Tugasan EDU saya

download Tugasan EDU saya

of 53

description

esaimen

Transcript of Tugasan EDU saya

EDU 3073BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAKPENGENALANPendidikan adalah salah satu bidang yang memainkan peranan dalam usaha membentuk dan melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi aspek aspek keperluan negara yang sedang menuju ke arah negara maju selaras dengan Wawasan 2020. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencapai status sebuah negara maju, pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh semua pihak khususnya bidang pendidikan yang bertanggungjawab merealisasikan dalam melahirkan modal insan kerana pelbagai masalah sosial dialami oleh pelajar. Keratan akhbar tempatan seringkali memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah,pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Dalam menangani isu ini, khidmat Bimbingan dan Kaunseling amatlah diperlukan dalam membantu murid murid menangani cabaran yang bakal dihadapi dalam proses menjadi seorang modal insan.Bimbingan dan kaunseling merupakan bidang yang penting dalam memainkan peranan mengubah kehidupan harian seseorang yang bermasalah menjadi lebih baik. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien (pelajar) yang menghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi. Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan, pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi. Oleh itu, dalam tugasan ini saya akan menjelaskan tentang konsep kaunseling, teori-teori dalam kaunseling, objektif kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan juga merekayasa bimbingan dan kaunseling di sekolah dan berharap dapat membendung permasalahan isu isu disiplin di sekolah.KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELINGBimbinganMuhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan merupakan bantuan yang diberikan kepada individu yang bertujuan untuk mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di persekitarannya. Begitu juga antara terma kaunseling dan bimbingan juga sering digandingkan bersama apabila menyentuh isu-isu yang berkaitan seperti menurut Failor dalam Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan dan kaunseling itu merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri dan penerimaan dirinya, memahami dirinya dari segi ekonomi buat masa kini dan perencanaan masa depannya, serta menyesuaikan pula kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu mengikut kepuasan dan keberkesanan dirinya.Dalam konteks masyarakat, orang ramai mempunyai persepsi bahawa bimbingan dan kaunseling adalah berkaitan dengan penyelesaian masalah untuk orang yang bermasalah dan orang yang bertemu dengan kaunselor ialah orang yang mempunyai ada masalah, ataupun berpenyakit mental. Andaian seperti ini adalah salah kerana tidak semestinya dan bukan semua orang yang bertemu dengan seseorang kaunselor itu adalah bermasalah. Orang yang tidak mempunyai masalah juga boleh berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan penyelesaian dalam sesuatu perkara seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh, hubungan dalam keluarga atau sebagainya. Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan kemanusiaan yang sangat ramah, saling memahami dan akrab. Menurut Bordin (1968), menjelaskan bahawa kaunseling psikologikal ditawarkan kepada person who are at some critical point in their development. Beerti setiap manusia yang berada dalam proses pertumbuhan boleh menerima khidmat daripada kaunseling. Aspek perubahan dapat dilihat seperti perubahan kanak-kanak ke dewasa, perubahan usia tua dan kematian dan perubahan pergantungan ekonomi kepada kedudukan berdikari dan lain-lain.Manakala, Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses dimana klies diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan rentang dirinya serta pilihan-piliha yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.Boy dan Pine (1968) pula menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.Selain itu, tokoh Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenarnya dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.Akhir sekali, Cottle dan Downie (1970) telah menjelaskan dan mentakrifkan kaunseling sebagai proses dimana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.

KaunselingPepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan kehendaknya. Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling membawa maksud sebagai satu perhubungan interpersonal yang digunakan oleh kaunselor membantu individu secara keseluruhan untuk menyesuaikan diri dengan lebih berkesan terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap persekitarannya.Rickey & Therese (1995) menjelaskan definisi kaunseling sebagai a profesional relationship between a trained counselor and a client. This relationship is usually person-to-person, although it may sometimes involve more than two people. It is designed to help clients to understand and clarify their views of their lifespan, and to learn to reach their self-determined goals through meaningful, well-informed choices and through resolution of problems of an emotional or interpersonal natureShertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003) menegaskan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambilnya untuk masa depannya.

OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam jangka masa pendek.2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baharu yang mungkin dalam situasi-situasi lain dalam jangka panjang.3. Mempercepat perubahan tingkah laku kearah positif.4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu kebolehan untuk mengurus hidupnya sendiri.5. Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab munasabab keputusan itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang dibuatnya.6. Bertindak secara logik serta berkesan.7. Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang optimum.8. Membuat penyesuaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-kehendak sekolah dan masyarakat.9. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperi ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-guru.10. Membantu individiu yang berada dalam keadaan berisiko dan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.

MATLAMAT MATLAMAT KAUNSELING INDIVIDU

Peta Minda 1 : Matlamat Kaunseling IndividuKaunseling AkademikKaunseling akademik adalah untuk menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan serta pencapaian dan menyampaikan maklumat mengenai peluang peluang melanjutkan pelajaran ke institusi institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.

Kaunseling KerjayaKaunseling kerjaya pula adalah untuk membantu murid murid untuk mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan serta pencapaian akademik. Kaunseling kerjaya juga untuk menolong murid murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya.Selain itu, kaunseling kerjaya ini juga dapat mendedahkan murid murid kepada jenis jenis kerjaya di sektor awam dan swasta dengan mengadakan ceramah, pertunjukan video dan lawatan ke kilang kilang dan firma firma. Kaunseling kerjaya juga adalah untuk memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat sejak awal lagi.

Kaunseling PeribadiMatlamat kaunseling peribadi adalah untuk pertumbuhan kendir, iaitu membantu murid murid memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid murid secara individu untuk memperoleh makluma dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.Selain itu, kaunseling peribadi ini adalah untuk menolong murid murid berkomunikasi secara berkesan serta membina perhubungan yang baik dengan anggota masyarakat yang lain. Bukan itu sahaja tetapi adalah untuk menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana.

Kaunseling Penyalahgunaan DadahKaunseling penyalahgunaan dadah adalah bertujuan untuk mencegah murid murid daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kaunseling ini juga adalah untuk memberikan perkhidmatan sokongan dengan cara menaruh kepercayaan kepada murid murid bahawa mereka boleh memberhentikan amalan penyalahgunaan dadah seterusnya membantu murid murid mendapatkan kemudahan permulihan jika perlu.

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Peta Minda 2 : Keperluan Perkhidmatan Kaunseling

Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaanPerkhidmatan kaunseling dapat mengajar seseorang atau klien untuk menyesuaikan diri dengan apa apapun keadaan.Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain atau persekitaran tidak akan berubah. Oleh itu, kaunseling akan dapat memberikan perkhidmatan kepada klien di mana klien akan belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik. Memperbaiki imej diri yang negatif. Imej diri adalah sesuatu yang penting bagi seseorang kerana imej melambangkan peribadi dan personaliti seseorang. Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti.

Perkhidmatan kaunseling adalah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab ke atas dirinya. Selain daripada mengajar klien untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan memperbaiki imej diri yang negatif, melalui sesi kaunseling juga klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya tidak akan menyalahkan orang lain. Segala keputusan yang dibuat dalam hidup klien adalah tanggungjawab diri sendiri.Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan. Membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang sukar bagi semua manusia. Setiap orang khususnya klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara ang akan memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani, 1990). Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam persekitaran dalam membuat keputusan yang baik.

