Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

download Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

of 17

Transcript of Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    1/17

    HNS 2013 KENEGARAAN

    TUGASAN 2 (30 %)

    ESEI (INDIVIDU)

    7. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan

    KUMPULAN : SWK06(A112PJJ)

    NAMA : NITO ANAK TONY

    NOMBOR MATRIK : D20112055167

    PENSYARAH : ENCIK ISHAK BIN ISMAIL

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    2/17

    Penghargaan

    Bersyukur kepada Tuhan yang maha esa dan maha pengasih kerana akhirnya hasil kerja

    keras siang dan malam sehingga dapat menyiapkan tugasan ini walaupun pada mulanya saya

    menghadapi kesukaran untuk memperolehi bahan dan menggunakan aplikasi teknologi

    komputer.

    Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penyelaras, Dr. Baharuddin bin Jabar

    dan pensyarah E-Learning, Encik Ishak bin Ismail kerana sudi membimbing kumpulan kami,

    terlibat dalam proses berforum, memberi tugasan dan pengumuman pada setiap masa di ruangan

    MyGuru 3. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan sejawat di sekolah dan rakan kumpulan SWK06

    A112PJJ yang telah banyak memberi dorongan, bantuan, nasihat, motivasi, berkongsi

    pengalaman, maklumat dan idea sama ada semasa berforum atau menyiapkan tugasan ini. Segala

    kerjasama dan bantuan daripada anda semua amatlah dihargai dan ucapan jutaan terima kasih

    kerana telah banyak mencurahkan ilmu demi memartabatkan lagi profesion perguruan.

    Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang tersayang

    kerana sanggup memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dan

    seterusnya melanjutkan pengajian.

    Sekian, terima kasih.

    i

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    3/17

    Kandungan

    1. Pengenalan 1

    2. Ketua negara 2

    3. Perlembagaan 4

    4. Parlimen 7

    5. Pilihanraya 11

    6. Kesimpulan 12

    7. Rujukan 14

    ii

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    4/17

    Pengenalan

    Istilah demokrasi berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu damos bererti rakyat dan

    kratos bererti kuasa. Pada dasarnya, demokrasi bermaksud rakyat mempunyai suara mutlak

    dalam menentukan kerajaan yang memerintah sesebuah negara melalui pilihanraya umum.

    Maksudnya, sistem demokrasi adalah berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk

    rakyat.

    Ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan sistem kerajaan demokrasi adalah semua

    warganegara yang mempunyai kelayakan umur yang tertentu layak mengundi; setiap

    warganegara boleh bertanding dalam pilihanraya; pengundian pilihanraya dilakukan secara sulit;

    keputusan pilihanraya adalah berdasarkan bilangan undi terbanyak atau pengundian majoriti;

    badan perundangan iaitu parlimen yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat yang dipilih; dan

    menampilkan kebebasan, persamaan dan hak-hak rakyat.

    Pengasingan kuasa adalah konsep asas dalam kerajaan-kerajaan moden terutamanya

    untuk negara-negara demokratik. Doktrin pengasingan kuasa dipelopori oleh Montesquieu iaitu

    seorang ahli falsafah terkemuka dari Perancis. Doktrin ini melibatkan pembahagian kuasa

    pemerintahan yang jelas di antara badan-badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa

    sebarang pertindihan. Contohnya, pihak eksekutif tidak harus mempunyai kuasa dalam hal-hal

    kehakiman atau perundangan. Matlamat doktrin ini ialah bagi mengelakkan pemusatan kuasa di

    antara tiga badan tersebut.

    Negara kita mengamalkan sistem kerajaan demokrasi berparlimen yang berlandaskan

    Perlembagaan Persekutuan. Malaysia adalah sebuah persekutuan iaitu kuasa pemerintahan

    dibahagikan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan-kerajaan negeri. Terdapat tiga

    peringkat pentadbiran di negara kita iaitu persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. Sistem

    kerajaan persekutuan terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, badan

    perundangan, badan eksekutif, badan kehakiman, Ketua Audit Negara dan suruhanjaya-

    suruhanjaya.

    1

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    5/17

    Ciri-ciri demokrasi berparlimen:

    i. Ketua negara ( Yang Di-Pertuan Agong ).

