TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web...

20
TRANSFORMASI PERTANIAN Edisi OGOS 2015 Lahir Peladang Progresif USAHAWAN PPK LUBUK BATU: PEMPROSESAN MAKANAN IKAN 1 PEMUTUAN PADI SEBENAR: MENGAPA PERLU DILAKUKAN 3 PROGRAM PUP DAN TPUP PEMANGKIN USAHAWAN MUDA DAERAH KUALA LANGAT 10

Transcript of TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web...

Page 1: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

Bagaimana kita mencukupi

kepada penduduk dunia yang semakinbekalan makanan

meningkat?

LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANGMenara LPP, No. 20, Jalan Sul tan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.Tel : 03-2610 9600 | Faks : 03-2697 0987 | Emel : [email protected]

Dunia memerlukan lebih banyak makanan. Pada 2060, akan ada 10 bilion orang di planet kita. Bagaimana kita menyediakan cukup makanan berkualiti tinggi dan memelihara alam sekitar kita? Pada Lembaga Pertubuhan Peladang, kami percaya jawapannya ada dalam potensi penanaman tumbuhan. Kami membangunkan benih baru yang lebih tinggi menghasilkan dan cara yang lebih baik untuk melindungi tanaman dari serangga, rumpai dan penyakit. Jadi petani boleh mendapatkan lebih banyak daripada tanah ladang yang sedia ada dan tanah baru yang kurang ke dalam penanaman. Ia hanya satu cara di mana kita membantu pertumbuhan di seluruh dunia untuk memenuhi cabaran ini pada masa akan datang ini berkembang lebih pesat.

www.lpp.gov.my

TRANSFORMASIPERTANIAN

Edisi

OGO

S 20

15

La h i r Pe l a d a n g P r o g r e s i f

USAHAWAN PPK LUBUK BATU: PEMPROSESAN MAKANAN IKAN1PEMUTUAN PADISEBENAR: MENGAPAPERLU DILAKUKAN3PROGRAM PUP DAN TPUP PEMANGKIN USAHAWANMUDA DAERAH KUALA LANGAT10

Page 2: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

PenaungDato’ Arpan Shah bin Satu

PenasihatDato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Mohd Naser bin Harun

Ketua PengarangNik Mohd Shaharil bin Nik Md. Hashim

PenyuntingRosli bin Yaakub

Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi

Edisi InternetHaninah binti Abdul Rahman

Shahzunizam bin Zulkafli

GrafikAzizan bin Othman

Kamaruzzan bin Hanif

JurufotoMuhammad Afiq bin Azman

Diterbitkan oleh :Lembaga Pertubuhan Peladang

No. 20, Menara LPP,Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

EdaranNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim@HasyimShafrin Azhar bin Abd. Ghani

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Rekabentuk dan cetakan oleh:Giga Wise Network Sdn Bhd

Tel: 03-5191 1115www.gigaprint2u.com

1 USAHAWAN PPK LUBUK BATU: PEMPROSESAN MAKANAN IKAN

3 PERMUTUAN PADI SEBENAR: MENGAPA PERLU DILAKUKAN

6 SAMBUTAN 6 OGOS PENGIKTIRAFAN UNTUK MASYARAKAT PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN

10 PROGRAM PUP DAN TPUP PEMANGKIN USAHAWAN MUDA DAERAH KUALA LANGAT

13 PENGELUARAN BUAH-BUAHAN BERIMPAK TINGGI OLEH PPK PAYA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI RUMAH HIJAU

15 PEMBANGUNAN PRODUK POKOK MARKISA OLEH PPK MELAKA TENGAH DAN USAHAWAN

17 DASAR AGROMAKANAN NEGARA (DAN) PERKASA INDUSTRI MAKANAN

Editorial Kandungan

3

6 13

15

Page 3: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 1

Pembangunan yang pesat berkembang telah membawa perubahan dalam bidang perindustrian makanan ternakan. Pada

masa kini, industri tersebut banyak berkait dengan penggunaan peralatan dan teknologi moden bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran makanan. Dalam pemprosesan makanan ternakan ini, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu telah bekerjasama dengan usahawan untuk menjadi peneraju di dalam bekalan makanan ikan di pasaran.

Kerjasama ini telah bermula pada Tahun 2010 sehingga sekarang di antara PPK Lubuk Batu dengan Encik Mohamad Azni Bin Abdul Manaf. Pemprosesan makanan ternakan yang diusahakan oleh Encik Mohamad Azni ini telah bermula sejak tahun 1998 yang dibuat secara manual dan kecil-kecilan. PPK Lubuk Batu telah melihat projek pemprosesan makanan ikan ini sangat berpotensi sebagai projek berdaya maju. Bagi harga sumber bahan mentah pula ia murah dan mudah diperolehi di kawasan persekitaran akan memberi kebaikan dari segi harga yang ditawarkan.

Pemprosesan makanan ternakan yang diusahakan oleh Encik Mohamad Azni ini telah bermula sejak tahun 1998 dibuat secara manual dan kecil-kecilan.

