Tugas Dan Peranan Anggota PPK1

download Tugas Dan Peranan Anggota PPK1

of 30

description

tugas anggota penguatkuasa pbt

Transcript of Tugas Dan Peranan Anggota PPK1

  • 3

  • 2

  • 1

  • DISEDIAKAN OLEH:BAHAGIAN PERUNDANGANMAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

    TUGAS DAN PERANAN ANGGOTA PENGUATKUASA

  • BAB I - PENGENALAN

  • PENGENALANSebagai seorang anggota penguatkuasa kepada Kerajaan ketiga (Kerajaan Tempatan) di dalam negeri ini, penguatkuasa adalah merupakan orang yang terpenting sekali dari segi penguatkuasaan undang-undang. Undang-undang yang perlu dikuatkuasakan oleh tiap-tiap anggota penguatkuasa di dalam mana-mana Majlis Perbandaran adalah seperti berikut:-

  • 1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)2. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)3. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)4. Akta Pengangkutan Jalan 19875. Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 19956. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 19717. Akta Kualiti Alam Sekitar 19748. Undang-undang kecil, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan lain-lain undang-undang kecil yang berkaitan.

  • Bagi menguatkuasakan undang-undang di atas, ianya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori tindakan berpandukan daripada jenis kesalahan.Tindakan notis.Tindakan mensita.Tindakan meroboh.Tindakan melelong.Tindakan Mahkamah.Tindakan memindah.Lain-lain tindakan.

  • Di dalam menentukan tindakan yang akan diambil anggota penguatkuasa perlulah berhati-hati agar tindakan tersebut tidak bercanggah dan tidak melencong daripada kuasa-kuasa dan peruntukan undang-undang yang ada. Sebelum apa-apa tindakan diambil, perkara-perkara berikut perlulah diambil kira:-1. Ada kuasa untuk mengambil tindakan.2. Mesti ada kesalahan yang dilakukan.3. Kesalahan itu boleh dikaitkan dengan undang-undang Majlis samada induk ataupun undang-undang kecil.

  • 4. Kesalahan yang dilakukan mestilah nyata dan jelas dan disokong oleh saksi-saksi yang melihat kesalahan tersebut dan disertakan dengan keterangan-keterangan lain termasuklah gambar-gambar dan negatif.5. Pastikan anggota penguatkuasa yang berkenaan mempunyai kuasa yang diperturunkan kepadanya untuk bertindak.6. Pastikan orang yang benar-benar melakukan kesalahan yang diambil tindakan dan tidak kepada orang-orang yang tidak berkenaan.7. Anggota penguatkuasa mestilah mahir dari segi undang-undang yang hendak dikaitkan kepada kesalahan yang dilakukan dan sentiasa bersedia untuk merujuk kepada mana-mana seksyen dalam undang-undang Majlis.

  • Dalam apa jua tindakan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa, fakta-fakta dan butiran berikut perlulah diambil kira pada setiap masa:-1. Tarikh kesalahan dilakukan.2. Masa kesalahan dilakukan.3. Tempat kesalahan dilakukan.4. Orang yang melakukan kesalahan.5. Jenis-jenis kesalahan yang dilakukan.6. Akta/Undang-undang kecil yang boleh disabitkan.

  • Fakta-fakta dan butiran di atas adalah amat penting di dalam tiap-tiap tindakan penguatkuasaan undang-undang Majlis kerana sekiranya apa-apa pendakwaan yang akan dijalankan di Mahkamah nanti ianya diasaskan kepada butiran tersebut. Oleh itu, anggota penguatkuasa perlulah mengambil perhatian yang serius dalam perkara ini kerana tuan-tuanlah nanti yang akan memberi keterangan di Mahkamah sekiranya sesuatu perbicaraan mengenai satu-satu kesalahan akan dijalankan.

  • Di dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, kita haruslah membayangkan bahawa kita sedang berdepan dengan satu kejadian dan kejadian ini hendak kita laporkan ke pihak atasan yang tidak melihat kejadian tersebut dan tidak tahu menahu langsung mengenainya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab anggota penguatkuasa untuk menerangkannya dengan sebaik mungkin dan sekiranya perlu disokong pula dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Prinsip yang sama juga boleh digunakan di dalam Mahkamah.

  • Pada keseluruhannya, tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang bukanlah begitu rumit sekiranya anggota penguatkuasa sentiasa berpegang kepada prinsip untk menegakkan keadilan demi kepentingan dan keselesaan umum. Soal pokoknya adalah mengawal, mencegah dan mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara dan angkara yang bercanggah dengan undang-undang.

  • BAB II KUASA & KESALAHAN-KESALAHAN

  • Kuasa yang perlu ada pada tiap-tiap anggota penguatkuasa:-Kuasa memasuki premis.Kuasa mengkompaun.Kuasa mengalih.Kuasa mensita.Kuasa menangkap.Kuasa meroboh.Kuasa meminta nama dan no. Kad Pengenalan.Kuasa menembak dan melupus.

