Sarawak. Kekayaan Sarawak menjadi pendorong kepada JamesBrooke untuk mengambil Sarawak. Pada tahun 1839, Sarawak yang dimaksudkan dengan kawasan di sekitar Kuching, adalah wilayah kesultanan Brunei. Ia berada di bawah kawalan Pangeran Mahkota. Sarawak menjadi bertambah penting kerana perniagaan antimoni yang dilombong di Bau. Perniagaan kawasan ini dengan Singapura amat maju. Pemerintahan Pengeran Mahkota yang kejam mencetuskan pemberontakan. Raja Muda Hashim dari Brunei meminta bantuan daripada Brooke; dan pemberontakan tersebut dapat ditumpaskan. Kesultanan Brunei yang lemah, dan kekuatan persenjataan Inggeris, membolehkan James Brooke mendapat apa yang dikehendaki, iaitu menjadi Raja Sarawak. Keluarga Brooke meluaskan kuasa dengan mengambil wilayah Brunei yang lain. Pemerintahan keluarga Brooke telah membawa beberapa perubahan kepada sektor ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun perubahan yang diadakan itu adalah terhad dan lebih menguntungkan pihak luar terutamanya British.

PengenalanSarawak ialah sebuah negeri di Malaysia Timur yang juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Sarawak juga merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kebudayaan pelbagai etnik bumiputera. Sarawak berada di bawah pengaruh Kesultanan Brunei pada kurun ke-16. Kerajaan Brunei tidak terlibat secara langsung dalam pentadbiran di Sarawak. Pembesar-pembesar Melayu tempatan dilantik mentadbir Sarawak. Pada 1827, Pangeran Mahkota dilantik memerintah Sarawak oleh Sultan Brunei. Perlantikan ini menyebabkan pentadbiran pembesar-pembesar Melayu tempatan berakhir.Tujuan Sultan Brunei adalah mahu menguasai ekonomi Sarawak yang semakin berkembang akibat pengeluaran antimoni dan emas. Kedua-dua sumber ekonomi itu dieksport ke Singapura. Perdagangan kedua-dua sumber ekonomi itu membawa keuntungan yang banyak kepada pembesar-pembesar Melayu tempatan.Pemberontakan di Sarawak (1836 - 1841)Pembesar-pembesar Melayu Sarawak dan orang Dayak menentang pemerintahan Pangeran Mahkota. Mereka tidak berpuas hati dengan pentadbirannya kerana baginda mengambil alih semua tugas pentadbiran dan kekuasaan pembesar- pembesar Melayu Sarawak. Pangeran Mahkota juga menguasai pengeluaran dan perdagangan antimoni dan emas. Baginda memaksa orang Bidayuh bekerja di lombong-lombong antimoni tanpa upah. Beliau memaksa orang Bidayuh membeli barangan daripadanya dengan harga yang tinggi dan menjadikan anak isteri orang Bidayuh hamba abdi apabila hutang tidak dapat dijelaskan. Akibatnya telah meletus satu pemberontakan. Pemberontakan ini telah dipimpin oleh seorang pembesar Melayu Sarawak, Datu Patinggi Ali.Pemberontakan ini gagal ditumpaskan oleh Pangeran Mahkota. Pada 1837, Pangeran Muda Hashim dihantar oleh Sultan Brunei bagi memulihkan keadaan di Sarawak tetapi gagal. Pada tahun 1939, James Brooke iaitu seorang pengembara British sampai ke Sarawak dengan kapalnya Royalist. James telah dijanjikan jawatan Gabenor Sarawak sekiranya dapat mengamankan Sarawak. Beliau dan angkatan tenteranya berjaya menamatkan pemberontakan tersebut pada 1841. Sarawak kembali aman pada 24 November 1841 dan James Brooke dilantik menjadi Gabenor Sarawak seperti yang dijanjikan. Beliau diberi kuasa menjalankan pentadbiran di Sarawak sebagai wakil Sultan Brunei.Perlantikannya disahkan oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada 1842. James Brooke bersetuju membayar ufti tahunan sebanyak $2,500 kepada Sultan Brunei. Melalui perjanjian tersebut, James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1846, Sarawak diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Brunei. Wilayah Sarawak tersebut meliputi kawasan dari Tanjung Datu hingga ke kawasan di antara Sungai Samarahan dan Sungai Sadong.

