TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang...

17

Click here to load reader

Transcript of TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang...

Page 1: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

1

Bil. 1/2012 www.rmp.gov.my ISSN 1394 - 8687

TRANSFORMASI

Page 2: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

2 3

Dari Meja Editor

PENASIHATACP Ramli Mohamed Yoosuf

KETUA EDITORSupt. Norisah Ab Hamid

EDITORDSP Venugopal Navaretnam

PENOLONG EDITORASP Mohd Fadzil IsmailInsp. Mohd Zaki Abu BakarInsp. Haslina Muhamad Nor

STAF PENULIS / JURUFOTOSI Megat Nizar Megat Uda AbdullahKpl. Mohamad Wahid Mat DinKpl. Noorlidia MamunL/Kpl. Aslam Syir KhanL/Kpl. Sufian ArshadKonst. Mohd Iqbal Nasruddin

PEREKA GRAFIKSM Zakaria Muhamad (Kia)

PENTADBIRAN / PENGEDARANShimatul Aida Maamor

KEWANGANDSP Ahmad Shukri Mat AkhirBaharuddin Baba

ALAMAT SURAT MENYURATUnit Penerbitan & PublisitiUrus Setia KPN (Perhubungan Awam)Polis Diraja MalaysiaBukit Aman50560 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2266 8325/8329Faks. 03-2266 8330

DICETAK OLEH:PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD

Syabas & Tahniah

Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Tertinggi Raja Thailand iaitu, Knight Grand Cross (First Class) of The Most Noble Of The Crown Of Thailand, oleh Jeneral Preophan Dhampong, Ketua Polis Diraja Thailand mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok, pada 27 Februari 2012.

Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar Timbalan Ketua Polis Negara, di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ daripada SPB YDP Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 2 Jun 2012

2 3

Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi yang bersandarkan Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar merupakan agenda utama negara yang diatur dengan begitu terancang, menuntut kefahaman, penghayatan dan kerjasama jitu dan usaha bersepadu pelbagai pihak, awam, swasta dan rakyat secara keseluruhannya.

Selaras dengan program transformasi kerajaan tersebut, transformasi PDRM dibentuk di mana ianya tidak lagi berkedudukan pada tahap yang lama lagi. PDRM kini telah melangkah ke hadapan dan yang ketara sekali adalah perkembangan dari segi sistem kepolisannya.

Sebagai sebuah agensi penguatkuasa undang-undang terunggul di negara ini, PDRM terus berubah serta bertindak balas terhadap ancaman yang sentiasa berubah. Cabaran kepada tugas kepolisan sememangnya bertambah kompleks

pada masa kini. Mengambil kira kepada kemajuan teknologi komunikasi dan negara-negara yang tidak lagi terpisah dari batasan sempadan, maka PDRM telah mengubah budaya kepada tanda aras transformasi ini.

Penjenayah telah menukar modus operandi mereka melalui pendekatan informasi teknologi yang tinggi, maka warga PDRM juga berkebolehan mencegah, mengesan dan menangkap penjenayah tersebut melalui pendekatan teknologi maklumat terkini.

PDRM merupakan agensi terpenting yang bertanggungjawab menjaga keamanan negara termasuk memastikan kesejahteraan rakyat berada dalam keadaan terjamin dengan mengkaji dan meneliti best practices berkaitan kepolisan yang boleh diguna pakai untuk diimplementasikan dalam penugasan harian. PDRM sedang memantapkan proses risikan secara timely and intelligent intelligence, termasuk memastikan setiap pegawai dan anggota membudayakan amalan integriti yang tinggi sejajar dengan Pelan Integriti Nasional.

Selain daripada itu, konsep penjenamaan semula dalam PDRM bertujuan memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. Pengaplikasian konsep ini selaras dengan pendirian kerajaan kerana mahu mencapai tahap yang lebih tinggi bagi memenuhi cita rasa masyarakat yang sudah berubah.

PDRM juga akan mengekalkan profesionalisme dalam menjalankan tugasan iaitu sebagai agensi yang tidak memilih bulu. Apa yang akan ubah adalah cara berinteraksi yang lebih sofistikated dengan menggunakan sumber sosial media.

Ketua Polis Negara pernah berkata, “Saya akan memastikan bahawa PDRM akan melaksanakan tanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam berpaksikan peraturan dan undang-undang negara. PDRM juga akan terus berkolaborasi dan berhubung rapat dengan masyarakat melalui penerapan kreativiti dalam perkhidmatan dengan meningkatkan sistem penyampaian yang berkualiti kepada mereka”.

Melalui azam yang dilahirkan oleh pucuk pimpinan tersebut, maka pegawai dan anggota pasukan perlu membina keyakinan pelbagai pihak dalam membanteras jenayah demi mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam yang merupakan amanah yang dipertanggungjawabkan serta satu peranan penting dalam mengubah model kepolisan termasuk memfokus kepada kepolisan masyarakat yang teguh.

- DSP Venugopal Navaretnam

Page 3: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

4 5

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

Alb

umA

lbum

6 Januari 2012 – Datuk Haji Mohamad Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan delegasi mengadakan kunjungan hormat ke atas Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

8 Februari 2012 – Perjumpaan CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia bersama Persatuan Pegawai Rendah Polis PDRM (PPRPD).

1 Mac 2012 – Datuk Wira Omar Kaseh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersama delegasi temui Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

8 Februari 2012 – Penel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), SPR telah melakukan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

20 Januari 2012 – Mr. Saud A. Al-Arifi, First Secretary Saudi Arabia telah melakukan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

16 Mac 2012 – Mark Peter Silvertand dari United Nations Selection Assistance Team (UNSAT) telah menyerahkan keputusan penilaian ujian pemilihan Misi PBB Bil 1/2012 kepada CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

17 Januari 2012 – Mr. Manzar Ahmad, Vice President Bode Technology Group, Amerika Syarikat telah melakukan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

24 Februari 2012 – Mr. Herman Chang Hsiang Shan, Director Enforcement Division (DED)/Ministry Of Justice Investigation Bureau Taiwan temui Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara .

12 Januari 2012 – Ketua Polis Loas, Brig. General Sisavath Keomalavong bersama dua orang pegawai kananya telah melakukan kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

22 Mac 2012 – Dato’ Rozabil Abdul Rahman dan delegasi membuat kunjungan Hormat ke atas Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

27 Februari 2012 - Mohd Hamidi Abu Bakar, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan temui CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

14 Mac 2012 – Datuk Eddy Chen, Group Menaging Director Of MKH Berhad membuat kunjungan hormat ke atas Inspektor Jeneral Polis Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

4 5

Page 4: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

6 7

TAN SRI HAJI ISMAILTERIMA ANUGERAH DARJAH TERTINGGI

RAJA THAILAND

Polis perlu lebih bersedia terima kritikan

- SULTAN JOHOR

Tahn

iah K

ualiti

Oleh: SI Megat Nizar

Bangkok, 27 Februari 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross

(First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil Tan Sri Haji Ismail menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu majlis khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok.

CP Datuk Seri Akhil Bulat, Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, turut menerima anugerah iaitu darjah kebesaran The Royal Decoration Of Command Of The Most Exalted Order Of The White Elephant Of Thailand, di atas usaha dalam menjalinkan kerjasama PDRM dengan Polis Diraja Thailand (RTP).

Melalui penganugerahan itu juga diharapkan dapat mengukuhkan lagi persahabatan, persefahaman serta kerjasama rasmi antara kerajaan Malaysia dan Thailand.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah CP Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Dato’ Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (SUPM) dan Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, isteri Ketua Polis Negara.

