Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

22
PENGENALAN Sudahkah anda berusaha menjawab beberapa soalan kuiz dalam talian yang dicadangkan dalam topik sebelum ini? Jika belum, cubalah sebentar. Semoga ia memberi sedikit motivasi untuk anda terus membaca topik seterusnya. Pelajar yang sedang membuat persediaan untuk profesion di mana tanggungjawab utama mereka melibatkan pengajaran kemahiran motor, sering mempersoalkan keperluan untuk mengkaji teori kawalan motor. Dalam bidang sains tingkah laku, termasuk kajian kawalan motor dan pembelajaran, teori memberi tumpuan kepada penjelasan tingkah laku manusia. Apabila tingkah laku manusia menjadi penting terhadap prestasi dan pembelajaran kemahiran motor, kita melihat kepada teori untuk menyediakan kita dengan penjelasan tentang mengapa orang melakukan kemahiran seperti yang mereka lakukan, yang bermaksud mengenal pasti pemboleh ubah yang mencakupi ciri-ciri prestasi yang kita perhatikan. Sebagai contoh, kita tahu daripada pemerhatian, orang yang melakukan kemahiran adalah seseorang yang boleh melakukan kemahiran yang sama dalam pelbagai situasi yang berlainan, seperti pemain bola keranjang yang mahir boleh melakukan jaringan lompat dengan sebelah tangan dari pelbagai sudut T T o o p p i i k k 7 7 Teori Kawalan dan Pembelajaran Motor Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan komponen penting dalam teori tertutup Adam, teori skema dan teori ekologi secara ringkas; 2. Mengaitkan teori pembelajaran motor dengan kemahiran motor; dan 3. Mengaplikasikan teori pembelajaran motor dalam situasi perlakuan motor. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

Page 1: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� PENGENALAN

Sudahkah anda berusaha menjawab beberapa soalan kuiz dalam talian yang dicadangkan dalam topik sebelum ini? Jika belum, cubalah sebentar. Semoga ia memberi sedikit motivasi untuk anda terus membaca topik seterusnya. Pelajar yang sedang membuat persediaan untuk profesion di mana tanggungjawab utama mereka melibatkan pengajaran kemahiran motor, sering mempersoalkan keperluan untuk mengkaji teori kawalan motor. Dalam bidang sains tingkah laku, termasuk kajian kawalan motor dan pembelajaran, teori memberi tumpuan kepada penjelasan tingkah laku manusia. Apabila tingkah laku manusia menjadi penting terhadap prestasi dan pembelajaran kemahiran motor, kita melihat kepada teori untuk menyediakan kita dengan penjelasan tentang mengapa orang melakukan kemahiran seperti yang mereka lakukan, yang bermaksud mengenal pasti pemboleh ubah yang mencakupi ciri-ciri prestasi yang kita perhatikan. Sebagai contoh, kita tahu daripada pemerhatian, orang yang melakukan kemahiran adalah seseorang yang boleh melakukan kemahiran yang sama dalam pelbagai situasi yang berlainan, seperti pemain bola keranjang yang mahir boleh melakukan jaringan lompat dengan sebelah tangan dari pelbagai sudut

TTooppiikk

77

� Teori Kawalan dan PembelajaranMotor

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan komponen penting dalam teori tertutup Adam, teoriskema dan teori ekologi secara ringkas;

2. Mengaitkan teori pembelajaran motor dengan kemahiran motor; dan

3. Mengaplikasikan teori pembelajaran motor dalam situasi perlakuanmotor.

HASIL PEMBELAJARAN

Page 2: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR180

gelanggang dan dalam pelbagai situasi permainan. Teori kawalan motor yang baik akan dapat menjelaskan mengapa keupayaan seperti ini boleh berlaku. Satu manfaat pemahaman asas teori kawalan motor adalah menyediakan jurulatih atau guru dengan asas sokongan di mana dia boleh membangunkan pengajaran kemahiran yang berkesan dan persekitaran latihan. Rajah 7.1 menunjukkan hubungan antara teori dan amalan dengan menunjukkan pelbagai aplikasi yang akan dipertingkatkan apabila jurulatih atau guru mempunyai pengetahuan mengenai pemboleh ubah yang mempengaruhi prestasi kemahiran motor.

