Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

16
PENGENALAN Akidah merupakan perkara asas dalam Islam untuk memelihara pemikiran seorang Muslim. Akidah mempunyai kaitan yang amat rapat dengan konsep Islam, iman dan ihsan. Ia menekankan keimanan dan amalan dalam kehidupan harian. Perincian tentang rukun iman, rukun Islam dan ihsan merupakan perkara yang sangat penting untuk difahami dan dihayati kerana ia ada perkaitan yang jelas tentang asas akidah Islamiyyah. Topik ini adalah penting bagi seorang guru pendidikan Islam memandangkan rukun iman, rukun Islam dan ihsan adalah perkara-perkara yang sangat asas bagi setiap Muslim. Oleh itu, anda sebagai guru perlu menguasainya dengan baik agar mudah memberi pemahaman kepada murid-murid kelak, khususnya dari sudut aplikasi dan praktikalnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga akan dihuraikan dalam topik ini. Diharap agar anda dapat melaksanakan kaedah-kaedah ini di dalam kelas anda nanti. Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan pengertian rukun iman, Islam dan ihsan dengan jelas; 2. Menghuraikan konsep syahadah dengan jelas; dan 3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 3 3 Iman, Islam dan Ihsan

description

AKIDAH

Transcript of Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

Page 1: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� PENGENALAN

Akidah merupakan perkara asas dalam Islam untuk memelihara pemikiran seorang Muslim. Akidah mempunyai kaitan yang amat rapat dengan konsep Islam, iman dan ihsan. Ia menekankan keimanan dan amalan dalam kehidupan harian. Perincian tentang rukun iman, rukun Islam dan ihsan merupakan perkara yang sangat penting untuk difahami dan dihayati kerana ia ada perkaitan yang jelas tentang asas akidah Islamiyyah. Topik ini adalah penting bagi seorang guru pendidikan Islam memandangkan rukun iman, rukun Islam dan ihsan adalah perkara-perkara yang sangat asas bagi setiap Muslim. Oleh itu, anda sebagai guru perlu menguasainya dengan baik agar mudah memberi pemahaman kepada murid-murid kelak, khususnya dari sudut aplikasi dan praktikalnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran juga akan dihuraikan dalam topik ini. Diharap agar anda dapat melaksanakan kaedah-kaedah ini di dalam kelas anda nanti.

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan pengertian rukun iman, Islam dan ihsan dengan jelas;

2. Menghuraikan konsep syahadah dengan jelas; dan

3. Mengaplikasikan kaedah pengajaran serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

33 � Iman, Islam

dan Ihsan

Page 2: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

70

KONSEP IMAN

Iman dari segi bahasa ialah tasdiq (membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu ataupun syak wasangka di dalam hati. Manakala, dari segi syaraÊ pula, ia bermaksud pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan. Rajah 4.1 menghuraikan pengertian iman dalam bentuk grafik untuk memudahkan lagi pemahaman anda:

Rajah 3.1: Pengertian iman

Para Mutakallimin secara umum merumuskan unsur-unsur iman terdiri daripada al-Tasdiq bi al-Qalb, al-Iqrar bi al-Lisan dan al-ÂAmal bi al-Jawarih. Maksud pengertian iman ialah membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran-ajaran Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ketiga-tiga perkara ini saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Sekiranya seseorang menyatakan bahawa dia beriman kepada Allah tetapi tidak beramal dengan amalan yang soleh, maka ia tidak melengkapi pengertian iman yang sebenarnya. Seseorang yang beriman mestilah melibatkan tiga unsur, iaitu: (a) Mengakui dengan hati bahawa Islam adalah agama yang benar;

(b) Menyatakan dengan lidah bahawa Islam adalah agama yang benar; dan

(c) Mengamalkan ajaran yang terkandung dalam syariat Islam.

3.1

Page 3: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

71

Seseorang yang beriman mestilah memahami serta menghayati rukun-rukun iman dengan penuh keyakinan meliputi kepercayan kepada keesaan Allah SWT, kewujudan para malaikat, kitab-kitab Allah, rasul-rasul Allah, hari akhirat serta keimanan kepada qada` dan qadar Allah SWT. Sebelum kita teruskan pembacaan topik ini dengan lebih lanjut, lebih baik kita melihat isi-isi penting terlebih dahulu supaya perbincangan kita mempunyai panduan. Ia akan memudahkan anda untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rajah 3.2 menunjukkan hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun iman.