Membantu klien menjadi lebih produktif. Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan. Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan.

Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman. Ini menunjukkan bahawa tugas kaunselor adalah sebagai pemangkin kepada seseorang klien bagi mencari kekuatan dalaman mereka untuk mereka menghadapi masalah yang dihadapi secara professional serta waras. Secara tuntasnya, matlamat kaunseling adalah untuk membantu sedaya upaya yang boleh untuk memberi motivasi kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengurus diri sendiri dari segi mental, perasaan, kerohanian dan tingkahlakunya. Setiap masalah yang wujud dalam diri seseorang dapat dibantu sedikit sebanyak oleh pihak bimbingan dan kaunseling kerana selebihnya bergantung kepada diri sendiri untuk menyelesaikan masalah yang bergelut dalam diri sendiri. Oleh itu, kaunseling adalah lebih kepada mengajar seseorang mengenali diri sendiri daripada aspek kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELINGAntara kepentingan dalam perkhidmatan kaunseling ini ialah antaranya :-1. Menolong seseorang lebih memahami diri dan situasi.2. Menghindar pelajar dari terlibat dalam perbuatan salah laku.3. Melihat potensi sebenar dirinya.Masalah sosial mengenai pelajar pelajar seringkali terpapar dalam tajuk keratan keratan akhbar seperti vandalism, ponteng sekolah,pergaduhan,pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini.Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya.

Semua murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza adalah salah satu aspek pemikiran mereka berbeza antara satu sama lain dan ini akan lebih jelas semasa menghadapi masalah masalah yang timbul. Mereka mungkin hanya akan melihat dari satu sudut sahaja dan dengan adanya bantuan bimbingan dan kaunseling, ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah.

Menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku

Kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah dapat menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku. Sebagai contoh tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain.Tujuan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada merekasupaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

Melihat potensi sebenar dirinyaKebanyakan murid kurang mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam diri mereka dan kekurangan pengetahuan tentang hal ini sedikit sebanyak menyebabkan mereka terlepas sesuatu perkara yang sesuai dengan potensi sebenar mereka. Kepentingan perkhidmatan bimbingan kaunseling ini juga adalah untuk menyedarkan apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.

KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tingkah Laku Memberi Perhatian1. Kedudukan tubuh badan kaunselorKedudukan kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan seperi ini penting menunjukkan kepada klien yang kaunselor berminat untuk mendengar apa jua yang dikatakan oleh klien2. Ekspresi mukaEkspresi muka kaunselor hendaklah berseri, menunjukkan pembimbing itu sedia menerima klien.3. Tentangan mataKaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Keadaan ini menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh klien dan bersama klien secara fizikal dan mental. Walaubagaimanapun, kaunselor hendaklah melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. Kaunselor hendaklah mengalihkan pandangan matanya jika didapati klien berasa malu.4. Soalan terbukaSatu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah dengan mengunakan soalan terbuka. Cara ini memberikan peluang kepada klien untuk bercakap lebih lagi.5. Dorongan minimun untuk bercakapDorongan minimum termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, anggukan kepala, perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien.

Kemahiran MendengarSemua orang pernah mengalami perasaan sedih, tertekan atau gelisah dalam hidup mereka. Segala luahan perasaan yang dialami oleh mereka apabila didengari dan dirahsiakan oleh pendengar adalah salah satu perkara yang mampu melegakan mereka yang merasa tertekan, sedih atau gelisah. Perkara ini juga sama dirasai oleh murid murid namun mereka akan rasa tertekan untuk berjumpa dengan kaunselor untuk bercerita tentang masalah kerana banyak faktor. Oleh itu, sebagai seorang kaunselor, kemahiran mendengar dengan berkesan sebelum bertindak haruslah dipelajari dan dikuasai untuk membantu murid menyelesaikan masalahnya.Dalam kaunseling, aktiviti ini bukan merupakan amalan yang pasif. Menurut Carl Rogers, seseorang kaunselor hendaklah mendengar secara aktif. Hal ini bermakna, kaunselor perlu melakukan sesuatu yang positif agar masalah seseorang murid dapat difahami dengan baik. Kaunselor tidak seharusnya membenarkan sebarang gangguan sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian sepenuhnya dan menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bukan sahaja mendengar tetapi memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa apa yang diceritakan dengan hanya berkata Saya faham akan perasaan anda. Dalam erti kata lain, kaunselor hendaklah merasa apa yang dirasakan oleh klien. Hal ini bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakandiri untuk mendengar. Panduan dalam meningkatkan kemahiran mendengar ialah Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.

KEMAHIRAN MENYOALSetiap kaunselor perlulah memiliki kemahiran menyoal. Kemahiran ini diperlukan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu masalah klien. Soalan yang boleh dikemukakan terdiri daripada dua jenis, iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup lazimnya memerlukan jawapan ya atau tidak, manakala soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh sebab itu, soalan tetutup tidak mengalakkan klien menghuraikan tenatng sesuatu, maka maklumat yang diperolehi adalah terhad. Manakala soalan terbuka adalah untuk membolehkan kaunselor memperolehi banyak maklumat.

Soalan tertutup (contoh)1. Kaunselor: kamu suka datang ke sekolah?Klien: Ya2. Kaunselor: Sudahkah kamu bersarapan?Klien: Belum.3. Kaunselor: Adakah kamu terlibat dalam pergaduhan itu?Klien: Tidak4. Kaunselor: Inginkan kamu menyertai rombongan itu?Klien: Ya.

Soalan terbuka (contoh)1. Apakah yang menyebabkan kamu tidak berminat dalam pelajaran?2. Ceritakan perasaan kamu setelah diberitahu yang kamu mendapat tempat pertama dalam kelas?3. Sesetengah murid suka ke sekolah, ada juga yang tidak gemar. Bagaimana pula dengan diri kamu?4. Apakah sifat ibu yang mengecewakan kamu?KEMAHIRAN MEMAHAMISeseorang kaunselor hendaklah selalu untuk berusaha memahami masalah murid sebelum cuba menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap kurang sabar. Sebaik sahaja mendengar sesuatu masalah, kita terdorong menyelesaikannya dengan segera. Hal ini bukanlah cara yang berkesan dalam usaha membantu murid.Setelah berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan mendapat gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi oleh murid. Dalam keadaan seperti ini, barulah kaunselor berupaya menolong murid menyelesaikan masalahnya.Kemahiran untuk memahami masalah klien hendaklah diperkukuh agar kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh serta latar belakang sesuatu masalah. Dalam konteks ini, kaunselor hendaklah berupaya mengemukakan soalan secara beransur-ansur agar sesuatu senario masalah murid dapat diperkembangkan.Kaunselor: Kamu menyatakan guru memalukan kamu di hadapan para murid lain?Murid: YaKaunselor: Adakah kamu rasa terhina?Murid: Memang.Kaunselor: Hal ini menyebabkan kamu berasa rasa rendah diri?Murid: Tentulah cikgu.Kaunselor: Cuba kamu ceritakan apa yang memalukan itu?Murid: Guru itu menengking saya di hadapan kelas. Bukan saya saja yang tidak menyiapkan kerja rumah. Ada tiga orang lain juga. Mengapakah mereka tidak dimarahi? Seolah olah saya yang paling malas dan tidak bertanggungjawabKaunselor: Jadi, kamu berasa kecewa kerana guru bersikap memilih kasih?Murid: Ya. Memang cikgu bersikap memilih kasih.