Rajah 7.1: Teori kawalan motor menyediakan asas di mana jurulatih atau guru boleh

menjadikan asas kepada tugas dan tanggungjawab Sumber: Magill (2011)

Page 3: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 181

Teori dalam pembelajaran motor dapat membantu anda memahami proses yang terlibat dalam pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Pemahaman teori ini dapat membantu anda menjana idea bagaimana untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta berkesan. Kewujudan persekitaran pembelajaran yang kondusif ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Seperti yang anda ketahui, pembelajaran sesuatu kemahiran motor melibatkan pelbagai proses dalaman yang menyebabkan perubahan pergerakan yang kekal melalui latihan. Schmidt (1991), Magill (1993), Rose (1997), dan Bower dan Hilgard (1973) telah mencadangkan tiga andaian yang menjadi dasar teori pembelajaran motor seperti berikut (rujuk Rajah 7.2):

(a) Pembelajaran motor adalah proses dalaman individu yang menyebabkan perubahan kekal untuk meningkatkan prestasi lakuan motornya;

(b) Proses berkenaan tidak dapat diperhatikan secara langsung; dan

(c) Peningkatan prestasi lakuan motor adalah kesan daripada latihan dan pengalaman. Ia bukannya akibat kematangan, keadaan sementara atau naluri.

Rajah 7.2: Tiga dasar teori pembelajaran motor

Sumber: Kluka (1999)

AKTIVITI 7.1

Kenapakah teori-teori pembelajaran motor penting dalam pembelajarankemahiran motor? Jelaskan.

Page 4: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR182

TEORI LINGKARAN TERTUTUP ADAM

Teori lingkaran tertutup (closed-loop) dipelopori oleh Adam (1971). Teori tertutup pembelajaran motor adalah berdasarkan:

(a) KKelambatan rrespons; dan

(b) KKedudukan linear. Teori lingkaran tertutup Adam ini adalah teori yang memfokus kepada proses perolehan kemahiran motor yang berlandaskan pengukuhan tingkah laku menerusi maklum balas luaran. Fokus pembelajaran motor adalah di sekitar isu mengenai pengesanan atau penentuan dan pembetulan ralat dalam prestasi. Pembetulan ralat dibolehkan menerusi penyampaian maklum balas hasil lakuan (knowledge of results � KR). Dalam konteks ini, pelajar bukan lagi merupakan organisma yang pasif, sebaliknya pelajar dianggap sebagai komponen aktif dalam konteks mengawal, memanipulasi dan menghasilkan lakuan atau pergerakan dalam proses pembelajaran motor. Mengikut teori ini, terdapat dua struktur memori yang terbentuk dalam pembelajaran motor iaitu:

(a) KKesan memori (memory trace) Kesan memori adalah mekanisme yang digunakan untuk memilih dan memulakan sesuatu pergerakan.

(b) KKesan persepsi (perceptual trace) Kesan persepsi pula yang dibina daripada praktis dan sensori maklum balas adalah mekanisme yang digunakan untuk membandingkan pergerakan yang sedang dilakukan dengan merujuk kepada maklumat yang tersimpan dalam memori.

Pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal, dan keadaan ini dapat dicapai menerusi praktis spesifik dan penyampaian maklum balas yang relevan, di mana praktis yang spesifik boleh mengukuhkan kesan memori sementara ulangan yang tinggi berserta penyampaian KR boleh mengukuhkan kesan persepsi.

7.1

Page 5: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 183

7.1.1 Formasi Kesan Persepsi

Apabila seseorang pelajar melakukan satu pergerakan, rangsangan maklum balas intrinsik adalah dihasilkan untuk menandakan lokasi tertentu anggota tubuh badan dalam ruang. Rangsangan ini akan meninggalkan satu kesan dalam sistem saraf pusat. Dengan tindak balas berulang, pelajar itu akan semakin menghampiri sasaran melalui percubaannya dan dalam setiap percubaan, kesan lain akan ditinggalkan. Dengan itu, satu pengumpulan koleksi kesan akan berlaku. Oleh kerana adanya KR, pelajar dapat bertindak balas menghampiri sasaran selepas beberapa percubaan di mana dalam setiap percubaan, satu rangsangan maklum balas akan menunjukkan pergerakan yang betul. Begitu juga dengan adanya koleksi kesan persepsi, ia akan memberikan maklum balas berkualiti bagi pergerakan yang betul. Oleh kerana kesan persepsi akan menjadi semakin kukuh dengan setiap KR percubaan, kesilapan dalam perlakuan akan berkurangan dengan latihan KR. Teori ini juga menjangkakan dengan menurunkan kualiti maklum balas sensori, ia akan membantutkan perkembangan kesan persepsi dan seterusnya mencacatkan hasil pembelajaran.

7.1.2 KR dan Kesan Persepsi

Menurut Adam, pelajar bukan merupakan penerima pasif tetapi terlibat secara aktif dalam pembentukan verbalisasi dan hipotesis berkaitan tugasan yang akan dipelajarinya. Adam berpendapat KR membekalkan maklumat untuk penyelesaian masalah motor. Menurut Adam, selepas satu percubaan, KR membekalkan maklumat berkaitan bagaimana pergerakan berikutnya perlu dilakukan. Semasa awal pembelajaran, pelajar akan menggunakan KR bersama dengan kesan persepsi untuk melakukan pergerakan. Menurut Adam lagi, KR tidak menghasilkan pembelajaran secara terus tetapi ia mewujudkan situasi yang sesuai supaya mekanisme pembelajaran sebenar boleh berfungsi. Begitu juga, teori ini menjangkakan faktor-faktor koordinasi dan darjah kebebasan (degree of

AKTIVITI 7.2

Benarkah maklum balas sensori memberi kesan persepsi? Bagaimanapula dengan prestasi pembelajaran? Huraikan.