Rajah 3.2: Hasil pembelajaran untuk dicapai dalam

pembelajaran dan pengajaran rukun iman

3.1.1 Rukun Iman

Rukun iman adalah asas keimanan iaitu mempercayai Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada' serta takdir baik dan jahatnya dari Allah, di mana kepercayaan itu tetap di dalam hati seseorang tanpa bercampur syak dan keraguan. Sabda Nabi SAW mengenai rukun iman:

Page 4: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

72

������ ��� ����� ������ ������ �������� ���� ����� �� �! �"#����$�) %�&�� '��(��� ����(

Maksudnya: „Beriman dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan qada' serta takdir baik dan jahatnya‰. Rukun iman yang terkandung di dalam hadis tersebut menjadi sebab utama diutuskan para rasul ke alam ini dan diturunkan kitab-kitab kepada mereka. Keimanan seseorang itu tidak dikira sah sekiranya dia tidak beriman kepada semua rukun iman tersebut. Kesemua rukun iman dapat dilihat dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Rukun iman

Page 5: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

73

Semasa membincangkan rukun iman, anda hanya perlu menyatakan pengertiannya dan menyebut rukun-rukun tersebut satu persatu tanpa perlu menghuraikannya. Sekiranya ada murid yang bertanya tentang mana-mana rukun, maka bolehlah anda menjelaskan dengan ringkas dan mudah. Contohnya, sekiranya anda ditanya mengenai rupa malaikat, anda boleh menjawab bahawa malaikat bukan seperti kita kerana kejadiannya adalah dari cahaya. Anda juga boleh memberikan jawapan lain yang difikirkan sesuai kerana perlu diingat bahawa topik rukun iman ini akan diajar kepada murid tahap satu sekolah rendah. Tahap pemikiran murid tahap satu tidak mampu memahami dan menganalisis bukti-bukti atau hujah-hujah kritis yang tidak mampu dicapai oleh akal mereka. Berikan juga contoh-contoh yang mudah untuk mereka fikirkan.

KONSEP ISLAM

Islam dari segi bahasa bererti sejahtera. Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Abdul Karim Zaidan (1976) dalam kitabnya Usul al-Da`wah menjelaskan secara terperinci pengertian Islam berpandukan hadis serta ayat-ayat al-Quran. Beliau mengatakan bahawa maksud Islam ialah: (a) Penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu

Pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta menunaikan haji bagi orang-orang yang mampu;

(b) Ketundukan dan penyerahan kepada Allah secara sukarela tanpa sebarang paksaan;

(c) Agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dan orang Islam diminta mematuhi segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya;

(d) Satu sistem kehidupan yang sempurna yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW; dan

3.2

Bincangkan maksud iman dari segi syaraÊ iaitu, "pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota badan".

AKTIVITI 3.1

Page 6: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

74

(e) Merupakan satu jawapan kepada tiga soalan yang seringkali ditanya oleh manusia. Tiga soalan itu ialah:

(i) Dari mana kita datang?;

(ii) Kenapa kita dilahirkan di atas muka bumi ini?; dan

(iii) Ke manakah kesudahan kehidupan kita selepas ini? Terdapat lima perintah Allah yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh seseorang Islam yang dikenali sebagai rukun-rukun Islam. Rajah 3.4 menunjukkan hasil pembelajaran untuk dicapai dalam pembelajaran dan pengajaran rukun Islam.

Rajah 3.4: Hasil pembelajaran untuk dicapai dalam

pembelajaran dan pengajaran rukun Islam

3.2.1 Rukun Islam

Rukun Islam ialah perkara utama yang wajib dilakukan oleh orang Islam. Ia melibatkan amalan yang telah disyariatkan oleh Allah dan dilakukan dengan penuh kepatuhan kepada Allah melalui lima rukun Islam (rujuk Rajah 3.5).

Page 7: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

75

Rajah 3.5: Rukun Islam

Setelah anda memahami pengertian rukun Islam, seharusnya anda memantapkan ilmu anda dengan setiap rukun Islam tersebut. Dua kalimah syahadah adalah suatu yang biasa bagi kita. Namun, fahamkah anda akan hakikat syahadah? Subtopik ini akan menghuraikan pengertian serta tuntutannya kepada umat Islam. Syahadah bermaksud pengetahuan, penerangan, perkhabaran dan pernyataan.

