Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

19
PENGENALAN Dalam topik ini, kita akan membincangkan konsep taÊlil yang merupakan kayu pengukur dalam memfokus terhadap falsafah Ilahi bagi menentukan sesuatu hukum. Dengan kata lain, untuk kita memahami rasional sesuatu hukum ianya mestilah selari dengan kehendak yang telah digariskan oleh syarak. Situasi ini jelas digambarkan oleh peruntukkan al-QurÊan dan pengajaran as-Sunnah. PENGERTIAN TALIL, PEMAKAIAN KONSEP DAN PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA MENGENAINYA Setiap hukum yang diperuntukkan oleh al-QurÊan dan yang diperjelaskan oleh as-Sunnah, sama ada berbentuk suruhan atau larangan mempunyai taÊlil, yang menerangkan matlamat, maksud, tujuan, hikmah atau objektif yang khusus dan tertentu. Sehubungan itu, sudah menjadi satu fahaman dan pegangan umum 2.1 T T o o p p i i k k 2 2 Persoalan Isu Penyebab TaÊlil Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan pengertian dan konsep talil; 2. Menghuraikan pendekatan al-QurÊan dan al-Sunnah mengenai konsep ta lil; 3. Mengaitkan perhubungan antara talil dan maqasid; 4. Mengenal pasti peranan sebenar taÊlil menurut perspektif syarak; dan 5. Mengilustrasi kaedah taÊlil dalam menentukan sesuatu hukum. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

Page 1: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan konsep taÊlil yang merupakan kayu pengukur dalam memfokus terhadap falsafah Ilahi bagi menentukan sesuatu hukum. Dengan kata lain, untuk kita memahami rasional sesuatu hukum ianya mestilah selari dengan kehendak yang telah digariskan oleh syarak. Situasi ini jelas digambarkan oleh peruntukkan al-QurÊan dan pengajaran as-Sunnah.

PENGERTIAN TA�LIL, PEMAKAIAN KONSEP DAN PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA MENGENAINYA

Setiap hukum yang diperuntukkan oleh al-QurÊan dan yang diperjelaskan oleh as-Sunnah, sama ada berbentuk suruhan atau larangan mempunyai taÊlil, yang menerangkan matlamat, maksud, tujuan, hikmah atau objektif yang khusus dan tertentu. Sehubungan itu, sudah menjadi satu fahaman dan pegangan umum

2.1

TTooppiikk

22

� Persoalan Isu Penyebab � TaÊlil

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan pengertian dan konsep ta�lil;

2. Menghuraikan pendekatan al-QurÊan dan al-Sunnah mengenai konsep ta lil;

3. Mengaitkan perhubungan antara ta�lil dan maqasid;

4. Mengenal pasti peranan sebenar taÊlil menurut perspektif syarak; dan

5. Mengilustrasi kaedah taÊlil dalam menentukan sesuatu hukum.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 15

bahawa tujuan pensyariatan itu ialah untuk kebaikan manusia di dunia dan di akhirat.

2.1.1 Apakah Erti Ta’lil?

TaÊlil merupakan satu kaedah, proses atau teknik penafsiran dan pemahaman sebenar ayat-ayat al-QurÊan agar makna dan maksud sebenar serta falsafah Ilahi yang terkandung di dalamnya dapat difahami dan dituruti dengan betul.

Sebagai contoh, terdapat sebahagian umat Islam di kalangan kita, yang bertanggapan bahawa syariat Islam diturunkan hanya bertujuan menguji tahap keimanan dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Segala hasil dan ganjaran daripada amalan kebaikan akan bakal diperoleh di akhirat kelak dan bukannya di dunia. Berikut dinukilkan keterangan-keterangan dari al-QurÊan dan hadis Nabi S.A.W yang menolak fahaman tersebut. Firman Allah S.W.T dalam surah Taha , ayat 122-123:

(Surah Taha, ayat ,122-123)

Bermaksud: Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku,, maka sesiapa yang mengikut petunjuk-Ku, pasti dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara. Dan sesiapa yang berpaling daripada mengingati petunjuk-Ku,baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ayat al-QurÊan di atas menerangkan kepada kita bahawa orang yang mengikut petunjuk Allah S.W.T. dan Rasulnya tidak akan berada dalam kesusahan dan kesesatan. Manakala mereka yang ingkar pula bakal mendapat kehidupan yang sukar serta dibangkitkan dalam keadaan buta (tidak mengenal akan kebesaran Allah S.W.T).