Page 6: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR184

freedom) yang akan melemahkan KR dan melambatkan atau membantutkan pembelajaran.

7.1.3 Pengukuhan Subjektif

Adam telah cuba menjelaskan bagaimana pelajar membentuk kebolehan mengesan kesilapan. Beliau menegaskan bahawa selepas sesuatu pergerakan itu dilakukan, pelajar itu boleh membandingkan maklum balas yang diterima dengan kesan persepsi. Perbezaan ini akan menggambarkan kkesilapan tindak balas pelajar yang dilaporkan kepada dirinya sebagai ppengukuhan subjektif. Katakan pengukuhan subjektif ini boleh digunakan untuk mengekalkan pergerakan itu pada sasaran tanpa KR dan mengikut teori, mengekalkan pergerakan itu pada sasaran boleh memanfaatkan pembelajaran. Ini kerana maklum balas akan terus ditambah kepada kesan persepsi.

7.1.4 Teori Dua Keadaan

Bercanggah dengan teori tertutup, Adam menyedari untuk mengadakan kapasiti sistem untuk mengesan kesilapan sendiri, dua keadaan memori mesti wujud iaitu keadaan untuk:

(a) MMenghasilkan aksi itu; dan

(b) MMenilai hasil perlakuan. Bagaimana pula sekiranya keadaan memori yang sama menghasilkan pergerakan dan juga menilainya? Jika pergerakan itu salah dipilih, maklum balas daripada pergerakan dan rujukan pergerakan yang betul akan sentiasa berpadanan dan akan menghasilkan satu percubaan tanpa kesilapan. Dalam teori Adam, walaupun kesan persepsi menunjukkan tindak balas yang betul dan pergerakan itu dipilih dan dimulakan oleh satu keadaan memori lain yang dikenali sebagai kesan memori tetapi ia bertanggungjawab untuk:

(a) Memilih arah aksi itu;

(b) Memulakannya; dan

(c) Mengarahkannya ke arah sasaran. Kemudian, kesan persepsi akan mengambil alih kawalan pergerakan itu untuk menyebabkannya berhenti di lokasi sasaran.

Page 7: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 185

7.1.5 Peranan Kesilapan

Satu daripada implikasi dalam teori Adam adalah sebarang kesilapan yang dihasilkan semasa tempoh latihan adalah bahaya terhadap pembelajaran. Ini kerana apabila kesilapan telah dilakukan, maklum balas darinya adalah berlainan di mana ia akan dikaitkan dengan tindak balas yang betul dan kesan persepsi akan diturunkan sedikit sebagai akibatnya. Oleh itu, Adam mencadangkan pemberian panduan adalah perlu sebagai satu pendekatan latihan untuk mengelakkan kesilapan berlaku. Sebagai salah seorang peneraju dalam teori pembelajaran motor, perspektif Adam telah memberi cabaran kepada orang lain untuk menjalankan kajian yang lebih mendalam. Kajian mereka menggunakan paradigma Adam. Antara mereka adalah Schmidt. Beliau terasa tergugat dengan teori tertutup Adam (rujuk Rajah 7.3). Schmidt menghadapi masalah menjelaskan bagaimana setiap simbol yang mewakili pergerakan dalam setiap situasi disimpan dalam memori. Beliau berpendapat, padanan kesan memori kepada setiap pergerakan yang dibuat adalah tugasan yang akan memakan masa. Beliau juga meragui bagaimana kesan memori boleh merekodkan setiap pergerakan yang tidak dilakukan dan lihat sebelumnya. Oleh itu, pada tahun 1975, Schmidt telah menerbitkan perspektifnya dalam penguasaan kemahiran motor. Beliau menamakannya tteori skema.

Rajah 7.3: Teori tertutup Adam

Page 8: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR186

TEORI SKEMA

Pada tahun 1975, Schmidt yang tidak bersependapat dengan teori tertutup Adam telah memberikan pendapat beliau dalam perspektif penguasaan kemahiran motor. Teori yang dikemukakan oleh beliau adalah dikenali sebagai teori skema. Apakah yang dimaksudkan skema?

Beliau berpendapat bahawa apabila sesuatu perlakuan dilakukan, maklumat itu akan dikumpulkan dan disimpan dalam memori. Ia disimpan dalam empat tempat umum atu:

(a) Keadaan persekitaran semasa pergerakan bermula: Kedudukan badan dan suhu;

(b) Keperluan spesifik pergerakan tersebut: Kelajuan, masa, ruang dan daya;

(c) Hasil pergerakan dan pengetahuan keputusan (knowledge of results): Membandingkan hasil sebenar dengan hasilan yang diinginkan; dan

(d) Maklumat sensori yang berkaitan pergerakan tersebut: Bagaimana pergerakan itu dirasai dan kelihatan.