Peluasan Kuasa Keluarga Brookedi SarawakSetelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke berusaha untuk menjadi pemerintah Sarawak yang merdeka. Beliau meminta bantuan angkatan lautBritish untuk mengukuhkan kedudukannya. Beberapa petempatan orang Iban dan Melayu yang dianggap berbahaya dimusnahkannya. Pangeran Mahkota dipaksa keluar dari Sarawak. Pangeran Muda Hashim pula dihantar balik ke Brunei. Akibatnya pada 1846, Sultan Brunei atas hasutan pembesar-pembesar istana cuba menghapuskan James Brooke. Sultan Brunei terpaksa mengakui James Brooke sebagai pemerintah Sarawak yang merdeka. Baginda juga menyerahkan Pulau Labuan kepada James Brookeyangmerupakan pengasas pemerintahan Raja Putih di Sarawak. Beliau digantikan oleh anak saudaranya Charles Brooke (1868-1917). Raja Brooke terakhir ialah Vyner Brooke (1917-1946).

Pentadbiran Charles BrookeCharles Brooke ialah anak saudara James Brooke. Beliau mengambil alih pentadbiran Sarawak pada 1868. Beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Di bawah pentadbiran Charles Brooke, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian. Seorang Residen mengetuai setiap bahagian. Mereka bertanggungjawab secara langsung kepada Raja Sarawak. Residen dibantu oleh seorang pegawai tempatan (Pegawai Anak Negeri). Pegawai Anak Negeri ini berasal dari keluarga pembesar tempatan dan bertanggungjawab menasihati Residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan. Perluasan wilayah Sarawak juga berlaku semasa pentadbiran Charles Brooke. Wilayah Sarawak diperluaskan ke kawasan-kawasan Sungai Baram, Trusan, Limbang dan Lawas. Charles Brooke menggalakkan penanaman lada hitam, gambir, sagu dan getah serta perlombongan antimoni, emas dan arang batu. Beliau juga berjaya menamatkan amalan perhambaan dan pemburuan kepala di kalangan kaum peribumi. Tindakannya ditentang oleh orang Dayak, namun Charles Brooke berjaya mematahkannya.Pentadbiran Charles Vyner BrookeCharles Vyner Brooke menggantikan Charles Brooke. Beliau merupakan Raja Sarawak yang ketiga dan terakhir serta tidak begitu berminat memerintah Sarawak. Sewaktu berada di England, beliau menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada pegawai-pegawainya dan pembesar-pembesar tempatan. Pada 24 September 1941, sempena perayaan 100 tahun pentadbiran Brooke di Sarawak, Charles Vyner Brooke memperkenalkan sebuah perlembagaan bagi Sarawak. Charles Vyner Brooke ingin mengubah sistem kerajaan Sarawak dengan memberi penduduk tempatan kuasa yang lebih dalam pemerintahan negeri. Sebelum perlembagaan ini diperkenalkan, raja-raja Sarawak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang dan mengawal kerajaan. Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi. Majlis Negeri (Majlis Perundangan) boleh membuat undang-undang bagi menjamin keselamatan dan kestabip>

