TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM...

9
TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM MELONJAKKAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH SEHINGGA PERSADA ANTARABANGSA: SATU PERKONGSIAN ILMU DI SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT, JOHOR Supian Hashim Ahmad shamsul Haji Tumijan W. Norasekin W. Hussain [email protected] SK Canossian Convent, Segamat, Johor. 1.0 PENGENALAN Mutakhir ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian utama dalam kalangan ibu bapa. Mereka meletakkan harapan tinggi terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan anak-anak mereka secukupnya dengan ilmu pengetahuan, pelbagi kemahiran dalam kehidupan melalui kegiatan kokurikulum termasuk kemahiran bersosial dan memiliki sahsiah yang terpuji bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan khususnya kemenjadian murid berdasarkan sistem pendidikan yang kompleks dan rencam. Transformasi dalam bidang pendidikan sering kali berlaku disebabkan oleh ledakan teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berubah bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan masyarakat. Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut mengalami perubahan. Bidang kokurikulum perlu bergerak seiring dengan akademik bagi membentuk pelajar yang mempunyai ketrampilan, kemahiran pelbagai dan jati diri yang unggul bagi mendepani cabaran semasa. Menurut Lokman Mohd Tahir, dll (2008), sejak dahulu lagi Pengetua/Guru Besar (PGB) menduduki hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. PGB membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian, penyeliaan dan termasuk kokurikulum. Mutakhir ini PGB telah bergerak aktif meninggalkan kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan kepada lebih menonjolkan diri dengan menerima pendapat dan penglibatan secara aktif pelbagai pihak dalam organisasi sekolah. Kaedah kolaboratif ini perlu diamalkan oleh setiap pengurus sekolah untuk merancakkan penglibatan seluruh warga sekolah dalam menghasilkan kejayaan bidang kokurikulum di sekolah. Tindakan menangguh atau membekukan program/aktiviti kokurikulum akibat pemotongan bajet boleh merencatkan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat, memupuk minat dan membentuk kemahiran kepimpinan tidak berakhir di peringkat sekolah sahaja. Para pelajar boleh meneruskan penguasaan mereka dalam pelbagai kemahiran sukan, kelab mahupun badan beruniform ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan hingga antarabangsa. Tambahan pula keupayaan murid untuk

Transcript of TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM...

Page 1: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM MELONJAKKAN PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH SEHINGGA

PERSADA ANTARABANGSA: SATU PERKONGSIAN ILMU DI SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT, JOHOR

Supian Hashim

Ahmad shamsul Haji Tumijan W. Norasekin W. Hussain

[email protected]

SK Canossian Convent, Segamat, Johor.

1.0 PENGENALAN

Mutakhir ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perhatian utama dalam kalangan ibu bapa. Mereka meletakkan harapan tinggi terhadap keupayaan sistem pendidikan untuk menyediakan anak-anak mereka secukupnya dengan ilmu pengetahuan, pelbagi kemahiran dalam kehidupan melalui kegiatan kokurikulum termasuk kemahiran bersosial dan memiliki sahsiah yang terpuji bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Setiap negara memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan khususnya kemenjadian murid berdasarkan sistem pendidikan yang kompleks dan rencam.

Transformasi dalam bidang pendidikan sering kali berlaku disebabkan oleh ledakan

teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berubah bagi memenuhi tuntutan semasa dan keperluan masyarakat. Bidang kokurikulum merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut mengalami perubahan. Bidang kokurikulum perlu bergerak seiring dengan akademik bagi membentuk pelajar yang mempunyai ketrampilan, kemahiran pelbagai dan jati diri yang unggul bagi mendepani cabaran semasa.

Menurut Lokman Mohd Tahir, dll (2008), sejak dahulu lagi Pengetua/Guru Besar

(PGB) menduduki hierarki tertinggi dalam membuat keputusan. PGB membuat pelbagai jenis keputusan berkaitan pengurusan sekolah termasuklah perancangan kurikulum, perkembangan staf, kewangan, penilaian, penyeliaan dan termasuk kokurikulum. Mutakhir ini PGB telah bergerak aktif meninggalkan kepompong amalan tradisional yang memperlihatkan pengasingan mereka dan autonomi daripada proses pembuatan keputusan kepada lebih menonjolkan diri dengan menerima pendapat dan penglibatan secara aktif pelbagai pihak dalam organisasi sekolah. Kaedah kolaboratif ini perlu diamalkan oleh setiap pengurus sekolah untuk merancakkan penglibatan seluruh warga sekolah dalam menghasilkan kejayaan bidang kokurikulum di sekolah.