USAHAWAN PPK LUBUK BATUPEMPROSESAN MAKANAN IKAN

PPK Lubuk Batu bertanggungjawab dalam pembungkusan dan pemasaran industri makanan ternakan ini. PPK Lubuk Batu hanya membuka peluang kepada PPN di setiap negeri untuk menjadi ejen dalam pemasaran makanan ini untuk mengelakkan penjualan secara langsung tanpa melalui ejen. Ini kerana ia memberi kesan tidak baik terhadap harga pasaran produk ini. Penglibatan PPN sebagai pemasar telah membantu projek-projek akuakultur di negeri masing-masing terutamanya projek di bawah kendalian PPK untuk mendapatkan produk ini. Dengan projek ini PPK Lubuk Batu

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 1

Oleh : Mohd Asyraf bin Mohd Fauzi

Page 4: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 20152

secara langsung dapat menjalinkan hubungan yang baik antara usahawan dengan pengguna melalui kaedah perkhidmatan bersemuka dan memberi harga yang berpatutan bagi membantu penternak untuk mengatasi masalah kenaikan harga makanan ternakan.

Beberapa mesin berteknologi digunakan semasa pemprosesan makanan ternakan ini. Penggunaan mesin semi auto telah digunakan yang terdiri daripada mesin Hammer Mill, Mesin Pullertizer, Mesin Mixer, Mesin Extruder, Mesin Coating, dan Digital Weighing. Selain itu, terdapat juga mesin baru yang telah ditambah setelah kilang baharu disiapkan. Antara peralatan tersebut adalah terdiri daripada Pullertizer, Silo, Mixer, Steam Boiler Extruder dan Dryer. Pelet untuk ternakair yang telah dikeluarkan ialah pelet ikan keli, ikan tilapia dan ikan siakap.

Bagi proses pemasaran pula, terdapat beberapa strategi yang telah dilaksanakan oleh PPK Lubuk Batu. Salah satu strategi yang dilaksanakan adalah melalui saluran agihan pemasaran yang mana setiap produk yang dikeluarkan akan diagihkan ke saluran pertama iaitu Kilang Makanan Ikan PPKLB/ SIRIP Agroculture. Saluran kedua, adalah melalui Agen PPN dan diikuti oleh agen sah serta pelanggan dan pengguna. PPK Lubuk Batu mengamalkan tiga bentuk pemasaran iaitu pemasaran dalaman, pemasaran luaran dan walk in.

Bagi pemasaran dalaman, ia lebih tertumpu kepada jualan yang dilakukan oleh PPK dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta jualan secara sendiri. Seterusnya, kaedah pemasaran luaran adalah melibatkan agensi kerajaan dan syarikat-syarikat swasta. Manakala, kaedah walk in pula adalah melibatkan penternak individu dan pengusaha-pengusaha kecil.

Apa yang lebih membanggakan adalah pelanggan sangat berpuas hati dengan penggunaan produk makanan halal kerana ia dihasilkan dari sumber tempatan yang halal. PPK Lubuk Batu akan terus melakukan penyelidikan bagi memastikan pengeluaran pelet ikan berkembang maju dan seterusnya menjadi pesaing di dalam industri pemprosesan makanan ini. Industri ini secara langsung dapat membantu dalam melahirkan usahawan muda dan dapat mengurangkan kos para penternak ikan.

Page 5: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 3

Pengeluaran beras tempatan Malaysia yang diperlukan oleh sekitar 70 peratus pengguna dalam negara adalah bergantung kepada kira-kira 300,000 hektar bendang yang diusahakan oleh 145,000 pesawah padi.

Demi menjamin keadilan kepada golongan pesawah, kerajaan telah menetapkan harga belian padi oleh pengilang pada harga yang seragam untuk seluruh Semenanjung Malaysia.

Harga tetap yang diseragamkan pada RM1,200 setan metrik itu diguna pakai kepada semua pesawah sama ada dari negeri utara, pantai timur dan Selangor yang sebelum ini menerima di antara RM1,000 hingga RM1,200 untuk setiap tan metrik hasil bendang mereka.

Sebelum ini, harga belian yang paling rendah diterima oleh pesawah negeri pantai timur manakala harga belian tertinggi pula diterima oleh pesawah Selangor yang dikatakan menghasilkan padi lebih berkualiti.

Harga jualan hasil bendang dan kualiti ketiga-tiga kawasan itu adalah berbeza-beza bergantung

kepada keadaan terkini penanaman padi seperti faktor cuaca, tanah dan bencana.

Kini, dalam masa yang sama, semakin ramai keluarga yang lebih selesa memilih beras yang lebih segar dan bermutu untuk dijamah, sekaligus meningkatkan permintaan beras tempatan yang lebih berkualiti. Justeru, tidak hairanlah kilang-kilang beras di seluruh negara giat meningkatkan proses pemutuan atau penggredan padi yang diterima daripada pesawah.

Pemutuan adalah sangat penting kerana mutu hasil padi yang diterima kilang tidak semestinya tepat memandangkan padi yang diperlukan ialah padi dengan isi tulen dan cukup masak.

Justeru, proses penggredan akan mengasingkan padi daripada padi rosak, tidak matang, antah dan bendasing lain, seterusnya hanya peratusan padi

PEMUTUAN PADI SEBENAR Mengapa perlu dilakukan? Oleh : Haji Rosli bin Yaakub

Page 6: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 20154

bersih yang akan diambil kira untuk pembayaran akhir kepada pesawah.