Schmidt berpendapat, pembelajaran adalah berkesan sekiranya maklumat yang terkumpul disimpan. Beliau berpendapat bahawa teori tertutup Adam kekurangan proses kawalan terbuka (open-loop). Namun, pada masa yang sama terdapat aspek yang menarik dalam teori Adam seperti:

7.2

Skema yang dimaksudkan beliau ialah satu set peraturan yang menjadi garis panduan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai matlamat kemahiran.

AKTIVITI 7.3

Sebagai ulangan, dinyatakan bahawa teori tertutup pembelajaran motor adalah berdasarkan kelambatan respons dan kedudukan linear.

(a) Setelah anda membaca, jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kelambatan respons dan kedudukan linear?

(b) Apakah komponen-komponen penting dalam teori tertutup Adam?

(c) Berikan pandangan anda tentang perbandingan teori tertutup dengan teori terbuka.

Page 9: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 187

(a) Penumpuan kepada pengukuhan yang subjektif (subjective reinforcement);

(b) Penumpuan (concern) kepada respons lambat (slow response); dan

(c) Keperluan memiliki satu keadaan memori yang bertanggungjawab untuk menghasilkan respons dan satu lagi bertanggungjawab untuk menilainya.

Oleh itu, dalam teori skema, Schmidt telah mengambil sebahagian besar andaian dalam teori Adam. Teori skema menggunakan konsep dan idea proses pembelajaran untuk cuba menerangkan pembelajaran pergerakan cepat (balistik) dan pergerakan lambat. Berdasarkan idea dua mekanisme memori Adam, beliau telah membentuk dua skema berikut untuk memudahkan simpanan maklumat:

(a) Skema ingat kembali (recall schema) Skema ingat kembali merupakan satu set peraturan yang memilih nilai

parameter untuk pergerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.

(b) Skema pengenalpastian respons (response recognition schema) Skema pengenalpastian respons adalah satu set peraturan yang digunakan

untuk menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih. Ianya disimpan melalui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan datang.

Sebagai contoh, bagi seorang penjaga gawang hoki, keadaan persekitarannya akan mempengaruhinya menghantar bola kepada pemain pertahanan untuk mengelakkan daripada jaringan gol pasukan lawan (lihat Rajah 7.4). Oleh itu, dia memilih menendang bola ke pemain pertahanan pasukannya. Apabila program motor umum telah dipilih dan pergerakan telah dilakukan, satu skema pengenalpastian respons telah digunakan untuk menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang telah dipilih dan disimpan melalui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan datang.

Rajah 7.4: Penjaga gawang menggunakan skema sebagai panduan lakuan

Page 10: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR188

Program motor umum adalah program yang menghasilkan pergerakan baru dan fleksibel dalam pelbagai dimensi. Ia disimpan dalam memori secara simbolik dan mengawal kumpulan pergerakan tertentu. Program motor dibentuk daripada setiap pengalaman yang mempunyai persamaan yang dialami oleh individu tersebut. Sebagai contoh, pengalaman kemahiran menyepak dikumpulkan untuk membentuk satu program motor umum untuk kemahiran sepakan. Apabila program motor kemahiran ini dipilih untuk mencapai matlamat kemahiran tersebut, dengan segera dan mudah ianya dimodifikasi untuk memenuhi kesesuaian keadaan persekitaran. Jika perhubungan respons berkenaan telah dikaitkan bersama, maka satu skema telah dibentuk.

Rajah 7.5: Teori skema Sumber: Kluka (1999)

Teori skema adalah alternatif kepada teori tertutup Adam dalam pembelajaran motor. Berbanding dengan teori Adam, ia mempunyai kelebihan dalam pergerakan yang lebih pelbagai. Ia juga dapat mengesan kesilapan dengan lebih

Page 11: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 189

berkesan. Teori ini juga menerangkan penghasilan pergerakan baru dalam situasi kemahiran terbuka. Selain itu, menurut teori tertutup, pengukuhan lakuan dicapai menerusi pembentukan kesan memori yang mantap bagi lakuan tersebut. Tafsirannya, setiap lakuan perlu ada kesan memorinya tersendiri. Walau bagaimanapun, ada dua masalah yang ditimbulkan hasil teori ini iaitu:

(a) Penstoran bagi setiap pergerakan yang mampu dilakukan; dan

(b) Menghasilkan pergerakan yang tidak pernah dilakukan (tiada kesan memori). Oleh itu, konsep skema dalam pembentukan kemahiran mengatasi kelemahan tersebut kerana asas skema terbentuk daripada setiap pengalaman kemahiran baru.

