TUGASAN 1.docx

29
TUGASAN 1 Dengan merujuk kepada program pengkhususan anda, rancang satu strategi pengajaran inovatif berasaskan projek. Jelaskan bagaimana strategi tersebut dapat dilaksanakan dalam konteks bilik darjah di Malaysia selaras dengan pembelajaran abad ke-21. 1.0 PENGENALAN Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalan pengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-bahan multimedia. Gaya pembelajaran di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada teknik pemusatan pelajar. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui strategi pengajaran yang berinovasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Glosari Teknologi Pendidikan (1995) inovasi dirujuk sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Manakala, Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baharu oleh seseorang. Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baharu dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya. Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai penghasilan sesuatu yang baharu, berbentuk maujud dan mujarab yang berdasarkan proses

Transcript of TUGASAN 1.docx

TUGASAN 1

Dengan merujuk kepada program pengkhususan anda, rancang satu strategi pengajaran

inovatif berasaskan projek. Jelaskan bagaimana strategi tersebut dapat dilaksanakan dalam

konteks bilik darjah di Malaysia selaras dengan pembelajaran abad ke-21.

1.0 PENGENALAN

Dalam kepesatan pembangunan, guru berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya

dalam memastikan pendidikan memenuhi hasrat arus perdana masa kini. Antara cabaran

yang dihadapi oleh guru ialah menyesuaikan gaya pembelajaran murid dengan amalan

pengajaran yang lebih cenderung kepada penggunaan teknologi maklumat dan bahan-

bahan multimedia. Gaya pembelajaran di dalam bilik darjah juga lebih tertumpu pada

teknik pemusatan pelajar. Oleh itu, amat penting bagi seseorang guru untuk mengetahui

strategi pengajaran yang berinovasi bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah.

Menurut Glosari Teknologi Pendidikan (1995) inovasi dirujuk sebagai idea, konsep

atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. Manakala, Ronger E.

Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baharu oleh

seseorang. Spencer (1994) pula menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baharu

dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Zaltman et. al (1973)

menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang

menggunakannya.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi

boleh diterangkan sebagai penghasilan sesuatu yang baharu, berbentuk maujud dan

mujarab yang berdasarkan proses penyusunan semula dengan menggunakan unsur yang

sedia ada dan terjelma sebagai sesuatu yang unik, memudahkan dan bernilai.

Untuk memastikan inovasi berlaku dalam PdP, starategi pengajaran yang inovatif

perlu dilaksanakan dengan baik. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu

dirangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut

dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar.

Malah, dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang

berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan

seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh

digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja

secara berkumpulan, pembelajaran berasakan projek, dan sebagainya.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat

menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang

diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan

pelajar untuk terus belajar. Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang

kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka

dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif

dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik,

menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan

inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar

tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan

berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental.

Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan

takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif

sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam

organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif,

inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan

pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga

menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang

kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan

psikomotor murid-murid. Sekolah juga berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang

efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan

menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan

potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan

mereka.

Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif

pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan

pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru

dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat

kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai

keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif,

pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan

inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan

kemajuan sekolah.

Bukan itu sahaja, Strategi pengajaran juga merangkumi pendekatan, teknik dan

kaedah penyampaian. Pemilihan ini ada kaitannya dengan gaya belajar murid. murid yang

bercirikan visual lebih berminat pada gambar, objek, video dan bahan dimensi (3D) dapat

dilihat untuk memenuhi keperluan mereka dalam pembelajaran. Murid yang memiliki

kecerdasan audio berminat pada bahan pengajaran yang mempunyai bunyi seperti muzik

dan kesan bunyi-bunyian.

Guru tidak seharusnya mengajar hanya berpandukan sukatan pelajaran serta bahan

pengajaran semata-mata. Hal ini demikian kerana pengajaran yang disampaikan akan

menjadi kurang berkesan sekiranya tidak dapat difahami dan menjemukan murid. Oleh itu,

guru perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaiannya. Guru hendaklah bertindak sebagai

seorang pelakon yang bijak dan memainkan peranannya dalam pelbagai situasi untuk

menarik minat murid ke arah penumpuan pelajaran. Penghasilan, penciptaan dan

pengubahsuaian bahan serta corak pembelajaran menjadikan ianya lebih berinovasi. Peta

minda di bawah menunjukkan secara ringkas huraian bagaimana pembelajaran berasaskan

projek yang dipilih dapat dilaksanakan mengikut langkah dan strategi berlandaskan konteks

bilik darjah abad ke-21.

Menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek yang dijalankan.

Pendidikan abad ke-21

Pembelajaran berasaskan projek : Menghasilkan Folio

Makanan Tradisional Masyarakat Melayu

Strategi pengajaran inovatif +

pembelajaran berasaskan

projek

2.0 ESEI TUGASAN 1

Strategi pengajaran inovatif berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu mempunyai definisi yang tersendiri. Shmeck (1998) menyatakan strategi

ialah prosedur-prosedur untuk melaksanakan rancangan dalam sesuatu operasi atau dalam

usaha mencapai sesuatu tujuan.

