Tugasan a Dan b Bmp3093

19
PENDIDIKAN JARAK JAUH APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093) SEMESTER 1 SESI 2014/2015 TUGASAN A DISEDIAKAN OLEH: NAMA KUMPULAN NO. MATRIK PROGRAM NOORLIES BINTI SUKUR UPSI12 D20112054887 A141PJJ PENSYARAH E-LEARNING: PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN TARIKH: 16 NOVEMBER 2014 MARKAH

description

APLIKASI KOMPUTER DALAM BM

Transcript of Tugasan a Dan b Bmp3093

  • RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KRL 3033

    PENDIDIKAN JARAK JAUH

    APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)

    SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    TUGASAN A

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA KUMPULAN NO. MATRIK PROGRAM

    NOORLIES BINTI SUKUR UPSI12 D20112054887 A141PJJ

    PENSYARAH E-LEARNING: PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN

    TARIKH: 16 NOVEMBER 2014

    MARKAH

  • 1

    BIL

    ISI KANDUNGAN

    HALAMAN

    1.

    PENGENALAN

    2

    2.

    TIGA FUNGSI MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM

    PENDIDIKAN NEGARA

    3 - 4

    3.

    TIGA MANFAAT MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM

    PENDIDIKAN NEGARA

    5 - 6

    4.

    RUMUSAN

    7

    5.

    BIBLIOGRAFI

    8

  • 2

    1.0 PENGENALAN

    Perkembangan dan penggunaan multimedia, khususnya dalam pendidikan bukan lagi

    merupakan sesuatu yang asing di Malaysia. Pendidikan di Malaysia sekarang semakin

    mencabar selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat. Sebagai sebuah negara yang

    berwawasan, maka bidang pendidikan merupakan aset penting untuk melahirkan pakar-pakar

    dalam sesuatu bidang dalam menuju ke arah sebuah negara berteknologi tinggi. Dewasa ini,

    negara yang menguasai teknologi maklumat akan menjadi sebuah negara yang maju.

    Bagi merealisasikan perkembangan ini negara kita juga tidak mahu ketinggalan untuk

    menguasai era teknologi maklumat. Bagi merintis era dunia siber yang berkembang pesat,

    kejayaan gagasan Wawasan 2020 adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan

    Malaysia untuk melahirkan pakar-pakar yang berkemahiran dalam bidang teknologi

    maklumat. Multimedia merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks

    dan bunyi-bunyian yang mana gabungan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui

    komputer.

    Schurman (1995) mendefinisikan multimedia sebagai kombinasi grafik, animasi, teks, video

    dan bunyi dalam satu perisian yang direka bentuk yang mementingkan interaksi antara

    pengguna dan komputer. Komputer yang mempunyai perkakasan berupaya untuk

    melaksanakan perisian multimedia atau disebut juga sebagai komputer multimedia.

    Menurut Collin, Simon (1995), ".Multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan

    atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer

    yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh

    mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemain cakera video, pemacu CD-

    ROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi,

    video dan imej, ia disebut ssebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan

    pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza,

    maka ianya disebut sebagai multimedia interaktif"

    Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia

    itu adalah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direka

    bentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik,

    animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer.

  • 3

    2.0 TIGA FUNGSI MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN NEGARA

    2.1 Multimedia Sebagai Literasi ICT Untuk Semua Pelajar

    Kementerian Pendidikan Malaysia meletakkan hasrat kerajaan untuk menjadikan semua

    pelajar di Malaysia memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan TMK bermula

    daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Penggunaan multimedia

    dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menggalakkan pelajar menjadi seorang yang

    mampu berfikir secara kritikal, menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari

    dan menyusun maklumat, bermotivasi dalam pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif

    dan juga kooperatif. Ini seterusnya menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan di

    dalam kehidupan sebenar khususnya di dalam kerjaya professional mereka akan datang.

    2.2 Multimedia Menawarkan Pelbagai Platform Supaya Pengguna Dapat Membuat

    Pilihan Dari Segi Perkakasan Dan Perisian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.

    Sebenarnya multimedia menggabungkan dua revolusi maklumat terbesar abad ini iaitu

    komputer dan televisyen. Televisyen telah merevolusikan akses maklumat manakala

    komputer merevolusikan kebolehan pengguna untuk menyimpan dan mencapai maklumat.

