Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)

16
LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TUGASAN 7: REKABENTUK BANDAR ( CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR) NAMA: NURSYAMIMI BINTI SHARIFF NO. MATRIK: A 154813 PENSYARAH: PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

Transcript of Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)

LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

TUGASAN 7: REKABENTUK BANDAR ( CADANGAN MEMPERBAHARUI

BANDAR)NAMA: NURSYAMIMI BINTI SHARIFF

NO. MATRIK: A 154813PENSYARAH: PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ

ABDULLAH BIN O.K RAHMAT

KAJANG TELAH MENJELMA DARI SEBUAH BANDAR KECIL MENJADI BANDAR BESAR DENGAN MEMBINA BANDAR-BANDAR BARU SEERTI BANDAR BARU BANGI DAN BANDAR SERI PUTRA SERTA MELEBARKAN PUSAT BANDARNYA SEHINGGA KE SUNGAI CHUA. AKAN TETAPI PUSAT BANDAR YANG ASAL TIDAK BANYAK BERUBAH DAN SEBAHAGIAN BESAR PENDUDUKNYA BEKERJA DI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN KAWASAN-KAWASAN LUARAN. ANDA DIMINTA MENCADANGKAN SATU PERUBAHAN BESAR UNTUK PUSAT BANDAR KAJANG SUPAYA KAJANG BOLEH BERDIRI SENDIRI. GUNAKAN LUKISAN DAN GAMBAR-GAMBAR YANG SESUAI.

SOALAN

Nama kajang dikatakan berasal dari peristiwa rombongan Batin Berchanggi Besi yang berhenti di suatu kawasan kerana bimbang akan hujan ribut yang akan menimpa sewaktu pulang dari mengadap pemerintah di Johor atas urusan menjodohkan anakandanya Puteri Mayang Selida.

Rombongan tersebut telah membina pondok untuk berteduh dengan menggunakan mengkuang hutan yang dikenali sebagai ‘Kajang’ sebagai atap pondok.

Kajang dahulunya merupakan kawasan yang didiami oleh orang asli dari keturunan suku Temuan.

Kajang mula didiami oleh penduduk sekitar tahun 1709.Kajang merupakan kawasan bandar yang dihubungkan dengan

pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi.Kajang merupakan sebuah mukim yang terletak dalam daerah

Hulu Langat di Negeri Selangor.

BANDAR KAJANG

CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR

KAJANG

Jika dapat dilihat, jalan-jalan raya di kawasan bandar Kajang ini kebiasaannya akan berlaku kesesakan lalu lintas terutama di waktu puncak seperti yang berlaku di Jalan Reko.

Jalan-jalan raya di bandar Kajang ini juga tidak rata dan berlubang-lubang yang membahayakan pegguna jalan raya.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini infrastruktur jalan raya di kawasan bandar Kajang perlu dipertingkat dan dinaiktaraf.

Jalan-jalan raya di kawasan ini perlu diperluas dan dilebarkan lagi bagi mengelak berlaku kesesakan lalu lintas.

Pembaharuan sistem jalan raya juga perlu dilakukan seperti menutupi jalan-jalan yang berlubang bagi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

MENAIKTARAF INFRASTRUKSTUR JALAN RAYA

Pihak yang bekenaan perlu merancang semula struktur bandar Kajang supaya bandar Kajang ini dapat dilestarikan dan menjadi sebuah bandar yang kondusif untuk masyarakat.

Menyediakan kawasan yang menjadi tarikan masyarakat seperti kawasan rekreasi atau pusat riadah juga perlu sebagai kawasan sosialisasi masyarakat di bandar Kajang.

Keadaan ini bukan sahaja berupaya mencantikkan lagi kawasan bandar malah ia berupaya menjadikan bandar itu sebagai bandar lestari yang menjadi tarikan masyarakat.

Kawasan rekriasi ini juga berupaya menyatu dan mengumpulkam masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang kaum dlam satu kelompok atau satu kawasan.

MENYEDIAKAN KAWASAN BANDAR YANG LESTARI DAN KONDUSIF

Sektor perindustrian dan perkhidmatan ini beruapaya meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pewujudan sektor-sektor ini juga berupaya merancakkan lagi sektor perindustrian dan perkhidmatan negara disamping meningkatkan kemajuan bandar dan ekonomi bandar tersebut.

Penubuhan pusat-pusat perkhidmatan dan perindustrian ini mampu menarik dan meningkatkan tumpuan masyarakat terhadap bandar tersebut.

Di samping itu, pewujudan sektor perindustrian dan perkhidmatan ini mampu meningkatkan penawaran perkhidmatan dan peluang pembangunan yang cerah serta dapat meningkatkan taraf ekonomi.

MEWUJUDKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DAN PERKHIDMATAN

Perkembangan sektor ekonomi dan perniagaan yang pesat beruapay menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat serta dapat mengurangkan kadar pengangguran dlaam kalangan msyarakat.

Kewujudan sektor-sektor ini juga berupaya menarik minat ahli perniagaan dalam dan luar negara untuk mengembangan perniagaan di kawasan tersebut.

Kewujudan sektor ekonomi dan perniagaan di bandar Kajang ini juga mampu membina perkhidmatan yang menjadi tarikan dan tumpuan masyarakat untuk menjaankan urusan harian.

Keadaan ini juga berupaya untuk menyelaras keseimbangan penduduk serta memajukan sistem ekonomi di samping meningkatkan taraf bandar dan taraf hidup masyarakat.

Mempergiat sektor ekonomi dan perniagaan

Mercu tanda dapat dijadikan sebagai lambang keunikan sesuatu kawasan atau bandar tersebut.

Selain lambang keunikan, mercu tanda berperanan sebagai lambang kemegahan sesuatu bandar tersebut yang akan diingati oleh pengunjung.

Mercu tanda juga berupaya menajdi daya penarik kepada pelancong dan masyarakat setempat untuk berkunjung ke bandar tersebut.

Mercu tanda juga amat penting sebagai tanda pembeza antara kawasan atau bandar, misalnya antara bandar Kajang dengan bandar-bandar lain.

Membina mercu tanda sebagai daya penarik

Setiap perancangan yang cuba dilaksanakan perlulah diteliti dengan sebaik mungkin dan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah aspek pembandaran, ekonomi dan sosial yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat sejagat.

Pembaharuan bandar perlu dilaksanakan untuk memsatikan sesuatu bandar itu menjadi lebih terancang, tersusun dan bersistematik yang berupaya mengembangkan serta memajukan bandar tersebut.

Dapat dilihat disini bahawa bandar Kajang perlukan pembaharuan bagi membolehkan bandar ini berkembang pesat selari denagn bandar-bandar lain.

Namun, segala pembaharuan yang bakal dilaksanakan hendaklah selaras atau selari dengan kemajuan negara.

kesimpulan

SEKIAN TERIMA KASIH...