Gred padi terbaik

Komposisi padi hasil sawah yang sampai ke kilang beras biasanya mengandungi kira-kira 81 peratus padi, tetapi turut mengandungi padi rosak yang jika ditanak akan menyebabkan beras patah selain padi tidak matang yang akan menghasilkan beras berkapur dan kenyal. Padi yang sampai di kilang juga biasanya mengandungi hampa berat dan ringan, serta bendasing lain yang tidak boleh diproses termasuk batang padi, rumpai, sambau, serangga, tangkai padi, serpihan batu, kayu dan tanah.

Masalah hampa iaitu biji padi yang kosong atau ringan berlaku akibat kawalan kualiti yang kurang baik sepanjang proses penanaman. Manakala, bendasing seperti tangkai termasuk sekali bersama padi muda yang kenyal dan sukar terpisah daripada tangkai ketika tuaian.

Masalah lain seperti beras yang terkupas sebelum diproses juga perlu diasingkan kerana ia akan menjadi beras hancu dan menjadikan hasil akhir kurang berkualiti.

Pendek kata, kita perlu memastikan dan mengasingkan komposisi yang tidak boleh digunapakai sebagai langkah menghasilkan beras berkualiti dan disukai orang ramai.

Wap basah

Proses penggredan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu dimensi dan berat, pengiraan wap basah dan pengasingan padi rosak, padi tidak matang serta bandasing.

Untuk pengukuran dimensi, sekurang-kurangnya 50 butir padi bernas dipilih dan diukur purata panjang dan lebar, manakala 3,000 butir padi dipilih dan dibahagi tiga sebelum purata timbangan sampel diambil.

Dalam penggredan padi, terdapat dua jenis padi yang dikategorikan sebagai padi baik sama ada bersaiz panjang iaitu sepanjang 6.2 milimeter atau lebih serta bersaiz sederhana iaitu kurang dari 6.2 milimeter dan mestilah mempunyai wap basah tidak melebihi 14 peratus.

Pengiraan wap basah perlu bagi membuat pemotongan wap basah, memandangkan wap basah yang terkumpul sekiranya padi lewat diproses melebihi 24 jam akan merosakkan padi serta merugikan pesawah.

Paras wap basah perlu diturunkan sekurang-kurangnya 14 atau 13 peratus, kerana ia akan menarik sejenis serangga yang menebuk lubang ke dalam butir padi yang mempunyai peratusan wap basah yang tinggi, sekaligus menjejaskan kualiti akhir beras yang diproses.

Prosedur mengira wap basah diulang sebanyak lima kali dengan menggunakan sampel analisis yang berbeza-beza menggunakan alat standard Satake Moistex model SS6.

Page 7: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 5

Persampelan

Antara peralatan yang digunakan dalam prosedur mendapatkan sampel kerja ialah peroba, alat pengukur khas wap basah, pengayak, pembahagi Boerner, penimbang digital dan pengukur mikro.

Peroba ialah batang panjang berliang yang digunakan untuk mengambil sampel, yang mana setiap kali ia dicucuk ke dalam timbunan padi di dalam lori, ia akan mengambil sekurang-kurangya 400 gram sampel padi.

Semua peralatan yang digunakan dalam proses penggredan itu dipastikan dikalibrasi pada setiap musim padi. Kakitangan yang bertugas sama sekali tidak dibenarkan menyentuh butiran padi sepanjang proses analisis kerana tangan juga membebaskan wap air menyebabkan mereka perlu menggunakan penyepit untuk semua aktiviti yang diperlukan.

Pengambilan sampel juga dibuat dengan teliti selepas padi ditimbang yang mana sekurang-kurangnya tiga titik persampelan dilakukan. Malah titik persampelan tidak boleh dilakukan dalam linkungan 50 sentimeter daripada dinding lori.

Sampel kerja

Semua sampel permulaan kemudian digaulkan hingga seragam dan dimasukkan ke dalam bekas sampel analisis, dan kemudian dikecilkan sehingga

menjadi sampel kerja, seberat satu kilogram. Sampel kerja itulah yang akan dianalisis untuk memeriksa isi kandungan padi bagi mengetahui mutu sebenar padi yang akan dibeli oleh kilang.

Dari sampel kerja pula, 200 gram akan disisihkan dan selebihnya dibahagi dua dan dikenali sebagai sampel bahagian analisis seberat 400 gram setiap satu.

Seberat 100 gram dengan dua bahagian akan dibuang; satu disimpan dan satu bahagian lagi dianalisis sama ada untuk mencari padi rosak dan padi tidak matang, atau untuk mencari bendasing.

Kakitangan bertugas akan mencari dan mengasingkan padi rosak dan yang tidak matang daripada komponen alikout pertama, sebelum ditimbang dan direkodkan, perkara yang sama juga dilakukan untuk mengasingkan bendasing dari alikout kedua.

Akhir sekali, pemotongan kualiti padi akan dilakukan berdasarkan gabungan ketiga-tiga hasil analisis mengikut jadual pemotongan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, semua proses penggredan perlu dilakukan di hadapan pemilik sawah yang menghasilkan padi berkenaan bagi memastikan ketelusan pengiraan bayaran akhir yang diterima oleh pesawah.

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 5

Page 8: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 20156

SAMBUTAN 6 OGOS PENGIKTIRAFAN UNTUK

MASYARAKAT PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN

Justeru itu, pada 6 Ogos 2015 yang lepas telah diadakan hari sambutan peringatan HPPN ke-40 di Alor Setar, Kedah. Sambutan ini disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, bersempena Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah.