TaÊlil bererti memahami segala apa yang tersirat dalam perintah Allah.

Page 3: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

16

Kebaikan dan keburukan dalam ayat di atas merujuk kepada duniawi dan ukhrawi. Oleh itu, kita tidak berhak untuk menyempitkan skop pengertian ayat tersebut dengan hanya memfokuskan kepada hidupan di akhirat sahaja melainkan ada dalil yang menolak pengertian ini. Firman Allah S.W.T lagi di surah al-Hadid, ayat 25:

(Surah al-Hadid, ayat 25)

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan supaya manusia dapat menjalankan keadilan.‰ Tafsiran ayat di atas pula menerangkan kepada kita tentang apakah tujuan perutusan rasul-rasul serta penurunan kitab dan al-Mizan. Tujuannya ialah untuk memerintah manusia supaya berlaku adil serta menegak keadilan. Adil menurut perspektif Islam mencakupi setiap perkara sama ada dalam hubungan manusia dengan penciptanya, manusia sesama manusia atau hubungan manusia dengan alam ini. Begitu juga hubungan manusia dengan dirinya sendiri. Bahkan, Islam diturunkan demi mengajar manusia untuk sentiasa berlaku adil Seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.1.

Page 4: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 17

Rajah 2.1: Konsep adil menurut perspektif Islam

Sebagai contoh, apabila terdapat segolongan para sahabat R.A ingin beribadah sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

„Jika kamu berbuat begitu, kamu telah melemahkan mata kamu dan kamu juga telah meletihkan diri kamu. Sesungguhnya bagi diri kamu ada hak dan bagi isteri kamu ada hak. Oleh itu,berpuasalah dan kemudian berbuka dan bangunlah malam kemudian tidur.‰

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Anbiya, ayat 107:

������ ��� �� ���� �� �� ��� �� ��� �� �� ���� ������ �����

(Surah al-Anbiya, ayat 107) Bermaksud: Dan tidaklah Aku mengutuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmatku untuk seluruh alam. Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa tujuan utama pengutusan para rasul adalah sebagai rahmat kepada sekelian alam. Ayat ini tidak pula menyatakan yang semestinya rahmat ini dikhususkan untuk alam akhirat sahaja. Bahkan, rahmat ini diertikan sebagai menyeluruh serta meliputi kehidupan di dunia hingga ke akhirat tanpa ada perbandingan dan perbezaannya. Sebagai sokongan kepada penjelasan di atas, mari kita lihat firman Allah S.W.T dalam surah al-AÊraaf, ayat 156. Firman Allah:

Page 5: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

18

� � ��� �� ���� � �� �� � � �� ��� ���� �� �� �� ��� � ���� �� �������� ����� �������� �� ��� �� � ����� ����� � ��

�� ���� �! �� �" �� �#���� �� � $�������� �� �� ���� �� �% �& �#�$�� � ��' �� ��& �� ��� �()�� ��� �*+ , !�-

�.+���/ "- �� � �+���� �� �()�� ���� �� 0 �� ����� �-��1 �� �*+"����/ "- ��23�

(Surah al-AÊraaf,ayat 156) Maksudnya: Dan rahmatku meliputi setiap perkara.

2.1.2 Pemakaian Konsep Ta’lil dalam Ibadah Khassah

Di kalangan umat Islam, masih ada yang beranggapan bahawa hukum-hukum yang dikategorikan dalam ibadah khas tidak boleh difikirkan hikmah dan rahsianya. Mereka berfahaman bahawa ajaran Islam hanya sekadar taÊabbud (pengabdian) semata-semata. Pendapat sedemikian sebenarnya kurang tepat jika dinilai melalui kajian dan penelitian yang lebih komprehensif. Perkara tersebut boleh diperhatikan daripada beberapa alasan berikut. Dalil-dalil daripada al-QurÊan dan hadis yang dinyatakan sebelum ini tidak menyokong kepada pendapat di atas. Nas-nas berkaitan solat,puasa, zakat dan haji adalah ibadah-ibadah lain juga menyebut mengenai kafiat-kafiatnya yang tersirat.