7.2.1 Penumpuan dalam Program Motor Umum

Dalam skema, terdapat satu idea program motor umum, distrukturkan dengan berfasa dan kuasa relatif dengan parameternya adalah diperlukan untuk menentukan cara tertentu program itu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan teori pengaturcaraan, teori skema tidak menentukan dari mana program motor berasal. Ini merupakan satu masalah penting tetapi tahap pengetahuan pada peringkat ini tidak boleh banyak dikatakan dalam proses ini. Oleh itu, teori ini perlu menganggap program ini dibentuk dalam cara tertentu dan ianya boleh dilaksanakan dengan parameter yang sesuai.

7.2.2 Konsep Skema

Konsep skema dipelopori oleh Head (1926) dan kemudiannya diperkenal serta dipopularkan oleh Bartlett (1932). Bartlett berpendapat, skema ini merupakan satu abstrak memori yang mewakili acara atau aksi kemahiran, penaakulan, konsep atau generalisasi.

7.2.3 Pembelajaran Skema

Setelah sesuatu pergerakan dilakukan dengan program motor umum, seseorang pelajar akan menyimpan empat perkara berikut:

(a) Keadaan awal. Contohnya, kedudukan badan, berat objek dan sebagainya yang wujud sebelum pergerakan itu;

(b) Pelajar akan menyimpan parameter yang ditetapkan kepada program motor umum;

Page 12: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR190

(c) Hasil daripada pergerakan dalam persekitaran dalam maksud KR

(c) disimpan; dan

(d) Pelajar akan menyimpan kesan sensori pergerakan berkenaan iaitu bagaimana pergerakan itu dirasai, rupanya dan sebagainya.

Keempat-empat sumber maklumat ini adalah disimpan hanya selama pelajar itu boleh menggunakan perkaitannya antara maklumat ini. Dengan itu, terbentuklah dua perhubungan atau skema. (a) SSkema ingat kembali

Perhubungan yang pertama dikenali sebagai skema ingat kembali yang berkaitan dengan penghasilan pergerakan. Rajah 7.6 menunjukkan proses yang mungkin berlaku. Di paksi mendatar adalah hasil dalam persekitaran itu, seperti jarak sebiji peluru layang apabila dilontar. Di paksi tegak pula, adalah parameter penyediaan seseorang pelajar untuk program motor tersebut. Kejadian bersama parameter dan hasil pergerakan itu akan menghasilkan satu "titik data" di graf. Dengan tindak balas berulang yang menggunakan parameter berlainan dan menghasilkan berlainan hasil, titik-titik data lain terhasil dan pelajar itu mula menyimpulkan perhubungan antara saiz parameter dan hasil pergerakan itu. Perhubungan ini diwakili dengan garis regresi yang dilakar melalui titik yang dihasilkan. Dengan setiap kejayaan pergerakan dengan menggunakan program itu, satu data baru akan dihasilkan dan perhubungan ini akan melalui sedikit penyesuaian. Selepas setiap penyesuaian ini, data lama yang disimpan akan dibuang supaya yang disimpan adalah peraturan pergerakan yang dikenali sebagai skema ingat kembali. Perhubungan ini juga merangkumi maklumat mengenai keadaan awal pergerakan itu seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.6. Perhubungan antara parameter yang digunakan dan hasilan yang dihasilkan akan bergantung kepada keadaan awal. Bagaimana pelajar menggunakan skema ini? Dalam percubaan masa akan datang, pelajar yang menggunakan program motor umum akan mencatatkan hasil persekitaran yang diingini dan ditanda sebagai titik A dalam Rajah 7.6. Begitu juga keadaan awal tertentu dicatatkan. Contohnya, berat objek yang akan dilontar mungkin sesuai dengan kategori yang diwakili oleh garisan kedua. Kemudian, dengan menggunakan perhubungan terbentuk daripada pengalaman lepas, peraturan digunakan untuk memilih parameter yang akan menghampiri pencapaian hasil dalam persekitaran tertentu yang ditandakan dengan titik B.. Parameter itu kemudiannya diaplikasikan ke program itu untuk menghasilkan aksi.

Page 13: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 191

Rajah 7.6: Perhubungan hipotetikal antara hasil pergerakan dalam persekitaran dan parameter yang digunakan untuk menghasilkannya: Skema ingat kembali

(b) SSkema pengenalpastian Skema pengenalpastian untuk penilaian tindak balas, adalah dijangka akan

terbentuk dan digunakan dalam cara yang sama, seperti dalam Rajah 7.7. Skema ini terdiri daripada perhubungan antara keadaan awal, hasil persekitaran dan konsekuens sensori. Perhubungan ini ditunjukkan dengan tiga garisan dalam Rajah 7.7.

