Topik 3 Perkahwinan Dan Kekerabatan

download Topik 3 Perkahwinan Dan Kekerabatan

of 15

description

Manusia, Masyarakat & Budaya

Transcript of Topik 3 Perkahwinan Dan Kekerabatan

  • ! PENGENALAN

    John sedang melawat keluarga Ahmad di Jemapoh, Negeri Sembilan. Ahmad merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik tetapi masih belum berkahwin lagi. Dia sedang membina kerjayanya di Kuala Lumpur dan menunggu masa untuk mendirikan rumahtangga. Adik Ahmad, Azlan, sudah berkahwin dan tinggal bersama isterinya bersama ibu bapanya di kampung. Adik bongsu Ahmad, Aminah, masih bersekolah dan juga tinggal bersama ibu bapanya.

    TTooppiikk!!

    33 ! Perkahwinan

    dan Kekerabatan

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mendefinisikan perkahwinan;

    2. Menyenaraikan fungsi-fungsi perkahwinan;

    3. Menghuraikan pertimbangan ekonomi dan aspek pertukaran dalam perkahwinan;

    4. Mendefinisikan kekerabatan; dan

    5. Menjelaskan sistem-sistem keturunan patrilineal dan matrilineal.

    Rajah 3.1: Keluarga amat penting bagi manusia

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN32

    Melihat keluarga Ahmad yang harmoni dan bahagia, John terkenangkan ibu bapa dan isterinya di Amerika Syarikat (sila lihat Rajah 3.1). John agak terperanjat melihat Azlan masih menetap dengan isterinya di rumah orang tuanya. Ketika berbual dengan keluarga Ahmad, John berkata bahawa agak janggal bagi orang Barat yang sudah berkahwin untuk tinggal sebumbung dengan orang tuanya. Menurutnya, masyarakat Barat amat mementingkan konsep individualisme dan hidup berdikari. Tetapi John amat menghormati dan menghargai sistem kekerabatan orang Melayu kerana ia melambangkan ikatan sosial yang kukuh. Keluarga adalah sistem sokongan sosial yang seharusnya menjaga kebajikan ahli-ahlinya. John menyesali bahawa perkara semudah ini jarang berlaku di Barat di mana sistem kekeluargaan semakin merosot dan kadar perceraian semakin meningkat.

    DEFINISI PERKAHWINAN

    Perkahwinan bukanlah suatu konsep yang mudah didefinisikan. Penggunaannya amat meluas di kalangan orang kebanyakan dan ahli-ahli sains sosial, tetapi maknanya sering bergantung kepada konteks budaya. Ferraro (2006) mendefinisikan perkahwinan seperti berikut:

    Ini bermakna perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka mengadakan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalin dengan harapan bahawa hubungan itu berkekalan.

    3.1

    Marriage can be defined as a series of customs formalising the relationship between male and female adults within the family.

    Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan upacara adat yangmemberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki danperempuan dewasa dalam sesebuah keluarga.

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    33

    Manusia berkahwin dengan tujuan untuk membina keluarga. Ferraro (2006) mendefinisikan keluarga seperti berikut:

    Perkahwinan melibatkan hubungan jantina dan ekonomi di antara dua pasangan (biasanya lelaki dan perempuan) yang dibenarkan atau disahkan oleh masyarakat. Perkahwinan menekankan hak hubungan seks (conjugal rights). Kalau kita perhatikan, dalam masyarakat terdapat hubungan sosial dan ekonomi antara lelaki dan perempuan yang tidak semestinya melibatkan sebarang hubungan seks, contohnya hubungan antara abang dan adik beradik perempuan; tuan besar dan orang gaji perempuannya; majikan dan setiausahanya. A New Dictionary of Sociology pula mentakrifkan perkahwinan sebagai satu hubungan yang direstui oleh masyarakat antara dua orang yang berlainan jantina yang dijangka akan berkekalan sehingga selepas tempoh penghamilan bayi dan selepas bayi itu dilahirkan. Bagi A. R. Radcliffe-Brown, Perkahwinan adalah satu bentuk hubungan sosial yang khusus yang memberikan pengiktirafan sosial atau taraf keibubapaan kepada anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan tersebut. Definisi lain menyatakan bahawa perkahwinan adalah satu perlakuan budaya untuk mewujudkan famili, iaitu yang melibatkan penyusunan semula pelaku-pelaku sosial dari segi peranan masing-masing. Misalnya kalau sebelum berkahwin seseorang itu menjadi ahli keluarga orientasi (keluarga di mana seseorang itu diasuh dan dididik), tetapi selepas berkahwin dia menjadi ketua keluarga prokreasi (keluarga di mana seseorang itu menjadi ibu bapa dan melahirkan anak sendiri).

