Tugasan Amali 6 Pkb3108

17
AMALI 6 – PKB 3108 PENGAJARAN MIKRO Matapelajaran : Matematik Tarikh: 1 April 2013 (Isnin) Kelas: Sinaran Masa: 8.40 – 9.40 pagi (60 minit) Bilangan murid: 5 orang Tajuk: 3. Operasi Tambah Kemahiran: 3.2 Menambah sebarang dua nombor Kandungan 3.2.2 Menambah sebarang dua nombor satu digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 20. Pengetahuan sedia ada: Murid dapat mengenal dan menamakan nombor bulat hingga 20. Hasil pembelajaran: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid diharapkan dapat : a) Menambah sebarang dua nombor satu digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 20 b) Menjawabdengan betul sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan operasi tambah yang diberi dalam latihan lembaran kerja Penyerapan matapelajaran: Pendidikan Islam, Pendidikan Muzik Unsur terapi: Terapi muzik Penerapan nilai: Bermain mengikut peraturan permainan, bekerjasama dan bertolak ansur dengan kawan ketika bermain, mendengar dan mematuhi arahan guru.

description

Pengajaran Khas Matematik

Transcript of Tugasan Amali 6 Pkb3108

AMALI 6 PKB 3108PENGAJARAN MIKRO

Matapelajaran :Matematik Tarikh:1 April 2013 (Isnin)Kelas:SinaranMasa:8.40 9.40 pagi (60 minit)Bilangan murid:5 orangTajuk:3. Operasi TambahKemahiran:3.2 Menambah sebarang dua nomborKandungan3.2.2 Menambah sebarang dua nombor satu digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 20.Pengetahuan sedia ada:Murid dapat mengenal dan menamakan nombor bulat hingga 20.Hasil pembelajaran:Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid diharapkan dapat :a) Menambah sebarang dua nombor satu digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula dalam lingkungan 20b) Menjawabdengan betul sekurang-kurangnya 7 daripada 10 soalan operasi tambah yang diberi dalam latihan lembaran kerjaPenyerapan matapelajaran: Pendidikan Islam, Pendidikan MuzikUnsur terapi:Terapi muzikPenerapan nilai:Bermain mengikut peraturan permainan, bekerjasama dan bertolak ansur dengan kawan ketika bermain, mendengar dan mematuhi arahan guru.KBKK:Mengenalpasti maklumatMembanding dan membezaBBM:CD Operasi Tambah Dalam Lingkungan 20, lembaran kerja, pembilang, LCD, komputer riba, set permainan Dam Pembaris

LANGKAH /MASAISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Set Induksi5 minitKonsep Tambah Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid Murid bangun dan berdiri tegak lalu memberimenjawab salam kepada guru. Murid dan guru sama-sama membacakan doa penerang hati. Guru mengambil 2 gelas satu gelas kosong dan satu lagi penuh berisi air. Guru meminta murid membanding beza kedua-dua gelas Guru menuangkan air ke dalam gelas kosong sikit demi sedikit hingga penuh dan meminta murid membuat penilaian berdasarkan apa yang dilakukan. Guru menekankan tentang konsep tambah dan meminta murid mengingat semula symbol operasi. Guru bersoal jawab dengan murid untuk mendapatkan pemahaman murid terhadap konsep tambah. Murid menjawan soalan-soalan yang dikemukakan Guru memperkenalkan tajuk dan kemahiran yang akan dipelajari

BBM :Gelas plastik dan air

Teknik:Penerangan secara kelasSoal-jawab

KBKK:Membanding beza

Langkah 110 minitContoh soalan dan penyelesaian operasi Dengan menggunakan paparan LCD, guru memaparkan contoh soalan operasi tambah melibat dua nombor 1 digit dengan 1 digit dalam lingkungan 20 Murid membacakan soalan operasi