    Baginda merupakan Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan. Kedudukan baginda

    terletak di kemuncak antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman.

    Jawatan ini telah diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos

    1957. Baginda adalah seorang raja berperlembagaan yang memerintah mengikut bidang kuasa

    yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Baginda mempunyai keutamaan yang melebihi semua

    orang di negara kita dan tidak boleh didakwa dalam perbicaraan di mahkamah kecuali dalam

    Mahkamah Khas. Seandainya baginda melakukan sesuatu kesalahan semasa melaksanakan tugas

    rasminya, pihak berkenaan boleh mendakwa dengan menamakan Kerajaan Persekutuan sebagai

    defendan. Yang Di-Pertuan Agong adalah lambang kedaulatan dan perpaduan negara.

    Pemilihan baginda adalah dari kalangan sembilan orang raja Melayu oleh Majlis Raja-

    Raja berpandukan aturan Jadual Ketiga, Perlembagaan Malaysia. Namun begitu, Yang Dipertua

    Negeri Sarawak, Sabah, Melaka dan Pulau Pinang adalah tidak layak membuat pemilihan ini.

    Yang Di-Pertuan Agong dipilih daripada setiap raja kecuali baginda belum cukup umur, sengaja

    tidak mahu dipilih, difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja dengan undi sulit di atas sebab

    kelemahan akal dan tubuh atau sebab lain. Raja yang pertama pada senarai pemilihan dan

    mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima orang raja akan dilantik ke jawatan ini selama

    lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan sebelum tempoh tersebut atau dilucutkan

    jawatan oleh Majlis Raja-Raja. Raja Permaisuri Agong adalah gelaran kepada isteri baginda dan

    mempunyai keutamaan selepas baginda.

    Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa eksekutif namun baginda mesti bertindak

    atas nasihat Kabinet atau nasihat Perdana Menteri. Baginda berkuasa mendapat sebarang

    maklumat tentang pentadbiran Persekutuan daripada Kabinet. Baginda diiringi oleh Perdana

    Menteri semasa Majlis Raja-Raja membincangkan perkara-perkara mengenai dasar negara.

    Baginda adalah satu daripada tiga komponen Parlimen iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    Yang Di-Pertuan Agong boleh memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen. Baginda

    2

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    6/17

    juga boleh berucap dalam Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama. Rang

    Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara mesti mendapat

    persetujuan baginda sebelum dijadikan undang-undang kecuali sebagaimana diperuntukkan

    dalam Perkara 66.

    Baginda yang bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan

    Majlis Raja-Raja berkuasa melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Hakim-

    hakim Besar Mahkamah Tinggi dan hakim-hakim lain Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah

    Tinggi. Baginda mempunyai kuasa mengampun segala kesalahan yang dibicarakan dalam

    mahkamah tentera, segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan dan segala

    hukuman yang dijatuhkan dalam Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan, Sarawak, Sabah,

    Pulau Pinang dan Melaka.

    Yang Di-Pertuan Agong adalah Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata dan Ketua

    Agama Islam bagi negeri-negeri Sarawak, Sabah, Wilayah Persekutuan, Melaka dan negeri

    baginda sendiri. Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan

    kaum bumiputera di Sarawak dan Sabah. Yang Di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi

    bicaranya sendiri dalam tiga perkara mengikut Perlembagaan Persekutuan iaitu melantik seorang

    Perdana Menteri; tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen; dan meminta supaya

    diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja tentang keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan

    kebesaran raja-raja.

    Perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh baginda ialah tidak boleh memegang

    jawatan bergaji; tidak boleh dengan giatnya melibatkan diri dalam perniagaan; tidak boleh

    menerima sebarang jenis emolumen dari negeri yang baginda menjadi raja; tidak boleh

    meninggalkan negara selama tempuh yang melebihi lima belas hari kecuali dengan persetujuan

    Majlis Raja-Raja atau sebab membuat lawatan rasmi ke negara lain; dan tidak boleh menjalankan

    tugas-tugas sebagai raja negerinya kecuali tugas-tugas sebagai Ketua Agama Islam, pindaanperlembagaan dan perlantikan Pemangku Raja atau ahli Jemaah Pemangku Raja.

