tranisisi_ptgp_unit2a[1]

4
7 Modul Latihan Guru T ahun 1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1 Unit 2 Penerangan Program Transisi “Minda Cerdas, Mata Bercahaya”

description

ptgp

Transcript of tranisisi_ptgp_unit2a[1]

  • 7

    Modul Latihan Guru T ahun 1 Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun 1

    Unit 2

    Penerangan Program Transisi

    Minda Cerdas, Mata Bercahaya

  • 8

    PERANCANGAN SESI PENERANGAN PROGRAM TRANSISI BIL PERKARA JANGK A

    MASA AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN BAHAN

    1. Set Induksi x Bina Hubungan x Tema Program Transisi

    10 - 15 minit.

    Beri salam Tanya khabar Beri pujian Nyatakan tema Jelaskan tema

    x Membina hubungan mesra dengan peserta

    x Memahami tema Program Transisi

    Bina Semangat: Nyanyi Lagu Anak Cemerlang. Penekanan kepada tema Minda Cerdas Mata Bercahaya

    Anak Cemerlang(m.s. iii)OHP 1-3: Tema Transisi(OHP 7-9)Penjelasan Tema

    2. Konsep Program Transisi x Makna Program Transisi x Tujuan Program Transisi x Rasional Program Transisi x Isu-isu Program Transisi x Objektif Program Transisi

    30 45 minit

    Penerangan dan interaksi

    x Memberitahu peserta tentang konsep Program Transisi.

    x Memahami isu-isu hingga tercetusny a Program Transisi

    x Mengetahui tujuan pelaksanaan Program Transisi

    Pemahaman meny eluruh tentang program Sisipan : Perbezaan kelas / persekitaran sebelum & selepas transisi

    OHP (1-9) - Makna - Tujuan - Rasional - Isu-Isu - Objektif Program Budak menangis

    3. Personalia Yang Terlibat Dalam Program Transisi x Guru Besar/Guru Kanan x Ibu Bapa/Penjaga x Guru Tahun Satu x Guru Prasekolah

    15 20 minit

    Perbincangan peranan dan tugas

    x Semua personalia memahami bidang tugas masing-masing

    Penglibatan semua pihak yang terlibat

    OHP (10-15) Peranan setiap personalia

    4. Pelaksanaan Program Transisi x Tahap pelaksanaan program x Persediaan Awal x Minggu Orientasi x Pengajaran dan Pembelajaran

    15-20 minit

    Penerangan, perbincangan dan soal-jawab

    x Memahami tahap pelaksanaan Program Transisi

    Pengetahun, kemahiran dan nilai

    OHP (16-25) Tahap Program Transisi

    5. x Kit Program Transisi (Modul 1 hingga Modul 11) x Bahan Latihan Guru

    15-20 minit

    Penerangan, perbincangan dan soal jawab

    x Guru mengetahui pengisian terhadap 11 modul dalam Kit dan Manual Program Transisi

    Penjelasan khusus modul mengikut kumpulan sasaran

    OHP 26-28 : Ringkasan Modul 111 (dari KIT) *

    6. Penutup 10 minit Refleksi terhadap input yang diberi

    x Guru mengetahui sejauh mana pengetahuan y ang diperolehi

    Minda terbuka

    JUMLAH 90 120 minit * Bahan tambahan MANUAL, KIT PROGRAM TRANSISI dan MODUL LATIHAN GURU boleh

    digunakan selain daripada bahan yang telah disediakan dalam modul latihan ini.

  • 9UNIT 2 : SESI PENERANGAN PROGRAM TRANSISI (Jangka masa 90-120 minit)

    Nota Untuk Penceramah1. Latihan guru bermula dengan membina hubungan mersa di kalangan guru Tahun 1. Sila rujuk kepda cara-cara membina

    semangat dan berpasukan dalam Unit 4.

    2. Sesi Penerangan Program Transisi merupakan pengenalan Program Transisi kepada guru. Definisi nama program, tujuan, rasional dan objektif perlu dijelaskan supaya guru faham tentang isu-isu yang terlibat.