Zarina (2002) pula berpendapat bahawa strategi pembelajaran ialah langkah-langkah

yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan, penyimpanan,

mengingat kembali dan penggunaan maklumat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), strategi bermakna kebijaksanaan

dalam menguruskan sesuatu perkara. Secara umum, strategi ialah prosedur memilih

pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak

dicapai dalam jangka panjang. Strategi yang dipilih hendaklah mengambil kira segala aspek

pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), projek bermaksud rancangan kerja

atau aktiviti pembangunan yang hendak dijalankan atau sedang dijalankan dan kajian

terperinci tentang sesuatu bidang atau subjek.

Secara umumnya, projek merujuk kepada kajian dan aktiviti yang disepadukan bagi

menghasilkan satu susunan bahan yang berkaitan satu tema mengikut minat dan

kecenderungan orang yang menjalankan projek itu. Sesuatu projek mungkin berjalan

selama tempoh masa yang lama seperti beberapa bulan atau beberapa minggu atau

beberapa hari sahaja, bergantung kepada minat, kecenderungan, kemampuan dan

kematangan peserta projek itu. Projek akhirnya akan dipamerkan atau digunakan untuk

menggalakkan perbincangan dalam bilik darjah. Suatu hasil yang praktik juga digalakkan

daripada projek yang dijalankan. Strategi berasaskan projek membolehkan pelajar

menjalankan aktiviti mengikut minat dan kecenderungannya sendiri.

Menurut Abd Ghafar Md Din (2009) di dalam bukunya yang bertajuk ‘Prinsip dan

Amalan Pengajaran’, beliau mendefinisikan pengajaran adalah satu proses penyampaian

iaitu untuk menyampaikan maklumat. Cara penyampaian maklumat ini dikatakan sebagai

kaedah dan teknik pengajaran. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru

untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada

murid-murid dalam suasana yang dinamakan bilik darjah. Sebagai satu proses, pengajaran

melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang membolehkan pelajar

mempelajari dan menguasainya secara berkesan.

Mengajar pula bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui

ilmu pengetahuan atau kepercayaan baharu. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran

harus dapat dilaksanakan secara berkesan, iaitu melalui prosedur yang sistematik yang

telah terlebih dahulu dirancangkan. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan,

pelaksanaan dan penilaian. Setiap murid yang terlibat dalam proses pembelajaran

mempunyai potensi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang tersendiri. Kepakaran guru

mengeksploit pengetahuan dan pengalaman mereka dengan cara mempelbagaikan teknik

dan cara pengajaran, disesuaikan pula dengaaan keperluan murid, merupakan satu seni

yang paling berharga kepada murid-murid tersebut. Melalui bakat dan seni mengajar yang

tersendiri, guru-guru mampu mengetengahkan satu bentuk pengajaran yang sempurna.

Kebolehan menggunakan kreativiti sendiri seperti ini perlu dilatih dan seterusnya dikuasai

untuk membolehkan terciptanya satu bentuk pengajaran yang lebih berkesan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), Pengajaran merupakan satu sistem

aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa

perubahan dalam kalangan mereka. Secara umumnya, pengajaran adalah perihal

mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar (seperti cara atau sistem

mengajar, aspek yang dipentingkan dan lain-lain yang berkenaan dengannya).

Kimble (1961) menyatakan bahawa, pembelajaran ialah perubahan potensi tingkah

laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat latihan yang diteguhkan. Kenyataan ini

menggambarkan kepada kita bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku

dan pada setiap kali hasil pembelajaran itu diperlihatkan, ia haruslah merupakan tingkah

laku yang dapat diperhatikan. Selain itu, perubahan tingkah laku itu bukan sementara

sifatnya. Ia harus dikekalkan melalui latihan-latihan yang diteguhkan. Pembelajaran juga

merupakan semua perubahan atau penyesuaian semula tingkah laku manusia akibat latihan

dan pemerolehan pengalaman. Pembelajaran adalah proses yang boleh menghasilkan

perubahan pada tingkah laku akibat berlakunya tindak balas terhadap keadaan atau

persekitaran.

Biasanya pembelajaran menggalakkan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran

dan ini dilakukan melalui satu perlakuan dan teknik tertentu yang bersifat saintifik dan

sistematik. Dalam proses pembelajaran formal, melibatkan pelbagai kegiatan, umpamanya

memerhati, meninjau, membaca, menyoal, memahami, mengingati, menyemak, merujuk,

merumus, membuat keputusan dan sebagainya. Secara umumnya, belajar membawa

maksud penyiasatan untuk kenyataan. Pembelajaran melibatkan idea atau aturcara yang

belum lagi diketahui oleh individu. Sebarang penggunaan tenaga untuk pembelajaran bahan

baharu, penyelesaian kepada sesuatu masalah, dapatan terhadap perhubungan-

perhubungan baharu atau gerakerja yang berfaedah boleh dianggap sebagai belajar.

Biasanya, dalam sesuatu proses pembelajaran, seseorang itu mungkin mendapat nilai-nilai

lain selain yang utama yang dikehendakinya pada masa itu.

Secara umumnya, pembelajaran bermaksud satu proses mengakumulasi maklumat

dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seorang sejak dilahirkan.

Proses ini berlaku dalam dua bentuk, iaitu sama ada disedari ataupun tidak disedari.

Biasanya, pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk

pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ

ini digunakan, seseorang akan memilih rangsanga-rangsangan yang sesuai dan diperlukan

daripada persekitaran itu, kemudian diproses dalam otak untuk dijadikan pengalaman yang

bermakna. Tindakan mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai

perubahan tingkah laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran yang sebenar.