Tan Sri Haji Ismail ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia di Bangkok, selepas majlis tersebut berkata, beliau berasa terharu dan bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima darjah kebesaran tertinggi daripada

Oleh: SI Megat Nizar

Kuala Lumpur, 7 Januari 2012 - “Anggota polis tidak sepatutnya mengharapkan pujian atas setiap kejayaan yang dicapai oleh

pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat pada masa kini, anggota polis perlu lebih bersedia untuk menerima kritikan dan tuduhan”.

“Jangan harapkan pujian yang manis atas segala kejayaan yang dicapai, tetapi bersedialah untuk menerima cacian atas satu kegagalan yang kecil. Masyarakat sekarang hanya nampak yang buruk daripada yang baik,” titah D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim bertitah, ketika menyempurnakan perasmian Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 1/2011 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Baginda bertitah lagi, dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin luas, PDRM tidak mungkin mampu menyelesaikan semua masalah dengan sempurna.

“Walaupun kesilapan melibatkan tindakan anggota tidak boleh dinafikan berlaku, namun ia tidak seharusnya diperbesar-besarkan untuk menimbulkan persepsi negatif. Tidak wajar menghina seluruh pasukan PDRM atas kesilapan seorang anggota dengan menyerang polis melalui pelbagai tuduhan dan cacian. Masyarakat harus berterima kasih kepada polis kerana menjaga ketenteraman dan kesejahteraan hidup kita,” titah Baginda dengan tegas.

Raja Thailand.“Sesungguhnya darjah kebesaran diterima itu merupakan pengiktirafan

amat bermakna bagi saya dan juga PDRM”.“PDRM dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi masalah

keselamatan kedua-dua negara termasuk isu-isu membabitkan jenayah kecurian kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas,” ujar Tan Sri Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu.

Sehubungan itu baginda bertitah, dalam menghadapi tanggapan negatif segelintir masyarakat, setiap anggota harus berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran tugas yang berpatutan.

“Jika tidak berubah polis akan lemah dan terus ketinggalan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai. PDRM harus bergerak seiring dengan negara-negara maju yang lain dengan memiliki warga kerja yang bukan sahaja sihat mental dan fizikal malah mempunyai daya pemikiran yang tinggi,” titah Baginda lagi.

Turut berangkat Sultanah Johor D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Hadir sama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor dan Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

6 7

Tahn

iah K

ualiti

Page 5: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

8 9

“BERSEDIA MELAKUKANTRANSFORMASI”

TUNKUABDUL JALIL

BERGELARINSPEKTOR POLIS

- KETUA POLIS NEGARA

INDEKS JENAYAH TURUN HAMPIR50 PERATUS - TPM

Kua

liti K

ualiti

Subang Jaya 13 Februari 2012 - Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, menggesa semua peringkat pegawai dan anggota

Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya ‘mengambil tahu’ dan bersedia melakukan transformasi sejajar dengan perkembangan semasa dunia hari ini.

“Melalui pendekatan itu mereka diyakini mampu membawa pasukan ke arah lebih cemerlang dan dinamik menerusi opportunity thinking. Kegagalan untuk melakukan transformasi dan memperbaiki kelemahan sedia ada menunjukkan kaedah yang diguna pakai tidak lagi sesuai”.

“Kita melihat satu kepentingan bagi pihak polis untuk menggunakan media sosial seperti laman sosial Twitter dan Facebook yang digunakan masyarakat. Melaluinya, ia boleh meningkatkan pengurusan publisiti, penyebaran maklumat yang cepat dan penglibatan secara langsung dengan masyarakat,” kata Tan Sri Haji Ismail ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Trend Dalam Abad Ke-21 Kepolisan Masa Depan, Realiti, Peluang dan Cabaran di Persidangan Antarabangsa mengenai prinsip kepolisan.

Kuala Lumpur 7 Januari 2012 – Y.A.M. Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, Putera ketiga Sultan Johor merupakan lepasan sebuah universiti di United Kingdom dalam bidang Zoologi dan Konservasi,

telah berjaya menamatkan Latihan Asas Kepolisan sekali gus bergelar Inspektor Polis.

Lebih membanggakan, Tunku Abdul Jalil, 21 tahun mengetuai 960 pelatih pada Perbarisan Tamat Latihan Inspektor Siri 1/2011 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Perbarisan tamat latihan yang bersejarah itu disempurnakan oleh D.Y.M.M. Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Sultan dan Yang DiPertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim.

Turut berangkat Sultanah Johor D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim. Hadir sama menyaksikan perbarisan itu ialah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Y.A.M. Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim mencatat sejarah sebagai kerabat Diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kuala Lumpur, 31 Mac 2012 – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha mengurangkan

kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah menunjukkan hasil positif apabila merekodkan penurunan indeks jenayah hampir 50 peratus. Penurunan itu merangkumi 11.1 peratus bagi jenayah indeks manakala 39.7 peratus lagi jenayah jalanan.

Tan Sri Muhyiddin memuji usaha yang dilaksanakan PDRM dan agensi-agensi keselamatan ekoran pencapaian itu yang dilakukan menerusi pelbagai program. Ini termasuklah Program Bandar Selamat yang menjadi bukti bahawa idea yang dicambah dalam Bengkel Program Transformasi Kerajaan (GTP) mampu diterjemahkan dalam persekitaran masyarakat.

“Keutamaan kerajaan menerusi GTP dengan mengenal pasti inisiatif yang dilaksanakan untuk mengurangkan indeks jenayah dan jenayah jalanan membuktikan kerajaan komited mewujudkan negara yang selamat untuk semua”, kata Tan Sri Muhyiddin berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.

“Masyarakat digesa supaya melihat keselamatan dari konteks yang lebih besar iaitu, dengan menjadikan keselamatan sebagai salah satu cara hidup seharian. Amalan membudayakan keselamatan dalam kehidupan harian mampu melahirkan masyarakat yang lebih responsif kepada setiap perubahan yang disifatkan berisiko dalam persekitaran mereka”, demikian kata Tan Sri Muhyiddin.

Oleh: L/Kpl. Sufian Arshad

Oleh: SI Megat Nizar

“Dari sudut ekonomi pula, apabila masyarakat memberi keutamaan kepada soal keselamatan seperti jenayah, jalan raya, kesihatan atau kebakaran, kita mampu menjimatkan kos yang tinggi dari sudut perbelanjaan kesihatan, insurans dan undang-undang”, ujar Tan Sri Muhyiddin di majlis yang turut dihadiri oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Hendry Chin dan Datuk Kamaruddin Md. Ali dari MCPF.

Pada majlis itu, Tan Sri Muhyiddin turut menyampaikan Anugerah Emas MCPF kepada enam balai polis terbaik seluruh negara yang dipilih menerusi Program Lawatan ke Balai Polis 2011. Balai tersebut adalah Balai Polis Taman Johor Jaya, Johor, Balai Polis Sea Park, Selangor, Balai Polis Pancing, Pahang, Balai Polis Sungai Bakap, Pulau Pinang, Balai Polis Tambunan, Sabah dan Balai Polis Sentral Sibu, Sarawak.