Kalimah syahadah mengandungi pengertian ikrar (��+�), iktiraf (,��-�) dan iÊtiqad

(.�#�-�). Bila seseorang itu melafazkan dua kalimah syahadah (syahadatain) dengan

rela dan sedar, bermakna dia sudah mengiktiraf bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusanNya. Penyaksian ini melayakkan seseorang itu menjadi seorang muslim.

Page 8: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

76

Lafaz dua kalimah syahadah adalah seperti berikut:

�� /��� �"01 �� "2$�� �� 34 ��� 3 �� "2$� Maksudnya: „Aku naik saksi (mengakui) bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi (mengakui) bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.‰ Cuba anda perhatikan, dalam syahadatain ini terdapat dua unsur penting iaitu

nafi (567) dan ithbat (8��94):

�� "2$���� 3/ �� 34�� /��� �"01 �� "2$��

567 / 8��94 Pengakuan dalam syahadah ini meletakkan penafian bahawa tiada satu pun tuhan yang layak disembah, kemudian mensabitkan hanya Allah sahaja Tuhan yang layak disembah. Apabila seseorang mengucap dua kalimah syahadah ini, maka segala hukum-hakam yang berkaitan dengan Islam telah berlaku kepadanya, seperti kewajipan solat lima waktu, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Tuntutan pada syahadah ialah kita mengiktiraf Allah adalah Tuhan kita yang wajib disembah dan kita adalah hambaNya, dengan cara mengikut syariat yang dibawa oleh pesuruhNya Nabi Muhammad SAW. Perkara yang menyebabkan syahadah seseorang terbatal atau murtad ialah: (a) Sujud atau tunduk kepada selain Allah secara pilihan sendiri bukan kerana

terpaksa.

(b) Menghina atau memperkecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama seperti nama dan sifat Allah, al-Quran, hadis, hukum syarak dan sebagainya.

(c) Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya dengan ucapan itu menyebabkan orang menyangka ia telah kafir atau orang tersebut mengaku bahawa dirinya telah kafir atau keluar dari Islam (pilihan sendiri, bukan paksaan).

Page 9: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

77

(d) Perbuatan-perbuatan lain yang menyebabkan boleh terkeluar daripada Islam seperti mengatakan yang wajib itu haram serta sebaliknya. Firman Allah SWT:

����� �� �������� ����� �� ��� � ����� ���� ���� � ���� ��� �� ����� ����� �� ������ �

� ����� �� ��� ��� � �������� ������� ��� � ����� �������� ����� ��� �� ���� � ���� � ��� ��

��� ����� �� ��� !

Maksudnya: „Sesiapa yang murtad antara kamu daripada agamanya (agama Islam) kemudian mati dalam kekafirannya itu maka gugurlah segala amalan mereka di dunia dan akhirat. Mereka akan menjadi penunggu neraka dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.‰

(Surah al-Baqarah: 217) Kesimpulannya, setiap orang yang telah melafazkan syahadah wajib mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.

KONSEP IHSAN

Setelah menyelusuri pengertian iman dan Islam daripada Allah SWT menerusi perantaraan Jibrail, Nabi Muhammad SAW juga diberikan kefahaman mengenai ihsan yang berhubung kait dengan akhlak dan perlakuan insan yang sempurna. Konsep ihsan telah digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Umar Al-Khattab r.a.:

��&;<� �- =>?@ /�+ :B/�B+ : C��DD� E�F�D� E%B� G�HIB@ �C��DD� DJK7B?B� L�� D"C�EMD� N�B�DO�DDP C�K7HIB@.

Maksudnya: „Jibril a.s. bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pengertian Ihsan, Nabi menjawab: Ihsan itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah dan kalau kamu tidak melihat Allah, sesungguhnya Allah melihat segala perbuatan kamu.‰

(Riwayat Muslim)

3.3

Page 10: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

78

Nabi Muhammad SAW juga telah menjelaskan pengertian ihsan di dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus r.a.:

�RGSD$ TUF� V�- F��WD&E;H<� DXD�B� Y�� N�H4 �ZI@ �F[G�D�B#�� �E�C\WD&E;B?B@ E%C�G�D�B+ �BZHIB@H�H�D]E�H�BZ ^!�� ���6W$ %F�D"D;B� "]��� �F[D]C�H_�� �C\WH&E;B?@ %C�]D�BZ.