Kesimpulannya, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kemahiran

dan kecekapan merancang serta menguruskan kaedah dan teknik mengajar untuk

mencapai objektif pelajaran secara optimum. Di dalam bidang pendidikan, konsep strategi

merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah

dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada penentuan

dan perancangan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang

sesuatu pendekatan. Di dalam bidang pendidikan, terdapat banyak kaedah dan teknik

mengajar yang disarankan oleh pakar-pakar pendidikan. Antara strategi yang kerap

digunakan ialah, strategi berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu.

Pembelajaran berasaskan projek merupakan proses pembelajaran yang berfokuskan

tugasan amali secara sistematik/terancang dalam jangka masa yang tertentu. Ia biasanya

melibatkan kutipan serta analisis data dan satu laporan yang betul. Pembelajaran

berasaskan projek juga merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian

dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan

pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid.

Kaedah projek adalah satu strategi mengajar yang disarankan oleh professor William

Kilpatrick (1871-1965), dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah

yang dikemukakan oleh Dewey. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pendekatan

berasaskan projek boleh membantu guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran

lebih berkesan dan menarik. Dalam pendekatan berasaskan projek, pengajaran dan

pembelajaran akan lebih menarik apabila guru dan murid dapat mengalami sendiri sesuatu

situasi pembelajaran melalui projek yang dilaksanakan.

Tujuan projek adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam

sesuatu bidang atau domain interdisiplinari. Projek pelajar boleh dilaksanakan secara

berpasukan kerana proses interaksi sosial yang dilalui pelajar memberi kebaikan kepada

diri mereka. Dari segi keberkesanan kerja secara berpasukan, telah banyak kajian

menunjukkan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif adalah lebih baik daripada

pembelajaran secara individu (Johnson dan Johnson, 1999).

Dalam kaedah ini, pelajar biasanya diberi kebebasan untuk memilih. Tema bagi

projeknya, dipilih dari senarai tema yang disediakan. Dari situ, pelajar mengumpul segala

maklumat dan bahan yang berkaitan projek yang akan dijalankan. Untuk melakukan ini,

pelajar mungkin terpaksa menjangkau dan melangkah bidang yang pelbagai dan luas. Tema

dipilih sedemikian supaya penyatu paduan antara beberapa disiplin boleh berlaku. Dengan

cara ini, projek dapat meluaskan skop pemikiran pelajar.

Kaedah projek adalah berlandaskan teori bahawa pelajar akan lebih mudah

memahami isi pelajaran dengan cara mengalami dan membuat sendiri. Melalui kaedah ini,

pelajar akan dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian

dalam suatu situasi sebenar bagi mendapatkan hasil yang diharapkan. Biasanya pelajar

akan menjalankan projek selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Dengan

menjalankan kerja-kerja projek ini, pelajar akan memperoleh pengalaman yang lebih luas di

samping mengembangkan potensi diri mereka secara global dan menyeluruh, selain

mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai

Kaedah projek ini adalah berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil

pembelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia

untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik.

Dengan hal yang demikian, kaedah projek ini menyarankan bahawa murid-murid belajar

melalui aktiviti permainan, kerja praktikal, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid-

murid dapat menjalankan aktiviiti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam

satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan. Kerja projek

merupakan suatu rancangan kerja berdasarkan topik yang digemari oleh murid-murid. Di

mana, merupakan lanjutan kepada aktiviti pembelajaran selepas mereka telah mempelajari

sesuatu topik atau menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.Secara am, tujuan

menentukan strategi ini adalah untuk membolehkan murid-murid melibatkan diri sepenuhnya

dalam aktiviti pembelajaran mereka serta menguasai kemahiran dengan berkesan.

Tujuan kaedah ini adalah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea

konseptual dan mengembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui

kaedah-kaedah pengajaran yang lain. Dalam kaedah ini, peranan utama guru adalah

menyediakan tajuk-tajuk projek dan memberi peluang kepada para pelajar memilih tajuk-

tajuk yang mereka gemari, menyediakan garis panduan secara bertulis serta menerangkan

cara mematuhi garis panduan berkenaan sepanjang projek dijalankan di samping bertindak

sebagai pembimbing. 

Pembelajaran Berasaskan Projek melibatkan pendekatan berfokuskan murid

meneroka sendiri. Seorang pengkaji, Nancy Kraft menyatakan beberapa ciri Pembelajaran

Berasaskan Projek yang merangkumi:

Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’ Memberi pemahaman yang tinggi Boleh dirujuk oleh semua pelajar Melibatkan pelbagai mod komunikasi Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri Pelajar merasa pembelajaran kurikulum sebagai kepunyaan sendiri Projek menggalakkan pembelajaran yang bermakna dengan menghubungkan yang

baru dengan yang lama Pembelajaran merentasi kurikulum Guru sebagai fasilitator. Penilaian kendiri pelajar dalam pembelajaran digalakkan. Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang

siap. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti. Interaksi guru – murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap

proses. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap. Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat

dan data, dan pelaporan hasil juga refleksi kendiri. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kebolehan murid.