8 9

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

Page 6: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

10 11

PERKONGSIAN ILMU BANTUPERKASA PDRM

SEMINAR PERUNDANGAN‘AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012’

Pertandingan KumPulan inovatif dan Kreatif (KiK)

P e r i n g K at J a B ata n K d n K a

Kua

liti K

ualiti

Petaling Jaya, 26 Mac 2012 – Majlis Perasmian Persidangan PJP/KP/Komander & Komandan Bil. 1/2012 di Grand Dorsett Hotel, Subang Jaya,

disempurnakan oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, mewakili Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) yakin perkongsian ilmu dan pengalaman di antara bekas pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pegawai sedia ada mampu memperkasakan lagi pasukan keselamatan itu di peringkat dunia”.

“Perkongsian ilmu dan pengalaman juga dilihat sebagai landasan untuk memajukan PDRM ke tahap yang lebih tinggi dan profesional”

Demikian ujar Dato Seri Hishammudin Tun Hussein melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop, di majlis yang dihadiri sama Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

“Adalah dipercayai pendekatan sedemikian amat baik kerana ia membolehkan kelompok pentadbiran hari ini mendalami sebanyak mungkin pengetahuan tentang sejarah, konteks sesuatu dasar dan pengalaman pelaksanaannya bagi memastikan

keamanan serta keselamatan negara terjamin”, tegas Dato’ Seri Hishammuddin.

Menurut Dato’ Seri Hishammuddin lagi, melalui persidangan ini, beberapa bekas pemimpin tertinggi PDRM boleh berbincang tentang permasalahan yang dihadapi pasukan itu dan menyampaikan dasar-dasar baru yang perlu dipatuhi serta dicapai dalam usaha pemantapan institusi kepolisan sekarang.

“Sepanjang menerajui KDN, saya telah mengenali kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan polis yang menghambat prestasi serta mencalarkan imej pasukan. Walaupun dihimpit pelbagai tuduhan liar, saya percaya dan menyokong sepenuh komitmen PDRM demi mempertahankan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara,” kata Dato’ Seri Hishammuddin.

Pada majlis itu, Datuk Wira Abu Seman turut menyampaikan sumbangan cek bantuan khas kerajaan RM3,000 setiap seorang kepada 25 pesara polis di sekitar Lembah Klang.

Cheras, 27 Februari 2012 – Seminar perundangan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah,

Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, anjuran Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2011/2012.

Seminar yang bertajuk “Akta Perhimpunan Aman 2012” telah dihadiri dua orang panel yang berpengalaman iaitu SAC Dato’ Razali Basri, Ketua Penolong Pengarah JSJ D5 (Pendakwaan Undang-Undang) dengan tajuk “Transformasi Penugasan Polis Menghadapi Hak Rakyat Untuk Berhimpun” dan panel kedua Prof. Madya Dr. Abdul Rani Kamarudin, Direktor Unit Legal, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bertajuk, “Implementasi Akta Perhimpunan Aman 2012”.

Seminar ini diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman agar lebih memahami tugas-tugas kepolisan terhadap akta-akta yang baru diluluskan ini demi menjamin hak semua warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman namun ianya perlu kepatuhan semua warganegara dalam penganjuran perhimpunan aman iaitu mematuhi beberapa syarat dan sekatan agar kondisi perhimpunan aman ini dalam keadaan terkawal tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Kuala Lumpur, 28 Mac 2012 – Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA)

Tahun 2012 telah diadakan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH), Kuala Lumpur.

Kumpulan ‘G7’ dari Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan, Negeri Sembilan menjuarai keseluruhan dengan projek yang

Oleh: SI Megat Nizar

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

bertajuk Vest Yang Berat Yang Tidak Efisien dan Kumpulan Target dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak pula naib juara dengan tajuk projek, Sistem Lampu Isyarat Tembok Pistol Sedia Ada Tidak Efisien.

Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk memilih 3 kumpulan yang terbaik bagi mewakili Jabatan KDNKA untuk bertanding di Peringkat PDRM yang dijangka akan diadakan pada 23 hingga 25 Jun 2012 di Kuala Terengganu. Pertandingan ini juga memberi pendedahan berkaitan penugasan serta kemahiran kepada semua pegawai dan anggota terlibat, di samping itu juga ia komited bersama-sama semasa sesi percambahan minda serta melatih peserta supaya lebih kreatif dan inovatif.

Turut hadir ialah CP Dato’ Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA, DCP Dato’ Wira Mohammad Sabtu Osman, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Kepolisan/Pencegahan Jenayah) dan SAC Dato’ Abd. Rasid Haron, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA Pasukan Gerakan Khas dan Komander 69 Komando.

10 11

Page 7: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

12 13

PEMIMPIN TERTINGGI PDRMM E N G H A D A P A G O N G

MASYARAKAT JANGAN BERI SUAPAN KEPADA POLIS - KPn

Sana

-sin

i Sana

-siniKuala Lumpur, 16 Mac 2012 – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam

Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, berkenan menerima menghadap delegasi pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Delegasi yang diketuai oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara itu turut dihadiri oleh Deputi

Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM.

Manakala delegasi PERKEP Malaysia diketuai oleh Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia serta diiringi Datin Sri Imran Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia dan Pengerusi-Pengerusi PERKEP Jabatan PDRM.

Turut berangkat, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Kuala Lumpur 14 Mac 2012 – Menurut Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, hanya 1% daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah. Walaupun

jumlah itu kecil namun jika dibiarkan, akan merebak lebih besar seperti mana penyakit kanser jika tidak dikawal.

“Apa yang dikesalkan orang ramai bercakap macam banyak sangat laporan rasuah yang dilakukan anggota polis. Ini tidak baik dan membawa kesan buruk kepada polis. Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah”.

“Kajian di negara-negara maju menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang. Empat jenis itu ialah rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik”.

Demikian kata Tan Sri Haji Ismail di Pelancaran Poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA, sambil berazam akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah dalam kalangan warga PDRM.

Oleh: Kpl. Noorlidia Mamon

Oleh: SI Megat Nizar

“Saya amat kecewa dan sedih setiap kali menerima laporan terdapat pegawai atau anggota yang melakukan rasuah sehingga ada yang tersebar dalam internet sama ada dalam penulisan dan klip video seperti YouTube”, ujar Tan Sri Haji Ismail yang turut mengingatkan agar setiap warga kerja PDRM tidak boleh melakukan kesilapan apatah lagi terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti rasuah.

Sementara itu Tan Sri Haji Ismail turut berpuas hati dengan usaha Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib) PDRM bagi membanteras salah laku anggota PDRM termasuk dalam aspek rasuah.

“Te rdapa t ama lan murn i dalam kalangan anggota PDRM di mana mereka sendiri yang melaporkan jika ditawarkan rasuah oleh masyarakat. Pada tahun lepas seramai 157 anggota polis melaporkan mereka ditawarkan rasuah”, kata Tan Sri Haji Ismail di majlis yang turut dihadiri oleh Datuk Hisham Nordin, Pengarah NKRA Rasuah.

12 13

Page 8: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

14 15

Majlis KesyukuranKetua Polis negara Pra AKRAB Jurulatih Utama

P D R MTingkat usaha perangi

J E N AYA H

Sana

-sin

i Sana

-sini

Ampang, 19 Februari 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah mengadakan majlis kesyukuran

Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor.

Majlis dimulai dengan Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat dengan dihadiri tetamu-tetamu jemputan dan penduduk-penduduk sekitar Masjid Bukit Antarabangsa.

Selesai Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tan Sri Haji Ismail Haji Omar bersama para tetamu yang hadir menunaikan solat fardu Zohor dan diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Turut hadir Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan CP Dato’ Pahlawan Zukifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik.