Perubahan di Sarawak di Bawah PemerintahanKeluarga Brooke (1841-1941)Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih Sarawak. Beberapa perubahan telah berlaku dalam pentadbiran. Antara tahun 1841 hingga 1905, James Brooke dan Charles Brooke telah meluaskan beberapa wilayah Kesultanan Brunei. Wilayah Sarawak semakin luas. Pemerintahan keluarga Brooke dibantu oleh Majlis Tertinggi yang pada peringkat awalnya dianggotai oleh Raja Sarawak, Residen Bahagian Pertama dan pembesar tempatan. Bendera pertama negeri Sarawak diperkenalkan pada tahun 1848 Sarawak telah dibahagikan kepada lima kawasan iaitu Bahagian Pertama, Bahagian Kedua, Bahagian Ketiga , Bahagian Keempat dan Bahagian Kelima. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen. Residen dibantu oleh Penolong Residen, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Anak Negeri dan Ketua Kampung (Tuai Rumah).Semasa pemerintahan keluarga Brooke, sistem pemerintahan tradisional dikekalkan. Pembesar-pembesar Melayu yang disingkirkan oleh Pangeran Mahkota dahulu dilantik semula termasuklah Datu Patinggi, Datu Temenggung, Datu Bandar dan Datu Imam. James Brooke memperkenalkan pemerintahan monarki dan melalui sistem ini raja berkuasa mutlak.Beliau juga berusaha menamatkan amalan pemburuan kepala dan perhambaan. Satu kod undang-undang diperkenalkan untuk menjaga keamanan negeri. James Brooke berjaya menghapuskan pusat kegiatan lanun di Saribas, Rimbas dan Batang Baru pada tahun 1850. Ketika Sarawak dalam pemerintahan Charles Brooke, beliau menubuhkan Majlis Negeri untuk memberi peluang kepada ketua-ketua suku kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran. Kegiatan ekonomi sektor pertanian diubah daripada pertanian sara diri kepada pertanian dagangan.

Perubahan Ekonomi dan SosialPerubahan EkonomiKetika pemerintahan keluarga Brooke, kegiatan pertanian sara diri telah bertukar menjadi pertanian dagangan. Tanaman tradisional seperti lada hitam, sagu dan gambir ditanam secara meluas untuk tujuan eksport. Sagu ditanam oleh orang Melanau di kawasan Mukah dan Oya. Pada kurun ke-19, sagu merupakan antara eksport utama Sarawak. Lada hitam banyak ditanam di Bahagian Pertama, terutamanya di sekitar Kuching. Ramai orang Cina memasuki Sarawak untuk mengusahakan tanaman lada hitam, gambir dan getah. Sarawak merupakan pengeksport kedua terbesar lada hitam dunia pada tahun 1937. Tanaman kelapa diusahakan oleh orang Melayu di Bahagian Pertama dan Kedua. Pada 1905, getah mula ditanam di Sarawak. Pada kurun ke-20, getah yang ditanam oleh pekebun-pekebun kecil menjadi bahan eksport utama Sarawak. Satu lagi tanaman baru yang diperkenalkan di Sarawak ialah tanaman tembakau. Tembakau ditanam di Lundu. Perusahaan kayu balak yang dikuasai oleh orang Cina diusahakan di kawasan pedalaman dan hutan di sepanjang pantai.Sehingga 1870-an, perlombongan antimoni penting terhadap kemajuan ekonomi Sarawak. Antimoni dan emas dilombong di kawasan berdekatan Bau. Arang Batu pula dilombong di Simunjan . Pada kurun ke-20, galian yang utama dilombong ialah petroleum. Usaha mencari gali minyak dijalankan oleh Syarikat Borneo. Pada 1910, telaga minyak yang pertama dibuka di Miri. Minyak ditapis di kilang-kilang penapis minyak di Lutong. Perlombongan mendatangkan hasil pendapatan yang banyak kepada Sarawak. Charles Brooke hanya membenarkan Syarikat Borneo melibatkan diri dalam pertanian dan perlombongan untuk menjaga kepentingan penduduk tempatan.\

PendidikanPerubahan sosial turut berlaku di Sarawak kesan daripada perkembangan ekonominya. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan tersebut tidak banyak memanfaatkan penduduk tempatan. Dalam bidang pendidikan, pemerintahan Brooke telah memperkenalkan sistem pendidikan Melayu. Sekolah rendah Melayu turut ditubuhkan tetapi taraf pendidikannya rendah. Oleh itu, pendidikan Melayu ketinggalan. Pemerintahan Brooke memberi bantuan kepada sekolah Inggeris. Kebanyakan daripada sekolah Inggeris didirikan oleh mubaligh- mubaligh Kristian. Orang-orang Cina pula mendirikan sekolah-sekolah Cina dengan menggunakan buku dan sukatan pelajaran dari negara berkenaan.