    Multimedia membawa keluaran dan perkhidmatan dalam bentuk gabungan kebolehan audio

    visual televisyen dan kebolehan interaktif komputer untuk menghasilkan suatu alat

    komunikasi yang intuitif dan multidimensi. Komputer yang mempunyai perkakasan yang

    berupaya untuk melaksanakan perisian multimedia dipanggil komputer multimedia,

    sementara perisian-perisiannya pula dimuatkan dengan grafik dan suara yang disimpan dalam

    Compac-Disc Read Only Memory (CD-ROM).

    Teknologi multimedia adalah satu teknologi yang menggabungkan sepenuhnya

    teknologi komputer, pemain cakera padat, sistem video dan sistem audio bagi mendapat

    kombinasi yang lebih baik dan meningkatkan interaksi di antara pengguna dengan komputer.

    Dalam konteks pendidikan, interaktif melalui multimedia telah memainkan peranan yang

    penting dalam mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih

    dinamik dan bermutu. Ini dibantu dengan keupayaan komputer dalam mempersembahkan

    maklumat, menyokong penghasilan aplikasi pengajaran dan pembelajaran.

    2.3 Penggunaan ICT Dan Multimedia Untuk Meningkatkan Produktiviti,

    Kecekapan Dan Keberkesanan Sistem Pengurusan.

    Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan

    yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja. Kemudahan TMK dan penerapannnya

  • 4

    dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak mustahil memperolehi peningkatan

    produktiviti yang sama kerana TMK sangat membantu mempermudahkan tugas dan

    tanggungjawab di sekolah. Kesan penggunaan TMK dalam pendidikan mungkin

    menyebabkan kesukaran seperti tugas memantau para guru yang banyak melakukan tugas

    yang tidak dapat dilihat secara nyata atau terlalu banyak keputusan yang hendak dilakukan.

    Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya sendiri.

    Pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses

    maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka. Sistem maklumat

    yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minit pengajaran,

    mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sistem maklumat dapat

    menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti,

    Justeru, asas teknikal dalam TMK mampu untuk menangani proses pendidikan. Sistem

    maklumat boleh menyelamatkan data pelajar yang begitu kompleks sebelum mengurangi

    bebanan pentadbiran.

  • 5

    3.0 TIGA MANFAAT MULTIMEDIA DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN

    NEGARA

    3.1 Penerapan Teknologi Maklumat Dan Multimedia Dalam Pentadbiran Dan

    Pengurusan.

    Kemudahan TMK dan penerapannnya dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak

    mustahil memperolehi peningkatan produktiviti yang sama kerana TMK sangat membantu

    mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Teknologi Maklumat dan

    Komunikasi (ICT) kini menjadi suatu keperluan dan kepentingan sistem pendidikan negara.

    Integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut menyumbang kepada

    peningkatan kecemerlangan institusi pendidikan di samping meningkatkan kompetensi dan

    prestasi pengurus dan pemimpin pendidikan.

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merujuk kepada sistem yang

    membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat

    dalam pelbagai bentuk. Komunikasi ini melihat kepada unsur-unsur keupayaan multimedia,

    inter-aktiviti dan keupayaan perhubungan. TMK merupakan elemen yang penting dalam

    menghadapi dunia masa kini iaitu dunia tanpa sempadan. Ia merupakan satu cabaran kepada

    sistem pendidikan negara kearah menghasilkan generasi yang celik IT. Cabaran perlu

    ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan

    sekolah.

    3.2 Peggunaan Multimedia Dalam Pendidikan

    Multimedia boleh digunakan sebagai media pendidikan yang berkesan. Kelebihan multimedia

    berbanding dengan media-media lain adalah jelas. Multimedia mampu merangkumi pelbagai

    media: teks, suara, imej, grafik, dan animasi dalam satu persekitaran digital. Multimedia

    membolehkan interaktiviti dengan pengguna. Kewujudan multimedia dalam persekitaran

    pendidikan telah menunjukkan suatu perkembangan baru yang diharapkan mampu membantu

    dunia pendidikan menjadi lebih berkesan melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

    Bahkan kalau boleh untuk menarik minat pelajar menggunakan strategi penyapaduan.

