topik10integrasi-110913001758-phpapp02

download topik10integrasi-110913001758-phpapp02

of 21

Transcript of topik10integrasi-110913001758-phpapp02

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    1/21

    X PENGENALANUntuk mendapat satu pembelajaran dan pengajaran yang sangat berkesan, satupenegasan kepada pengajaran perlu diberi perhatian yang serius. Untuk itu,dalam pelaksanaan pengajaran kurikulum, pembelajaran yang ada perlulah

    diintegrasikan agar beberapa aspek penegasan dan cara pelaksanaannya akandapat untuk membuat penerokaan dalam mendapatkan pengetahuan,kemahiran serta penghayatan nilai.

    Untuk itu pelajar harus diberi banyak peluang dan ruang untuk mengalamiproses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat. Antara lainpelajar boleh diberi peluang untuk mencari dan melahirkan idea melaluipercakapan, tulisan, lukisan, muzik, nyanyian, lakonan dan sebagainya.Pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini mampu membina dan menyuburkan sikap danpemikiran kreatif selain daripada menjadi aktif dan progresif.

    TTooppiik

    1Integrasi

    X

    100

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan pelbagai jenis integrasi yang digunakan di dalampengajaran dan pembelajaran;

    2. Menyatakan kelebihan integrasi semasa pengajaran dan pembelajarandilaksanakan;

    3. Mengenalpasti isu-isu dan cabaran-cabaran integrasi;4. Menjelaskan bagaimana melaksanakan integrasi seni visual, muzik dan

    pergerakan dengan mata pelajaran lain; dan

    5. Membuat perancangan dan penilaian menggunakan pendekatanintegrasi.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    2/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W193

    PENGENALAN10.1

    Program Pendidikan Intergrasi merupakan satu program yang amat popular di

    luar negara khususnya di Amerika Syarikat di mana program ini telah bermulasejak tahun 1900an. Pada ketika itu, penekanan pada mata pelajaran sains telahmula diintegrasikan dengan mata pelajaran lain. Ini adalah disebabkan keranadia telah menganggap sains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya.Kemudian daripada itu terdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran laindiintegrasikan ke dalam kurikulum di sekolah-sekolah. Kesimpulan konsepintegrasi dalam kurikulum telah diamalkan secara meluas oleh kebanyakanpelajar di negara-negara maju.

    10.1.1 Pelbagai Pengertian Integrasi

    Kebanyakan pendidik menggunakan konsep dan makna pengintegrasian daripelbagai sudut, antaranya sudut psikologi, sosiologi dan pedagogi.

    Integrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat dengan personaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan total dan segala unsurperkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani,intelek dan sosial sentiasa berkait rapat dan saling bergantung antara satu samalain.

    Dari sudut sosiologi, integrasi mempunyai lebih daripada satu makna. Pertama,ia boleh dilihat dari sudut perhubungan di antara personaliti dengan personalitiseperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar, dan di antara pelajardengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin dalam perhubungandi antara individu dengan pelbagai agensi masyarakat dan akhir sekali harus adapengiktirafan terhadap perhubungan di antara pelbagai institusi masyarakat itu.

    Manakala dari sudut pedagogi, integrasi melibatkan kaedah dan teknik mengajaryang meliputi pelbagai isi pelajaran dan kemahiran melalui unit pembelajarandan bidang pelajaran yang khusus untuk tujuan membantu dalam pendekatan

    menyelesaikan masalah sebagai satu cara belajar.

    10.1.2 Pelbagai Jenis Integrasi

    Terdapat pelbagai cara integrasi dijalankan dalam pengajaran dalam KurikulumBersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR, penegasan yang berkesansangat dititik beratkan bagi memastikan kejayaan proses pembelajaran pelajar.Bagi mencapai hasrat dalam falsafah, matlamat dan objektif PendidikanKebangsaan, beberapa kaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    3/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI194

    antaranya ialah konsep integrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebihdikenali sebagai kesepaduan. Untuk itu, konsep bersepadu dalam KBSRmembawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa

    dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara berintegrasi dan menyeluruh.Ini kerana dalam KBSR, pendidikan adalah bagi pembangunan individu insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untukitu beberapa konsep perlu ditegaskan sebagai asas dalam proses pengajaran danpembelajaran KBSR yang mengandungi aspek:

    (a)Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran

    bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melaluistrategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu

    pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalamsatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran.

    Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktivitipengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna sertamenimbulkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

    berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkan pelajar berpeluangmenguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara bersepadu.

    Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti pengajarandan pembelajaran boleh dilihat dari tiga sudut seperti:

    (i) Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran;(ii) Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam

    sesuatu mata pelajaran; dan

    (iii) Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum.

    Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam matapelajaran bahasa

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    4/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W195

    AKTIVITI 10.1

    1.

    Apakah itu integrasi?

    2. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh diperoleh berdasarkanpenggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum?

    (b)Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuanatau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isipelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebihkepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses

    mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebihmata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripada matapelajaran sains, guru akan mengambil petikan atau artikel sains bagiaktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Dengan ini, pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan sains semasamempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 10.2)

    Penyerapan unsur-unsur Sains dan Kajian Tempatan (KT) dalam BahasaMelayu

    Ciri-ciri penyerapan:

    (i) Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan daripadaberbagai-bagai pelajaran;

    (ii) Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secara bersepadudalam satu mata pelajaran;

    (iii) Bilangan mata pelajaran yang digunakan dalam proses penyerapanadalah fleksibel;

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    5/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI196

    (iv) Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantung kepada unsurutama dan unsur sampingan. Walau bagaimanapun, unsur utamatetap diberi penekanan yang lebih; dan

    (v) Proses penyerapan berlaku secara serentak dengan prosespenggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandungan boleh diserapkan kedalam aktiviti penggabungjalinan berbagai-bagai kemahiran sepertimembaca, menulis dan mengira.

    (c)Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilaiyang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kewarganegaraan, nilaikemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan

    sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melalui dua pendekatan iaitu:

    (i)Guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai. Contohnyaapabila guru bercakap benar, berpakaian kemas dan datang ke bilikdarjah tepat pada waktunya secara tidak langsung perlakuannya inidiperhatikan oleh para pelajar dan akan dihayati serta akan menjadiikutan oleh mereka. Tindakan guru menyokong dan memberi pujiankepada pelajar secara tidak langsung menyedarkan pelajar untukmenerima sesuatu nilai yang positif itu.

    (ii)Penerapan nilai secara eksplisit ialah dengan mengadakan suatuperaturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yang bertulis tentangsesuatu perkara yang diharapkan dan yang tidak diharapkan.Program atau aktiviti yang khusus juga adakalanya diadakan untukmenerapkan sesuatu nilai seperti program motivasi, sambut HariGuru, Hari Kemerdekaan, kempen kebersihan, kempen anti rokokdan sebagainya. Di dalam bilik darjah, guru pendidikan moral danpendidikan Islam akan mengajar sesuatu topik berkaitan dengan

    sesuatu nilai; ini juga dianggap sebagai eksplisit. Untuk itu penerapansecara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat dan carapelaksanaannya serta penilaiannya jelas.

    (d)Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untukmembantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang tertentukhususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti pemulihan pula merupakanaktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    6/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W197

    pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalam merancangkanaktiviti pemulihan, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk:

    (i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesan;(ii) Pengajaran dan pembelajaran perlu diubah suai dan dipelbagaikan

    mengikut keperluan kognisi murid;

    (iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasuk bahanbercetak dan bahan elektronik untuk membantu murid memahamidan menguasai hasil pembelajaran; dan

    (iv) Selepas aktiviti pemulihan, pascaujian dijalankan secara pemerhatian,lisan atau bertulis. Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaankonsep atau kemahiran yang perlu dikuasai.

    (e)Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaianrendah atau lambat kadar penerimaannya. Oleh itu pengayaan adalahuntuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana atau pintar cerdas.