Rajah 2.2: Pemakaian taÊlil dalam amalan ibadat khas

Page 6: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 19

(a) Konsep TaÊlil dalam Ibadah Solat Firman Allah S.W.T dalam ayat 45, surah al-Ankabut. Firman Allah:

"% ���� ���� �$# ��� �� ��� �� �4�� �� ��5� �� �6 ���� �� � �+�$! �� � %.�� � �+�$! �� �7 �� ���� #4��

�#���"�#�$ � �� &��5�'�� �� �� ( "��& �� ���� �%�� �&�' ��� ( �%�� �� )6 ����- ��� �*+"��� �! �� �82�

(Surah al Ankabut, ayat 45)

Bermaksud: Dan dirikanlah solat kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Rajah 2.3: TaÊlil dalam ibadah solat

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa hikmah atau rasional di sebalik amalan ibadah solat seperti yang di Rajah 2.3 iaitu:

(i) Dapat mencegah diri seseorang daripada melakukan perbuatan keji.

Hikmah daripada ibadat solat dapat mencegah kita dari melakukan kerosakan (fashaÊ) dan kejahatan (mungkar). Hikmah kebaikan daripada menjauhi maksiat ialah mengembalikan individu dan masyarakat kepada fitrah. Dengan menjauhi segala bentuk maksiat akan membawa keselamatan dan kesejahteraan kepada agama, bangsa, tubuh badan, harta, keluarga, malah kepada masyarakat dan negara. Fadilat amalan ini menganjur ke arah kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Page 7: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

20

(ii) Sebagai tanda mengingati Allah S.W.T. Kita diperintahkan untuk memperbanyakkan zikrullah, sebagai tanda mengingati Allah S.W.T.

Ayat di atas juga menjelaskan kepada kita bahawa maslahah (kebaikan) ini lebih utama. Lantaran itu disebut secara beriringan di dalam ayat lain. Misalnya firman Allah S.W.T dalam ayat 14, surah Taha:

*$�9 ���� ����� �%�� �� �!�� �� ���� ������ � �:���( ������ �6 ���� �� � �+�$! �� ;&� ��� �� ��8�

(Surah Taha, ayat 14) Maksudnya: Dan dirikanlah solat agar kamu mengingatiku. Oleh itu, dapat kita simpulkan daripada hujah di atas beberapa perkara utama, iaitu menganggap maslahah atau hikmah berzikir hanya untuk mendapat pahala di akhirat sahaja adalah tidak tepat. Zikrullah mengandungi maslahah duniawi yang amat besar jika dikaji dengan saksama. Selain itu, perkara yang sering difikir dan dicari oleh manusia dalam kehidupan dunia adalah kerehatan, ketenangan dan kebahagiaan; bukanlah wang ringgit dan harta benda semata-mata. Dalam ayat 28, surah ar-Rad pula Allah berfirman:

�()�� ���� ��+"���� �# +(,<�=�) �� �� 6 '> ��+���� &��& � �� �%�� ( ���� &� �� �� �%�� +(,<���) �� �*+�� , � �� �?@�

(Surah ar-Rad,ayat 28)

Maksudnya: Hati orang-orang yang beriman itu sentiasa tenteram disebabkan berzikir kepada Allah S.W.T. Ketahuilah bahawa dengan zikrullah itu sahaja hati manusia menjadi tenang.

(b) Konsep TaÊlil dalam Ibadah Berpuasa

Firman Allah S.W.T dalam ayat 183, surah al-Baqarah..

