TUGASAN 2

3
TUGASAN 2 Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul. Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan. Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ? Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar? Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan tindakan tersebut? Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi 6 Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati seperti di Institut

Transcript of TUGASAN 2

Page 1: TUGASAN 2

TUGASAN 2 Bincangkan secara individu di dalam bentuk laporan esei yang mengandungi 300 patah perkataan mengenai isu dibawah. Masukkan pernyataan yang kukuh mengenai tujuan praktikal dan sumber rujukan di dalam teks dan senaraikannya di bahagian lampiran pada akhir laporan dengan format yang betul. Apakah julat diversiti yang hadir? Adakah mereka memberi tumpuan kepada sesetngah kumpulan dan mengabaikan kumpulan yang lain? Jelaskan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ex situ dan in situ? Apakah merit pemuliharaan ex situ?

Mengapakah sesetengah ahli ekologis berpendapat pemuliharaan in situ adalah satu-satunya strategi konservasi yang wajar?

Mengapakah ramai pihak yang mengatakan bahawa tidak wajar untuk membawa kembali spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian? Apakah kesan tindakan tersebut?

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan

pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara

hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web

http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen

tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan

terhadap hidupan liar di Malaysia. Peranan fungsi 6 Konservasi Ex-situ Jabatan

PERHILITAN adalah untuk merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras

program dan aktiviti pembiakan spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah

konservasi dan komersil. Proses pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan

perkhidmatan rawatan hidupan liar, aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta

penyelidikan. Pemuliharaan ini dijalankan di beberapa tempat yang telah saya lawati

seperti di Institut Biodiversiti, Lanchang, Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah

dan juga Taman Rusa di Bukit Rengit.

Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau terletak di Kuala Gandah, Pahang. Kuala

Gandah menjadi tarikan kerana wujudnya Pusat Pemuliharaan Gajah Negara. Di sini

terdapat 12 ekor gajah termasuk dua ekor gajah yang berumur 70 tahun. Pusat

Perlindungan Gajah Kuala Gandah di Pahang, memberikan pelawat peluang untuk

mempelajari dengan lebih lanjut mengenai haiwan ini serta memberi pengalaman

menunggang gajah di persekitaran hutan. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-

kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di Malaysia dan

Page 2: TUGASAN 2

pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar

yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini telah

diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan

gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah

semasa sesi memberi makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan

tarikan lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan

perlindungan Rusa, Taman Alam 7 pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai

jenis herba dan tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-

lain herba yang boleh didapati di hutan hujan.

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar

habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma

atau spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat

asalnya. Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan

dilindungi dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia

sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies

tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan jenis ini

mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara

flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan

biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan

datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan sumber

biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

pemuliharaan ini.

Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan

oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin

banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini

perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya

berjalan lancar seperti yang dirancangkan.