KEMAHIRAN BEREMPATIKemahiran berempati merupakan satu kemahiran, iaitu kaunselor cuba memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien atau muridnya. Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi dia jua merasai perasaan yang dialaminya.Repons dan kenyataan kaunselor selalunya mengandungi 2 aspek. Pertama sekali aspek kognitif dan aspek afektif. Kemahiran berempati kaunselor mengandungi dua komponen kenyataan klien, iaitu idea klien (kognitif) dan perasaan klien (afektif)Kedua komponen kenyataan kaunselor iaitu komponen idea dan komponen afektif. Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien yang kaunselor telah memahami idea dan perasaanya, dia terdorong untuk menceritakan masalahnya dengan lebih lanjut.Kepentingan Empati1. Membina hubungan dengan klienApabila murid atau klien mendapati yang kaunselor boleh memahaminya , dia akan meluahkan masalahnya dengan mudah2. Merangsang penerokaan diriMurid akan mula meneroka situasi yang dihadapinya dengan lebih mendalam selepas kaunselor memberikan respons empati.3. Menyemak pemahaman dengan klienMurid atau klien boleh membetulkan respons empati kaunselor yang kurang tepat4. Memberikan sokonganEmpati merupakan cara menyelami jiwa klien daripada aspek pengalaman, tingkah laku dan perasaan5. Melicinkan komunikasiEmpati biasanya menggalakkan klien bercakap dengan lebih lanjut kerana dia berasa kaunselor telah memahaminya.6. Meningkatkan tumpuanEmpati memberikan tumpuan kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien. Empati membantu klien dan pembimbing memahami pengalaman, tingkahlaku dan emosi klien.7. Menyekat kaunselorEmpati melambatkan kaunselor untuk memberikan nasihat terlalu awal. Empati menggalakkan klien memikirkan strategi yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalahnya.8. Menggalakkan tindakan klienEmpati mendorong klien untuk mengakui masalahnya serta memahami masalahnya dengan mendalam, menyusun strategi dan bertindak dengan tegas.

REFLEKSI IDEAKemahiran refleksi dalam kaunseling merupakan satu kemahiran, iaitu kunselor itu membalikkan kata-kata klien. Apabila situasi ini berlaku, kaunselor dikatakan menjalankan refleksi idea. Dibawah merupakan satu contoh:ContohKlien :Saya tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, saya berbual-bual sahaja didalam kelas

Kaunselor :Kamu berbual-bual sahaja disebabkan kamu tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru

Refleksi idea membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia telah memahami apa jua yang disampaikan oleh klien. Selain itu, refleksi idea membantu klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri. Setelah memahami masalah klien, kaunselor dapatlah bertindak menyusun strategi penyelesaian masalah dengan lebih efektif lagi.

REFLEKSI PERASAANSatu lagi jenis refleksi iaitu refleksi perasaan. Dalam keadaan ini, kaunselor akan membalikkan aspek emosi klien. Hal ini dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.Berikut ialah beberapa contoh releksi perasaan:ContohKlien :Saya bimbang saya tidak akan cemerlang dalam UPSR

Kaunselor :Kamu bimbing tidak akan cemerlang dalam UPSR

Satu cara mengukur refleksi perasaan adalah dengan mengunakan jadual dibawah berikut. Ruangan satu adalah untuk lima minit pertama, ruangan kedua untuk lima minit kedua dan seterusnya. Pengukuran Tindak Balas yang Tepat kepada Perasaan (Cheryl J. Normington).12345

Tindak balas tidak menepati isi

Jarang menepati isi

Kadangkala menepati isi

Tidak menghirauan perasaan nyata

Tindak balas tidak menepati perasaan

Kadangkala menepati perasaan

Sentiasa menepati perasaan

Tidak dapat menyentuh perasaan dalaman

Kadangkala menyentuh perasaan

Sentiasa menepati perasaan

Arahan: Tandakan (/) dalam ruangan berkenaanINTERPRETASIKaunselor membuat interpretasi kerana hendak menyemak pemahaman masalah yang dikemukan klien. Dia akan mementingkan aspek intelek kata-kata klien. Interpretasi membolehkan kaunselor memperoleh satu gambaran yang lebih jelas mengenai maslah yang dihadapi klien.Antara perkara-perkara yang diberi perhatian semasa kaunselor membuat interpretasi adalah gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami oleh klien, jangan berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi dan toleransi dan penghormatan klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.ContohKlien :Saya tidak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti permainan saya. Kerja rumah yang diberi oleh guru terlalu banyak

Kaunselor :Anda cuba menyatakan guru bersalah kerana memberikan terlalu banyak kerja rumah dan situasi ini mengganggu aktiviti-aktiviti permainan kamu.

PENDEDAHAN KENDIRIPendeahan kendiri merupakan satu kemahiran yakni kaunselor berkongsi maklumat atau pengalaman diri sendiri dengan klien. Hal ini boleh dilakukan sekiranya maklumat itu adalah releven serta boleh mendatangkan kelegaan pada klien. Disini klien dapat merasakan bahawa bukan dia seorang sahaja dalam keadaan tersebut.ContohKlien :Ini kali kedua saya gagal dalam ujian Matematik. Bodohlah saya ni.

Kaunselor :Itu bukan perkara luar biasa. Saya pun pernah gagal dalam ujian Matematik

PEMPARAFRASAANKemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya.Parafrasaialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Kaunselor bertanggungjawab untuk meringkaskan kenyataan klien dari masa ke semasa. Tujuannya adalah untuk membolehkan kaunselor menyemak pemahamannya tentang masalah yang disampaikan. Selain itu, parafrasa juga meningkatkan ingatan guru terhadap isi-isi penting yang telah dinyatakan oleh murid.Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi. Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran prafrasa adalah seperti berikut : Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan. Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan. Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan. Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi,orang, objek atau ideadengan lebih jelas.

Contoh Klien :Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan saya terus dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci akan tindakan cikgu itu. Lagipun saya tidak sengaja. Saya terpaksa menolong mak mencuci pakaian dan seterusnya menyediakan makanan untuk adik kecil saya.

Kaunselor :Nampaknya anda marah kerana selalu dihalau keluar kelas walaupun anda ada sebab-sebab yang munasabah.

KONFRONTASIKemahiran konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa yang dinyatakan oleh murid adalah berlainan daripada tindakannya. Contohnya, seorang murid telah berjanji untuk datang tepat kesekolah namun pada minggu berikutnya pengawas mencatatkan bahawa murid tersebut lambat datang ke sekolah. Keadaan seperti ini menunjukkan bahawa konfrontasi boleh digunakan untuk menyedarkan bahawa kata-katanya berbeza daripada tindakannya.Konfrontasi juga digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu atau tidak ingin melihat sesuatu perkara atau masalah dari sudut yang berlainan. Berikut adalah contoh konfrontasi yang dilakukan oleh kaunselor.ContohKlien :Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor :Kamu telah menyatakan beberapa kali kamu tidak meminati rombongan tersebut, tetapi kamu tetap bertanya tentangnya.