Page 8: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 21

��> -- ���� �- �()�� ���� ��+"���� �# ��& "0 A ����+ "B��� �.! �� ����& ��& � C�� �)�� ���� " �� �0 A ���, ��

�0 �5/���� �*+ , !�� ��@D�

(Surah al-Baqarah, ayat 183)

Maksudnya: Diwajibkan ke atas diri kamu agar berpuasa sebagai mana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa. Berdasarkan ayat di atas, Allah S.W.T. menerangkan kepada kita hikmah berpuasa dengan ungkapan Âmudah-mudahan kamu bertakwaÊ. Sesungguhnya Allah telah menjadikan puasa sebagai satu wasilah atau perantaraan untuk kita mencapai darjat ketakwaan. Tahap ujian ketakwaan sebenar menurut syarak ialah dengan menjauhi segala jenis kemaksiatan dan keburukan dalam diri setiap muslim.

Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa taÊlil dalam ibadah puasa adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 2.4 iaitu:

Rajah 2.4: TaÊlil dalam ibadah puasa

Hikmah puasa juga dinyatakan oleh Rasullah S.A.W dalam sebuah hadis (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).

Bermaksud: Puasa adalah pendinding. Apabila seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah mengucapkan kata-kata keji dan jangan berlaku jahil. Apabila ada orang yang memusuhinya atau mengejinya, dia hendaklah berkata: Aku berpuasa! Aku berpuasa!

Page 9: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

22

Tujuan penyucian roh dan didikan rohani melalui puasa jelas terbayang dalam hadis di atas. Antaranya ialah kita harus mengawal emosi diri daripada sifat buruk seperti:

� Pemarah

� Kedekut

� Tamak

� Pentingkan diri Sifat-sifat buruk ini sepatutnya diperbaiki dengan memperbanyakan kesabaran dan sentiasa bersikap tenang dalam apa jua keadaan dan situasi yang kita tempohi.

(c) Konsep TaÊlil dalam Ibadah Zakat

Firman Allah S.W.T dalam ayat 103, surah At-Taubah:

(Surah At-Taubah,ayat 103)

Bermaksud: Ambillah (sebahagian) daripada harta meraka sebagai sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan dan mensucikan mereka. Dan berdoalah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Pada zahirnya, kita melihat keuntungan pada ibadah zakat hanya memihak kepada sebelah pihak sahaja, iaitu golongan yang dihulurkan bantuan dan pertolongan berupa harta dan sebagainya. Manakala, mereka yang menghulurkan bantuan tersebut pula seolah-olah kita lihat tidak mendapat sebarang faedah daripada pemberian tersebut melainkan mengalami kerugian. Sebenarnya, hikmah menunaikan pembayaran zakat itu pasti terdapat pada pemberi zakat itu sendiri. Ini kerana, sewaktu kita menunaikan zakat secara tidak langsung kita dapat menyucikan jiwa kita daripada sifat kedekut dan tamak di samping kita dapat menambahkan keberkatan pada harta benda kita. Tidak pernah terukir dalam sejarah atau kita terbaca dalam mana-mana kitab, seseorang yang mengeluarkan harta kerana berzakat dan bersedekah menjadi papa kedana selepas itu. Apa yang banyak terjadi ialah sebaliknya � mereka yang terlalu tamak dan kedekut sahaja sering ditimpa muflis dan kemiskinan.

Page 10: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 23

Selain itu, hikmah membayar zakat juga ialah ianya dapat mententeramkan masyarakat dengan cara merapatkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan golongan miskin. Menerusi pembayaran zakat, golongan yang berada atau kaya dapat membantu golongan miskin. Bagi orang miskin pula akan hilang segala sifat cemburu, dendam, rasa rendah diri yang keterlaluan atau sifat hasad dengki terhadap golongan yang kaya kerana kekayaan mereka. Oleh itu, dapat kita simpulkan daripada huraian di atas, antara taÊlil dalam ibadah zakat adalah seperti di dalam Rajah 2.5 di bawah.