    Guru perlu mengorganisasikan semula kelas untuk menempatkan muriddengan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan dirancang bagi murid yangmencapai aras masteri 80% dalam praujian. Pencapaian sedemikianmenunjukkan bahawa murid telah menguasai unit pembelajaran tertentudan kumpulan murid ini akan terus menjalani aktiviti pengayaan tanpa

    melalui proses pengajaran dan pembelajaran unit pembelajaran tersebut.Aktiviti pengayaan juga dirancang bagi murid yang mencapai aras masteri80% dalam pascaujian selepas melalui proses pengajaran dan pembelajaranunit pembelajaran tersebut

    (i)Aktiviti ini menumpukan kepada pengukuhan pengetahuan dankemahiran yang telah dikuasai dalam unit pembelajaran yang samadan bukan sesuatu yang baru. Sebagai contoh di HSP Sains Tahun 4,Tema: 'Menyiasat Alam Fizikal', di bawah Hasil Pembelajaran'Memahami Konsep Isipadu'; murid mempelajari konsep isipadu danmengukur isipadu. Dalam aktiviti pengayaan berbentuk pengukuhan,murid diberi pelbagai masalah berkaitan dengan konsep isipadu yang

    biasa ditemui dalam kehidupan harian. Antaranya, ialah mengukurisipadu air yang diminum oleh murid setiap hari dan mencari isipadu

    beg sekolah murid untuk memuatkan buku sekolah. Melalui aktivitisedemikian, murid dapat mengaplikasikan konsep isipadu dalamkonteks yang lebih relevan dan seterusnya dapat mengukuhkanpemahaman tentang konsep isipadu.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    7/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI198

    (ii)Aktiviti ini merupakan aktiviti yang lebih kompleks, serta mencabarpada peringkat kognisi yang lebih tinggi dalam unit pembelajaran

    yang berkait rapat dengan unit pembelajaran yang dipelajari.Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui aktiviti ini bolehmeliputi bidang yang lebih luas dan lebih mendalam. Aktiviti ini

    boleh dijalankan secara kadar kendiri dan terarah kendiri.

    (iii)Menurut Passe (1999) terdapat dua pendekatan bagi pelaksanaanintegrasi dalam kurikulum iaitu:

    Sesuatu perkara yang diintegrasikan ke dalam mata pelajaran

    yang sedia ada. Pendekatan ini melihat hubungan antara matapelajaran dan seterusnya menggalakkan rentasan disiplin. Sebagaicontoh antara mata pelajaran seni visual dengan muzik danpergerakan, mata pelajaran kemahiran hidup dengan matematikserta antara sains dengan pendidikan jasmani dan kesihatan.Adaptasi adalah melalui konsep penggabungjalinan, penyerapandan penerapan. Selain itu unsur-unsur nilai murni, KBKK, unsurpatriotisme, unsur-unsur kebersihan dan penjagaan alam sekitar

    boleh diintegrasikan melalui pendekatan adaptasi ini.

    Mata pelajaran yang baru akan diwujudkan dengan di dalamnyamengandungi unsur-unsur yang hendak diintegrasikan.Contohnya disiplin kesihatan telah dimasukkan ke dalam matapelajaran pendidikan jasmani sehingga menjadi mata pelajaranpendidikan jasmani dan kesihatan. Gabungan unsur sejarah,geografi dan hal ehwal tempatan telah mewujudkan matapelajaran kajian tempatan.

    AKTIVITI 10.2

    1. Nyatakan kebaikan integrasi dalam pengajaran dan pembelajaranseni dalam pendidikan.

    2. Nyatakan dengan menggunakan idea grafik, integrasi antara Senidalam Pendidikan dan satu mata pelajaran sekolah.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    8/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W199

    10.1.3 Kelebihan Integrasi

    Saranan mengintegrasikan Seni dalam Pendidikan ke dalam bidang-bidang

    kurikulum yang lain mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan-kelebihannya adalah seperti berikut:

    (a) Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unit-unitkerja. Apabila seni dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unitkerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk menceburi aktiviti-aktivitipembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikansesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana merekatelah mempunyai kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantudalam menyelesaikan masalah.