Bukit Aman, 16 Februari 2012 – Majlis Penutupan Kursus Training Of Trainers (TOT) Pra AKRAB Jurulatih Utama Polis Diraja Malaysia telah

diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Seramai 31 orang pegawai kanan polis dan 21 orang pegawai awam menyertai Kursus TOT (Training Of Trainers) Pra AKRAB Jurulatih Utama Polis Diraja Malaysia. Kesemua peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan pegawai awam dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) setiap kontinjen.

Majlis perasmian penutupan kursus telah dirasmikan oleh SAC Dato’ Dr. Hashim Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia.

Turut hadiri Ustaz Che Alias Che Ismail, Ketua Penolong Pengarah Agama (BAKA), Dr. Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Psikologi (BAKA), Izuddin Maskhor, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Oleh: SI Megat Nizar

Kuala Lumpur, 15 Mac 2012 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kehadiran anggotanya di lokasi strategik khususnya di

stesen-stesen pengangkutan awam di seluruh negara bagi mencegah jenayah selain menambah keyakinan orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka.

Menurut Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, menerusi perancangan itu, orang ramai turut berpeluang menyalurkan maklumat dan pandangan kepada polis.

“Saya telah memberikan arahan kepada ketua-ketua formasi berkenaan untuk meletakkan anggota di kawasan strategik bagi memberi keyakinan kepada orang ramai tentang keselamatan mereka. Di samping itu, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada polis agar dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pasukan”.

Demikian kata Tan Sri Haji Ismail kepada media ketika ditemui selepas melakukan tinjauan dengan menaiki sistem transit aliran ringan (LRT).

Dalam tinjauan kira-kira sejam bermula pukul 8 pagi itu, Tan Sri Haji Ismail dengan iikuti kira-kira 20 pegawai polis menaiki LRT dari Stesen Jelatek Datuk Keramat ke Stesen KL Sentral serta singgah di dua stesen iaitu Masjid Jamek dan KLCC.“Memang saya menerima laporan dengan pelbagai cara, tapi hari ini saya bertanya sendiri kepada pengguna perkhidmatan awam ini dan rata-rata menyatakan rasa puas hati dengan keselamatan mereka. Sebagai Ketua Polis Negara, ini merupakan berita baik untuk saya,”ujar Tan Sri Haji Ismail yang turut menyerahkan cenderahati PDRM kepada pengguna LRT.

Mengulas lanjut, Tan Sri Haji Ismail berkata, saya amat berpuas hati dengan maklum balas yang diterima daripada orang

ramai berkaitan keselamatan mereka semasa menaiki pengangkutan awam ketika berulang-alik ke tempat kerja.

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

MAJlIS PENUTUPAN KURSUS TRAINIg of TRAINERS (ToT)

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

14 15

Page 9: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

16 17

POLIS TIANG SERI NEGARA BANGSA– Dato’ Seri Hishammuddin

Sana

-sin

i Sana

-sini

Kuala Lumpur 24 Mac 2012 – “Tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh lebih 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah tonggak utama

kepada pembangunan negara bangsa yang berjaya”.“Berbekalkan semangat setia kawan yang diterapkan, warga PDRM

harus berikrar untuk memikul dan mempertahankan tanggungjawab itu. Marilah kita berikrar setinggi-tinggi dan berjanji untuk terus memperkukuhkan tekad kita sebagai tiang seri pembangunan sebuah negara bangsa.”

“Permulaan ini juga harus dijadikan fasa untuk kita berada lebih dekat di hati rakyat dan menjaga keamanan sejagat”. Demikian kata Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, ketika berucap sempena Sambutan Hari Polis Ke-205, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Sambutan yang julung kali diadakan pada sebelah malam itu telah mengundang lebih 20,000 warga kota dan terpukau dengan pertunjukan khas yang dihidangkan secara terbuka kepada masyarakat untuk turut serta meraikan sambutan itu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Warga kota mula memenuhi ruang-ruang pameran sebaik dibuka pada sebelah pagi sambil menyaksikan pertunjukan dari pelbagai unit dalam pasukan itu. Ruang Dataran Merdeka dan laluan ke kawasan tersebut mulai sesak menjelang malam apabila orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perbarisan secara lebih dekat dari pelbagai unit dalam pasukan polis serta pelbagai pertunjukan yang menghiburkan.

Antara yang memukau pengunjung adalah pertunjukan payung terjun, aksi tempur oleh 69 Komando, akrobatik bermotosikal dan aksi Unit Tindakan Khas (UTK) ketika bertempur dengan penyerang hendap sewaktu mengiringi orang kenamaan (VVIP).

Kemuncak sambutan tersebut lebih dirasai apabila loceng dari jam besar Bangunan Sultan Abdul Samad berbunyi. Detik 12 tengah

malam menyaksikan sambutan Hari Polis Ke-205 dirasmikan oleh Dato’ Seri Hishammuddin serta pengenalan maskot Harimau Biru sebagai penjenamaan semula PDRM.

Pada sambutan itu, PDRM turut menganugerahkan pangkat Asisten Komisioner (Kehormat) kepada penerbit filem Datuk Yusof Haslam dan penganalisis jenayah tanah air, Kamal Affendi Hashim menerima anugerah Deputi Superintendan (Kehormat), manakala Naib Pengerusi Yayasan Pencegah Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menerima anugerah Rakan Polis.

Terdahulu, Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya berkata, “PDRM memilih ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ sebagai tema sambutan Hari Polis Ke-205 kali ini.

“Tema ini boleh dianggap sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan.”

“Khidmat ini akan diteruskan sehingga rakyat berpuas hati dengan segala tindak-tanduk kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka”, ujar Tan Sri Haji Ismail disambutan yang turut dihadiri oleh Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, dan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat.

Pada malam itu, Dato’ Seri Hishammuddin turut menyampaikan Anugerah dan Sijil Penghargaan Changing of Guard kepada SAC Zulkifli Mohamad, Komandan Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, Pencipta Tema Hari Polis SI Megat Nizar Megat Uda Abdullah dan 14 penerima Juara Disiplin.

Oleh: SI Megat Nizar

Sana

-sin

i

16 17

Page 10: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

18 19

MESYUARAT AGUNG KE-23 PERKEPJabatan Pengurusan Bukit Aman

Pm rasmiMenara 1 Bukit Aman

Sana

-sini

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 8 Mac 2012 – Mesyuarat Agung Ke-2 3 P E R K E P J a b a t a n

Pengurusan Bukit Aman telah diadakan di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman.

Mesyuara t t e l ah d i r asmikan oleh Prof. Madya Datin Dr. Fatimah Moosa, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.

Mesyuarat Agung dimulakan bagi membincangkan perkara berbangkit serta membentang dan meluluskan penyata kira-kira tahun 2011 . Mesyuarat juga telah memilih Ahli Jawatankuasa yang baru bagi memantapkan aktiviti PERKEP Pengurusan.

Turut hadir CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia dan DCP Dato’ Haji Abdul Rahim Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan).

Bukit Aman, 9 Mac 2012 – Program Kunjungan Mesra Ke Muzium Polis oleh Perkumpulan Perempuan (VVI) Cawangan Sri Aman, Kulim, Kedah telah berlangsung di Muzium Polis Diraja Malaysia,

Kuala Lumpur.Turut hadir sepanjang lawatan tersebut, Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji

Omar, Ketua Polis Negara, yang turut diiringi Supt. Syed Zainal Abidin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM.