Rajah 2.5: TaÊlil dalam ibadah zakat

(d) Konsep TaÊlil dalam Ibadah Haji

Apakah rahsia Illahi dalam menyeru manusia mengerjakan ibadah haji? Antaranya, rahsianya terdapat di Rajah 2.6 di bawah:

Rajah 2.6: TaÊlil dalam ibadah haji

Page 11: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

24

Secara umumnya, ibadah haji merupakan satu ibadah yang terkandung di dalamnya pengorbanan jasmani dan rohani. Di dalamnya terdapat ibadah-ibadah lain seperti solat, zikir, doa, sedekah, jihad tubuh badan dan harta, menahan hawa nafsu dan sebagainya. Dari sudut maslahah atau kebaikan duniawi pula, di sana wujudnya peluang perniagaan, mempereratkan hubungan siratulrahim, sifat bersosial dan diplomatik serta adab-adab kemasyarakatan. Hikmah dalam perjalanan bagi mengaerjarkan ibadah haji juga mempunyai rahsia tersirat yang jarang diketahui oleh individu muslim, iaitu menambah pengalaman dan membuka minda mereka dalammelalui pertemuan dengan jutaan umat manusia yang memiliki beraneka adat dan budaya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj, ayat 27:

(Surah al-Hajj, ayat 27)

Maksudnya: Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, pasti mereka akan datang ke Baitullah (Kaabah) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang pelbagai jenis unta kurus, yang mana mereka datang daripada pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.

Seterusnya, ayat berikut jelas menekan tentang faedah keduniaan berkaitan dengan ibadah haji.

Firman Allah S.W.T lagi dalam ayat 198 , surah al-Baqarah:

�-�� � �0 A ����� 0.��� "/ *�� ��+�0��1 �� 1E�2�� "�2� �0 A �3� 4� � �� �3 �4 �� 6�5�2 ���� 54�2�

6�� ������ ���"� ��3 ���� �%�� ��� �� &����" ��� �� �F� ���#� �� � ���"� ��3 �� �� ����& �0 A� ���� *�� ��

6 �5� � " �2� �����, �� �" ��� �( �7���2 �� ��G@�

(Surah al-Baqarah, ayat 198)

Page 12: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 25

Bermaksud: Tidak menjadi kesalahan di kalangan kamu untuk mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji). Limpah kurniaan Allah S.W.T itu berbentuk keuntungan dunia yang dapat diambil ketika melakukan ibadah tersebut. Perkara itu dihuraikan oleh Imam al-Qurthubi, menerusi kitab tafsir beliau Tafsir al-Qurthubi, yang terkenal berkaitan dengan ayat di atas yang menyebut:

„Ayat tersebut merupakan hujah mengenai harus berniaga sewaktu mengerjakan ibadah haji. Perbuatan itu tidak membatalkan niat (qasad) melakukan ibadah dan tidak memesongkan seorang daripada keikhlasan beribadah.‰

2.1.3 Perbezaan Pendapat Ulama Mengenai Konsep Ta’lil

Seterusnya, kita akan mengkaji pula pandangan-pandangan ulama kontemporari mengenai konsep pemakaian taÊlil dalam penentuan sesuatu hukum. Imam I'lal al-Fasi mentakrifkan taÊlil sebagai matlamat syariah dan rahsia-rahsia pensyariatan setiap hukum Islam. Beliau juga telah mengkategorikan maqasid kepada dua aspek iaitu maqasid umum dan maqasid khusus, yakni:

� Maqasid umum ialah matlamat syariah secara umum

� Maqasid khusus ialah rahsia di sebalik setiap perintah agama Walau bagaimanapun, takrifan di atas telah disangkal oleh Dr. Iwad bin Muhmmad al-Qarni. Beliau memberi komen terhadap definisi ini dengan berhujah bahawa perkataan „rahsia‰ adalah kurang tepat untuk digunakan kerana rahsia bukanlah matlamat maqasid secara mutlak. Menurut beliau ada kalanya sesuatu rahsia itu menjadi maqasid dan pada ketika lain ia bukanlah maqasid kepada sesuatu. Manakala, Dr. Ahmad Al-Raisuni mentafsir taÊlil al-shariah sebagai matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Beliau telah membezakan maqasid dengan lebih halus lagi berbanding dengan pendapat Ibn al-'Asyur iaitu dengan membahagikan taÊlil kepada tiga aspek, iaitu seperti di Rajah 2.7.