    Contoh, jika sesebuah kelas sedang mempelajari satu unit pelajaranberhubung dengan tajuk Cara Kehidupan Masyarakat Iban di RumahPanjang, guru atau pelajar dalam bilik darjah itu akan menubuhkan unit-unit kumpulan kecil dan setiap unit itu akan mengkaji satu aspekmasyarakat orang Iban seperti apa yang dilakukan oleh orang Iban untukhidup, permainan dan rekreasi mereka, upacara dan tarian-tarian adatresam mereka seperti ketika menyambut Hari Gawai, perkahwinan danpelbagai aspek lain lagi. Apa sahaja bahan dan maklumat yang diperoleholeh setiap kumpulan itu boleh dipersembahkan baik dalam bentuk

    penerangan lisan, pergerakan atau bentuk aksi. Secara tidak langsungaktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagikefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan.

    (b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti Seni dalamPendidikan. Apabila setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaikmungkin untuk tujuan meleraikan proses penyelesaian masalah, secaratidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi menerapdan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

    (c)

    Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas.Apabila Seni dalam Pendidikan diintegrasikan dengan bidang kurikulumyang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan guru mahupunpelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada programaktiviti sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    9/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI200

    10.1.4 Isu dan Cabaran Integrasi

    Masalah berhubung dengan peruntukan masa untuk slot pergerakan, seni visual

    atau musik bukanlah satu alasan yang baru. Dengan keadaan jadual waktu yangpadat, sesetengah sekolah agak berasa keberatan untuk menambahkan lagi

    jumlah mata pelajaran. Oleh yang demikian, apabila sesuatu bidang barudiperkenalkan, beberapa langkah-langkah terpaksa diambil oleh pihak sekolahuntuk memuatkan mata pelajaran baru itu ke dalam jadual pembelajaran yangsedia ada. Ianya dilakukan dengan cara mengeluarkan mata pelajaran tertentuyang dianggap kurang penting dari segi akademiknya.

    Apa yang berlaku kepada mata pelajaran pendidikan jasmani di negara inimerupakan satu contoh yang baik. Daripada tiga waktu seminggu, kini telah

    dikurangkan kepada dua dan daripada peruntukkan masa 45 minit sesetiapwaktu telah dikurangkan kepada 40 minit. Jalan penyelesaian terbaik dalammenangani masalah ini ialah pihak pengurusan sekolah dan guru-guru perlulahmelaksanakan perancangan yang lebih berdaya cipta di mana mata pelajaranpendidikan jasmani digabungkan dengan mata pelajaran teras yang lain ataupunkepada mata pelajaran yang sudah kukuh kedudukannya dalam kurikulum.

    10.1.5 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

    Kesemua mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan boleh diintegrasikankerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Malahandengan diadakan pengintegrasian mata pelajaran ini akan memperkukuhkandan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang hendakdiajar.

    (a)Seperti yang dinyatakan sebelum ini, integrasi dari sudut psikologimerangkumi personaliti secara menyeluruh pelajar. Ini secara tidaklangsung akan memberi kesan yang memberi impak kepada minda dantubuh pelajar. Terdapat teori metafizik berhubung dengan fungsi-fungsi

    tubuh dan mental yang menyokong pernyataan ini. Pada dasarnya, teori-teori ini terjelma daripada kepercayaan tentang wujudnya persemadian diantara tubuh dan minda. Berdasarkan hakikat ini, sudut psikologi,mempunyai kesan pengaruh yang ketara terhadap pelajar.

    Pergerakan, pada dasarnya merujuk kepada pembelajaran melalui aktivitipendidikan jasmani. Ramai di kalangan pendidik, malahan termasuk ahli-ahli falsafah kontemporari, memperakui hakikat prinsip perhubunganminda-tubuh atau istilah lain kepaduan psikomotor. Namun, pelaksanaanprinsip ini masih jauh dari kebenarannya. Ada juga dalam kes-kes tertentu,

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    10/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W201

    guru-guru pendidikan jasmani terlalu menekankan aspek bukan fizikalsehingga mengabaikan aspek fizikal seperti yang diperlukan. Kedua-duakeadaan yang melampau ini boleh memberi kesan sampingan kepada

    pelajar terhadap pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh pelajarsehingga boleh menjejaskan personalitinya.