    KUASA-KUASA

  • TAARIF UNDANG-UNDANG1. Akta - Undang-Undang yang diluluskan oleh Parlimen.2. Enakmen- Undang-Undang yang diluluskan oleh Negeri.3. Ordinan- Undang-Undang yang diluluskan selepas 1946-1967. Undang-Undang di Sarawak digelarkan Ordinan.4. UUK PBT-UUK yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan di bawah mana-mana kuasa yang diberi bagi maksud itu oleh mana-mana daripada peruntukan Akta ini atau yang mana berkuatkuasa menurut peruntukan Akta ini.

  • KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN1. Halangankaki limapetak letak keretalorong belakangmenjual ubat2. Meletak bahan-bahan binaan tanpa lesen/kebenaran3. Kacau ganggusemak samunbau (memelihara ternakan di kediaman)penglihatanpendengaran

  • 4. Menjalankan perniagaan tanpa lesenkedai kopi/makanrumah urutpenjajakedai gunting rambutrumah tumpanganpapan iklan/papan tanda/sepanduksemua jenis tred dan perniagaan

  • 5. Menjalankan perniagaan dalam rumah kediaman.6. Membiakkan nyamuk aedes.7. Memelihara anjing tanpa lesen.8. Memelihara lembu/kerbau tanpa lesen, dan membiarkan lembu/kerbau merayau di dalam kawasan Majlis.9. Mengadakan hiburan tanpa lesen.10. Kesalahan-kesalahan semasa pemajuan/pembangunan dijalankan.

  • a) Akta 172 menjalankan pemajuan tanpa kebenaran merancang.pemajuan yang berlawanan dengan kebenaran merancang.larangan pemotongan pokok.b) Akta 133mendirikan bangunan tanpa kebenaran.mengubahsuai bangunan.melencong daripada pelan kelulusan.membuat sekatan dalaman tanpa kebenaran.salahguna bangunan.kerja tanah tanpa kebenaran.bangunan atau kerja tanah gagal.halangan.meletakkan debu atas jalan.

  • mengambil tempat turap.kacauganggu.menghalang anggota penguatkuasa menjalankan tugas.menduduki bangunan tanpa CF/CCC.c) Undang-undang Kecil Kerja Tanahmelanggar apa-apa arahan, pindaan atau syarat yang dikenakan di bawah UUK ini.cuai mengemukakan pelan, spesifikasi, kiraan atau butiran yang palsu.melanggar mana-mana peruntukan UUK ini.d) Undang-undang Kecil Kerja di atas Jalanmenjalankan pemasangan apa-apa kemudahan pada jalan tanpa kebenaran.e) UBBLgagal mengemukakan salinan perakuan siap dan pematuhan. kemungkiran kepada bangunan.

  • f) UUK Tamanmemotong, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan mana-mana tumbuhan atau pokok.memindah mana-mana tanah berumput atau menggali mana-mana tanah.mendirikan struktur tanpa kebenaran.halangan kenderaan.kenderaan melebihi dua ton dilarang.larangan meletakkan kenderaan di taman.g) UUK Vandalismememasang, melekatkan, menampal, menunjukkan atau mempamerkan apa-apa poster, pelekat iklan surat, tempelan notis, kertas atau apa-apa dokumen di atas harta Majlis.menggantung, menyangkut, menaikkan, melekatkan atau mempamerkan apa-apa bendera, panji-panji hiasan, panji-panji bendera, banting, sepanduk atau yang menyerupainya dengan sesuatu slogan, karikatur, lukisan, simbol atau apa-apa perkataan lain di atas harta Majlis.

  • mengalih, memindah, mengusik, mencacatkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa jua yang dipamerkan, digantung, didirikan, dilekatkan, dinaikkan atau disangkutkan oleh Majlis.mengotorkan atau mencemarkan air di mana-mana pancutan air, kolam renang, sungai, tasik atau anak sungai atau anak tasik yang di bawah penjagaan dan kawalan Majlis.memotong, menggali, mengalih, memetik, membantun, merosakkan atau memusnahkan mana-mana pokok, tumbuh-tumbuhan, bunga, daun atau dahan mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan, atau rumput yang di bawah penjagaan dan kawalan Majlis.mengorek, mengangkut, mengambus atau mengalih tanah dari mana-mana harta Majlis.

  • PROSES TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBILKesalahan yang dilakukankompaunmerampasmerobohmengalihMahkamah

  • BAB III TATACARA MENULIS KOMPAUN

  • TATACARA MENULIS KOMPAUN1. Mesti ada kesalahan dilakukan.2. Kesalahan itu boleh dikaitkan dengan undang-undang Majlis samada induk atau UUK.3. Masa/tarikh/tempat kesalahan yang dilakukan mestilah tepat. 4. Kesalahan yang hendak disabitkan, ayat-ayat dan perkataan-perkataan seboleh-bolehnya mengikut yang ada di dalam Akta atau UUK.5. Pastikan kesalahan itu boleh dikompaun.6. Peruntukan seksyen yang hendak disabitkan mestilah tepat.Semua notis kompaun hendaklah ditandatangan.

  • CHECKLIST KERTAS SIASATAN

  • CONTOH-CONTOH SAMAN