PEMBERIAN NASIHATRamai murid pada peringkat persekolahan cenderung untuk menjalankan aktiviti mengikut pandangan mereka sendiri. Oleh itu, jika kaunselor hanya memberikan nasihat, ada kemungkinan nasihat tersebut tidak diterima dengan mudah oleh murid.Menurut Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan pujukan. Hal ini bermakna, kedua-duanya perlu digunakan dengan berwaspada. Dalam sesi kaunseling, sebaik-baiknya kaunselor menerokai strategi penyelesaian masalah satu per satu dengan murid berkenaan. Contohnya, kalau dia lemah dalam Matematik, jangan terlalu cepat mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Cadangan seperti ini tidak memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling. Sesiapa sahaja boleh memberikan nasihat seperti itu.Kaunselor hendaklah menerokai masalah murid dengan bertanyakan apa-apa yang dia boleh buat untuk memperbaiki pencapaiannya dalam Matematik. Kemungkinan dia akan memberitahu bahawa dia akan meminta bantuan daripada jiran, kakak atau abangnya. Selain itu, dia mungkin akan menambahkan lagi latihan dalam matematik. Kesemua langkah tersebut adalah sesuai dan hendaklah diberi peneguhan oleh kaunselor. Dia hendaklah memuji murid itu jika dia mengambil langkah langkah positif untuk meningkatkan prestasi dalam Matematik, sebagai contoh.

KESENYAPANDalam sesi kaunseling, biasanya terdapat waktu dimana berlaku kensenyapan. Kesenyapan ini memberikan pelbagai erti. Klien mungkin berhenti bercakap kerana tidak selesa untuk memberikan makluma dengan lebih lanjut. Mungkin juga klien mencari idea atau perasaan untuk disampaikan. Berikan masa kepada klien dan tunggu sehingga klien mula bercakap selepas kesenyapan itu. Disini kaunselor boleh mengunakan tindak balas untuk mengakhiri kesenyapan tersebut. Antara tindak balas yang boleh digunakan adalah1. Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh berkongsi dengan saya?2. Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang difikirkan tadi?3. Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Sila ceritakan.KEMAHIRAN KETIKA INI (IMMEDIACY)Kaunselor mungkin dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa. Contohnya apabila murid melihat jam tangan beberapa kali, berkemungkinan dia sudah bosan dengan sesi kaunseling yang panjang itu. Berkemungkinan juga dia ada temu janji yang lain. Pada masa itu, kaunselor boleh bertutur dalam suasana di sini dan ketika ini (here and now). Contohnya, kaunselor boleh menyatakan kepada murid bahawa dia kelihatan sudah bosan dengan sesi itu dan adalah baik jika sesi itu ditangguhkan. Sebenarnya, kemahiran ketika ini merupakan satu pengakuan tentang apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Berikut ditunjukkan bagaimana contoh-contoh kemahiran ini digunakan.ContohKaunselor :Saya berasa kamu kurang puas hati dengan saya sekarang.

Kaunselor :Nampaknya kamu tidak gemar akan tempat ini.

MEMBUAT RUMUSANIshamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah: Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul berhubung kait dengan mesej tersebut. Supaya klien mendengar semula kata-katanya. Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion) Sesuaidigunakan apabila sesi terhenti atau terbantut Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling. Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses mengulung segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Rumusan akan mengutamakan perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama-sama klien. Membuat rumusan merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Hal ini membolehkan kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang seorang klien serta membantunya meninjau kemajuan yang telah dicapai. Bahasa yang digunakan oleh kaunselor hendaklah mudah serta jelas.ContohMari kita cuba rumuskan apa yang telah dibincangkan. Kamu berasa sunyi dan terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang. Sebaliknya, kamu mengatakan adalah sukar bagi kamu bergaul dengan orang lain. Jadi, walaupun kamu ingin bergaul, itu menjadi satu perkara yang sukar bagi kamu.

PERANAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING DAN GURU BIASA DALAM BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH(usaha untuk membangunkan sahsiah dan membendung masalah disiplin murid)

Peranan Guru BimbinganPeranan guru bimbingan dan kaunseling ialah membantu murid-murid membuat penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah, peraturan-peraturan dan tatatertib. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan dalam mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya. Sehubungan itu, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk mengenal pasti kesulitan-kesulitan yang menganggu pencapaian akademik murid-murid dan mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujukkan kepada guru-guru berkenaan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk membantu murid-murid yang kurang bernasib baik untuk mengembangkan kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperolehi pencapaian yang lebih baik.Guru bimbingan dan kaunseling berperanan dalam membentuk sifat-sifat sosial yang psoitif seperti bertanggungjawab,bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan kepimpinan. Guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk membantu murid-murid memahami kebolehan, bakat, minat serta kelemahan-kelemahan diri. Pemahaman ini penting untuk memilih matapelajaran dan jurusan serta perancangan kerjaya.Peranan guru bimbingan dan kaunseling juga seharusnya menolong murid-murid membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja sekolah dengan teratur serta menepati masa. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling berperanan seharusnya menolong murid-murid mengembangkan secara seimbang iaitu jasmani,emosi, rohani dan intelek. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku. Membentuk murid-murtid yang stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.Peranan seterusnya ialah menolong murid-murid memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalahnya seterusnya membantu murid-murid untuk membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya. Guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk menolong murid-murid memperolehi kemahiran berkomunikasi supaya perkembangan aspek sosioekonomi dapat ditingkatkan lagi.Seterusnya, Guru bimbingan dan kaunseling berperanan dalam menolong murid-murid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Program tersebut dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan situasi yang baru bagi murid berkenaan. Antara peranan penting Guru bimbingan dan kaunseling ialah menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian yang berkenaan.Akhir sekali, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk mengadakan kem motivasi dari semasa ke semasa bagi murid-murid dengan tujuan meningkatkan aras motivasi terhadap kerja serta mempunyai bekerjasama yang baik dengan ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Peranan Guru Biasa

Kerjaya guru pada masa kini bukanlah hanya sebagai seorang guru yang akan mendidik anak-anak dengan ilmu tetapi juga bertindak sebagai guru pembimbing kepada murid-murid. Seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Ia membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana dia mempunyai hubungan yang rapat dengan murid-muridnya.STRATEGI KAUNSELING BERDASARKAN TEORI TEORI KAUNSELINGTeori Analisis Transaksional

