Transkipsi Temubual Bersama Guru Pelatih Pendidikan Islam

5
Transkipsi Temubual bersama Guru Pelatih Pendidikan Islam Rudi : Selamat Malam bakal Cik Tihah. Responder : Selamat malam juga. En. Rudi, Ada apa ya..? Rudi : Saya ditugaskan untuk menjalankan satu kajian yang berkatian dengan etika seorang guru. Memandangkan, cik tihah bakal mengajar pada tahun hadapan, apa pendapat cik tihah berkaitan dengan Etika Guru yang patut dipatuhi oleh seorang guru..? Responder : Pada pendapat saya, pertama sekali yang patut menjadi garis panduan kepada guru adalah menjaga masa untuk ke sekolah dan juga kelas. Selain itu, guru juga harus menjaga pakaian guru yang melambangkan imej sebenar seorang guru. kalau en rudi perasan lah, ramai guru-guru kita selalu mengaja pertuturan sesama guru dan juga pelajar. Jadi ini juga merupakan etika sebagai seorang guru. Rudi : ooo.. bagaimana dengan kes ganguan seksual terhadap pelajar.. adakah guru telah mencabuli kod etika perguruan..? Responder : ya..! sudah semestinya..saya pernah terbaca artikel mengenai kes ini. Walalupun, ia hanya isu minoroti namun semestinya boleh merosakan identiti sebagai seorang guru.Hal ini boleh diibaratkan seperti disebbkan nila setitik, rosak susu sebelanga.. Jadi, guru haruslah mengikut etika untuk

description

edu

Transcript of Transkipsi Temubual Bersama Guru Pelatih Pendidikan Islam

Transkipsi Temubual bersama Guru Pelatih Pendidikan Islam

Rudi : Selamat Malam bakal Cik Tihah.Responder :Selamat malam juga. En. Rudi, Ada apa ya..?Rudi : Saya ditugaskan untuk menjalankan satu kajian yang berkatian dengan etika seorang guru. Memandangkan, cik tihah bakal mengajar pada tahun hadapan, apa pendapat cik tihah berkaitan dengan Etika Guru yang patut dipatuhi oleh seorang guru..?Responder :Pada pendapat saya, pertama sekali yang patut menjadi garis panduan kepada guru adalah menjaga masa untuk ke sekolah dan juga kelas. Selain itu, guru juga harus menjaga pakaian guru yang melambangkan imej sebenar seorang guru.kalau en rudi perasan lah, ramai guru-guru kita selalu mengaja pertuturan sesama guru dan juga pelajar. Jadi ini juga merupakan etika sebagai seorang guru.Rudi : ooo.. bagaimana dengan kes ganguan seksual terhadap pelajar.. adakah guru telah mencabuli kod etika perguruan..?Responder :ya..! sudah semestinya..saya pernah terbaca artikel mengenai kes ini. Walalupun, ia hanya isu minoroti namun semestinya boleh merosakan identiti sebagai seorang guru.Hal ini boleh diibaratkan seperti disebbkan nila setitik, rosak susu sebelanga.. Jadi, guru haruslah mengikut etika untuk mengelakkan isu ini.Rudi : saya sering terdengar isu pelajar selalu ponteng untuk ke sekolah. adakah sebagai seorang guru juga berbuat demikian..?Responder :Ya.. kadang-kadang, jika guru tidak mempunyai etika dan tidak menjiwai sebagai seorang pendidik, mereka sering mencuri tulang dan selalu ponteng untuk ke sekolah. Jadi, semestinya, golongan ini melanggar etika perguruan sebenarnya.Rudi : Kalau cik tiha perhatikan di dalam bilik guru, biasanya, apakah sikap yang selalu dilakukan oleh guru sehingga melanggar etika mereka..?Responder :ouh, saya agak tertarik dengan soalan ini. Di dalam bilik guru, pelajar selalu tidak terdedah dengan suasananya, namun mengikut pengalaman saya berbual dengan seorang guru yang sangat rapat dengan saya. Beliau agak kurang gemar dengan sikap guru yang selalu dan suka mengumpat semasa mereka ada masa terluang sedangkan saya percaya banyak lagi kerja lain yang lebih berfaedah. selain tu, teruatama guru wanita suka melalukan bisnes secara senyap-senyap di dalam bilik darjah. Jual avon, jual tupperware dan sebagainya.. hal ini semestinya melanggar etika sebagai seorang guru.Rudi : wow.. tak sangka juga ada guru berbuat demikian. Namun bagaimana pula dengan etika dari segi pengajaran..? mungkin semasa mengajar..?Responder :ooOoo.. pelbagai etika yang perlu dipatuhi sebenarnya semasa mengajar namun, saya nak tekankan kepada guru diluar agar tidak memilih kasih dan diskriminasi terhadap pelajar. Saya percaya, jika kita sebagai guru tidak melakukan perkara seperti ini, dan mengikut etika semasa mengajar, kita dapat melahirkan semua pelajar yang cemerlang.Rudi : Cik tiha, saya percaya hal-hal negatif atau guru tidak mematuhi etika ini, disebabkan beberapa faktor, pada pendapat cik tiha, apa faktor yang mempengaruhi guru tidak mematuhi etika ini..?Responder :Biasalah Rudi, semua orang suka kebebasan dan tidak suka terikat dengan sebarang peraturan. Tapi,bukan itu punca utama sebenarnya. Ikut pendapat saya, punca utama ialah mindset seorang guru tersebut. Hal ini boleh dikaitkan dengan minat mereka sendiri agak kurang terhadap profesional sebagai guru. Bila kurangnya minat, semestinya kurang motivasi diri dan menyebabkan guru tersebut tidak mengikut etika dan ikut hati segala-galanya dalam membuat keputusan.Rudi : memandangkan, cik tiha bakal mengajar tahun hadapan, dan bakal mengajar subjek pendidikan islam. kalau cik tiha diberi peluang untuk mengatasi cabaran berkaitan isu-isu etika guru ini, agaknya pada cara yang sesuai dan patut dilakukan..? oleh cik tiha sendiri ataupun oleh sessiapa sahaja.Responder :bagi saya lah, sebagai bakal seorang ustazah. saya berpegang dengan satu prinsip "Amanah". amanah di dalam melakukan pekerjaan yang telah direzekikan oleh Yang Maha Esa. Saya percaya dengan melakukn kerja secara manah ini, semestinya lahirnya ikhlas di dalam pengajaran kita. Jadi, setipa prinsip mahupun kod etika ini, pasti dapat diikuti oleh setiap guru. Jadi, jika ditanya berkaitan cara mengatasi bagi skop diri saya ini, semestinya, saya akan cuba untuk sentiasa mematuhi etika dan menjadikan diri saya ini sebagai role-model dan panduan serta contoh bagi guru-guru lain. dalam masa sama, saya juga akan menasihati dan mewujudkan "amanah" ini dalam setiap individu guru.Responder :Namun, hal ini sebenarnya, dapat diatasi oleh pihak atasan khususnya Kementerian Pelajaran malaysia terutamanya dalam pemilihan guru. Mereka seharusnya melakukan dan menapis sebaik mungkin untuk melantik seseoarang sebagai guru. selain itu, pihak kementerian juga harus sentiasa membuat pemantauan berkaitana dengan atika ini. tambahan juga, mereka juga harus melakukan pelbagai kursus berkaitan etika supaya para guru sedar akan kepentingan etika didalam pembentukkan sahsiah pelajar jua.Rudi : ok. Terima kasih cik tiha atas perbualan ini dan juga atas luangkan masa bersama saya. Responder : sama-sama