Dalam lawatan itu, delegasi telah dibawa melawat tempat yang menarik di dalam galeri pameran, antaranya adalah tayangan video sejarah awal penubuhan pasukan polis, koleksi pakaian lama pasukan polis, koleksi senjata api dan senjata berjadual yang telah dirampas semasa darurat, koleksi barang-barang kelengkapan tentera Jepun, koleksi pingat-pingat anugerah, tokoh-tokoh anggota polis dan ruangan lipatan sejarah Balai Polis Bukit Kepong.

Kuala Lumpur, 12 April 2012 – Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah merasmikan Menara 1, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia

(PDRM), Bukit Aman, Kuala Lumpur.Menara 1 yang tersergam indah itu terletak bersebelahan Pintu ‘A’,

Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman. Sesiapa sahaja yang melalui laluan dari Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur ke Jalan Cenderasari pasti akan terpegun melihat bangunan setinggi 31 tingkat berdiri megah di Bandaraya Kuala Lumpur.

Projek pembinaan Menara 1 bermula pada 3 Mac 2005 di tapak asal tempat meletak kenderaan Bukit Aman dengan berkeluasan 1.4 hektar membabitkan kos kira-kira RM320 juta. Menara 1 merupakan lambang kekuatan dan kebanggaan warga PDRM yang turut dirasai seluruh rakyat negara ini.

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

Program Kunjung Mesra ke M U Z I U M P D R M

Sana

-sin

i

Oleh: SI Megat Nizar

18 19

Page 11: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

20 21

Sana

-sin

i Sana

-sini

Proses pembinaan Menara 1 dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang seterusnya memantau kerja-kerja pembinaan dilaksanakan secara teliti dan berperingkat sehingga siap sepenuhnya pada 21 April 2010. Syarikat Perwira Bintang Sdn. Bhd bertanggungjawab menyiapkan sepenuhnya menara itu.

“Pembinaan Menara 1 ini mampu menempatkan 2,500 pegawai, anggota polis dan pegawai awam. Manakala Menara 2 dan Kompleks 3, pula mampu menampung lebih daripada 5,500 orang menjadikan keanggotaan di Bukit Aman berjumlah lebih 8,000.”

“Kesemua prasarana ini bertepatan dengan aspirasi Y.A.B. Perdana Menteri yang telah melalui Pelan Strategik Lima Tahun (PS5T) dalam mengorak langkah menuju sebuah agensi penguatkuasaan bertaraf dunia,” kata Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian itu yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri.

Pembinaan Menara 1 merupakan satu kebanggaan dan telah merangsang warga PDRM untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara bersama kerajaan mencapai objektif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah ke tahap minimum.

“Kami sebagai warga PDRM akan terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan serta sedia menempuh cabaran semasa dan masa depan. Itu janji kami,” kata Tan Sri Haji ismail lagi.

PDRM perlu melakukan transformasi budaya kerja menerusi gabungan konsep ‘Manusia, Teknologi dan Sains’ berikutan perkembangan semasa yang menyaksikan penjenayah mengubah modus operandi mereka.

“Transformasi amat diperlukan bagi mengesan dan menangani jenayah alaf baru yang dilihat sentiasa menukar modus operandi menerusi penggunaan teknologi maklumat (IT) yang canggih. Transformasi undang-undang yang sedang dilalui di bawah kepimpinan Y.A.B. Perdana Menteri, juga menjadi penggerak kepada PDRM untuk meningkatkan mutu penyiasatan yang berteraskan kepada penyiasatan berteraskan kaedah saintifik.”

“Peralatan seperti DNA (ujian asid deoksiribonukleik), bank data, Sistem Ujian Balistik Bersepadu, Pengubah Spektroskop Infra Merah (FTIRS) adalah antara peralatan saintifik yang akan terus ditingkatkan bagi mengurangkan jenayah,” ujar Tan Sri Haji Ismail yang berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Pada masa sama, Dato’ Sri Mohd Najib turut merasmikan Pusat Saringan Kesihatan bagi kemudahan warga PDRM terutamanya yang bertugas dan tinggal di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Menurut Tan Sri Haji Ismail lagi, hubungan dengan masyarakat dipraktikkan melalui kaedah konvensional, komunikasi berkesan dan menggunakan kaedah C4i (Komunikasi, Arahan, Kawalan dan Integrasi Komputer) yang membolehkan PDRM memantau dan bertindak dengan pantas.

“PDRM telah memperluaskan ruang dan peluang komunikasi melalui IT dan menyertai aplikasi Internet seperti laman Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya”.

“Strategi Lautan Biru yang diterapkan oleh Y.A.B Perdana Menteri dalam sektor awam juga telah mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Melalui kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), I ka tan Re lawan Rakya t Malaysia (RELA) dan pihak berkuasa tempatan juga telah menambah kecekapan sektor awam selain menjimatkan jutaan ringgit perbelanjaan Negara,” kata Tan Sri Haji Ismail di majlis bersejarah yang turut dihadiri oleh Dato Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada hari itu juga, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, te lah sudi merasmikan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) Bukit Aman.

21

Page 12: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

22 23

Timbalan Ketua Polis NegaraTemui Ketua-Ketua Polis Bantuan

Perhimpunan BulananAnjuran Jabatan Pengurusan

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 15 Mac 2012 – Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan

Ketua Polis Negara mengadakan pertemuan bersama Ketua Agensi Polis Bantuan Kuala Lumpur dan Selangor bertempat di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.

Sebanyak 107 agensi Polis Bantuan telah beroperasi di seluruh tanah air, yang terdiri daripada 24 jabatan kerajaan, 30

Government-linked Corporations, 34 agensi swasta dan 19 badan berkanun dengan jumlah kekuatan di seluruh negara seramai 17,679 orang.

“Ini adalah sesuatu yang signifikan dalam konteks keanggotaan value added kepada polis regular dan jika diterjemahkan kepada keanggotaan untuk pencegahan jenayah dalam konteks NKRA, maka ianya akan menjadi lebih relevan dan memanfaatkan masyarakat setempat secara keseluruhannya dan seterusnya membantu pencapaian objektif program-program NKRA. Rangkaian komunikasi di kedua-dua belah pihak hendaklah konsisten dan cekap supaya menjadi lebih responsif kepada kehendak masyarakat,” kata Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Turut Hadir CP Datuk Mortadza Nazarene, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia.

aktiviti memancingrapatkan polis dengan masyarakatOleh: Kpl. Mohamad Wahid Mat Din

Port Dickson, 31 Mac 2012 – Pertandingan Memancing Sempena Hari Polis Ke-205 telah berlangsung di Pantai

Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan.Pada pertandingan itu telah mengangkat nama Mohd Nur Iman,

24, dari Pontian, Johor, selaku Juara apabila berjaya menaikkan ikan pari seberat 1.64 kilogram (kg) sekali gus membawa pulang hadiah utama RM15,000 berserta hadiah iringan.

Pemenang tempat kedua dimenangi oleh Shahabudin Ahmad dari Kuantan, Pahang dengan tangkapan ikan pari seberat 1.46kg, membawa pulang RM10,000 dan tempat ketiga, Mohamed Kario, dari Pulau Gadong, Melaka, dengan ikan semilang seberat 0.54kg. membawa pulang RM8,000.

Pertandingan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Berita Harian itu disertai 1,000 kaki pancing dari seluruh negara untuk merebut hadiah keseluruhan RM47,500.

Menurut Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, PDRM akan bekerjasama dengan Berita Harian, menganjurkan sirkit memancing PDRM peringkat empat zon, dalam tempoh terdekat.”