Rajah 7.7: Perhubungan hipotetikal antara hasil pergerakan dalam persekitaran dan konsekuens sensori yang dihasilkan untuk pelbagai keadaan awal: Skema

pengenalpastian

Page 14: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR192

Skema pengenalpastian dijangka akan digunakan dalam cara sama seperti skema ingat kembali. Sebelum tindak balas berlaku, pelajar memilih satu hasil pergerakan dan menentukan keseluruhan keadaan awal. Kemudian dengan skema pengenalpastian, pelajar itu boleh menganggarkan konsekuens sensori yang akan wujud jika hasil pergerakan itu dihasilkan. Ini dikenali sebagai konsekuens sensori dijangka yang dilabelkan sebagai titik C dan berfungsi sebagai asas untuk penilaian pergerakan. Konsekuens sensori dijangka adalah sama dengan kesan persepsi Adam yang dibincangkan sebelum ini.

7.2.4 Proses Ingat Kembali dan Pengenalpastian Dalam Pergerakan

Proses ingat kembali dan pengenalpastian dalam pergerakan ditunjukkan dalam Rajah 7.9. Dalam rajah tersebut, untuk pergerakan pantas, keadaan awal dan hasil yang diingini merupakan input ke dalam sistem. Ia menyebabkan peningkatan parameter dan konsekuens sensori dijangka seperti maklum balas proprioseptif dijangka dan maklum balas eksteroseptif dijangka seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.9.

Page 15: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 193

Rajah 7.8: Carta aliran yang menunjukkan elemen kritikal dalam sesuatu

pergerakan dari sudut teori skema (EXP PFB = Maklum balas proprioseptif dijangka, EXP EFB = Maklum balas eksteroseptif dijangka)

Selepas pergerakan itu dimulakan oleh program ini, maklumat sensori dari anggota badan dan persekitaran disalurkan semula dan dibandingkan dengan keadaan jangkaan berkenaan; sebarang perbezaan menandakan satu kesilapan yang dilabelkan dan kemudiannya dihantar semula ke mekanisme pemprosesan maklumat sebagai pengukuhan subjektif. Bagi pergerakan lambat pula, pengukuhan subjektif digunakan untuk menghasilkan aksi tersebut. Di sini, sumber maklum balas jangkaan menunjukkan kriteria ketepatan dan maklum balas dibandingkan dengannya membolehkan maklumat mengenai kesilapan adalah berterusan semasa tindak balas berlaku.

Page 16: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR194

Selepas itu, pelajar bergerak ke satu posisi supaya kesilapannya adalah seminimum mungkin. Ini menunjukkan bahawa anggota pelajar itu adalah ke arah sasaran. Walaupun pergerakan lambat dihasilkan secara aktif, ia dikawal oleh memori pengenalpastian dan skema pengenalpastian.

7.2.5 Pembelajaran Skema

Pembelajaran kemahiran adalah pembelajaran melalui peraturan mengenai fungsi tubuh badan kita. Di samping itu, pembelajaran ini membentuk perhubungan antara bagaimana otot kita diaktifkan, apa yang sebenarnya mereka lakukan dan bagaimana rasa aksi-aksi ini. Oleh itu, tindak balas di mana sekiranya mana-mana satu daripada empat elemen tersimpan hilang akan mengakibatkan kesusutan dalam pembelajaran peraturan-peraturan itu. Salah satu yang paling kritikal adalah merupakan maklumat hasil pergerakan atau KR. Jika pelajar itu tidak menerima maklumat mengenai hasil pergerakannya, walaupun elemen lain wujud, tidak ada pengukuhan skema boleh berlaku disebabkan lokasi dalam paksi mendatar tidak akan dikenal pasti. Begitu juga jika konsekuens sensori hilang akan menyebabkan tidak ada perkembangan skema pengenalpastian berlaku. Dalam pergerakan pasif, tidak ada parameter dikeluarkan kepada program. Oleh itu, tidak ada pengemaskinian skema ingat kembali berlaku. Begitu juga teori skema mempunyai kelebihan positif daripada penghasilan pergerakan sama ada pergerakan itu betul atau salah. Ini kerana skema merupakan peraturan yang berdasarkan perhubungan antara elemen tersimpan dan perhubungan ini wujud sama banyak untuk pergerakan yang salah dengan yang betul. (a) KKepelbagaian dalam latihan

Teori meramalkan melakukan pelbagai latihan untuk menghasilkan pergerakan dengan program yang sama seperti penggunaan pelbagai parameter akan menyediakan satu tapak pengalaman yang luas sebelum sesuatu peraturan atau skema boleh dibina. Apabila julat hasil pergerakan dan parameter adalah kecil, semua "data titik" dalam Rajah 7.6 akan berkumpul bersama. Apabila satu pergerakan baru diperlukan, kesilapan lebih besar akan berlaku dalam penganggaran parameter yang sesuai dan atau konsekuens sensori dijangka. Shapiro dan Schmidt pada tahun 1982 menjumpai bukti nyata bahawa kepelbagaian latihan merupakan faktor positif dalam pembelajaran motor, terutamanya dalam pembelajaran motor kanak-kanak.