Page 13: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

26

Rajah 2.7: Tiga aspek taÊlil

Pada hemat beliau, taÊlil umum ialah matlamat, tujuan dan objektif yang diambil kira oleh syarak dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syarak. Contohnya dalam menentukan keadilan dan kesaksamaan yang terdapat dalam semua hukum syarak. Manakala, taÊlil khusus ialah yang diambil kira oleh syariah dalam menentukan sesuatu atau beberapa komponen hukum tertentu seperti hukum kekeluargaan. Seterusnya maqasid sampingan ialah yang diambil kira oleh syariah dalam menentukan sesuatu hukum tertentu. Misalnya hukum sunat berkahwin. Akhir sekali, menurut Imam al-Izz bin Abdul Salam taÊlil al-syariah ialah matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan ummah. Berdasarkan perbahasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa daripada penjelasan yang dikemukakan oleh para ulama tersebut, definisi yang paling tepat, padat dan merangkumi seluruh konsep taÊlil al shariah ialah definisi yang dikemukakan oleh al-Raisuni kerana lebih bertepatan untuk digunakan menurut keadaan semasa.

1. Apakah definisi Maqasid Al-Syariah?

2. Bincangkan bersama rakan sekuliah tentang pendapat para ulama dalam mentakrifkan makna maqasid serta skop syariat Islam.

3. Allah S.W.T telah meletakkan sesuatu hukum untuk kesejahteraan manusia. Berikan contoh-contohnya.

AKTIVITI 2.1

Page 14: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 27

PENDEKATAN AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH MENGENAI KONSEP TA’LIL

Dalam topik ini, kita akan mengkaji tentang sejauh manakah relevannya taÊlil dalam al-QurÊan dan al-Sunnah. Seterusnya, kita akan melihat bagaimana pendekatan al-QurÊan dan al-Sunnah membenarkan penggunaan taÊlil bagi membantu menentu sesuatu hukum.

2.2.1 Al-Qur’an al-Karim

Apa itu Al QurÊan? Dalam konteks Maqasid al-Shariah, konsep taÊlil telah mengajar kita tentang setiap perintah Allah S.W.T itu memiliki falsafah dan matlamatnya yang tersendiri. Sebagaimana yang telah kita bincangkan sebelum ini, dengan merujuk kepada peruntukan ayat-ayat al-QurÊan kita dapat memahami taÊlil pengutusan rasul-rasul, sebab penurunan al-QurÊan (asbabul Nuzul), penggunaan taÊlil dalam ibadah khassah. Al-QurÊan juga telah menerangkan taÊlil penciptaan manusia sebagai khalifahtullah di atas muka bumi ini serta sifat pengabdian manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah.

2.2

1. Terangkan pengertian ta�lil, pemakaian konsep dan perbezaan pendapat ulama mengenainya.

2. Huraikan pendekatan Al-Quran dan As Sunnah mengenai konsep ta�lil.

Bincangkan sejauh manakah kedudukan, peranan dan kepentingan taÊlil dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan situasi semasa.

SEMAK-KENDIRI 2.1

Al-Quran ataupun Kitabullah merupakan kalamullah (firman-firman Allah S.W.T yang terkandung dalam kitab suci Al-QurÊan).

Al-QurÊan merupakan sumber utama dalam perundangan Islam.

Page 15: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

28

Al-QurÊan juga telah menekankan keutamaan memelihara prinsip-prinsip asas dalam ajaran Islam iaitu untuk memberi jaminan keselamatan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Jika dikaji dengan teliti kesemua hukum Islam berlegar di bawah skop jaminan lima prinsip asas ini.

Al-QurÊan juga telah menggariskan banyak taÊlil dan hikmah dalam sesuatu hukum yang disyariatkan. Sebagai contoh,

� TaÊlil al-QurÊan melarang melakukan hubungan seks dengan isteri semasa haid ialah untuk mencegah kedua-dua pihak daripada dijangkiti penyakit kelamin

� TaÊlil ibadat haji mempunyai banyak manfaat antaranya mewujudkan kesatuan dan perpaduan di kalangan umat Islam

� TaÊlil perkahwinan ialah memelihara diri, dapat hidup dalam situasi cinta mencintai, memperoleh zuriat, ketenangan dan keharmonian rumah tangga

� TaÊlil ibadat puasa ialah melahirkan sifat ketakwaan

� TaÊlil larangan melakukan persetubuhan haram ialah kerana kemudaratan akibat perbuatan tersebut dan lain-lain lagi

� TaÊlil dan hikmah yang banyak dinukilkan dalam al-QurÊan telah kita rujuk sebelum ini sebagai contoh dalam perbincangan.