    A family is a social unit characterised by economic cooperation, the management of reproduction and child-rearing, and common residence.

    Keluarga merupakan satu unit sosial yang diasaskan kepada kerjasamaekonomi, yang juga berperanan melahirkan zuriat, menjaga dan mengasuh anak-anak dan berkongsi tempat tinggal.

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN34

    FUNGSI-FUNGSI PERKAHWINAN

    Pembentukan keluarga melalui perkahwinan memenuhi pelbagai fungsi untuk masyarakat. Fungsi-fungsi perkahwinan adalah seperti berikut:

    (a) Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.

    (b) Membahagikan tugas di antara suami dan isteri (division of labour).

    (c) Memastikan terbelanya kebajikan anak-anak.

    3.2.1 Hubungan Seksual

    Perkahwinan mengatur hubungan seksual yang stabil di antara suami dan isteri untuk tujuan prokreasi (pembiakan). Hubungan seksual biasanya akan mengakibatkan kehamilan, dan jika kehendak manusia ini tidak dikawal, ia boleh membawa kepada kerosakan. Anda hanya perlu membaca akhbar untuk melihat kesan hubungan seksual yang tidak terbatas: perempuan remaja yang hamil tanpa bapa, kemudiannya melahirkan anak luar nikah yang tidak berdosa, akhirnya anak itu dibuang begitu sahaja seperti sampah sarap (sila lihat Rajah 3.2). Inilah akibatnya jika hubungan seksual dibiarkan berleluasa begitu sahaja tanpa sebarang sempadan. Cuba fikirkan apakah faktor sosial bayi luar nikah dibuang?

    3.2

    AKTIVITI 3.1

    Definisi-definisi di atas menggambarkan institusi-institusi perkahwinan dan keluarga secara ideal. Secara hakikatnya, bolehkah definisi-definisi di atas diguna pakai? Bagaimana pula dengan budaya-budaya di mana sistem keluarga mereka berlawanan dengan definisi yang dicadangkan,misalnya, keluarga homoseksual di Barat? Apakah tema sepunya yangterdapat dalam semua definisi di atas. Topik keluarga dan perkahwinan merupakan isu kontroversi yang seharusnya diperdebatkan dengan lebihlanjut. Bincangkan dengan kumpulan tutorial anda.

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    35

    Rajah 3.2: Sanggupkah anda membuang bayi secomel ini? Sumber: mauliantidewi.wordpress.com

    3.2.2 Pembahagian Tugas

    Perkahwinan juga menyediakan mekanisme sosial yang mengatur pembahagian tugas mengikut jantina (division of labour). Untuk sebab-sebab yang tertentu (secara budaya dan biologikal), lelaki memikul tugas-tugas tertentu manakala wanita menyandang peranan yang berbeza. Untuk memaksimakan kelangsungan masyarakat, lelaki dan wanita harus bekerjasama dengan menawarkan perkhidmatan antara satu sama lain. Perkahwinan memudahkan pertukaran berlaku antara lelaki dan wanita. Secara tradisional, lelaki diharapkan memikul beban sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah. Wanita pula memegang peranan sebagai suri rumah yang menguruskan rumah dan menjaga anak-anak yang masih kecil. Lelaki memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan fizikal, ekonomi dan saraan hidup kepada golongan domestik yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua yang tidak berdaya.

    3.2.3 Kebajikan dan Perlindungan Anak-Anak

    Akhir sekali, perkahwinan memastikan bahawa kebajikan anak-anak tidak terabai. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya bertanggungjawab dan menyediakan keperluan-keperluan seperti pendidikan dan kasih sayang kepada anak-anak. Kita tidak boleh berkelakuan seperti haiwan dalam membesarkan anak-anak. Tahun-tahun pertama seorang anak akan menentukan sama ada dia membesar menjadi orang atau menjadi hantu kelak. Proses pembudayaan bermula di rumah: kanak-kanak banyak bergantung kepada ibu bapa untuk tunjuk ajar sosial. Di sinilah kita lihat pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan suasana keluarga sentiasa positif untuk menjayakan keluarga bahagia (sila lihat Rajah 3.3). Anak-anak ibarat kain putih; terpulang kepada ibu bapa bagaimana mereka hendak melakar akhlak pada anak-anak mereka.

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN36

    Satu lagi sifat manusia ialah bayi yang dilahirkan itu memerlukan masa yang lama untuk berdikari berbanding dengan bayi haiwan seperti lembu dan kuda yang boleh berjalan sebaik sahaja ia dilahirkan. Justeru tempoh penjagaan bayi manusia memerlukan institusi keluarga yang diwujudkan melalui perkahwinan.

