Tugasan 2 Kaa 3033

27
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KAA3033 PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN 1/2 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NUR AMMALIN BINTI MOHD NOOR D20102044735 PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI 02 (A131 PJJ) NO UNTUK DIHUBUNGI: 012-5421581 1 TUGASAN INDIVIDU 2 Anda dikehendaki membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang tajuk ‘Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti’. PEMARKAHAN

description

tugasan individu

Transcript of Tugasan 2 Kaa 3033

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014KAA3033 PENGURUSAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKTAJUK TUGASAN 1/2TUGASAN INDIVIDU 2Anda dikehendaki membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang tajuk Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti.

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. MATRIK

NUR AMMALIN BINTI MOHD NOORD20102044735

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- UPSI 02 (A131 PJJ)NO UNTUK DIHUBUNGI: 012-5421581

NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN FAIRUZAIN BINTI HARUNTARIKH SERAH: 24HB NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGANHALAMAN

SOALAN TUGASAN3Pengenalan3Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)3-4Syarat-syarat Penubuhan Taska4-6Penubuhan Taska yang Berkualiti6Rutin6-7Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran Di Task 7-8Pelan Lantai8 Pelan Lantai Dalam8-9 Pelan Lantai Luar9Perancangan Keselamatan9 Ciri Ciri Keselamatan Taska9-11Pematuhan Syarat Terhadap Jabatan-Jabatan12 Jabatan Bomba12 Jabatan Kesihatan Awam13-14 Jabatan Kebajikan Masyarakat14-15Pengurusan Rekod15-16Pengurusan Ruang Fizikal16 Bahagian Dapur16 Taman Permainan17 Bilik Air17Sudut Pembelajaran18 Ruang Belajar18 Sudut Kreativiti18 Sudut-sudut Pembelajaran19Rumusan19BIBLIOGRAFI20

SOALAN TUGASAN

Anda dikehendaki membuat penyelidikan melalui pembacaan tentang tajuk Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang berkualiti.

PengenalanMerujuk kepada soalan tugasan, saya telah pun membuat atau menjalankan penyelidikan melalui pembacaan dan pemerhatian ke atas salah sebuah Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak. Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak yang telah saya pilih bagi tujuan penulisan ilmiah ini ialah TASKA. Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan maka, di bawah ini dapatlah saya huraikan mengenai cirri-ciri sesebuah TASKA yang berkualiti. Sesebuah TASKA yang berkualiti haruslah menepati cirri-ciri atau kriteria-kriteria yang telah ditetapkan mengikut garis panduan penubuhan sesebuah TASKA.

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai agenda dan program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0 hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan menggerakkan pemikiran dan juga minda serta meningkatkan kreativiti berbentuk kemahiran di samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak. Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk mengendalikan pusat pendidikan awal kanak-kanak. Antara program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang paling sinonim adalah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan juga Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik diwujudkan oleh pelbagai agensi yang terlibat.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan antara agensi bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar. Pendekatan yang digunakan oleh pihak TASKA ialah memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar di bawah pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan menjamin semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Perkhidmatan Taska termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui Taska, program pendidikan keibubapaan secara tidak langsung dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat. Program asuhan kanak-kanak Taska merupakan salah satu program induk yang merangkaikan beberapa program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan satu tujuan yang sama dan yang membezakan kesemua program ini adalah dari segi pendekatan yang dilaksanakan. Taska juga dapat didefinisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Hal ini bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia empat tahun dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan. Objektif Taska ini adalah seperti; Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat.

Syarat-syarat Penubuhan TaskaSebelum sesebuah taska itu ditubuhkan , ia mestilah didaftarkan di bawah Pejabat Kebajikan Masyarakat. Pengusaha sesebuah taska haruslah mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Mengikut peraturan yang telah ditetapkan dalam Akta Taman Asuhan, semua pengusaha hendaklah mempunyai kelayakan;- Warganegara Malaysia Berusia 18 tahun keatas Lulus kursus asas asuhan kanak-kanak.Setiap pengusaha hendaklah melantik apa-apa bilangan pengasuh yang mencukupi mengikut nisbah yang ditetapkan. Memastikan pengurusan taman berlangsung mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.Bagi mendaftarkan sesebuah taska, pengusaha perlulah mengikuti prosedur yang berikut : Mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan Taska yang boleh didapati di mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah atau Negeri dengan harga RM10.00. Buku ini secara amnya menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Mendaftarkan operasi taskanya dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau pertubuhan. Mengemukakan permohonan kepada agensi teknikal seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan bagi mendapatkan kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. Menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibu bapa, pelan lantai berserta pengiraannya dan melengkapkan borang permohonan (Jadual 2 rujuk lampiran). Mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan :

Jadual 2 telah dilengkapi Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan) Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter berserta dengan pengiraannya. Senarai aktiviti harian Senarai menu Senarai aktiviti bersama ibu bapa. Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Senarai kakitangan (nama, nombor kad pengenalan,jawatan dan sijil) Wang Pos atau cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap pemohon akan diminta oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan. Bagi permohonan yang lengkap , seliaan oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri. Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras Taska Negeri sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Permohonan akan diproses dan sekiranya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan Taska, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan. Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan. Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.

