Tugasan Asas Kejuruteraan Sept 2013

download Tugasan Asas Kejuruteraan Sept 2013

of 14

description

Tugasan OUM

Transcript of Tugasan Asas Kejuruteraan Sept 2013

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2013

HBLS 3103

ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

NAMA PELAJAR:ALICIUS LUCASNO. MATRIKULASI : 780926125297001NO. KAD PENGENALAN: 780926125297NO. TELEFON: 019-8003700E-MEL: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM SANDAKAN

HBLS 3103

4

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka surat

1.0:Soalan 1 (Kerja Kayu)1.1: Lukisan ortografik meja kopi mini21.2: Senarai lengkap bahan dan peralatan membina meja kopi mini31.3:Langkah kerja membina meja kopi mini4

2.0:Soalan 2 (Perpaipan).72.1: Analisis perbezaan paip besi bergalvani, paip PVC dan paip PE72.2:Simbol piawai bahan pepesang dan lekapan.82.3:Lukisan skematik gabungan sistem belakan air terus dengantidak terus. 9

3.0:Soalan 3 (Enjin). 103.1: Pam api jenis mekanikal. 103.2: Kegagalan fungsi pam api jenis mekanikal. 103.3:Perbezaan sistem penyejukan udara dan sistem penyejukan air. 113.4:Dua jenis bahan tambahan yang digunakan bersama bahan penyejuk. 12

Rujukan 13

1.0: Soalan 1 (Kerja Kayu)1.1: Lukisan ortografik meja kopi mini

1.2: Senarai lengkap bahan dan peralatan membina meja kopi mini

Senarai bahan.BahagianNama BahagianPerincianSaiz / GredKuantiti

ATapak atasPapan lapis20mm X 350mm X 420mm1

BKaki mejaBeroti75mm X 100mm X 100mm4

CPenyambung kaki meja B-BKayu bulat55mm diameter X 200mm2

DPenyambung permukaan B-CKayu penetap5mm diameter X 50mm4

Paku kemasanSecukupnya

Glu resin urea formaldehidSecukupnya

Tepung penyumbatSecukupnya

Pewarna kayuSecukupnya

LakerSecukupnya

Kertas las/pasir14 keping

Senarai peralatan.1. Pita pengukur2. Sesiku L3. Pembaris keluli4. Apit G5. Tukul Warrington6. Gandin kayu7. Pembenam paku8. Tolok penanda9. Penyapu cat

Senarai mesin.1. Mesin gerudi meja (dengan mata gerudi 5mm diameter)

1.3:Langkah kerja membina meja kopi mini

(i). Mentafsir lukisan kerja Kenal pasti pelan projek meja kopi mini. Sediakan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membina projek ini.

(ii). Menyediakan kayu mengikut senarai yang diperlukan Ukur, tanda dan potong mengikut senarai yang ditentukan Uji keratan dan kepersegian kayu Ketam kayu jika perlu

(iii). Tanggam penetap (rajah 1)

BC

D

Rajah 1: Kedudukan kaki meja (B), penyambung kaki meja (C) dan tanggam penetap (D)

Tandakan pusat / tengah-tengah bagi bahagian B dan C Gerudi lebih kurang 35mm kedua-dua hujung bahagian C dengan menggunakan mata gerudi bersaiz 5mm. Gerudi lebih kurang 35mm pada salah satu permukaan bahagian B. Pasang kayu penetap dan gam/glu permukaan B-C yang akan bertemu sebelum menemukan permukaan tersebut (rujuk rajah 2). Pastikan tepi bagi bahagian B selari antara satu sama lain.

Rajah 2: Bahagian C yang telah dipasang dengan tanggam penetap

Ulang langkah di atas untuk pasangan kaki kedua (rajah 3).

Rajah 3: Bahagian B dan C yang telah dicantum menggunakan tanggam penetap Sediakan bahagian A (rajah 4)A

Rajah 4: Kedudukan bahagian A, B dan C sebelum dicantumkan.