“Kita berpuas hati penganjuran pertandingan hasil kerjasama PDRM dan Berita Harian yang berjaya menarik penyertaan ramai

pemancing dari seluruh negara. Justeru, kita berasakan penganjuran sirkit kebangsaan mampu menjadi medium merapatkan hubungan PDRM dan masyarakat,” ujar Dato’ Sri Khalid yang turut dihadiri oleh Datuk Ahmad A Talib Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, CP Dato Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, SAC Dato’ Osman Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan dan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Ketua Pengarang Berita Harian.

Pertandingan itu turut menerima tajaan daripada Tackles Coleman, Maggi, Nescafe, Petani dan Julie’s. Pada hari itu selain pertandingan memancing, PDRM turut menganjurkan Hari Keluarga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dengan pelbagai aktiviti termasuk pertandingan memasak, sukaneka, pameran agensi kerajaan dan persembahan artis.

Sana

-sin

i

Bukit Aman, 16 Februari 2012 – Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Pengurusan telah diadakan di perkarangan Kompleks

3, Bukit Aman.“Melalui pengukuhan iltizam, Polis Diraja Malaysia mampu

untuk melaksanakan strategi-strategi pengurusan kerjaya mahupun pengurusan rumah tangga dengan lebih berkesan dan memberi manfaat sepenuhnya terhadap kesejahteraan dan kemakmuran mereka di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia,” kata Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Turut hadir Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir khan

Sana

-sini

Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman

Bukit Aman, 13 Jan 2012 – Perhimpunan Bulanan Semua Jabatan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan

Jenayah (JSJ) telah berlangsung di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman.

Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga PDRM yang bekerja keras dalam memastikan tiada isu berbangkit berkenaan persepsi

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

Perhimpunan Bulanan

peserta perhimpunan tersebut terhadap kaedah penugasan anggota-anggota PDRM sekaligus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Perhimpunan pembuka tirai 2012 ini turut dihadiri oleh Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

22 23

Page 13: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

24 25

MAJLIS PERJUMPAANKeTuA PoliS negArA dengAn wArgA PSP

Impian Gadis Kanser TulangJ A d i A n g g o t A P o l i s t e r c A P A i

KPn BerlePASKE LONDON

TAN SRI HAJI ISMAIL SelAMAT KeMBAli dAri london

Sana

-sini

Cheras, 5 Januari 2012 - Majlis Perjumpaan di antara Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dengan warga Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) telah diadakan di Pangkalan

PSP Cheras.Majlis diadakan bagi mengingatkan seluruh warga Polis Diraja Malaysia bagi menghadapi

segala suasana atau cabaran dengan satu nada dan berpaksikan slogan Polis Diraja Malaysia ‘Tegas, Adil dan Berhemah’, serta Visi dan Misi Polis Diraja Malaysia. Sentiasa siap-siaga dari segi fizikal, mental serta turut mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran seperti Changing IT Development dan sentiasa up to date berkaitan isu semasa serta patuh kepada Standard Operation Prosedur (SOP).

Turut hadir CP Dato’ Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA, SAC Dato’ Abd Rashid Harun, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas) dan SAC Dato’ Mohd Sueb Abdullah, Timbalan Pengarah II, Jabatan KDNKA (Pentadbiran).

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Kuala Lumpur 31 Januari 2012 – Takdir mengatasi segala-galanya. Cita-cita murni seorang gadis sunti yang menghidap penyakit kanser tulang untuk menjadi seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun sehari,

akhirnya tercapai apabila dia diberi peluang tersebut oleh PDRM.Gadis itu Raihana Batturul Saman, 14, yang disahkan menghidapi penyakit kanser itu hanya

mampu tersenyum rasa gembira dan teruja atas peluang diberikan oleh pucuk pimpinan PDRM. Walaupun terpaksa menggunakan kerusi roda, gadis tabah itu tersenyum riang. Peluang yang diberikan kepada Raihana, layanan istimewa seperti orang kenamaan (VIP) dengan diberi taklimat khas berhubung cabaran dan rutin kerja seorang anggota polis wanita dalam situasi dunia hari ini yang penuh cabaran dan dugaan.

Pemakaian uniform polis berwarna biru gelap, merupakan saat terindah dalam kehidupannya. Hadirin turut tersentuh melihat gelagat Raihana ketika itu.

Menurut Syarifah Farah Gumash Syed Hussain, Pengerusi Make A Wish Yayasan Malaysia, hari ini merupakan detik paling bermakna buat Raihana.

Malah sejak dari pagi, Raihana sentiasa tersenyum malah ibunya turut menangis kegembiraan melihat senyuman yang mungkin tidak akan dilupakan dalam sejarah hidupnya.

“Doktor memaklumkan dia boleh ‘pergi’ bila-bila masa sahaja, jadi usaha untuk merealisasikan impiannya dilakukan segera. Raihana amat meminati drama bersiri Gerak Khas, untuk itu, Raihana dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Pangkalan Pasukan Gerakan Udara PDRM Sungai Besi dan Muzium PDRM untuk memberi peluang kepada Raihana mengenali lebih dekat tentang PDRM,” kata Syarifah Farah yang mengatakan pihaknya mendapat tahu mengenai derita yang dialami Raihana selepas dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Oleh: Kpl. Noorlidia Mamon

Sana

-sin

i

Oleh: SI Megat Nizar

KLIA, Sepang, 26 Januari 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, hari

ini berlepas ke United Kingdom untuk Lawatan Kerja.

Dalam rangka lawatan itu, Tan Sri Haji Ismail akan menyampaikan taklimat tentang keselamatan semasa di Malaysia di samping taklimat khas yang akan disampaikan oleh barisan kepimpinan tertinggi polis di United Kingdom dan Pegawai Keselamatan Kerajaan UK berkaitan isu-isu keselamatan, kepolisan dan keselamatan di negara itu.

Pada masa yang sama, Tan Sri Haji Ismail akan dibawa melihat pameran peralatan keselamatan terkini yang dikhaskan kepada pihak berkuasa dan keselamatan masyarakat, yang memfokuskan kepada tiga aspek iaitu, Jenayah dan Kepolisan, Keselamatan dan Counter Terrorism dan Keselamatan Sempadan.

Sepang, 2 Februari 2012 – Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismal Haji Omar, Ketua Polis Negara, selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport

(KLIA), Sepang, setelah melakukan Lawatan Kerja ke London.“Bersyukur ke-hadrat Allah S.W.T, kerana telah memanjangkan usia saya di samping

memudahkan segala urusan saya ketika berada di London dalam rangka Lawatan Kerja di sana”.

“Dalam rangka lawatan itu, saya dibawa melihat secara dekat senjata-senjata yang canggih dan terkini untuk kegunaan pasukan keselamatan di pameran yang diadakan secara tertutup itu”.

Demikian kata Tan Sri Haji Ismail ketika menyampaikan ucapan ringkas di Bilik VIP KLIA, di samping melahirkan rasa syukurnya apabila dipermudahkan dalam setiap urusan dalam rangka lawatan kerja tersebut.

“Saya turut berkesempatan menemui beberapa orang pemimpin negara yang turut diundang menghadiri Pameran Kepolisan dan Keselamatan Tahun 2012 itu, serta berbincang dan bertukar-

tukar pandangan dengan mereka demi kebaikan hubungan dua hala”, ujar Tan Sri Haji Ismail lagi.

Dengan kepulangan Tan Sri Haji Ismail ke tanah air hari ini, sekali gus telah menafikan khabar angin pihak-pihak yang iri hati di atas keupayaan dan kejayaannya mengetuai PDRM dengan menyebarkan berita palsu mengatakan beliau telah meninggal dunia di kota London.