PerhubunganDari segi perhubungan, sistem pengangkutan darat, air dan udara di Sarawak turut diperbaiki.terutama di sekitar bandar Kuching. Bandar Kuching telah bertukar wajah menjadi bandar diraja dan pusat pentadbiran Brooke yang dilengkapi dengan kemudahan asas. Bangunan-bangunan bercirikan barat telah didirikan dan dianggap sebagai anak pelabuhan Singapura. Jalan raya dan landasan kereta api juga dibina . Pengangkutan air diperluaskan dengan beberapa syarikat perkapalan memulakan perkhidmatannya di Kuching. Selain itu, perkhidmatan pos, telegraf dan telefon turut diperkenalkan. Untuk memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka hospital-hospital didirikan di bandar-bandar seperti Kuching dan Sibu.Sarawak Rangers ditubuhkan sebagai langkah untuk memastikan keamanan Sarawak terpelihara. Masyarakat majmuk wujud di Sarawak berikutan kemasukan ramai imigran. Beberapa bandar baru seperti Miri dan Sibu berkembang selepas kedatangan orang Cina. Ekonomi Sarawak telah dikuasai oleh orang Cina. Raja-raja Brooke mengamalkan dasar pecah dan perintah untuk menjaga kepentingan dinasti mereka. Setiap kaum diberi peranan tertentu . Orang Melayu diberikan peranan utama dalam bidang pentadbiran. Orang Iban diberikan peranan dalam bidang ketenteraan. Orang Cina pula hanya boleh melibatkan diri dalam bidang ekonomi.