    3

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    7/17

    ii. Perlembagaan

    Perlembagaan adalah sebuah dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi

    untuk mewujudkan sistem kerajaan yang tersusun dan moden. Undang-undang tertinggi itu

    menjadi panduan segala perundangan lain yang wujud dalam sebuah negara. R.N. Gilchrist

    mendefinisikan perlembagaan sebagai kumpulan undang-undang atau peraturan-peraturan sama

    ada bertulis atau tidak bertulis, menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara

    pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang menentukan kaedah kuasa-kuasa itu

    dijalankan. Perlembagaan mengandungi peruntukan-peruntukan umum tentang corak

    pemerintahan negara, hak-hak asasi rakyat, kewarganegaraan, agama, bahasa, pilihan raya dan

    perkara-perkara lain yang selaras dengan kehendak rakyat dan keadaan semasa.

    Keperluan perlembagaan di sesebuah negara adalah bagi menjamin kestabilan politik,

    sistem pemerintahan yang adil dan cekap; menentukan hak asasi dan tanggungjawab rakyat;

    mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah; mewujudkan satu rangka politik, ekonomi

    dan sosial yang mampu memupuk perpaduan nasional; dan melindungi kepentingan semua

    kaum. Secara umum, sesebuah perlembagaan dapat dibahagikan berdasarkan sama ada ia bertulis

    atau tidak; boleh dipinda dengan mudah atau tidak; dan sistem kerajaan yang dipraktikkan.

    Semua negara kecuali Britain mempunyai perlembagaan yang bertulis iaitu semua prinsip

    perlembagaan termaktub dalam satu dokumen. Pindaan perlembagaan di negara kita memerlukan

    kelebihan undi dua per tiga dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perlembagaan boleh

    dibahagikan mengikut sistem kerajaan iaitu berdasarkan (a) pembahagian kuasa antara kerajaan

    pusat dengan kerajaan tempatan; dan (b) kewujudan atau ketidakwujudan raja.

    Undang-undang yang tertinggi di negara kita ialah perlembagaan. Parlimen mendapat

    kuasanya daripada perlembagaan dengan kuasa terhadkerana ia tidak boleh membuat undang-

    undang untuk perkara-perkara yang di luar bidang kuasanya. Walaupun Yang Di-Pertuan Agong

    adalah Ketua Negara namun baginda menjalankan kuasanya menurut kehendak PerlembagaanPersekutuan. Kuasa kehakiman mahkamah juga adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak

    Perlembagaan. Justeru itu, Perlembagaan Persekutuan yang mempunyai kuasa tertinggi dan ini

    membuktikan konsep ketertinggian Perlembagaan.

    4

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    8/17

    Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara yang dibahagikan kepada 15

    Bahagian. Perlembagaan Persekutuan mengandungi peruntukan-peruntukan tentang pelbagai

    perkara seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, badan pemerintah,

    badan kehakiman, kewangan, pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-

    kerajaan negeri, kedudukan istimewa orang Melayu, tanah, pembangunan negara, perkhidmatan

    awam dan pilihanraya.

    Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan asasi kepada

    seseorang individu yang digolongkan ke dalam dua kategori iaitu kebebasan mutlak dan

    kebebasan terhad atau bersyarat. Kebebasan utama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ialah

    kebebasan diri; pengabdian dan kerja paksa; perlindungan daripada undang-undang jenayah yang

    berkuatkuasa kebelakangan dan pembicaraan berulang; kesamarataan; pembuangan negeri dan

    kebebasan bergerak; kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan; kebebasan

    beragama; dan pemilikan harta.

    Malaysia adalah sebuah persekutuan iaitu kewibawaan perlembagaan atau kuasa

    dibahagikan antara kerajaan pusat dengan 13 buah kerajaan negeri. Perkara 132 Perlembagaan

    Persekutuan tentang perkhidmatan awam yang terdiri daripada Angkatan Tentera; Perkhidmatan

    Kehakiman dan Undang-undang; Pekhidmatan Awam Am Persekutuan; Angkatan Polis;

    Perkhidmatan Awam Bersama (Perkara 133); Perkhidmatan Awam setiap negeri; dan

    Perkhidmatan Pendidikan.

    Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hal perolehan kewarganegaraan

    dan penamatan kewarganegaraan. Kewargaganegaraan dapat diperolehi melalui empat cara iaitu

    kuatkuasa undang-undang; pendaftaran; naturalisasi (permohonan); dan percantuman wilayah.

    Penamatan kewarganegaraan adalah melalui penolakan iaitu warganegara yang berumur 21

    tahun ke atas boleh menolak kewarganegaraannya dengan akuan yang didaftarkan oleh Kerajaan

    Persekutuan dan melalui pelucutan iaitu mengikut Perkara 24 dan Perkara 25.

    Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak-hak keistimewaan orang

    Melayu. Selepas penubuhan Malaysia, taraf keistimewaan telah diberikan juga kepada kaum

    5

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    9/17

    bumiputera di Sarawak dan Sabah. Kaum Melayu dan bumiputera lain diberi hak keistimewaan

    dalam bidang seperti jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pengeluaran

    permit dan lesen. Yang Di-Pertuan Agung bertanggungjawab untuk menjamin kedudukan

    istimewa kaum tersebut mengikut nasihat Jemaah Menteri.

    Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah

    bahasa Melayu. Namun begitu, tidak ada seorang pun boleh dilarang atau ditahan daripada

    menggunakan atau mengajar atau belajar sebarang bahasa yang lain. Maksud rasmi telah

    ditafsirkan sebagai apa-apa juga maksud Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan pihak

    berkuasa awam. Status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan

    seperti diperuntukkan dalam Akta (Pindaan) Perlembagaan, 1971. Seseorang yang

    mempersoalkan tentang perkara ini boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan,

    1984. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-

    Raja. Namun demikian, bahasa Inggeris dapat digunakan untuk maksud-maksud rasmi tertentu

    seperti dibenarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong.

    Perlembagaan Persekutuan dapat dipinda oleh Parlimen dengan syarat sokongan undi dua

    per tiga daripada jumlah bilangan ahli pada bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang

    pindaan tersebut. Pindaan untuk perkara-perkara seperti hak keistimewaan orang Melayu dan

    bumiputera Sarawak dan Sabah, kepentingan sah kaum yang lain, hak keistimewaan sultan,

    perkara tentang Islam serta bahasa Melayu dan kewarganegaraan tidak boleh dibuat tanpa

    melalui proses yang dinyatakan di atas dan mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja.

    Semua negeri dalam Persekutuan Malaysia mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab

    tersendiri berpandukan perlembagaannya yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun

    begitu, perlembagaan negeri tidak boleh bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan

    Persekutuan. Perkara 71 (4) memperuntukkan semua perlembagaan negeri dikehendaki

    mempunyai peruntukkan perlu seperti terkandung dalam Jadual Kelapan PerlembagaanPersekutuan yang menentukan kedudukan raja, Yang Dipertua Negeri, Majlis Mesyuarat

    Kerajaan, Dewan Undangan Negeri, peruntukkan kewangan, layanan sama rata untuk para

    pekerja negeri dan pindaan perlembagaan negeri. Perkara 112 memperuntukkan Kerajaan Negeri

    6

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    10/17

    tidak boleh tanpa persetujuan Kerajaan Persekutuan bagi menambah perjawatan negeri atau gaji

    dan emolumen yang sedia ada. Perlembagaan Negeri dapat dipinda oleh Dewan Undangan

    Negeri dengan undi dua per tiga daripada jumlah bilangan ahli pada bacaan kedua dan ketiga

    rang undang-undang pindaan tersebut. Pindaan tidak boleh dibuat mengenai kenaikan takhta dan

    kedudukan pembesar-pembesar negeri yang memerintah di negeri-negeri beraja.

    iii. Parlimen

    Parlimen adalah Badan Perundangan Persekutuan yang terdiri daripada tiga komponen

    iaitu Yang Di-Pertuan Agung; Dewan Negara; dan Dewan Rakyat. Fungsi utama Parlimen ialah

    menggubal undang-undang untuk seluruh Persekutuan. Fungsi Parlimen yang lain ialah

    mengawal badan eksekutif dengan meluluskan anggaran belanjawan tahunan, membenarkan

    rakyat menyoal tindakan kerajaan melalui wakil rakyat dan mengenakan cukai.