Penubuhan Taska yang BerkualitiPenjenamaan sesebuah taska juga merupakan antara komponen terpenting dalam penubuhan sesebuah taska. Nama sesebuah taska yang dibuat haruslah menunjukkan ciri-ciri kecemerlangan dan kualiti sesebuah taska tersebut. Dalam sesebuah taska yang berkualiti juga perlulah dipamerkan Carta Organisasi, logo, motto, visi dan misi, dan rutin harian taska.

RutinRutin merupakan aktiviti sehaarian yang berjalan di sesebuah taska seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya perlualah dipamerkan sebagai panduan dalam menjaga kualiti sesebuah taska. Sebagai contoh kita lihat pada tempoh pengajaran dan pembelajaran di sesebuah taska sekurang-kurangnya adalah tiga jam hingga tiga jam setengah selama lima hari seminggu. Namun begitu, terdapat kanak-kanak yang berumur di bawah empat tahun yang ditempatkan di taska dan diambil oleh ibu bapa atau penjaga mereka selepas mereka pulang bekerja. Susunan aktiviti dan peruntukan masa bagi kanak-kanak di taska adalah fleksibel. Jadual di bawah menunjukkan contoh aktiviti rutin di sesebuah taska. Jadual yang disediakan di bawah adalah termasuk bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun :MASAAKTIVITI

7.00 pagi 9.00 pagiMenanti kehadiran kanak-kanak

8.15 pagi 8.45 pagiMandi

8.45 pagi - 9.30 pagiSarapan / Minum susu

9.30 pagi 11.30 pagiAktiviti pembelajaran

11.30 pagi 12.30 t/hariAktiviti Bebas ( bermain, menonton tv )

12.30 t/hari - 1.00 petang

Mandi

1.30 petang 3.30 petangWaktu tidur

3.30 petang 4.00 petangMinum Petang

4.00 petang 4.30 petangMandi / Belajar mengaji

4.30 petang 5.00 petangBeriadah / bersiap untuk pulang

Pengurusan Ruang Dan Pusat Pembelajaran Di Taska

Ciri-ciri persekitaran pembelajaran kanak-kanak di sesebuah Taska yang berkualiti mestilah dapat merangsang perkembangan minda kanak-kanak, meningkatkan perasaan ingin tahu kanak-kanak, berminat untuk meneroka, menjelajah mencuba dan berfikir secara kreatif, sumber atau bahan yang disediakan digalakkan dibuat daripada bahan semulajadi atau bahan tempatan. Susun atur ruang fizikal pula hendaklah memudahkan pergerakan kanak-kanak, mudah ubah mengikut situasi, mudah di ambil dan disimpan oleh kanak-kanak, alatan boleh dipelbagai guna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.Persekitaran sesebuah Taska yang berkualiti dan selesa, menarik serta kemas dapat membantu merangsang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ruang persekitaran sesebuah Taska yang berkualiti ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu ruang dalam bangunan dan luar bangunan. Ruang dalam bangunan meliputi : Ruang Belajar Ruang Penyediaan Makanan Ruang Bilik Air Ruang Pertukaran Lampin ( Diapering Area ) / Bilik Tidur Bayi Bilik Sakit Dan Bilik Rehat

Susun atur bahagian luar pula hendaklah dapat merangsang minda kanak-kanak di mana perlu disediakan ruang bermain pasir dan air supaya kanak-kanak dapat meneroka sambil bermain. Ruang bermain (outdoor playground) dan taman yang indah dengan tumbuhan mestilah sesuai dan tidak merbahaya. Lorong untuk kanak-kanak berjalan, buaian dan gelongsor serta ruang untuk beriadah penting bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak semasa bermain.

Ruang Luar bangunan pula adalah persekitaran luar Taska iaitu :- Pusat Permainan Luar Pusat Mainan Pasir Pusat Mainan Air Pusat Tanaman

Pelan LantaiPelan Lantai DalamPengurusan pelan dalam sesebuah taska yang berkualiti hendaklah mengambil kira keperluan dan hak kanak-kanak. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan di dalam merancang pengurusan bentuk pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot. Perlu diingatkan keluasan lantai bagi setiap kanak-kanak adalah 3.5 meter persegi. Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya hendaklah mengambil kira keluasan sesebuah bilik dan dibahagi mengikut domain-domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak antaranyanya ialah domain perkembangan kognitif, domain perkembangan sosio-emosi, domain perkembangan literasi dan domain perkembangan kreatif. Kanak-kanak memerlukan ruang yang mencukupi untuk bergerak bebas dan berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ruang pembelajaran melibatkan ruang luar dan dalam kelas serta ruang penyediaan makanan.

