Tugasan 1 instrumen.pdf

download Tugasan 1  instrumen.pdf

of 30

Transcript of Tugasan 1 instrumen.pdf

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    1/30

    1

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN KUMPULAN

    JUMLAH

    NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

    SALINI A/P KRISHNAN (M20151000486)

    SUTHA A/P MANOGARAN (M20151000221)

    CHELVI A/P MURUGAYYA (M20151000435)

    PUVANESWARI A/P VALAYATHAM (M20142001828)

    KPD 6014

    PENGANALISISAN KRITIS PENGAJARAN DAN GURU

    JURNAL KRITIKAN VIDEO

    DISEDIAKAN UNTUK:

    Peofessor Madya Md. Nasir Bin Masran

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    2/30

    2

    Abstrak

    Jurnal ini memuatkan hasil kajian terhadap aspek penilaian dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran mikro melalui analisis rakaman video. Kajian melibatkan guru-guru pelatih yang

    mengambil kursus Kurikulum dan Pedagogi. Melalui kursus ini, setiap guru pelatih dikehendakimelaksanakan sekurang-kurangnya dua sesi pengajaran mikro dan setiap sesi pengajaran dirakam

    menggunakan kamera video. Data kajian melibatkan temubual berstruktur atas talian yang

    melibatkan 22 orang pelajar, serta lapan set refleksi bertulis oleh para pelajar terhadap rakaman

    pengajaran yang dipilih secara rawak. Secara keseluruhan, didapati para guru pelatih amat positif

    terhadap proses refleksi kendiri melalui pengamatan rakaman video dalam membantu mereka

    mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mikro yang telah dijalankan.

    Meskipun proses ini menuntut keterbukaan mereka untuk menerima kritikan daripada rakan-

    rakan lain, mereka beranggapan bahawa ianya sebagai satu proses yang penting untuk

    mempertingkat mutu pengajaran. Hasil analisis juga mendapati beberapa kekuatan dan

    kelemahan telah dapat dikenalpasti seperti aspek penggunaan ICT dalam pengajaran, teknik

    pernyoalan, penggunaan bahasa dan penerapan nilai murni.

    Abstract

    This journal reports the study on the evaluation of teaching and learning activities through theanalysis of video recording. This study involved trainee teachers who enrolled in the Curriculum

    and Pedagogy course. As the requirement of this course, all trainee teachers needed to perform

    in at least two micro-teaching sessions, in which all the teaching sessions were recorded using a

    video camera. Data collection was done through two methods; online structured interview with

    22 trainee teachers, and eight written reflections by trainee teachers on their peers’ teaching

    performance which were selected randomly. The overall findings showed that trainee teachers

    were positive about the process of reflection on the videos, particularly in identifying the

    strengths and weaknesses in their teaching activities. Although there was an issue on their

    openness and readiness to accept critics from their friends, they agreed on the importance of the

    reflection process to improve the quality of their teaching. The analysis also indicated the

    strengths and weaknesses identified from the video such as the application of the ICT,

    questioning techniques, the use of language and the cultivation of moral values.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    3/30

    3

    1.0 PENDAHULUAN

    Keberkesanan seorang guru dalam pengajarannya banyak dipengaruhi oleh faktor kemahiran

    serta pengalaman mengajar (Johari et al., 2009; Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll

    dan Gruber 1996). Kedua-dua perkara ini dianggap sebagai kelayakan asas yang utama dalam

    pengajaran berkesan (Goodwin, 1999). Gabungan kepelbagaian ilmu yang berkaitan antara satu

    sama lain adalah penting kerana bidang pendidikan merupakan satu bidang unik melibatkan

    perhubungan dan pengetahuan tentang manusia yang mempunyai nilai kepelbagaian (Hans dan

    Akhter, 2013). Penggunaan video untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran mengaitkan

    bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pemerhatian ke

    atas video yang ditonton (Nikopoulus dan Keenan, 2006). Terdapat dua proses penting dalam

    amalan pembelajaran melalui pemerhatian ke atas bahan video ini; iaitu pemodelan ( modelling )

    dan peniruan semula ( imitating ) (Charlop-Christy, Le dan Freeman, 2000).

    Dua proses ini membentuk asas dalam pembelajaran yang melibatkan amalan secara pembuktian

    (evidence-based practice ). Melalui pemerhatian ke atas tingkahlaku individu yang ditontonkan

    dalam video tersebut juga, seseorang individu dapat menguasai kemahiran tertentu dan terbukti

    memberi impak kepada pembelajaran (Sansosti dan Powell-Smith, 2008; Gul dan Vuran, 2010).