Tindakan menangguh atau membekukan program/aktiviti kokurikulum akibat

pemotongan bajet boleh merencatkan kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Harapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat, memupuk minat dan membentuk kemahiran kepimpinan tidak berakhir di peringkat sekolah sahaja. Para pelajar boleh meneruskan penguasaan mereka dalam pelbagai kemahiran sukan, kelab mahupun badan beruniform ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan hingga antarabangsa. Tambahan pula keupayaan murid untuk

Page 2: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

berkomunikasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar hanya dapat direalisasikan melalui penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Lantas suatu transformasi dalam pengurusan kokurikulum adalah dituntut bagi melestarikan penyertaan dan kejayaan murid dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat antarabangsa walaupun sekolah mengalami pengurangan bajet daripada KPM.

2.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Setiap murid sekolah rendah diwajibkan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum khususnya bagi murid tahun tiga hingga enam (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2007). Walau pun setiap murid menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah tetapi sebahagian kecil sahaja yang terpilih untuk mewakili sekolah ke aktiviti atau pertandingan koakademik/kokurikulum peringkat yang lebih tinggi sama ada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahu pun antarabangsa. Akibatnya ramai murid yang cemerlang akademiknya tidak dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah terpilih di tingkatan satu. Contohnya seorang murid tahun enam yang memperoleh 5A dalam UPSR tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan kerana tidak memiliki sijil penyertaan/kecemerlangan kegiatan kokurikulum peringkat daerah sehingga antarabangsa. Oleh itu mereka perlu menghadiri temu duga pemilihan bagi di tempatkan di sekolah berasrama penuh, MRSM dan sekolah kawalan yang lain.

Keadaan ini menjadi semakin rumit apabila KPM melakukan langkah penjimaatan

dengan memotong hampir 60 peratus bajet kokurikulum. Pelbagai pihak dalam organisasi KPM iaitu Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang melaksanakan aktiviti yang menyokong kegiatan kokurikulum menerima tempiasnya. Tindakan menangguh, membeku atau tidak melaksanakan program/aktiviti yang saban tahun dilaksanakan terpaksa diambil. Natijahnya murid-murid tidak dapat menyertai program/aktiviti kokurikulum sekaligus menyebabkan mereka kekurangan sijil penyertaan/kecemerlangan yang boleh digunakan untuk memohon memasuki sekolah berasrama penuh atau sekolah kawalan lain. Keadaan ini menjadi lebih malang apabila murid yang cemerlang UPSR dengan beroleh 5A turut terlibat kesan daripada pengurang bajet kokurikulum ini.

SK Canossian Convent, Segamat yang merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan

yang memiliki enrolmen antara 145 – 150 orang dari tahun 2014 hingga 2016 turut menerima bahangnya. Tambahan pula, Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) yang diterima sebanyak RM 1,500 ( Surat Pekeliling Ikhtisas 7/2006) telah berkurangan kepada RM1,200 (Surat Pekeliling Kewangan Bil 8/2010) tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan pelbagai kegiatan kokurikulum sama ada persatuan/kelab mahu pun badan beruniform. Tambahan pula SK Canossian Convent yang merupakan penerima Tawaran Baru (New Deal) sebanyak tiga kali perlu mengekal atau meningkatkan penyertaan dan pencapaian cemerlang dalam kokurikulum. Oleh itu, suatu transformasi dalam pengurusan sekolah perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah kewangan seterusnya melestarikan penyertaan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum sehingga peringkat antarabangsa. Tindakan ini bersesuaian dengan pendapat Abdullah Sani dalam Azman (2001) yang menyatakan bahawa “ bagi mewujudkan sebuah sekolah harian biasa yang cemerlang dan terbilang secara holistik, maka pengurusan sekolah perlu mengamalkan budaya kolaboratif iaitu melakukan kerja bersama-sama, menggunakan pendekatan secara berpasukan dan menetapkan matlamat prestasi yang tinggi”.

Page 3: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut :

3.1 Melestarikan penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum sama berbentuk pertandingan atau tidak dari peringkat daerah sehingga antarabangsa dengan dengan kaedah kolaboratif.

