Topik 7 Ragam Ayat

download Topik 7 Ragam Ayat

of 22

Transcript of Topik 7 Ragam Ayat

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    1/22

    PENGENALANAnda telah pun diperkenalkan dengan konsep ayat dalam Topik 6. Dalam topikini, anda akan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang ayat. Ayat bolehdilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk dan pola.

    Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Jenis ayat terdiri daripadaayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Bentuk ayat pula terdiridaripada ayat dasar dan ayat terbitan. Manakala pola ayat pula terdiri daripadafrasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa nama dan frasa

    adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi.

    Ayat dasar atau ayat tunggal akan dibincangkan lebih lanjut dalam Topik 8.

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1.

    Mendefinisikan ragam ayat;

    2. Menghuraikan konsep ragam ayat;

    3. Menjelaskan jenis-jenis ayat;

    4. Membezakan ayat dasar dengan ayat terbitan; dan

    5. Menyusun pola-pola ayat dasar.

    HASIL PEMBELAJARAN

    TTooppii

    77 Ragam Ayat

    Senaraikan ciri-ciri yang terkandung dalam konsep ayat dengan caramengimbas topik yang lepas.

    AKTIVITI 7.1

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    2/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 127

    DEFINISI RAGAM AYAT

    Dalam bahasa Melayu, terdapat dua ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.Ragam ayat berbeza dengan jenis ayat. Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata,tanya, seruan dan perintah. Ragam ayat menekankan bentuk kata kerja,kedudukan objek, subjek, predikat dan struktur ayat.

    Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek sebagai unsur yangditerangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan tak transitif.

    Contoh:

    (a)

    Rashid sedang membaca buku. (aktif transitif)(b) Mereka sedang berbual-bual di anjung rumah. (aktif tak transitif)

    Dalam ayat (a), Rashidmerupakan subjek yang diutamakan, kata kerja membacadiikuti oleh bukuyang menjadi objek atau penyambut. Manakala dalam ayat (b)pula, merekadiutamakan dan tidak ada objek. Di anjung rumahhanyalah frasaketerangan tempat dan bukan objek.

    Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal sebagai subjek atau unsuryang diterangkan dan mengandungi kata kerja. Ayat pasif berasal daripada ayat

    aktif transitif yang mengalami perubahan struktur.

    Contoh:

    (a) Buku itu Kunalan baca.

    (b) Panggilan telefon telah dijawab oleh Puan Saloma.

    Dalam ayat (a), bukuitu ialah subjek dan Kunalanbacaialah predikat. Manakaladalam ayat (b) pula,panggilan telefonialah subjek, dan telah dijawaboleh PuanSalomaialah predikat.

    DEFINISI AYAT

    Binaan frasa sendi nama dalam ayat terbentuk dalam binaan kata sendi nama +frasa nama; kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama; kata sendi nama +(kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan). Kita teliti penerangan ini danfahami contoh-contoh yang diberikan.

    7.2

    7.1

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    3/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT128

    Rujukan daripada Tatabahasa Dewan Edisi Kelima menunjukkan bahawa ayat

    sebagai unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasadan mengandungi makna yang lengkap.

    Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataanyang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Selain itu,ayat mengandungi intonasi yang sempurna.

    Berdasarkan nota penting di sebelah, mari kita teliti kandungan Aktiviti 7.2 dari(a) hingga (g).

    (a)

    BaikMerupakan satu kata sahaja kerana ia tidak mempunyai makna yanglengkap. Walaupun bermula dengan huruf besar B, ia tidak berakhirdengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengankesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyaiintonasi yang sempurna.

    Antara berikut, tunjukkan ketepatan konsep ayat. Semak jawapan andaberdasarkan apa-apa yang anda tulis dalam Aktiviti 7.1.

    (a) Baik

    (b) Sihat.

    (c) Dia baik?

    (d) Jika hari hujan,

    (e) Terkejut beruk, dia.

    (f)

    Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung,hujan turun dengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.

    (g) Tuan sungguh bijak bestari,Apabila datang majlis berseri,Memang ditunggu dinanti-nanti,Mendengar lafaz pemacu nadi.

    AKTIVITI 7.2

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    4/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 129

    (b) SihatMerupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar S dan

    berakhir dengan noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengan

    kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan.Ia mempunyai intonasi yangsempurna.Ia juga mempunyai makna yang lengkapapabila berada dalamkonteks. Misalnya, ayat ini menjawab soalan Apa khabar? dengan

    jawapan Saya sihat. Dalam konteks ini, subjeknya digugurkan. Dalamperkataan lain, dia menyatakan bahawa dirinya sihat.