BBM:CD Interaktif, LCD, Komputer riba, pembilang

Nilai :Kerjasama

LANGKAH /MASAISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Guru menunjukkan penyelesaian operasi dengan penggunaan animasi yang disediakan Murid mengikuti penerangan dan mengira bersama-sama bagi menyelesaikan soalan. Guru seterusnya mengedarkan pembilang kepada setiap murid Guru memaparkan soalan dan meminta murid menyelesaikan operasi secara berpasangan Murid menyelesaikan operasi yang diberi Guru kemudiannya menunjukkan penyelesaian berbentuk animasi pada paparan LCD untuk semakan jawapan. Aktiviti diulang untuk beberapa soalan

Teknik :Penerangan secara kelas, kerja berpasangan

KBKK:Mengenalpasti maklumat

Langkah 215 minitLatihan Multimedia Interaktif Guru menayangkan paparan latihan interaktif dan memberi penerangan kepada murid Guru memanggil murid untuk duduk di hadapan komputer riba menyelesaikansoalan operasi dalam latihan interaktif secara individu. Murid menjalankan latihan dengan bimbingan guru. Semua murid diberi peluang untuk melakukan aktiviti

BBM:

CD Interaktif, LCD, Komputer riba

Teknik:Latihan individu

Nilai:Tolak ansur, hormat menghormati

Unsur Terapi:Muzik

LANGKAH /MASAISI KANDUNGANAKTIVITI P&PCATATAN

Langkah 315 minitRekreasi Matematik Permainan Dam Pembaris

(Cara / peraturan permainan : rujuk lampiran yang disertakan) Guru mengajak murid untuk duduk di ruangan aktiviti kelas Murid mendengar arahan guru Guru menerangkan cara permainan dijalankan dan tugasan yang perlu diselesaikan oleh murid. Murid mula bermain dengan bimbingan dan panduan guru

BBM:Set Dam Pembaris, kad tugasan, dadu

Teknik:Arahan umumTunjukcaraPermainan

Nilai:Tolak ansur, sabar,Ikut peraturan

Langkah 412 minitLatihan Pengukuhan-Lembaran kerja Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan memberi arahan tentang pelaksanaan aktiviti latihan pengukuhan Murid mendengar arahan guru Murid membuat latihan yang diberi Guru membimbing murid yang memerlukan bimbingan Murid yang dapat menyiapkan latihan diberi ganjaran membuat latihan interaktif

BBM:Lembaran kerja

Teknik:Latihan individuPenerangan kelasBimbingan individu

Nilai:Jujur, yakin

Penutup3 minita) Rumusan P&P b) Penerapan nilai Guru merumuskan p&p yang telah dijalankan dan menerapkan unsur-unsur nilai murni kepada murid

Nilai:Kerjasama, sabar,

LAPORAN PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO

Pengenalan

Saya telah menjalankan perancangan pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk kumpulan murid yang dipilih dari peringkat awal iaitu murid-murid pendidikan khas dari Kelas Sinaran seramai 5 orang. Murid-murid di kelas ini terdiri daripada murid-murid berkeperluan khas dari pelbagai kategori. Tahap kemampuan dan pencapaian murid di kelas ini adalah di peringkat yang rendah dan sederhana. Untuk pengajaran ini, saya telah menjalankan pengajaran untuk matapelajaran Matematik.

Kemahiran yang diberi perhatian yang mana ia juga merupakan objektif kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini ialah menambah sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula dengan hasil tambahnya tidak melebihi 20. Untuk sesi pengajaran dan pembelajaran selama 60 minit ini, saya telah memilih beberapa media dan bahan sebagai bahan bantuan mengajar dalam sesi ini. Semua perancangan dari segi analisis murid, penetapan objektif, pemilihan bahan dan media serta pemilihan kaedah dan teknik untuk sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini telah dirancang berdasarkan info dan maklumat lengkap saya perolehi hasil pemerhatian dan pengujian yang saya lakukan terhadap murid-murid terlibat.

Laporan Proses Pengajaran dan Pembelajaran

a) Set Induksi pemahaman konsep tambah

Saya menggunakan teknik demonstrasi dalam Set Induksi untuk pemahaman konsep dan sebagai langkah mengingat kembali murid-murid saya terhadap konsep tambah yang telah dipelajari sebelum ini. Sebelum memberi penekanan terhadap konsep tambah, saya telah menunjukkan kepada murid-murid saya demonstrasi penambahan takuk air di dalam gelas yang kosong. Sebelum itu saya telah menunjukkan 2 biji gelas yang satu daripadanya adalah kosong manakala satu lagi penuh berisi air.

