Topik11 Amani

20
(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH) TAJUK 11 PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAK-KANAK: BERBILANG BUDAYA DAN BERBEZA JANTINA SINOPSIS Topik ini bertujuan meningkatkan kepekaan guru tentang kepelbagaian budaya dan perbezaan jantina yang wujud dalam pengajaran sains. Ia turut membincangkan tentang teknik yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berbilang budaya dan mengelakkan bias jantina semasa pengajaran sains. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mendefinasikan Kepelbagaian Budaya dan perbezaan jantina . 2. Mencadangkan strategi yang sesuai untuk pengajaran sains kepada kanak-kanak yang berbezaan budaya. 3. Menyenaraikan teknik mengajar sains kepada murid-murid yang tidak boleh bertutur Bahasa Inggeris 4. Menjelaskan strategi bagi membantu mengelakkan bias jantina dalam bilik darjah sains. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Transcript of Topik11 Amani

Page 1: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

TAJUK 11 PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAK-KANAK: BERBILANG BUDAYA DAN BERBEZA JANTINA

SINOPSIS

Topik ini bertujuan meningkatkan kepekaan guru tentang kepelbagaian

budaya dan perbezaan jantina yang wujud dalam pengajaran sains. Ia

turut membincangkan tentang teknik yang sesuai bagi pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak berbilang budaya dan mengelakkan bias

jantina semasa pengajaran sains.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mendefinasikan Kepelbagaian Budaya dan perbezaan jantina .

2. Mencadangkan strategi yang sesuai untuk pengajaran sains kepada

kanak-kanak yang berbezaan budaya.

3. Menyenaraikan teknik mengajar sains kepada murid-murid yang tidak

boleh bertutur Bahasa Inggeris

4. Menjelaskan strategi bagi membantu mengelakkan bias jantina dalam bilik

darjah sains.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Strategi mengadaptasi pengajaran sains kanak-kanak berbeza budaya

Teknik pengajaran sains kepada kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa Inggeris

Strategi mengelakkan bias jantina dalam kelas sains

Page 2: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Rajah 11.0 Kerangka Tajuk11.0 Berbilang Budaya Dan Berbeza Jantina

Sifat masyarakat Malaysia yang berbilang budaya merupakan suatu

hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga

memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling

mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini,

prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap

individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling

menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan

negara mampu dikekalkan sepanjang masa.

Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti

utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan

sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih

penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang

berkembang dalam masyarakat tersebut. Apabila prinsip pendidikan

pelbagai budaya dijadikan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian

budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan

pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan

perubahan oleh setiap kaum. Perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian

budaya penting untuk didedahkan kepada murid kerana mereka bukan

sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan

tempatan, jati diri dan identiti negara mereka

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan

masyarakat perlu dititik beratkan kerana murid secara realitinya hidup

dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa

pendidikan yang bercorak berbilang budaya, murid tidak akan mengenali

jati diri masyarakat. Hal ini kerana budaya merupakan sebahagian

daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek

moyang dan akan diperturun pula kepada generasi yang akan datang.

Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan

perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar

Page 3: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah

bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-

masing. Justeru, dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya,

aspek dasar perlu diberikan perhatian sewajarnya. Keupayaan dan

strategi yang berkesan dapat membantu guru membuat pemilihan dan

penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan bersesuaian.

Dengan kaedah ini, matlamat pendidikan berbilang budaya dapat dicapai

dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang berbunyi;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

Pendidikan Malaysia :2002)

Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat

mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran,

bahasa dan cara kehidupan. Sebagai guru terdapat beberapa strategi

bagaimana kepelbagaian budaya dapat dikesan wujud di dalam kelas

anda, antaranya ialah :

Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim dengan

mereka.

Meneliti rekod-rekod murid.

Page 4: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan

ciri-ciri istimewa yang mereka miliki.

Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.

Persepsi jantina berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain

mengikut waktu sebagai contoh 50 tahun yang lalu permainan bola sepak

dikuasai oleh golongan lelaki sahaja namun pada waktu ini kaum wanita

turut sama bermain dalam sukan ini. Pada suatu ketika dahulu pekerjaan

sebagai jururawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita tetapi dewasa

ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki. Memandangkan identiti gender

kita ditentukan oleh masyarakat maka perbezaan berdasarkan gender

boleh diubah. Peranan gender boleh berubah mengikut masyarakat yang

berbeza dan pada masa yang berbeza dalam sejarah. Dasar boleh

bertindak balas sama ada terhadap stereotaip jantina dan peranan tradisi

jantina (sebagai contoh,menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh

menjadi ketua isi rumah) atau usaha untuk mengubah mereka (seperti

mengambil kira halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus

latihan yang bukan berbentuk tradisional)

Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing

memilih mata pelajaran yang bersifat ‘keperempuanan’ dan ‘kelelakian’.