    Secara umumnya, Mechling (2004) menyarankan empat pendekatan dalam penggunaan video

    dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi: (a) model daripada video, (b)

    maklumbalas terhadap video, (c) memberi contoh dan peringatan {cue} daripada video, (d)

    pengajaran berbantukan video. Kajian ini menggunapakai kaedah pendekatan yang kedua, iaitu

    maklumbalas berdasarkan bahan video yang digunakan. Melalui pendekatan ini, pelajar

    menonton semula corak pengajaran yang telah dilakukan semasa pengajaran mikro melalui

    rakaman video oleh rakan-rakan yang lain dan mengenalpasti kelemahan serta kekuatan dalam

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    4/30

    4

    aspek pengajarannya. Proses ini juga melibatkan perbincangan dan pertukaran pendapat antara

    pelajar-pelajar dan pelajar-pensyarah. Melalui proses refleksi kendiri dan perbincangan secara

    terbuka ini, penambahan terhadap pengetahuan dan peringatan tentang perkara-perkara yang

    wajar dan tidak wajar dilakukan akan dapat dicapai oleh para pelajar (Maione dan Mirenda,

    2006). Kelebihan proses refleksi kendiri adalah ia mampu meningkatkan kebolehan guru pelatih

    untuk memberi komen secara kritis terhadap proses pengajaran mereka sendiri serta pengajaran

    rakan-rakan yang lain (Cochran-Smith dan Fries, 2001; Iredale, 1996).

    Kepentingan dalam mewujudkan situasi pembelajaran yang reflektif serta keterbukaan dalam

    memberi dan menerima kritikan daripada pensyarah dan rakan-rakan guru menjadikan proses ini

    sebagai ramuan penting yang perlu wujud dalam usaha memupuk kemahiran guru terutama

    dalam aspek pedagogi. Meskipun banyak kajian yang menekankan keberkesanan proses refleksi

    terhadap pembentukan guru yang berkaliber, tidak banyak kajian yang merumuskan secara jelas

    bentuk-bentuk aktiviti yang boleh digunapakai dalam melaksanakan proses refleksi ini. Oleh itu,

    kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan proses refleksi kendiri melalui

    penggunaan rakaman video dalam meningkatkan kemahiran guru pelatih dalam pedagogi serta

    kemahiran menilai dan mengkritik pengajaran yang dilalui.

    2.0 OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

    i. Aspek kelemahan dan kekuatan guru semasa proses pengajaran mikro.

    ii. Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi kendiri.

    iii. Isu-isu yang mempengaruhi proses refleksi dalam kumpulan

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    5/30

    5

    3.0 Metodologi

    Kajian ini dijalankan secara kualitatif di mana data dikumpul melalui kaedah temubual bersama

    pelajar yang terlibat, serta bahan penulisan mereka terhadap laporan hasil daripada proses

    refleksi melalui pemerhatian terhadap rakaman video yang telah dijalankan semasa sesi

    pengajaran mikro.

    3.1 SAMPEL

    Sampel kajian terdiri daripada 22 orang pelajar tahun dua yang mengikuti kursus Kurikulum dan

    Pedagogi. Pemilihan responden adalah berdasarkan pemilihan rawak dengan memilih lapan kumpulan

    kecil yang mengemukakan laporan refleksi mereka.

    3.2 Kaedah pengumpulan data

    Data kajian dikumpul melalui dua kaedah. Pertama, melalui laporan bertulis yang mengandungi

    refleksi yang dihasilkan oleh guru-guru pelatih terhadap pengajaran rakan mereka. Sebanyak

    lapan laporan digunakan untuk analisis data. Kedua, data dikumpul melalui kaedah temubual di

    atas talian yang melibat dua belas orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Temubual

    dijalankan dengan mengedarkan beberapa soalan kepada guru pelatih dan mereka menjawab

    persoalan tersebut secara bertulis dan menghantarnya melalui email dan ada sebahagiannya

    menghantar jawapan melalui Facebook.

    3.3 Penganalisisan data

    Bagi data daripada laporan bertulis, analisis dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang

    aspek-aspek kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka berdasarkan proses refleksi yang telah

    dijalankan. Data temubual pula dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan bagaimana

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    6/30

    6

    penggunaan video memberi kesan terhadap pembelajaran serta peningkatan kemahiran mereka

    dalam pedagogi serta isu-isu berkaitan dengan keterbukaan mereka dalam menerima komen

    daripada pensyarah dan rakan-rakan lain. Analisis dijalankan menggunakan kaedah analisis

    bertema atau ‘thematic analysis’ (Miles dan Huberman, 1994).

    4.0 DAPATAN KAJIAN

    4.1 Kelemahan dan kekuatan dalam pengajaran mikro oleh guru pelatih

    Analisis data daripada laporan bertulis hasil refleksi daripada para pelajar menunjukkan beberapa

    aspek kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap rakaman video

    sebagaimana yang diringkaskan dalam Rajah 1.

    Rajah 1. Kelemahan dalam pengajaran mikro berdasarkan laporan pelajar

    Daripada lapan laporan yang dianalisis, lapan daripadanya membincangkan tentang bagaimana

    para pelajar kurang berjaya memilih induksi set di awal pengajaran mereka. Lapan laporan

    mengupas tentang kekurangan kemahiran dari segi penggunaan teknologi sebagai bahan bantu

    mengajar misalnya, penggunaan tayangan slaid PowerPoint dan Liquid Screen Display (LCD).

    Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan bahan tersebut adalah guru pelatih tidak

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    7/30

    7

    menggunakan fungsi hentian sebentar ( pause ), serta ulang tayang, khususnya pada video yang

    dimasukkan dalam PowerPoint sedangkan penggunaan teknik sedemikian dapat membantu

    peneguhan dan kefahaman pelajar.

    Aspek lain yang dibincangkan adalah berkaitan pemilihan warna teks dan latar belakang slaid,

    serta bilangan perkataan yang terlalu banyak dalam satu-satu slaid. Walau bagaimanapun, empat

    laporan menonjolkan kekuatan „guru‟ terutama yang mengajar subjek Sains Suk an, di mana

    penggunaan bahan realia seperti peralatan sukan banyak memberi manfaat dalam aktiviti

    pembelajaran, di mana pelajar diberi peluang untuk memegang, dan mencuba peralatan seperti

    kayu hoki dan bolanya di dalam kelas.

    Aspek kawalan kelas juga di bangkitkan dalam enam laporan. Laporan menyebut bahawa „guru‟

    tidak dapat mengawal keadaan kelas dengan baik, sebaliknya „pelajar‟ banyak mengambil

    kesempatan terhadap situasi dalam kelas. Walau bagaimanapun, mereka menyimpulkan bahawa

    ini terjadi mungkin kerana rata- rata „pelajar‟ semasa sesi pengajaran mikro terdiri daripada rakan

    sekelas, ini menyebabkan tidak wujud jurang antara mereka. Hal yang sama ditimbulkan semasa

    memberi komentar tentang cara „guru‟ berinteraksi serta gaya bahasa yang digunakan dalam

    pengajaran. Oleh kerana mereka merupakan rakan sekelas, agak sukar mewujudkan hieraki guru-

    pelajar dalam sesi tersebut menyebabkan mereka kadang-kadang tersasul menggunakan

    perkataan yang tidak sepatutnya dituturkan oleh guru atau pelajar.

    Enam lapora n turut membincangkan tentang kelemahan „guru‟ memberi penerangan yang jelas

    dalam pengajaran. Ini dikaitkan juga dengan kebolehan „guru‟ dalam menguasai isi kandungan

    pelajaran. Lima laporan menyatakan kedudukan guru yang statik di hadapan kelas sebagai aspek

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    8/30

    8

    yang menunjukkan kelemahan guru serta secara tidak langsung mempengaruhi „mood‟

    pembelajaran dan menyebabkan pelajar menjadi kurang aktif.

    Lima laporan menyentuh tentang kualiti penyoalan „guru‟. Pemerhatian mereka terhadap

    pengajaran rakan-rakan la in mendapati „guru‟ lebih selesa mengemukakan soalan aras rendah

    berbanding soalan aras tinggi. Hal ini juga dikaitkan dengan keperluan masa kini di mana pelajar

    dan guru harus „meneroka‟ sesuatu isu dalam bentuk yang lebih kritikal dan bukan hanya

    berdasarkan hafalan semata-mata. Manakala tiga laporan lagi menyentuh tentang bagaimana

    beberapa guru pelatih gagal menepati mas yang diperuntukkan dalam rancangan pengajaran.

    Dari sudut kekuatan pula, dua aspek yang disebut adalah kemahiran pemilihan bahan pengajaran

    yang sesuai dengan aktiviti dan objektif pengajaran (empat laporan) dan kemahiran guru pelatih

    membangunkan bahan PowerPoint yang mengandungi elemen multimedia dengan jelas dan

    menarik (enam laporan). Tiga laporan lain menyebut tentang kreativiti sebahagian mereka yang

    menggunakan token ekonomi sebagai motivasi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan

    aktiviti P&P.

    4.2 Keberkesanan penggunaan video dalam membuat refleksi

    Analisis daripada data temubual menunjukkan bahawa pelajar-pelajar bersikap positif terhadap

    aktiviti refleksi terhadap rakaman video yang memuatkan pengajaran mereka dan rakan-rakan.