Saya telah meminta murid membuat banding beza di antara kedua-dua gelas itu dari segi isi kandungan gelas. Seterusnya saya saya menuangkan sikit demi sedikit air dari gelas yang penuh ke dalam gelas yang kosong. Berdasarkan aktiviti ini, saya membuat penekanan tentang konsep tambah dan seterusnya memperkenalkan tajuk dan kemahiran yang akan dipelajari.

Semasa aktiviti ini dijalankan, semua murid dapat memberi respon yang positif dan dapat menyatakan konsep penambahan secara asas iaitu pertambahan bilangan ataupun kuantiti sesuatu benda/objek. Berdasarkan P&P yang dijalankan, saya kira set induksi yang saya jalankan telah Berjaya menarik perhatian murid dan dapat menekankan tentang konsep asas tambah.

b) Langkah 1 Penerangan dan contoh penyelesaian operasi

Untuk langkah 1, saya telah menggunakan persembahan Power Point yang telah saya bina sebagai bahan bantuan mengajar (BBM) saya bagi menerangkan dan menunjukkan penyelesaian bagi operasi tambah yang dipelajari. Pergerakan animasi yag terdapat dalam persembahan Power Point yang dibina dilihat dapat menarik perhatian murid. Pendekatan ini dilihat lebih menarik berbanding cara pengiraan tradisional. Pendekatan penyelesaian menggunakan pergerakan animasi ini merupakan pengukuhan terhadap kaedah penyelesaian yang sering digunakan oleh murid. Dalam masa yang sama, saya tetap menerapkan pengiraan menggunakan kaedah tradisional dengan menggunakan pembilang, jari dan kiraan di atas kertas.

c) Langkah 2 Latihan Interaktif

Langkah ini merupakan aktiviti yang amat digemari oleh murid. Murid kelihatan teruja dan amat berminat dengan latihan interaktif yang disediakan. Peluang yang diberikan kepada mereka untuk menggunakan komputer riba saya untuk aktiviti ini dilihat berjaya menarik perhatian dan minat mereka. Semangat berlumba-lumba dan semangat daya saing dapat dilihat di samping murid dapat menyelesaikan operasi dengan betul. Untuk aktiviti ini, saya memberi kebebasan kepada murid untuk membuat pengiraan bagi mendapatkan jawapan.

Penggunaan latihan multimedia interaktif ini sebenarnya dilihat sebagai mangkin untuk menggalakkan murid rajin membuat latihan yang akhirnya akan memantapkan kemahiran yang ada pada mereka. Sekiranya penggunaan ini kerap digunakan, saya yakin murid akan lebih gemar membuat latihan matematik dan dapat menguasai operasi yang dipelajari dengan lebih baik.

d) Langkah 3

Rekreasi matematik merupakan aktiviti yang sering dipandang ringan oleh guru. Mungkin pada pandangan sesetengah guru, aktiviti ini hanya sekadar membuang masa. Sebenarnya aktiviti rekreasi matematik amat penting bagi mengukuhkan pemahaman murid terhadap sesuatu kemahiran yang dipelajari. Jadi saya telah membina sebuah permainan yang mudah dan ringkas yang diambil dari idea permainan dam ular. Permainan yang saya bina ini diberi nama Dam Pembaris.

Aktiviti ini juga mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak murid saya. Setelah penerangan terperinci diberi kepada mereka, murid-murid saya dapat menjalankan aktiviti ini dengan baik. Walaupun terdapat seorang murid iaitu Farhana Nadiah yang agak keliru dengan permainan yang dimainkan, namun begitu dengan panduan yang diberi, dia dapat bermain dengan baik. Permainan yang dibina ini juga disertakan dengan kad tugasan di mana dalam masa yang sama murid akan menulis operasi tambah yang dibuat semasa permainan dijalankan.

e) Langkah 4

Seperti biasa, latihan lembaran kerja perlu diberikan kepada murid-murid sebagai eviden terhadap tahap pencapaian mereka dalam aktiviti P&P yang dijalankan. Saya telah menyediakan 10 soalan dalam satu set lembaran kerja yang dijalankan. Untuk mencapai sasaran objektif, setiap murid mesti sekurang-kurangnya menjawab dengan betul 7 daripada 10 soalan yang dikemukakan.