2.2.2 Al-Sunnah

Apakah itu Al-Sunnah?

Agama Islam memberi jaminan keselamatan terhadap agama, jiwa, akal, keturunan dan harta seseorang.

Al-Sunnah merupakan sumber perundangan Islam yang kedua pentingnya, mempunyai autoriti yang penting dalam menguatkan lagi apa yang dinyatakan oleh al-QurÊan, mentafsirkan al-QurÊan, menjelaskan dan menghuraikannya agar lebih jelas dan mudah diamalkan.

Page 16: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 29

Dalam pendekatan taÊlil, al-Sunnah memainkan peranan menguatkan lagi kedudukan taÊlil dalam menilai sesuatu. Terdapat banyak autoriti daripada al-Sunnah yang menerangkan tentang sesuatu hukum turut memberi fokus kepada aspek taÊlil hukum tersebut. Sebagai contoh, hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama itu mudah". Dalam hadis ini, dengan jelas menunjukkan matlamat utama syariat ialah untuk memberi kemudahan kepada kita, tidak membebankan dan ringan serta mudah untuk dipraktikkan oleh semua.

Apabila kita merujuk kepada sirah nabawiyyah, kita akan dapati sekiranya Rasulullah S.A.W diberikan pilihan antara dua perkara, maka baginda akan memilih yang paling mudah selagi mana tidak mendatangkan dosa. Ini membawa pengertian kepada kita bahawa agama Islam amat mementingkan kemudahan kepada umatnya. Dalam sabda baginda yang lain, Nabi S.A.W bersabda:

Mahfumnya: Jika tidak kerana bimbang akan menyusahkan umatku nescaya sudah aku perintah mereka supaya bersiwak (membersih gigi) untuk setiap kali sebelum mengerjakan solat (semasa berwuduk). Dalam hadis yang lain, Nabi S.A.W menasihati kita supaya mempermudahkan sesuatu dan jangan menyulitkannya, dan hendaklah menggembirakan umat dan jangan menyedihkan mereka.

Dari sabda Nabi S.A.W di atas, jelas kepada kita yang syariat Islam bukanlah bertujuan untuk menyusahkan kita tetapi bertujuan untuk menyenangkan dan memastikan kemaslahatan kehidupan kita terjamin dan terpelihara di dunia dan akhirat.

Berdasarkan keterangan bersumberkan al-QurÊan dan al-Sunnah, anda ditugaskan untuk mengemukakan beberapa contoh selain daripada contoh yang telah dibincangkan di atas yang menunjukkan penggunaan teori taÊlil sebagai rujukan sesuatu hukum.

AKTIVITI 2.2

Page 17: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

30

PERHUBUNGAN ANTARA TA’LIL DAN MAQAAID

Setelah kita memahami peranan taÊlil dalam menentukan sesuatu hukum, hakikatnya dan juga kedudukannya dalam syariat, usaha selanjutnya pula ialah melihat kepada pemakaiannya berlandaskan maqaaid, iaitu himpunan pemahaman terhadap sejumlah besar daripada dalil-dalil syara'. Ini kerana memahami maqaaid adalah antara syarat terpenting bagi seorang mujtahid untuk berijtihad dan bagi seorang mufti untuk berfatwa. Imam al-Syatibi berpendapat sebarang ijtihad dan fatwa yang sepi daripada maqaaid akan menyebabkan penyimpangan ijtihad ataupun fatwa daripada pedoman sebenar syariat. Pendapat ini diiktiraf oleh jumhur ulama terkemudian. Pemakaian maqaaid dalam berijtihad amatlah penting kerana akan mengguna pakai roh syarak yang selari dengan asas nas-nas dan syariat itu sendiri yang sentiasa mengambil kira persoalan menjaga kemaslahatan ummah dan mengelakkan mereka daripada sebarang bentuk kemudaratan. Kedua-kedua prinsip ini juga merupakan asas atau tunjang kepada Tasyri' Islami itu sendiri. Oleh itu, penglibatan gabungan antara taÊlil dan maqaaid adalah amat penting.