    Yang Di-Pertuan Agong akan membuka secara rasmi persidangan Parlimen. Baginda

    boleh menamatkan persidangan Parlimen atau membubarkan Parlimen. Baginda juga dapat

    memberi titah ucapan dalam salah satu Majlis Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen

    bersesama. Yang Di-Pertuan Agong perlu mempersetujui Rang Undang-undang yang diluluskan

    oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum dijadikan undang-undang kecuali peruntukkan

    dalam Perkara 66.

    Dewan Negara terdiri daripada 69 orang ahli iaitu 26 orang ahli dipilih oleh Dewan

    Undangan Negeri dari 13 buah negeri; terdapat 2 orang ahli untuk Wilayah Persekutuan Kuala

    Lumpur dan seorang ahli dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan

    Agong; dan 40 orang ahli lagi dilantik oleh baginda daripada warganegara Malaysia. Gelaran

    bagi ahli-ahli Dewan Negara ialah Senator yang memegang jawatan selama tiga tahun dan boleh

    dilantik semula bagi tempoh tiga tahun lagi. Keahlian Dewan Negara dibataskan kepada

    warganegara yang berumur 30 tahun ke atas.

    Yang Dipertua merupakan pengerusi Dewan Negara yang berperanan mempengerusikan

    mesyuarat Dewan Negara. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua akan melaksanakan tugas-

    tugas sewaktu ketiadaan Yang Dipertua. Setiausaha Dewan Negara adalah dilantik oleh Yang

    7

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    11/17

    Di-Pertuan Agong. Dewan Negara berperanan membahaskan sesuatu Rang Undang-undang yang

    diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih mendalam dan teliti. Forum juga dibuat di Dewan

    Negara bagi pegawai-pegawai awam dan ahli politik untuk membincangkan perkara yang

    menjadi kepentingan umum.

    Dewan Rakyat terdiri daripada 192 orang ahli yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan

    raya iaitu 134 orang dipilih di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, 20 orang di Sabah, 27 orang

    di Sarawak, 10 orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang di Wilayah

    Persekutuan Labuan mengikut Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan. Keahlian Dewan Rakyat

    dihadkan kepada warganegara yang bermastautin di Malaysia dan berumur 21tahun ke atas.

    Tempuh jawatan ahli Dewan Rakyat adalah selama lima tahun tetapi Yang Di-Pertuan Agong

    berkuasa membubarkan Parlimen sebelum tempoh itu.

    Yang Dipertua atau Speaker akan mengetuai Dewan Rakyat menjadi pengerusi

    persidangan Dewan Rakyat, menentukan tatatertib dan peraturan dewan supaya sentiasa dipatuhi.

    Beliau dipilih oleh Dewan Rakyat daripada kalangan ahli atau bukan ahli. Seandainya Yang

    Dipertua dipilih dari luar Dewan Rakyat maka beliau dianggap sebagai ahli tambahan dewan itu.

    Dewan Rakyat mempunyai dua orang Timbalan Yang Dipertua yang dilantik daripada kalangan

    ahli-ahli dewan. Seorang Setiausaha Dewan Rakyat yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Tugas utama Dewan Rakyat ialah membuat undang-undang melalui perbincangan dan

    meluluskan Rang Undang-undang. Kemudian Rang Undang-undang yang diluluskan itu

    dikemukakan untuk kelulusan Dewan Negara dan seterusnya mendapat perkenan Yang Di-

    Pertuan Agong. Selain itu, Dewan Rakyat juga membuat forum tentang dasar-dasar kerajaan

    yang boleh dipersoalkan dan diperdebatkan oleh ahli-ahli dewan. Malah isu-isu hangat semasa

    yang menyentuh hak-hak awam juga dapat dibentangkan dalam Parlimen.