    Sebagaimana media pendidikan lain, multimedia adalah alat, kaedah dan pendekatan yang

    digunakan untuk membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. DLgnazio (bairley 1996) mengatakan bahawa

    multimedia adalah teknologi baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan

    kepada dunia pendidikan. Pembangunan yang dimaksudkan adalah pembelajaran yang

  • 6

    dilaksanakan dengan cara mengumpulkan bahagian-bahagian tertentu yang bermakna dari

    kehidupan pelajar.Manfaat lain bermaksud pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran

    melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya yang sesuai dengan

    minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

    3.3 Pengetahuan dan Kemahiran TMK Serta Pengintegrasian TMK dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran

    Terdapat dua pendekatan pengajaran dan pembelajaran TMK iaitu belajar tentang TMK dan

    belajar dengan TMK. Pendekatan belajar tentang TMK bertujuan untuk menyediakan

    pengetahuan tentang asas TMKdan membolehkan pelajar menjadi penyumbang kepada

    pembangunan teknologi maklumat. Manakala pendekatan belajar dengan TMK bertujuan

    menyediakan pelajar dengan ilmu yang membolehkan mereka menjadi pengguna yang

    berkesan. Keduadua pendekatan tersebut telah diserapkan melalui dua mata pelajaran iaitu

    Teknologi Maklumat dan Pengkomputeran.

    Selain pengetahuan dan kemahiran TMK, KPM juga menyediakan pelajar untuk

    menghayati nilai yang sesuai dengan pembentukan k-insan. Pelajar perlulah memahami

    dan menghayati nilai moral, etika, budaya, dan agama dalam organisasi dan

    masyarakat, mempunyai falsafah dan prinsip hidup yang kukuh, mempunyai niat untuk

    membawa kebaikan kepada alam sejagat, dan mempunyai ketahanan rohani menempuh

    kepayahan dan cubaan.

    Program latihan kepada guru sekolah rendah dan menengah turut dijalankan oleh

    Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)/

    Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Pusat-pusat

    ini dibekalkan dengan kemudahan TMK di samping kemudahan teknologi pendidikan

    yang lain. Pegawai di pusat-pusat ini memberi khidmat nasihat kepada guru

    tentang pengintegrasian TMK dalam pdp. Selain itu, pegawai PSPN dan PKG memberi

    latihan jangka pendek kepada guru-guru sekolah rendah dan menengah berkaitan

    dengan kemahiran asas komputer, bengkel penyediaan perisian pendidikan, dan

    penilaian keberkesanan pengendalian pusat sumber sekolah. PSPN dan PKG juga

    menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan teknologi kepada guru. Oleh itu, PSPN dan

    PKG merupakan saluran yang berpotensi bagi membantu guru meningkatkan pdp

    berasaskan TMK di sekolah

  • 7

    4.0 RUMUSAN

    Peranan teknologi maklumat dan multimedia sangat penting dalam sistem pendidikan yang

    semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak

    bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap

    sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi TMK dalam organisasi

    berkenaan. Walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan kepakaran dan

    pengetahuan, namun apabila TMK sudah menjadi darah daging, ia akan lebih memudahkan

    tugas dan kerja pengurusan dan pentadbiran.Integrasi TMK dalam pengurusan pendidikan

    merupakan perkara penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh

    di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak

    Pengetua perlu memainkan peranan yang aktif untuk membestarikan sekolah masing-masing.

    Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk

    mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya

    menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. Mengurus TMK secara berkesan

    adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan TMK disekolah. Tanpa pengurusan yang mantap

    dan berkesan, kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK akan menghadapi

    laluan yang jauh. Mudah-mudahan semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari menjelang

    tahun 2010 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Perkembangan dalam teknologi multimedia dan internet merupakan satu fenomena

    yang tidak dapat disangkal lagi kepentingannya. Teknologo ini semakin popular dan digunkan

    dalam kebanyakan aspek kehidupan manusia sama ada secara langsung mahupun tidak

    langsung. Dunia pendidikan juga tidak terkecuali dari merasai bahang teknologi tersebut dan

    ianya semakin ketara sejak akhir-akhir ini. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat

    dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya harus

    bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut. Ini bagi

    memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin

    tidak lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.

    (1,587 patah perkataan)

  • 8

    5.0 BIBLIOGRAFI

    Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin, & Manimegalai Subramaniam.(2002). Reka

    bentuk Perisian Multimedia. Skudai: Penetbit UTM.

    Chin Yoon Poh.(2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Program

    Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Julai 2002. Panduan Pelaksanaan Program

    PengkomputeranDi Sekolah Bahagian Teknologi Pendidikan. Bahagian Perancangan,

    Penyelidikan dan Dasar Pendidikan 2002:Pembangunan

    Mohd Zaki Hj. Awang Mat.(2001). Penilaian dan Pemilihan Bahan Sumber di Internet.