    Rajah 3.3: Keluarga bahagia

    PERTIMBANGAN EKONOMI DALAM PERKAHWINAN

    Kebanyakan masyarakat menganggap perkahwinan sebagai kontrak yang mengikat suami dan isteri serta ahli-ahli keluarga mereka. Kontrak ini juga melibatkan pertimbangan ekonomi dalam bentuk pertukaran barangan dan perkhidmatan. Pertukaran-pertukaran ini terbahagi kepada empat kategori:

    (a) Mas kahwin

    (b) Bride service

    (c) Dowry

    (d) Pertukaran timbal balas

    3.3

    SEMAK KENDIRI 3.1

    Nyatakan fungsi-fungsi perkahwinan dan berikan contoh-contoh yang sesuai.

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    37

    3.3.1 Mas Kahwin

    Mas kahwin ialah bayaran yang diberikan oleh keluarga suami kepada keluarga isteri. Mas kahwin diamalkan oleh 46% masyarakat sedunia menurut World Ethnographic Sample oleh Murdock. Lazimnya, mas kahwin dibayar dalam bentuk wang (sila lihat Rajah 3.4), tetapi budaya-budaya lain turut membayar mas kahwin dengan memberikan binatang peliharaan (biri-biri, kuda, lembu) dan barangan (tikar, selimut, lembing dan barangan berharga dan berstatus).

    Rajah 3.4: Wang sebagai mas kahwin

    Masyarakat Barat mempunyai tanggapan yang negatif terhadap mas kahwin. Mubaligh-mubaligh Kristian menganggap mas kahwin menjatuhkan martabat kaum wanita dan tidak selaras dengan konsep perkahwinan Kristian. Pentadbir-pentadbir kolonial menganggap mas kahwin sebagai lambang status wanita yang rendah dalam masyarakat tradisional. Ahli antropologi mengambil pendekatan yang berbeza dan mempertahankan mas kahwin sebagai sebahagian daripada sistem perkahwinan tradisional yang memainkan peranan penting. Mas kahwin memainkan pelbagai fungsi positif:

    (a) Sebagai jaminan supaya isteri dilayan dengan baik.

    (b) Sebagai mekanisme yang menstabilkan perkahwinan dengan mengurangkan risiko perceraian.

    (c) Sebagai ganti rugi kepada keluarga isteri di atas kerugian ekonomi kerana anak perempuan yang menjadi isteri orang merupakan satu kehilangan dari segi tenaga kerja.

    (d) Sebagai ganti rugi kepada keupayaannya melahirkan anak kerana anak perempuan yang berkahwin itu akan melahirkan zuriat untuk keluarga si suaminya.

    (e) Sebagai simbol penyatuan dua kerabat yang besar.

    (f) Sebagai mekanisme untuk mengesahkan perkahwinan tradisional.

    (g) Sebagai pertukaran hak-hak terhadap anak-anak daripada keluarga ibu kepada keluarga bapa.

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN38

    3.3.2 Bride Service

    Mas kahwin sering diamalkan dalam masyarakat yang kaya dan mempunyai sumber material sebagai asas pertukaran. Tetapi dalam masyarakat berskala kecil yang tidak mengumpul wang dan barangan, bride service diamalkan di mana pihak lelaki menawarkan perkhidmatannya kepada keluarga perempuan. Bride service biasanya diamalkan oleh masyarakat nomad yang mencari makanan dengan berburu. Sebagai contoh, orang Ju/hoansi (sila lihat Rajah 3.5) memilih suami berdasarkan kebolehannya untuk memburu binatang. Bakal suami mesti memperlihatkan kelebihan memburu sebelum dianggap layak untuk berkahwin, kerana bapa mertuanya akan bergantung kepadanya untuk membekalkan hasil buruan sebagai bride servicenya.

    Rajah 3.5: Orang Ju/hoansi

    3.3.3 Dowry

    Berbanding mas kahwin, dowry merupakan perpindahan barangan atau duit daripada keluarga isteri kepada pihak keluarga suami. Dowry sentiasa dibekalkan oleh pihak isteri, tetapi penerima dowry berbeza daripada budaya ke budaya. Dowry sering dikaitkan dengan masyarakat India pada persepsi umum (sila lihat Rajah 3.6). Kadangkala amalan ini boleh disalahgunakan, dan ini telah membawa kepada fenomena dowry death di mana isteri dibunuh atau membunuh diri akibat gangguan atau deraan daripada pihak suami kerana

    AKTIVITI 3.2

    Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, misalnya Melayu, Cina,India dan lain-lain lagi. Bincangkan dengan rakan-rakan anda sistem pertukaran yang diamalkan oleh budaya-budaya yang berbeza di Malaysia sempena perkahwinan. Adakah terdapat perbezaan ataupersamaan?

