Translation Biodata Rene Magritte
Click here to load reader
-
Upload
png-fei-mun -
Category
Documents
-
view
89 -
download
6
description
Transcript of Translation Biodata Rene Magritte
Rene Magritte merupakan seorang pelukis yang terkenal. Pada umur ke50-
annya, beliau mencapai kemasyhuran dalam hasil karyanya. Beliau sangat
berpengaruh dalam mentransformasikan seni Surrealisme (Surrealism Art).
Kebanyakan hasil kerja yang diciptanya adalah berkaitan dengan objek biasa dan
kejadian harian di mana beliau menyusun objek-objek dan lokasi lalu memaksa
penonton untuk melihat sedalam-dalamnya serta menyangka apa imej itu mewakili.
Rene Magritte dilahirkan pada 1898 dalam keluarga yang kaya. Pada Tahun
1912, ibunya membunuh diri. Pada masa itu, beliau baru memutuskan untuk belajar
di Academie de Beaux-Art di Brussel. Kebanyakan hasil karyanya yang awal adalah
reminiscent of the style yang dilukis oleh Pablo Picasso. Salah satu daripada hasil
karyanya pada 1919, Three Nudes. Beliau berkahwin dengan Georgette pada tahun
1922.
Pada awal kerjayanya, beliau menyedari bahawa beliau lebih minat dalam
aliran Surrealisme. ‘The Threatened Assasin’ merupakan hasil karya yang paling
awal dihasilkan. The Lost Jockey ialah satu lagi hasil yang diperkenalkannya pada
1925. Pada 1927, Rene Magritte mengadakan pameran pertamanya di Galerie la
Gentaurie, Brussels. Beliau menghasilkan hampir satu karya setiap hari untuk
dipamerkan. Akan tetapi, pengkritik telah melemparkan cacian terhadap pameran
itu. Setelah mengalami kekecewaan dan kegagalan itu, beliau berpindah ke Paris
dan berkawan dengan pelukis Andre Breton. Dari tahun 1927 ke 1930, kebanyakan
hasil karyanya diertikan sebagai cavernous.
Semasa Perang Dunia Kedua, Magritte berada di Brussels. Selepas
berpisah dengan Andre Breton, beliau menghasilkan ‘Renoir Period’ sebagai tindak
balasnya terhadap penaklukan German di Belgium. Pada masa itu, Magritte
melibatkan diri dalam penghasilan lukisan tiruan Van Gogh, Picasso dan Paul
Cezanne.
Sepanjang kerjayanya, Rene Magritte juga melakukan imitasi terhadap
lukisan terkenal yang dicipta oleh artis lain dengan mengubahnya dalam gaya
surrealist sendiri. Beliau mencipta semula ‘The Balcony’. Dalam ciptaan itu, beliau
menggantikan objek-objek yang terdapat dalam lukisan asal itu dengan keranda. Ini
merupakan salah satu cara Magritte mempamerkan ciptaan yang unik yang
memaksa penonton untuk melihat keluarbiasaan hasil karyanya.
Selain melukis, Rene Magritte juga melibatkan diri dengan bidang ukiran.
Beliau memasukkan unsur kecindan dalam ukirannya dan beberapa produk itu
menjadi terkenal. Beliau mempamerkan hasil karyanya di Brussels dan juga di
seluruh dunia. Antaranya di New York City pada 1936 dan di the Musuem of Modern
Art pada 1965 serta di Metropolitan Museum of Art pada 1992.
Bukan sahaja beberapa artis yang terpengaruh dengan kebolehannya untuk
menghasilkan sesuatu yang biasa akan tetapi penonton melihatnya sebagai sesuatu
yang sangat berbeza. Kebanyakan hasil karyanya telah digunakan dalam buku, iklan
dan banyak media.
Walaupun Rene Magritte meninggal dunia disebabkan kanser pankreas,
kebanyakan hasil karyanya masih dalam pameran pada masa kini. Beliau bukan
sahaja memperkenalkan satu aliran baru, beliau juga merupakan pemimpin dalam
aliran tersebut. Beliau telah menampilkan satu cara yang tersendiri pada kesenian
melukis dan juga penghasilan ukiran yang diciptanya itu.