Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

download Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

of 13

Transcript of Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    1/13

    PENGENALANSepanjang kursus ini, anda perlu membaca pelbagai jenis sumber maklumatseperti modul kursus, nota edaran dan nota daripada tutor anda sertamemperoleh pelbagai bahan rujukan dalam format bercetak dan elektronikdaripada Perpustakaan Digital Tan Sri Dr Abdullah Sanusi. Cara terbaik untuk

    mengurus semua sumber maklumat yang telah anda perolehi daripada pelbagaisumber adalah dengan meringkaskannya dalam bentuk nota.

    Dalam konteks pembelajaran di OUM, anda akan mendapati bahawa menulisdan menyalin nota adalah sebahagian daripada proses pembelajaran, sama adadaripada modul, tutorial, buku, jurnal atau Internet. Anda mesti melakukannya;namun demikian, ini tidak bermakna menulis dan menyalin nota adalah prosesmengambil setiap perkataan yang diucapkan oleh tutor tulis kembali setiapperkataan yang dijumpai di dalam buku, jurnal dan laman sesawang.

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Membezakan antara anotasi, menggariskan nota, nota ruang, petaminda dan nota rumusan;

    2. Membangunkan kemahiran menulis nota daripada bahan bercetak; dan3. Mengaplikasikan cadangan menyalin nota untuk menyediakan nota

    yang baik berdasarkan perbincangan bilik darjah.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppii 44

    KemahiranMenulis danMenyalinNota

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    2/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA100

    Apa yang perlu dicatat, berapa banyak yang perlu dicatat dan bagaimanaterperincinya sesuatu catatan nota akan menentukan masa yang diambil untukmenyiapkannya. Dengan mempelajari dan menguasai kemahiran asas dalam

    penyediaan nota, maka anda akan berupaya untukmenghasilkan nota yang baikdalam masa yang lebih singkat apabila anda mengaplikasikan kemahirantersebut terhadap pembelajaran anda.

    Jika anda mampu mengambil dan menyediakan nota yang baik, anda akanmenjimatkan masa dari segi berikut:

    (i) Tidak perlu mencari teks asal; atau

    (ii) Tidak perlu melihat pelbagai nota tetapi hanya mengambil maklumatspesifik yang diperlukan sahaja.

    Dalam topik ini, anda akan diperkenalkan kepada pelbagai teknik menulis danmenyalin nota.

    CARA MENYEDIAKAN NOTA

    Terdapat banyak cara nota dapat disediakan, namun tidak ada satupundaripadanya merupakan teknik yang terbaik. Setiap teknik adalah bergantungkepada pilihan peribadi seseorang dan kesesuaian situasi serta tujuan membuat

    nota. Sebagai contoh, menulis nota daripada modul atau sumber cetakan lainadalah berbeza daripada menulis nota di tutorial atau perbincangan kumpulan.Ia mungkin lebih mudah menulis nota daripada modul kerana ia bersifat pasif

    berbanding dengan perbincangan yang bersifat langsung atau dinamik. Inikerana maklumat yang diterima melalui perbincangan adalah spontan dan tidakteratur. Terdapat cara yang berbeza untuk menghasilkan sesuatu nota. Nota

    boleh dihasilkan dengan cara berikut:

    (a) Anotasi;

    (b) Nota bergaris;

    (c) Nota lajur;

    (d) Peta minda; dan

    (e) Rumusan.

    4.1

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    3/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 101

    4.1.1 Anotasi

    Cara ini adalah sesuai untuk modul bercetak, buku teks, artikel atau sumber-

    sumber lain. Anda boleh menghasilkan nota dengan menulis di garisan tepi,menggariskan fakta, mengetengahkan perkara utama dan menggunakan tandasoal atau pangkah untuk menunjukkan sama ada anda bersetuju atau tidakdengan perkara-perkara yang terdapat dalam teks, seperti yang ditunjukkandalam Rajah 4.1. Kaedah ini akan membantu anda bukan sahaja mengingatiperkara utama tetapi juga membolehkan anda ingat tanpa perlu membaca tekssekali lagi.

    Jika anda tidak suka menulis dalam buku, anda mungkin mahu menggunakankertas jalur untuk menandakan muka surat dengan nota yang bertulis pada jalur.

    Ujian anotasi yang baik adalah apabila anda merujuk semula buku tersebut; andaharus memahami nota tanpa membaca halaman, topik atau perenggan sekali lagi.

    Rajah 4 1: Contoh anotasi

    4.1.2 Nota Bergaris

    Teknik ini hanya menggunakan kata kunci dan frasa. Nota biasanya disusunsecara berurutan mengikut nombor atau tajuk, subtajuk dan jarak. Rajah 4.2menunjukkan panduan format nota bergaris.