    (c) Dia baik?Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar D dan

    berakhir dengan tanda tanya (?). Dalam perkataan lain, ia bermula dengankesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan.Ia mempunyai intonasi yang

    sempurna. Ia juga mempunyai makna yang lengkap iaitu menanyakansama ada dia baik atau sebaliknya.

    (d) Jika hari hujan,Merupakan satu klausa kerana bermula dengan huruf besar K tetapi

    berakhir dengan tanda koma (,). Dalam perkataan lain, ia bermula dengankesenyapan tetapi tidak berakhir dengan kesenyapan. Ia tidak mempunyaimakna yang lengkap. Ia tergantung. Ada sesuatu lagi yang hendakdisampaikan. Ia juga tidak mempunyai intonasi yang sempurna.

    (e) Terkejut beruk, dia.Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar T dan

    berakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengankesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan.Ia mempunyai makna yanglengkap walaupun susunannya disongsangkan. Ia juga mempunyaiintonasi yang sempurna.Ia dikenali sebagai ayat songsang.

    (f) Shahdan, lahirnya baginda ke dunia, kilat sabung menyabung, hujan turundengan lebatnya, dan halilintar mengganas di angkasa.

    Merupakan satu ayat kerana ia bermula dengan huruf besar S danberakhir dengan tanda noktah (.). Dalam perkataan lain, ia bermula dengankesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan.Ia mempunyai makna yanglengkapwalaupun ia panjang dan banyak maklumat yang disampaikan. Ia

    juga mempunyai intonasi yang sempurna.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    5/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT130

    (g) Tuan sungguh bijak bestari,Apabila datang majlis berseri,

    Memang ditunggu dinanti-nanti,

    Mendengar lafaz pemacu nadi.

    Merupakan kata-kata berangkap atau kata-kata berirama kerana ia ditulisberangkap-rangkap dan berirama. Ia bermula dengan kesenyapan danberakhir dengan kesenyapan. Ia mempunyai makna yang lengkap. Ia jugamempunyai intonasi yang sempurna, tetapi ia banyak melanggar peraturansebagai ayat dari segi struktur.

    KONSEP RAGAM AYAT

    Ayat dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua ragam, iaitu;

    (a) Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asalsebagai judul.

    (b) Ayat pasif pula mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.

    Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasanama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan.

    Contoh:

    (i) Adik membaca buku.

    (ii)

    Buku dibaca oleh adik.

    Ayat (i) ialah ayat aktif.

    Ayat (ii) ialah ayat pasif.

    Ayat aktif ditandai oleh imbuhan meN-.

    Ayat pasif ditandai oleh imbuhan di- dan diikuti oleh perkataan oleh.

    7.3

    Bagaimanakah dengan jawapan anda tadi? Adakah anda berpuas hati?Sila berikan penjelasan kepada murid-murid anda.

    SEMAK KENDIRI 7.1

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    6/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 131

    (a) Ayat AktifAyat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakansubjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri

    daripada ayat aktif transitifdan ayataktif tak transitif. Ayat aktif transitifialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti olehfrasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsurpenyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi katakerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagaipenyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaituayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayataktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

    Untuk memahami ragam ayat aktif transitif dan tak transitif, cuba anda

    perhatikan contoh-contoh berikut:

    (i) Ayat Aktif Transitif

    Predikat

    Subjek

    Kata Kerja Transitif

    Objek

    1. Ribut

    2. Ahmad

    3.

    Pengarah

    melanda

    mengarang

    merasmikan

    kampung kami

    buku cerita

    seminar itu

    (ii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan

    Predikat

    Subjek

    Kata Kerja Tak Transitif

    Keterangan yang

    Boleh Digugurkan

    1. Budak itu

    2. Aminah

    3.

    Nenek

    sedang mandi

    menangis

    tidur

    di sungai itu

    sepanjang hari

    di bilik adik

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    7/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT132

    (iii) Ayat Aktif Tak Transitif dengan Keterangan yang Tidak BolehDigugurkan

    Predikat

    Subjek

    Kata Kerja Tak Transitif

    Keterangan yang

    Tidak Boleh

    Digugurkan

    1. Dia

    2. Bas itu

    3.