Berucap dalam sambutan tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery menyeru peladang, penternak dan nelayan terus meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran hasil pertanian negara agar berada pada kualiti yang tinggi, bukan sahaja kualiti yang perlu diutamakan tetapi perlu memastikan kecukupan keperluan makanan di dalam negara. Kedua-kedua perkara ini penting bagi memastikan permintaan terhadap hasil pertanian negara meningkat dan mengurangkan kebergantungan terhadap makanan dari negara luar.

Dalam pada itu peladang, penternak dan nelayan disaran untuk terus menguasai rantaian nilai bagi mendapatkan hasil pulangan yang Iebih tinggi. “Pihak kerajaan juga menyarankan agar tidak hanya fokus kepada pengeluaran sahaja kerana pengeluaran hanya menyumbang 20 peratus daripada keseluruhan rantaian nilai, tetapi kita perlu menguasai keseluruhan rantaian nilai dan menikmati 100 peratus keuntungan dalam pengeluaran hasil pertanian yang diusahakan”, kata beliau.

Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery lagi, golongan peladang, penternak dan nelayan yang turun ke ladang atau bendang dan laut boleh digelar sebagai ‘wira yang tidak didendang’ kerana peladang, penternak dan nelayan mempunyai peranan yang penting dalam sistem pertahanan negara. Ini dapat dikaitkan sekiranya sesebuah negara mempunyai

Tanggal 6 Ogos setiap tahun, diraikan sebagai “Hari Peladang, Penternak dan Nelayan” (HPPN). Tarikh ini telah dipilih oleh kerajaan bagi mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada masyarakat peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara. Pengiktirafan dan penghormatan yang selaras dengan usaha dan susah payah para peladang, penternak, dan nelayan dalam mengeluarkan bahan makanan dan memajukan sektor pertanian negara.

Oleh : Haji Rosli bin Yaakub

Page 9: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 7

kapal perang, jet pejuang, kapal selam dan peralatan ketenteraan yang Iengkap namun tanpa sumber makanan yang mencukupi tentera akan menjadi Iemah seterusnya menyebabkan sistem pertahanan negara akan menjadi longgar. Ini menunjukkan asas pertahanan negara berkait rapat dengan golongan ini. Pengorbanan mereka untuk negara dilihat dari segi tenaga dan masa serta bertarung nyawa menghadapi cuaca yang tidak menentu bagi memastikan keperluan makanan seperti beras, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam negara mencukupi.

Tambahnya lagi, pengiktirafan kepada peladang, penternak dan nelayan bukan sekadar untuk mengingati apakah hasil yang telah dikeluarkan, apakah tanaman yang mereka tanam dan apakah tangkapan mereka di laut. Namun perhatian perlu diberi sekiranya para nelayan turun ke laut adakah pasti mereka akan pulang atau bagaimana hasil tanaman peladang sekiranya bencana banjir atau kemarau berpanjangan dan apakah kesannya kepada negara.

OIeh itu, sambutan ini bukan hanya disambut oleh golongan peladang, penternak dan nelayan sahaja tetapi oleh semua rakyat terutama mereka yang

berpakaian korporat, golongan cerdik pandai, mereka yang memandu kereta besar, dan mereka yang tinggal di rumah besar. Tanpa peladang, penternak dan nelayan, mereka tidak akan menikmati semua yang diperolehi sekarang.

Page 10: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 20158

Program Majlis Perasmian Auditorium LPP

Program Sumbangan Ayam Dari PPNS

Lawatan Ahli Jemaah Pengarah PPK Rompin ke Menara LPP

Majlis Persaraan Timbalan Ketua Pengarah Operasi

Page 11: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 9

Program Majlis Berbuka PuasaLPP

Program Hari Raya LPP

Program SukarelawanBanjir

Program Selamat Pagi Malaysia Sempena Sambutan 6 Ogos

Page 12: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 201510

PROGRAM PUP DAN TPUP PEMANGKIN USAHAWAN MUDA DAERAH KUALA LANGATSegalanya bermula pada Tahun 2010, apabila Encik Mohd Shakran bin Samsudin yang merupakan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat telah membuat fokus projek pembangunan yang memberi tumpuan kepada penternakan. Mendapat pendidikan dalam Bidang Pengurusan Ladang dari UiTM, Encik Mohd Shakran mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penternakan ini. Sepanjang 17 tahun perkhidmatan beliau dalam Pertubuhan Peladang, ini merupakan projek ternakan yang kedua selepas projek ternakan ayam yang telah dicetuskan semasa berkhidmat di Labuan suatu ketika dahulu.

Mengimbau kembali ketika mula-mula melibatkan diri dalam projek ini, Encik Mohd Shakran telah memilih peserta projek yang terdiri dari ahli yang

memasarkan sawit melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat. Projek ini tercetus apabila beliau melihat potensi yang besar terhadap bidang penternakan dan juga bidang pertanian berasaskan fertigasi di Daerah Kuala Langat. Seramai 15 usahawan ternak diwujudkan dari tahun 2010 hingga 2014, dengan jumlah pinjaman yang telah diberikan sebanyak RM478,000 dan jumlah ternakan sebanyak 1387 ekor.

