Tr u m p d a n ke s a n t e r h a d a p ke s e j a h t e ra a … · Bagi masyarakat yang menyedari...

3
12/26/2016 Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau Asia Tenggara | SarawakVoice.com http://sarawakvoice.com/2016/11/14/trumpdankesanterhadapkesejahteraanrantauasiatenggara/ 1/3 Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau Asia Tenggara Oleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - November 14, 2016 Kolumnis: Dr Muhammad Asri Mohd Ali Presiden Amerika Syarikat yang baharu, iaitu Donald Trump sebenarnya adalah seorang pakar komunikasi yang hebat. Beliau terkenal dengan menghasilkan ‘tag line’ yang memukau dan memberi kesan lama kepada pendengar. Antara tag line yang selalu dikaitkan dengan Trump lama sebelum beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden Amerika ialah ‘hidup adalah membazir jika kamu tidak pernah adakan temujanji dengan model’! Pengasas rancangan televisyen realiti ‘The Aperentice’ itu amat sinonim dengan tag line ‘kamu dipecat’. Semasa kempen pilihan raya presiden Amerika 2016, Trump memukau dunia dengan beberapa tag line yang memukau dan radikal seperti ‘jadikan Amerika hebat semula’, ‘hantar semua pendatang Mexico pulang’, ‘halang orang Islam masuk ke Amerika’, ‘bina tembok’ dan ‘aku akan penjarakan kamu apabila aku menang’! Ramai pemerhati politik mengatakan Trump tidak mempamerkan kapasiti intelektual yang tinggi seperti Obama, Bill Clinton dan George Bush (senior). Yang diketengahkan oleh Trump ialah personaliti yang radikal dan populis. Bagi masyarakat yang menyedari bahawa kekayaan di negara mereka dibolot oleh hanya satu peratus kumpulan elit, golongan minoriti berkelakuan seperti mereka adalah kumpulan majoriti,

Transcript of Tr u m p d a n ke s a n t e r h a d a p ke s e j a h t e ra a … · Bagi masyarakat yang menyedari...

12/26/2016 Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau Asia Tenggara | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/14/trump­dan­kesan­terhadap­kesejahteraan­rantau­asia­tenggara/ 1/3

Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau AsiaTenggaraOleh Dr Muhammad Asri Mohd Ali - November 14, 2016

Kolumnis: Dr MuhammadAsri Mohd Ali

Presiden Amerika Syarikat yang baharu, iaitu  Donald Trump sebenarnya

adalah seorang pakar komunikasi yang hebat. Beliau terkenal dengan

menghasilkan ‘tag line’ yang memukau dan memberi kesan lama kepada

pendengar.

Antara tag line yang selalu dikaitkan dengan Trump lama sebelum beliau

menawarkan diri bertanding jawatan presiden Amerika  ialah  ‘hidup

adalah membazir jika kamu tidak pernah adakan temujanji dengan

model’! Pengasas rancangan televisyen realiti ‘The Aperentice’ itu amat

sinonim dengan tag line ‘kamu dipecat’.

Semasa kempen pilihan raya presiden Amerika 2016, Trump memukau dunia dengan beberapa

tag line yang memukau dan radikal seperti ‘jadikan Amerika hebat semula’, ‘hantar semua

pendatang Mexico pulang’, ‘halang orang Islam masuk ke Amerika’, ‘bina tembok’ dan ‘aku akan

penjarakan kamu apabila aku menang’!  

Ramai pemerhati politik mengatakan Trump tidak mempamerkan kapasiti intelektual yang

tinggi seperti Obama, Bill Clinton dan George Bush (senior). Yang diketengahkan oleh Trump

ialah personaliti yang radikal dan populis.