Kaedah pembelajaran berasaskan projek dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu ini mempunyai beberapa kelebihan. Melalui strategi ini, hubungan guru

dengan pelajar akan lebih mesra kerana guru dan pelajar saling berkomunikasi dan bertukar

pendapat. Persepsi negatif pelajar kepada guru juga akan berubah kerana proses interaksi

sentiasa berlaku. Tujuan utama strategi ini ialah untuk menggalakkan pelajar

mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta

menyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan pelajar berfikiran dengan lebih luas dan

mendidik pelajar supaya berani dan yakin kepada diri sendiri dalam mengemukan hujah,

pendapat dan seterusnya menyelesaikan masalah. Galakan daripada guru akan

menambahkan lagi keyakinan pelajar. Topik yang dipilih oleh guru mestilah sesuai dengan

objektif pembelajaran dan pengajaran serta dapat menarik minat pelajar. Keadaan ini

membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang gembira tanpa tekanan yang

membebankan.

Kelebihan yang seterusnya ialah murid-murid boleh menggunakan pengetahuan dan

kemahiran yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk

mencubanya dalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu. Ini akan mendorong

mereka belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna. Selain itu, semangat kerjasama

dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek berdasarkan kumpulan

pelbagai kebolehan, pelajar turut melibatkan diri secara aktif dalam membuat dan

menyediakan projek secara berkumpulan dan menanamkan sikap koperatif dalam kalangan

pelajar. Hal ini kerana, kebiasaannya sesuatu projek dilakukan di dalam kumpulan, dengan

ini, semangat bekerjasama antara ahli kumpulan dapat disemai dan dipupuk.

Antara kelebihan lain yang diperoleh melalui perlaksanaan projek dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa Melayu ialah mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan

kolaboratif dalam kalangan pelajar yang pelbagai terutama dalam kumpulan pelajar. Murid-

murid juga, dapat belajar mengumpul maklumat dan menganalisis. Kebanyakan projek

memerlukan sumber yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencari sendiri maklumat

yang diperlukan. Pelajar-pelajar boleh menggunakan pelbagai jenis sumber seperti pusat

sumber, media massa, internet, dan Kamus Peribahasa.

Kemahiran membentangkan tugasan juga dapat diperoleh oleh para pelajar.

Kebiasaannya guru akan meminta setiap pelajar membentangkan hasil tugasan yang

mereka lakukan untuk sesebuah projek. Ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran dan

keyakinan para pelajar ketika berhadapan dengan rakan-rakan lain. Seterusnya, strategi ini

mempunyai beberapa kelebihan lain, antaranya ialah minat pembelajaran dan daya kreatif

murid dapat dipupuk, serta mampu mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif

murid-murid. Tambahan pula, melalui projek ini, ia dapat memberi peluang kepada murid

mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Projek ini juga mampu

menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus, Memberi peluang

mereka menjana idea mengenai topik tersebut, mengajar mereka untuk menerima dan

menghormati perbezaaan individu, mengalakan mereka untuk sedia menanggung risiko

dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing serta menunjukan bahawa

sumbangan idea mereka dihargai.

Selain daripada itu juga, pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan

masalah yang mereka alami sepanjang mengendalikan sesuatu projek dan pastinya aktiviti

yang dijalankan bermakna dan berilmiah. Pembelajaran berasaskan projek juga mampu

menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam

proses Pengajaran dan Pembelajaran, menolong pelajar dalam memahami dan

mengaplikasikan pengetahuan, menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai

kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri,

mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti,

menggalakkan akauntabiliti dan penentuan matlamat, serta memenuhi keperluan pelajar

yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Kaedah projek ini mempunyai beberapa kelebihan lain, di antaranya adalah minat

pembelajaran dan gaya kreatif murid dapat dipupuk. Di samping itu murid dapat

menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu.

Tambahan pula ia memberi peluang kepada murid menggunakan masa lapang yang

berfaedah. Apabila sesuatu objek dihasilkan dengan baik, dan dipamerkan akan

membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta kebanggaan. Perasaan ini akan

mendorong murid supaya berusaha secara berterusan dengan lebih tekun lagi.

Walaupun terdapat banyak kebaikan di dalam aktiviti pembelajaran berasaskan

projek, namun terselit juga beberapa kelemahannya. Misalnya strategi berasaskan projek ini

memerlukan banyak tenaga dan masa untuk dilaksanakan. Murid-murid dan guru terpaksa

meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk menyiapkan sesebuah projek.

Sebagaimana maklum, sesebuah projek yang dihasilkan mengambil masa sekitar dua

hingga tiga minggu untuk dilaksanakan. Hal ini menyebabkan banyak masa dan tenaga

terpaksa dihabiskan semata-mata untuk menyiapkan projek ini.

Seterusnya, kelemahan strategi berasaskan projek dalam pengajaran yang lain ialah

mengurangkan fokus pelajar terhadap pengajaran yang dijalankan. Hal ini kerana aktiviti

secara berkumpulan adalah menekankan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar.