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    4/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA102

    Rajah 4 2: Contoh membuat nota bergaris4.1.3 Nota Lajur

    Format membuat nota lajur seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 adalahlebih sesuai untuk kursus matematik dan sains.

    Rajah 4 3:Contoh nota lajur4.1.4 Peta Minda

    Peta minda tidak mengikuti urutan linear. Topik utama membentuk nukleusmanakala cabang-cabangnya ialah idea-idea dan konsep utama. Peta mindamenunjukkan hubungan antara idea dan konsep, dengan garisan berfungsisebagai pautan. Rajah 4.4 menunjukkan contoh peta minda.

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    5/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 103

    Rajah 4 4:Contoh peta minda

    4.1.5 Nota Rumusan

    Anda boleh memilih untuk merumuskan maklumat teks apabila menghasilkannota. Rumusan adalah nota yang padat dengan maklumat, ditulis dalam bentukperenggan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5. Jika anda memutuskanuntuk merumuskan maklumat teks, anda perlu memecahkan topik kepada

    bahagian yang lebih kecil. Kadangkala, anda boleh memilih kaedah membuatnota ini apabila anda tidak boleh menyusun organisasi topik dan subtopik.

    Rajah 4 5: Contoh rumusan

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    6/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA104

    MENGHASILKAN NOTA DARIPADABAHAN BERCETAK

    Berikut adalah cadangan dalam menulis nota dari modul anda atau sumber-sumberlain. (Ingatlah bahawa anda boleh mengaplikasikan kaedah anotasi, nota bergaris,nota lajur, peta minda dan rumusan untuk menghasilkan nota yang berkesan).

    (a) Fahami objektif supaya nota lebih tertumpu kepada apa yang pentingdalam topik.

    (b) Baca keseluruhan topik dan kemudian rumuskan dalam beberapa ayatdengan menggunakan perkataan anda sendiri. Jangan menulis nota semasamembaca topik kerana anda akan cenderung untuk menulis terlalu banyak.

    Gunakan teknik-teknik menyediakan nota yang telah dicadangkan.

    (c) Tinggalkan ruang di antara nota bagi membolehkan penambahan atauperubahan kemudian.

    (d) Baca semula topik dan perbaiki nota, sediakan lebih banyak butiran.

    (e) Gunakan perkataan anda sendiri dan jangan salin daripada teks. Ini akanmembantu anda memahami bahan itu dengan lebih baik.

    (f) Jika anda menyalin perkataan demi perkataan, ayat atau frasa daripadatopik, jangan lupa untuk meletakkannya dengan tanda koma terbalik untukmenunjukkan bahawa nota itu telah dipetik daripada topik. Jangan lupa

    juga menulis sumber asal daripada mana nota diambil (Pengarang, tajukdan tahun penerbitan, nombor halaman).

    (g) Baca nota anda untuk memastikan anda memahaminya. Jika nota tidakmasuk akal ketika anda membacanya, sudah tentu nota itu tidak akan

    berguna pada masa hadapan.

    4.2

    Bandingkan gaya anda membuat nota dengan cadangan yang dikemukakandi sini. Adakah terdapat apa-apa perbezaan? Tuliskan perbezaan dankongsikan dengan rakan kursus anda.

    AKTIVITI 4.1

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    7/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 105

    MENYALIN NOTA SEMASA TUTORIAL

    Menyalin nota dalam kelas tutorial merupakan satu aktiviti yang biasa dilaluioleh pelajar. Aktiviti ini seperti menyalin nota daripada buku yang dilihat lebihmudah. Dalam kelas toturial, anda tidak boleh mengawal aliran ucapan, tidak

    boleh berharap pengajar akan mengulangi tutorial dan tidak boleh memintapengajar anda menyusun isi pelajaran atau menyederhanakan kelajuan ujaran

    beliau. Keadaan ini akan mempengaruhi penghasilan catatan, nota anda yanglebih berkesan dalam kelas tutorial. Berikut ialah beberapa cadangan tentang

    bagaimana anda boleh mempersiapkan diri anda untuk tutorial.

    4.3.1 Melengkapkan Diri untuk Tutorial

    Tiada kemahiran yang akan berkesan jika anda tidak bersedia untuk kelastutorial. Katakan anda membuat keputusan melancong ke luar negara, adakahanda tidak mahu membaca tentang tempat-tempat yang anda akan lawati?Begitu juga, anda perlu melakukan pembacaan anda sebelum memasuki kelasanda kerana ia membantu dalam cara berikut:

    (a) Ia mengaktifkan pengetahuan lebih dahulu;

    (b) Ia membina skema mental; dan

    (c) Ia membolehkan anda melakukan rujuk silang.

    Ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih baik terhadap bahan yangsedang anda baca dan akhirnya mendatangkan minat di dalam kelas. Membacasecara kritis dengan menggunakan pengalaman dan pendapat anda sendiri akanmembantu anda untuk membangunkan pengetahuan latar belakang. Dengan itu,anda akan dapat menguasai kandungan kursus yang dibincangkan dalamtutorial serta meningkatkan pemahaman anda.

    Pada asasnya, sebagai persediaan awal, anda perlu membaca terlebih dahulu.

    Anda telah belajar bagaimana mengoptimumkan pembacaan anda dalam Topik 3tetapi membaca modul sahaja tidak mencukupi. Anda perlu mendapatkan lebihbanyak bahan sokongan atau sumber-sumber untuk menyokong pengetahuananda tentang kandungan kursus. Bahagian ini menekankan bahawa membacaawal adalah penting dalam bersiap sedia untuk kelas dan begitu juga membuatnota. Nota akan mengukuhkan pemahaman anda tentang apa yang telah anda

    baca. Oleh itu, gunakan kemahiran yang berkesan ini untuk mempersiapkan diriuntuk kelas tutorial.

    4.3

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    8/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA106

    Adalah penting untuk anda membaca keseluruhan topik terlebih dahulu, supayaapa sahaja yang dibincangkan di dalam kelas atau dituturkan oleh pengajarmenjadi perkara biasa kepada anda. Walaupun anda tidak memahami

    keseluruhan pelajaran yang sedang diperkatakan, sekurang-kurangnya andaakan memahami idea-idea asas. Dengan membiasakan diri terhadap isu-isu yangdibangkitkan semasa tutorial, akan menyebabkan proses mengambil notamenjadi lebih mudah.

    4.3.2 Mendengar Semasa Tutorial

    Sekarang, memandangkan anda telah bersedia dengan pengetahuan asas topik,matlamat utama anda adalah untuk mendapatkan mesej yang dimaksudkan olehpengajar di dalam bilik darjah sebenar. Walau bagaimanapun, mesej tidak sentiasa

    jelas. Oleh itu, adalah penting untuk anda mendengar dengan teliti dan mengambilnota. Kebanyakan pelajar merasakan kerana mereka boleh mendengar, bermaknamereka mendengar apa yang diajar oleh pengajar. Pendengaran dan mendengaradalah dua perkara yang berbeza. Membiarkan aliran perkataan ke dalam telinga

    bukanlah mendengar. Mendengar merupakan aktiviti berfikir dan kaedah yangpaling biasa digunakan dalam pembelajaran. Kemahiran mendengar anda bolehdiperbaiki dengan arahan dan amalan.

    Dalam bahagian berikutnya, kita akan berkongsi pelbagai strategi yang andaboleh gunakan untuk menjadi pendengar yang lebih berkesan dalam tutorialbersemuka:

    Berdasarkan gaya pembacaan anda, bagaimana anda mengambil notadaripada modul anda sebelum menghadiri kelas tutorial? Jelaskan.

    AKTIVITI 4.2

    Pada pendapat anda, bagaimanakah kemahiran mendengar membantudalam proses mengambil nota?

    AKTIVITI 4.3

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    9/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 107

    (a) Mengelakkan gangguan yang mungkin mengganggu tumpuan anda sepertiduduk di sebelah rakan sekursus yang suka berbual atau mempunyaipersonaliti yang mengalihkan perhatian secara berterusan. Elakkan juga

    duduk berhampiran pintu atau tingkap di mana terdapat banyak gangguanbunyi atau pergerakan.

    (b) Mendengar mesej yang disampaikan dan memberi perhatian pada setiapbahagian yang menjadi penekanan yang diberikan oleh pengajar dalamsesuatu topik. Anda mesti tahu apa maklumat yang telah disampaikan didalam kelas.

    (c) Sentiasa mengaitkan idea-idea untuk perbincangan tutorial sebelumnya,modul anda, sumber lain yang menyokong dan pengalaman anda yangterdahulu.

    (d) Mengenal pasti perkara-perkara penting yang ditekankan oleh tutorsewaktu menyampaikan kuliahnya. Jika pengajar menggunakan ilustrasidan memberi tumpuan lebih pada isu-isu tertentu, ini boleh menjadipetunjuk untuk diberi perhatian. Petunjuk boleh berada dalam bentuksuara atau visual.

    (e) Mengambil nota, oleh kerana mungkin sesetengah maklumat tiada didalam modul anda dan anda perlu merekodkan maklumat ini untukrujukan masa depan. Nota juga boleh bertindak sebagai satu bentuk

    alternatif ingatan kerana mustahil anda mampu untuk mengingati semuayang anda telah dengar dengan tepat. Simpan nota kerana ia akanmembantu anda dalam persediaan untuk penilaian anda.