Paku keempat-empat penjuru dengan menggunakan paku kemasan (rajah 5)

Rajah 5: Bahagian A, B dan C yang dicantumkan menggunakan paku kemasan.

Setelah semuanya selesai, sediakan meja kopi mini tersebut untuk kemasan. Gosok dengan kertas las/kertas pasir untuk menghaluskan permukaan meja sebelum disapu dengan syelek.

2.0:Soalan 2 (Perpaipan).2.1: Analisis perbezaan paip besi bergalvani, paip PVC dan paip PEJadual di bawah menunjukkan perbezaan antara paip besi bergalvani, paip PVC dan paip PEJenis PaipPaip besi bergalvaniPaip PVCPaip PE

Ciri-ciri Dihasilkan daripada bahan keluli lembut dengan lapisan yang disadur dengan lapisan zink. Diperbuat daripada plastik berwarna kelabu, ringan, mudah dikendalikan dan permukaannya licin. Diperbuat daripada plastik berwarna hitam, tahan karat, elastik, liat dan boleh lentur.

Saiz (mm)13, 20, 25, 32, 4013, 20, 25, 32, tidak mempunyai saiz 4020, 25, 32, 40, tidak mempunyai saiz 13

Kelas paipMempunyai 3 kelas, A, B, CMempunyai 3 kelas, E, 7, 6Kelas paip ditentukan berdasarkan PN (Pressure Nominal)

Tebal dinding (mm)Kelas A: 2.0 hingga 2.99Kelas B: 2.65 hingga 3.25Kelas C: 3.25 hingga 4.05Kelas E: 1.7 (min.) hingga 3.2 (mak.)Kelas 6: 2.8 (min.) hingga 4.3 (mak.)Kelas 7: 3.7 (min.) hingga 5.3 (mak.)PN6: 2.3PN8: 2.3, 2.4PN10: 2.3, 2.4, 3.0PN12.5: 2.3, 2.9, 3.7PN16: 2.3, 2.8, 3.6, 4.5

Kelebihan Mudah didapati. Mampu menampung tekanan yang kuat Mempunyai banyak pilihan saiz Ringan Mudah dikendalikan Permukaan licin Tidak berkarat Tahan karat Elastik Liat Boleh lentur

Kelemahan Mudah berkarat. Memerlukan kerja yang lebih seperti membenang. Harga agak mahal. Tidak sesuai digunakan untuk menyalurkan air panas dan paip agihan.

2.2:Simbol piawai bahan pepesang dan lekapan.Bahan pepasang / lekapanSimbol piawai

Point keluar (pili)

Injap (kunci paip)

Injap bebola

Pengurang

Saiz (diameter paip)

Meter paip

M

Besen cucian tangan

DW

Tandas duduk

Sinki

Paip air sejuk

2.3:Lukisan skematik gabungan sistem belakan air terus dengan tidak terus.

MSinki dapurTab mandiTandas airBesenTandas airTangki simpanan air sejuk

3.0:Soalan 3 (Enjin). 3.1: Pam api jenis mekanikal (Mechanical fuel pump).

Injap keluar

Injap masuk

Gegendang

Aci sesendol

Pegaspembalik

Lengan jumpelang

3.2: Kegagalan fungsi pam api jenis mekanikal.Dua contoh kegagalan yang sering berlaku pada pam api jenis mekanikal.(i).Getah gegendang (diaphragm) bocor/terkoyak. Gegendang ini bocor disebabkan oleh getahnya yang kehilangan kekenyalan/kelenturan. Gegendang ini juga boleh bocor atau terkoyak disebabkan oleh daya tolakan dari aci sesendol yang terlalu kuat. Apabila ini berlaku, pam akan kehilangan tekanan atau vakum menyebabkan kehilangan daya sedutan. Minyak akan gagal disedut masuk atau dipam keluar dari perumah (housing) pam minyak.(ii).Kegagalan mekanikal seperti pegas pembalik yang patah. Boleh berlaku disebabkan oleh kelesuan pegas. Pegas pembalik yang patah menyebabkan gegendang tidak dapat berfungsi mengepam minyak masuk dan keluar dari pam.