TEORI PSIKOANALISISTeori Psikoanalisis telah diperkenalkan oleh seorang pakar saraf dan jiwa berbangsa Austria di Vienna iaitu Sigmund Freud (1856-1939). Beliau mengemukan teori ini hasil daripada pengalaman bekerja dengan pesakit-pesakit jiwa di kliniknya. Corey (1977), berpendapat psikoanalisis adalah teori pertama muncul dalam tiga mazhab psikologi yang utama.Terdapat beberapa matlamat Teori Psikoanalisis dalam kaunseling. Pertama, Teori Psikoanalisis dibentuk untuk menolong orang yang menghadapi masalah kecelaruan emosi iaitu neurosis. Kedua, Teori Psikoanalisis adalah untuk membawa motif bawah sedar supaya menjadi motif sedar. Ini akan membolehkan individi menyatakan pemikirannya secara realiti supaya dapat membuat plihan yang realistik. Ketiga, Teori Psikoanalisis menstruktur kembali personaliti yang mempengaruhi keseluruhan hidup klien, cara dia melihat dirinya dan hubungannya dengan orang lain. Keadaan ini memerlukan proses yang agak panjang kerana sesi mungkin diadakan beberapa kali dalam seminggu dan tempohnya kurang daripada setahun. (Suradi,1996:329).Beberapa bentuk terapi telah diperkenalkan bagi membawa simptom bawah sedar ke tahap sedar untuk membantu klien menghadapi realiti dan membuat pemilihan yang realistik. Antara bentuk terapi yang digunakan adalah analisis mimpi, perkaitan bebas, pukau, analisis rintangan dan ingat kembali.Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisis Freud yang menekankan unsur-unsur dalaman manusia mendapat kritikan kerana beliau begitu taksub menjadikan seks (dorongan libido) sebagai bahan untuk menerangkan tingkah laku manusia. Andaian beliau yang mengatakan manusia dilahirkan hanya semata-mata untuk memenuhi desakan seksual dan rangsangan juga tidak tepat apatah lagi jika dibandingkan dengan pandangan-pandangan dari sudut Islam yang lebih jauh meneroka tentang kejadian manusia. Ini kerana ajaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang menjadi segala sandaran hukumannya.

Teori Berpusatkan KlienTeori berpusatkan klien ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Teori ini berpandangan manusia pada asasnya ialah unik, baik, positif dan boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, sikap manusia boleh berubah disebabkan oleh pengaruh persekitaran. Persekitaranlah yang mempengaruhi perlakuan negative manusia. Teori ini memberi fokos kepada kendiri di mana manusia bergerak menuju penyempurnaan kendiri.Dalam teori ini, kaunselor berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator). Kaunselor perlu memberi fokus kepada keunikan klien. Kaunselor juga berperanan untuk merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien. Hal ini boleh dilaksanakan dengan kaunselor menunjukkan ciri mesra, empati, menerima, jujur dan konkrit. Terapi bagi teori ini bergantung kepada kualiti perhubungan antara kaunselor dan klien.Antara terapi dalam teori ini ialah: Refleksi perasaan Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan simpati Menggalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien diterima dan dijelaskan. Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan. Kaunselor meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk tindakan, pemikiran dan keputusan. Bertoleransi dengan klien dimana klien diberikan kebebasan untuk bertindak dan menjelajah perasaannya secara mendalam.

Teori Tingkah Laku dan Pembelajaran Sosial.Ramai tokoh tokoh dikaitkan dalam teori ini. Antaranya ialah Albert Bandura, J. B. Watson, B. F. Skinner, dan Aaron Beck. Hal ini kerana teori ini juga dikatakan teori behaviorisme iaitu kajian tentang tingkah laku. Beberapa pandangan tentang manusia dalam teori ini. Antaranya ialah semua perlakuan sama ada baik atau buruk adalah dipelajari atau ditiru. Andaian ini dikeluarkan oleh Albert Bandura yang mengatakan manusia belajar melalui peniruan.Selain itu, teori ini juga mengandaikan tingkah laku manusia boleh digalak atau dihalang daripada berulang (prinsip pelaziman operan) yang dikaji oleh J.B Watson. Manusia bermasalah kerana mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sesuatu perasaan (prinsip pelaziman klasik) seperti yang dikaji oleh B.F. Skinner. Manakala menurut Aaron Beck pula, jika kepercayaan tidak berubah, tidak ada kemajuan. Jika kepercayaan berubah, symptom atau tanda tanda akan berubah. Kepercayaan berfungsi sebagai unit operasi yang kecil kecil.Antara pendekatan yang utama dalam teori ini ialah : Pembelajaran tiruan (Modeling) yang mengajar tingkah laku baharu dengan menggunakan model. Pembelajaran kognitif yang mengajar tingkah laku baharu dengan main peranan atau kontrak antara kaunselor dengan klien yang memberitahu jenis ganjaran yang boleh diterima hasil daripada tingkah laku baharu itu. Desensitisasi yang sistematik, iaitu cara mengaitkan situasi yang tegang dengan situasi yang relaks. Pelaziman operan, iaitu tingkah laku yang diingini diberi peneguhan secara serta-merta.

TEORI RASIONAL EMOTIF (RET)Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai Rational-Emotive Theraphy atau RET. Teori ini diasaskan oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukan melalui bukunya Reason dan Emotion in Psychotherapy. Menurut Ellis RET merupakan satu teori personaliti, satu sistem falsafah dan satu teknik rawatan psikologi. Teori yang bersifat pendidikan ini lebih menekankan peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai punca-punca masalah.Antara beberapa matlamat Teori Rasional-Emotif mengikut pandangan Ellis adalah pertama, untuk membina minat kendiri (self-interest) apabila mempunyai pemikiran yang sihat. Kedua, untuk menanamkan minat sosial (sosial-interest) secara berkesan dalam kehidupan masyarakat. Ketiga, untuk membina arahan kendiri (self-direction) dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain. Keempat, untuk membina sikap toleransi hasil daripada pemikiran yang sihat dan matang serta tidak mengamalkan sikap menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya. Dan yang kelima, untuk membina sikap fleksibiliti dan mudah menerima perubahan hasil daripada pemikiran yang sihat.Bentuk Terapi Rasional-Emotif (RET) tidak menekankan kepentingan perhubungan antara kaunselor dan klien. Ini tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan 5dalam proses kaunseling. Bagi menjayakan terapi ini, individu mesti berusaha membebaskan dirinya daripada pemikiran yang rasional kepada sistem kepercayaan yang baru iaitu pemikiran rasional.Kesimpulannya, Terapi Rasional-Emotif menekankan pendekatan kognitif dam kepercayaan bahawa masalah yang dihadapi berpunca daripada pemikiran yang yang tidak rasional yang menjadikan sistem kepercayaan individu tersebut. Bagi menjadikan seseorang individu itu berfungsi dengan lebih berkesan dan sempurna, dia mestilah membebaskannya daripada pemikiran satau idea yang tidak rasional kepada bentuk yang rasional.

TEORI ANALISIS TRANSAKSIONALTeori Analisis Transaksional juga dikenali sebagai teori Analisis Saling Hubung. Teori ini dipelopori oleh seorang ahli pakar jiwa iaitu Dr. Eric Lennard Berne (1910-1970) pada awal 1950 an. Teori ini terhasil daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap kliennya dalam sesi kelompok dari aspek tingkah laku dan cara proses terapi berjalan (Zuraidah, 1991:1).Antara beberapa matlamat Teori Analisis Transaksional dalam kaunseling adalah pertama, klien dapat menikmati keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain lebih sempurna. Kedua, klien memperoleh perubahan serta pembaharuan pendirian ego dalam kendiri agar dapat menjurus perubahan perlakuannya. Ketiga, klien boleh untuk mengubah kehidupan antara dirinya dengan orang lain dalam kehidupan yang sebenar. Keempat, klien berkeupayaan untuk menjalinkan pendirian ego yang sealiran iaitu selari dan sesuai dengan apa yang diidamkan sama ada bagi dirinya atau orang lain. Dan kelima, dapatlah dirumuskan bahawa terapi ini bermatlamat ke arah menolong manusia atau individu untuk menilai penentuan-penentuan yang telah mereka rencanakan atau laksanakan mengikut kesesuaian semasa.Dalam menjalankan proses kaunseling, Analisis Transaksional banyak menggunakan teknik yang pinjam daripada terapi Getalt, Psikodrama dan Modifikasi Tingkah Laku Kognitif.Kesimpulannya, Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti atau komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan rasional dalam memahami tingkah laku manusia. Di samping itu, ia juga mnggunakan istilah khas dan bicara yang mudah difahami selepas diterangkan dan digunakan iaitu ibu bapa , dewasa , kanak-kanak dan sebagainya.