    Uniputra, Serdang, Selangor D.E.

    Sharifah Alwiah Alsagoff.(1994).Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Wan Noraini binti Wan Daud.(2005). Kemahiran Komputer Guru-guru Sains dan Matematik:

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • 9

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KRL 3033

    PENDIDIKAN JARAK JAUH

    APLIKASI KOMPUTER DALAM BAHASA MELAYU (BMP3093)

    SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    TUGASAN

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA KUMPULAN NO. MATRIK PROGRAM

    NOORLIES BINTI SUKUR UPSI12 D20112054887 A141PJJ

    PENSYARAH E-LEARNING: PUAN NOR SAHARA BINTI MESMAN

    TARIKH: 16 NOVEMBER 2014

    MARKAH

  • 10

    BIL

    ISI KANDUNGAN

    HALAMAN

    1.

    PENGENALAN

    11

    2.

    TIGA CARA UNTUK MERANGSANG GURU

    MENGGUNAKAN VIDEO DALAM PENGAJARAN BAHASA

    MELAYU

    12 - 14

    3.

    TIGA IMPAK KEPADA MURID DARIPADA

    PENGAPLIKASIAN VIDEO

    15 -16

    4.

    RUMUSAN

    17

    5.

    BIBLIOGRAFI

    18

  • 11

    1.0 PENGENALAN

    Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian

    dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza

    dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu

    bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru

    perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran.

    Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam

    menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh

    pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media

    pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang

    disampaikan oleh guru.

    Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara

    jenis-jenis tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan

    elekrronik. Pada hari ini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti

    LCD, perakam video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini lebih

    memberi kesan dalam pembelajaran berbanding peralatan tradisional seperti papan tulis,

    kapur dan buku teks.

    Bahan video adalah bahan bantu pengajaran yang sangat sesuai kerana gabungan gambar

    bergerak dengan penerangan. Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital.

    Video analog - Video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem

    atau media yang bukan komputer. Setiap bingkai video analog diwakili oleh signal elektrik

    yang tidak menentu yang juga dikenali sebagai gelombang analog atau video komposit.

    Kelemahan video ini adalah gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering

    digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Piawaian utama bagi video ini

    adalah PAL dan NTSC.

    Video digital - Isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik.

    Proses penukaran isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital

    Converter (ADC). Manakala Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk

    menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan video ini adalah kualitinya

    kekal dan boleh disimpan dalam tempoh masa yang lama.

  • 12

    2.0 TIGA CARA UNTUK MERANGSANG GURU MENGGUNAKAN VIDEO

    DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

    2.1 Televisyen Dan Pemain VCD

    Televisyen dan video yang dimainkan dengan menggunakan pemain VCD adalah

    salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga

    semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para

    guru. Walau bagaimanapunm pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu sahaja iaitu

    seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan kebanyakan

    guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar

    terutama subjek-subjek yang memerlukan tayangan secara langsung.

    Televisyen merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran

    (pemancaran) gambar hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi haba atau udara

    pada skrin televisyen. Manakala video menurut kamus dewan bahasa ialah alat untuk

    merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video yang disalurkan

    melalui peti televisyen. Selain itu ia juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet yang digunakan

    untuk merakam gambar dengan suaranya sekali dari televisyen.

    Sebagai contoh, mata pelajaran Bahasa Melayu dalam topik Negara Tercinta

    seperti melawat Zoo Negara. Guru yang pernah menjejakkan ke Zoo Negara pasti mudah

    untuk menyampaikan isi pengajaran tersebut, berbeza bagi guru yang belum berpeluang ke

    sana. Ia menjadi satu masalah bagi guru tersebut untuk menerangkan keadaan di sana. Justeru

    itu, media televisyen dan video adalah alternatif yang terbaik yang menjadi pengganti untuk

    menerangkan apa yang ada di Zoo Negara dengan lebih jelas. Melalui paparan video

    tersebut pelajar akan dapat merasai suasana yang sebenar berada di Zoo Negara walaupun

    tidak pernah pergi ke sana.

    Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap menerusi

    televisyen pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa program televisyen khususnya

    kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka seperti menambah

    pengalaman baru, perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

    2.2 Skrin, Projektor Paparan Cecair Kristal (LCD) Dan Komputer Riba

    Secara amnya, multimedia menggunakan pelbagai format media untuk mempersembahkan

    sesuatu maklumat (Hede dan Hede 2002; Havice 1999). Ramai guru melihat bahawa

  • 13

    multimedia adalah sebahagian daripada kombinasi sumber teknologi, di mana termasuklah

    elemen media seperti teks, grafik, animasi, video, bunyi, sistem pengajaran dan sistem

    sokongan berasaskan komputer (Neo dan Rafi, 2007). pengajaran berasaskan multimedia

    ialah satu kaedah atau media penyampaian guru kepada pelajar dengan menggunakan pakej

    perisian multimedia yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    dengan sokongan perkakasan TMK yang lain seperti komputer riba, projektor paparan cecair

    kristal (LCD) dan skrin papan putih supaya persembahan multimedia dapat dipaparkan

    kepada keseluruhan pelajar dalam sesebuah kelas.

    Kaedah ini sangat popular di kalangan guru terutama yang mengajar mata pelajaran

    Sains dan Matematik. Mata pelajaran lain juga menggunakan kaedah yang sama kerana buku

    teks yang dibekalkan oleh KPM berserta CD yang mengandungi perisian pembelajaran yang

    berkaitan dengan isi buku teks. Peralatan ini telah dibekalkan ke sekolah-sekolah seluruh

    Malaysia semenjak tahun 2003. Sehingga kini peralatan seperti komputer riba, projektor

    paparan cecair kristal (LCD) dan skrin papan putih masih digunakan.

    2.3 Aplikasi Telefon Pintar

    Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai ciri pengkomputeran maju dan

    ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan

    penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti

    Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Ia juga menggunakan sistem pengendalian

    yang menyediakan satu pelantar untuk pembina aplikasi (Wikipedia, 2013).

    White, J., & Turner, H. (2011) menjelaskan, we found that students exceptional interest

    in smartphones their excitement for building mobile apps that solved problems they cared

    about motivated them to independently learn a number of advanced topics outside the scope

    of the class. Guru dan pelajar dapat menjana kreativiti dan inovasi menggunakan aplikasi

    dalam telefon pintar. Gabungan teks, gambar, video dapat menarik perhatian semasa proses

    PDP. McGreen and Arnedillo Sanchez (2005) dalam White, J., & Turner, H. (2011)

    mencadangkan, the use of mobile phones to create digital narratives or stories where

    learners collaboratively plan a story, either fictional or non fictional, then create and edit the

    story using mobile phones and movie editing software, finally sharing the story through social

    networking sites such as YouTube.

    Aplikasi telefon pintar mudah diperoleh secara percuma dan mudah untuk dibawa.

    Sebarang idea baru atau pembaharuan idea boleh disimpan dalam bentuk digital

    menggunakan aplikasi telefon pintar. Selain itu, telefon pintar mengambil alih fungsi pita

  • 14

    rakaman video dan kamera memandang ciri-cirinya yang canggih. Pelbagai video boleh

    diperolehi dengan mudah melalui aplikasi muat turun YouTube yang boleh diakses bila-bila

    masa dan di mana sahaja.

    Kim, J., Altmann, J., & Ilon, L. (2012) menyatakan, Learning moves from learning in a

    classroom towards learning within a communication-technology-based network of students,

    professors, and information.

    Realiti hari ini menunjukkan dengan jelas penggunaan telefon pintar di kalangan guru

    mahupun pelajar begitu meluas. Jika kawalan dapat dibuat dengan baik, maka tentu saja

    aplikasi telefon pintar dapat digunakan dengan berkesan di dalam kelas. Pelajar dapat

    melakukan penjelajahan secara individu mahupun secara berkumpulan dalam dunia digital

    (telefon pintar). Ini menyediakan peluang kepada guru dan pelajar meningkatkan lagi

    kreativiti mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

  • 15

    3.0 TIGA IMPAK KEPADA MURID DARIPADA PENGAPLIKASIAN VIDEO

    3.1 Membantu Menyelesaikan Masalah Murid Dalam Pembelajaran

    Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian

    multimedia khusunya video yang lebih mesra menjadikan ia sangat sesuai bagi para murid

    terutamanya bagi muird-murid yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi di mana

    beberapa percubaan perlu dilakukan oleh murid. Pembelajaran menggunakan multmedia

    dapat memberikan tindak balas serta-merta kepada murid. Secara tidak langsung ia dapat

    memberi peneguhan yang sangat positif.

    Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia dalam

    sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain pengajaran tradisional.

    Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan

    terutamanya pada murid-murid khasnya, di samping memotivasikan mereka. Bahan

    pengajaran seperti perisian multimedia tidak boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh

    digunakan sebagai satu cara menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik.

    3.2 Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

    Elemen-elemen media yang terdapat dalam aplikasi video pengajaran dan pembelajaran

    berasaskan multimedia seperti warna, muzik, animasi dan visual boleh menambahkan

    realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam makmal, permainan simulasi dan

    sebagainya. Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran yang

    kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang sebenar yang tidak

    dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

    Penggunaan video dalam pengajaran dapat menambahkan minat murid terhadap

    pembelajaran. Walau bagaimanapun, murid yang pandai lebih berminat dalam pengajaran

    apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi murid yang lemah pula,

    mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran walaupun guru menggunakan

    komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih

    menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada

    murid-murid. Murid-murid juga berminat jika menggunakan bahan internet seperti video di

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    3.3 Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar

    Multimedia telah memberikan banyak manfaat kepada pembangunan sistem pendidikan.

    Kemampuan multimedia memberikan pengajaran secara persedirian dapat membantu murid

  • 16

    mengulangkaji subjek yang telah dipelajari, seterusnya menaikkan motivasi murid dengan

    penjelasan yang menarik . Kini paparan video bermaklumat juga mampu membuatkan murid

    berfikir secara kreatif dan kritis terhadap apa yang dilihat kerana interpretasi seseorang

    individu itu berbeza antara satu sama lain. kombinasi kesemua elemen itu mampu

    membuatkan daya ingatan seseorang pelajar itu meningkat kerana animasi, warna boleh

    menjana pemikiran seseorang pelajar.

    Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan pembelajaran

    biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan sambil murid mendengar.

    Penggunaan perisian multimedia dan video menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila

    perisian tajuk yang digunakan menyelitkan animasi dan watak-watak tertentu yang

    dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu, penggunaan multimedia ini

    mampu melahirkan pmurid yang mahir berfikir, kreatif dan kritis. Secara keseluruhannya,

    ciri-ciri inilah yang diharapkan oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan murid

    yang cemerlang.

  • 17

    4.0 RUMUSAN

    Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai satu medium

    untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Teori ini

    menyokong bahawa pendidikan mempunyai peranan yang penting dalam kurikulum yang

    ada. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid

    untuk mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang ada

    dalam diri mereka. Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang

    mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan murid yang lebih mencabar

    ditambah lagi dengan persekitaran yang memberikan inspirasi dan motivasi.

    Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada teknologi

    multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru. Pendidikan tidak lagi

    hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan murid boleh melangkah keluar bagi

    melihat pengajaran dan pembelajaran yang serba baharu. Berdasarkan kepada Kementerian

    Pendidikan Malaysia dalam bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006

    menyatakan bahawa Misi Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan

    Pembagunan Minda insan kelas pertama sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai

    Wawasan 2020.

    Sistem pendidkan dan kurikulum sekolah telah menerapkan teknologi dan maklumat

    ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping memupuk minat dan mengukuhkan

    lagi sikap positif dalam kalangan murid dan pelajar serta pendidik terhadap perkembangan

    teknologi maklumat ini. Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam

    pengurusan dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran secara total.

    Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh

    cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A.

    Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian

    dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan multimedia

    dalam pengajaran berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua

    subjek dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan

    pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran serta

    penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.

    (1,875 patah perkataan)

  • 18

    5.0 BIBLIOGRAFI

    Ismail Zain.(2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur:Utusan

    Publications.

    Lampe, C., Wohn, D. Y., Vitak, J., Ellison, N. B., & Wash, R. (2011). Student Use of

    Facebook for Organizing Collaborative Classroom Activities. International Journal of

    Computer-Supported Collaborative Learning, 6(3), 329-347.

    Muhamad Sham Bin Shahkat Ali (2006) ICT: Peranan dan Potensi Dalam Pembangunan

    Pelajar. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006,

    Kuala Lumpur, Malaysia.

    Omar Bin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan

    Cabaran Dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139-152 139.

    Young, M.L.(2002).Internet:The Complete Reference.(2nd

    ed). New York:Mc Graw-Hill.

    Zakirah Othman & Fadhilah Mat Yamin (2007). Tinjauan Permainan Berkomputer Sebagai

    Alat Pembelajaran.