TUGASAN 3

8
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN -PENSWASTAAN- NAMA: NUR HANIM BINTI OMAR NO. MATRIK: A156701 NAMA PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Transcript of TUGASAN 3

Page 1: TUGASAN 3

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN-PENSWASTAAN-NAMA: NUR HANIM BINTI OMAR

NO. MATRIK: A156701NAMA PENSYARAH: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ

ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Page 2: TUGASAN 3

DEFINISI PENSWASTAAN• Penswastaan di malaysia merujuk kepada agensi dan syarikat milik kerajaan

Malaysia yang telah diswastakan oleh kerajaan Malaysia. Dasar ini diperkenalkan bagi meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Kerajaan tidak perlu meminjam dari sumber luar untuk meningkatkan sumber kewangan kerana pelabur tempatan sendiri boleh melabur dalam syarikat yang diswastakan.

• Biasanya agensi ini menyediakan utility utama seperti pengangkutan, bekalan air, elektrik, telekomunikasi dan lain-lain. Kerjaan Malaysia mengambil teladan dari Negara Barat terutamanya Britain yang mengamalkan dasar itu sejak sekian lama.

• Dasar dan program penswastaan telah memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan yang lebih besar dan membawa kepada perkembangan sector korporat.

Page 3: TUGASAN 3

• Berteraskan kepada leihan kuasa pasaran berbanding dengan arahan pentadbiran dalam mempengaruhi kegiatan ekonomi untuk meningkatkan kecekapan.• Penswastaan juga dianggap sebagai pemindahan segala aktiviti

dan fungsi yang pada tradisinya merupakan tanggungjawab kerajaan kepada sektor swasta.

Page 4: TUGASAN 3

PERMASALAHAN

Sebuah majlis perbandaran hendak menaik taraf stesyen keretapi dan hendak manyatukannya dengan stesyen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesyen keretapi

tersebut. Cadangkan bagai mana hendak menjalankan projek tersebut.

Page 5: TUGASAN 3

PERANAN MAJLIS PERBANDARAN • Majlis perbandaran adalah nama bagi sebuah kerajaan tempatan atau pihak

berkuasa tempatan (PBT) yang mentadbir sebuah kawasan bertaraf perbandaran.

• PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.• Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugas-tugas berikut;

1) kuasa perancang tempatan2) kuasa mengeluarkan lessen3) kuasa mengenakan cukai tertentu4) membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan5) kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan mengurus kawasan Bandar6) mengurus dan mengawal lalu lintas dan menyediakan kemudahan awam

Page 6: TUGASAN 3

CADANGAN PENYELESAIAN

• Majlis Perbandaran perlu memindahkan hak milik tanah kepada pemaju agar pemaju dapat melaksanakan tugas sebagai penghubung kepada pihak berkaitan dalam mencapai sasaran perlaksanaan projek disamping merancang, menyelaras, melaksanakan serta mengekalkan kesinambungan projek tersebut.

• Pemaju projek adalah syarikat yang mendapat autoriti membangunkan sesuatu tapak untuk tujuan pembangunan. Biasanya mereka adalah kontraktor kelas A dan juga mempunyai lesen pemaju.

• Dengan kerjasama pemaju projek, arkitek, jurutera, penyelia tapak dan sebagainya projek pembangunan ini akan dapat dicapai dan dilaksanakan tanpa ada permasalahan dana.

Page 7: TUGASAN 3

• Majlis perbandaran boleh memilih bentuk penswastaan secara sebahagian di mana sebahagian milik kerajaan akan dipindahkan kepada sektor swasta ataupun penswastaan secara pajakan yang membolehkan kemudahan dan harta kerajaan yang tertentu bagi mendapatkan hasil tanpa mengubah hak milik kerajaan.

Page 8: TUGASAN 3

KESIMPULAN

Penswastaan secara umumnya dapat mengurangkan beban kerajaan dalam projek pembangunan. Dengan dasar penswastaan juga pekerja secara

automatik menjadi lebih rajin kerana mendapat bayaran gaji yang tinggi. Mereka boleh bekerja lebih masa dan beekrja lain di luar perkhidmatan.

Pertumbuhan juga berlaku menerusi peringkat kecekapan kerana lebih banyak output dapat dihasilkan melalui penggunaan sumber yang lebih kecil.

Penswastaan juga memastikan penglibatan lebih meluas di kalangan syarikat temapatan khususnya projek infrastruktur.