Trakeostomi

10
PENGENALAN Trakeostomi adalah suatu prosedur pembedahan di mana insisi pada aspek hadapan leher akan dibedah dan laluan pernafasan terus akan terbuka melalui pemotongan pada trakea. Hasilnya, trakeostomi ini boleh berfungsi secara bebas sebagai saluran udara atau tapak untuk tiub trakeostomi untuk dimasukkan. Tiub ini membolehkan pesakit bernafas tanpa menggunakan hidung atau mulut. Trakeostomi berasal daripada dua perkataan Greek iaitu tom- bermaksud untuk dibuka, dan trakea iaitu salur pernafasan. Trakeostomi pula bermaksud pembedahan pembukaan salur pernafasan. Trakeostomi adalah salah satu prosedur pembedahan tertua. Trakeostomi telah dilakukan oleh orang Mesir pada 3600 sebelum Masihi. Asclepiades of Persia adalah orang pertama yang melakukan trakeostomi pada tahun 100 sebelum Masihi pada masa tersebut. Manusia pertama melakukan trakeostomi dengan berjayanya adalah Prasovala pada abad ke 15. Pada abad 16, Guidi melopori suatu kaedah baru untuk trakeostomi. Laporan berkaitan dapat dijumpai di

description

Case Study

Transcript of Trakeostomi

Page 1: Trakeostomi

PENGENALAN

Trakeostomi adalah suatu prosedur pembedahan di mana insisi pada aspek

hadapan leher akan dibedah dan laluan pernafasan terus akan terbuka melalui

pemotongan pada trakea. Hasilnya, trakeostomi ini boleh berfungsi secara bebas

sebagai saluran udara atau tapak untuk tiub trakeostomi untuk dimasukkan. Tiub

ini membolehkan pesakit bernafas tanpa menggunakan hidung atau mulut.

Trakeostomi berasal daripada dua perkataan Greek iaitu tom- bermaksud untuk

dibuka, dan trakea iaitu salur pernafasan. Trakeostomi pula bermaksud

pembedahan pembukaan salur pernafasan.

Trakeostomi adalah salah satu prosedur pembedahan tertua. Trakeostomi

telah dilakukan oleh orang Mesir pada 3600 sebelum Masihi. Asclepiades of

Persia adalah orang pertama yang melakukan trakeostomi pada tahun 100

sebelum Masihi pada masa tersebut. Manusia pertama melakukan trakeostomi

dengan berjayanya adalah Prasovala pada abad ke 15. Pada abad 16, Guidi

melopori suatu kaedah baru untuk trakeostomi. Laporan berkaitan dapat dijumpai

di dalam kajian perubatan pada sekitar abad ke 2 sehingga abad ke 18.

Walaubagaimanapun, catatan kajian menyeluruh tidak dilakukan sehingga awal

1900. Antonio Musa Brasavola, seorang pakar dari Itali, telah melakukan

dokumentasi kes pertama tentang trakeostomi yang berjaya. Pesakit yang

menghidap penyakit laryngeal abscess telah melalui prosedur ini sembuh

sepenuhnya.

Page 2: Trakeostomi

Prosedur trakeostomi ini terdapat banyak perubahan dari segi cara dan

teknik pembedahan dilakukan. Teknik pertama yang diperkenalkan oleh Ciaglia et

al, pakar bedah New York pada tahun 1985, iaitu percutaneous tracheostomy.

Namun begitu teknik ini memerlukan dilator yang besar sebagai tiub trakeostomi.

Setelah bertahun-tahun yang melibatkan banyak pakar bedah untuk mengubasuai

teknik ini, akhirnya pada tahun 2000, Byhahn et al memperkenalkan Ciaglia Blue

Rhino dimana teknik Ciaglia yang asal telah diubahsuai. Teknik ini berjaya

mengurangkan risiko kecederaan pada dinding trakea, mengurangkan

pendarahan, dan kesan sampingan yang lain. Teknik ini digunapakai sehingga

hari ini.

Telah banyak pakar bedah telah mencari teknik yang terbaik untuk

melakukan trakeostomi supaya pesakit sembuh sepenuhnya. Namun begitu, tetap

ada kematian yang dicatatkan walaupun prosedur yang dilakukan dengan berhati-

hati. Oleh itu, kajian yang lanjut perlu dilakukan untuk mencegah perkara ini

berlaku

Page 3: Trakeostomi

PENCARIAN LITERATUR

Menurut Jonathan P Lindman ( 2007 ), trakeostomi adalah prosedur

pembedahan dimana saluran pernafasan pada trakea servikel dibuka. Prosedur

ini sering dilakukan pada pesakit yang mempunyai masalah pernafasan yang

teruk, diikuti pesakit yang mengalami trauma atau masalah neurologi teruk.

Proses berjangkit dan kanser adalah kurang keperluan untuk menjalani

pembedahan saluran pernafasan.

Teknik asal trakeostomi tidak lagi dipraktikkan masa kini. Teknik asal yang

diperkenalkan oleh Ciaglia at el, percutaneous dilational tracheostomy yang

dinyatakan oleh Michael Omidi ( 2014 ), adalah teknik yang berdasarkan jarum

guidewire untuk akses saluran pernafasan diikuti oleh dilator yang besar. Teknik

ini banyak melihatkan perdarahan dan boleh mencederakan dinding trakea. Oleh

itu, teknik ini tidak dipakai.