Pelan Lantai LuarRuang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar juga hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Ruang luar hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Segala peralatan yang digunakan di taska hendaklah mengikut kesesuaian, meningkatkan kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, mengembangkan interaksi sosial, dan menumpukan kepada pembelajaran berpusatkan kanak-kanak dan bahan. Peralatan yang disediakan juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan lama untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Perancangan KeselamatanCiri Ciri Keselamatan TaskaDari segi keselamatan pula, pengusaha sesebuah taska yang berkualiti perlulah mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (1984). Antara peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah :1.Kehendak Bangunana) Keadaan bangunan yang dibenarkan :i) Mempunyai lebih daripada satu tangga bagi bangunan bertingkat.ii) Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.iii) Kedudukan taska tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba iv) Bukan bangunan tingkat basement :b) Ciri-ciri keselamatan bangunani) Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi taska yang terletak dalam bangunan bertingkat.ii) Mematuhi perjalanan maksimum Tiada sistem sprinkler 30 meter Mempunyai sistem sprinkler 45 meter Had jalan mati 9 meter Jarak minimum antara 2 pintu 5 meter.iii) Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar. Bilangan orang maksimum bagi 1 pintu - 12 orang termasuk pengasuh. Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu 23 orang .v) Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis. Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam premis tersebut. Mengadakan troli nisbah 1 : 6 kawasan terlindung dalam kawasan taman asuhan . vi) Mengadakan alat pencegahan kebakaran 2 bilangan 4.5 kg alat pemadam api mudah alih jenis debu. Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)

2) Kehendak Operasia) Kehendak-kehendak langkah keselamatan. Tidak dibenarkan menggunakan lilin atau pelita. Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk. Tidak dibenarkan merokok dalam premis. Tidak dibenarkan pembakaran terbuka. Tidak dibenarkan kanak-kanak masuk / dibawa ke dalam ruang bilik penyediaan. Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas. Tidak dibenarkan menggunakan penyambung wayar.1. Susun atur ruang pembelajaran di dalam taska mengambil kira keselamatan kanak-kanak dengan; Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan kanak-kanak. Pastikan peralatan yang merbahaya seperti gunting disimpan di tempat yang selamat. Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan. Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup. Pastikan lantai sentiasa kering. Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap. Pastikan ada alat pemadam api dan berkeadaan baik. Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada kanak-kanak.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan. Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat seperti pisau dan gunting. Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan ditempat yang selamat seperti cerek elektrik dan pembakar roti. Lantai dapur sentiasa kering. Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.3. Kawasan bilik air Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan. Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat. Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar taska Ruang di luar taska harus dipagar. Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mestilah ditutup. Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain. Rumput mestilah sentiasa dipotong pendek. Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekolah. Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat

Pematuhan Syarat Terhadap Jabatan-JabatanJabatan Bomba

Sesebuah taska yang berkualiti haruslah mempunyai lampu tanda KELUAR kecemasan seperti yang telah di tetapkan oleh Jabatan Bomba. Selain dari itu taska juga haruslah mempunyai lampu kecemasan. Lampu ini digunakan apabila taska mengalami masalah black out di permis.

Selain itu sesebuah taska yang berkualiti haruslah mengikuti syarat- syarat keselamatan yang telah ditetapkan oleh jabatan bomba dan penyelamat .Dengan mengadakan 2x 5kg alat pemadam api jenis debu kering yang disangkut di depan dan belakang permis.Jabatan Kesihatan Awam

Papan Tanda DILARANG MEROKOK perlu dipamerkan. Sesebuah taska yang berkualiti pastinya akan mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam ini.

Penggunaan tong sampah yang bertutup juga merupakan antara peraturan yang telah ditetapkan oleh jabatan kesihatan awam. Sesebuah taska yang berkualiti pastinya akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ini. Dari aspek keselematan, tong sampah yang tidak bertutup, adalah tidak selamat kerana di khuatiri kanak-kanak mengambil sampah dari tong sampah tersebut.

Bahagian dalaman sesebuah taska yang berkualiiti haruslah berada dalam keadaan kemas dan bersih. Mempunyai pengcahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Hal ini bagi menunujukkan yang sesebuah taska yang berkualiti itu telah mengikuti syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Awam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Sesebuah taska yang berkualti pasti akan menyediakan Jadual Menu Harian mengikut peringkat umur seperi bayi baru lahir 6 bulan, 6 bulan hingga 1 tahun,1 tahun hingga 3 tahun dan 3 hingga 4 tahun. Gambar di atas menunjukkan salah sebuah taska yang telah menepati criteria taska berkualiti kerana telah menyediakan jadual menu harian seperti mana garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Selain itu, sesebuah taska yang berkualiti juga harus mempunyai perancangan aktiviti penglibatan ibu bapa mengikut syarat yang telah dikeluarkan oleh JKM.

