Topik 4 pengenalan kepada internet

7

Click here to load reader

Transcript of Topik 4 pengenalan kepada internet

Page 1: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tajuk SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Topik 4.0 PENGENALAN KEPADA INTERNET

A. Objektif

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menyatakan maksud internet dan menyenaraikan perkhidmatan internet yang

diketahui

2. Menyenaraikan laman web mengikut kategori yang betul melalui carian yang

dibuat

3. Mencari Laman web yang spesifik dengan satu cubaan dan menyebarkan laman

web yang spesifik kepada rakan melalui e-mail

4. Membuat perbandingan antara 2 jenis laman web dan membuat pembentangan

B. Kandungan Pengajaran

4.1 Maksud Internet

4.2 Perkhidmatan Internet

4.3 Pengelasan Laman Web

4.4 Penerangan URL

4.5 Perbezaan web 1.0, web 2.0 dan web 3.0

Page 2: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

4.1 Maksud Internet

Internet atau Net adalah rangkaian komputer yang terbesar di dunia yang

menghubungkan berjuta-juta komputer di seluruh dunia. Kebanyakkan organisasi

termasuk agensi kerajaan, swasta, inst itusi pendidikan dan individu yang telah

disambungkan ke Internet.

4.2 Perkhidmatan Internet

Manusia menggunakan pelbagai alasan dalam menggunakan internet seperti komunikasi,

pembangunan dan penyelidikan, perbankan dan pelaburan, perdagangan atas talian,

organisasi informasi, peribadi, hiburan, berkongsi maklumat aplikasi web, muat turun video,

emel, berbual secara dalam talian (chatting) dan lain-lain.

Pembekal perkhidmatan internet merujuk kepada organisasi yang membekalkan pengguna

dengan capaian internet dan khidmat-khidmat yang berkaitan. Pada awalnya, pembekal

perkhidmatan Internet merupakan syarikat telefon. Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai

wang dan kepakaran boleh melakukannya. Di Malaysia, terdapat beberapa ISP yang

menyediakan perkhidmatan internet kepada pengguna. Antaranya ialah TMNet, Jaring,

Maxis, Celcom, Digi, P1WiMax dan Yes.

4.3 Pengkelasan Laman Web

Pada asalnya laman web hanya merupakan laman bermaklumat yang berasaskan teks

sahaja. Laman web pada masa itu berfungsi untuk mendapatkan maklumat dan informasi.

Sekarang dengan adanya World Wide Web atau Internet maka wujudnya laman web dari

pada pelbagai jenis dan kategori. Terdapat 13 jenis laman web dan ada yang jenis hibrid.

Page 3: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Page 4: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

4.4 Penerangan Url Setiap laman web mempunyai alamatnya sendiri yang dikenali sebagai URL (Uniform Resoure Locator) seperti berikut:

https://www.google.com.my/#q=entertainment+sites

http://www.upsi.edu.my/en

http://www.jpa.gov.my/index.php?lang=ms

Perbezaan HTTP dengan HTTPS

Hypertext Transfer Protocol (HTTP) ialah rangkaian komunikasi yang biasa digunakan pada

laman web seperti blog yang tidak melibatkan pemindahan maklumat sulit seperti kad kredit.

Hypertext Transfer Protocol Secure (HTTPS) pula bekerja dengan SSL di mana SSL Digital

Certificate perlu dipasang ke web server terlebih dahulu sebelum menggunakan HTTPS.

Biasanya HTTPS digunakan pada laman web yang melibatkan pemindahan maklumat

sensitif ke web server. Contohnya laman web perbankan atas talian, e-mel, dan laman web

e-dagang (e-commerce). Kebiasaannya HTTPS dijual oleh penyelia web hosting. SSL

Digital Certificate yang termurah di pasaran adalah Rapid SSL dan sesuai digunakan pada

laman e-dagang.

Sekiranya laman web meminta memasukkan maklumat kad kredit anda pastikan alamat

tersebut bermula dengan https:// tetapi sekiranya tidak jangan masukkan demi keselamatan

anda.

Page 5: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

4.5 Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 Dan Web 3.0 (Semantic Website)

1 Web 1.0

Web 1.0 merupakan teknologi web generasi pertama yang merupakan revolusi baru

di dunia internet kerana telah mengubah cara kerja dunia industri dan media. Pada

dasarnya, laman web (website) yang dibangun pada generasi pertama ini secara

umum dikembangkan untuk pengaksesan informasi dan memiliki sifat yang sedikit

interaktif. Pada era Web 1.0, apabila anda membuka internet browser dan mulai

mencari informasi, anda akan dapati teknologi bagaikan sebuah buku raksasa, iaitu

anda harus mencari halaman demi halaman untuk menemukan informasi tersebut.