Pemilihan ini secara langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus

dalam masyarakat kita.Dalam zaman penjajahan, peluang melanjutkan

pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan perilaku yang

semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial

dan juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi

status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan

perempuan.Melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses

pembangunan terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada

peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan

peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua

Page 5: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses

perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru

(1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita

Sumbangan wanita hampir sama dengan lelaki, maka adalah wajar bagi

murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama rata. Oleh

yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika

melaksanakan pengajaran dalam kelas supaya ketidak seimbangan ini

dapat dikurangkan

Latihan

Bincangkan bagaimana jurang pendidikan pelbagai budaya yang wujud di

dalam kelas dapat dikecilkan.

11.1 Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza Budaya

11.1.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan di dalam

bilik darjah bagi murid yang terdiri daripada berbilang budaya. Contohnya,

kartun sebagai BBM. Ternyata kartun dapat menghiburkan murid dan

menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana

pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara

tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan

berkesan kepada murid. Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh

dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Oleh itu,

penggunaan komik terutamanya komik hasil karya tempatan amat sesuai

digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat

Malaysia.

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Page 6: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi

jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka

juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang

mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan

yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan

dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu

dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan

salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka

kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu

berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka.

Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan

memahami dunia di sekeliling mereka.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah seperti papan tulis, papan

kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi murid, almari, bahan

bacaan, bahan bantuan mengajar perlulah berada di dalam keadaan

bersih dan berfungsi untuk semua murid tanpa mengira latar belakang

budaya mereka. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan

mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti

berkumpulan yang melibatkan semua murid.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta

organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-

kata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta

LCD.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah

yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin,

kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap

arahan dan kehidupan yang berkualiti .

Page 7: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan

suasana pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi,

bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih

berfokus.Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu

mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran

peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan.

Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya

menghukum.

11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang

perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku.

Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan,

penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum,

sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat

tambahan termasuk laman web. Perancangan yang berkualiti menjamin

peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan

pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan

proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan,

menganalisis bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada

kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan

perkembangan tingkahlaku. Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu

apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan

murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang

perlulah tepat,jelas dan mampu dicapai oleh murid berbilang budaya dan

latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan

menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan

sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.

Page 8: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan

aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid berbilang budaya.Pengesanan

dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan

dijalankan dalam pengajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan,

penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah

dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami

perbezaan diantara mereka. Aplikasi sumber yang hendak digunakan

mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang dipilih.

Semasa kelas dijalankan, murid digalakkan bertanya dan bersoal jawab

serta melahirkan perasaan ingin tahu mereka. Interaksi yang aktif

dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi ‘role model’

kepada pelajar.Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran

berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda

dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru

boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik,

bukan elektronik atau sumber lain.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid

saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi

secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu ke

arah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih

berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional,

beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya

yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara

yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas

dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang

melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan

Page 9: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek sains

akan memudahkan proses penilaian terhadap murid. Penilaian terhadap

nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah

laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan

perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik

darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan

memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan

tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain. Penilaian terhadap

aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah

yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan

murid.

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi,

perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah,

mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan

seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah

yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk

membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang

berbeza.Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai

pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral

dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan

keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku

yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap

‘over-dependency’ atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain

untuk belajar dan mendapatkan maklumat.Orientasi sosial bilik darjah

akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak

sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap

dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan

orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan

menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran

murid.

Page 10: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan

mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan

yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan

bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan

iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.

Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi

yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam

kalangan murid.

11.1.5 Pedagogi Relevan Budaya

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada

murid.Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan,

kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari

kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam

sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan

diturunkan dari generasi ke generasi. Dari perspektif ahli fungsionalisme,

sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak

mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab

memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Diantara teknik dan kaedah

yang boleh di gunakan adalah

Page 11: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

Rajah 11.1 Kaedah dan Teknik yang boleh digunakan

Ringkasan ciri terhadap setiap kaedah dan teknik yang dianjurkan:

Kaedah Direktif i. belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihan

ii. fokus kepada kemahiran asasiii. guru sebagai model

Kaedah Mediatif i. menggunakan bahan mediaii. diajar mengaplikasi pengetahuan untuk

menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian dan menilai andaian

Kaedah Generatif

i. menggalakkan penjanaan idea kritis dan kreatifii. murid diminta membuat pertimbangan untuk

meneruskan budaya yang relevenKaedah Kontekstual

i. boleh diaplikasi dalam amalam pedagogi supaya budaya yang releven dengan murid dapat diterima

ii. mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar

iii. boleh dikaitkan dengan pengalaman hidup sebenarKaedah Metakognitif

i. memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri

ii. murid akan berbincang tentang tugasan dan mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal/kerja lapangan

Kaedah di luar bilik darjah

i. menjalankan aktiviti di luar bilik darjahii. guru menjadi fasilitator

Page 12: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

iii. murid menjalankan aktiviti penyelesaian dan membuat laporan kepada guru secara bertulis selepas aktiviti.

Kajian Masa Depan

i. murid mengambil bahagian mencipta rekaan masa hadapan

ii. membantu murid berfikiran jauhKaedah Koperatif i. murid dapat berbincang secara berkumpulan dan

harmonisii. belajar bekerjasama dan berinteraksi sesama

merekaiii. sesi yang menarik kerana penglibatan aktif muridiv. meningkatkan akauntabiliti diri sesama ahliv. memupuk kemahiran interaksi sosial

Pembelajaran Koloboratif

i. dapat bekerjasama erat di antara satu dengan lainii. berusaha bersama mencapai matlamat

pembelajaraniii. mendorong murid berkerja kuat untuk mencapai

prestasi cemerlangiv. meningkatkan keberkesanan pembelajaran

11.2 Teknik Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Yang Tidak Pandai Berbahasa Inggeris

Gunakan alat bantuan visual seperti gambar, poster, carta untuk

berkomunikasi dengan murid di dalam bilik darjah.

Gunakan kaedah pengajaran hands on di dalam bilik darjah.

Dapatkan murid yang dapat menguasai kedua-dua bahasa untuk

membuat terjemahan petikan/tugasan dalam Bahasa Inggeris yang

diberikan di dalam bilik darjah.

Pelajari bahasa tersebut.

Gunakan Bahasa Inggeris di dalam aktiviti ko kurikulum sains

11.3 Strategi Mengelakkan Bias Jantina Dalam Kelas Sains

Berikut adalah di antara strategi yang boleh anda gunakan untuk

mengurangkan kesan diskriminasi jantina yang mungkin berlaku di dalam

kelas sains:

Page 13: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

1. Pertingkatkan persediaan untuk pengajaran sains contoh membuat

kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan homogenus

dan heterogenus dan bandingkan keputusan

2. Menjadikan sains sebagai subjek ‘gender free’ di mana prinsip

kesamarataan diamalkan di dalam bilik darjah kerana setiap murid

tanpa mengira apa sekalipun jantinanya mempunyai peluang yang

sama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

3. Guru boleh membantu murid perempuan mengendalikan

peralatan/radas sains yang tidak biasa digunakan meraka.

4. Gunakan kaedah pengajaran koperatif di mana murid lelaki dan

perempuan diletakkan di dalam kumpulan yang sama semasa

melakukan aktiviti di dalam kelas sains

5. Membuat ekspektasi yang tinggi dan adil tetapi realistik terhadap

semua murid

Nota: Buat bacaan tambahan tentang Pembelajaran Inklusif

Latihan

Soalan 1Loceng terakhir berbunyi. Sebelum balik ke rumah, Leena ditugaskan untuk menutup semua t ingkap d i b i l ik sa ins. Semasa sedang menutup t ingkap, dengan secara t idak sengaja Leena te lah memecahkan sekeping cermin t ingkap. Sebagai ketua dar jah Ahmad te lah melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas. J ika anda

Page 14: Topik11 Amani

(SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

adalah guru tersebut apakah t indakan yang akan anda lakukan bagi mengelakkan b ias jant ina?

Rujukan

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur

Samsudin Suhaili (2005). Kepelbagaian Budaya Dalam Sistem Pendidikan Malaysia :Suatu Pengenalan. Dalam Mien A. Rifai ( Penyunting). Rampak Serantau(Terbitan pada Sidang ke-44 Mabbim, 7-11 Mac 2005, m.s 211-223). Republik Indonesia : Panitia Kerjasama kebahasaan Pusat Bahasa dan Departmen Pendidikan Nasional

Samsudin Suhaili,Pendidikan Pelbagai Budaya Komik Mat Som sebagai Bahan Bantu Mengajar diperolehi daripada www.mymla.org/files/.../ICMM2010_p69.pdf

Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Tamat Topik 11