Berdasarkan semakan latihan lembaran kerja, empat orang murid saya telah mencapai objektif yang ditetapkan. Hanya seorang murid iaitu Farhana Nadiah yang tidak dapat menyempurnakan latihan yang diberi. Farhana bukanlah murid yang tidak menguasai konsep, cuma Farhana agak lambat dalam melakukan apa juga aktiviti. Masalah ini mungkin disebabkan oleh masalah fizikal dan kemahiran motor yang dihadapinya. Farhana juga mempunyai keyakinan diri yang amat rendah setiap kali melakukan apa jua aktiviti. Disebabkan itu, saya perlu sentiasa memberi perhatian dan bimbingan kepada Farhana setiap kali melakukan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus seperti menulis dan sebagainya. Untuk Farhana, saya akan memintanya menyempurnakan latihan pada masa yang lain.

f) Penutup Rumusan dan penerapan nilai

Sebagai langkah penutup, saya telah merumuskan apa yang telah dipelajari dan menerapkan nilai-nilai murni yang dapat diperolhi daripada aktiviti yang dijalankan, Penekanan semula terhadap konsep tambah juga diberikan agar murid sentiasa peka dengan konsep tersebut.

Kekuatan Penggunaan Bahan Bantuan Mengajar dan Media Yang Dipilih

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapati terdapat beberapa kebaikan dan kekuatan dari segi penggunaan media dan bahan serta teknik dan kaedah yang digunakan. Kekuatan yang begitu jelas saya lihat ialah ketepatan dalam memilih media pengajaran yang begitu menarik perhatian murid-murid saya iaitu penggunaan komputer dan LCD. Sememangnya murid-murid saya amat berminat dengan penggunaan ICT dan juga pembelajaran berbantukan komputer.

Penerangan penyelesaian menggunakan animasi persembahan Power Point juga dapat diaplikasikan dengan baik. Murid-murid juga kelihatan amat berminat dengan paparan yang ditunjukkan. Manakala semasa aktiviti latihan interaktif saya dapati ia telah dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. Apa yang lebih penting, setiap murid dapat berpeluang menggunakan komputer walaupun memerlukan mereka berkongsi dan bergilir-gilir untuk melaksanakan latihan yang diberi.

Dalam aktiviti latihan interaktif, mereka telah dapat memperlihatkan sikap tolak ansur dan toleransi dalam kelas seperti yang saya inginkan. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan komunikasi antara murid sesama rakan mereka dan juga antara murid dengan saya selaku guru dan pembimbing mereka. Saya dapat melihat beberapa nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi. Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua murid menunjukkan sikap yang positif dan meluahkan perasaan gembira. Suasana pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.

Kelemahan

Sebagai manusia biasa, setiap guru juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan mempunyai kelemahan dalam sesi pengajaran yang dilakukannya. Begitu juga halnya apabila selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan saya dapati terdapat juga kelemahan yang berlaku dalam proses tersebut.

Kelemahan yang saya kenalpasti ialah ketika menjalankan aktiviti latihan interaktif. Saya telah mengambil masa yang agak lama berbanding masa yang saya tetapkan dalam perancangan. Walaupun aktiviti sememangnya amat digemari oleh murid, tetapi saya tidak sepatutnya membiarkan sesi ini berlanjutan agak panjang kerana ini akan mengganggu kelancaran aktiviti-aktiviti berikutnya. Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

Kelemahan seterusnya yang saya dapat kenalpasti ialah semasa langkah rekreasi matematik. Pelaksanaan aktiviti ini agak hambar. Keadaan ini mungkin disebabkan penyediaan set permainan yang amat ringkas dan penerangan peraturan yang mungkin kurang difahami oleh murid. Saya sepatutnya menyediakan set permainan yang lebih menarik kerana aktiviti belajar sambil bermain memang aktiviti yang amat digemari oleh murid.