Maksudnya: „Sesungguhnya Allah telah mewajibkan Ihsan kepada semua perkara. Jika kamu berperang menentang musuh elokkan cara peperangan kamu. Jika kamu menyembelih binatang, elokkan cara sembelihan kamu, rehatkan ia dan tajamkan pisau sembelihan kamu.‰

(Riwayat Imam Muslim) Soleh Ahmad Redho (1990) menerangkan maksud ihsan yang boleh disimpulkan dari kedua-dua hadis di atas seperti berikut: (a) Melakukan ibadat dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa

mengawasi apa yang kita lakukan;

(b) Melakukan ibadat dengan teratur, tekun dan sempurna;

(c) Sentiasa mengingati Allah dan memujiNya kerana Allah sentiasa mengawasi gerak geri kita;

(d) Sentiasa melakukan kebaikan dan ihsan kepada jiran tetangga;

(e) Ihsan kepada kedua ibu-bapa dengan menghormati kedua-duanya;

(f) Ihsan kepada anak-anak dengan memberikan pendidikan agama yang sebaik-baiknya;

(g) Ihsan kepada isteri dengan melayaninya dengan baik;

(h) Ihsan kepada manusia dengan melakukan kebaikan serta mencegah kemungkaran; dan

(i) Ihsan kepada binatang, alam sekitar dan dunia. Ihsan juga boleh diumpamakan sebagai seseorang yang melakukan gerak kerja harian dan merasakan seolah-olah ada pihak yang melihat atau mengintainya untuk melihat sama ada dia bekerja atau sebaliknya.

Page 11: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

79

Ciri-ciri ihsan ada diterangkan di dalam al-Quran secara meluas serta mereka yang bersifat „muhsinin‰. Antaranya, Allah SWT berfirman:

�"�� � ��# �� � ���# �� � ����������$ � �"���� ����� �� � � ������ �

Maksudnya: „Jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu.‰

(Surah al-IsraÊ: 7) Dengan ini jelaslah kedudukan ihsan adalah tinggi di sisi Islam dalam usaha melengkapkan ciri-ciri keimanan dan keislaman individu dan masyarakat Islam seluruhnya.

HUBUNGAN ANTARA IMAN, ISLAM DAN IHSAN

Setelah dijelaskan maksud iman, Islam dan ihsan, maka satu kesimpulan dapat dibuat berdasarkan hubungan ketiga-tiganya iaitu, seseorang yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakannya (Islam) dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan). Gabung jalin antara keyakinan terhadap Allah, kepatuhan melaksanakan perintahNya dan keikhlasan yang sepenuhnya akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil.

3.4

Insan yang sempurna adalah manusia yang sempurna iman, Islam dan ihsannya. Jelaskan ciri-ciri utama yang ada pada insan tersebut.

SEMAK KENDIRI 3.1

Page 12: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

80

CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat anda jalankan untuk membantu murid-murid memahami topik yang kita bincangkan ini. Berikut merupakan cadangan sebagai panduan kepada anda. Anda boleh menggunakan kreativiti anda semasa menjalankan aktiviti tersebut: (a) Aktiviti Pertama

(i) Mempertonton dan memperdengarkan nasyid rukun iman dan bernasyid bersama-sama. Anda perlu menyediakan peralatan audio visual untuk aktiviti ini kerana persiapan rapi adalah penting supaya ia tidak tergendala. Semasa anda bernasyid bersama-sama, tunjukkan minat anda terhadap nasyid berkenaan dan jangan biarkan murid-murid menyanyi sendirian sedangkan anda sedang membuat kerja lain. Setelah selesai bernasyid, anda boleh membuat perbincangan berkaitan dengan isi nasyid yang dinyanyikan itu.

(ii) Bentangkan senarai rukun iman dan bacakannya satu persatu diikuti

oleh murid-murid. Setelah itu, buat latih tubi menyebutnya secara individu atau secara berkumpulan. Setelah murid dapat mengingati kesemua rukun tersebut dengan baik, maka kaedah soal jawab perlu digunakan untuk memantapkan lagi ingatan murid terhadap rukun iman.

(iii) Anda juga boleh memantapkan lagi pengajaran anda dengan memberi

gerak kerja bertulis. Contohnya, mewarna dan menanda semula rukun-rukun iman seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 3.6.