Bagi masyarakat yang menyedari bahawa kekayaan di negara mereka dibolot oleh hanya satu

peratus kumpulan elit, golongan minoriti berkelakuan seperti mereka adalah kumpulan majoriti,

12/26/2016 Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau Asia Tenggara | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/14/trump­dan­kesan­terhadap­kesejahteraan­rantau­asia­tenggara/ 2/3

presiden yang yang mempunyai kapasiti intelektual barang kali perkara terakhir yang mereka

mahu.

Pengundi Amerika Syarikat mungkin berkata bahawa ‘kami tahu Trump tidak bijak tetapi kami

mahu beri peluang beliau untuk ‘jadikan Amerika kembali hebat’.

Pakar komunikator yang berjaya membina kekayaan di atas prinsip dunia hiburan (golf, ratu

cantik, kasino dan properti) atas landas untung­rugi telah berjaya menggorak langkah ke

Rumah Putih yang menjadi simbol kepada kuasa politik dunia.  Apa kesan pemerintahan Trump

terhadap masa hadapan dunia amnya dan Asia Tenggara secara khususnya?

Soalan pertama memerlukan ruang yang lebih panjang untuk dijawab. Dalam ruang terbatas di

kolum ini, hanya soalan kedua sahaja akan di ulas.

Dalam mana­mana sistem presiden, pihak eksekutif atau presiden tidak menggubal undang­

undang. Kuasa menggual undang­undang adalah terletak di tangan Kongres atau pihak legislatif.

Namun begitu, presiden bersama kumpulan pentadbirannya boleh mempengaruhi perjalanan

polisi luar dan memberi keutamaan yang baharu dalam hubungan bilateral mahupun

multilateral.

Berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini, Trump dilihat akan memberikan tumpuan

terhadap polisi dalaman Amerika. Ini sesuai dengan slogannya untuk menjadikan Amerika

kembali hebat.

Persoalannya bagaimana untuk menjadikan Amerika kembali hebat? Jawapan yang diberikan

oleh Trump semasa kempen beliau ialah dengan ‘melakukan perang perdagangan dengan China’.

Apa yang beliau maksudkan ialah mengenakan lebih banyak tarif dan cukai terhadap

kemasukkan barangan daripada China.

Sekiranya senario ini menjadi kenyataan, ekonomi rantau Asia tenggara akan turut sama

merasai kesannya di mana kadar perdagangan antarabangsa akan menghadapi penurunan dan

kemerosotan hasil pendapatan daripada eksport.

Semasa kempen presiden, Trump juga dilihat menolak perjanjian Perdagangan Bebas Trans­

Pasifik (TPP) yang turut ditandatangani  empat negara di Asia Tenggara iaitu Brunei, Malaysia,

Vietnam dan Singapura.

12/26/2016 Trump dan kesan terhadap kesejahteraan rantau Asia Tenggara | SarawakVoice.com

http://sarawakvoice.com/2016/11/14/trump­dan­kesan­terhadap­kesejahteraan­rantau­asia­tenggara/ 3/3

Untuk memastikan sektor ekonomi tidak terjejas, negara­negara tersebut termasuk Malaysia

perlu mengorak langkah lebih strategik menjalinkan kerjasama perdagangan yang lebih kukuh

ekonominya seperti Jepun, China, India dan Eropah.

Langkah yang diambil oleh Malaysia baru­baru ini dengan meningkatkan perdagangan dengan

China dan India dilihat oleh banyak pihak sebagai  persediaan untuk menghadapi ketidakpastian

dalam hubungan dagang dengan Amerika pada masa hadapan.  

Dalam politik antarabangsa, selalu disebutkan bahawa yang kekal adalah perubahan dan yang

konsisten adalah ketidakpastian. Untuk empat tahun akan datang, senario ekonomi dan

perdagangan di rantau Asia Tenggara tidak lagi sama seperti seperti di zaman Barrack H.

Obama. – Sarawakvoice

     

Dr Muhammad Asri Mohd Ali

Dr Muhammad Asri Mohd Ali, penganalisis politik, ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pengajian

Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya.

53

 

0

 

0

 

0

Share