Sebagai seorang yang berpandangan jauh, Encik Mohd Shakran telah melihat potensi projek ini yang mendatangkan manfaat dengan membantu usahawan meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan ke tahap yang lebih baik. Justeru, dalam memastikan kelestarian projek ternakan ini, pihak PPK telah mengadakan Program Pemasaran Lembu Korban PPK Kuala Langat bersama usahawan di bawah Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) dan Tabung Pembangunan Usahaniaga Peladang (TPUP).

Melalui program ini, ternakan lembu yang diusaha seterusnya akan dipasarkan melalui PPK. Pihak PPK akan memainkan peranan sebagai tulang belakang

Oleh : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

Page 13: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 11

projek dengan membuat perbincangan harga dan kriteria lembu secara terus dengan pembeli. Kaedah pemasaran yang dipraktikkan oleh PPK ini telah mewujudkan suasana “menang-menang” antara usahawan dengan pembeli.

Di sebalik kejayaan melahirkan usahawan muda di bawah TPUP ini, Encik Mohd Shakran telah menempuh pelbagai halangan yang akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Salah satu halangan yang dihadapi adalah kawasan ragut bagi ternakan yang semakin mengecil akibat pembangunan yang berlaku di Daerah Kuala Langat. Selain itu, para penternak menggunakan kaedah pemasaran ternakan secara tradisional yang mana mempunyai kelemahan dari segi proses jual-beli ternakan.

Ketika diwawancara, beliau menjelaskan bahawa terdapat banyak kelemahan sekiranya para penternak masih bergantung kepada pemasaran secara tradisional ini. Beliau telah mengenalpasti beberapa isu yang berkaitan, antaranya lembu yang dipilih semasa lawatan ke kandang berbeza dari lembu yang di terima oleh pelanggan, penghantaran yang tidak tepat waktu, pembatalan tempahan disaat akhir (2 minggu sebelum hari raya) dan pembayaran yang tidak diterima seperti cek tendang dan bayaran secara online yang dibuat secara palsu oleh pembeli.

Dalam memastikan misi projek ternakan ini berjaya, pelbagai kelemahan yang timbul segera diatasi. Beliau telah menetapkan pelanggan yang ingin membuat tempahan lembu korban hendaklah datang sendiri ke kandang lembu dan memilih sendiri lembu yang diinginkan mengikut harga dan bajet mereka. Setelah pembeli meneliti dan berpuas hati dengan pilihan mereka, lembu yang dipilih kemudiannya akan ditanda (Tagging). Dengan menanamkan semangat korban satu ibadah, sistem perniagaan sebegini dipraktikkan dan secara langsung dapat memastikan rantaian perniagaan ini diberkati.

PPK Kuala Langat juga telah membuat hebahan dan pengiklanan produk melalui laman sesawang Mudah.com dan laman sosial Facebook sebagai salah satu usaha mempromosikan perniagaan ini. Malah, pada pemulaan projek ini dijalankan, mereka turut mengedarkan risalah mengenai pembekal lembu korban di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Sejumlah 400 risalah telah diposkan ke nazir masjid dan pengerusi surau di Kuala Lumpur dan Selangor bagi mengwar-warkan produk ini. Selain itu, mereka juga memasang banner di jalan-jalan utama sekitar kawasan Kuala Langat, Dengkil dan Klang.

Pelaksanaan program ini telah memberi impak positif secara langsung kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), PPK Kuala Langat dan ahli peladang. Ini dapat dilihat apabila LPP dapat

Page 14: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 201512

melahirkan usahawan ternak muda dan dapat meremajakan bidang pertanian. Ia dapat dibuktikan dengan lahirnya seorang ikon usahawan muda di bawah projek ini. Individu berkenaan ialah Encik Saipol Azimir bin Zainuddin dari Kg. Endah, Morib. Ikon usahawan muda ini telah berjaya memperolehi pendapatan bersih sebanyak RM 60,000 sebulan hasil dari jualan lembu ternakannya.

Berdasarkan rekod, prestasi pemasaran lembu yang telah berjaya dijual oleh beliau pada Tahun 2014 adalah sebanyak 245 ekor. Faktor yang turut menyumbang kepada pemasaran lembu yang amat menggalakkan ini adalah kerana PPK telah mengadakan program lembu korban di sekitar Negeri Selangor. Tambahan pula, harga yang ditawarkan oleh PPK kepada pembeli amatlah berpatutan dengan kualiti lembu dan harga pasarannya.

Melalui program ini juga, PPK Kuala Langat turut terkenal dengan kawasan pengeluaran lembu integrasi atau fidlot. Ini dapat dilihat berikutan para peserta yang menyertai program TPUP ini mengusahakan ladang kelapa sawit sendiri. Dengan adanya program TPUP ini, para peserta mengambil peluang untuk memasarkan hasil kelapa sawit dan secara langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka melalui ternakan lembu yang turut diusahakan. “Sambil Menyelam Minum Air”, begitulah perumpamaan yang sesuai bagi para peserta TPUP ini. Para peserta yang mengikuti program ini telah berjaya meningkatkan pemasaran sawit PPK Kuala Langat kesan daripada pemasaran sawit bersama PPK dan penerima bantuan atau pinjaman oleh ahli.

Kebiasaannya, perlaksanaan sesebuah projek ternakan memerlukan modal terutamanya apabila mereka ingin memperkembangkan projek. Bagaimanapun, peluang pinjaman telah disediakan kepada para peserta program TPUP bagi memperkembangkan projek ternakan mereka. Dengan peluang dan kemudahan yang disediakan melalui program TPUP ini, jelas membuktikan bahawa program ini memberi impak yang sangat positif kepada para peserta projek ternakan di bawah PPK Kuala Langat ini. Sesungguhnya, dengan segala usaha yang kolektif dan semangat jitu yang ditunjukkkan oleh Encik Mohd Shakran, kakitangan PPK Kuala Langat dan ahli peladang ini, akan memastikan projek ternakan di bawah program TPUP memberi manfaat yang banyak dan menjana keuntungan secara langsung kepada ahli peladang serta PPK Kuala Langat. Encik Mohd Shakran telah menyuarakan hasrat jangka panjang beliau terhadap program ini iaitu melahirkan ramai lagi ikon usahawan seperti Encik Saipol Azimir. Cita-cita dan kejayaan yang bakal mereka perolehi melalui projek ini akan membuka mata pelbagai pihak, dan dapat menaikkan nama LPP dalam membawa lebih ramai lagi ”Pahlawan Yang Tidak Didendang” untuk menempa nama serta menyumbang kepada sumber makanan negara secara universal.

Page 15: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 13

PENGELUARAN BUAH-BUAHAN BERIMPAK TINGGI OLEH PPK PAYA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI RUMAH HIJAU

Rumah hijau adalah satu bangunan yang dibina daripada kaca, plastik dan jaring halus yang membolehkan tanaman berada di dalam sistem persekitaran terkawal. Bangunan ini dibina dalam pelbagai bentuk atau saiz mengikut kesesuaian sesuatu tempat. Ia kebiasaannya dibina dengan saiz yang besar dan dilengkapi pelbagai peralatan moden bagi mengawal faktor perubahan cuaca dan serangga yang sering mempengaruhi pengeluaran hasil tanaman disamping pengurusan dapat memastikan pembekalan nutrien yang efisyen kepada tanaman. Buahan-buahan yang berimpak tinggi berpontensi diusahakan di sini terutama buah-buahan yang mempunyai permintaan yang kompetetif, harga yang tinggi dan keluaran bermusim-musim. Di Malaysia, salah satu contoh buah-buahan yang berimpak tinggi adalah buah mangga harumanis.

Menyedari kelebihan usahatani dengan penggunaan Rumah Hijau, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya memulakan projek Rumah Hijau yang terletak di Hutan Ketiau. Bermula pada 2014, projek tanaman konvensional dijalankan dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM50,000.00. Pada November 2014, projek rumah hijau telah mendapat penambahan peruntukan daripada NCIA sebanyak RM1,250,000.00 bagi proses modenisasi pertanian dengan kaedah pengurusan menggunakan teknik persekitaran terkawal. Projek ini terdiri daripada seorang pengurus projek, seorang penyelia projek dan tiga orang pekerja.

Harumanis merupakan sejenis buah mangga yang popular dan hanya terdapat di negeri Perlis. Buahnya yang manis, berbau harum, dan isinya yang tebal menyebabkan ianya mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Musim Harumanis kebiasaannya adalah sekitar hujung bulan April sehingga awal Jun. Harga pasaran Harumanis boleh mencecah sehingga RM25.00 sehingga RM35.00 sekilo. Ini membuktikan bahawa buah mangga harumanis ini merupakan salah satu buah yang berimpak tinggi di Malaysia.

Oleh: Mohd. Asyraf bin Mohd Fauzi

Page 16: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 201514

Pembiayaan Pertama

Pembiayaan Kedua

Secara kesimpulannya projek yang berimpak tinggi ini mempunyai kelebihan dan dapat dilaksanakan dalam mencapai kejayaan kepada mereka yang terlibat bersama projek ini dengan PPK Paya.

Secara kesimpulannya, projek yang berimpak tinggi ini mempunyai kelebihan dan sesuai dilaksanakan dalam memberikan kejayaan kepada mereka yang terlibat bersama projek mangga harumanis PPK Paya.

SENARAI PERUNTUKAN NILAI (RM)

Pembekalan dan pembinaan infrastruktur:a) Persediaan kawasan

b) Peralatan kecil pertanian c) Sistem elektrik

d) Sistem Saliran e) Input

50,000.00

JUMLAH 50,000.00

BIL SENARAI PERUNTUKAN NILAI (RM)

1. Penyediaan kawasan 150,000.00

2. Rumah hijau (3 unit) 750,000.00

3. Sistem pengairan dan infrastruktur 55,000.00

4. Penyelengaraan dan pengubahsuaian bangunan

20,000.00

5. Benih Pokok 17,500.00

6. Projek tanaman 2000 cili 7,000.00

7. Projek tanaman 2000 rock melon 5,000.00

8. Peralatan kecil pertanian 50,000.00

9. Penyediaan Input pertanian (3 tahun)

16,000.00

10. Upah tanaman 2,500.00

11. Logistik (lori) 100,00.00

12. Latihan 37,000.00

Jumlah 1,250,000.00

Projek Rumah Hijau ini menggunakan tanaman secara sistem pertanian moden yang lebih maju dengan menggunakan teknologi tinggi menjurus kepada tanaman berorientasikan industri. Kapasiti projek ini adalah 200 pokok mangga harumanis bagi kawasan seluas setengah ekar. Keluasan projek PPK Paya merangkumi 1 hektar dengan 3 unit rumah hijau dengan kepadatan tanaman mangga harumanis sebanyak 200 pokok bagi setiap rumah hijau. Dengan adanya projek ini, secara tidak langsung ia membantu dalam menyokong produk industri asas tani yang dikeluarkan oleh PPK Paya seperti kordial, RTD, jem mangga harumanis, dan kopi campuran. Konsep tanaman yang telah diperkenalkan melalui pelaksanaan projek ini adalah konsep “Learning,Training & Profit”.

Konsep pembelajaran yang akan diaplikasikan di projek ini dimulakan dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada jawatankuasa teknikal yang terdiri daripada pihak UNIMAP, LPP, Jabatan Pertanian, MARDI, dan syarikat swasta yang terlibat sama dalam projek rumah hijau ini. Latihan merupakan aktiviti yang akan disalurkan oleh pengurusan PPK kepada pengusaha tanaman mangga harumanis yang merupakan sebilangan besarnya adalah ahli dan peserta ladang kontrak PPK Paya. Kelengkapan pusat latihan yang sedia ada di kawasan PPK dan projek mampu untuk menampung keberkesanan penyampaian maklumat dan pengetahuan.

Hasil pendapatan yang dijangka akan diperolehi melalui pemasaran buah ini bakal menjadikan PPK Paya sebagai salah satu pusat pasaran utama bagi buah mangga harumanis dan produk-produk industri asas tani yang berasaskan mangga harumanis. Menjelang tahun 2018, buah mangga harumanis dijangka dapat mengeluarkan hasil sepanjang tahun dan pemasaran akan dapat dilakukan secara konsisten. PPK Paya memfokuskan keuntungan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam tanaman mangga harumanis ini.

Page 17: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 15

Pembangunan ProdukPOKOK MARKISAoleh PPK Melaka Tengah dan Usahawan

Buah Markisa (Pasion Fruit) atau nama saintifiknya ialah ”Passiflora Eduli atau Flaricarpa” berasal dari negara Afrika. Di Malaysia tanaman Markisa telah diperkenalkan disekitar tahun 1960. Terdapat banyak jenis Markisa namun hanya 2 jenis yang di komersialkan iaitu markisa berkulit kuning (Passiflora edulis f. Flavicarpa) dan kulit ungu (Passiflora edulis sim). Buah kuning sesuai dibuat jus kerana ia mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding markisa ungu. Pokok markisa boleh di tanam melalui keratan batang dan juga biji. Di bawah Program Strategic Lingkages between exixting UTCs, RTCs dan Mini RTCs – Coordination Point 1 “Engaging Farmers in High-Value Comunity Farming Through Mini RTCs”. PARUJAS adalah salah satu lokasi yang dikenalpasti untuk dilaksanakan Projek Mini RTCs.

Secara tidak langsung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka Tengah berperanan mengambil tanggungjawab dalam mengembleng peladang dan masyarakat luar bandar bagi meneruskan projek yang telah dirancang, iaitu penanaman pokok Markisa.

Projek tanaman markisa dipilih adalah kerana ia mampu mengeluarkan hasil yang cepat. Dalam masa 4 bulan dari tempoh penanaman biasanya markisa mula berbuah dan akan matang dalam tempoh 75 hari.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan pendapatan peladang melalui program-program yang dilaksanakan oleh

kementerian, jabatan dan agensi. Mini RTC dijadikan platform untuk menyelaras semua program daripada pelbagai agensi berlandaskan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Pada penghujung tahun 2013, PPK Melaka Tengah telah menerima RM156,000 peruntukan untuk tanaman markisa secara “Hectrage Equivalent” dengan melibatkan 60 buah rumah di kawasan Parujas, DUN Sungai Udang. Hasil mula dituai pada bulan April 2015.

PPK Melaka Tengah mengusahakan berbagai langkah pemasaran bertujuan untuk memastikan hasil markisa dapat dijual dan seterusnya akan meningkatkan pendapatan golongan sasar (penanam markisa).

PPK telah mewujudkan pusat pengumpulan buah dan memproses puri markisa. Seterusnya puri itu dibekalkan kepada usahawan-usahawan untuk dijadikan jus minuman markisa.

Oleh : Nurfatin Syahida binti Muhammad

Page 18: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 201516

Dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan, pada tahun 2014 tanaman markisa telah diperluaskan ke Unit-unit Peladang berhampiran Mini RTC serta tanaman secara berkelompok yang diusahakan oleh Kumpulan Peladangnita PARUJAS. Ini menjadikan keseluruhan tanaman berjumlah 2,000 pokok dengan penglibatan peserta 130 orang. Dengan pertambahan tanaman ini PPK Melaka Tengah amat memerlukan sokongan dari pelbagai pihak untuk sama-sama membantu dalam memasarkan hasil keluaran markisa, samada dalam bentuk buah segar dan juga puri.

Markisa juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan kerana ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Pengurus Besar serta kakitangan PPK sentiasa mengadakan promosi bagi memperkenalkan buah serta minuman markisa kepada masyarakat

yang sesetengahnya belum mengenali markisa iaitu dengan mencipta pelbagai resepi baru bertujuan mendidik sesetengah pengguna yang masih belum mengenali buah markisa.

PPK Melaka Tengah juga telah mewujudkan keseluruhan rantaian nilai keatas keluaran hasil markisa. Bermula dari pengeluaran benih sehinggalah boleh diminum. Namun usaha-usaha tersebut masih memerlukan pengorbanan dan perhatian serta komitmen yang tinggi agar kejayaan berterusan dapat dicapai.

Impak kepada projek ini ialah peserta memperolehi peningkatan pendapatan purata berjumlah RM350 seorang berbanding dengan sasaran RM160 seorang yang secara langsung telah mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahli lain.

PPK

PenanamMarkisa

Pusat Proses Puri-PPK Melaka

Tengah

Pusat Penambahan Nilai oleh Usahawan

(value-adding process)

MiniRTC Pelbagai

NAFASUTC/RTC/FAMA

è è

í

í î

í

ê

KONSEP PELAKSANAAN

Page 19: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 17

Dasar Agromakanan Negara (DAN) Perkasa Industri Pertanian.Mendapat kelulusan Kabinet pada 28 September 2011, Dasar Agromakanan Negara (DAN) telah dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara (DPN). DAN berkuatkuasa bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 sehingga 2020. Ia telah dilaksanakan selama 3 tahun dan penggubalannya berdasarkan input-input awal yang diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah padangan daripada ahli akademik, persatuan pengeluar, persatuan peladang, persatuan nelayan, persatuan pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai. Secara khususnya, dasar ini dirangka untuk:

i) Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan;ii) Menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing; daniii) Meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menetapkan 7 hala tuju strategik yang digariskan bagi mencapai objektif Dasar Agromakanan Negara.

Hala tuju strategik pertama adalah untuk menjamin bekalan makanan negara. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan makanan yang dibekalkan adalah mencukupi, selamat, dan mampu dibeli oleh pengguna.

Hala tuju strategik kedua adalah untuk meningkatkan sumbangan industri agromakanan. Selaras dengan sasaran kerajaan untuk menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, industri makanan perlu bergerak lebih aktif dan berdaya

Oleh : Nurfatin Syahida binti Muhammad

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 2015 17

Page 20: TRANSFORMASI PERTANIAN - Portal Rasmi Laman Web LPPlpp.gov.my/document/upload/Ipu2zf2PFkQjOXLY8kyrK7FmTsAtErTP.pdf · Bagaimana kita mencukupi kepada penduduk dunia yang semakin bekalan

BERITA TRANSFORMASI PERTANIAN EDISI OGOS 201518

saing dalam memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Seterusnya, dasar ini akan dibentuk bagi melengkapkan rantaian nilai. Rantaian nilai ini bukan sahaja merujuk kepada proses di dalam pembekalan makanan di dalam negara kita, malahan ia merangkumi komponen nilai lain seperti pembangunan modal insan, pembangunan teknologi dan inovasi.

Memperkasakan modal insan berkualiti dan progresif turut menjadi satu elemen yang penting dalam pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara kerana ia merupakan salah satu faktor yang menyokong transformasi dan permodenan industri terutamanya dalam penggunaan tenaga pekerja mahir dan separuh mahir. Selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin memuncak, aktiviti R&D, inovasi dan pengaplikasian teknologi turut menjadi salah satu perkara yang penting dalam memastikan penglahiran inovasi dan perjalanan aktiviti yang proaktif dalam kalangan peserta industri agromakanan.

Seterusnya, DAN turut mewujudkan persekitaran perniagaan yang diterajui sektor swasta. Hal ini adalah kerana pelaburan sektor swasta dalam aktiviti pengeluaran makanan merupakan pemangkin ke arah mencapai matlamat untuk memodenkan dan mewujudkan satu industri yang berdaya saing. Hala tuju strategik DAN yang terakhir adalah untuk memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan. Ini adalah untuk memastikan

keberkesanan aktiviti dan mengelakkan pertindihan fungsi dalam kalangan agensi-agensi pertanian.

Peranan LPP dalam menjayakan DAN

Dalam menjayakan DAN, pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang terlibat. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah memainkan peranan dalam merealisasikan DAN terutama dalam 10 perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berada di bawah seliaan LPP. Antara 10 perkhidmatan tersebut adalah Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Mekanisasi/Automasi Ladang, Infrastruktur Ladang, Bekalan Ladang, Pembiayaan, Pengembangan & Khidmat Nasihat, Teknologi Lepas Tuai, Teknologi Pemprosesan Makanan, Pemasaran, dan Pusat Sumber Sibertani.

Selain itu, LPP juga telah mewujudkan beberapa program bagi tujuan pengukuhan rangkaian aktiviti PP melalui pembangunan LPP/PP yang bersesuai dengan DAN. Antara program yang telah dilaksanakan bagi membantu DAN adalah Program Pengeluaran Bahan Makanan, Kejenteraan, Industri Asas Tani, Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian, Latihan Peladang, Pembangunan PP Baru, dan Transformasi dan Inovasi Peladang. Setiap usaha ini adalah untuk memastikan setiap penglibatan Lembaga Perubuhan Peladang signifikan dan sentiasa sehaluan dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Agromakanan Negara.