3.2 Merealisasikan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah ditetapkan bagi bidang kokurikulum SK Canossian Convent, Segamat iaitu sekurang-kurangnya murid dapat sijil penyertaan kokurikulum 1-Daerah 1-Negeri 1-kebangsaan dan 1-antarabangsa sepanjang tempoh enam tahun di sekolah rendah dengan kaedah kolaboratif

3.3 Meningkatkan pencapaian kegiatan kokurikulum sehingga peringkat antarabangsa dengan kaedah kolaboratif.

4.0 STRATEGI KAJIAN Strategi yang digunakan dalam kajian ini ialah penggunaan data tersedia dengan menggunakan instrumen Pelan strategik, sasaran penyertaan dan pencapaian kokurikulum, rekod penyertaan serta rekod pencapaian murid. Semua instumen ini dianalisis bagi mengukur kejayaan kajian dalam merealisasikan objektif yang telah ditetapkan.

5.0 TAKRIFAN KOLABORATIF Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisi kolaboratif sebagai erat dari segi kerjasama antara dua pihak ataupun lebih, perhubungan antara kerajaan yang paling erat sifatnya. Ramai tokoh akademik memberikan pelbagai takrifan tentang kolaboratif dengan memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran. Antaranya Johnson (2003) mentakrifkan kolaboratif sebagai tindakan guru menyuburkan amalan pedagoginya secara bersama-sama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru.

Banyak pihak menganggap kaedah kolaboratif hanya sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran bersifat akademik semata-mata. Sebenarnya kaedah kolaboratif ini juga boleh diamalkan dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Sorotan definisi kolaboratif yang ingin diketengahkan oleh penyelidik adalah berdasarkan Surat pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985 yang menjelaskan kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat. Ini membuktikan bahawa kaedah kolaboratif telah disarankan pelaksanaannya dalam kegiatan kokurikulum sejak lebih tiga puluh tahun yang lalu dan boleh dijadikan punca kuasa untuk menjalankan kolaboratif dalam bidang kokurikulum di sekolah. 6.0 IMPAK KOLABORATIF DALAM KOKURIKULUM Pelaksanaan kaedah kolaboratif dalam menjalankan kegiatan kokurikulum bukan sahaja dapat melestarikan penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan oleh berbagai-bagai pihak tetapi juga dapat menjadi pemangkin pencapaian cemerlang dalam bidang ini. Kaedah kolaboratif ini juga turut mengurangkan kos pengendalian program atau aktiviti dan menambah dana kokurikulum sekolah. Impak yang paling besar dirasai oleh sekolah adalah perkongsian ilmu dan kepakaran yang tidak akan diperoleh secara percuma sekiranya kerjasama kolaboratif ini tidak dilaksanakan. Pengkaji menjelaskan impak

Page 4: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

kolaboratif dalam bidang kokurikulum berdasarkan jenis kerjasama yang dilakukan seperti yang berikut :

a) Kerjasama Pintar Agensi Kerajaan atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) SK Canossian Convent, Segamat telah berjaya merealisasikan penyertaan dan pencapaian kegitan kokurikulum dengan mengadakan kolaboratif dengan agensi kerajaan mahupun NGO. Contohnya Agensi Nuklear Malaysia yang menjadi penyelaras Anugerah Inovasi Negara (AIN) saban tahun telah berkongsi pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Perkongsian pintar ini bukan sahaja menambah ilmu tetapi turut memarakkan semangat dan motivasi murid dan guru untuk terus menghasilkan inovasi dan reka cipta. Tidak hairanlah sejak 2011 hingga kini SK Canossian Convent telah berjaya menghasilkan lebih sepuluh inovasi dan reka cipta antaranya ialah Kertas Semambu Anti lipas dan gegat, Smart Family Clock Board, Smart Pillow, Love Green Bag, Vagas Tea Bag, Avanda Air Cooler, Tiang Bendera Automatik DINOS, Mesin Menaikkan Bendera Automatik Mudah Alih Gen 2 dan Mesin Pengering dan Pewangi kaki Miss Q. Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah diundang untuk melaksanakan Pertandingan Mewarna dan ceramah Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia di sekolah ini. Secara tidak langsung semua murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan beroleh sijil peringkat kebangsaan. Penganjuran pertandingan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak FOMCA sama ada dari segi peralatan, material, hadiah dan sijil serta tenaga pakar yang berkongsi ilmu dalam ceramah kepenggunaan.

