Tugasan 2 - Artikel

download Tugasan 2 - Artikel

of 2

Transcript of Tugasan 2 - Artikel

  • 8/18/2019 Tugasan 2 - Artikel

    1/2

    Pengetua teraju kecemerlangan sekolahOleh TAN SRI ALIMUDDIN MOHD [email protected] NULIS ialah !e"as #etua Pen$arah Pela%aran Malaysia

    Pengetua merupakan orang penting yang bolehmencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah sekolahmelalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang adapada dirinya.Ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiranmentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantumempercepatkan lagi pencapaian dan kecemerlangansekolah.Demikianlah antara intisari ucapan perasmian olehTimbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran,Tan Sri Muhyiddin assin, pada Persidangan !ebangsaan

    Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua SekolahMalaysia kali ke-"# di Subang $aya, Selangor, $un lalu.Persidangan tersebut dianjurkan oleh Majlis PengetuaSekolah Menengah dengan tema %!epimpinan &olistik Menjana Transformasi Pendidikan 'egara%.(agi mencapai hasrat menjadikan Malaysia negara majumenjelang )#)#, transformasi dalam bidang pendidikanperlu dilakukan secara berterusan terutama bagi melahirkan modal insan yang holistik yang mampu mengharungisegala cabaran sama ada di peringkat domestik atau global.Tidak dapat dinafikan bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan negara. Dalam usaha untukmencapai kecemerlangan pendidikan itu, peranan kepimpinan pengetua sering dijadikan fokus utama.Dalam hal ini pencapaian sesebuah sekolah tidak dilihat dari pencapaian akademik semata-mata tetapi yang lebihpenting dapat melahirkan pelajar yang holistik iaitu mempunyai kemahiran intelek, sosial, fi*ikal dan berkeupayaanmenyesuaikan diri dalam apa sahaja situasi dan keadaan.

    (anyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor kejayaan sesebuah sekolah dan ramai di kalangan mereka berpendapat peranan pengetua dan ditambah memiliki ilmu kepengetuaan adalah faktor yang signifikan.!epimpinan yang berkualiti dan holistik akan dapat mengubah sekolah yang hanya dalam keadaan biasa kepadasekolah yang berkesan atau cemerlang.Dalam usaha untuk melahirkan sekolah cemerlang itu, ada beberapa kriteria yang perlu dimiliki oleh pengetua,antaranya mereka mestilah merupakan seorang yang ber+a+asan.

    leh itu, bagi mencapai hasrat tersebut sebagai pemimpin utama di sekolah mestilah mempunyai perancangan danstrategi tertentu. (agi mencapai hasrat tersebut mereka juga perlu mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripadasemua peringkat +arga sekolah.(agi mencapai matlamat ke arah negara maju seperti yang digariskan dalam dasar negara, !ementerian Pelajarantelah menyediakan pelan dan garis panduan tertentu untuk dilaksanakan oleh semua sekolah.$usteru pengetua mestilah berupaya untuk memahami dan sentiasa mengamalkan dasar-dasar yang telah disediakan,keupayaan untuk menterjemahkan dasar kepada tindakan memerlukan kemahiran tertentu yang dimiliki olehpengetua berkenaan.Dari segi peribadi pengetua yang berkesan kebiasaannya memiliki sifat dedikasi, bertanggungja+ab, berkeyakinantinggi dan tidak mudah berputus asa.!emahiran atau memiliki ilmu kepengetuaan akan dapat membantu pengetua melaksanakan tugas dengan lancar.Pendekatan kepimpinan yang holistik dengan menggunakan pelbagai gaya kepimpinan akan dapat mempengaruhiorang ba+ahannya supaya bekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Pengurusan sumber manusia terutama keupayaan menguruskan guru dan pelajar secara berkesan akan dapatmembantu mencapai matlamat sekolah dengan cepat. uru merupakan aset penting kepada sekolah.Dengan memberikan % empowerment % dan kepercayaan akan membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan yakindan sedia memberi sokongan kepada perancangan yang telah disediakan.

    Se!aha$ian dari&ada &en$etua yan$ hadir &ada Persidan$an#e!an$saan Pen$urusan Pendidi"an Pen$etua Se"olah

    Malaysia "e'() Tahun *)++ di Su!an$ ,aya- Selan$or- ,un lalu.

  • 8/18/2019 Tugasan 2 - Artikel

    2/2

    Pengetua yang berkesan tidak akan mengabaikan hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti. Pelbagai akti itiperlu diadakan secara berterusan.Masalah disiplin pelajar, kekurangan dana dan sebagainya dapat diatasi melalui perkongsian pintar dengan pihak-pihak di luar sekolah terutama dengan ibu bapa.Peranan pengetua adalah penting bagi membantu merealisasikan dasar-dasar kerajaan khususnya dalam melahirkan +arga negara yang kompeten, bertanggungja+ab dan sedia menghadapi cabaran masa depan.

    /rtikel Penuh0 http011+++.utusan.com.my1utusan1info.asp2 y3)#445dt3#6#45pub37tusan8Malaysia5sec3Pendidikan5pg3pe8#4.htm9i:**;/os< =n > 7tusan Melayu ?M@ (hd

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3AosQv6nvhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3AosQv6nvhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3AosQv6nvhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3AosQv6nv