    Antara kebaikan yang diperolehi hasil aktiviti tersebut adalah ia memberi peluang kepada

    mereka untuk melihat sendiri secara jelas setiap perlakuan semasa pengajaran makro. Ini

    membolehkan mereka mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri masing-masing.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    9/30

    9

    Sebagai contoh:

    Pelajar lain juga mengatakan bahawa proses refleksi ini juga memberi peluang kepada dirinya untuk

    membuat penambahbaikan untuk pengajaran akan datang tanpa diberitahu oleh sesiapa, misalnya

    Penggunaan video juga memberi ruang untuk mereka meneliti video berulang kali bagi

    membolehkan mereka mengekstrak komentar membina malah boleh dinyatakan dalam laporan

    untuk rujukan pelajar lain. Misalnya :

    Dengan melihat semula video pengajaran yang dilakukan saya boleh melihat sendiri tahap

    kemampuan diri dan dari situ saya boleh memperbaiki kelemahan saya sendiri. Rakaman video

    juga membolehkan saya melihat kekurangan dan kelebihan pembentangan rakan-rakan utk

    dijadikan panduan untuk mengajar pada masa hadapan. Saya juga boleh tahu perkara yang perlu

    dan tidak perlu semasa pengajaran berlangsung misalnya dari teknik pengajaran, alat bantu

    men a ar latihan dalam kelas dan seba ain a. Shila

    Ia (refleksi rakaman video) boleh membantu saya membuat refleksi

    kendiri untuk saya menilai keberkesanan pengajaran saya...membantu

    untuk saya merancang proses pengajaran sebelum dan selepas proses

    P&P. (Zalina)

    Pada minit ke 13:41, kita dapati guru tidak menghiraukan pelajar yang

    baru datang kelas. Sebaliknya, dia meneruskan pengajaran tanpa

    memastikan pelajar yang baru masuk itu bersedia untuk belajar.

    (Laporan 4)

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    10/30

    10

    Proses refleksi berdasarkan rakaman video juga membantu mereka menajamkan kemahiran dari

    sudut kritis serta lebih sensitif terhadap kekurangan yang dipaparkan dalam setiap pengajaran

    yang mereka tonton. Secara keseluruhannya, pelajar beranggapan bahawa proses refleksi

    merupakan „pembelajaran sebenar‟ dalam proses mendapatkan kemahiran dalam pedagogi.

    4.3 Isu-isu yang mempengaruhi keberkesanan proses refleksi dalamkumpulan

    Isu tentang keterbukaan timbul di mana ada sesetengah pelajar berasa kurang senang apabila

    mendapat teguran daripada rakan-rakan, khususnya apabila yang menegur menggunakan ayar

    atau perkataan yang agak kurang menyenangkan. Misalnya, ada yang mengatakan:

    Walau bagaimanapun, sebahagian besar tidak mempunyai masalah dari sudut keterbukaan

    kerana mereka telah mengenali satu antara lain semenjak bertahun lamanya jadi tidak timbul

    jurang atau rasa malu dalam kalangan mereka. Mereka bersikap terbuka menerima komen demi

    penambahbaikan pengajaran mereka. Contoh jawapan pelajar:

    Kadang tu, saya terasa juga dengan cara rakan-rakan memberi teguran. Kalau

    pensyarah, saya boleh terima .. tapi bila rakan saya memberi komen terhadap

    pengajaran saya, sedangkan dia juga ada kelemahan yang sama, saya rasa kurang adil.

    Apatah lagi bila dibincangkan dalam kelas tutorial. Bahasa yang digunakan terlalu

    „direct‟. (Mira)

    Bagi saya kita boleh menerima pandangan itu secara positif tidak jadi masalah

    jika sekiranya terdapat komen dari rakan mahupun pensyarah... itulah yang akan

    menambahkan mutu sesuatu perkara. Lagipun, saya mengenali mereka semenjak

    tahu satu lagi. Jadi saya tak kisah … (Zila)

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    11/30

    11

    Peranan pensyarah juga dikenalpasti sebagai pemangkin dalam proses refleksi. Pelajar

    mengatakan bahawa pensyarah memberi kesan dari sudut pemikiran mereka secara kritis, kerana

    kadangkala isu yang dikupas oleh pensyarah tutorial boleh membuka pemikiran mereka, atau

    kadangkala isu tersebut melibatkan perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran mereka.

    Misalnya, seorang pelajar mengatakan:

    Setengah pelajar merujuk kepada isu audiens di mana dalam aktiviti pengajaran mikro, „pelajar‟

    terdiri daripada rakan sekelas mereka. Simulasi sebegini mempunyai batasan tertentu kerana

    rakan sekelas perlu „main peranan‟ sebagai pelajar semasa rakan lain mengajar di hadapan. Hal

    ini tentulah berbeza berbanding sekiranya pengajaran makro dijalankan dalam situasi kelas yang

    sebenar, di mana para pelajar terdiri daripada pelajar sekolah. Kehadiran rakan sekelas sebagai

    „pelajar‟ membataskan keupayaan „guru‟ untuk benar -benar menguji kemahiran mereka dalam

    pedagogi.

    Yang bagusnya sebab kita ada pensyarah yang berkaliber. Komen yang diberi semuanya

    bernas dan boleh diterima terus. Saya gembira kerana mengikuti kelas tutorial ini. Ada

    pensyarah yang bila dia memberi teguran, saya agak sukar menerima kerana mungkin cara

    beliau bercakap, tetapi untuk kelas Kurikulum dan Pedagogi ini saya rasa tidak. Kami

    diberi peluang untuk berfikir dengan lebih jauh dan digalakkan untuk bercakap atau

    mengeluarkan pendapat. Saya rasa pensyarah memang penting (Anis).