Setelah bertahun lamanya, suatu teknik pengubahsuaian daripada teknik

Ciaglia at el telah muncul. Menurut C. Byhahn ( 2000 ), teknik ini dinamakan

Ciaglia Blue Rhino. Teknik ini adalah ubahsuaian percutaneous tracheostomy

tanpa panduan bronkoskopik. Teknik ini dikatakan teknik mudah dan selamat.

Teknik ini melihatkan pengurangan kecederaan pada dinding trakea, kurangkan

penderahan dan risiko komplikasi lain menurun. Oleh itu, teknik ini digunakan

sehingga hari ini.

Tambahan, terdapat dua keadaan yang pembedahan trakeostomi iaitu

trakeostomi kecemasan dan trakeostomi bukan kecemasan. Trakeostomi

Page 4: Trakeostomi

kecemasan akan dilakukan dibawah kesan anestatik setempat. Pakar bedah akan

memilih tempat untuk membuat pembukaan saluran pernafasan sama ada melalui

trakea atau membra kritiroid. Setelah selesai pembedahan, tiub saluran pernafsan

akan dimasukkan ke trakea dan akan disambungkan dengan oksigen. Prosedur

keseluruhan akan dilakukan secepat mungkin.

Trakeostomi bukan kecemasan pula sering dilakukan dibawah anestatik

keseluruhan. Prosedur akan dilakukan mengikut teknik yang terkini dan tiub

saluran pernafasan akan dijahit untuk mengekalkan tempat tiub.

Page 5: Trakeostomi

PERBINCANGAN DAN HUJAH

Trakeostomi akan dilakukan jika seorang pesakit mengalami:

1. Benda asing yang besar menghalang salur pernafasan

2. Tidak mampu bernafas dengan sendiri

3. Keadaan keabnormalan pada larynx dan trakea

4. Kanser pada leher dimana menekan pada salur pernafasan

5. Lumpuh pada otot untuk menelan

6. Kecederaan teruk pada leher dan mulut

7. Pembedahan pada larynx yang menghalang pernafasan dan menelan

8. Edema daripada trauma, terbakar, infeksi atau anafilaksis pada salur

pernafasan atas

Trakeostomi juga dilakukan untuk dalam tempoh masa yang panjang pembukaan

saluran pernafasaan untuk ventilasi mekanikal jika berlaku keadaan kegagalan

pernafasan atau:

1. Tidak mampu batuk disebabkan kesakitan atau kelemahan badan

2. Aspirasi dan ketidakupaya untuk mengawal sekresi

Risiko pembedahan mungkin akan berlaku. Risiko berlaku boleh berpunca

daripada pesakit sendiri atau daripada anestatik. Antara risiko adalah:

1. Kesukaran bernafas

2. Kesan ubatan; serangan sakit jantung dan kesan alergik

Page 6: Trakeostomi

Risiko pembedahan pula:

1. Pendarahan

2. Infeksi

3. Kecedaraan saraf

4. Parut

Risiko yang lain termasuk:

1. Keabnormalan sambungan antara trakea dan pendarahan major

2. Kerosakan pada kalenjar tiroid

3. Hakisan pada trakea

4. Tisu parut pada trakea menyebabkan kesukaran bernafas dan sakit

Selepas prosedur dilakukan, untuk trakeostomi sementara, tiub pernafasan akan

dicabut. Penyembuhan akan berlaku dengan cepat meninggal kesan parut kecil.

Terdapat pembedahan kecil untuk menjahit supaya stoma tertutup. Untuk

trakeostomi kekal, tiub akan dijahit dan dikekalkan pada pesakit sehingga arahan

doktor untuk membuka tiub.

Penjagaan tempat pembedahan perlu dijaga dengan baik. Kotor boleh membawa infeksi yang teruk. Pesakit perlu:

1. Dibebatkan, diganti dan menyedut tiub2. Mengekalkan kelembapan udara3. Menjaga kebersihan sekeliling tiub

Page 7: Trakeostomi

Pesakit perlu memanggil doktor dengan segera sekiranya berlaku:

1. Demam dan menggigil2. Kemerahan, kebengkakkan, dan kesakitan bertambah teruk3. Pendarahan atau takungan dari stoma4. Kesukaran bernafas5. Mual muntah6. Sebarang symptom yang luar biasa

RUMUSAN

Trakeostomi adalah suatu pembedahan yang banyak menyelamatkan nyawa pesakit. Banyak teknik yang dibuat kajian terhadap prosedur ini. Dengan dunia yang mengalami kemodenan, telah wujudnya teknik yang sangat mudah dan selamat untuk dilakukan pesakit tidak perlu lagi risau dengan kematian daripada pembedahan. Setelah pesakit menjalani pembedahan, kebanyakkan pesakit 1 hingga 3 hari untuk membiasakan diri bernafas melalui tiub. Pesakit memerlukan masa untuk boleh bercakap dan menyampaikan maklumat dengan tepat. Amat sukar untuk pesakit untuk mengeluarkan bunyi. Selapas menjalani latihan, kebanykkan mereka boleh belajar bercakap melalui tiub trakeostomi. Penjaga perlu menjaga kebersihan tiub daripada terinfeksi oleh kuman. Akhir sekali, pesakit akan menjalani kehidupan seperti normal