Pengurusan Rekod

Pengurusan rekod sesebuah taska amatlah penting. Oleh hal yang demikian, sesebuah taska yang berkualiti haruslah mempunyai semua rekod yang berkaitan seperti contoh di atas. Antaranya ialah rekod prestasi kanak-kanak, rekod peribadi kanak-kanak dan rekod pekerja.

Pengurusan Ruang FizikalBahagian Dapur

Ruang dapur sesebuah taska yang berkualiti juga haruslah kemas dan bersih. Mempunyai cukup pengudaraan dan pengcahayaan. Luas sertaa selesa untuk kanak-kanak.

Taman Permainan

Sesebuah taska yang berkualiti seharusnya mempunyai kawasan atau taman permainan yang dilengkapi dengan alatan permainan. Taman permainan penting untuk kanak- kanak melakukan aktiviti fizikal.

Bilik Air

Sesebuah taska yang berkualiti juga harus memastikan lantai di bilik air tidak licin. Pengusaha taska perlu meletakkan alas kaki getah supaya lantai tidak licin. Hal ini bertujuan menjaga keselamatan kanak-kanak apabila mereka mandi atau menggunakan bilik air ini.

Sudut PembelajaranRuang Belajar Ruang pembelajaran sesebuah taska yang berkualiti haruslah kondusif dan selesa serta dilengkapi dengan Alat Bantu Mengajar yang pelbagai. Sesebuah taska yang berkualiti juga perlu menggunakan alatan dan perabot yang sesuai dengan kanak-kanak. Alatan dan perabot yang digunakan menepati ciri-ciri keselamatan sesebuah taska.

Sudut Kreativiti

Sudut kreativiti merupakan antara sudut atau ruang belajar yang paling digemari oleh kanak-kanak. Oleh hal yang demikian, sesebuah taska yang berkualiti harulah menyediakan ruangan atau sudut ini. Hasil kerja kanak-kanak boleh di pamerkan di sudut ini. Bilik atau ruang ini amat sesuai dengan aktiviti mewarna, melukis dan seni yang lainnya.

Sudut-sudut Pembelajaran

Sesebuahn taska yang berkualiti pastinya akan meyediakan beberapa sudut pembelajaran seperti sudut agama, sudut bahasa, sudut kognitif dan sudut fizikal. Di setiap sudut ini haruslah dilengkapi dengan bahan- bahan yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak aktiviti pembelajaran kanak-kanak.

RumusanPendidikan awal kanak-kanak adalah perkara penting yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap pengusaha taska dan tadika. Kanak-kanak memerlukan pengasuhan, pemupukan dan tindak balas persekitarannya. Kanak-kanak perlukan rasa selamat, dihargai dan keperluan fizikalnya dipenuhi. Keadaan ini akan membentuk rasa selamat, mengetahui mereka dijaga dan diasuh. Pengusaha perlu mengikut segala peraturan yang termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ( Akta 308) bagi memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk kanak-kanak. Memberi perkhidmatan berkualiti bukan sahaja melibatkan kualiti prasarana di taska tetapi juga latihan pengasuhan yang berkualiti perlu diberi perhatian. Program latihan pengasuh hendaklah diberi keutamaan memandangkan peranan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak ini sebagai asas perkembangan pendidikan awal kanak-kanak yang perlu diterima oleh kanak-kanak sebelum melangkah ke pendidikan selanjutnya. Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu jelas tanggungjawabnya dan kualiti perkhidmatan yang perlu dilaksanakan di taska.Selain itu juga pelbagai perancangan perlu dilakukan bagi memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Segala kelemahan perlu diatasi bagi menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Sesebuah taska yang berkualiti bukan sahaja dapat meningkatkan profesiolisme dalam pengasuhan malah dapat melahirkan modal insan yang berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Azizah Lebai Nordin, (2004). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, (2005). Pendidikan Prasekolah untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Zainun Ishak (2006). Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak.Kuala Lumpur.Utusan Publications & Diatributors Sdn Bhd.

Buku Panduan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ( Akta 308). Peraturan Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di rumah) 2007.

Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang, Maalaysia, (2006). Undang-undang Malaysia. Akta kanak-kanak 2010. Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Azila Alias, Anis Norma Jaafar, Sheah Siok Peh, Dr Nodin Mamat, Norly Jamil dan Ilya Diyana.Modul 1 KAA 1013 Dasar, Polisi Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

1