Teori RealitiTeori realiti ini dipelopori oleh Dr. William Glasser. Dalam teori ini, ia menganggap manusia perlu untuk menyayangi dan disayangi. Oleh itu, teori ini menitikberatkan kasih sayang. Pendidikan juga dianggap sebagai proses sepanjang hayat. Menurut Glasser, punca masalah timbul adalah kerana sikap manusia itu yang tidak bertanggungjawab.Realiti yang dimaksudkan di sini ialah realiti praktik dan realiti moral. Menurut Glasser, apabila manusia bertindak dengan cara di mana dia memberikan kasih sayang dan berasa dirinya adalah penting baginya dan orang lain, tingkah laku itu adalah betul dan bermoral.Peranan kaunselor dalam teori ini ialah mengadakan pengilbatan mendalam dengan klien. Kaunselor juga perlu memastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibat daripada pilihan itu. Seseorang kaunselor perlu memerhatikan tingkah laku klien yang sekarang. Jika klien bertingkah laku berbeza daripada percakapannya, konfrontasi perlu dilakukan. Jika klien bertingkah laku baik, berikan galakan dan pujian kepada klien.Teknik utama dalam teori realiti ialah, kaunselor melibatkan diri dengan menggunakan kata kata seperti saya mementingkan anda. Tingkah laku kaunselor hendaklah sejajar dengan kata kata tersebut. Teknik lain ialah menilai tingkah laku. Kaunselor bertanya kepada klien tentang tingkah lakunya sesuai ataupun tidak dengan keadaan. Jika tidak sesuai, rancang untuk mengubah tingkah lakunya. Rancangan itu hendaklah berbentuk spesifik. Kaunselor juga boleh mengadakan kontrak dengan klien. Jika perlu, perjanjian tersebut hendaklah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh klien. Klien juga tidak dibenarkan memberi alasan jika gagal memenuhi syarat syarat perjanjian. Namun klien tidak perlu didenda atau dihukum. Jika rancangan tersebut sukar, rancang satu rancangan baharu. Oleh itu, klien perlu dilibatkan dalam membuat peraturan peraturan.

STRATEGI KAUNSELING YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI KES DISIPLIN MURID

Strategi Role PlayRole Play adalah satu lakonan dan latihan yang boleh dilakukan oleh kaunselor dengan mempunyai tujuan yang khusus. Role play merupakan teknik terbaik untuk meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai alternative untuk melakukan tingkah laku lain. Kaedah ini sesuai bagi menyelesaikan masalah klien yang sukar untuk meluahkkan perasaan atau klien yang pemalu. Kaunselor boleh memainkan peranan bagi orang lain manakala klien akan meluahkan perasaan atau menyatakan sesuatu. Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolah-olah berada di keadaan atau di situasi yang sebenar. Bagi menjayakan kaedah main peranan ini, ia amat bergantung kepada kesungguhan kaunselor dan juga kesediaan klien itu sendiri. Kerjasama kaunselor dengan klien adalah sangat diperlukan dalam menjayakan strategi ini. Sebagai contoh, bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan boleh diajar dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat kepada kaunselornya. Kaunselor membimbing murid tersebut agar dapat berkomunikasi dengan baik. Setelah kaunselor merasakan bahawa klien dapat membuka ruang pada dirinya untuk berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keyakinan diri untuk bercakap di hadapan kumpulannya barulah klien diminta untuk bercakap di hadapan kumpulan tersebut. Dengan cara ini klien dapat merasakan dirinya selamat dan sekali gus dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Strategi Latihan AsertifStrategi latihan asertif juga boleh digunakan untuk membantu klien yang menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga dapat mengajar klien yang lemah serta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak dengan lebih produktif. Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai ancaman pada dirinya. Matlamat asas bagi latihan asertif ialah untuk memberi kekuatan secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain dan bagi mengajar klien yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam kaedah asertif ini iaitu melalui penerokaan masalah, menaarif masalah, melakonkan situasi-situasi pasif, agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien. Bagi menjalankan latihan role-revesal iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah ada keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini, baarulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaan sebenar atau di alam dan bukan sekadar lakonan. Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah murid yang gugup dan gementar apabila bercakap dikhalayak ramai dan perlu menghadiri sesi ujian lisan secara berkumpulan. Kaunselor boleh membimbing murid tersebut dengan melatih klien bercakap dengan memberikan topik yang dipilih di dalam bilik kaunseling secara individu. Ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga perlu memberikan nasihat dan tips-tips bagi mengatasi masalah tersebut. Dengan cara ini klien akan merasa selamat dan lebih bersedia untuk mengatasi masalah gugup bagi menduduki ujian lisan tersebut.

Strategi Token Ekonomi (Hadiah)Token Ekonomi (Hadiah) bermaksud satu prosedur yang teratur di mana token atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan bersesuaian. Token yang diberi adalah dalam bentuk benda seperti bintang, gelang, kad, duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau ditebus dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu. Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu klien yang menghadapi masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan juga sesuai untuk menghapuskan tingkah laku maladatif dan menukarkannya kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan masyarakat. Walaupun terdapat sedikit masalah turutamanya untuk memastikan perlakuan positif ini berterusan dan berkekalan, ia masih boleh diteruskan dengan cara kaunselor membuat perancangan rapi dan meminta bantuan dari orang sekeliling klien untuk membuat pemerhatian seperti ibu bapa, guru, keluarga atau jiran klien.Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis hukuman sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal menjalani sesuatu tanggungjawab. Misalnya, bagi mengatasi gejala ponteng sekolah, kaunselor boleh mengaplikasikan sistem ini dengan memberi ganjaran token kepada murid yang hadir sepanjang minggu. Token tersebut boleh ditukar dengan kemudahan seperti dapat mengunakan perkhidmatan internet di sekolah bagi tempoh masa tertentu berdasarkan kutipan token tersebut.MEREKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELINGFokus Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri MuridPembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid adalah salah satu fokus yang perlu diutamakan dan difokuskan dalam memupuk pengembangan personaliti kendiri (charactor) murid. Antara aspek yang dipupuk dalam diri murid ialah sikap penyayang, budi bahasa, konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi diri dan ketepatan masa dalam segala hal.

Peningkatan Disiplin Diri MuridBagi fokus ini pula, disiplin merupakan aspek penting yang perlu dilatih dalam diri murid. Intervensi perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.