Penganjur Pertandingan Anggaran perbelanjaan

Agensi Nuklear Malaysia, MOSTI

Anugerah Inovasi Negara > RM 6,000*

FOMCA Pertandingan Mewarna Hari Pengguna Malaysia

> RM 2,000*

* Kos /perbelanjaan yang tidak ditanggung oleh sekolah

b) Kerjasama Jalinan SKK dan SBT SK Canossian Convent (SKCC) juga telah mengadakan jalinan kerjasama dengan SKK dan SBT. Jalinan kerjasama antara SKK dan SBT telah membuahkan hasil dengan undangan menyertai pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan. Antara sekolah yang menjalinankan kerjasama dengan SKCC ialah SK Tengku Mariam, batu Pahat, SK Convent, Tanah Rata, cameron Highlands, SK Infant Jesus 2 dan SK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Misalnya SK Tengku Mariam, Batu Pahat yang pernah bergelar SKK dan kemudiannya SBT telah mengundang SKCC menyertai Perkampungan Ilmu dan Kem 1M1S. Peluang yang ditawarkan tidak kami lepaskan. Seramai 33 orang murid telah menyertai dan merangkul banyak kejayaan dalam beberapa aktiviti yang dijalankan seperti berikut: 1 Pertandingan Pidato Tahap 2,

Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Naib Johan / Anugerah Perak (Yusrina Natasya Rahmat)

2 Pencarian Saintis, Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku

Johan / Anugerah Emas ( Puteri Afreena & Ili Hanis )

Page 5: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

Mariam,BP 3 Pertandingan Cilik Bestari,

Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Johan / Anugerah Emas ( 8 orang murid menyertai )

4 Pertandingan Lompat Tinggi P10 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Johan / Anugerah Emas ( Kek Huay Shean )

5

Pertandingan Lompat Tinggi P12 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Johan / Anugerah Emas ( Intan Sahmirah Othman)

6 Pertandingan Rejam Lembing P12 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Johan / Anugerah Emas ( Siti Maisarah Abdullah )

7 Pertandingan Bola Baling Piala Juara-Juara P12 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Penyertaan (12 orang mengambil bahagian )

8 Pertandingan Story Telling Tahap 2 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Penyertaan ( Soffiyah Rahmat )

9

Pertandingan Story Telling Tahap 1 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Penyertaan (Ilya Hanis Farahin )

10 Bengkel “ How To Be A Good Story Teller” Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Penyertaan ( Amanda Alda & Ummul Liana Bt

Soif)

11

Bengkel Pidato Tahap 2 Perkampungan Ilmu & Karnival 1Murid 1Sukan Peringkat Kebangsaan di SK Tengku Mariam,BP

Penyertaan ( Nur Farzana Aisyah, Sofea & Nur

Zuhairah)

c) Kerjasama Persatuan Profesional SKCC juga bekerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai autoriti seperti Persatuan Inovasi dan Reka bentuk Malaysia (MINDS) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) khusunya bagi mendapatkan bimbingan dalam bidang inovasi, reka cipta dan teknologi. Berkat bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan MINDS dan YIM, SKCC telah berjaya mengungguli banyak pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga berjaya menjadi finalist AIN 2015. Penyertaan & Pencapaian Peringkat Kebangsaan 1

Malaysian Young Inventors Competition 2014

Penyertaan ( 20 orang murid mengambil

bahagian )

8-10 Mei 2014

Page 6: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

2 Special Award For Primary

School Malaysian Young Inventors Exhibition 2014 at the 25th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2014

Anugerah Emas ( Ili Hanis Farhana, Nurul Izzah &

Nanthini)

8-10 Mei 2014

3

Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) di 26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2015 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Pingat Emas ( Nur Intan Sahmirah, Vinisha &

Nurzuhairah )

21-23 Mei 2015

Pingat Emas Best Invention- Primary School

( Nur Intan Sahmirah, Vinisha & Nurzuhairah )

Penyertaan ( 6 orang murid mengambil

bahagian ) 4

Finalist Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Penyertaan/Saguhati RM1,000 ( 4 orang murid mengambil

bahagian )

21-24 Mei 2015

5

Malaysian Young Inventors Exhibition (MYIE) di 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

3 Emas , 1 Perak + Anugerah Best Invention

Anugerah Emas Avanda Air Cooler Box 2nd

Version (Amanda Alda, Aurelia Ava,

Abigail, Ong Zhi Xin & Piriyashine Nair )

Anugerah Emas

Vagas Tea Pack: For Campers or Flood Relief Centers

( Nur Hazirah, Eshal, Hareeny, Yutiga & Daarshana )