    Parlimen perlu bersidang apabila dirasmi oleh Yang Di-Pertuan Agong dengan tempoh 6

    bulan jarak antara mesyuarat akhir bagi satu persidangan penggal lalu dengan mesyuarat pertama

    bagi persidangan yang akan datang. Tempoh kekal Parlimen hanya selama 5 tahun mulai dari

    tarikh mesyuarat yang pertamanya kecuali sebelum tamat tempoh ini ia telah dibubarkan oleh

    8

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    12/17

    Yang Di-Pertuan Agong. Selepas pembubaran Parlimen, pilihan raya umum mesti diadakan

    dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubarannya. Parlimen perlu dipanggil bersidang tidak

    lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran tersebut.

    Mesyuarat Parlimen dijadualkan dalam kalendar yang disebut Takwim Parlimen yang

    dibahagikan kepada lima penggal dan setiap penggal adalah selama hampir setahun. Mesyuarat

    ini diadakan sebanyak tiga kali dalam satu penggal dan ia dipanggil sebagai persidangan.

    Terdapat dua persidangan yang penting ialah mesyuarat perbahasan titah ucapan diraja dan

    Mesyuarat Belanjawan.

    Parlimen mempunyai keistimewaan tertentu bagi menjamin kebebasan bercakap dan

    berbahas seperti keesahan prosiding dalam Majlis Parlimen atau jawatankuasanya tidak boleh

    dipersoalkan dalam mahkamah; seseorang tidak boleh dituduh dalam mahkamah tentang

    ucapannya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Parlimen atau jawatankuasa

    dengan syarat tidak boleh membangkitkan kewujudan isu-isu sensitif; dan seseorang tidak boleh

    dituduh dalam mahkamah tentang apa-apa juga yang disiarkan dengan atau di bawah kuasa

    mana-mana Majlis Parlimen.

    Cara membuat undang-undang ialah Rang Undang-undang akan menjadi undang-undang

    apabila diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta diperkenan oleh Yang Di-

    Pertuan Agong. Namun Rang Undang-undang Kewangan hanya diluluskan oleh Dewan Rakyat

    sebelum diserahkan kepada baginda. Ada empat jenis Rang Undang-undang yang dapat

    dikemukakan iaitu Rang Undang-undang Persendirian; Rang Undang-undang Ahli Persendirian;

    Rang Undang-undang Hibrid; dan Rang Undang-undang Kerajaan. Hampir keseluruhan Rang

    Undang-undang yang dibentangkan dalam Parlimen adalah Rang Undang-undang Kerajaan.

    Biasanya, Rang Undang-undang kerajaan dibentangkan dalam Parlimen oleh Menteri

    yang bertanggungjawab bagi portfolio tersebut. Langkah pertama ialah dasar Rang Undang-

    undang itu dirangka oleh Menteri dengan bantuan pegawai kementeriannya dan nasihat Jabatan

    Peguam Negara. Seterusnya menteri mendapat kelulusan Kabinet bagi dasar Rang Undang-

    undang, kemudian Draf Rang Undang-undang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara dengan

    9

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    13/17

    bantuan kementerian dan Penasihat Undang-undangnya. Selanjutnya Menteri mendapat

    kelulusan Kabinet ke atas Draf Rang Undang-undang itu. Selepas dipersetujui, Menteri akan

    memberi notis pemberitahu kepada Setiausaha kedua-dua Majlis Parlimen tentang hasratnya

    untuk membentangkan Rang Undang-undang itu. Kemudian Rang Undang-undang dicetak oleh

    Jabatan Percetakan Negara dan diagihkan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    Setiap Rang Undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen itu melalui

    empat peringkat iaitu Bacaan Pertama; Bacaan Kedua; Peringkat Jawatankuasa; dan Bacaan

    Ketiga. Bacaan Pertama adalah formaliti iaitu tajuk Rang Undang-undang yang dikemukakan

    oleh Menteri dibaca untuk kali pertama dan seterusnya memberitahu secara lisan waktu bacaan

    yang kedua akan dibuat. Bacaan Kedua adalah peringkat yang paling penting iaitu prinsip-

    prinsip am Rang Undang-undang itu dibahaskan. Selepas tamat Bacaan Kedua, Dewan dengan

    sendirinya bertukar menjadi Jawatankuasa Seluruh Dewan (Peringkat Jawatankuasa) bertujuan

    untuk membenarkan ahli-ahli membincangkan butiran Rang Undang-undang.