Pendidikan Kerjaya MuridPendidikan kerjaya haruslah diberikan dan didedahkan kepada murid murid kerana kerjaya adalah merupakan salah satu matlamat hidup yang harus dicapai oleh semua orang. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah melaksanakan Program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya. Kerjaya yang harus dipilih ialah berdasarkan minat supaya mereka lebih berkomitmen dalam kerjaya kelak. Antara langkah yang boleh dilakukan ialahmenyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. Selain itu, menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental MuridPsikososial dan kesejahteraan mental murid adalah salah satu perkara yang harus dijaga oleh murid. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi, membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi, membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif. Pengurusan Profil MuridPenyediaan pengkalan profil murid adalah sangat penting untuk diwujudkan kerana profil murid merupakan pengenalan diri murid dan segala personaliti murid akan sentiasa dapat dipantau daripada segala pihak . Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin, menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah menyediakan profil kerjaya setiap murid dan menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental atau emosi. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa atau penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan penyelesaian.

Pelaksanaan Pendidikan PencegahanFokus ini pula memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Konsultasi KeibubapaanIbubapa merupakan pihak yang memainkan peranan dalam memastikan segala tingkahlaku dan disiplin murid dijaga. Fokus ini juga adalah untuk membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan. Selain itu melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS. Selain itu guru B & K perlu melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain dengan PRS sebagai role model kepada orang lain, memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain.

CADANGAN MEREKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewujudkan Ketua Kaunselor.KPM seharusnya mengambil inisiatif untuk mewujudkan ketua kaunselor di kalangan segala kaunselor yang terdapat di sekolah. Kaunselor ini akan ditempatkan di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan bukannya di sekolah-sekolah rendah. Kaunselor ini akan bertanggungjawab untuk meninjau perkembangan kaunselor yang berada di sekolah rendah. Ketua kaunselor tersebut boleh memberika amaran kepada kaunselor yang tidak aktif dan tidak menjalankan tugas mereka. Ketua kaunselor juga dipertanggungjawab untuk mengagihkan tugas sekiranya terdapat jemputan daripada sekolah yang ingin mengadakan sesi ceramah atau motivas. Selain itu juga, kaunselor di sekolah rendah haruslah dibenarkan menjalankan tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

Menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa / penjaga muridBagi memberikan kaunselor gambaran jelas berkenaan masalah yang dihadapi murid, kaunselor seharusnya berbincang dengan ibubapa murid tersebut. Kaunselor haruslah bijak mengatur perbincangan tersebut agar tidak menjadi salah faham antara klien dengan ibu dan bapa klien. Hal ini kerana digeruni ibu bapa bertindak secara melulu dan terus memarahi anaknya itu atas dasar masalah yang tidak diketahui oleh mereka. Oleh itu guru seharusnya dapat mewujudkan suatu perbincangan yang aman dan tenteram agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Selain itu, dengan mengenali ibu bapa murid, kaunselor akan dapat mengenali dan mendekati personaliti mereka yang akan mempengaruhi personaliti peribadi anak-anak mereka. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh murid juga bermula dari rumah contohnya masalah rumah tangga yang dihadapi oleh kedua ibu bapa murid, kehidupan keluarga yang susah dan ibu bapa yang selalu tidak berada di rumah sekali gus mengabaikan anak-anak mereka. Dengan demikian, kaunselor juga boleh memberikan ibu bapa beberapa cadangan bagi membantu memperbaiki masalah yang dihadapi oleh anak mereka.

Bekerjasama dengan warga sekolah dan staffGuru B & K haruslah menjalinkan hubungan yang mesra dengan semua guru dan staff di sekolah tersebut. Ini adalah kerana sokongan daripada pihak pentadbiran sekolah amat diperlukan oleh guru B & K untuk mengadakan sebarang aktiviti kaunseling. Selain itu juga, guru B & K haruslah menyediakan profil pelajar atau maklumat tertentu kepada guru-guru supaya dapat menjadi rujukan buat mereka untuk lebih memahami lebih terperinci terhadap sikap murid. Diharapkan dengan ini, guru biasa boleh mengenal murid-murid yang menghadapi masalah dan memerlukan bimbingan. Dalam sesebuah kelas, terdapat berbagai-bagai jenis murid yang masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza-beza justeru personaliti setiap murid itu adalah berlainan antara mereka. Ada yang bersifat agresif, suka membuat bising, suka membuat masalah, pemalu, pendiam dan ada juga yang terlalu rajin. Oleh itu, guru boleh merancang aktiviti yang sesuai dan menarik supaya dapat melibatkan semua murid tidak kira personaliti.

Mewujudkan sebuah bilik kaunseling yang kondusifSetiap sekolah hendaklah menyediakan satu bilik kaunseling khas untuk guru B & K. Bilik ini adalah bertujuan untuk murid-murid datang berjumpa dengan kaunselor dan yang ingin meminta bantuan. Selain itu juga, bilik kaunseling juga digunakan untuk kaunseling kelompok. Oleh yang demikian, bilik kaunseling haruslah berada dalam keadaan yang kondusif agar segala aktiviti mahupun perjumpaan yang dijalankan berada dalam keadaan yang selesa.Antara aspek-aspek yang perlu dilihat untuk menjadikan sebuah bilik yang kondusif ialah pertama bilik kaunseling mestilah mempunyai udara yang cukup. Kipas ataupun penghawa dingin boleh dipasang di dalam bilik agar dapat memberikan suasana yang dingin. Selain itu, guru B & K mestilah kreatif dalam menceriakan ruang dan sudut bilik kaunseling. Bilik kaunseling seharusnya mempunya pelbagai kata-kata semangat dan gambar-gambar yang menarik dan dapat memotivasikan para murid. Di samping itu, bilik kaunseling juga mestilah mempunyai pelbagai alat permainan yang menarik supaya murid-murid bukan sahaja boleh datang untuk berjumpa malah boleh datang untuk bermain alat permainan tersebut untuk menghilangkan tekanan. Contoh alat permainan yang menarik ialah, permainan catur, Sahiba, Domino dan banyak lagi.

Contoh gambar bilik kaunseling yang kondusifCeramah motivasi kepada murid-muridGuru B & K haruslah aktif dalam sekolah. Pelbagai aktiviti haruslah dirancang dan dijalankan bagi memeriahkan keadaan sekolah. Antara aktiviti yang paling baik adalah ceramah motivasi. Ceramah motivasi adalah satu aktiviti yang boleh memberikan semangat kepada murid-murid untuk memulakan pelajaran. Sekiranya ceramah motivasi ini tidak diadakan di dalam sekolah, maka murid-murid tidak akan bersemangat untuk pergi ke sekolah. Mereka akan berpendapat bahawa sekolah hanya membosankan dan akan berlaku kes seperti ponteng sekolah, kurang keyakinan diri, amalan merokok, dan banyak lagi. Oleh sebab itu, perkara seperti ini haruslah dicegah dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah motivasi agar dapat memberikan semangat kepada murid-murid.

Pembimbing rakan sebaya (PRS)Guru B & K juga boleh melantik beberapa murid untuk menjadi ahli pembimbing rakan sebaya (PRS). Dengan lantikan ini, murid yang menjadi ahli PRS boleh menolong rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Oleh itu, guru B & K haruslah memberikan latihan kemahiran yang cukup agar ahli KRS mampu melakukan tugas mereka dan bukan hanya memegang jawatan atas nama sahaja. Selain itu juga, ahli PRS boleh menjadi role model kepada kawan-kawan yang lain dan sentiasa memberikan galakan agar bersikap positif. Di samping itu juga, ahli PRS boleh menjadi kawan yang peka terhadap perasaan orang lain. Dengan kemahiran yang dipelajari, ahli PRS boleh membantu diri sendiri untuk berfikir secara positif. Bak kata pepatah: Bantu diri untuk bantu orang lain.