Anugerah Emas & Best

Invention for Primary School Feet Dryer aand Scented

Miss Q ( Noor Suhailah, Ilya Hanis, Nur Shazwanieza, Noor Aliah, Yeo

Hiu Ying )

Anugerah Perak Magic Pillow

( Kayal Vili, Sofea Denesa, Nur El Fareeha, Nurul Yasmeen, Noor

Arrisa Ahmad Razi )

12-14 Mei 2016

Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Antarabangsa 1 Asian Young Inventors

Exhibition (AYIE) 2014 at the Pingat Perak

( 3 orang murid mengambil bahagian 8-10 Mei

2014

Page 7: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

25th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2014

)

2

Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) di 26th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2015 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Pingat Emas DINOS Automatic Flag Pole

( 3 orang murid terlibat )

21-23 Mei 2015

3

Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) di 27th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2016 ), Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

3 Emas + 1 Perak Anugerah Emas

Avanda Air Cooler Box 2nd Version (Amanda Alda, Aurelia Ava, Abigail,

Ong Zhi Xin & Piriyashine Nair )

Anugerah Emas Vagas Tea Pack: For Campers or

Flood Relief Centers ( Nur Hazirah, Eshal, Hareeny,

Yutiga & Daarshana )

Anugerah Emas Feet Dryer aand Scented

Miss Q ( Noor Suhailah, Ilya Hanis, Nur

Shazwanieza, Noor Aliah, Yeo Hiu Ying )

Anugerah Perak

Magic Pillow ( Kayal Vili, Sofea Denesa, Nur El

Fareeha, Nurul Yasmeen, Noor Arrisa Ahmad Razi )

12 – 14 Mei 2016

d) Kerjasama Intim dengan komuniti dalaman

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), kumpulan sokongan ibu bapa (KSIB) dan sarana ibu bapa yang diwujudkan oleh KPM adalah untuk membantu sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bagi merealisasikan kemenjadian murid secara holistik. Kerjasama ini perlu dilakukan secara intim seperti pepatah Melayu cubit peha kiri, peha kanan turut terasa. Segala kekangan kewangan mahu pun masalah pelaksanaannya boleh diatasi melalui kerjasama intim ini. Penyertaan dan pencapaian kokurikulum SKCC telah berjaya ditingkatkan dengan kerjasama yang dijalin ini sehingga dana kokurikulum sekolah turut bertambah hasil daripada sumbangan mereka. Berikut adalah bukti dana yang terkumpul dan bilangan penyertaan dan pencapaian yang dicapai oleh SKCC.

ANALISA PENGLIBATAN/PENYERTAAN PELAJAR DALAM KOKURIKULUM TAHUN 2014 – 2016

(Data sehingga 28 Mei 2016 )

Page 8: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

Tahun Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa Dana 2014 94 146 146 45 RM

10,000 2015 108 81 145 140 RM

9,000 2016 57 22 26 40 RM

9,100

e) Kerjasama Luaran / Swasta SKCC telah bekerjasama dengan pihak luar seperti Bank Rakyat, Great Eastance Life Insuran dan Pos Malaysia. Atas kerjasama ini SKCC telah berjaya melonjakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum tanpa perlu membawa murid ke luar. Setiap pertandingan yang dijalankan memerlukan peserta menghantar penyertaan melalui pos. Misalnya Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia, Pertandingan Mewarna anjuran Bank Rakyat dan Great Eastance Life Insuran.

7.0 RUMUSAN Suatu transformasi minda dan tindakan perlu dilakukan bagi semua peringkat pengurusan kokurikulum di sesebuah sekolah bagi merealisasikan penyertaan dan pencapaian kokurikulum pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Melalui kerjasama kolaboratif dengan pelbagai pihak termasuk kementerian lain dan agensi-agensi luar telah berjaya merancakkan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan bilangan pelajar yang kurang dari 150 orang dan kewangan yang terhad, Sekolah Kebangsaan Canossian Convent telah berjaya melakar nama di persada antarabangsa melalui kegiatan kokurikulum khususnya dalam bidang inovasi, reka cipta dan reka bentuk sejak tahun 2011 hingga kini dengan menyertai Pertandingan SEAMEO-Japan Award, International Invention, Innovation and Design (IIID Johor) dan termasuk International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX).