Dengan ini ia akan memudahkan sesetengah pelajar untuk tidak melibatkan diri secara aktif

dalam pengajaran yang diberikan. Permasalahan ini juga turut menyumbang kesulitan

kepada pengajaran guru. Ini kerana kaedah perbincangan yang diterapkan menyulitkan para

guru untuk mengenalpasti tahap kefahaman setiap pelajar. Sepertimana yang kita ketahui,

daya intelek dan tahap kefahaman setiap pelajar adalah berbeza. Dengan ini, ia akan

menyebabkan sesetengah pelajar yang tidak menguasai tahap kefahaman terhadap

pengajaran yang diberikan terus hanyut dan lemah untuk menguasainya. Keyakinan dan

kesungguhan pelajar untuk berusaha memahami pengajaran yang diberikan akan terus

berkurang sehingga boleh menyebabkan pelajar tersebut lalai dalam memperoleh ilmu

pengetahuan terhadap aspek yang diajar. Oleh itu, guru harus memastikan setiap pelajar

mengambil bahagian dalam tugasan yang diberikan dan memantau setiap kumpulan sambil

bersoal jawab dengan setiap pelajar dalam kumpulan.

Kelemahan yang seterusnya ialah, perbelanjaan untuk menghasilkan projek pula

melibatkan kos yang tinggi. Untuk menghasilkan sesebuah projek pelajar harus

mengeluarkan perbelanjaan yang banyk untuk membeli bahan dan alatan yang diperlukan

untuk membuat projek. Contohnya dalam projek buku skrap, pelajar perlu membeli alatan

seperti pensil warna, Buku Skrap, kertas mah-jong, Marker, gam, gunting, kertas warna dan

banyak lagi.

Melalui pembelajaran berasaskan projek, ianya memerlukan guru yang serba boleh

dan menambah beban tugas guru kerana peranannya amat penting dalam menjayakan

sesuatu projek. Kelemahan yang terakhir ialah, Murid-murid yang menghasilkan projek yang

kurang menarik tidak mendapat peluang untuk mempamerkan projek yang mereka hasilkan,

hal ini akan menyebabkan mereka berasa kecewa kerana menganggap hasil kerja mereka

tidak diiktiraf. Perasaan negatif ini mungkin mendatangkan kesan yang buruk terhadap

pembelajaran mereka pada masa hadapan.

Kesimpulannya, pembelajaran berasaskan projek ini mendatangkan lebih banyak

kebaikan kepada pelajar dan guru berbanding keburukan. Strategi ini lebih menekankan

kepada penglibatan guru dan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya

kedua-dua belah pihak memberi kerjasama yang baik ketika pengajaran berlaku, maka

suasana pengajaran akan menjadi lebih bermakna dan baik mampu diwujudkan berbanding

menggunakan cara pengajaran seperti biasa.

Strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan

projek adalah seperti gambarajah di bawah:

Rajah 1: Langkah perlaksanaan pembelajaran berasaskan projek

Sesebuah projek boleh dilaksanakan secara perseorangan atau secara

berkumpulan. Guru perlu memastikan bahawa langkah-langkah berikut diberi perhatian agar

kaedah projek dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan agar mencapai hasil

pelajaran yang memuaskan. Perkara tersebut ialah:

1. Objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan

kemahiran murid-murid. Sesuatu projek perlu mempunyai objektif-objektif tertentu.

Dengan adanya objektif-objektif ini guru dan pelajar mempunyai hala tuju yang betul

dan dapat menilai pencapaian mereka.

2. Adakan rancangan yang baik dan lengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap

kumpulan demi menjamin kelicinan perlaksaannya.

3. Menentukan cara mempamerkan hasil-hasil kerja murid, cara menyimpannya dan

penggunaannya sebagai alat bantu mengajar pada masa akan datang.

M em berikan Tugasan M engikut Kuriku lum

Tugasan Perlu M engam bil K ira Keupayaan Dan

Kem am puan Pelajar Yang Terlibat

M enentukan Jadual Kerja

M em astikan B ilangan Ahli

Kum pulan Kecil

Penila ian Projek Perlu M encerm inkan Daya Usaha Setip Pelajar

Dalam Kum pulan

G uru Perlu M em berikan B im bingan dan

Pem antauan

Penila ian D ilaksanakan

Sepanjang Tem poh Projek

Perlaksanaan dan Perancangan

Secara Berperingkat

penyediaan jadual penentu tugasan dan

panduan m em beri m arkah

Pem bentangan, Penila ian Dan

Pem urnian Tugas

Penyerahan Projek

Langkah-langkah Perlaksanaan pengajaran inovatif Berasaskan Projek Folio dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Mengenai Kepelbagaian Makanan

Tradisional Masyarakat Melayu.

Projek folio ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Projek ini dilaksanakan selepas murid mempelajari topic mengenai makanan tradisional

masyarakat melayu misalnya. Guru akan menguji kefahaman murid mengenai perkara yang

mereka pelajari di dalam kelas. Projek folio ini bertajuk, “Kepelbagaian Makanan Tradisional

Tradisional Masyarakat Melayu”. seperti biasa pelaksanaan pembelajaran berasaskan

projek juga mestilah mengikuti seperti perancangan biasa iaitu, dimulakan dengan set

induksi, diiukuti dengan langkah 1, 2 dan 3 misalnya dan diakhiri dengan penutup.