Page 17: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 195

(b) TTindak balas baru Sesuatu hasil pergerakan tertentu tidak semestinya pernah dihasilkan sebelumnya untuk menghasilkannya pada masa depan. Ini kerana asas untuk menghasilkan sesuatu pergerakan baru adalah satu „peraturan‰ mengenai bes pemilihan parameter dalam perlakuan yang bersamaan pergerakan sebelumnya. Kajian menunjukkan dengan pelbagai latihan, tindak balas baru boleh dihasilkan dengan tepatnya sekiranya tindak balas baru telah dilatih berulang kali dan ia lebih berkesan untuk kanak-kanak. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran motor mungkin menjadi pembelajaran peraturan utama dan bukannya pembelajaran tindak balas spesifik. Kesan ini adalah berkesan terutamanya dalam kemahiran terbuka di mana pergerakan ini tidak akan diulang sama dalam dua percubaan yang berturut.

(c) PPengesanan kesilapan

Teori meramalkan bahawa ia sepatutnya tidak ada kebolehan pengesanan kesilapan selepas satu pergerakan lambat, sementara itu kebolehan seperti ini sepatutnya wujud selepas satu pergerakan cepat atau deras. Ini disebabkan kebolehan kesilapan itu sebenarnya digunakan untuk menghasilkan tindak balas lambat.

Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.

http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/ chapter4/multiple_choice_quiz.html

Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan related reading untuk memantapkan kefahaman anda.

AKTIVITI 7.4

Page 18: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR196

TEORI EKOLOGI: PERSEPSI DAN PERGERAKAN

Apakah teori ekologi?

Interaksi ini berdasarkan persepsi individu tersebut. Penyokong teori ini adalah seperti Turvey dan Carello (Kluka, 1999). Mereka telah mengemukakan teori ekologi pembelajaran motor yang berkaitan dengan pembelajaran kemahiran motor melalui kordinasi (coordination). Mereka menggabungkan hasil dapatan Gibson dan Bernstein (Kluka, 1999). Mereka juga melibatkan pendekatan sistem dinamik di mana melalui pergerakan, individu berkenaan, berinteraksi dengan persekitaran. Interaksi individu dengan persekitaran adalah berdasarkan persepsi individu tersebut (lihat Rajah 7.10). Mereka menggabungkan pendekatan sistem dinamik dan persepsi individu dan menjadikannya berpusatkan pelajar. Individu mencari persekitarannya secara proaktif dan membentuk konsep untuk meningkatkan pembelajaran kemahiran motor. Di samping itu, ia membantu dalam pengenalpastian maklumat yang menghalang pembelajaran kemahiran motor.

7.3

Teori ekologi manusia merupakan satu paradigma untuk menjelaskan pergerakan manusia di mana individu itu berinteraksi dengan persekitaran.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Huraikan secara ringkas teori skema.

2. Apakah kualiti unik yang terdapat dalam teori skema?

3. Bagaimana kualiti-kualiti unik ini dapat membantu anda dalampemahaman pembelajaran motor?

Page 19: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 197

Rajah 7.9: Gambar seorang pemain bola sepak sedang melakukan sepakan yang

memerlukan interaksi antara perlaku dan matlamat persekitaran Newell dan Schmidt (Kluka, 1999), telah membincangkan empat kesukaran yang terdapat dalam teori tradisional dengan teori ekologi iaitu:

(a) Teori tradisional gagal menjelaskan cara bagaimana penyelarasan tingkah laku baru diperoleh;.

(b) Teori tradisional tidak pernah menghuraikan bagaimana individu melakukan penyelarasan kecil dalam persekitaran yang dinamik. Persepsi dan pergerakan dalam teori ekologi lebih jelas menghuraikan bagaimana pergerakan boleh diubah sebaik sahaja pergerakan bermula. Contohnya, pukulan junam (drop) dalam permainan badminton boleh dilakukan pada saat-saat akhir ke sasaran dalam gelanggang;

(c) Teori ekologi mengehadkan peranan memori dalam pembelajaran kemahiran motor. Teori tradisional berpendapat bahawa tanpa pengetahuan, penaakulan dan pertimbangan peraturan atau matlamat sesuatu kemahiran yang digunakan dalam permainan spesifik, individu itu adalah sukar untuk memilih tingkah laku motor yang sesuai; dan

(d) Teori ekologi terus memberikan penjelasan yang terhad dalam program motor umum. Mereka berpendapat, program motor umum kekurangan fleksibiliti dalam persekitaran yang pelbagai. Contohnya, semasa menghantar servis tenis, bola boleh bergerak dengan kelajuan lebih 100km/j; manakala permainan Nintendo memerlukan kemahiran intersepsi pada kelajuan kurang daripada 1km/j.