    (f) Kenal pasti bahan-bahan yang perlu diberi perhatian. Cuba bezakanperkara yang anda perlu tulis dan perkara yang anda boleh abaikan. Janganmenyalin semua yang diperkatakan oleh pengajar anda.

    (g) Tulis tarikh/masa tutorial/nama pengajar/subjek yang dibincangkan. Inipenting apabila anda ingin menyemak di kemudian hari dan perlu merujukkepada urutan tutorial atau subjek yang diperkatakan.

    (h) Kenal pasti isu-isu penting, kata kunci dan frasa utama sekiranya andatidak dapat mengambil nota secara sistematik. Tuliskannya dengan segera.Anda boleh mengguna mana-mana daripada lima cara membuat nota iaituanotasi, menggariskan nota, nota lajur, peta minda dan rumusan.

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    10/13

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    11/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 109

    4.3.3 Menyemak Selepas Tutorial

    Kaji nota anda dengan seberapa segera yang mungkin selepas tutorial.Perkara ini penting kerana ingatan anda masih segar terhadap apa yangdisampaikan oleh tutor. Elakkan bertangguh untuk mengkaji kerana, semakinkurang anda ingat.

    Tulis semula jika perlu dan isi jurang tersebut dengan menggunakan notaorang lain atau dengan membaca bahan di perpustakaan.

    Sahkan nota anda dengan membaca teks atau rujukan lain yang disyorkan,atau bandingkan dengan nota rakan-rakan sekelas untuk memastikan faktadan rajah adalah tepat.

    Tambahkan nota anda dengan bacaan lanjut untuk menambah nilaipembelajaran anda.

    Baca dan baca semula nota anda sebelum peperiksaan menjelang supayaanda akan biasa dengan nota tersebut.

    Gunakan nota untuk menjawab kertas tahun lepas. Ini akan menjadi satuujian kebolehpercayaan nota tersebut.

    Simpan nota dengan selamat dan dalam sistem yang mudah untuk andaambil dan gunakan nota tersebut.

    Nyatakan masalah yang anda hadapi semasa mengambil nota dalamtutorial terakhir anda.

    AKTIVITI 4.5

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    12/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA110

    1. Senaraikan lima kaedah membuat nota.2. Terangkan tiga sebab anda perlu membaca sebelum menghadiri

    tutorial.

    3. Baca petikan di bawah dan buat nota sendiri dalam format berikut:

    (a) Menggariskan; dan

    (b) Peta minda.

    Dunia pendidikan tradisional memperlihatkan bahawa hubunganguru dan pelajar adalah satu hubungan yang berbentuk autokrasi.Pembelajaran dalam bilik darjah didominasi oleh guru sehingga ketahap mengurangkan peranan murid dan seterusnya murid menjadirendah diri. Ia bukan satu kebetulan bahawa hubungan ini dipanggilhubungan tuan-murid. Dalam usaha untuk mencapai peluang danruang yang sama antara guru dan pelajar dalam mendominasi bilikdarjah, sikap dan amalan autokrasi ini perlu mengalami satuperubahan. Peluang yang sama dalam pembelajaran bermakna muridperlu dipertimbangkan sebagai individu, masing-masing dengan

    kebolehan sendiri dan potensi pembelajaran, bekerja dalam ruangyang berbeza dan dalam cara yang berbeza. Ini mengambil kiraperbezaan dalam gaya dan pendekatan pembelajaran murid. Pelbagaiprojek penyelidikan telah dijalankan tentang pembelajaran yangmemberi gambaran tentang bagaimana murid belajar, terutamanya

    bagaimana mereka belajar:

    (i) Sebagai individu;

    (ii) Pelbagai taraf; dan

    (iii) Mengikut gaya dan corak yang berbeza.

    AKTIVITI 4.6

  • 8/12/2019 Topik 4 Kemahiran Menulisdan Menyalin Nota

    13/13

    TOPIK 4 KEMAHIRAN MENULIS DAN MENYALIN NOTA 111

    Mengambil dan membuat nota adalah penting untuk pembelajaran anda keranaia membantu anda menyusun dan menyatukan maklumat dan menjadikan iarelevan bagi modul anda, tutorial dan perbincangan dalam talian anda.

    Nota yang baik akan membantu anda menjimatkan masa dan usaha (danmengelakkan pembaziran) khususnya semasa menulis tugasan ataumenghadapi peperiksaan.

    Anotasi

    Nota bergaris

    Nota lajur

    Pembelajaran

    Peta minda

    Tutorial