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    12/30

    12

    Hal ini kerana, „pelajar‟ kadangkala mempunyai kemahiran yang setara dengan „guru‟ dan

    kadangkala ada pula „pelajar‟ yang mengajar „guru‟ tentang apa yang boleh dan tidak boleh

    dilakukan semasa pengajaran makro. Contoh:

    5.0 Perbincangan dan rumusan

    Kajian ini memberi fokus kepada proses refleksi terhadap pengajaran mikro dalam kalangan guru

    pelatih. Melalui proses tersebut, kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran mereka dapat

    dikenalpasti sebagai langkah untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Di samping itu,

    kajian ini juga menyorot isu-isu yang perlu ditangani untuk meningkatkan keberkesanan proses

    pengajaran mikro. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar menunjukkan sikap dan penerimaan

    yang positif terhadap proses refleksi menggunakan rakaman video ini. Ini kerana, rujukan

    terhadap rakaman video tersebut memberi lebih ruang kepada mereka untuk melihat secara jelas

    dan berulang-ulang aspek yang dikenalpasti perlu diperbaiki, malah tanpa memerlukan sesiapa

    Masalah mungkin juga berlaku disebabkan pelajar terpaksa mengajar rakan-rakan sekelas sendiri

    dan ini mungkin akan memberi kesan kerana mereka bukanlah pelajar yang sebenar. (Isha)

    Pada pandangan saya adalah lebih menarik jika sekiranya memberi pelajar peluang mencuba untuk

    melakukan aktiviti ini pada konteks bilik darjah yang sebenar di sekolah kemudian dirakam video

    tersebut setelah selesai, sekali lagi untuk mengaplikasikannya di dalam kelas mikro untuk penilaian

    pensyarah secara terus menerus untuk membanding beza style pengajaran dan pembelajaran dalam

    konteks sebenar dan bukan, dan RPH (Rancangan Pengajaran Harian) yang dibuat hendaklah sama

    selaras semasa mengajar di konteks se benar dan bukan … mungkin ianya akan terdapat lebih

    perkara boleh kita lihat tentang pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan ... jika pelajar diberi

    peluang untuk buat mikro dan makro pada konteks sebenar mungkin akan lebih berkesan, dan akan

    memperoleh pengalaman dan gambaran sebenar. (Musa)

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    13/30

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    14/30

    14

    bersopan dalam pertuturan menjadi agenda penting dalam melahirkan bakal guru yang berkualiti.

    Hal ini juga boleh didokong oleh peranan pensyarah sebagai pemangkin bukan sahaja dalam

    aspek pemikiran kritis, malah sebagai „role model‟ kepada para pelajar.

    Kesimpulannya, aktiviti pengajaran mikro serta proses refleksi ke atas rakaman pengajaran ini

    meskipun masih perlu ditambahbaik, namun memberi makna terhadap pembelajaran serta

    peningkatan kemahiran guru pelatih dalam aspek pedagogi khususnya, serta kemahiran

    mengendalikan peralatan, pembangunan bahan serta psikososial secara umumnya.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    15/30

    15

    RUJUKAN

    Charlop-Christy, M. H., Le, L., & Freeman, K. A. (2000). A comparison of video modeling within vivo modeling for teaching children with autism. Journal of Autism and Developmental

    Disorders , 30, 537-552.

    Cochran-Smith, M. (2000). Editorial: The question that drive reform, Journal of Teacher Education , 51(5), 331-333

    Cochran-Smith, M., Fries, M.K. (2001). Stick, Stones and Ideology: The discourse of reform inteacher education, Educational Researcher , 30(8),3-15.

    Goodwin, B. (1999). Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief.Mid-Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. (1996). The effect of school resources on studentachievement. Review of Educational Research , 66, 361-396.

    Gul, S. O., & Vuran, S. (2010). An Analysis of Studies Conducted Video Modeling in TeachingSocial Skills. Educational Science: Theory & Practice , 249-274.

    Hans, A., & Akhter, S. (2013). Emerging trends in teacher education. The Macrotheme Review ,2(2), 23-31

    Ingersoll, R. M., & Consortium for Policy Research in Education, P. A. (2007). A Comparative

    Study of Teacher Preparation and Qualifications in Six Nations. CPRE Research Report Series.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    16/30

    16

    ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    BORANG SOAL SELIDIK

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Borang soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian terhadap guru-guru sekolah bagi

    mengenalpasti kategori guru yang mengajar di sekolah. (Guru Novis, Guru Kompetens,Guru

    Pakar). Segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah SULIT dan hanya

    digunakan untuk tinjauan kajian semata-mata.