    (b)Dari segi sosiologi terdapat tiga kategori integrasi, iaitu:

    (i) Integrasi antara personaliti;(ii) Integrasi antara individu dengan agensi-agensi masyarakat; dan(iii) Integrasi di kalangan pelbagai institusi masyarakat.Perhatian utamanya ialah mengenai aspek integrasi sosiologi yangmemberi tumpuan kepada hubungan di antara personaliti denganpersonaliti. Dalam hubungan ini, Seni dalam Pendidikan mempunyaiperanan sebagai agen integrasi.

    Manusia, pada dasarnya, adalah mahkluk sosial. Menerusi Seni dalamPendidikan, faktor ini dapat dieksploitasikan dengan sebaik mungkinkerana kebanyakan aktivitinya secara semula jadi tidak dapat mengelakdaripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti-aktiviti

    berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secarabekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Oleh yang demikian,

    aktiviti Seni dalam Pendidikan dengan sifatnya yang berkelompok,mempunyai ciri-ciri yang berteraskan demokrasi. Dalam hubungan ini,aksi-aksi yang terdapat dalam seni dalam pendidikan yang merangkumiaktiviti seni visual, muzik dan pergerakan itu mempunyai satu titik tolakinteraksi sosial yang terjalin menerusi perhubungan deria sentuh.Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalinperhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.

    Program yang terdapat dalam Seni dalam Pendidikan bukan sahajamenyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar tetapi juga

    berupaya memenuhi keperluan-keperluan sosial yang asas. Apabila semuapelajar berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minatdan kebolehan mereka, maka akan terbentuklah satu situasi ideal yangdapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dankeinginan diterima sebagai anggota kelompok.

    Keperluan untuk belaian berkait rapat dengan keperluan untukketermilikan. Pelajar mahukan dirinya diterima sebagai anggota sesebuahkelompok dan pada masa yang sama mereka juga memerlukan kasihsayang. Dalam kegiatan Seni dalam Pendidikan, keperluan untuk belaiansekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    11/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI202

    kepada pelajar sebaik sahaja merreka mempersembahkan aktiviti yangmenarik. Perhubungan di antara pelajar dengan pelajar, guru denganpelajar yang mesra mewujudkan suasana yang harmonis dan ini akan

    menyebabakan pelajar merasakan bahawa guru dan rakan-rakan merekaprihatin terhadap diri dan menghargai bakat yang mereka miliki. Suasanayang sedemikian rupa yang akan mencetuskan perhubungan mesra bolehdiwujudkan menerusi program yang terdapat dalam Seni dalamPendidikan.

    (c)Integrasi dari sudut pedagogi boleh berlaku dengan dua cara, iaitu

    (i) Yang menggabungkan pelbagai bidang pelajaran melalui unit-unitkerja, dan bidang-bidang pelajaran itu akan membantumengembangkan konsep-konsep dan pemahaman terhadap unit-unititu.

    (ii)Perhubungan terjalin dengan sebegitu rupa membuatkan isi ataukandungan setiap bidang bertambah mapan dalam usaha untukmempertingkatkan kefahaman dalam bidang-bidang lain yang

    bersangkutan. Dalam kebanyakan program di sekolah rendah, kedua-dua pendekatan ini dianggap sangat praktikal dan memberi maknakepadanya.

    Dalam banyak hal pelajaran, Seni dalam Pendidikan belum diiktirafsebagai satu subjek yang sah dalam kurikulum kerana penekananterhadapnya berbeza berbanding dengan penekanan yang diberikankepada bidang-bidang akademik yang lain.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    12/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W203

    INTEGRASI SENI VISUAL, MUZIK DANPERGERAKAN DENGAN MATA

    PELAJARAN LAIN

    10.2

    Mari kita lihat contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam matapelajaran seni visual, muzik dan pergerakan dalam Rajah 10.3 dan 10.4.