    Penyakitnya

    berada

    menuju

    beransur

    di Kuala Lumpur

    ke Kota Bharu

    sembuh

    (b) Ayat Pasif

    Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yangmengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judulatau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayudigolongkan kepada tiga jenis iaitu:

    (i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

    (ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

    (iii) Ayat pasif dengan perkataan kenayang hadir sebelum kata kerja.

    Untuk memahami ragam ayat pasif tersebut, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

    (i) Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

    Subjek Kata Kerja Pasif

    Oleh Frasa

    Nama

    Keterangan

    1. Buku itu

    2. Kucing

    3.

    Sampah sarap

    sudah diambil

    terlanggar

    dipungut

    oleh Abu

    oleh basikal

    oleh pekerja

    pagi tadi

    di kakinya

    setiap hari

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    8/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 133

    (ii) Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua

    Subjek

    Frasa Kerja Pasif

    dengan Ganti Nama

    Diri Pertama atau

    Kedua

    Keterangan

    1.

    Tugasan itu

    2. Hutang itu

    3. Masakan itu

    4. Perkara tersebut

    sudah aku siapkan

    akan kami jelaskan

    belum engkau makan

    harus awak putuskan

    awal-awal lagi

    segera

    lagi

    segera

    (iii) Ayat Pasif dengan Perkataan Kena yang Hadir Sebelum Kata Kerja

    Subjek

    Kena

    Kata Kerja Dasar

    Oleh Frasa Nama

    1. Penagih itu

    2. Penyeludup itu

    3.

    Budak itu

    4. Harimau itu

    kena

    kena

    kena

    kena

    tangkap

    tahan

    kejar

    tembak

    oleh polis

    oleh pihak kastam

    oleh orang jahat

    oleh pemburu

    Nyatakan perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif. Bagi setiap jenis,berikan tiga contoh yang berkaitan.

    Perbezaan Ayat Aktif dan Pasif

    Ayat aktif: Ayat pasif:

    Contoh ayat aktif: Contoh ayat pasif:

    AKTIVITI 7.3

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    9/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT134

    JENIS-JENIS AYAT

    Dalam memahami tajuk ini, anda diminta menjawab soalan-soalan berikut.

    Seandainya anda tidak pasti atau dapat menjawabnya, sila ikuti keterangan-keterangan selanjutnya.

    (a) Nyatakan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu.

    (b) Bagaimanakah anda dapat membezakan jenis-jenis ayat tersebut?

    Bagaimana?

    Boleh anda menjawabnya?

    Jika anda tidak pasti ikuti penerangan berikut:

    Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis, berdasarkan lagu bahasa dantujuannya, iaitu:

    (a) Ayat Penyata;

    (b) Ayat Tanya;

    (c) Ayat Perintah; dan

    (d) Ayat Seruan.

    Mari kita bincang jenis-jenis ayat tersebut dengan lebih mendalam.

    (a) Ayat PenyataAyat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satupernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberiketerangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat

    berita atau ayat keterangan.

    7.4

    1. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan menggunakankata ganti nama diri orang ketiga?

    2. Bagaimanakah anda menuliskan ayat pasif dengan penggunaan kataganti nama diri orang pertama dan kedua berasaskan kependekan?

    AKTIVITI 7.4

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    10/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 135

    Sila anda perhatikan contoh-contoh berikut:

    Dapatkah anda mengesan ciri-ciri ayat penyata berdasarkan contoh-contohyang di atas?

    Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atauperkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Iadiakhiri dengan tanda noktah ..

    (b) Ayat TanyaSekarang, mari kita tinjau ayat tanya. Ini ialah ayat yang digunakan untukmenanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaanperkataan tertentu. Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis iaituayat tanya tanpa kata tanyadan ayat tanya dengan kata tanya.

    Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suarameninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanyaini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertaipartikel tanya -kah,yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau

    judul ayat.

    Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan katatanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dansebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat

    tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendinama tanya.

    Ayat tanya dengan kata gantinama tanya terdiri daripada ayat-ayat yangkata gantinama tanya seperti apa, siapadan mana. Ayat tanya dengan frasasendi nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang didahului dengan frasasendi nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampaibila, bagaimana, dengan siapa, daripada siapa, dan sebagainya.

    Saya mempunyai sebuah komputer.

    Dia sudah pandai menghantar e-mel.