    Terdapat enam (8) Bahagian dalam soal selidik ini:

    Bahagian A Latar Belakang Responden

    Bahagian B Pengetahuan tentang pedagogi

    Bahagian C Pengetahuan tentang kandungan subjek

    Bahagian D Pengetahuan tentang kurikulum

    Bahagian E Pengetahuan tentang konten-pedagogi

    Bahagian F Pengetahuan tentang pelajar

    Bahagian G Pengetahuan tentang konteks pendidikan di Malaysia

    Bahagian H Pengetahuan tentang tujuan dan falsafah pendidikan

    Kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan telus

    amat dihargai.

    Sekian Terima Kasih !!!

    L MPIR N

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    17/30

    17

    BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG RESPONDEN

    Arahan: Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang anda.Sila tandakan (/) pada ruang yang disediakan.

    1. Jantinaa) Lelaki

    b) Perempuan

    2. Umura) 20-30 tahun

    b) 31-40 tahunc) 41-50 tahund) 51-60 tahun

    3. Bangsaa) Melayu

    b) Indiac) Cinad) Lain-lain

    4.

    Kelulusan Ikhtisas Perguruan Akademika) SPM

    b) STPMc) Diplomad) Ijazah

    Ikhtisasa) Sijil Perguruan

    b) KDPM

    c) KPLId) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

    5. Pengalaman Mengajara) 1-3 tahun

    b) 3-5 tahunc) 5-10 tahun

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    18/30

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    19/30

    19

    Isu ini agak kritikal bila merujuk kepada Laporan Jemaah Nazir yang mendapati se

    bahagian guru di Malaysia masih berada pada

    Tahap HARAPAN(52%), MEMUASKAN(31%) yakni tahap yang masih boleh diperbaik

    i (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM,2013).

    Hanya 12% berada pada taraf BAIK dan CEMERLANG. Dengan erti kata lain,masih terdapat beberapa kelemahan guru yang perlu diperkasakan. Laporan tersebut

    juga memaparkan secara keseluruhannya, 31% taraf Pengajaran dan Pembelajaran

    adalah MEMUASKAN dan hampir 5% LEMAH.

    Aspek kelemahan yang telah dikenalpasti adalah berkaitan dengan pembelajaran

    berpusatkan murid secara “hands -‐on” yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan

    tersebut juga menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi ,

    TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran masih kurang dilaksanakan sepenuhnya

    di dalam bilik darjah.

    Matlamat untuk mengangkat dan memartabatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia men

    gikut acuan Malaysia dan melahirkan guru berkualiti

    berasaskan kepada aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)

    sering menjadi tumpuan dunia pendidikan. Selain meningkatkan kompetensi guru boleh

    melalui latihan dalam perkhidmatan, peningkatan tahap akademik ataumelalui program perkembangan profesionalisme yang berterusan, penilaian pentadbiran

    sekolah yang berkesan juga memainkan peranan yang penting

    Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru novis

    berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap pakar.

    Maka pentadbiran sekolah harus membuat penilaian terhadap gurunya dari masa ke semasa

    dengan menggunakan instrumen yang sesuai. Contohnya Guru Besar boleh merujuk kepada

    pelbagai model penilaian yang dikaji dan diiktiraf oleh tokoh pendidikan supaya penilaian yang

    dilaksanakan berke san. Contoh model penilaian “The Marzano Teacher Evaluation Model” dan

    banyak lagi. Kumpulan kami mencadangkan model PCK Shulman 1987 untuk menilai

    tahap kompetensi guru.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    20/30

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    21/30

    21

    Konstruk 2: Pengetahuan Isi Kandungan Subjek ( Content Kn owledge )

    Konstruk ini berkaitan dengan pengetahuan kandungan atau content knowledge yang disarankan

    oleh Shulman untuk menilai seorang guru. Pengetahuan kandugan meliputi segala aspek subjektersebut secara mendalam dan jelas. Anataranya, seperti pengetahuan ,sejarah, teori, struktur,

    dan pelbagai aspek berkenaan subjek tersebut. Sejauh mana seorang guru menguasai „content

    knowledge‟ dalam subjek y ang diajar dapat dinilai melalui instrumen di bawah.

    Bil Item 1 2 3 4 5

    1 Mengetahui sejarah subjek opsyen yang diajar

    2 Pdp yang dirancang menepati objektif pembelajaran

    3 Mengetahui teori-teori tentang subjek yang diajar

    4 Mengubah pengetahuan isi kandungan kepada bentuk yangmudah difahami

    5 Mengubah pengetahuan isi kandungan mengikut kebolehanmurid

    6 Membuat kajian tindakan berkenaan masalah-masalahdalam subjek yang diajar

    7 Membuat pembacaan yang luas mengenai subjek yangdiajar

    8 Menyelesaikan sebarang isu atau kemusykilan tentangsubjek yang diajar

    9 Content knowledge membantu guru menilai pemahamanmurid

    10 Mempunyai pengetahuan yang luas tentang subjek yangdiajar

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    22/30

    22

    Konstruk 3: Pengetahuan tentang Kurikulum

    Setiap guru harus mempunyai pengetahuan yang luas mengenai kurikulum subjek yang diajar

    termasuk matlamat dan objektif kurikulum subjek yang diajar. Guru juga harus peka dengan perubahan kurikulum yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikut adalah

    antara perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh guru tentang kurikulum.