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    39

    keluarga si isteri gagal membayar dowry yang lebih tinggi. Dalam amalan dowri, bukan wang dan barang sahaja yang boleh hilang kerana berkahwin, nyawa anda pun boleh hilang!

    Rajah 3.6: Dowry

    3.3.4 Pertukaran Timbal Balas

    Pertukaran timbal balas diamalkan di rantau Pasifik dan di kalangan masyarakat pribumi Amerika (sila lihat Rajah 3.7). Ia melibatkan pertukaran hadiah yang sama rata di antara keluarga-keluarga suami isteri. Amalan ini menekankan bahawa perkahwinan di merata dunia bukanlah hubungan antara lelaki dan wanita semata-semata tetapi merupakan persekutuan di antara dua keluarga.

    Rajah 3.7: Keluarga pribumi Amerika

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN40

    KEKERABATAN

    Manusia dilihat sebagai haiwan sosial. Apa yang membezakan manusia dengan haiwan ialah kecenderungannya hidup dalam kelompok sosial yang kompleks. Individu memainkan peranan sosial, memegang status yang berbeza-beza, dan mempunyai hubungan tertentu dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Ahli antropologi budaya banyak mengkaji sistem kekerabatan dalam masyarakat berskala kecil berbanding mana-mana topik lain. Kekerabatan merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang berdasarkan pertalian darah atau perkahwinan (sila lihat Rajah 3.8). Mereka yang bersaudara dengan kita melalui pertalian darah atau kelahiran dipanggil saudara konsanguin (saudara sedarah). Mereka yang bersaudara dengan kita melalui perkahwinan dipanggil saudara affinal (saudara semenda).

    Rajah 3.8: Kaum kerabat

    Sistem kekerabatan adalah penting kerana ia membantu manusia menyesuaikan diri terhadap persekitaran sosialnya. Berikut adalah beberapa kepentingan sistem kekerabatan:

    (a) Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini siapa, mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.

    3.4

    SEMAK KENDIRI 3.2

    Kita sering terdengar penyajak berkata bahawa cinta itu luhur danmurni. Bidang antropologi tidak melihat perkahwinan sebagai suatuperkara yang romantik semata-mata. Apakah pertimbangan-pertimbangan selain cinta yang diambil kira oleh ahli antropologiuntuk menjelaskan wujudnya institusi perkahwinan?

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    41

    (b) Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan membahagikan tugas.

    (c) Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anak-anak dengan baik.

    (d) Ia menyediakan mekanisme untuk berkongsi harta benda dan barang-barang.

    (e) Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya meminta bantuan dalam kesusahan.

    SISTEM-SISTEM KETURUNAN

    Sistem-sistem keturunan memainkan peranan yang penting dalam sistem kekerabatan kerana ia menentukan siapakah yang tergolong dalam atau dikecualikan daripada sesuatu kumpulan sosial. Peraturan sosial ini memastikan bahawa masing-masing jelas tentang kedudukan dan statusnya dalam konteks kerabat. Tiada siapa boleh mempertikaikan hak dan peranan yang telah disediakan untuknya. Di sini, kita akan membincangkan dua sistem keturunan seperti berikut:

    (a) Sistem keturunan patrilineal

    (b) Sistem keturunan matrilineal

    3.5.1 Sistem Keturunan Patrilineal

    Jika anda mengkaji mana-mana budaya di muka bumi ini, anda akan dapati bahawa sistem keturunan patrilineal mencorakkan kebanyakan sistem-sistem sosial. Dalam sistem ini, seseorang individu itu mempunyai susur galur kekerabatan melalui bapanya, datuk sebelah bapa, dan seterusnya melalui lelaki sahaja. Berikut adalah mereka-mereka yang tergolong dalam sistem keturunan patrilineal (sila lihat Rajah 3.9):

    3.5

    SEMAK KENDIRI 3.3

    1. Bezakan antara saudara konsanguin dan saudara affinal.

    2. Mengapakah sistem kekerabatan penting dalam kehidupanmanusia?

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN42

    (a) Individu lelaki

    (b) Anak-anaknya

    (c) Anak-anak saudara lelakinya (bukan anak-anak saudara perempuannya)

    (d) Anak-anak kepada anak-anak lelakinya (bukan anak-anak kepada anak perempuannya)

    Rajah 3.9: Sistem keturunan patrilineal Sumber: Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).