SEJARAH AWAL BRUNEIPara pengkaji sejarah telah mempercayai bahawa terdapatnya sebuah kerajaan lain sebelum tertubuhnyaKesultanan Bruneikini, yang digelar orang Cina sebagaiPo-ni. Catatan orang Cina dan orang Arab menunjukkan bahawa kerajaan perdagangan kuno ini wujud di muara Sungai Brunei seawalabad ke-7atauke-8. Kerajaan awal ini pernah ditakluk empayarSrivijayayang berpusat diSumatrapada awal abad ke-sembilan Masehi dan seterusnya menguasaiBorneoutara dan gugusan kepulauanFilipina. Kerajaan ini juga pernah dijajahEmpayar Majapahityang berpusat di pulauJavatetapi berjaya membebaskan dirinya dan kembali sebagai sebuah negeri yang penting.Empayar Brunei melalui zaman kegemilangannya dariabad ke-15hinggaabad ke-17, sewaktu ia memperluaskan kekuasaannya ke seluruh pulau Borneo dan ke Filipina di sebelah utaranya. Brunei mencapai kemuncak kekuasaannya pada zaman pemerintahan Sultannya yang keenam iaituSultan Bolkiah(TM 1485 - 1524), yang terkenal disebabkan pengembaraan baginda di laut, malah pernah seketika menaklukiManila; dan pada zaman pemerintahan sultan yang kesepuluh,Sultan Muhammad Hasan(TM 1582 - 1598), yang membangunkan susun atur adat istiadat kerajaan dan istana yang masih kekal hingga ke hari ini.Selepas zaman Sultan Hassan, Brunei memasuki zaman kejatuhan berpunca dari pergolakan dalaman disebabkan perebutan kuasa antara waris diraja, juga disebabkan timbulnya pengaruh kuasa penjajah Eropah di rantau sebelah sini, yang menggugat corak perdagangan tradisi, serta memusnahkan asas ekonomi Brunei dan kesultanan Asia Tenggara yang lain. Pada tahun1839, pengembara Inggeris bernamaJames Brooketiba di Borneo dan membantu Sultan menundukkan sebuah pemberontakan. Sebagai balasan, beliau dilantik menjadi gabenor dan kemudiannya "Rajah"Sarawakdi Barat Laut Borneo sebelum meluaskan kawasan di bawah pemerintahannya.Pada masa yang sama, Syarikat Borneo Utara British sedang meluaskan penguasaannya di Timur Laut Borneo. Pada tahun1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya, tetapi dengan hal ehwal luar negara bawah kawalan British. Pada tahun1906, Brunei menerima suatu lagi langkah perluasan kuasa British apabila kuasa eksekutif dipindahkan kepada seorang residen British, yang menasihati baginda Sultan dalam semua perkara, kecuali yang bersangkut-paut dengan adat istiadat tempatan dan agama.Pada tahun1959, Brunei mengisytiharkan kerajaan baru yang berkuasa memerintah kecuali dalam isu hubungan luar, keamanan dan pertahanan dimana isu-isu ini menjadi tanggungjawab British. Percubaan untuk membentuk sebuah badan perundangan pada tahun1962terpaksa dilupakan kerana berlaku pemberontakan oleh parti pembangkang iaituParti Rakyat Bruneidan dengan bantuan British, pemberontakan ini berjaya dibanteras. Manakala pada akhir 1950 dan awal 1960, kerajaan Brunei ketika itu menolak cadangan (walaupun pada awalnya menunjukkan minat) untuk bergabung denganSingapura,Sabah,Sarawak, danTanah Melayuuntuk membentukMalaysiadan akhirnya Sultan Brunei ketika itu bercadang untuk membentuk sebuah negara yang merdeka.Pada1967,Sultan Omar Ali Saifuddintelah turun dari takhta dan melantik anakanda sulung badinda,Hassanal Bolkiah, menjadi Sultan Brunei ke-29. Baginda juga berkenan menjadi Menteri Pertahanan Setelah Brunei mencapai kemerdekaan penuh.Sultan Omar Ali Saifuddindisampiri gelaranPaduka Seri Begawan Sultanketika baginda turun daripada takhta kerajaan. Pada tahun1970, pusat pemerintahan negeriBrunei Town, telah diubah namanya menjadiBandar Seri Begawanuntuk mengenang jasa baginda. Baginda mangkat pada tahun1986.Pada4 Januari1979, Brunei dan United Kingdom telah menandatanganiPerjanjian Kerjasama dan Persahabatan. PadaJanuari 1,1984, Brunei Darussalam telah berjaya mencapai kemerdekaan sepenuhnya.

Perluasan Kuasa James BrookeJames Brooke melancarkan beberapa usaha dan strategi untuk meluaskan kawasannya ke utara dan mengukuhkan kedudukannya di Sarawak dengan membantu Pengeran Muda Hasyim menyelesaikan masalah pemberontakan yang dilakukan oleh pengeran usop dan melalui perjanjian yang dilakukan oleh Brooke tidak menerimanya tetapi setelah ditawarkan beberapa kali oleh Pegeran Muda Hasyim barulah beliau menerimanya dan dilantik menjadi Residen Sarawak.

Walaupun brooke dilantik menjadi Residen oleh Hasyim tetapi beliau tiada kuasa untuk melantik James Brooke menjadi Gabenor Sarawak kerana beliau bukanlah Sultan Brunei. Hal ini, menyebabkan Pengeran Muda Hasyim diancam oleh James Brooke. Pada 24 september 1841 Brooke meluaskan kuasanya dengan cara ugutan. Beliau telah mengepung tempat kediaman Pengeran Muda Hasyim dengan tekanan ketenteraan yang dibantu oleh H.M.S Diana.

Oleh sebab takut pemberontakan tersebut tercetus semula Pengeran Muda Hasyim telah memperkenankan permintaan brooke. Selain itu, Brooke juga telah mengugut Sultan Brunei sekiranya enggan untuk mengiktirafnya sebagai Raja Sarawak dengan mengugut untuk membedil Bandar Brunei dengan kapal H.M.S. Phglegethon. Pada 21 Disember 1845, Pengeran Muda Hasyim dan saudara-maranya telah dibunuh oleh orang-orang anti inggeris yang diketuai oleh Pangeran Muda Usop.