    Bil Item 1 2 3 4 5

    1 Mengetahui maksud kurikulum dan menyediakan

    rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikutkurikulum tersebut.

    2 Peka dengan perubahan dasar pendidikan tentangkurikulum.

    3Mengapliksikan teori-teori kurikulum dalam pengajarandan pembelajaran.

    4Mengaplikasikan model-model kurikulum dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

    5 Proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan beraraskan sukatan pelajaran yang disediakan.

    6 Mengetahui peranan guru sebagai penyampai kurikulum

    7 Menyediakan PdP dengan mengaplikasikan pelbagaikaedah dan teknik.

    8 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang

    mempunyai objektif psikomotor,efektif dan kognitif bagisatu subjek.9 Menyediakan kaedah penyampaian yang lebih menarik

    10 Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yangmengandungi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    23/30

    23

    Konstruk 4: Pengetahuan tentang Konten- pedagogiPengetahuan PCK sangat penting bagi seorang guru supaya dapat menyampaikan isi pelajaran

    dengan berkesan. Pengetahuan PCK yang mantap bagi seorang guru penting supaya guru

    tersebut dapat mengubahsuai isi pelajaran yang sukar mengikut tahap murid. Berikut adalah

    antara perkara-perkara penting yang perlu diketahui oleh guru tentang konten pedagogi.

    Bil Item 1 2 3 4 5

    1 Mempunyai kefahaman tentang subjek yang disampaikansebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. (PdP)

    2 Menegetahui cara bagaimana ilmu konten pedagogi dapatdibina.

    3 Mengetahui apa pengajaran pendekatan sesuai dengankonten

    4 Mengetahui bagaimana elemen konten dapat diatur untukmengajar yang lebih baik.

    5 Sering kali membuat transformasi dalam sesi pengajarandan pembelajaran.

    6 Mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran.

    7 Membuat penilaian terhadap murid tentang isi kandungansubjek yang telah disampaikan.

    8 Membuat refleksi tentang subjek yang telah diajar di akhirsesi pengajaran dan pembelajaran.

    9 Boleh mengenal pasti kelemahan murid.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    24/30

    24

    10 Dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalamkonten pedagogi.

    Konstruk 5: Pengetahuan tentang Pelajar

    Murid merupakan golongan terpenting dalam sesuatu proses PdP. Hasil keberkesanan sesuatu

    pengajaran dan pembelajaran dapat diukur melalui tahap penguasaan dan tahap pemahaman

    murid. Bagi menjamin PdP yang berkesan dan berkualiti, para guru perlu mempunyai

    pengetahuan yang luas tentang pelajar. Berikut adalah antara perkara-perkara penting yang perlu

    diketahui oleh guru tentang murid-murid mereka.

    Bil Item 1 2 3 4 5

    1 Mengetahui kebolehan semua murid di kelas

    2 Sentiasa bergaul mesra dengan murid

    3 Tahu latarbelakang murid dengan lebih mendalam

    4Murid-murid sentiasa melibatkan diri secara aktif sewaktuPdP dijalankan

    5 Menjalankan aktiviti pengukuhan dan pemulihan di akhirsesi pengajaran bagi membantu murid.

    6 Sentiasa menyediakan bahan bantu mengajar yangmenarik minat murid.

    7 Boleh mengawal disiplin murid sewaktu PdP8 Para murid berbincang dengan saya jikalau terdapat

    masalah dalam matapelajaran

    9 Boleh memotivasikan murid semasa PdP

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    25/30

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    26/30

    26

    10. Menggunakan ICT dalam PdP bagi melahirkan modalinsan yang mampu bersaing

    Konstruk 7: Pengetahuan Tentang Matlamat-Matlamat Pendidikan ( Knowledge OfEducational Ends ).

    Konstruk ini membantu penilai mengenalpasti guru yang mempunyai pengetahuan tentang

    matlamat pendidikan di Malaysia. Guru harus melahirkan murid yang taat setia dan bersatu padu.

    Guru harus meneliti semua aspek dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru harus

    memahami matlamat pendidikan Malaysia dengan jelas untuk melahirkan modal insan untuk

    kemajuan negara. Guru juga harus peka dengan transformasi kurikulum seperti KSSR dan

    sebagainya. Semua aspek ini dapat dinilai melalui instrumen di bawah.