    Setelah perbincangan habis di peringkat jawatankuasa, Menteri akan mencadangkan agar

    Rang Undang-undang itu dilaporkan kepada dewan bagi bersidang semula. Pada masa ini,

    Menteri perlu melaporkan Rang Undang-undang telah dipertimbangkan dan dipersetujui dengan

    atau tanpa pindaan. Seterusnya, Menteri mengusulkan supaya Rang Undang-undang itu dibaca

    untuk kali ketiga dan diluluskan. Sekiranya usul ini diterima, Rang Undang-undang itu dianggap

    sudah diluluskan dan dihantar ke Dewan Negara untuk dipertimbangkan. Sekiranya Rang

    Undang-undang diluluskan oleh Dewan ini barulah ia dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan

    Agong untuk memperolehi perkenan baginda.

    Yang Di-Pertuan Agong perlu memperkenankan sesuatu Rang Undang-undang dalam

    tempoh 30 hari selepas ia dipersembahkan untuk kelulusan baginda. Sekiranya tidak, Rang

    Undang-undang itu mestilah menjadi undang-undang selepas habis tempoh berkenaan sama

    seperti ia telah dipersetujui oleh baginda. Sesuatu Akta Parlimen tidak akan mula berkuatkuasasehingga ia diwartakan tetapi Parlimen berkuasa untuk menangguhkan kuatkuasa undang-undang

    atau menguatkuasakan undang-undang itu lebih awal daripada tarikh diwartakan.

    10

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    14/17

    iv. Pilihanraya

    Pilihanraya umum diadakan untuk memilih ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara

    pada setiap lima tahun kecuali Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan sebelum

    tempoh berkenaan. Pilihanraya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran

    Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Penubuhan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya mengikut

    Perkara113 Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan agar pilihanraya dijalankan dengan adil.

    Suruhanjaya Pilihanraya adalah bebas daripada sebarang kawalan kerajaan.

    Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli suruhanjaya ini dilantik oleh

    Yang Di-Pertuan Agung selepas berbincang dengan Majlis Raja-Raja. Anggota Suruhanjaya

    Pilihanraya memegang jawatan mereka sehingga berumur 65 tahun dan hanya dapat dilucutkan

    daripada jawatan oleh Yang Di-Pertuan Agong atas syor suatu tribunal yang mengandungi

    sekurang-kurangnya lima orang hakim atau bekas hakim. Sebab-sebab yang dapat digunakan

    bagi memecat seorang anggota suruhanjaya ini daripada jawatan ialah berkelakuan tidak baik,

    tidak berkeupayaan, kelemahan fizikal atau mental atau sebab lain. Kumpulan Wang Disatukan

    bertanggungjawab bagi urusan pembayaran gaji ahli suruhanjaya ini iaitu tanpa memerlukan

    persetujuan daripada Parlimen pada setiap tahun.

    Semasa perlantikan ahli suruhanjaya ini, Yang Di-Pertuan Agong dikehendaki oleh

    Perlembagaan bagi memilih anggota yang mampu mendapat kepercayaan orang ramai. Fungsi

    utama Suruhanjaya Pilihanraya ialah menjalankan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan

    Undangan Negeri; menyemak dan menyediakan Daftar Pengundi bagi semua kawasan

    pilihanraya; dan mengubah dan menyemak kawasan-kawasan pilihanraya.

    Setiap satu kawasan pilihanraya akan diwakili oleh seorang wakil rakyat sahaja tetapi

    seorang wakil kawasan pilihanraya Parlimen dapat mewakili kawasan pilihanraya negeri. Calon-

    calon yang bertanding dalam pilihanraya mestilah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun

    ke atas. Seseorang calon tidak dibenarkan bertanding jika dia disahkan tidak waras; seorang yang

    muflis; memegang jawatan bergaji; disabitkan kesalahan dan dipenjara bagi tempoh tidak kurang

    setahun atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan; dan telah

    menjadi warganegara negara lain.

