Trip to Cherating

download Trip to Cherating

of 7

description

yay

Transcript of Trip to Cherating

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGUPAYAAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KE CHERATING, PAHANG.

TEMPAT: CHERATING, PAHANG

TARIKH: 19-22 FEBRUARI 2015

ANJURAN: JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR DAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.0 TUJUAN Kertas kerja dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu bagi mengadakan Program Pengupayaan Jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2014/2015.

2.0 LATAR BELAKANG

i. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar merupakan pemimpin yang telah dipilih dalam kalangan pelajar institut melalui pilihanraya.ii. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang dipilih setiap tahun adalah seramai 27 orang.iii. Justeru, setiap ahli JPP perlu mempunyai ciri-ciri kepemimpinan, nilai murni dan bekerjasama dengan pelajar-pelajar lain dalam JPP serta pihak-pihak luar..

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

I. Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2014/2015 yang terdiri daripada semester berlainan bekerjasama untuk mencapai visi dan misi JPP.II. Sehubungan dengan itu, Program Pengupayaan JPP ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2014/2015 yang telah menyumbang bakti kepada pelajar dan seluruh warga institut IPG Kampus Bahasa Melayu.III. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran pemuliharaan haiwan laut yang hampir pupus, menghayati keindahan flora dan fauna serta menghargai warisan Batik.IV. Memupuk serta memantapkan semangat kerjasama dalam kalangan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar.V. Memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan pengalaman dan pengetahuan.VI. Pendedahan awal kepada para pelajar akan dapat membuka minda dan memberi pengalaman berguna untuk membina diri menjadi insan yang cemerlang,berfikiran kreatif,kritis dan aktif.VII. Meneruskan semangat setia kawan, daya saing, toleransi serta membuka minda pelajar.

4.0 CADANGAN Program Pengupayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke Cherating, Pahang ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:Tarikh : 19-22 Februari 2015 (Khamis-Ahad)Tempat : Cherating, Pahang. Bilangan Peserta : 27 orang Perwakilan Pelajar (rujuk lampiran1) 3 orang pensyarah Hal Ehwal Pelajar

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANARujuk lampiran 2

6.0 JADUAL PROGRAM Rujuk lampiran 3

7.0 AKTIVITI YANG DICADANGKANi. Lawatan Ke : Pusat Penerangan & Santuari Penyu Cherating Limbong Art Sungai Cherating.ii. Firely Tour dan Mangrove River Cruiseiii. Menelusuri keindahan flora dan fauna.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAKOS SEUNIT (RM)UNITJUMLAH (RM)

1Banner RM 40.001x RM 40.00RM 40.00

2MakanRM 10027 x RM100RM 2700

3PenginapanRM200(4H3M)11XRM573RM 6300

4Aktiviti lawatan Firefly Tour Mangrove River CruiseRM 20 RM 30

30 x RM2030 X RM30

RM 600RM 900

JUMLAH: RM 9850.00

1. IMPLIKASI

1. Peruntukan kewangan sebanyak RM2000 daripada pihak IPG Kampus Bahasa Melayu.1. Keperluan bas institut dari IPGKBM ke Cherating, Pahang 19-22 Februari 2015.1. Air mineral (5kotak) , 100 Plus (3kotak) dan biskut (6tin) yang diperlukan daripada stor IPGKBM.1. Pensyarah pengiring:3. Puan Mahani bt Muhammad.3. Encik Mustafa Kamal bin Mohamad Zahid3. Encik Selvaratnam A/L Navaratnam

LAMPIRAN 2JAWATAN KUASA PELAKSANA

JAWATAN DAN NAMA

PengerusiNurul Shimaa bt Ibrahim

Timbalan PengerusiAmir Asyraf Bin Jamin

Setiausaha Saidatul Aisyah Binti Khairuddin

Naib SetiausahaNur Hidayah Binti Mukhtar

BendahariMohamad Fahmi Bin Mohamad Noh

Naib BendahariNurul Syazwanie Binti Suhaimi

Biro Pengangkutan Mohd Shuhaimi Bin Nazri

Biro Dokumentasi Noor Zaironna bt Jaihan

Biro Aktiviti Dan ProgramIsmad Azaha Bin Mahadi

Biro Hadiah Dan CenderamataNur Khairunnisa Bt Md Miskan

Biro Kebajikan Dan Keselamatan Serta KebersihanMuhammad Qhairil Azril Bin Qamarulzaman

Biro BannerMohamad Arshad bin Mohamed Aslam

Biro Penginapan Dan MakananMuhammad Fahmi bin Zakari

Biro Perhubungan Dan Komunikasi LuarAlhaadi bin Ismail

Biro PelaporanKhairul Adam Bin Abdul Rahman Ismad Azaha bin Mahadi

Biro Peralatan Farhana binti OthmanUmi Saidatul Arryennah binti MadsahMohamad Izzat Bin Shukri @ Mohd NoorNurul Asyiqin bt Sabri

LAMPIRAN 3JADUAL PROGRAM

HARIMASAPERKARACATATAN

19.2.20159 pagiBertolak dari IPG Kampus Bahasa Melayu.

3.00 petangMengunjungi Pusat Penerangan & Santuari Penyu

8.00 malam

Aktiviti Firefly Tour

20.2.20159 pagiAktiviti Mangrove River Cruise

11.00 pagiCeramah Pemimpinkah Kita?

3.30 petangMengunjungi Limbong Art Kg Cherating Lama

8.00 malamLDK- Ice Breaking

21.2.20159.00 pagi snorkelling

12.00 tengah hariCeramah Kesepaduan Kunci Keberhasilan Organisasi

8.00 malamLDK- Team Building

22.2.201511 pagiBertolak Pulang ke IPG Kampus Bahasa Melayu

Diharapkan Program Pengupayaan Jawatankuasa Perwakilan Pelajaran IPG KBM 2014/2015 bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dapat mencapai objektif program. Selain itu kami berharap agar permohonan ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Pengarah.

Disediakan oleh,

................................................ (SAIDATUL AISYAH BINTI KHAIRUDDIN)Setiausaha,Lawatan Muhibbah,Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,IPG Kampus Bahasa Melayu.

Disahkan oleh,

................................................ (PUAN MAHANI BINTI MUHAMMAD)Ketua Jabatan,Jabatan Hal Ehwal Pelajar,IPG Kampus Bahasa Melayu

Diluluskan oleh,

..DATIN SITI HANIFAH BT MADARSAPengarah,IPG Kampus Bahasa Melayu.