    Mereka sedang menyiapkan tugasan.

    Dia pandai mengambil hati.

    Ahmad impikan seorang isteri yang solehah.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    11/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT136

    Untuk memahami jenis-jenis ayat tanya tersebut, cuba anda perhatikancontoh-contoh berikut:

    Contoh Ayat Jenis Ayat Tanya1. Awak sudah mandi?

    2. Mereka pergi ke sekolah?

    3. Dia guru cemerlang?

    Ayat tanya tanpa kata tanya

    4. Awak sudah mandikah?

    5. Mereka pergi ke sekolahkah?

    6. Dia guru cemerlangkah?

    Ayat tanya dengan kata partikeltanya kah

    7.

    Siapa guru awak?8.

    Mana satu pilihan awak?

    9. Apa kursus yang awak hadiri?

    Ayat tanya dengan kata tanya

    10. Dia mengajar di mana?

    11.

    Awak hendak membujang sampaibila?

    12. Kamu menyelesaikan masalah itubagaimana?

    Ayat tanya dengan frasa sendi namatanya

    Untuk makluman anda, ayat-ayat tanya boleh dilihat dari segi jawapanyang dikehendaki. Kalau memerlukan jawapanya atau tidak/bukan, ayattanya tersebut dikelaskan kepada ayat tanya tertutup. Sebaliknya, jawapanyang memerlukan huraiandikelaskan sebagai ayat tanya terbuka.

    Cuba anda kenal pasti ayat-ayat berikut.

    Manakah ayat tanya tertutup dan manakah ayat tanya terbuka?

    (i) Ke pasarkah mereka?Ya, mereka ke pasar.

    (ii) Siapa gurunya?Gurunya Amirul Hafiz.

    (iii) Pasukan rumah birukah menjadi johan olahraga kelmarin?Tidak, pasukan rumah kuning yang menjadi johan.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    12/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 137

    (iv) Bilakah dia akan berangkat?Dia akan berangkat esok.

    (c)

    Ayat Perintah

    Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan menimbulkansesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua denganmenggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau,dan sebagainya yang digugurkan.

    Ayat perintah dibahagikan kepada empat jenis seperti dalam Jadual 7.1.

    Jadual 7.1: Empat Jenis Ayat Perintah

    Jenis-jenis Penerangan

    Ayat suruhan Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.Dalam ayat ini, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak,kamu, engkaudan selainnya digugurkan.

    Ayat larangan Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usahsebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

    Ayat silaan Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelumkata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.Lazimnya, kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

    Ayat permintaan Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong

    dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

    Untuk memahami jenis-jenis ayat perintah tersebut, cuba anda perhatikancontoh-contoh berikut:

    Contoh Ayat Jenis Ayat Perintah

    Awak siapkan kerja itu sekarang.

    Makanlah kuih muih ini dahulu.

    Ayat suruhan

    Usah bertanya ke mana aku pergi.

    Jangan ambil wang orang.

    Ayat larangan

    Sila datang ke rumah saya petang ini.

    Jemputlah hadir ke majlis pertunangan kami.

    Ayat silaan

    Minta tuan-tuan jelas yuran pengajian.

    Tolong hantarkan tugasan itu sebelum hari Isnin.

    Ayat permintaan

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    13/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT138

    Tahukah anda bahawa ayat silaan tidak boleh membawa pengertiannegatif? Contohnya seperti berikut:

    Tolong jangan bising.Sila jangan merokok.

    (d) Ayat SeruanAyat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atauintonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan sepertitakut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan inidigambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletakpada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak.

    Kata seruyang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas

    dan sebagainya.

    Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-contoh berikut:

    Contoh Ayat

    1. Ayah!

    2. Oh, Tuhanku!

    3. Wah, cantiknya kereta itu!

    4. Nah, ambillah sumbangan ini!

    Nyatakan empat jenis ayat dalam bahasa Melayu dan berikan duacontoh setiap jenis ayat tersebut.

    Jenis Ayat Contoh

    (i) (a)

    (b)

    (ii) (a)

    (b)

    (iii) (a)

    (b)

    (iv) (a)

    (b)

    SEMAK KENDIRI 7.2

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    14/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 139

    AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

    Berikut adalah penjelasan mengenai ayat dasar dan ayat terbitan dengan lebihlanjut.

    (a) Konsep Ayat DasarApakah ayat dasar?

    Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukansemua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

    Contoh:

    (i)

    Dia guru.

    (ii) Adik sedang belajar.

    (iii) Emak ke pasar.

    (iv) Abang bijak.

    (b) Konsep Ayat TerbitanApakah ayat terbitan?

    Ayat terbitan ialah ayat yang terbit atau terbentuk daripada ayat dasar.

    Ayat terbitan ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis.Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang

    berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatuunsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan initerhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran,penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

    Mari kita sama-sama meneliti proses transformasiini.

    (i) Proses Transformasi yang Melibatkan PengguguranProses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku keatas struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran unsur-unsurtertentu daripada binaan ayat itu. Oleh itu pada peringkat strukturpermukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

    7.5

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    15/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT140

    Contoh:

    (i) Pergi dari sini!

    (ii)

    Adik saya cerdik tetapi pemalu.

    (iii) Adik Ali dan sepupunya belajar di kampung.

    (iv) Yang biru itu pilihan saya.

    (v) Bersenam boleh menyihatkan badan.

    Jika kita teliti contoh-contoh di atas, kita boleh kategorikannyakepada empat jenis pengguguran. Dalam bahasa Melayu terdapatempat jenis pengguguran:

    (i) Pengguguran frasa nama sebagai subjek;

    (ii) Pengguguran frasa predikat;

    (iii) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif; dan

    (iv) Pengguguran kata nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasanama.

    Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba andaperhatikan contoh-contoh ayat berikut:

    Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

    (i) Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayatperintah.

    Contoh:

    Kamukeluar! Keluar!

    Awak semuapergi dari sini! Pergi dari sini!

    (ii) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk.

    Contoh:

    Diasangat pandai + Diarajin belajar

    Diasangat pandai kerana dia rajin belajar.

    Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    16/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 141

    Adik saya cerdik + Adik saya pemalu

    Adik sayacerdik tetapi pemalu.

    Pengguguran Frasa Predikat

    Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya bolehdigugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupadalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yangserupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

    Contohnya:

    Frasa Predikat Contoh Ayat

    Frasa kerja yang

    serupa

    Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.

    Adik Ali belajar di Pahangdan sepupunya belajar di Pahang.

    Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

    Frasa namayang serupa

    Encik Abuguru sekolah. Puan Milahguru sekolah.

    Encik Abuguru sekolahdan puan Milahguru sekolah.

    Encik Abu dan puan Milahguru sekolah.

    Frasa adjektifyang serupa

    Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin.

    Abang saya sangat rajindan abang Ali sangat rajin.

    Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

    Frasa sendinama yangserupa

    Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

    Dia masih di kampungdan isterinya masih di kampung.

    Dia dan isterinya masih di kampung.

    Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

    Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkanke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yangserupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan.

    Contoh:

    Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.

    Kereta yang kuning itu pilihan saya.

    Yang kuning itu pilihan saya.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    17/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT142

    Dia membeli baju itu. Baju itu cantik.

    Dia membeli baju yang cantik itu.

    Dia membeli yang cantik itu.

    Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa

    Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) +penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasanama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukandaripada kelas kata nama.

    Contoh:

    Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.Bersenam boleh menyihatkan badan.

    Tabiat merokok membahayakan kesihatan.

    Merokok membahayakan kesihatan.

    (ii) Proses Transformasi yang Melibatkan Penyusunan SemulaDalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asaldiubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat

    gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akanmengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran padakata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain padaayat yang diterbitkan. Namun demikian, proses penyusunan semulaini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

    Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

    Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek;

    Penyusunan semula frasa nama sebagai objek; dan

    Penyusunan semula melalui ayat songsang.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    18/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 143

    Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba andaperhatikan contoh-contoh ayat berikut:

    Ayat Asal Penyusunan SemulaAdik menendang bola itu. Bola itu ditendang oleh adik.

    (Frasa nama sebagai subjek)

    Allah mengurniai kita rahmat. Allah mengurniakan rahmat kepada kita.(Frasa nama sebagai objek)

    Orang itu pergi ke kedai. Ke kedai orang itu pergi.(Ayat songsang)

    (iii)

    Proses Transformasi yang Melibatkan PeluasanProses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsurdalam ayat yang baharu. Terdapat beberapa jenis peluasan ayatdalam bahasa Melayu, iaitu:

    Peluasan frasa nama sebagai subjek;

    Peluasan frasa predikat;

    Peluasan dengan kata hubung; dan

    Peluasan melalui proses komplementasi.

    Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikancontoh-contoh ayat berikut:

    Ayat Asal Peluasan

    Budak ituadik saya.Budak itumembaca buku.

    Budakyang membaca buku itu adik saya.(Frasa nama sebagai subjek)

    Osman mengusik budak itu.

    Budak itu menangis.

    Osman mengusikbudak yang menangisitu.

    (Frasa predikat)Ayah tidak pergi kerja.Ayah sakit perut.

    Ayah tidak pergi kerja keranasakit perut.(Kata hubung)

    Mereka melaporkan.Guru kelas tidak hadir.

    Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidakhadir. (Proses komplementasi).

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    19/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT144

    POLA-POLA AYAT DASAR

    Sekarang, mari kita beralih kepada tajuk yang lebih kompleks. Kita akan

    memulakan perbincangan tentang pola-pola ayat dasar bahasa Melayu. Sebelumitu, cuba anda jawab soalan-soalan yang berikut:

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola ayat dasar?

    (b) Berapa jenis pola ayat dasar bahasa Melayu?

    Cuba anda fikir-fikirkan.

    Untuk mendapat jawapan kepada soalan-soalan tersebut, sila ikuti perbincangan

    yang seterusnya.

    (a) Definisi Pola Ayat DasarAyat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukansemua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

    (b) Jenis-jenis Ayat DasarDalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang ditunjukkandalam Jadual 7.2.

    Jadual 7.2: Empat Jenis Pola Ayat Dasar

    Pola Jenis Pola Subjek Predikat

    1 FN + FN Encik Shari ejen insuran

    2 FN + FK Dia menjerit kesakitan

    3 FN + FA Budak itu sangat nakal

    4 FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

    7.6

    1.

    Jelaskan maksud proses penerbitan ayat.2. Nyatakan tiga proses penerbitan ayat dan berikan tiga contoh setiap

    jenisnya.

    AKTIVITI 7.5

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    20/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 145

    Daripada pola-pola ayat dasar inilah terbitnya ayat-ayat lain yang lebihkompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek ataupanjang, ayat aktif atau ayat pasif, dan sebagainya.

    Kita telah mempelajari tentang ragam ayat, jenis ayat, ayat dasar, ayatterbitan dan pola ayat dasar.

    Terdapat dua jenis ragam ayat iaitu:

    (a) Ayat aktif; dan

    (b) Ayat pasif.

    Ayat aktif pula terbahagi kepada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak

    transitif.

    Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:

    (a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;

    (b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan

    (c) Ayat pasif dengan perkataan kenayang hadir sebelum kata kerja.

    Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah.

    Ayat Jenis Pola

    Encik Bongsu guru silat.

    Kucing itu comel sekali.

    Ayah berangkat ke Tanah Suci.

    Pak Amid melayari Internet.

    Papan kekunci sangat canggih.

    E-mel itu dari India.

    AKTIVITI 7.6

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    21/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT146

    Empat jenis ayat dalam bahasa Melayu adalah:

    (a) Ayat Penyata;

    (b)

    Ayat Tanya;

    (c) Ayat Perintah; dan

    (d) Ayat Seruan.

    Ayat tanya terbahagi kepada lima jenis iaitu:

    (a) Tanpa kata tanya;

    (b) Dengan kata tanya;

    (c)

    Dengan kata ganti nama tanya;

    (d) Terbuka; dan

    (e) Tertutup.

    Ayat perintah terbahagi kepada ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan danayat permintaan.

    Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukansemua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

    Ayat terbitan melibatkan proses tranformasi yang mengakibatkanpengguguran, penyusunan semula dan peluasan.

    Empat jenis pola ayat dasar adalah:

    (a) FN + FN;

    (b) FN + FK;

    (c) FN + FA; dan

    (d) FN + FS.

  • 7/25/2019 Topik 7 Ragam Ayat

    22/22

    TOPIK 7 RAGAM AYAT 147

    Ayat aktifAyat aktif transitif

    Ayat ayat aktif tak transitif

    Ayat dasar

    Ayat pasif

    Ayat penyata

    Ayat perintahAyat seruan

    Ayat tanya

    Ayat terbitan

    Pola ayat dasar

    Ragam ayat

    Kamus Dewan. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Safiah, Nik, et.al (1997). Tatabahasa dewan edisi baharu. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.