Cadangan Penambahbaikan

Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan, saya perlu berusaha untuk memantapkan pengurusan masa saya agar setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Untuk itu saya akan memastikan aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Pemilihan media pengajaran dalam setiap langkah aktiviti juga haruslah afektif dan dapat menarik perhatian murid. Untuk sesi rekreasi matematik, saya saya akan cuba memperbaiki penghasilan set permainan yang lebih menarik dan afektif. Saya perlu mengambilkira aspek pemahaman murid di mana set permainan yang dihasilkan tidak terlalu sukar atau komleks untuk difahamkan atau dimainkan.

Berdasarkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan saya dapati murid-murid saya lebih berminat terhadap penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer berbanding pengajaran secara tradisioanl. Jadi, untuk sesi yang akan datang saya akan cuba menerapkan semaksima mungkin penggunaan bahan dan media pengajaran berbantukan komputer. Persembahan menggunakan Power Point merupakan sumber media yang mudah untuk diaplikasikan kepada murid-murid. Walaupun persembahan yang dibangunkan hanya merupakan persembahan yang mudah, tetapi garapan antara audio, visual dan animasi yang dibina akan mampu membantu murid untuk lebih mengukuhkan pemahaman mereka.

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Amali 6 yang telah diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini.

Tugasan amali ini merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Kaedah Khas Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (PKB3108). Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan Pn. Sharipah Rabeaah Bt. Syed Ali selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan amali ini.

Seperti tugasan amali sebelum ini, saya telah mendapatkan penerangan dan penjelasan daripada pensyarah bagi memastikan tugasan ini dijalankan dengan sempurna. Berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan sekuliah juga telah membantu saya dalam menyelesaikan tugasan amali ini.

Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa merancang sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik murid-murid berkeperluan khas. Sebagai seorang guru pendidikan khas, saya haruslah kreatif dalam menghasilkan bahan bantuan mengajar yang terkini dan afektif. Seharusnya janganlah terlalu bergantung pada bahan bantuan mengajar yang tersedia sahaja kerana adakalanya bahan bantu mengajar yang tersedia tersebut tidak menepati tahap kemampuan dan kebolehan murid-murid berkeperluan khas.

BBM yang sesuai perlu diaplikasikan dengan baik semasa sesi P&P dijalankan. Sekiranya guru mampu menggunakan BBM dengan baik dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran, sesi P&P akan lebih menarik dan berjaya. Sepanjang sesi rakaman pengajaran mikro ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi pengurusan masa. Beberapa langkah aktiviti telah dijalankan melebihi masa yang dirancang. Guru yang bijak akan sentiasa mengurs masa P&P dengan baik. Saya juga akan memastikan setiap P&P yang dijalankan akan menepati masa yang ditetapkan.

Semasa pengajaran mikro ini juga saya menghadapi masalah dalam proses rakaman sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam proses rakaman dan penghasilan video menyebabkan saya terpaksa melakukan rakaman beberapa kali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Di samping itu kelemahan kemahiran dalam proses menyunting video juga menyebabkan saya luntur semangat apabila sringkali gagal dalam menghasilkan video yang dikehendaki. Namun begitu, semua itu saya jadikan sebagai penyuntik semangat untuk saya terus berusaha hingga berjaya mencapai apa yang saya kehendaki. Pengalaman ini terlalu bermakna dan akan saya jadikan panduan di masa hadapan.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan ini Terima kasih kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakan sekuliah, rakan-rakan setugas dan juga anak-anak didik yang telah membantu saya secara tidak langsung ataupun tidak dalam saya menyiapkan tugasan amali ini.. Tanpa bantuan dan bimbingan dari semua, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Terima kasih sekalung budi kepada semua.

Disediakan oleh:

..(NOR SHAKIAH BT. HUSSAIN)PPG PJJ KOHORT 1 PENDIDIKAN KHAS