2.3

1. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan al-QurÊan dan al-Sunnah sebagai sumber perundangan Islam.

2. Senaraikan pekara-perkara asas yang dijamin keselamatannya dalam Islam.

3. Huraikan peranan al-Sunnah dalam menentukan taÊlil sesuatu hukum.

4. Bincangkan matlamat syariat Islam menurut sabda Rasullallah S.A.W.

SEMAK-KENDIRI 2.2

Maqaaid merujuk kepada himpunan pemahaman terhadap sejumlah besar daripada dalil-dalil syarak berkaitan dengan sesuatu perkara yang memerlukan ketentuan hukum.

Page 18: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL � 31

� Konsep taÊlil menetapkan dan menentukan matlamat sesuatu hukum.

� Ketentuan hukum yang berlandaskan konsep taÊlil samada berbentuk perintah suruhan atau larangan, rujukan terhadap sumber perundangan yang utama harus diteruskan.

� Falsafah al-Shariah dan hikmah yang ditetapkan oleh syarak dalam menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara harus sentiasa dipelihara dan dijaga.

� Kaedah penetapan dan penentuan sesuatu hukum yang berasaskan taÊlil akan menjadi lebih mantap, justeru itu penggunaan serta aplikasinya juga akan menjadi lebih jelas.

� Relevensi dan gabungan di antara taÊlil dan maqaaid adalah rapat dan jelas dalam proses ijtihad bagi menentukan tujuan asas sesuatu hukum yang difatwakan oleh para mujtahid dan mufti.

Hubungan antara taÊlil dan maqaaid tidak dapat dipisahkan. Anda ditugaskan untuk memberi beberapa contoh yang menunjukkan gabungan antara taÊlil dan maqaaid dalam menjamin kesejahteraan dan keselamatan ummah.

AKTIVITI 2.3

1. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan istilah maqaaid.

2. Huraikan peranan maqaaid dalam menentukan sesuatu hukum

3. Bincangkan mengapa para mujtahid dan mufti memerlukan syarat maaqaid untuk berfatwa?

SEMAK-KENDIRI 2.3

Page 19: Topik 2 Persoalan Isu Penyebab Talil

� TOPIK 2 PERSOALAN ISU PENYEBAB – TA’LIL

32

Ibadah al Khassah

Ijtihad

Kaedah Fiqh

Maqaaid

Mujtahid

TaÊlil

Abdul Karim Zaidan. (1990). al-Madkhal li Dirasati al-Syariah al-Islamiyyah.

Beirut: Muassasah al-Risalah.

Ahmad al-Raisuni. (1992). Nazariyyat al-Maqasid I'nda al-Imam al-Syatibi, Beirut: al-Maahad al-Alami li al-Fikr al-Islami.

Al-Syatibi. (1996). al-Muwafaqat Fi Usul al-Shariah. jil: 2. Beirut: Dar al-Ma'rifah.

Ibn Qayyim al-Jauziyyah. (1996). I'lam al-Muwaqqi'in. jil.3. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Mohamad Hashim Kamali. (2004). Principles of Islamic Jurisprudence. Selangor: Ilmiah Publisher.

Rahimin Affandi Abdul Rahim, Paizah Ismail & Idris Awang. (2006). Pendekatan Baru Maqasid al-Shariah dalam Pengajian Shariah di Malaysia: Satu Analisis, kertas kerja yang dibentangkan di dalam International Conference: Islamic Jurisprudence and the Challenges of The 21st Century, anjuran UIAM.

Rosli Mokhtar & Mohd Fikri Che Hussain. (2007). Maqasid al Syariah: Hikmah di Sebalik Pensyariatan. Shah Alam: Karya Bestari Sdn. Bhd.