Set Induksi

Guru memberikan tugasna mengikut kurikulum iaitu menggunakan kurikulum Bahasa

Melayu. Seterusnya, guru memberi gambaran mengenai tajuk pengajaran iaitu

“Kepelbagaian Makanan Tradisional Tradisional Masyarakat Melayu”. Tugasan yang

diberikan oleh guru ini mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat,

dimana objektif dan aktiviti kerja projek harus ditentukan berdasarkan kecenderungan dan

kemahiran murid-murid di dalam kelas. Guru haruslah melaksanakan projek ini, setelah

mereka selesai mengajar dan yakin pelajar faham apa yang mereka pelajari. Ketika ini, guru

akan mengimbas kembali sesi pengajaran makanan tradisional yang pernah dibuat di dalam

kelas. Guru juga boleh mengimbas kembali menggunakan vedo melalui tanyangan TMK.

Guru menerangkan apakah maksud makanan tradisional Melayu, menyenaraikan jenis-jenis

makanan tradisional melayu, serta menerangkan tajuk tugasan secara terperinci. Guru turut

menetapkan tarikh serahan projek iaitu 3 minggu setelah projek bermula.

LANGKAH 1 (Membahagikan Pelajar Kepada Beberapa Kumpulan)

Guru membahagikan para pelajar kepada empat kumpulan misalnya. Setiap

kumpulan ini terdiri daripada lima orang ahli. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik

ketua kumpulan masing-masing. Ketua kumpulan ini akan bertanggungjawab

membahagikan tugasan kepada ahli kumpulan yang lain agar semua ahli kumpulan terlibat

dalam projek yang dilaksanakan. Setelah selesai, setiap kumpulan akan diberikan tugasan

yang sama iaitu mencari kepelbagaian jenis makanan tradisional masyarakat melayu dan

membuat penerangan sedikit di bawah makanan tradisional yang dipilih mengikut kreativiti

kumpulan. Setiap kumpulan boleh menghasilkan folio dengan menggunakan TMK. Tema

projek untuk setiap kumpulan adalah sama iaitu makanan tradisional melayu.

Salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang sejajar dengan perkembangan pendidikan pada masa sekarang.

Kebanyakan kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan terhadap ICT.

Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira namun literasi abad

ke-21 melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing

pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan

mengumpul serta mengulas maklumat seperti yang dinyatakan diatas dalam langkah

pelaksanaan projek setiap kumpulan boleh menggunakan TMK untuk mendapatkan

makluamat dan menghasilkan folio tersebut. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global

pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat. Pembelajaran

berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang boleh memupuk kemahiran abad ke 21. Topik-topik tertentu dalam mata

pelajaran bahasa Melayu contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar

perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti google. Jadi kesimpulannya

dengan menggunakan enjin pencarian google murid mudah mendapatkan maklumat

mengenai tugasan folio yang diberikan iaitu Kepelbagaian Makanan Tradisional Masyarakat

Melayu.

LANGKAH 2 ( Latihan Pemahaman)

Sebelum menjalankan projek ini, guru perlu menguji kefahaman para pelajar terhadap

pengajaran mengenai topic ini. Ujian kefahaman dilakukan berdasarkan latihan pemahaman

yang diberikan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para pelajar mahir dan mampu

menguasai ilmu ini agar mereka berjaya melaksanakan projek yang diberikan. Latihan

pemahaman ini juga boleh diberikan melalui TMK atau secara berkumpulan selaras dengan

pembelajaran abad ke-21.

LANGKAH 3 ( Sesi perbincangan)

Guru mengarahkan pelajar untuk untuk duduk secara berkumpulan, berdasarkan kumpulan

yang telah ditetapkan selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Hal ini bertujuan untuk

membincangkan tajuk tugasan yang diperolehi oleh mereka secara berkumpulan. Di dalam

sesi perbincangan setiap kumpulan perlu mencari maklumat mengenai tajuk dan tema yang

telah diberikan. Setiap kumpulan ini diberi kebebasan untuk memilih alat bantu mengajar.

Antara alat bantu mengajar yang digunakan oleh para pelajar ialah penggunaan internet,

notebook, dan buku dipusat sumber. Setiap ketua kumpulan akan mengagihkan tugasan

kepada ahli-ahli kumpulan, dimana setiap ahli perlu mencari 5 makanan tradisional melayu

yang berlainan. Melalui aktiviti perbincangan ini, akan mampu menjana idea yang bernas

daripada ahli-ahli kumpulan selain mampu melaksanakan tugasan dengan lebih cepat dan

menjimatkan masa. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh

projek iaitu ketika setiap kumpulan melakukan perbincangan mereka di dalam kelas. Guru

memantau peranan setiap ahli kumpulan yang terlibat agar semua ahli kumpulan dapat

melibatkan diri dalam perbincangan ini. Setelah selesai sesi perbincangan, setiap ahli

kumpulan akan menggabungkan hasil dapatan yang mereka peroleh.

Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi

interaktif. Pelajar juga boleh berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama

rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial

seperti e-mel, Facebook ataublog semasa dirumah masing-masing. Hal ini demikian kerana

pembelajaran melalui projek memakan masa yang agak lama jadi murid boleh menyambung

tugasan projek dirumah. Contohnya, kebanyakan pelajar pada zaman sekarang mempunyai

akaun laman sosial seperti facebook, melalui laman ini guru boleh memuat turun nota atau

latihan kepada pelajar. Pendekatan ini lebih menarik minat pelajar untuk belajar.  Sumber

terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi,

semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu

mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi,

rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Googledan Yahoo, dan

portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia danYouTube.