Di antara yang menyambut kepulangan Tan Sri Haji Ismail ialah Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, DCP Dato’ Haji Tun Hisan Dato’ Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor dan DCP Dato’ Haji Ghazali Haji Md. Amin, SUPM.

Oleh: SI Megat Nizar

24

Page 14: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

26 27

MAJLIS PELANCARAN OPS SIKAP KE-25

11 Pemandu Terima Anugerah Polis diraja Malaysia- OPS SIKAP KE-25

dato naZiraHrai tan sri ismail

Subang Jaya, 16 Januari 2012 – Inspektor Jeneral, Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara telah merasmikan Majlis Pelancaran Ops Sikap

Ke-25 Dan Kempen Rumah Selamat 2012 sempena Tahun Baru Cina di Kompleks Persada PLUS.

Fokus diberi dalam enam operasi utama iaitu, operasi had laju, operasi motosikal, operasi mabuk, operasi lorong kecemasan dan potong queue, operasi lampu isyarat dan lain-lain operasi seperti lebih muatan, tali pinggang dan topi keledar.

Elemen collaboration akan menyaksikan penglibatan secara langsung Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Kementerian Kesihatan Malaysia, St.John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Malaysia Institute Of Road Safety Research (MIROS).

Seiring dengan musim perayaan, majlis turut melancarkan Kempen Rumah Selamat yang mensasarkan kepada keselamatan harta-benda dan rumah yang ditinggalkan semasa pulang ke kampung halaman atau pergi bercuti.

Majlis turut dihadiri CP Dato’ Salleh Mat Rashid, Pengarah KDNKA, SAC Dato’ Abd Aziz Yusof, Ketua Trafik Pasukan, Dato’ Haji Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Ir. Ismail Md. Salleh, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Dato’ Ir. Haji Mohamad Nor Yacob, Ketua Pengarah JKR.

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Sungai Buloh, 2 Februari 2012 – Majlis Anugerah Pemandu Berhemah Dan Prestasi Terbaik Sempena Ops Sikap Ke-25 telah dirasmikan oleh Deputi

Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara di Hentian Rehat Sungai Buloh (Restoran Jejantas).

Berdasarkan kriteria pemeriksaan fizikal, temuramah serta semakan kesalahan trafik melayakkan enam pemandu bas dan lima penunggang motosikal dipilih menerima anugerah pemandu berhemah. Mereka yang terpilih merupakan Role Model yang boleh dijadikan contoh teladan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Rumusan keseluruhan Ops Sikap menunjukkan penurunan dalam kadar kemalangan, kemalangan maut dan jumlah kematian. Kes-kes kemalangan telah menurun sebanyak 1.4 %, kemalangan maut turun 15.3 % manakala kadar kematian turun 15.6 % berbanding tempoh sama Ops Sikap Perayaan Tahun Baru Cina 2011.

Turut hadir CP Dato’ Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kententeraman Awam, Dato’ Haji Solah Mat Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan Gerald Leslie Leon, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Ant

ara

ba

ngsa

Oleh: L/Kpl Aslam Syir Khan

Bangkok, 29 Februari 2012 – Puan Yang Terutama Dato Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok, telah

mengadakan jamuan makan tengah hari bagi meraikan Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, yang dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Raja Thailand iaitu Knight Grand Cross (First Class) Of The Most Noble Of The Crown Of Thailand oleh Raja Bhumibol Adulyadej.

“Jamuan yang diadakan sebagai tanda penghargaan kerajaan kepada Tan Sri Haji Ismail, Ketua Polis Negara yang dianugerahkan darjah kebesaran Raja Thailand”.

“Anugerah itu sebagai menghargai peranan yang diambil Tan Sri Haji Ismail menjalinkan persahabatan dan hubungan mesra antara Malaysia dan Thailand terutama dalam usaha memerangi jenayah”.

Demikian kata Puan Yang Terutama Dato’ Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Bangkok, ketika berucap di majlis tersebut yang diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand.

Penganugerahan itu disampaikan oleh Jeneral Preophan Dhamapong, Ketua Polis Diraja Thailand, yang mewakili Raja Bhumibol Adulyadej, dalam satu

Oleh: SI Megat Nizar

Sepang, 28 Februari 2012 – Lapan orang wanita adalah antara 24 orang yang terpilih bagi mewakili PDRM ke Misi Pengaman PBB Timor Leste (UNMIT). Misi PBB United Nation Integrated Mission In Timor Leste (UNMIT) kali ini terdiri daripada enam pegawai dan 18 anggota diketuai oleh Supt. Mohamad Salleh

Khalid daripada Cawangan Khas Bukit Aman.Penugasan anggota UNMIT di misi ini adalah sebagai Police Adviser kepada pasukan polis tempatan dalam melaksanakan

tugas-tugas kepolisan mengikut piawaian kepolisan antarabangsa. Empat anggota yang menyertai misi kali ini akan menggantikan empat pegawai UNPOL yang telah pulang ke tanah air setelah menamatkan penugasan mereka pada 14 Februari 2012 lalu. Manakala 20 pegawai dan anggota yang lain adalah sebagai tambahan kuota PDRM di misi tersebut.

Turut hadir di majlis ini ialah SAC Dato’ Asri Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Penjawatan), SAC Dato’ Ramli Din, Penolong Ketua Urus setia KPN (Pentadbiran I), Supt. Imran Abd Rahman, Ketua Polis Daerah Sepang, Supt. Che Zakaria Othman, Ketua Pegawai Turus Istiadat, DSP Zainuddin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (Ketua Polis KLIA).

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

M i s i p e n g a m a npbb timor leste(unmit)

26 27

majlis khas yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, Bangkok, Thailand.

“Saya berasa terharu dan bangga apabila diberikan penghargaan untuk menerima darjah kebesaran tertinggi daripada Raja Thailand. Sesungguhnya darjah kebesaran diterima itu merupakan pengiktirafan amat bermakna bagi saya dan juga PDRM”

“PDRM dan RTP akan terus bekerjasama dalam memerangi masalah keselamatan kedua-dua negara termasuk isu-isu membabitkan jenayah kecurian kenderaan, pengedaran dadah dan ancaman pengganas,” kata Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika berucap di majlis yang turut dihadiri Puan Sri Hajah Suriati Haji Md. Sobri, isteri Ketua Polis Negara, CP Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan DCP Dato’ Haji

Anta

rab

ang

sa

Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Page 15: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

28 29

POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA THAILAND

TINGKAT KERJASAMA

LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK)bersama US ARMY DAN US NAVY

Ant

ara

ba

ngsa

Anta

rab

ang

sa

Bangkok 28 Februari 2012 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) bersetuju meningkatkan lagi operasi bersama untuk mengesan dan membanteras kumpulan

pengganas yang menjadikan dua negara berjiran tersebut sebagai tempat persembunyian.

Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, berkata, keputusan itu merupakan antara 11 perkara yang dibincang dan dipersetujui bersama semasa Mesyuarat Urus Setia Dalam Aktiviti Jenayah Melibatkan Malaysia-Thailand Kali Ke-21 yang berlangsung di Centara Grand Hotel, Bangkok, Thailand.

Menurut Tan Sri Haji Ismail, isu pengganas diberi perhatian dalam mesyuarat kali ini kerana mengambil kira apa yang telah berlaku di Indonesia dan selatan Thailand dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

“Adalah disyaki terdapat individu yang dipercayai pengganas melarikan diri sama ada ke Malaysia atau Thailand. Untuk itu, kita rasa perlu diterus dan ditingkatkan lagi kerjasama antara PDRM dan RTP untuk menjalankan pemantauan bagi mengesan individu berkenaan.”