    11

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    15/17

    Orang ramai yang layak menjadi pengundi ialah warganegara yang berusia 21 tahun ke

    atas pada tarikh kelayakan dan menetap dalam kawasan pilihanraya atau sekiranya tidak menetap

    adalah dianggap sebagai pengundi yang tidak hadir contohnya pegawai-pegawai kerajaan yang

    bertugas di luar negeri. Seseorang pengundi tidak boleh mengundi dalam lebih daripada satu

    kawasan pilihanraya. Namun begitu, seseorang tidak berhak mengundi jika dia ditahan pada

    tarikh kelayakan sebab tidak waras atau menjalani hukuman penjara; atau sebelum tarikh

    kelayakan telah didapati bersalah dan dihukum mati atau dipenjara melebihi setahun di mana-

    mana negara Komanwel. Maksud tarikh kelayakan ialah tarikh yang ditetapkan bagi kerja -

    kerja penyediaan dan penyemakan Daftar Pengundi.

    Seseorang warganegara yang berkelayakan dapat mengundi hanya sekiranya namanya

    telah didaftarkan dalam Daftar Pengundi. Pengundi hanya boleh mengundi di kawasan

    pilihanraya di mana namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pengundi. Peraturan ini wajib untuk

    memastikan agar tidak ada orang yang mengundi lebih daripada satu kali bagi satu kawasan

    pilihanraya atau lebih daripada satu kawasan pilihanraya.

    Kesimpulan

    Sistem kerajaan di negara kita ialah sistem kerajaan beraja yang diketuai oleh seorang

    raja atau Yang Di-Pertuan Agong. Pada masa dahulu, banyak negara yang mengamalkan sistem

    monarki mutlak iaitu raja mempunyai kuasa sepenuhnya untuk memerintah nagara. Namun pada

    hari ini, hampir kesemua negara yang mengamalkan sistem kerajaan beraja telah menghadkan

    kuasa raja atau Yang Di-Pertuan Agung oleh Perlembagaan. Malaysia mengamalkan sistem

    kerajaan yang dikenali sebagai sistem raja berperlembagaan iaitu raja atau Yang Di-Pertuan

    Agung menjalankan kuasa pemerintahannya mengikut pelembagaan dan undang-undang.

    Keperluan perlembagaan adalah penting dalam sebuah negara yang berbilang bangsa

    seperti Malaysia untuk mewujudkan suatu rangka politik , ekonomi dan sosial yang dapat

    memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. Parlimen pula berkuasa untuk

    membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang dinyatakan dalam Senarai Persekutuan dan

    Senarai Bersama. Undang-undang yang telah diluluskan sebelum merdeka terus kekal sehingga

    dipinda atau dimansuhkan oleh pihak berkuasa berkenaan.

    12

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    16/17

    Persefahaman dan kerjasama politik adalah sangat penting untuk menjamin kestabilan

    dan perpaduan negara. Parti Perikatan merupakan gabungan UMNO, MCA dan MIC telah

    dibentuk pada tahun 1955. Semenjak itu, Perikatan telah membentuk kerajaan di Malaya dan

    seterusnya di Malaysia. Bermula tahun 1971, Parti Perikatan telah bergabung dengan parti-parti

    politik lain di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dengan membentuk Barisan Nasional

    yang telah banyak menyumbang kepada perpaduan politik dan negara sama ada melalui cara

    rundingan, persefahaman dan tolak ansur.

    13

  • 8/2/2019 Tugasan 2 (HNS 2013 - Kenegaraan)

    17/17

    Rujukan

    Fremont E. Kast & James E. Rosenzweig. (1970). Organizations and Management: A Systems

    Approach. New York: McGraw-Hill Book Co.

    Goay Teck Chong., Wong Yew Hong. & Suraini Basir. (2010). Teks Pra-U STPMPengajian

    Am Kertas 1. Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

    Mahdi Shuib., Suzani Osman. & Sazlina Othman.(2010). Teks Pra-U STPMSejarah Malaysia.

    Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

    Nik Abdul Rashid. (1978). Parlimen Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya:

    Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Ranjit Singh Malhi. (1997). Pengajian Am : Kenegaraan Malaysia. Selangor Darul Ehsan :

    Federal Publications.

    Tun Mohamed Suffian bin Hashim. (1984).Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Wu Min Aun. (1986). Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Malaysia. Kuala Lumpur:

    Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

    14