Program Penyebaran

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu disebarkan secara meluas agar mendapat sambutan yang baik. Kaunselor- kaunselor di sekolah berfungsi secara sepenuh masa. Oleh itu, perkhidmatan mereka hendaklah digunakan sepenhnya. Bagi mencapai tujuan ini, perkihdmatan bimbingan dan kaunseling perlu disebarkan secara meluas semasa perhimpunan sekolah, oleh guru guru, melalui notis-notis pada papan kenyataan, pengumuman di mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) dan melalui poster-poster. Poster- poster ini boleh ditampal di kantin, perpustakaan, di luar dewan, koridor sekolah, sudut bimbingan dan kaunseling dan tempat para pelajar menunggu kenderaan ibu bapa. Dengan segala jenis penyebaran ini, murid-murid akan tertarik untuk mengadakan temu janji dengan kaunselor. Sekiranya program penyebaran berjalan dengan berkesan, kerberkesanan khidmat bimbingan dan kaunseling dapat dijamin. Seterusnya, tenaga dan masa seseorang kaunselor akan dapat digunakan secara optimum. Selain itu juga, kerelaan murid untuk berjumpa akan dapat dipermudahkan. Murid-murid tidak lagi teragak-agak hendak berjumpa seorang kaunselor. Publisiti tentang khidmat bimbingan dan kaunseling akan dapat mewujudkan suasana bahawa perjumpaan dengan kaunselor merupakan satu amalan yang biasa. Secara jangka panjang, perkembangan murid secara menyeluruh serta harmonis akan dapat dijamin.

RUMUSANKesimpulannya, Bimbingan dan Kaunseling adalah salah satu pihak yang sangat penting untuk diwujudkan dalam satu organisasi di sekolah. Tujuan organisasi atau pihak Bimbingan dan Kaunseling ini adalah untuk membantu murid dari segi akhlak, sahsiah diri, disiplin dan nilai dalam diri murid. Selain itu, modal insan adalah salah satu tujuan atau matlamat yang harus dicapai oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.Murid merupakan aset penting negara dalam meneruskan pembangunan negara serta mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan serta keharmonian negara. Segala gejala sosial yang ada dalam negara akan dapat dibendung dan dikawal melalui kerjasama semua pihak termasuklah dasar dasar kerajaan, ibubapa, sekolah dan juga daripada bimbingan dan kaunseling. Sehubungan itu, Bimbingan dan Kaunseling ini dapat menentukan hala tuju murid dalam minat kerjaya dan segala bakat, minat dan potensi dalam sesuatu bidang akan tidak dipersia siakan dengan adanya bimbingan daripada Bimbingan dan Kaunseling.Oleh itu, Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk dan melahirkan modal insan yang berkomitmen, bersungguh sungguh, bertanggungjawab dan bernilai murni yang tinggi seterusnya berguna kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara.

REFLEKSISyukur terima kasih dipanjatkan kepada tuhan kerana tugasan projek bagi kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3073) berjaya disiapkan dengan jayanya.Sebelum mendapat tugasan ini, saya telah mengikuti kuliah untuk kursus ini dan saya telah diberikan pendedahan tentang kursus ini. Pengetahuan yang diperolehi melalui kuliah ini banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini kerana pendedahan yang diberikan cukup untuk saya menggambarkan tugasan yang harus dilaksanakan khususnya peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam sekolah. Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman sebelum ini sebagai murid yang tidak lari daripada melakukan masalah disekolah. Peranan bimbingan dan kaunseling yang dijalankan semasa saya disekolah dapat membantu dalam melaksanakan tugasan ini. Sehubungan itu, saya juga memahami peranan bimbingan dan kaunseling dalam memastikan langkah atau proses menyambung pendidikan yang diminati oleh murid kerana saya juga melalui semua ini semasa saya di sekolah menengah.Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang saya pelajari antaranya ialah cadangan cadangan yang amat diperlukan oleh pihak bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan perkhidmatan dalam membantu murid murid. Banyak cabaran yang saya lalui dalam melaksanakan tugasan ini antaranya ialah semasa memahami kehendak soalan dimana perkataan merekayasa merupakan perkataan baru bagi saya. Oleh sebab itu, saya mengambil masa untuk cuba memahami apakah maksud perkataan ini dimana perkataan ini merupakan kata kunci dalam tugasan ini. Selain itu, sepanjang melaksanakan tugasan ini saya banyak berbincang dengan rakan rakan kerana tugasan ini memerlukan perbincangan supaya dapat meringankan lagi kesukaran melaksanakan tugasan ini. Saya juga dapat melakukan sedikit kajian di sekolah tentang bimbingan dan kaunseling kerana segala analisis ini amat diperlukan untuk dimuatkan dalam isi tugasan ini. Sehubungan itu, semasa melaksanakan tugasan ini saya mendapati banyak percanggahan ataupun kelainan pendapat antara rakan rakan dengan saya mengenai tugasan ini. Walaubagaimanapun, segala percanggahan dan perbezaan pendapat ini membantu saya untuk menjalankan kajian dan membuat perbezaan seterusnya dapat memperolehi banyak isi untuk tugasan ini.Selepas tugasan ini dilaksanakan, banyak yang saya pelajari antaranya ialah kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di mana pelbagai program program yang boleh dilaksanakan dalam sekolah yang membantu murid murid membentuk akhlak mereka serta mengetahui hala tuju kerjaya mereka berdasarkan minat, bakat dan potensi yang dimiliki. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa bimbingan dan kaunseling dapat membantu murid mengenal keperibadian diri dan mengenal kekuatan serta kelemahan masing masing di mana murid murid akan dapat merancang dan mengurus diri bagi memastikan kejayaan dalam hidup serta mencapai matlamat diri mereka.Selain itu, peningkatan profesionalisme keguruan dapat dipertingkatkan selepas melaksanakan tugasan ini. Dapatan saya tentang peningkatan profesionalisme ialah peningkatan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Sehubungan itu, sebagai guru pelatih saya haruslah mempelajari semua ini kerana saya akan memanfaatkan segala ilmu ini apabila saya menjadi guru sebenar kelak. Walaupun bukan sebagai guru khas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini akan dapat dipraktikkan dalam kelas seterusnya membantu dalam membentuk dan melahirkan modal insan. Akhir sekali, saya berharap supaya segala ilmu yang diperolehi melalui tugasan ini dapat dimanfaatkan demi kebaikan murid murid dan juga profesionalisme dalam kerjaya guru yang saya ceburi ini serta meningkatkan perkhidmatan saya menjadi lebih cemerlang.BIBLIOGRAFIAsmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton Mifflin Company.Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah: Bimbingan dan Kaunseling.

Zulkifli Yusuf,( 1990 ).Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia..

INTERNEThttp://onitsukahana.blogspot.sg/2013/02/kemahiran-asas-kaunseling.htmlhttp://mazitakaunselor.blogspot.sg/p/teori-teori-kaunseling.htmlhttp://psikologidplimu2012.blogspot.sg/2012/08/kemahiran-asas-bimbingan-dan-kaunseling.html 51