“PDRM mempunyai pasukan khas yang sering berkomunikasi dengan rakan sejawatan di RTP. Kita bersetuju untuk meningkatkan operasi mengesan jika ada saki baki atau penyokong kumpulan pengganas yang menggunakan sama ada Thailand atau Malaysia untuk dijadikan tempat mereka bersembunyi,” kata Tan Sri Haji Ismail kepada Angelina Sinyang wartawan Utusan Malaysia selepas selesai mesyuarat di Centara Grand Hotel, di Bangkok.

Terdahulu, Tan Sri Haji Ismail dan Jeneral Preophan Dhamapong Ketua Polis Negara Thailand, bersama mempengerusikan mesyuarat dan seterusnya

Oleh: SI Megat Nizar

Ipoh, 15 Februari 2012 – Latihan Pasukan Gerakan Khas (PGK) bersama US Army dan US Navy telah berlangsung

di Lapangan Terbang Unit Udara Polis Ipoh Perak. Latihan yang berlangsung bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini. Latihan dijalankan satu atau dua kali setahun bersama US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak ‘C’ Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama tiga hari (reciprocal training). Semasa latihan peringkat akhir, seramai empat Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan evidence collection.

Turut hadir semasa latihan tersebut, CP Dato’ Wira Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA dan DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, Komander 69 Komando dan telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat.

Oleh: L/Kpl. Fansus Jangor

28 29

menandatangani mini t mesyuara t yang dipersetujui bersama kedua-dua pihak.

Menurut Tan Sri Haji Ismail, ketika ini, PDRM dan RTP telah memeterai perjanjian atau persefahaman untuk menempatkan anggota di pintu sempadan bagi melaksanakan tugas rondaan secara bersama.

“Tumpuan risikan juga diberi keutamaan iaitu kita akan pantau pergerakan, saling bertukar serta berkongsi maklumat tentang individu yang kita percaya mempunyai kepentingan dan niat jahat terhadap kedua-dua negara,” ujarnya.

Menurut Tan Sri Haji Ismail, 10 lagi perkara diluluskan dalam mesyuarat i tu ialah penyeludupan dan pengedaran dadah, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pengedaran senjata api, melindungi nyawa dan harta benda rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan, pembangunan dalam pengendalian atau pemulangan barang bukti seperti kenderaan yang dirompak atau dicuri dari Malaysia ke Thailand dan sebaliknya.

Turut dipersetujui, kerjasama dalam jenayah ekonomi dan siber, langkah perisikan, jenayah di laut dan lanun, latihan dan pembangunan sumber manusia serta lain-lain perkara.

Turut hadir, pada mesyuarat itu ialah CP Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, DCP Dato’ Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), SAC Dato’ Isa Munir, Komander Pasukan Gerakan Marin (PGM), SAC Dato’ Khariri Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Ancaman Ekstremis Luar Cawangan Khas, SAC Dato’ Abd. Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ dan SAC Dato’ Huzir Mohamed, Ketua Penolong Pengarah D9 JSJ.

Page 16: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

30 31

majlis Bacaan Yasin, tahlil dan doa

H a r i P o l i s K e - 2 0 5 G O L F H A R IPOLIS KE-205team sPB Yang di-Pertuan agong vs PdrmBukit Aman, 22 Mac 2012 –

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Peringatan Hari Polis Ke-205 tahun telah diadakan di Masjid Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis diadakan bagi mengeratkan silaturahim dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dan mensyukuri nikmat keamanan yang telah dikecapi di dalam negara selama ini.

Turut hadir, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Bukit Aman, 10 Februari 2012 – Perarakan Maulidur Rasul bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” telah

diadakan di Dataran Kawad, Bangunan 4 tingkat menuju ke Masjid Bukit Aman.

Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah berjaya merangkul tempat pertama dan johan keseluruhan sekaligus mengulangi kejayaan tersebut pada tahun 2011, Cawangan Khas sebagai naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Sembilan jabatan telah menyertai perarakan iaitu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Pengurusan, Jabatan Logistik, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism), Urus Setia KPN, Cawangan Khas dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Perarakan didahului oleh rombongan Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Fadhilatu Sheikh Haji Hassan Al-Fadhli Abdul Rahman Al-Hafiz, Ketua Imam Masjid Bukit Aman.

Ceramah Khas Sempena Maulidur Rasul Peringkat Bukit Aman oleh Ustaz Badli Shah Alauddin, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang yang bertajuk “Konsep Wasatiyyah Keperibadian Rasulullah S.A.W Menaja Integriti Warga PDRM”.

Turut berarak Deputi Inspektor Jeneral Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, CP Datuk Seri Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, CP Dato’ Salleh Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA dan CP Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Oleh: L/Kpl. Aslam Syir Khan

Kuala Lumpur, 16 Mac 2012 – Pertandingan Golf Hari Polis Ke-205 Tahun 2012, di antara Pasukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), telah

berlangsung di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC).Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan mencemar duli berangkat menyertai pertandingan itu.

Turut bertanding Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Terdahulu keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, disambut oleh Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara dan DCP Dato’ Haji Ghazali Haji Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

“Patik sekalian amat terharu dengan keberangkatan Seri Paduka Baginda Tuanku berdua yang sesungguhnya telah berjaya menambah seri dan memeriahkan lagi pertandingan ini yang diadakan khusus sebahagian daripada menjayakan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-205 tahun 2012”.

Oleh: SI Megat Nizar

“Melalui pertandingan ini, telah berjaya meningkatkan pengukuhan si laturahim dan kemesraan yang tiada tolok bandingnya di antara Seri Paduka Baginda Tuanku berdua serta kerabat-kerabat dengan warga PDRM keseluruhannya. Bak kata pepatah, ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Demikian kata Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Ketua Polis Negara, ketika mempersembahkan ucapan di majlis yang bersejarah itu.

D i a n t a r a y a n g m e n y e r t a i pertandingan itu ialah Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan, Tan Sri Dato’ Seri Zulkifeli Mohd Zin, Tan Sri Norian Mai, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin, Datuk Azlina Abdul Aziz, Dato’ Robiah Abd Ghani dan Datin Seri Rohana Ahmad.

30

Perarakan Maulidur RasulPeringkat Bukit Aman tahun 2012

Ag

am

a

31

Sukan

Page 17: TRANSFORMASI - rmp.gov.my · Ucapan Tahniah daripada seluruh warga PDRM kepada ... Haji Ismail yang berikrar akan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin itu. ... Turut berangkat

Berita Bukit Aman - Bil. 1-2012

32

Memberi jawapan akuan terima dan tindakan susulan yang akan diambil kepada semua surat-menyurat yang diterima secara rasmi melalui pos/berdaftar/faks dan e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan.

Melayan dalam tempoh 15 minit selepas mendapat nombor giliran

Bertindak atau berada di tempat kejadian dalam tempoh 15 minit setelah menerima maklumat kejadian

Memaklumkan status siasatan kepada mangsa bagi :-

Perkembangan siasatan kes dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh laporan polis diterima

Keputusan kes dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan tersebut diperolehi

Menerima/melayan/menyiasat semua Aduan Pelanggan yang diterima tanpa prasangka dan maklumkan perkembangan dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh aduan diterima

Piagam PelangganP o l i s d i r a J a m a l a Y s i a

sejajar dengan misi PdrmKami berjanji

untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti