Tugasan 3 asse tbase kertas 3

15
NAMA : KAMARUDDIN BIN MOHAMMED SAAD NO MATRIK :M20102000965 KURSUS : KPT 6044 TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN PENSYARAH: PROF.MADYA DR.HJ.ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR Kajian Tinjauan :Penggunaan perisian “ASSET Base” Dalam Melaksanakan Kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 Di SMJK YUK CHOY, Ipoh, Perak. Pengenalan Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara membangun. Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah

Transcript of Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Page 1: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

NAMA : KAMARUDDIN BIN MOHAMMED SAAD

NO MATRIK:M20102000965

KURSUS : KPT 6044

TUGASAN 3 : KAJIAN TINJAUAN

PENSYARAH: PROF.MADYA DR.HJ.ABD. LATIF BIN HJ.GAPOR

Kajian Tinjauan :Penggunaan perisian “ASSET Base” Dalam Melaksanakan Kerja

Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 Di SMJK YUK CHOY, Ipoh, Perak.

Pengenalan

Peranan pendidikan pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai

tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam

pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perubahan era ICT. Penggunaan komputer

semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti para pendidik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan

wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran

global, konsep perubahan global dan sebagainya (Abd. Rahim, 2005). Perubahan ini

memberikan kesan sama ada positif dan juga negatif kepada masyarakat di negara

membangun.

Sistem pendidikan di Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat

pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran

seseorang pendidik menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan

menyeronokkan. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin mendapat perhatian dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk itu beberapa perubahan kurikulum telah

dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran Teknologi

Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di sekolah

Page 2: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),

2000).

Menyedari kepentingan dan keberkesanan penggunaan ICT dalam pendidikan,

kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan dengan ICT yang

bermula di sekolah kebangsaan lagi. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkah-langkah untuk memajukan bidang

pendidikan termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-

2010. Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk

memperkasakan sekolah kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasian

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian

sekolah melibatkan penggunaan ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran

di sekolah. Untuk melaksanakan program-program tersebut, KPM telah menyediakan

infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba,

projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan pembelajaran serta melatih guru berkaitan

ICT.

Pelbagai dasar telah digubal dan diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran bagi

memajukan bidang pendidikan di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan teknologi

maklumat kaedah pengajaran dan pembelajaran juga turut mengalami perubahan. Guru-guru

digesa untuk melengkapkan diri dengan pelbagai teknologi atau kemahiran yang berteraskan

teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang semakin mencabar. Di sinilah

titik tolak bermulanya era penggunaan komputer di sekolahsekolah yang mana komputer

telah dijadikan sebagai alat bahan bantu pengajaran. Walaupun Malaysia telah mengalami

perkembangan yang pesat dalam teknologi perkakasannya tetapi penghasilan bahan-bahan

pengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer masih ditahap yang rendah.

Guru-guru yang terlibat dalam pengajaran mata pelajaran yang tertentu seharusnya

mengambil peluang ini untuk menghasilkan perisian komputer yang bersifat ke Malaysiaan

dan direka khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mereka mengikut kesesuaian tahap,

kebolehan, pengetahuan dan jangka masa tertentu.

Page 3: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Pernyataan Masalah

Sekolah yang telah menerima bekalan Perisian ASSETBase dari Kementerian

Pelajaran Malaysia dibekalkan bersama buku-buku dan bahan-bahan sokongan untuk

menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan Perisian ASSETBase.

Guru-guru Prinsip Perakaunan pula telah dikursuskan berkaitan pengaplikasian perisian

tersebut.

Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan merupakan mata pelajaran elektif, pihak sekolah

boleh memilih untuk menawarkan mata pelajaran ini atau tidak kepada murid-muridnya.

Walaupun penggunaan komputer tidak termasuk dalam sukatan pelajaran, namun apabila

pihak kerajaan telah membekalkan Perisian ASSETBase ke sekolahsekolah terpilih yang

menawarkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru

untuk mengaplikasikan perisian ini dalam pengajaran dan pembelajaran mereka dengan

berbantukan komputer.

Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan perisian ‘ASSET base’

yang digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 dikalangan

pelajar Jurusan Perakaunan di SMJK Yuk Choy, Ipoh. Maka, kajian ini dilakukan untuk

melihat kekerapan penggunaan perisian ‘ASSET base’, potensi penggunaan dan halangannya.

Objektif Kajian

Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan

penggunaan perisian ‘ASSET base’ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan

SPM Kertas 3 dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan.

a)  Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip

Perakaunan SPM Kertas 3.

b)  Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan kerja kursus

Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

c)  Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan kerja kursus

Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

Page 4: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah diharapkan dapat menyumbang maklumat yang berguna kepada:

a)      Guru Perakaunan

Kajian ini penting bagi mendapatkan maklumat awal untuk melihat keberkesanan

penggunaan perisian ‘ASSET base’ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan

SPM Kertas 3. Ini kerana guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung dalam

penggunaan perisian ini, disamping sentiasa berhadapan kesulitan serta cabaran ketika

melaksanakan pengajaran di sekolah.

b)     Pelajar

Penggunaan perisian ini adalah untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan Kertas 3

Prinsip Perakaunan SPM. Ianya menggalakkan pelajar mencuba dan berdikari dalam

melaksanakan tugasan yang diberi.

c)      Kementerian PelajaranMalaysia

Kajian ini diharap dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha

menggubah sistem pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi maklumat . Melalui

kajian ini, pihak kementerian boleh mengambil tindakan untuk membaiki kelemahan yang

wujud daripada penggunaan perisian yang dibekalkan ini.

Definisi Istilah

Perisian “ASSET Base”

ASSET Base adalah akronim bagi “Accounting Simulation Specially for Education &

Training” (Simulasi Perakaunan Khas Untuk Pendidikan dan Latihan). Perisian ASSET Base

dibangunkan sebagai alat pembelajaran dan pengajaran perakaunan untuk peringkat tingkatan

empat dan lima. Perisian ASSET Base mengandungi bahan pembelajaran supaya pelajar

dapat membina pengetahuan dan kefahaman sebelum pelajar menggunakan Menu Simulasi

untuk menguji dan mengaplikasikan pengetahuan mengenai kesemua proses yang terlibat

dalam satu kitaran perakaunan.

Page 5: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Populasi Kajian

Populasi kajian terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat yang belajar di SMJK Yuk

Choy, Ipoh. Pelajar-pelajar tersebut mengambil mata pelajaran perakaunan sebagai

matapelajaran elektif.

Skop dan Batasan KajianKajian ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan

perisian’ASSET base’ dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

Maka, kajian ini hanya terbatas kepada pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek

Prinsip Perakaunan dalam SPM. Kajian ini melibatkan pelajar di SMJK Yuk Ch, Ipoh.

Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah melalui soal selidik.

 Metodologi

Populasi Kajian

Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukan cerapan atau

ukuran tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. Seluruh ahli populasi ini mestilah

mempunyai salah satu ciri atau sifat yang boleh dicerap dan diukur antara satu sama lain

Mohd Majid (2004). Populasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang

masalah yang perlu dikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul.

Dalam kajian yang dijalankan ini populasi sasarannya terdiri daripada 68 orang

pelajar di SMJK Yuk Choy, Ipoh iaitu di daerah Kinta Utara. Ianya terdiri daripada 29 pelajar

perempuan dan 39 orang pelajar lelaki yang mengambil mata pelajaran perakaunan di

tingkatan empat.

Sampel Kajian

Menurut Mohd Najib (1999), ahli penyelidik menyarankan 30 peratus dari populasi

adalah telah cukup sesuai sebagai saiz sampel dan ada juga yang berkata 30 sampel telah

mencukupi. Perkara yang lebih penting perlu di atasi selain daripada saiz sampel ialah sampel

mesti dapat mewakili populasi

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah berbentuk soal

selidik. Soal selidik selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap,

Page 6: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

persepsi dan pandangan, selain daripada keterangan latar belakang. Persoalan yang ditanya

melibatkan aspek afektif bukan aspek kognitif atau aspek kecerdasan fizikal Mohd Najib

(1999). Instrumen soal selidik dipilih kerana bersesuaian dengan objektif kajian yang

melibatkan tahap pengetahuan yang melibatkan sikap efektif seperti mana yang telah

ditetapkan dalam kajian ini.

Set soal selidik yang digunakan mengandungi empat bahagian.

Bahagian A

Mengandungi maklumat diri pelajar iaitu seperti jantina dan kelas. Ianya mengandungi dua

soalan dan pelajar perlu mengisi pada ruang yang disediakan.

Bahagian B

Mengandungi lima item yang bertujuan untuk mendapatkan latar belakang dan pengetahuan

sedia ada berkaitan subjek Prinsip Akaun.

Bahagian C

Terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan penggunaan perisian.

Bahagian D

Mengandungi soalan berkaitan masalah atau kekangan yang dihadapi daripada penggunaan

perisian, di mana ianya terdiri daripada lapan soalan iaitu enam soalan menyediakan pilihan

jawapan dan dua soalan terbuka. Tahap soalan disesuaikan dengan tahap pemikiran sampel

kajian supaya dapat mewujudkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

 Dapatan Kajian

Aspek latar belakang dan pengetahuan sedia ada berkaitan subjek Prinsip Perakaunan

menunjukkan 52 orang responden pernah mempelajari subjek ini sebelum ini. 50 orang

responden juga menunjukkan minat akan subjek Prinsip Akaun yang dipelajari di sekolah.

Majoriti responden iaitu seramai 45 orang atau 66% memberi alasan memilih jurusan

Perakaunan kerana yakin peluang pekerjaan yang baik ditawarkan selepas tamat

persekolahan. Item seterusnya menunjukkan 50 orang responden menyatakan sumber yang

digunakan untuk mempelajari Prinsip Akaun adalah berdasarkan kepada pengajaran guru dan

buku teks. Bagi aspek kerasionalan kertas Prinsip Akaun Kertas 3 diwajibkan dalam soalan

Prinsip Perakaunan SPM bermula tahun 2010 yang merupakan item terakhir dalam aspek ini

menunjukkan 32 atau 47% orang responden berpendapat ianya dapat melatih pelajar

mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari di sekolah.

Page 7: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Aspek kedua ialah berkaitan dengan penggunaan perisian. 60 orang responden tidak

pernah mendengar atau didedahkan dengan perisian ‘ASSET base’ dalam jurusan ini. Hanya

lapan daripada 68responden (12%) yang pernah mendengar atau didedahkan dengan perisian

‘ASSET base’ dalam jurusan ini. Inipun mereka dapati daripada pelajar tingkatan lima

sebelum ini dan dari kawan di sekolah lain.. Item seterusnya menunjukkan bahawa 14%

responden menggunakan perisian Microsoft Word, 74% responden menggunakan Microsoft

Excel, dan 12% responden menggunakan perisian ‘ASSET base’. Majoriti responden

memilih perisian Microsoft Excel kerana bagi responden ianya mudah dan mesra pengguna.

Dapatan daripada bahagian D berkaitan dengan masalah dan kekangan semasa

menggunakan perisian ‘ASSET base’ didapati 80% responden tidak mempunyai masalah

dalam menggunakan komputer (Microsoft Word dan Excel ) ketika melaksanakan tugasan

kertas 3 ini. 50% responden menyatakan bahawa perisian perakaunan ‘ASSET base’ adalah

paling sukar bagi responden untuk diguna pakai. Item seterusnya menunjukkan 100%

responden bersetuju bahawa penggunaan perisian komputer ini memudahkan kerja. 80%

responden amat berpuas hati dengan perisian yang digunakan. Responden menyatakan

bahawa ianya memudahkan kerja, menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesalahan

terutamanya dalam penggunaan perisian Microsoft Excel.

Kesimpulan, daripada analisis data soal selidik berhubung keberkesanaan penggunaan

‘ASSET base’ dalam menyiapkan kerja Kursus Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM di

kalangan pelajar jurusan Perakaunan, didapati bahawa perisian ‘ASSET base’ sangat kurang

digunakan oleh responden berbanding perisian Microsoft Word dan Excel . Ini kerana bagi

responden, perisian ‘ASSET base’ merupakan perisian yang baru bagi responden, tidak mesra

pengguna serta mereka kurang didedahkan dengan perisian ini .

Perbincangan

a) Mengenalpasti jenis perisian yang kerap digunakan dalam melaksanakan kerja

kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

Persoalan kajian pertama dalam kajian ini adalah mengenai jenis media pengajaran yang

kerap digunakan dalam melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3 di

Page 8: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

SMJK Yuk Choy, Ipoh. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, penggunaan perisian

‘ASSET base’ dikalangan pelajar untuk melaksanakan kerja kursus Prinsip Perakaunan

Kertas 3 SPM ini amatlah tidak memberangsangkan. Hanya lapan orang responden daripada

68 orang responden yang menggunakan perisian ‘ASSET base’ ini. Kebanyakan mereka lebih

banyak menggunakan perisian lain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word dalam

menyiapkan tugasan yang diberi.

b) Mengenalpasti potensi penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan

kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

Dapatan kajian menunjukan potensi penggunaan perisian ’ASSET base’ dilihat dapat

memudahkan pelajar dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan pengiraan dalam

perakaunan. Dengan menggunakan perisian ini, pelajar boleh mendapat jawapan secara

langsung setelah memasukkan data-data yang diperlukan. Perisian ini sendiri akan

memproses data-data yang dimasukkan tanpa perlu pelajar mengira secara manual.

c) Mengenalpasti halangan penggunaan perisian ’ASSET base’ dalam melaksanakan

kerja kursus Prinsip Perakaunan SPM Kertas 3.

Dapatan kajian menunjukkan perisian ini jarang sekali digunakan oleh pelajar untuk

melaksanakan tugasan. Ini adalah kerana bagi pelajar-pelajar, perisian ini adalah sukar untuk

digunakan disebabkan tiada pendedahan yang mencukupi diberikan kepada mereka untuk

menggunakannya. Mereka lebih kerap menggunakan perisian lain yang biasa digunakan

kerana mendapati ianya lebih mudah digunakan, diterokai dan tidak perlu bimbingan khas

daripada guru.

Selain itu, penggunaan perisian ’ASSET base’ dikatakan kurang mendapat perhatian

dikalangan pelajar kerana ianya memerlukan masa yang panjang untuk mempelajari cara

penggunaannya. Ini kerana, pelajar terlebih dahulu perlu memasukkan perisian program

sebelum ianya boleh digunakan. Pelajar perlu melihat kepada manual penggunaan sebelum

mereka boleh menggunakan perisian tersebut. Mereka menganggap ianya satu kerja yang

remeh dan mengambil masa yang lama.

Halangan yang ketiga ialah kesukaran untuk mendapatkan perisian ini. Ini kerana,

perisian ini dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana, setiap sekolah hanya

menerima satu salinan perisian dan manual penggunaan. Ianya tidak terdapat di pasaran luar.

Page 9: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Justeru, pelajar perlu berkongsi cd perisian untuk memasukkan perisian ke dalam komputer

masing-masing. Secara tidak langsung, ianya mengambil masa yang panjang semata-mata

untuk memasukkan perisian tersebut ke dalam komputer masing-masing berbanding perisian

lain seperti Microsoft Excel dan Microsoft Word yang telah sedia ada dan boleh terus

digunakan.

Pelajar juga menghadapi masalah kerana kekurangan komputer di sekolah. Ini

disebabkan kebanyakan sekolah hanya ada lebih kurang 20 ke 30 buah set komputer,

sedangkan pelajar yang mengambil perakaunan melebihi 30 orang bagi setiap kelas. Pelajar

terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.

 Rumusan dan Penambahbaikan

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan perisian’ ASSET

Base’ dalam kalangan pelajar Jurusan Perakaunan SMJK Yuk Choy, Ipoh dalam

melaksanakan Kerja Kursus Kertas 3 Prinsip Perakaunan SPM adalah sangat tidak

memberangsangkan. Hal ini kerana daripada 68 orang responden, hanya lapan orang

responden sahaja yang menggunakan perisian ini untuk menyiapkan tugasan kertas 3 ini.

Rata-rata responden menyatakan pelbagai masalah yang dihadapi responden jika

menggunakan perisian ASSET Base yang dibekalkan oleh KPM.

Oleh itu, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi mengatasi masalah yang

dinyatakan di atas iaitu :

Pihak sekolah perlu menambahkan lagi bilangan komputer di sekolah masing-masing

kerana ianya tidak mencukupi untuk sebuah kelas yang pelajarnya melebihi tiga puluh

orang.Secara tidak langsung ianya menjimatkan masa dan memudahkan guru-guru serta para

pelajar.Guru-guru Prinsip Perakaunan sentiasa berfikiran terbuka terhadap ICT dan bersedia

pada bila-bila masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan

komputer sekiranya kemudahan yang diberikan mencukupi dan disenggara dengan baik serta

segala masalah yang dihapati dapat diberikan perhatian dan diatasi.

Guru Prinsip Perakaunan perlu diberi pendedahan sepenuhnya ke atas penggunaan

perisian ini sebelum mengajarnya kepada pelajar. Guru-guru perlulah dihantar mengikuti

bengkel amali penggunaan perisian ini. Pendedahan yang cukup membolehkan penyampaian

yang betul diberikan kepada pelajar kelak.

Page 10: Tugasan 3 asse tbase kertas 3

Guru perakaunan juga hendaklah mewajibkan pelajar menggunakan perisian ASSET

base sepenuhnya. Melalui cara ini pelajar terpaksa belajar dan akan dapat menggunakan

sepenuhnya perisian ini walaupun sukar pada peringkat awalnya.

Pelajar juga dibenarkan untuk memasukkan(install) perisian ini ke dalam komputer

mereka dirumah masing-masing tanpa mengharapkan komputer di makmal komputer

sekolah.Cara ini akan mempercepatkan lagi kerja dan menjimatkan masa.