    Australia: Thomson Wadsworth.

    Masyarakat tradisional Cina mengamalkan sistem keturunan patrilineal. Keluarga patrilineal ini terdiri daripada seorang lelaki, (beberapa) isterinya, anak-anak lelakinya, menantu-menantu perempuan, serta cucu cicit. Apabila anak lelaki sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, dia akan dikahwinkan dengan seorang perempuan daripada keluarga-keluarga lain (sila lihat Rajah 3.10). Perempuan itu kemudiannya menetap dengan keluarga lelaki tersebut dan melahirkan anak-anak untuk meneruskan keturunan lelaki tersebut. Harta diwariskan daripada bapa kepada anak-anak lelaki dan kemudiannya kepada cucu-cucu lelaki.

    Rajah 3.10: Keluarga patrilineal Cina

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    43

    3.5.2 Sistem Keturunan Matrilineal

    Dalam sistem keturunan matrilineal, seseorang itu tergolong di dalam kerabat ibunya. Sistem ini terdiri daripada (sila lihat Rajah 3.11):

    (a) Seorang wanita

    (b) Adik-beradiknya

    (c) Anak-anaknya

    (d) Anak-anak saudara perempuannya

    (e) Anak-anak kepada anak-anak perempuannya

    Rajah 3.11: Sistem keturunan matrilineal Sumber: Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.).

    Australia: Thomson Wadsworth.

    Masyarakat Zuni (sila lihat Rajah 3.12) di New Mexico mengamalkan sistem keturunan matrilineal yang terdiri daripada seorang atau sekumpulan wanita yang tinggal bersama-sama suami-suami mereka di kediaman wanita. Hanya kaum wanita menetap secara tetap di rumah wanita dan menjaga objek-objek suci di kediaman tersebut. Suami-suami perlu membahagikan masa dan tenaga mereka di antara keluarga-keluarga isteri, ibu dan saudara perempuan mereka. Mereka mempunyai peranan-peranan yang berbeza bergantung kepada hubungan mereka:

    (a) Peranan ekonomi Untuk keluarga isteri. Status lelaki tidak terlalu bergantung kepada kuasa ekonomi

    (b) Peranan upacara Untuk keluarga ibu dan saudara perempuan. Status lelaki banyak bergantung kepada keperluan istiadat.

  • ! TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN44

    Rajah 3.12: Masyarakat Zuni

    ! Perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara mereka. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai variasi keluarga yang tidak semestinya selari dengan definisi keluarga ideal yang diberikan.

    ! Fungsi-fungsi perkahwinan adalah seperti berikut:

    (a) Mengatur hubungan seksual di antara suami dan isteri.

    (b) Membahagikan tugas di antara suami dan isteri.

    (c) Memastikan kebajikan anak-anak terbela. ! Perkahwinan melibatkan pertimbangan ekonomi dalam bentuk pertukaran

    barangan dan perkhidmatan. Pertukaran-pertukaran ini terbahagi kepada empat kategori:

    (a) Mas kahwin

    (b) Bride service

    (c) Dowry

    (d) Pertukaran timbal balas ! Kekerabatan merujuk kepada hubungan-hubungan dalam masyarakat yang

    berdasarkan pertalian darah atau perkahwinan. Sistem kekerabatan adalah penting kerana ia membantu manusia menyesuaikan diri terhadap persekitaran sosialnya. Sistem-sistem keturunan berikut dibincangkan dalam topik ini:

  • TOPIK 3 PERKAHWINAN DAN KEKERABATAN "

    45

    (a) Sistem keturunan patrilineal

    (b) Sistem keturunan matrilineal

    Bride service

    Dowry

    Hak hubungan seks

    Kekerabatan

    Keluarga

    Keluarga orientasi

    Keluarga prokreasi

    Mas kahwin

    Perkahwinan

    Pertukaran timbal balas

    Saudara affinal

    Saudara konsanguin

    Sistem keturunan matrilineal

    Sistem keturunan patrilineal

    Ferraro, Gary. (2006). Cultural anthropology: An applied perspective (6th ed.). Belmont: Thomson Wadsworth.

    Kottak, Conrad Phillip. (2006). Anthropology: The exploration of human diversity (11th ed.). Boston: McGraw Hill Higher Education.

    Mitchell, G. Duncan (ed.). (1979). A new dictionary of sociology. London: Routledge and Kegan Paul

    Scupin, Raymond & DeCorse, Christopher R. (2004). Anthropology: A global perspective (5th ed.). New Jersey: Pearson Education, Inc.