Kematian Pegeran Muda Hasyim membawa pelayaran sekali lagi ke Brunei untuk menentukan kedudukan kuasanya di Sarawak. Brooke menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pengiktirafan sepenuhnya ke atas Sarawak tanpa membayar ufti tahunan kepada Sultan Brunei.

Usaha yang seterusnya yang dilakukan oleh james brooke ialah menjalankan dasar anti pelanunan. Brooke juga mepunyai angkatan tentera daripada penduduk pribumi yang dianggotai oleh orang-orang muda seramai 25,000 yang berada di sekitar sungai Batang Lupar, Saribas dan sungai lain-lain. Tentera rakyat ini mudah sahaja menyahut seruan rajah, kerana kemungkinan mendapat hadiah yang paling berharga dalam peperangan iaitu kepala musuh.

James Brooke melancarkan serangan ke atas orang iban di sungai seribas dan skrang pada julai 1843, kerana Orang Kaya Pemancha iaitu ketua orang iban mencabar kewibawaan brooke sebagai pemerintah dengan mengancam untuk memenggalkan kepala James Brooke. Hal ini menyebabkan James Brooke merasa tercabar lalu meminta bantuan daripada Sir Henry Keppel untuk melancarkan serangan ke atas orang iban kerana kekuatan orang iban adalah seramai 800 orang hasil gabungan dengan orang melayu, Keppel mengunakan kapal perang H.M.S Dido untuk melancarkan serangan.

Komander Farquhar juga membantu brooke dengan melancarkan beberapa strategi sehingga memerangkap orang iban dan berlaku petempuran yang dahsyat dengan menggunakan kapal perang Nemesis akhirnya pihak lanun kalah dalam pertempuran. Hasil pertolongan daripada angkatan tentera british james brooke dapat membasmi lanun yang selama ini menentang pemerintahannya sebagai raja Sarawak. Brooke juga berjaya melemahkan benteng pertahanan utama lanun terutamanya di padeh,paku dan rimbas.

Beliau juga dapat menguasai dan meluaskan tanah jajahannya seperti dikawasan sungai skrang dan saribas. Setelah James Brooke berjaya menumpaskan orang-orang melayu dan iban, pembesar orang melayu dan ketua orang iban saribas perlu menandatangani satu perjanjian. Dimana mereka tidak dibenarkan melanun dan memberontak pada masa akan datang.

Seterusnya Brooke telah memisahkan petempatan antara orang melayu dan orang iban. Kerana takut aktiviti perlanunan berulang kembali. Hal ini, disebabkan orang iban mudah dipengaruhi oleh orang melayu turut sama dalam aktiviti perlanunan. Orang melayu ditempatkan di kawasan berhampiran pantai dan kuala-kuala sungai seperti Saribas, Paku dan Lingga., manakala orang iban pula ditempatkan di kawasaan yang agak jauh sedikit dengan pantai dan kuala-kuala sungai.

Usaha yang seterusnya, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Abdul Mumin yang menaiki tahkta setelah kemangkatan Sultan Omar Ali Saifuddin II pada tahun 1952. Menurut perjanjian ini brooke hanya perlu mebayar ufti sebanyak Dolar Selat$ 1500. Setelah perjanjian tersebut, Brooke telah berjaya meluaskan jajahannya di Sarawak dengan menguasai lembah Sungai Lupar dan Rajang.

Masalah pemberontakan orang cina pada 1857 telah menjejaskan pentadbiran brooke disarawak. Hal ini berlaku disebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pencerobohan kuasa yang dilakukan oleh brooke. Orang-orang cina ini terdiri daripada puak san-tiou-kou dan merupakan pelombong-pelombong emas yang datang dari Bau lalu menyerang Kuching. Malangnya brooke dapat mematahkan serangan tersebut dengan mudah dengan bantuan orang Melayu dan Iban.