Sesi perbincangan adalah satu aktiviti yang memberi peluang kepada pelajar untuk

mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti pembelajaran. Sesi perbincangan yang

dirancang dengan rapi akan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis di kalangan

pelajar. Aktiviti seperti ini akan menghasilkan pelajar yang mahir berkomunikasi dan yakin

dalam menyampaikan buah fikirannya kepada orang lain seperti yang dituntut dalam

pembelajaran abad ke-21. Perbincangan juga menolong pelajar memahami sesuatu perkara

dengan lebih jelas dan membantu guru mengesan sejauh mana kefahaman mereka. Untuk

mengambil bahagian mereka terpaksa membaca dan berfikir tentang topik yang akan

dibincangkan dan menyampaikan apa yang difahaminya.

LANGKAH 4 (Pembentangan, penyelarasan dan pemurnian projek)

Setelah semua kumpulan selesai membincangkan tugasan mereka, wakil setiap kumpulan

akan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas menggunakan kertas mahjung

terlebih dahulu sebelum menjelmakan dalam folio. Guru akan menyemak jawapan setiap

kumpulan, jika terdapat kesalahan, guru akan membetulkan kesalahan tersebut. Guru akan

menegur kesilapan yang dilakukan agar pelajar dapat membuat penambahbaikan terhadap

projek yang mereka lakukan. Setelah selesai pembentangan, guru akan mengadakan sesi

soal jawab dan guru menyoal pelajar tentang perkara yang dipelajari.

Melalui Aktiviti pembentangan, guru boleh memupuk semangat keberanian dan

menyemai semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar. Berdasarkan langkah 3 dan 4,

secara tidak langsung, guru telah berjaya menggabungjalinkan tiga kemahiran, iaitu

kemahiran lisan (berbincang sesama pelajar, bersoal jawab dengan guru, pembentangan),

kemahiran membaca (membaca dan menganalisis peribahasa dan pembentangan),

kemahiran menulis (menyenaraikan contoh makanan tradisional berserta penerangan),

menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab dalam tugas masing-

masing, keberanian, mampu menerima pendapat orang lain dan sebagainya selaras dengan

pembelajaran abad ke-21.

Di samping itu, kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga termasuk dalam

kemahiran abad ke 21. Kemahiran interpersonal merujuk kepada kebolehan seseorang itu

untuk berkomunikasi dengan orang lain yang melibatkan penyelesaian masalah. Manakala

kemahiran intrapersonal pula ialah komunikasi yang berlaku di dalam diri seseorang.

Komunikasi ini dibentuk dalam diri seseorang dalam proses untuk menyampaikan maklumat.

Menurut Capstone (2001) maklumat yang dibentuk dalam diri seseorang melalui komunikasi

intrapersonal terbahagi kepada dua iaitu maklumat yang disampaikan secara lisan dan

maklumat yang disampaikan secara tidak lisan. Contoh komunikasi secara tidak lisan ialah

keadaan muka, nada suara dan sentuhan tangan. Kedua-dua kemahiran ini penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menuju pendidikan abad ke 21.

Walaupun terdapat perbezaan karakter bagi kedua-dua kemahiran ini. Namun, kemahiran

yang mereka gunakan berkesan untuk diri mereka dalam proses pembelajaran.

PENUTUP

Guru megarahkan para pelajar menangguhkan pelaksanaan projek kerana masa kelas telah

tamat. Projek akan bersambung pada minggu hadapan. Guru meminta setiap ahli kumpulan

membawa bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat folio.

PELAKSANAAN MINGGU HADAPAN:

SET INDUKSI

Gambaran mengenai projek yang akan dilakukan. Guru menerangkan cara pelaksanaan projek, iaitu projek folio. Guru menyediakan (atau menyuruh murid-murid menyediakan) bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan dan meminta para pelajar mengeluarkan semua bahan-bahan yang akan digunakan.

LANGKAH 1

Membahagikan pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pelajar duduk secara berkumpulan (pembelajaran abad ke-21).

- Kumpulan 1 - Kumpulan 2 - Kumpulan 3 - Kumpulan 4

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam abad ke 21 masih tetap berpusatkan

pelajar. Malah ia perlu dipertingkatkan daripada apa yang diamalkan sekarang. Guru

memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya

secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar darjah. Guru lebih-lebih lagi

berperanan sebagai pemudah (fasilitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal

maklumat.

Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi

membina dan mengukuhkan minat murid terhadap pembelajaran. Murid dibimbing supaya

bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri.

Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa

tanggungjawab.

Dalam rangka pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, tenaga

pengajar/guru di sesebuah bilik darjah sekurang-kurangnya terdiri daripada seorang guru

dan seorang pembantu guru untuk membimbing pelajar yang tidak melebihi 25 orang

pelajar. Keadaan kelas dengan dua orang guru dengan sekelompok murid patut dijadikan

amalan bagi meningkat dan mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran yang

berpusatkan pelajar.