Atas ketekalan kejayaan ini, SK Canossian Convent telah berjaya menerima Tawaran

Baru untuk pemimpin sekolah sebanyak tiga kali. Pembelajaran abad ke-21 yang diamalkan bukan sahaja memerlukan pelajar-pelajar berada di lokasi bagi mempersembahkan ciptaan atau inovasi mereka tetapi juga boleh dilakukan tanpa kehadiran mereka. Rakaman video dan hasil penulisan yang dihantar melalui email telah melonjakkan pencapaian kokurikulum para pelajar di peringkat global selain menjimatkan kos. Kecemerlangan dalam kokurikulum mendapat pengiktirafan apabila SK Canossian Convent, Segamat menerima Anugerah kecemerlangan Kokurikulum (AKK) peringkat negeri Johor tiga tahun berturut-turut ( tahun 2013-2015) dan menjadi finalist AKK peringkat kebangsaan. Kejayaan yang amat membanggakan apabila terpilih sebagai finalist Anugerah Inovasi Negara 2015 yang merupakan sebuah sekolah rendah harian biasa yang mampu bersaing dengan SKK, sekolah menengah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara. Lantas pengkaji berpendapat bahawa :

a) Kaedah pengurusan kokurikulum secara kolaboratif perlu diamalkan sama ada

bagi mengurangkan kos pengurusan kokurikulum mahupun mendapatkan sumbangan kewangan untuk membiayai kegiatan kokurikulum. Pelbagai pihak boleh dilibatkan bagi merealisasikan hasrat ini iaitu Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Sekolah-sekolah Kluster

Page 9: TRANSFORMASI PENGURUSAN KOKURIKULUM …conference.kuis.edu.my/ispen/wp-content/uploads/2017/10/Artikel... · pendidikan di Malaysia selain bidang akademik turut ... reka cipta antaranya

Kecemerlangan (SKK), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan mahu pun swasta.

b) Pengurusan kokurikulum yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPKK), Setiausaha Kokurikulum, Penyelaras Kelab dan Persatuan serta Penyelaras Badan beruniform perlu bekerjasama dalam merancang kegiatan kokurikulum di sekolah. Blue print Sasaran penyertaan dan pencapaian murid dalam kegiatan kokurikulum mestilah merangkumi semua peringkat bermula di peringkat daerah sehingga antarabangsa.

c) Kerjasama kolaboratif antara GPK 1 dan GPKK perlu ditingkatkan bagi memastikan setiap murid khususnya murid yang cemerlang akademiknya dapat dipantau penglibatan kokurikulumnya agar seiring dan seimbang.

d) Pengurusan Kokurikulum tidak boleh lagi berasa selesa melaksanakan tugasan rutin stereotaip dan jumud (Norliza Abdullah, 2009) tetapi mesti sentiasa memikir dan mencari-cari peluang yang boleh direbut dari luar untuk kejayaan kokurikulum sekolah. Pengurusan Kokurikulum sekolah khususnya GPK Kokurikulum tidak lagi bertugas berdasarkan arahan melalui surat yang diterima daripada PPD, PNJ atau KPM sebaliknya bertindak segera dengan mendapatkan maklumat dari rangkaian maya iaitu internet.

e) Kerjasama antara komuniti setempat perlu dilakukan secara intim dan berterusan dari semasa ke semasa melibatkan PIBG, PIBK, KISB dan Sarana Ibu bapa.

8.0 RUJUKAN Azman Adnan. (2001). Pembuatan Keputusan Partisipatif Di Sekolah: Satu Tinjauan

Literatur Pemimpin. Jurnal Institut Pengetua, 1(1), 65–73. Buku Panduan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah dan Rendah (1996).

Sumber Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Choong Lean Keow, U.G Press Sdn Bhd. (2008). Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia.

Selangor Ee Ah Meng, Fajar Bakti Sdn.Bhd. (1988). Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih.

Selangor. Ee Ah Meng, Fajar Bakti Sdn. Bhd.,(2006), Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Kompetensi

Kursus (Fungsi) Pengurusan P&P. Selangor. Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

( 2012 ). Kementerian Pendidikan Malaysia. Norliza Abdullah. (2009). Status Sekolah Kluster Berjaya Tingkat Pengurusan dan

Pencapaian. Diakses daripada http://www.bharian.com.my pada 1 November 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ( Pendidikan Prasekolah Hingga

Lepasan Menengah.(2013). Kementerian Pendidikan Malaysia Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 135(2) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2006 Surat Pekeliling Kewangan Bil.8/2010