    Contoh integrasi kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaranseni visual, muzik dan pergerakan

    Contoh integrasi kemahiran-kemahiran di antara mata pelajaran misalnyaMatematik dan Bahasa Melayu

    10.2.1 Matematik

    Dalam mengajar matematik, konsep integrasi yang ditekankan adalahberdasarkan cara penyampaian guru, kaedah dan strategi pelaksanaannya iaitudengan berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang akan diperoleh olehpelajar. Jika menggunakan proses penyerapan ianya dapat dirumuskan sepertiRajah 10.5 dengan berdasarkan kepada Seni dalam Pendidikan.

    Integrasi seni dalam pendidikan dengan matematik

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    13/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI204

    10.2.2 Sains

    Dalam subtopik, kita akan berbincang tentang integrasi antara mata pelajaran

    Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran Sains. Dalam mata pelajaran sainsbanyak didapati aktiviti seni visual iaitu melukis. Dengan ini secara tidaklangsung pelajar akan melukis gambar-gambar yang terdapat di dalam matapelajaran sains dan diintegrasikan dengan seni visual. Integrasi mata pelajaranini juga dapat membolehkan dan meningkatkan lagi pemahaman danpengekalan ingatan mata pelajaran tersebut ke dalam ingatan minda pelajardengan melukis peta minda. Di samping itu, muzik boleh diintegrasikan denganmata pelajaran sains apabila guru dapat membantu pelajar mengingati matapelajaran tersebut dengan menyanyikan lagu berdasarkan tajuk mata pelajarandengan menggunakan melodi lagu-lagu masa kini. Contoh untuk lagu Deria.

    Saya lihat dengan mata,macam-macam warnaBiru, kuning, merah, unggu,Indah mata ku.

    Saya dengar dengan telinga,Macam-macam benda,

    Tip tap, tum tam, cak-cak, bum-bamRiuh bunyinya.Saya rasa dengan lidah,Macam-macam rasa,Pahit, masin, manis, kelatEnak rasanya.

    Saya sentuh dengan jari,Macam-macam benda,Kasar, kesat, lembut, nipis

    Itu rasanya.

    10.2.3 Kajian Sosial

    Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzikke dalam mata pelajaran kajian sosial. Banyak lagu-lagu patriotik yang bolehdinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti

    Jalur Gemilang, Lagu Rukun Negara, Bahtera Merdeka, Tanjung Puteri sebagainya.Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    14/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W205

    kemakmuran juga boleh diperoleh dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran kajian sosial.

    Kemahiran daripada pendidikan seni visual juga boleh diintegrasikan dalammata pelajaran kajian sosial seperti melukis bendera Jalur Gemilang, poster HariKebangsaan/ Merdeka dan sebagainya.

    PERANCANGAN DAN PENILAIAN10.3

    Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan, pelbagaiaktiviti perlulah diadakan untuk membantu proses pembelajaran dapatdilaksanakannya dengan lancar dan berkesan. Untuk itu sesuatu prosespengajaran tidak dapat lari daripada perkara-perkara asas yang melibatakan

    guru, pelajar, isi pelajaran, bahan-bahan pembelajaran, bilik darjah sertakemudahan-kemudahan yang lain. Untuk itu sebelum melaksanakan pengajaranguru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi agar pembelajarandapat disampaikan dengan lebih teratur.

    10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual,Komunikasi antara Berbagai Pihak)

    Pengurusan atau pengelolaan adalah penting dalam sesebuah organisasi, tidak

    kira sama ada organisasi itu kecil ataupun besar, swasta atau badan kerajaan.Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus

    besar, atau pengarah atau guru besar tetapi juga tanggungjawab penyelia atauguru yang berada di dalam organisasi tersebut.

    ,antaranya:

    (a) Pengelola ialah pengurus dan pengarah di dalam organisasi yangmengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang

    berada di bawah tanggungjawabnya.

    (b) Pengelola bertanggungjawab menggunakan sumber dengan efisien untukmencapai matlamat yang telah ditetapkan.

    (c) Pengelola juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke ataskegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dankejayaan itu mencerminkan prestasi pengelola berkenaan.

    (d) Pengelola mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti sepertimenjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    15/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI206

    (e) Pengelola mewujudkan matlamat, perancangan, dasar danmengimplementasikan strategi.

    Apabila seseorang pengelola berada di dalam organisasi, beliau dikehendakimengetahui perlakuan yang diharapkan oleh ketua, rakan sekerja, kakitanganbawahan serta mengetahui juga tugas dan tanggungjawabnya. Ini disebabkankeberkesanan perjalanan organisasi itu dipengaruhi dan dikawal oleh faktor-faktor persekitaran organisasi itu sendiri.

    Manakala organisasi merujuk kepada satu unit sosial yang terdiri daripadamanusia yang bekerjasama dan saling bergantung di antara satu sama lain bagimencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi. Definisi ini menjelaskanunsur-unsur yang perlu ada di dalam sesebuah organisasi: Organisasi sebagai

    satu unit sosial, perlu ada penyatuan usaha dan ada hubungan yang erat danakrab pada hubungan di antara seorang individu dengan individu yang lain.

    10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

    Untuk melaksanakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berjaya,guru perlulah menyediakan satu perancangan yang rapi. Untuk itu penglibatanserta penyertaan pelajar amat diperlukan. Salah satu tujuan pengajaran adalahuntuk memastikan pelajar berpeluang menjalani kehidupan di masa akan datangdan dapat membawa perubahan ke atas seseorang individu. Perubahan ini boleh

    melibatkan beberapa faktor antaranya tingkah laku, daya kognitif, afektif danpsikomotor ke arah yang lebih positif.

    Perancangan pengajaran dapat dibahagikan kepada tiga fasa seperti yangdihuraikan dalam Rajah 10.6 iaitu;

    (i) Fasa sebelum pengajaran;(ii) Fasa semasa pengajaran; dan(iii) Fasa selepas pengajaran.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    16/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W207

    Urutan fasa-fasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999, hanya dua perancangan sahaja yangperlu ditulis iaitu:

    (i)Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajarandan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran Kebangsaan yangdikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    (ii)Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan PelajaranTahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat sepertiobjektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauhmana objektif tercapai.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    17/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI208

    10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi

    Penilaian ialah proses menguji, mengumpul maklumat dan membuat justifikasi

    tentang penguasaan, kefahaman, kebolehan atau kemahiran pelajar berdasarkanobjektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan.

    Penilaian secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitupenilaian formatif dan penilaian sumatif.

    (a)Penilaian ini berlaku secara berterusan semasa pengajaran danpembelajaran sedang berjalan. Ini kerana perkembangan pembelajaranpelajar perlu dikesan dari semasa ke semasa pada kadar yang segera dalam

    masa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dan juga setiap kaliselepas pembelajaran. Hasilan penilaian ini akan diguna pakai untukmemperbaiki kelemahan dan kekurangan yang dialami oleh pelajar.

    Berdasarkan maklumat ini, guru dapat memikirkan pelaksanaan strategipengajaran yang lebih baik dan berkesan di dalam bilik darjah sewaktuproses pengajaran pembelajaran sedang berlaku.

    Kaedah pelaksanaan penilaian formatif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut iaitu;

    (i) Aktiviti pemerhatian atau pengamatan oleh guru;(ii) Soal jawab secara lisan;(iii) Perbincangan;(iv) Pelaksanaan aktiviti; dan(v) Pentaksiran hasil kerja.

    (b)Setelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satusemester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun, penilaian akan

    dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektif yanglebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satu jangka waktutertentu yang lebih panjang.

    Objektif penilaian sumatif ini adalah untuk melihat tahap pencapaianpelajar secara keseluruhan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum(2001), penilaian sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaianseseorang pelajar dengan pelajar yang lain. Penilaian ini juga seringkalidigunakan untuk membuat pemilihan bagi tujuan pengaliran,penganugerahan dan sebagainya. Penilaian dilaksanakan secara rasmi di

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    18/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W209

    peringkat sekolah dan kadangkala setara bagi seluruh daerah. Untuk Senidalam Pendidikan, penilaian dijalankan di dalam pelbagai bentuk iaitumengikut kesesuaian mata pelajaran seni visual, muzik dan pergerakan.

    (i)Rajah 10.7 merumuskan penilaian dalam proses pengajaran danpembelajaran.

    Penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    (ii)Penilaian ini dijalankan semasa proses pengajaran berlangsung iaitumelalui pemerhatian, tindak balas serta kerja harian pelajar. Gurudapat menilai pelajar, sama ada pelajar dapat memahami pelajaranyang disampaikan atau tidak. Jika pelajar tidak dapat mencapaiobjektif guru, maka guru perlu memikirkan perancangan lain yanglebih berkesan agar kemahiran atau pengetahuan dapat disampaikan.

    Penilaian ini berbentuk formatif dan berjalan secara berterusan disepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

    (iii)Penilaian jenis ini dilakukan oleh guru setelah pelajar melalui satu-satu unit pembelajaran, kemahiran atau tajuk yang diajar. Penilaianini juga bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar terhadapkemahiran-kemahiran yang telah didedahkan. Proses penilaiandilakukan secara formal iaitu secara terancang, bertulis dandidokumentasikan mengikut format tertentu; atau secara informal itu

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    19/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI210

    tiada kaedah khusus, namun maklum balas pencapaian akan dicatatuntuk dibuat penganalisisan untuk tujuan penyimpanan rekod.

    (iv)

    Penilaian jenis ini diadakan selepas beberapa unit pembelajarandisampaikan oleh guru. Markah akan diberi dan ditukar kepada greduntuk dicatatkan dalam rekod profil. Penilaian pencapaian biasanyadijalankan pada setiap hujung semester.

    (v)Penilaian kerja amali dilakukan keatas kerja-kerja amali pelajar sepertidalam seni visual, muzik dan pergerakan. Ciri-cirinya ialah:

    Secara formatif dan berterusan; Dikendalikan oleh guru sekolah; Dapat mengesan perkembangan pembelajaran; Berasaskan kriteria; Memberi fokus kepada perkembangan individu; Menggalakkan refleksi kendiri; Membolehkan tindakan susulan dibuat; dan Mempunyai pelbagai kaedah.

    AKTIVITI 10.3

    1. Nyatakan fasa-fasa urutan sesuatu proses pengajaran danpembelajaran.

    2. Nyatakan empat bentuk penilaian proses pengajaran danpembelajaran untuk Seni dalam Pendidikan.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    20/21

    TOPIK 10 INTEGRASI W211

    Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunanindividu insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.

    Dalam KBSR, konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmupenegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murnidilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untukmembolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan

    bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki.

    Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaranpembelajaran adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan danpenerapan.

    Antara lain, manfaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajargambaran keseluruhan serta hubung kait atara satu perkara dengan perkarayang lain membentuk satu kerangka ilmu.

    Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajartidak ketinggalan daripada memperoleh apa yang sepatutnya merekaperolehi selaras dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan.

    Adaptasi ke dalam kurikulum yang ada

    Membina kurikulum baru

    Rancangan Pelajaran Harian

    Rancangan Pelajaran Tahunan

    Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integratedcurriculum for primary schools: curriculum specificationsMathematics Year 1

    Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia. (2002). Integratedcurriculum for primary schools: curriculum specifications Science Year 4.

    Eisner, E. (1992). The misunderstood role of the arts in human development.

  • 7/23/2019 topik10integrasi-110913001758-phpapp02

    21/21

    X TOPIK 10 INTEGRASI212

    Hermann, N. (1991). The creative brain, Journal ofCreative Behaviour. 25(4): pp.275- 295.

    Isbell, R., & Raines, S. (2002). Creativity and the arts with young children. New

    York: Thomson Delmar learning.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. KualaLumpur: PPK.

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Pengajaran berasaskan kajian masadepan. Kuala Lumpur: PPK.

    Mackey, S. (1993). Emotion and cognition in arts educations. Curriculum StudiesVol. 1,No.2 pp. 245-256