Pada masa yang sama, masalah eksport sagu telah menjejaskan sumber kewangan brooke. Puak anti-Brooke telah berpakat dengan pangeran kawasan melanau untuk menyekat perdagangan sagu para pedagang Sarawak iaitu melayu dan cina. Keadaan menjadi tegang apabila konsul british iaitu Spenser St. John campur tangan dan berjaya menyelesaikan ketegangan tersebut. Akhirnya satu perjanjian telah dibuat antara Sultan Brunei dan brooke.

Dalam perjanjian tersebut seluruh kawasan melanau sehingga Bintulu diserahkan kepada kerajaan Sarawak dan brooke perlu membayar ufti tahunan sebanyak Dolar Selat $4500 kepada Sultan Brunei. Setelah kematian brooke pada 11 jun 1868 segala urusan pentadbiran Sarawak diambil alih oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke.

Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charles brooke untuk meluaskan kuasanya di Sarawak.Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48 tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat sumpah pada 11 okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.

Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya.Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen (Eropah) dengan dibantu oleh seorang penolong residen dan pegawai daerah. Bagi pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang melayu, cina dan dayak terus dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.

Charles brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.

Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke. Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai gantinya baginda akan mendapat bayaran yang swajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu panjang.

Walaubagaimana pun segala permintaan dan cadangan Charles brooke ditolak oleh Sultan Brunei dan baginda meminta perlindungan daripada Gabenor Pope-Hennessy yang merupakan Konsul Jeneral British bagi borneo dengan mendakwa bahawa brunei berhak mendapat perlindungan British dibawah persetiaan tahun 1847. Charles brooke menjadi marah dan setelah masalah itu dapat diselesaikan, Charles mencuba sekali lagi untuk mendapatkan Baram.

Pada tahun 1883, orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang kerajaan Brunei. Hal ini menyebabkan , beliau mudah untuk mendapatkan daerah tersebut atas desakan rakyat yang tidak mahu berlindung dibawah pemerintahan Brunei. Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan sungai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak $4,200 setahun. Sultan Brunei menyerahkan pula daerah Sungai Terusan tanpa sebarang bayaran setelah gagal mengatasi masalah kekacauan di situ.

Manakala limbang pula, sejak tahun 1884 lagi penduduk limbang yang bersepadan dengan Brunei, telah memberontak melawan pemerintahnya kerajaan Brunei. Kerana penduduk di Limbang tidak tahan menanggung penderitaan dan kezaliman pembesar brunei yang memerintah di Limbang. Pemberontakan tersebut telah berlaku sejak sekian lama, namun tidak dapat mengubah sikap pembesar Brunei tersebut. Akhirnya pada bulan mac tahun 1890 penduduk dilimbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak.

Penduduk limbang meminta Charles Brooke mengambil Limbang menjadi wilayah baru di Sarawak, dengan kebenaran kerajaan british di England Charles Brooke telah berjaya mendapat daerah Limbang. Wilayah yang seterusnya yang diperolehi oleh Charles Brooke ialah daerah Lawas. Maka dengan ini lengkaplah sudah perluasan kuasa Charles Brooke ke atas Sarawak.

KesimpulanJames Brooke berjaya menguasai 2/3 tanah jajahan di sarawak dengan beberapa usaha yang dijalankan seperti membuat perjanjian,ugutan terhadap Sultan Brunei dan memerangi lanun-lanun yang memberontak di Sarawak.Selain itu, dengan peralatan kapal perang yang canggih memudahkan lagi proses pengambilan wilayah dan tanah jajahan di Sarawak.

Di tambah dengan sokongan daripada pembesar tempatan iaitu Pengiran Muda Hasyim menyebabkan James brooke tidak mempunyai masalah untuk menjadi seorang Rajah di Sarawak. Setelah kematian beliau anak saudaranya iaitu Charles Brooke mengambilalih pemerintahan di Sarawak.

Charles juga berjaya memantapkan pentadbiran dan ekonomi Sarawak dan seterusnya berjaya melengkapkan penguasaan kesemua tanah jajahan dengan berjaya menguasai daerah limbang dan lawas.http://hadiftareh.blogspot.com/