2 Web 2.0

Istilah Web 2.0 pertama kalinya diperkenalkan oleh O’Reilly Media pada tahun 2004

sebagai teknologi web generasi kedua yang memberi kemudahan interaksi yang

lebih bebas antara satu dengan lain seperti kolaborasi dan kongsi informasi secara

dalam talian. Contoh Web 2.0 ialah youtube, wiki, flickr, facebook, word processing,

spreadsheeting, free web-based, online banking dan e-mel. Pada era Web 2.0, anda

boleh membuka internet browser dan mencari informasi, anda dapat berkongsi

maklumat, berkomunikasi dan bertukar fikiran dengan pengguna internet yang lain.

Informasi yang diperolehi adalah lebih lengkap. Contohnya,sebelum ini

ensiklopedia.com menyajikan semua informasi yang anda perlukan. Namun kini,

wikipedia.com menyajikan seluruh pengetahuan yang anda ketahui kepada orang

lain. Selain itu, setiap orang boleh menyumbangkan idea dan pengetahuan mereka

pada laman tersebut dan menjadikan informasi semakin padat dan lengkap.

3 Web 3.0

Menurut John Markoff (2006), terdapat konsep web masa depan di mana arah

perkembangan teknologi web selanjutnya melebihi Web 2.0, iaitu Web 3.0. Konsep

Web 3.0 adalah smart internet experience atau intelligent internet experience.

Menurut Nova Spivack perkembangan Web 3.0 akan berkisar pada tahun 2010-

2030. Beliau ialah pakar dan perintis dalam bidang Semantic Web. Semantic Web

adalah salah satu komponen atau syarat paling penting dari konsep web 3.0. Era

Web 3.0 Semantic Web adalah website yang dilengkapi dengan ciri komputer yang

dapat berfikir. Namun melalui Semantic Web diharapkan komputer dapat

menggantikan peranan manusia untuk “berfikir, menganalisis dan menentukan”

informasi yang sedang dicari. Contohnya, apabila anda mencari perkataan “kuda”,

Page 6: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

anda akan memperoleh semua informasi/data biologi tentang spesies kuda termasuk

mainan berbentuk kuda, DVD tentang kuda dan pelbagai maklumat berkaitan kuda.

Web 1.0 Tertutup, individual publishing, komunikasi sehala, penglibatan pasif

membaca sahaja laman web persendirian.

Web 2.0

Kolaborasi, penglibatan berkumpulan, komunikasi 2 hala, penglibatan

yang aktif, pengguna – menjana kandungan dan blogging, print and

digital – unfiltered “The social web”.

Web 3.0 Aplikasi dinamik, perkhidmatan interaktif “The intelligent Web” digital,

dynamic – filtered.

Page 7: Topik 4   pengenalan kepada internet

KURSUS TMK TAHUN 5 2014

7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

Web 1.0

Merupakan teknologi web yang

pertama kali digunakan dan

merupakan sebuah bentuk

revolusi terbaru di dunia internet.

Tujuan pengembangan daripada

web ini adalah untuk kemudahan

dalam pengaksesan informasi.

Web 1.0 bersifat statis dan

halaman webnya hanya dapat

menampilkan sahaja, halaman

web benar-benar direka sebagai

HTML yang asli, dan

komunikasinya biasanya hanya

satu arah.

Web 2.0

Merupakan web yang muncul

setelah keberadaan Web 1.0.

Web 2.0 ini bersifat Read-

Write dan Web 2.0 memiliki

kemampuan melakukan

aktivita drag and drop, auto

complete, chat, voice yang

dapat dilakukan seperti

aplikasi desktop. Web 2.0

pertama kali disebutkan oleh

O'Reilly Media pada tahun

2003, dan tahun 2004

dilancarkan dalam

persidangan Web 2.0

pertama. Oleh kerana bersifat

platform, aplikasi-aplikasi

pada Web 2.0 tidak lagi

terbatas kepada sistem

operasi seperti pada

Windows. Kelebihan lain dari

aplikasi Web 2.0 ialah

menggunakan teknik-teknik

penprograman yang “ringan”

seperti AJAX dan RSS,

maksudnya Ajax atau

Asynchronous JAVA Script

dan XLM itu bekerja dengan

mengirimkan permintaan data

dari user ke server dan hasil

dari permintaan data tidak

dikemukakan sebagai

halaman HTML yang penuh,

tetapi hanya sebagian kecil

halaman. Dalam Web 2.0 ada

menggunakan Web Service

dan REST sebagai teknologi

asas.

Web 3.0

Ini merupakan web generasi

ketiga setelah Web 1.0 dan

Web 2.0. Dalam

pengembangannya, Web 3.0

membuat tampilan seolah-olah

seperti nyata atau hidup.

Dalam hal search engine, web

3.0 tidak hanya dapat

menemukan keywords yang

akan user cari, tetapi dapat

juga menginterpretasi konteks

dari pemintaan yang pengguna

lakukan. Ia akan mencarikan

hasil yang lebih sesuai dan

mencadangkan kandungan

yang berkaitan. Saat ini Web

3.0 mulai dikembangkan di

beberapa perusahaan dunia,

seperti Secondlife dan Google

Co-Ops.Ciri - ciri Web 3.0: Tran

Perbezaan Web 1.0, Web 2.0 dan Web 3.0 (Semantic Website)