TUGASAN 1 KRITIK JURNAL

4
TUGASAN 1 MENGANALISIS JURNAL (KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK ) (KPT 6044:PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB) NAMA JAMALLUDDIN BIN ABDUL GHAFFAR MATRIK M20112001589 DISERAH KEPADA DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

Transcript of TUGASAN 1 KRITIK JURNAL

Page 1: TUGASAN 1 KRITIK JURNAL

TUGASAN 1

MENGANALISIS JURNAL(KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN

DALAM KALANGAN AHLI AKADEMIK )

(KPT 6044:PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB)

NAMA JAMALLUDDIN BIN ABDUL GHAFFAR

MATRIK M20112001589

DISERAH KEPADA DR JESSNOR ELMY BINTI MAT JIZAT

TARIKH SERAHAN 25.10.2013

Page 2: TUGASAN 1 KRITIK JURNAL

KESEDARAN, PENILAIAN DAN PENERIMAAN e-PEMBELAJARAN DALAM

KALANGAN AHLI AKADEMIK.

Persoalan kajian

1. Mengenal pasti tahap kesedaran lima konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran

dan pembelajaran.

2. Mengenal pasti tahap penilaian terhadap hubungan kefahaman e-pembelajaran dengan

kesediaan pembelajaran arahan kendiri.

3. Mengenal pasti tahap penerimaan terhadap penggunaan e-pembelajaran.

Kaedah

Kajian menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajian untuk digeneralisasikan

kepada keseluruhan populasi.

Kajian juga berbentuk deskriptif yang bertujuan memberikan gambaran awal tentang

kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan akademik.

Penggunaan borong soal selidik bagi memperoleh data. Analisis kuantitatif menggunakan

program SPSS (Statistical Package For Social Sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan.

Data kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan,

min, sisihan piawai dan kaedah inferensi seperti Ujian-t dan ANOVA.

Dapatan kajian

1. Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Responden.

Sebanyak 19 soalan telah diajukan dan secara keseluruhan menunjukkan bahawa

tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan e-pembelajaran mempunyai

hubungan yang berkait rapat. Manakala, kesediaan pembelajaran arahan kendiri

berada pada tahap sederhana.

2. Tahap Kefahaman Responden Terhadap Konsep e-Pembelajaran Di USM.

Sebanyak lima soalan telah diajukan den secara keseluruhan menunjukkan bahawa

tahap kefahaman responden adalah sangat baik. Kaedah pembelajaran melalui e-

pembelajaran juga membolehkan pendidikan disampaikan kepada lebih ramai pelajar

tanpa batasan jarak dan pembelajaran yang berterusan.

Page 3: TUGASAN 1 KRITIK JURNAL

3. Tahap Kefahaman Responden Mengenai Tanggungjawab Sebagai Ahli Akademik

Yang Perlu Melaksanakan e-Pembelajaran Di USM.

Sebanyak empat soalan telah diajukan dan secara keseluruhannya responden bersetuju

dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

4. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan e-Pembelajaran.

Sebanyak 12 soalan telah diajukan. Sebanyak tujuh soalan ( nombor 1,2,3,4,7,8 dan

10) purata responden telah bersetuju, tiga soalan ( 5,6 dan12) sangat setuju. Satu

soalan responden purata menjawab tidak perlu iaitu soalan nombor sembilan.

Manakala satu soalan nombor 11 purata responden menjawab tidak setuju.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan yang diperoleh tentang tahap kefahaman responden terhadap e-

pembelajaran, majoriti bersetuju dengan penyataan-penyataan yang dikemukakan oleh

pengkaji. Selain itu, nilai-nilai min yang diperoleh juga menunjukkan bahawa kebanyakan

responden mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap e-pembelajaran yang dilaksanakan di

USM. Sebanyak 55 peratus faham, 34 peratus kurang faham, 28 peratus sangat faham dan

hanya 2 peratus yang tidak faham tentang pelaksanaan e-pembelajaran di USM.