    Bil Item 1 2 3 4 5

    1 Mempunyai pengetahuan tentang matlamat pendidikan diMalaysia

    2 Melahirkan murid yang taat setia dan bersatu padu melalui pdp

    3 Mengintergrasikan semua aspek dalam Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK) dalam pdp

    4 Mampu melahirkan modal insan untuk kemajuan negaramelalui pdp

    5 Memberi semua warganegara peluang pendidikan yangsama

    6 Mengatasi cabaran pendidikan pada abad ke 21 sepertiunsur KBAT

    7 Mengetahui transformasi kurikulum KBSR ke KSSR danmerancang pdp yang sesuai.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    27/30

    27

    8 Mengetahui pengaruh multi budaya Malaysia terhadapsekolah.

    9 Menggunakan ICT dalam pdp

    10 Memberi aktiviti pdp yang merangsang kemahiran berfikiraras tinggi murid

    ULASAN INSTRUMEN

    Penjelasan Skor:

    Skor Penerangan

    0-150 Guru Novis

    151-250 Guru Kompeten

    251-350 Guru Pakar

    Skor 0-150 (Guru Novis)

    Guru-guru yang mendapat skor 0-150 dikategorikan dalam kumpulan guru novis. Kumpulan

    guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang baru ditempatkan di sekolah. Mereka masih

    di tahap mengetahui dan mempelajari kesemua tujuh aspek pengetahuan mengikut model

    Shulman.

    Maka guru-guru ini perlu diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman yang luas dalam

    ketujuh-tujuh bidang ini. Perkara ini penting supaya guru tersebut dapat menganjak dari tahap

    novis ke tahap kompeten. Instrumen yang disediakan oleh kumpulan kami dapat digunakan oleh

    semua pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar untuk menilai tahap kompetensi guru mereka.

    Skor 151-250 (Guru kompeten)

    Guru-guru yang mendapat skor 151-250 dikategorikan dalam kumpulan guru kompeten.

    Kumpulan guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    28/30

    28

    sekurang-kurangnya tiga tahun. Kategori guru dalam kumpulan ini memahami ketujuh-tujuh

    aspek pengetahuan yang disarankan oleh Shulman.

    Guru-guru dalam golongan ini dapat memahami ketujuh-tujuh aspek pengetahuan hasil daripada

    pengalaman mengajar mereka. Guru-guru dalam golongan ini perlu berfikir dengan lebih kreatif

    dan kritis supaya dapat menganjak ke tahap pakar. Instrumen yang disediakan oleh kumpulan

    kami dapat digunakan oleh semua pentadbir sekolah terutamanya Guru Besar untuk menilai

    tahap kompetensi guru mereka.

    Skor 251-350 (Guru pakar)

    Guru-guru yang mendapat skor 251-350 dikategorikan dalam kumpulan guru pakar. Kumpulan

    guru ini kebanyakannya terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebihdaripada 10 tahun. Kategori guru dalam kumpulan ini mengetahui, memahami dan mampu

    mengintergrasi ketujuh-tujuh aspek pengetahuan yang disarankan oleh Shulman. Contohnya

    seorang guru yang pakar seharusnya mampu mengintergrasikan aspek ICT, pedagogi yang

    mudah difahami dan pelbagai aspek lain supaya pdp berjalan dengan berkesan.

    Instrumen yang disediakan oleh kumpulan kami dapat digunakan oleh semua pentadbir sekolah

    terutamanya Guru Besar untuk mengenalpasti guru pakar di sekolah mereka. Guru Besar

    seharusnya menjadikan guru pakar ini sebagai role model untuk guru-guru lain di sekolah.

    Perkara ini penting supaya semua guru di sekolah dapat menganjak dari tahap novis ke kompeten

    dan akhirnya ke tahap pakar selaras dengan hasrat pendidikan negara.

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    29/30

    29

    BIBLIOGRAFI

    Ball, D. L., & McDiarmid, G. W. (1990). The subject matter preparation of teachers. In

    W.R.Houston (Ed.), Handbook of research on teacher education. New York: Macmillan.

    Barab, S. A., & Duffy, T. M. (2000). From practice fields to communities of practice. InD.Jonassen & S. Land (Eds.), Theoretical foundation of learning environments (pp. 25-56).Mahwah, NJ: Erlbaum.

    Blumenfeld, P. C., Marx, R. W., Soloway, E., & Krajcik, J. (1996). Learning with peers: From

    small group cooperation to collaborative communities. Educational Researcher, 25(8),37 – 40.

    Cochran, K. F., King, R. A., & DeRuiter, J. A. (1993). Pedagogical content knowledge: An

    integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44(4), 263 – 272.

    Mohamad Najib Abdul Ghafar (2003) Rekabentuk tinjauan soal sedilik pendidikan, skudai:Penerbit UTM

    Schmidt, D. A., Baran, E., Thompson A. D., Koehler, M. J., Mishra, P. & Shin, T. (2009). The

    Continuing Development, Validation and Implementation of a TPACK Assessment

  • 8/17/2019 Tugasan 1 instrumen.pdf

    30/30

    Instrument for Preservice Teachers. Paper submitted to the 2010 Annual Meeting of the

    American educational Research Association. April 30-May 4, Denver, CO.