3.3:Perbezaan sistem penyejukan udara dan sistem penyejukan air.Perbezaan antara sistem penyejukan udara dan sistem penyejukan air adalah seperti berikut:Sistem penyejukan udaraSistem penyejukan air

Digunakan oleh enjin kecil (biasanya enjin motosikal dan mesin rumput)

Prinsip penyejukan yang mudah dan ringkas. Bergantung sepenuhnya kepada sirip penyejuk (biasanya diperbuat daripada aluminium atau besi tuang/cast iron) untuk menyejukkan blok enjin. Udara sejuk dari persekitaran masuk di celah-celah sirip penyejuk untuk menyejukkan enjin.

Kurang penyelenggaraan. Hanya perlu membersihkan habuk atau kotoran yang masuk di celah-celah sirip penyejuk.

Tidak memerlukan ruang yang besar untuk beroperasi.

Digunakan oleh enjin yang lebih besar (enjin kereta, jentera berat).

Prinsip penyejukan yang lebih rumit. Air sejuk dari radiator dipam masuk ke enjin untuk menyejukkan enjin. Air yang telah digunakan (air panas) dipam masuk semula ke radiator untuk disejukkan. Radiator disejukan dengan bantuan kipas.

Memerlukan penyelenggaraan yang berterusan. Air di dalam radiator perlu ditambah sekiranya kurang. Bahan penyejuk (coolant) perlu dicampur bersama air di dalam radiator untuk meningkatkan kecekapan penyejukan. Pam air dan kipas penyejuk juga perlu diselenggara.

Memerlukan ruang yang besar untuk beroperasi.

3.4:Dua jenis bahan tambahan yang digunakan bersama bahan penyejuk.Dua jenis bahan tambahan yang digunakan bersama-sama bahan penyejuk adalah seperti berikut:

(i) Ethylene glycol merupakan bahan tambahan yang digunakan bersama penyejuk di dalam radiator. Bahan ini dicampurkan bersama dengan air menigkut sukatan yang telah ditetapkan. Bahan penyejuk ini bukan saja dapat meningkatkan kecekapan sistem penyejukan enjin, malah dapat mengelakkan radiator daripada berkarat. Walau bagaimanapun, kandungan bahan kimia di dalamnya bertoksik dan merbahaya kepada persekitaran. Pengendalian dan pelupusan ethylene perlu dilakukan dengan berhati-hati.

(ii) Propylene glycol mempunyai kesemua kelebihan yang terdapat pada ethylene glycol. Walau bagaimanapun, propylene glycol mempunyai tahap ketoksikan yang sangat rendah berbanding ethylene. Kelebihan ini membolehkannya lebih selamat untuk digunakan pada persekitaran kanak-kanak dan alam sekitar. Propylene glycol juga lebih mudah dilupuskan berbanding ethylene yang lebih bertoksik.

Rujukan

Choosing The Right Coolant. Dicapai pada 1 November 2013 daripada http://www.popularmechanics.com/cars/how-to/products/1272436

Mechanical Fuel Pump Repair. Dicapai pada 1 November 2013 daripada http://www.allpar.com/fix/fuel/fuel-pumps.html

Mechanical Fuel Pump Failure. Dicapai pada 1 November 2013 daripada http://carterfuelsystems.com/fuelpumps/mp_failure_diag.php

Plumbing Symbol List. Dicapai pada 7 November 2013 daripada http://www.fm.csus.edu/Drafting/BUILDING%20RECORD%20DOCUMENTS/Student%20Housing/Plumbing/P-00-1.PDF

Radiator Fluid: What to Use & What to Avoid. Dicapai pada 1 November 2013 daripada http://www.carsdirect.com/car-repair/radiator-fluid-what-to-use--what-to-avoid

Radiator Coolant Types.Dicapai pada 3 November 2013 daripada http://www.ehow.com/list_7531430_radiator-coolant-types.html

Sistem Penyejukan Enjin. Dicapai pada 10 November 2013 daripada http://pendidikanteknikal.blogspot.com/2010/08/sistem-penyejukan-enjin-4-lejang.html