    3. Peranan setiap ahli pasukan atau personalia yang terlibat perlu dikenal pasti.

    4. Guru juga perlu memahami tentang Tahap Pelaksanaan Program Transisi dan bagaimana setiap tahap ini dilaksanakan. Soalan lazim yang timbul ialah berkaitan dengan tempoh Program Transisi dan Guru Penyayang. Pihak sekolah dan guru perlu memahami bahaw a :

    x Tahap Pertama Program Transisi ialah persediaan sebelum tahun persekolahan baru bermula. x Tahap Kedua Program Transisi ialah Minggu Orientasi yang membantu murid Tahun 1 menyesuaikan dir i dengan rakan

    baru, guru baru, persekitaran baru dan budaya sekolah yang baru (2 minggu). x Tahap Ketiga Program Transisi menekankan amalan dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berlandaskan

    KBSR. A malan yang baik dimulakan pada peringkat ini sebenarnya perlu diteruskan selepas tiga bulan yang telah diberi untuk melaksanakan Program Transisi dan Guru Penyayang.

    Soalan lazim: Bolehkah tempoh untuk Program Transisi dipendekkan? (soalan bertentang: Apakah yang perlu dipendekkan untuk tempoh tiga bulan?)

    Program Transisi memberi masa untuk menanam amalan dan budaya yang baik di bilik darjah. Dalam tempoh tiga bulan Program Transisi, amalan dan budaya sekolah yang baik ini dimulakan dan diharap dapat diteruskan lagi sepanjang masa persekolahan murid di sekolah rendah. Kandungan pengajaran dan pembelajaran Program Transisi diambil daripada Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 1. Persekitaran sekolah dan bilik darjah yang merangsangkan, guru yang penyayang, Pendekatan Tematik, belajar melalui bermain, belajar secara berkumpulan serta pemupukan kemahairan berfikir melalui Teknik TOC adalah amalan baik bagi pengajaran dan pembelajaran yang patut diteruskan selepas tiga bulan. Jadi, soalan yang ditanya ialah pendekatan Apakah yang perlu dipendekkan bagi Program Traansisi dan Guru Penyayang?

  • 10

    BAHAN LUTSINAR UNIT 1 DAN PENERANGAN PROGRAM

    OHP Perkara Penerangan OHP Perkara Penerangan 1 Definisi Program

    Transisi Definisi ini menetapkan skop program 16 Bagaimana

    Melaksanakan Program Transisi?

    Tajuk.

    2 Rasional Mengapa kita mengadakan program ini?

    17 Tahap Pelaksanaan Gambar rajah menunjukkan tiga tahap pelaksanaan.

    3 Isu-isu Prose s Transisi

    Perkara-perkara yang dibangkitkan. 18 Tahap Pertama Huraian.

    4 Tujuan Program Menentukan tujuan program 19 Tahap Kedua Huraian.

    5. Tujuan Program bagi Murid

    Apa yang akan dicapai oleh murid? 20 Tahap Ketiga Huraian.

    6 Tujuan Program bagi Guru

    Apakah yang akan dicapai oleh guru? 21 Minggu Orientasi Huraian tentang Minggu 1 dan 2.

    7 Minda Cerdas, Mata Bercahaya

    Tema Program Transisi: Matlamat yang ingin dicapai.

    22 Program Transisi Huraian tentang Minggu 3 hingga 12

    8 Minda Cerdas Huraian. 23 Pelaksanaan Program

    3 tahap pelaksanaan

    9 Mata Bercahaya Huraian. 24 Program Transisi Rumusan fokus program 10 Personalia Tajuk. 25 Pengajaran dan

    Pembelajaran dalam Program Transisi

    Fokus dan perkara yang diutamakan dalam program

    11 Personalia Senarai yang terlibat. 26 Bahan Program Transisi

    Senarai bahan sokongan yang telah disediakan untuk semua sekolah

    12 Guru besar, GPK Peranan mereka. 27 Kit Program Transisi Senarai modul yang telah disediakan bagi program

    13 Ibu Bapa Peranan mereka. 28 Kit Program Transisi Gambar kulit buku sumber dan senarai bahan

    14 Guru Tahun 1 Perenan mereka. 15 Guru Prasekolah Peranan mereka.