Tugasan 2 KRM3073

14
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015 KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TUGASAN 2

Transcript of Tugasan 2 KRM3073

Page 1: Tugasan 2 KRM3073

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015

KRM 3073PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TUGASAN 2

Page 2: Tugasan 2 KRM3073

Pendahuluan

Teori Konsruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan

sendiri.Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain.Individu membina

pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.

Fungsi utama guru adalah pemudah cara pembelajaran,guru merancang dan mewujudkan

pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman yang dihajati.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan teori atau fahaman konstruktivisme ini boleh berlaku

dalam berbagai-bagai pendekatan. Dalam hal ini, satu pendekatan pengajaran

pembelajaran akan diketengahkan dengan mengambil kira Nik Azis (1992; 1996) dan

Etchberger & Shaw (1992).

Pendekatan pengajaran oleh Etchberger & Shaw (1992) berlaku secara berkumpulan

melibatkan lima langkah utama seperti berikut:

Pertama, pengalaman deria. Ini bererti, murid-murid akan membina persepsi

menggunakan pancainderanya (iaitu pendengaran, penglihatan (pengamatan dan

membaca), sentuhan, merasa dengan lidah dan deria bau) dengan meneroka

pengalamannya.

Kedua ialah refleksi. Pada tahap ini, murid-murid akan memahami pengalamannya.

Dalam hal ini, murid-murid akan membina perhubungan antara maklumat yang baru ditemui

dengan pengetahuan sedia ada.

Ketiga ialah kolaborasi. Pada tahap ini, kefahaman sendiri akan mengambil kira

pendapat rakan yang lain sebelum diyakini dan diterima sebagai suatu pengetahuan yang

boleh diterima. Dalam hal ini suatu tolak ansur antara pelajar akan berlaku sehingga

akhirnya suatu persetujuan dicapai. Tindakan pembelajaran di sini adalah seperti

menyelidiki, mencuba, menolak, mempertahankan, membuat pertimbangan dan memberi

penjelasan.

Keempat ialah persetujuan (consensus). Pada tahap ini pelajar membina keyakinan

terhadap pengetahuan barunya selepas setiap ahli dalam kumpulan menyatakan

Page 3: Tugasan 2 KRM3073

persetujuan. Tahap ini merupakan tahap keseimbangan, di mana murid-murid berkeyakinan

bahawa pengetahuan barunya berguna dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah.

Kelima ialah berkongsi. Pada tahap ini setiap kumpulan murid-murid akan berkongsi

dapatan masing-masing. Setiap kumpulan akan cuba menyakini rakan daripada kumpulan

yang lain sehingga akhirnya suatu kefahaman yang menyeluruh.

Mengikut teori Konstruktivisme lagi,ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling

mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaharu yang

berkaitan.Di bawah proses pembelajaran,murid membina ilmu pengetahuan dengan

melibatkan dirinya secara aktif dengan cara membanding maklumat baharu dengan

pengalaman sedia ada murid supaya setiap konflik yang berlaku dapat diselesaikan dengan

tujuan mencapai kefahaman terhadap maklumat baharu.

Kaedah Induktif

Di dalam konteks pendidikan, konsep kaedah bermakna cara mendekati sesuatu iaitu

merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai

objektifnya. Guru perlu mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru

tersebut akan dapat memilih dan menggunakan kaedah yang sesuai, tepat dan betul supaya

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.Kaedah Induktif ialah kaedah

yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat-makumat kemudian membuat

generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah guru menggunakan kaedah

dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid

akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan

dengan contoh tersebut. Inilah yang dimaksudkan sebagai pengajaran Induktif di mana guru

memberi contoh dan menyoal murid tentang kefahaman mereka dan cuba membuat

persamaan dengan situasi lain.

Di dalam pengajaran Induktif guru mengemukakan beberapa contoh yang khusus dan diikuti

dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti

prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini murid

mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau

kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasikannya

semasa menjawab peperiksaan.

Page 4: Tugasan 2 KRM3073

Kaedah induktif ini mempunyai 5 jenis kaedah yang boleh digunakan oleh para guru semasa

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Kaedah yang pertama ialah

generalisasi. Membentuk satu generalisasi ialah suatu teori yang digunakan bagi mudah

difahami dan mudah diaplikasikan pada contoh lain.

Kaedah kedua ialah prinsip hasil ujikaji tertentu Pendekatan ini merupakan kaedah supaya

murid membentuk satu prinsip hasil daripada ujikaji tertentu yang dijalankan

Ketiga ialah membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Maksudnya

ialah melalui pernyataan yang diberikan oleh guru, murid dapat memahami bahawa contoh

tersebut boleh digunakan dalam contoh lain yang sesuai

Keempat ialah membentuk suatu teorem. Melalui aktiviti-aktiviti induktif daripada guru dan

murid-murid dapat membuat kesimpulan umum hasil daripada pemahaman mereka.

Kelima ialah mendapat satu teori hasil daripada satu urutan pemikiran. Guru memberi

contoh penyelesaian masalah matematik dan murid akan cuba mencari jalan

penyelesaiannya.

Kaedah koperatif JIGSAW.

Kaedah koperatif JIGSAW merupakan salah satu pembelajaran koperatif kompleks. Guru melaksanakan pengajaran atau mengulang kaji pelajaran. Kemudian guru akan mengedarkan kertas lembaran (expert‟s sheets) kepada pelajar yang mengetuai kumpulan tersebut. Kertas lembaran tersebut mengandungi sub tajuk atau sub kemahiran tertentu yang perlu dibincangkan. Seterusnya ketua kumpulan/pakar akan memberi penerangan mengenai kertas lembaran kepada ahli kumpulan. Pelajar dalam kumpulan akan bekerja sama untuk menguasai sub tajuk yang diberi. Akhirnya pelajar akan mengambil ujian dan skor daripada ujian ini akan dijumlahkan untuk mendapat skor bagi kumpulan. Kumpulan yang mendapat skor tertinggi akan diberi penghargaan.

Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi ‘juru’ dalam sub-unit sesuatu topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap ‘juru’ mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau perbincangan yang berlaku semasa proses ini

Page 5: Tugasan 2 KRM3073

membolehkan ‘juru’ dan ahli sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untuk menjadi ‘juru’ dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

Dalam teknik ini, dua peringkat kumpulan dijalankan. Peringkat pertama pelajar belajar dalam kumpulan pakar dan pada peringkat kedua pelajar mengajar ahli kumpulannya bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah: Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh: Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).

Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar).

Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.

Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran kumpulan yang membuat pelajar belajar dan mengajar. Pelajar bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil di atas tugasan akademik bagi membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama dan memiliki kemahiran sosial. Pembelajaran koperatif berbeza daripada kaedah kumpulan tradisional di mana pembelajaran koperatif lebih berstruktur iaitu semua pelajar menyertai secara sama rata dan bertanggungjawab kepada pembelajaran mereka

Pendekatan Pengajaran Pembelajaran Koperatif

Pendekatan pengajaran pembelajaran koperatif boleh dilaksanakan dengan dua cara iaitu pertama, berstruktur dan kedua, kompleks. Pembelajaran koperatif berstruktur ini merupakan prosedur koperatif yang standard bagi memupuk kemahiran-kemahiran generik seperti kerjasama dan komunikasi. Bagi mempraktikkan pembelajaran koperatif, guru haruslah membina struktur pembelajaran koperatif yang kukuh terlebih dahulu melalui aktiviti-aktiviti yang dapat membuatkan pelajar bekerjasama, berkomunikasi dan percaya mempercayai dalam mempelajari sesuatu isi kandungan. Antara beberapa struktur pembelajaran koperatif yang mudah dan sesuai untuk pengajaran pembelajaran matematik. adalah seperti „roundtable‟, „roundrobin‟, „pair-check, „think-pair-share‟, „number heads together‟, „show down, „send-a-problem‟ dan lain-lain.

Pembelajaran koperatif secara kompleks merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran kumpulan yang memerlukan pelajar memenuhi peraturan atau langkah-langkah yang tertentu iaitu pengajaran kelas, aktiviti kumpulan, kuiz atau ujian secara individu, merekodkan skor

Page 6: Tugasan 2 KRM3073

pencapaian dan pengiktirafan kumpulan. Antara pembelajaran koperatif kompleks adalah STAD (Student Team Achievement Division), TGT (Team Games Tournament)/TMT, JIGSAW, TAI (Team Assisted Individualization), dan GI (Group Investigation) dan Learning Together (LI).

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Kaedah Induktif

Tajuk: Tambah dalam lingkungan 1000

Tahun : Tahun 2 Adil.

Masa: 30 minit

Bilangan murid: 21 orang

Pendekatan pengajaran: Konstruktivisme.