Page 20: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR198

Cuba anda renung kata-kata Aristotle, "Kita dikenali daripada apa yang kita lakukan berulang kali. Kebaikan bukan sekadar perbuatan tetapi satu tabiat."

� Darjah kebebasan adalah bilangan komponen angkubah bebas yang terdapat

dalam tubuh badan manusia untuk menghasilkan pergerakan dalam lingkungan persekitarannya.

� Penyelarasan dan kawalan serta mekanisme sensori adalah terlibat dalam pembentukan lakuan kemahiran.

� Penyelarasan adalah proses yang cekap dan berkesan dalam pencorakan pergerakan tubuh dengan darjah kebebasan yang ada untuk mencapai matlamat kemahiran.

� Magill (1993) mencadangkan tiga kriteria kemahiran motor iaitu:

� Satu matlamat yang boleh dicapai;

� Mestilah lakuan yang secara sukarela; dan

� � Pergerakan tubuh diperlukan untuk mencapai matlamat.

� Pembelajaran tidak dapat diperhatikan secara langsung.

� Sistem terbuka menekankan kepada pusat kawalan yang memulakan arahan pergerakan ke peringkat penyebab (effector).

� Jika kesan memori atau kesan persepsi menyusut, maka pembelajaran akan di bawah optimum.

� Skema merupakan satu set peraturan yang menjadi panduan membuat keputusan berkenaan pencapaian matlamat sesuatu kemahiran.

AKTIVITI 7.5

1. Huraikan secara ringkas teori ekologi.

2. Bagaimana anda dapat kaitkan teori ekologi dalam pembelajaranmotor melalui proses penyelarasan?

Page 21: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR � 199

� Skema ingat kembali memilih nilai parameter untuk pergerakan spesifik dan memulakan pergerakan ke arah pencapaian lakuan.

� Skema pengenalpastian respons digunakan untuk menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang dipilih. Ia menggunakan maklumat sensori untuk menyimpan koleksi di masa akan datang.

� Program motor umum merupakan simbol yang disimpan dan mengawal kumpulan pergerakan.

Darjah kebebasan

Kawalan

Kemahiran motor

Kesan memori

Kesan persepsi

Penyelarasan

Program motor umum

Skema pengenalpastian respons

Teori ekologi

Teori ingat kembali

Teori skema

Teori tertutup

Adams, J. A. (1971). A closed-loop theory of motor learning. Journal of Motor

Behaviour, 3, 111-150.

Bartlett, F. C. (1932). Reconstructive memory „The war of the ghosts‰, Lancet, 2(7625): 855-856. University Press.

Bartlett, F. C. (1932). Remembering: A study in experimental and social psycology. Cambridge, England: Cambridge Unviersity Press.

Bernstein, N. (1967). The coordination and regulation of movement. London: Pergamon.

Bower, G. H. & Hilgard, E. R. (1973). Theories of learning (3rd ed.). New York, NY: Appleton-century.

Cavello, C., & Turvey, M. T. (1984). On vagueness and fictions as cornerstones of a the of a theory of perceiving and acting: A comment on Walter (1983). Cogition and Brain Theory, 7, 247-26.

Page 22: Topik 7 Teori Kawalan Dan Pembelajaran Motor

� TOPIK 7 TEORI KAWALAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR200

Cavello, C., & Turvey, M. T. (1990). Review of „GibsonÊs ecological psychology‰ by Reed. Quarterly Review of Biology, 65, 343-344.

Gibson, J. (1966). The senses considered as perceptual system. Boston: Hought on Mifflin.

Head, H. (1926). Aphasia and kindered disorders of speech. Cambridge, England: Cambridge University Press.

Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton.

Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications (7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.

Newel, K. (1985). Constraints on the development of coordination. In Wade, M. G., Whiting, H. T. A. (Ed.). Motor development in children: Aspect of coordination and control.

Rose, J. C., Bittinger, G., & Burris, P. (1997). Large motor play (101 tips for toddler teachers).

Schmidt, R. A. (1975). A schema theory of discrete motor skill learning. Psychological Review, 82, 225-260. Schmidt, R. A. (Ed.) (1988). Motor learning and learning: A behavioral emphasis (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R. A., & Lee, T. D. (2005). Motor control learning: A behavioral emphasis (4th ed.). Leeds, UK: Human Kinetics.

Schmidt, R. A. (1991). Motor learning principles for physical therapy, In. M. J. Lister (Ed.), Proceedings of the 11 STEP Conference on Contemporary. Management of Motor Control Problems, 149-163. Alexandra, VA: Foundation for Physical Therapy.

Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics.

Shapiro, D. C., & Schmidt, R. A. (1982). The schema theory: Recent evidence and developmental implications. In: Kelso, J. A. S., & Clark, J. E. (eds.), Wiley, 113-150.