3.5

Page 13: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

81

Rajah 3.6: Contoh gerak kerja bertulis dalam pembelajaran dan pengajaran rukun iman

(iv) Melatih murid-murid dengan lafaz zikir seperti:

>�� �� ��� 3� ��� 3� �� "0`� ��� ��]��

Ianya bertujuan untuk memberi pengukuhan tentang rukun iman. Berikan pengertian zikir tersebut kepada mereka, iaitu: „Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar.‰

Zikir ini akan menambahkan lagi rasa kecintaan kepada agama dan sekaligus memberi impak yang tinggi kepada akhlak murid-murid. Nyatakan juga tentang kelebihan orang-orang yang berzikir seperti mudah semasa belajar, jiwa menjadi tenang, senang mendapat pertolongan dari Allah dan sebagainya. Namun, dalam kita melatih murid kita berzikir, tanyalah diri kita, berapa banyakkah kita berzikir kepada Allah SWT pada setiap hari? Satu renungan untuk kita yang bergelar guru.

Page 14: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

82

(b) Aktiviti Kedua

(i) Nyanyikan lagu Rukun Islam nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bersama-sama. Apabila selesai nyanyian tersebut, minta murid supaya menyenaraikan di papan putih satu persatu rukun yang disebutkan di dalam lagu berkenaan. Setelah itu, minta semua murid menyebut rukun Islam secara latih tubi sehingga mereka dapat menyebut dan mengingatinya.

(ii) Keluarkan beberapa keping gambar yang berkaitan dengan rukun

Islam, seperti gambar orang sedang solat, menunaikan zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Gambar-gambar ini adalah bertujuan untuk menunjukkan amalan-amalan yang ada dalam rukun iman. Anda diingatkan bahawa murid Tahun Satu hanya perlukan penerangan ringkas berkaitan dengan rukun-rukun tersebut. Jadi anda hanya perlu menunjukkan gambar dan menyebut amalan yang terdapat dalam gambar berkenaan.

(iii) Adakan perbincangan dengan murid-murid tentang perbezaan di

antara rukun iman dan rukun Islam. Bahagikan kepada dua kumpulan, kemudian jalankan permainan seperti kuiz atau kotak beracun dan sebagainya untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang kedua-dua rukun tersebut.

(c) Aktiviti Ketiga

(i) Alunkan nasyid berkaitan dengan dua kalimah syahadah seperti dalam lagu Puji-pujian nyanyian kumpulan Raihan. Cara bernasyid atau nyanyian merupakan satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik perhatian murid kepada pengajaran anda. Dari nasyid tersebut, tuliskan dua kalimah syahadah di papan putih dan sebutkan dengan nyaring. Kemudian, minta semua murid menyebutnya secara berkumpulan atau individu.

(ii) Buat beberapa potongan kalimah syahadah dan minta supaya murid-

murid menyusun potongan kalimah itu. Aktiviti ini lebih menyeronokkan kalau dimainkan secara berkumpulan. Mana-mana kumpulan yang dapat menyusun potongan itu dengan betul dan pantas akan mendapat hadiah.

Page 15: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN �

83

(iii) Minta murid-murid menekap dua kalimah syahadah di dalam buku teks kemudian mewarnakannya. Cara ini memberi keseronokan kepada mereka kerana pada tahap ini, mewarna adalah kegemaran mereka.

(iv) Latih murid-murid dengan menulis semula kalimah syahadah

berkenaan. Latihan seumpama ini mampu menambah ingatan murid terhadap dua kalimah syahadah.

� Beriman dengan rukun iman, rukun Islam dan ihsan mampu membentuk individu muslim yang berkeperibadian tinggi dan unggul.

� Teknik pembelajaran menggunakan pancaindera deria lebih berkesan dan dipraktikkan oleh pelajar dalam keadaan santai dan ceria.

Ihsan

Iman

Islam

Ithbat

Syahadatain

Secara berkumpulan, cadangkan kaedah-kaedah pengajaran lain serta bentuk-bentuk penilaian yang bersesuaian dalam pengajaran iman, Islam dan ihsan.

AKTIVITI 3.2

Page 16: Topik 3 Iman Islam Dan Ihsan

� TOPIK 3 IMAN, ISLAM DAN IHSAN

84

Abdul Karim Zaidan. (1976). Usul al-da`wah. Dar al-Bayan.

Abdul Latif Muda, & Rosmawati Ali @ Mat Zin. (1998). Pengantar ilmu tauhid. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Abdullah Yasin. (1990). Hakikat dua kalimah syahadat. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (1997). Memasuki gerbang perkahwinan. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Soleh Ahmad Redho. (1990). Qutuf min riyadis solehin. Damsyik: Dar al-Qalam.

Yusuf al-Qardhawi. (1980). Al-iman wa al-hayat. Kaherah: Maktabah Wahbah.