Kedah pengajaran: Kaedah Induktif

Tajuk : Darab

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: (v) Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan.

Pengetahuan sedia ada: Murid telah belajar untuk menulis ayat matematik bagi operasi darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat berpandukan objek,gambar dan garis nombor yang sama banyak

Page 7: Tugasan 2 KRM3073

Fasa Isi KandunganAktiviti Pengajaran & Pembelajaran Nota /

CatatanAktiviti Guru Aktiviti MuridLangkah 1Pengalaman Deria ( 5 minit )

Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka.

Gambar 1Gambar 1

   1.Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dengan 5 orang setiap kumpulan

2.Meminta ketua kumpulan mengambil

Kad gambar dan Lembaran Kerja.

3.Kemukakan soalan i. Apakah yang kamu

dapat perhatikan dari

  1.Setiap murid menyelesaikan Lembaran kerja dengan bentukkan ayat matematik bagi Kad Gambar 1, 2,3 dan 4.

Ii 2.Murid membentuk ayat matematik bagi Gambar 1,2,3 dan 4. dan dua ayat

BBM :

Kad Gambar

Lembaran Kerja

Strategi / Teknik :

Penyoalan

Page 8: Tugasan 2 KRM3073

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

gambar?ii. ii.Cuba bentukkan ayat

matematik bagi Gambar 1

iii iii.Bentukkan ayat matematik bagi Gambar 2

iv.Bentukkan ayat matematik bagi Gambar 3

v. v. Bentukkan ayat

matematik bagi Gambar 4

ii.Bentukkan pula dua ayat matematik bagi jawapan yang diberikan.

matematik bagi jawapan yang diberikan.

KBKK :

Langkah 2

Refleksi

Gambar 12 x 3=6

Gambar 22 x 3 =6

Gambar 35 x 3 = 15

Gambar 43 x 5 = 15

1.Meminta murid menilai semula jawapan yang diberikan.

2.Kemukakan soalan i. Berapa kumpulan

buah belimbing? ii.Dalam satu kumpulan

ada berapa biji belimbing?

iii.Berapa kumpulan buah epal hijau?

iii.Dalam satu kumpulan ada berapa epal hijau?

1.Murid menilai semula jawapan yang diberikan dalam Lembaran Kerja.

2.

Page 9: Tugasan 2 KRM3073

Langkah 3

Kolaborasi

1.Meminta murid berbincang dalam kumpulan tentang ayat matematik dibina dan mengapa operasi berkenaan dianggap tepat.

2.Meminta ahli kumpulan yang telah menguasai kemahiran membantu rakan yang menghadapi kesukaran dalam membina ayat matematik.

3.Membimbing murid yang menghadapi kesukaran membina ayat matematik.

1.Murid berbincang dalam kumpulan tentang ayat matematik yang telah diperolehi.

2.Murid yang berkebolehan akan cuba menyakinkan rakan-rakan yang lain.

Langkah 4

Persetujuan

1.Meminta murid-murid mencapai kata sepakat dalam kumpulan tentang bagaimana dan mengapa ayat matematik dianggap tepat.

1.Murid akan mencapai persetujuan mengenai ayat matematik yang diperolehi.

Langkah 5

Berkongsi

1.Meminta wakil setiap kumpulan membentangkan tentang ayat matematik darab dan yang telah dilaksanakan

2.Menilai hasil yang diperolehi oleh setiap kumpulan.

3.Membimbing kumpulan yang menghadapi kesukaran dengan membetulkan kesilapan mereka

1.Wakil setiap kumpulan akan membentangkan ayat matematik darab dan membuat kesimpulan bahawa

Page 10: Tugasan 2 KRM3073

Lembaran Kerja 1Nama: ……………………………………. Tarikh: ……………….Kelas: ……………………………….

1.Tuliskan ayat matematik darab berpandukan gambar yang diberi

X =

Gambar 1

X =

Gambar 2

X =

Gambar 3

X =

Page 11: Tugasan 2 KRM3073

Gambar 4

2.Tuliskan dua ayat matematik bagi jawapan yang diberi.

a.

a.

Rancangan Pengajaran Harian Matematik Kaedah Koperatif JIGSAW

https://www.google.com/search?q=Kaedah+koperatif+JIGSAW+matematik+sekolah+rendah&oq=

http://www.slideshare.net/zie_ainna/aplikasi-pembelajarankooperatifdalampengajaran

6

15