LANGKAH 2

Menghasilkan folio menggunakan TMK ataupun secara tradisional. Dapatan kajian yang

diperoleh berdasarkan pembentangan pada minggu lepas dikumpulkan oleh setiap ahli

kumpulan. Folio akan dihasilkan mengikut kreativiti setiap kumpulan. Folio yang dihasilkan

perlulah mengikut terma dan tajuk yang telah diberikan. Setiap ahli kumpulan wajib

melibatkan diri dan bekerjasama dalam menyiapkan Folio ini. Guru berperanan sebagai

pemerhati dan memberi penilaian berdasarkan kerja sepasukan setiap kumpulan. Foloio

yang telah siap dihasilkan akan diserahkan kepada guru mengikut tempoh masa yang telah

ditetapkan.

LANGKAH 3 ( penilaian terhadap projek yang dihasilkan)

Guru akan membuat penilaian terhadap folio yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan.

Guru akan memberikan markah berdasarkan ketepatan projek, kekemasan, dan daya

kreativiti pelajar dalam menghasilkan folio.

Penilaian projek ini dapat mengukur proses meta-kognitif dan sikap pelajar dan

memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik. Selain daripada itu juga dapat

membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini

sebaik mungkin. Antara jenis-jenis penilaian projek pula ialah latihan dan soalan ‘open-

ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis (main peranan).

PENILAIAN PROJEK

Menurut Wiggins (1989), Penilaian merupakan aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid

mengaplikasi atau membuat tunjuk ajar cara pengetahuan dalam situasi sebenar. Ciri-ciri

penilaian projek ialah:

- Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk (lisan, visual, kinestetik)

- Berbentuk jangka panjang

- Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar

- Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif apabila tidak

mendapat jawapan yang benar.

- Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif iaitu membuat projek didalam

kumpulan secara koperatif.

- Pelajar dapat menjalankan tugas secara individu atau berpasukan

- Sintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.

Penilaian terhadap pelajar dibuat berdasarkan:

- Kreativiti

- kemahiran merancang

- integrasi pengetahuan

- kebolehan membuat tugasan bersama orang lain

- pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji / membentuk sesuatu

- melaksana dan menghasilkan sesuatu

- pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

- aktiviti yang bermakna

Dengan itu, penilaian projek ini dapat:

- mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar

- memperoleh skor yang diberi berdasarkan kritirea spesifik

- membantu pelajar mengesan bidang kelebihan dan menggunakannya sebaik

mungkin.

PENUTUP

Guru membuat kesimpulan mengenai projek yang telah dihasilkan oleh setiap kumpulan.

Hasil kerja projek yang dijalankan akan dipamerkan diperpustakaan sekolah sebagai rujukan

dan panduan kepada murid lain.

Kesimpulannya, Mengikut perancangan yang telah dinyatakan di atas dapatlah

dijalankan dengan konteks pembelajaran abad ke-21. Hal ini demikian kerana langkah serta

strategi pengajaran yang dilakukan amat bersesuaian dengan konteks pembelajaran abad

ke-21. Salah satu perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat

sekarang ialah kemahiran abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran

pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar untuk berdaya saing pada milenium baru.

Kemahiran abad ke-21 dapat dikaitkan dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan pada

zaman ini.

Kemahiran teknologi maklumat dan inovasi turut melahirkan pelajar kreatif dan

inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan amat berguna apabila berada di

dunia pekerjaan. Dengan adanya aspek ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan

menjadi lebih menarik dan berkesan kerana berjaya menarik tumpuan pelajar. Misalnya,

dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pelajar dapat mengakses

maklumat tanpa had dengan hanya menggunakan enjin carian

seperti googleatau yahoo mereka dapat memperoleh banyak maklumat dengan hanya

menggunakan hujung jari. 

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi maklumat

dan inovasi adalah kreativiti dan inovasi (creativity and innovation), pemikiran kritis dan

penyelesaian masalah (critical thinking and problem solving), komunikasi dan kolaborasi

(communication andcollaboration),  literasi maklumat (information literacy), literasi media

(media literacy), literasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), ICT (Information,

Communications and Technology) Literacy), fleksibiliti dan mempunyai keupayaan

menyesuaikan diri (flexibility and adaptability), berinisiatif dan mempunyai haluan diri

(initiative and self-direction) serta  kemahiran sosial dan antara-budaya (Social and Cross-

Cultural Skills).

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan

kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang

disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti

digunakan secara meluas.

Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan

dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera

padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh

semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk

sepenuhnya oleh komputer. Hal ini bukan bertujuan membantu guru dengan penggunaan

teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih

menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar.

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi

komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan

tepat seperti internet atau multimedia atau hypermedia untuk membantu proses pengajaran

dan pembelajaran. Perkembangan bidang teknologi maklumat telah dapat memudahkan

manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan

lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara.

Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat, Untuk

itu setiap pelajar perlu celik komputer. Hal ini kerana komputer berupaya meningkatkan

mutu pembelajaran. Sudah sampai ketikanya komputer menjadi alat standard di semua

sekolah di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah.

3.0 RUMUSAN

Jelaslah bahawa dengan penggunaan strategi pengajaran inovatif yang strategik dapat

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Malah pembelajaran berasaskan projek

juga sesuai dijalankan pada zaman ini kerana bersesuaian dengan konteks pembelajaran

abad ke-21. Tambahan pula pembelajaran berasaskan projek ini juga mempunyai banyak

kebaikan berbanding keburukan yang dapat dilaksanakan dengan jayanya jika menikuti

langkah serta perancangan strategi yang baik.