Tugasan emb415
-
Upload
herunisah-sama -
Category
Education
-
view
276 -
download
0
description
Transcript of Tugasan emb415
Isi kandungan
Perkara muka surat
1.0 Bahagian A 2 - 4
2.0 Bahagian B
2.1 Apakah tyjuan kajian ini 5
2.2 Penjelasan Kaedah Stesen 5 - 6
2.3 Dapatan Kajian 7
3.0 Bahagian C
3.1 Proses Penggubalan Kaedah Mengajar 8 – 9
3.2 Rancangan Pengajaran Harian 9 – 12
3.3 Refleksi 13 – 17
Bibliografi 18 – 19
Lampiran 20
1
TUGASAN EMB415
1.0 Bahagian A
Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga didefinisikan
sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan
memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara,
walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan maka murid
itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa membaca ialah
menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.
Menurut Leferre (1973), membaca merupakan satu proses yang berkait rapat dengan bahasa,
iaitu membaca sebagai ‘a language related process’. Menurut Cohen (1990), membaca
memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada
teks yang bercetak. Membaca juga merupakan proses kemahiran yang aktif bagi
mengintepretasikan makna dan mendapatkan pengetahuan daripada bahasa tulisan dan visual.
Kemahiran membaca merupakan kemahiran lanjutan daripada kemahiran-kemahiran lain yang
lebih asas, iaitu mendengar dan bertutur. Penguasaan dalam kemahiran membaca membantu
seseorang pelajar memperluas pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreativiti dalam
pelbagai bidang.
Saya bersetuju dengan kenyataan yang mengatakan “Guru Tidak Menggunakan Pelbagai Kaedah
Mengajar Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah”. Ini dapat dibuktikan
apabila kita lihat kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak yang disiarkan dalam akhbar,
majalah dan televisyen serta rungutan para guru sendiri. Menurut Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), N. Siva Subramaniam yang disiarkan dalam
laporan akhbar Utusan Malaysia pada 14 Mei 1997, dianggarkan 15 peratus pelajar yang
memasuki sekolah menengah tidak tahu membaca, menulis dan mengira (3M) dengan baik.
Beliau menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah
2
latar belakang pelajar sendiri, sistem pendidikan, ibu bapa dan pelajar yang tidak memahami
pelajaran yang diajar.
Dalam akhbar Utusan Malaysia pada 3 Oktober 2002 pula, dikatakan kira-kira 24,000 pelajar
tingkatan 1 masih tidak boleh membaca. Statistik terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 2002 yang dipetik daripada kertas kerja
bertajuk “Keperluan Perlaksanaan Pendidikan Pemulihan di Sekolah Menengah” oleh Manisah
Mohd. Ali dan Mohd. Mokhtar Tahar, program pemulihan perlu diperkenalkan di sekolah
menengah terutama menengah rendah kerana pada peringkat ini masih terdapat pelajar yang
tidak dapat menguasai kemahiran 3M.
Mengikut Grough dan Ilillinger, dalam Tunmer dan Nesdale, 1985:3
(http://www2.meo.gov.my/~mpp/Rahim.htm.), kebanyakan kanak-kanak yang tidak pernah
dibimbing membaca biasanya tidak dapat membaca dengan baik. Ini menunjukkan bagi kanak-
kanak yang baharu belajar membaca, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang
sukar. Guru harus menggunakan pelbagai kaedah pengajaran bacaan yang dapat memberi kesan
yang maksimun kepada pelajar ketika mengajar bacaan.
Dalam satu kajian pada tahun 1978, 40 peratus daripada 15,000 pelajar darjah rendah di Pulau
Pinang didapati tidak tahu membaca. Di Perak pula, daripada seramai 90,000 orang pelajar
sekolah rendah, 15,000 orang pelajar daripadanya didapati tidak boleh membaca dan menulis.
Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kurikulum, Jabatan Pendidikan
Terengganu pada tahun yang sama menyatakan seramai 3,471 orang dari 50,118 pelajar darjah
tiga hingga enam masih buta huruf. Seramai 113 dari 39,000 orang pelajar tingkatan satu hingga
tingkatan tiga juga tidak boleh membaca. (Zalizan Mohd. Jelas dalam Ibrahim Saad, 1983 : 354)
Masalah kegagalan para pelajar menguasai kemahiran membaca ini telah menimbulkan
kebimbangan di kalangan masyarakat kerana masalah ini telah berlarutan sejak dahulu lagi.
Misalnya Zalizan Mohd. Jelas (dalam Ibrahim Saad, 1983 : 353) menyatakan bahawa kegagalan
membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah kini sudah sampai ke peringkat yang
membimbangkan. Ini kerana sebilangan pelajar yang telah menghadiri sekolah selama enam
tahun atau lebih masih belum boleh membaca, menulis dan mengira.
3
Isahak Haron (dalam Azman Wan Chik, 1986 : 170) pula menyatakan bahawa ramai pelajar
sekolah rendah terutamanya yang tinggal di luar bandar tidak cekap membaca atau tidak boleh
membaca dalam bahasa mereka sendiri, iaitu Bahasa Melayu. Salah satu punca masalah di atas
adalah disebabkan oleh kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal yang kurang sesuai
dan tidak berkesan.
Berdasarkan kenyataan itu, jelas menunjukkan bahawa kaedah mengajar asas bacaan merupakan
salah satu faktor penting menentukan pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran mambaca.
Masalah kegagalan dan kelemahan pelajar menguasai kemahiran membaca dengan baik tidak
harus dipandang ringan kerana ia menimbulkan implikasi yang buruk terhadap pelajaran pelajar.
Oleh itu, para pendidik perlu meneliti aspek ini dengan lebih mendalam. Langkah-langkah positif
perlu diambil agar masalah pelajar tidak tahu membaca tidak menjadi semakin serius. Satu
pendekatan yang positif hendaklah diadaptasikan dalam pengajaran membaca supaya masalah
buta huruf di kalangan pelajar dapat dikurangkan dan diatasi
Guru perlu berusaha mencari jalan untuk membantu pelajar-pelajar mencapai kemahiran
membaca, seterusnya menjadi pembaca yang cekap. Kebolehan menguasai kemahiran membaca
diharapkan akan dapat membantu pelajar-pelajar berjaya dalam semua mata pelajaran lain di
peringkat rendah hinggalah ke peringkat yang paling tinggi ( Juriah Long et al., 1990 : 134 )
2.0 Bahagian B
4
2.1 Apakah tujuan kajian ini ?
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan semua murid agar
dapat memenuhi KPI warga sekolah berkenaan yang berhasrat untuk membasmi kadar buta huruf
di sekolah berkenaan. Mereka amat mengharapkan agar kadar buta huruf di sekolah berkenaan
dapat disifarkan.
2.2 Penjelasan Kaedah Stesen.
Dalam kajian ini, terdapat 4 stesen yang digunakan. Setiap stesen mempunyai fungsi yang
berbeza secara berperingkat. Urutan yang dicipta oleh pengkaji ini amat sesuai untuk
memulihkan murid-murid yang lambat membaca. Ia bermula dengan mengenal dan menyebut
suku kata yang mudah seperti KV + KV hinggalah ke membaca big book yang disediakan. Saya
akan ulaskan sedikit pemahaman saya tentang setiap stesen yang diwujudkan.
2.2.1 Stesen 1
Menurut Diane Lapp membaca ialah proses mengekod, iaitu pembaca boleh menyebut apa yang
dibaca yang tertulis di atas kertas bercetak ( Diane Lapp dan James Flood, 1986 : 6 ) Proses
membaca adalah satu proses mendapatkan interpretasi yang bermakna tentang lambang-lambang
bercetak atau bertulis. Seseorang itu akan dapat memahami apa yang dibaca apabila berlaku
interaksi di antara pengamatannya tentang lambang-lambang yang dibaca, kebolehan dan
pengetahuan tentang alam sekeliling (Haris dan Sapay,1980:8). Oleh itu, membaca permulaan
yang dimaksudkan dalam kajian adalah kemahiran membaca peringkat awal atau asas, yakni di
peringkat tahun satu. Kemahiran membaca pula bukan sahaja kebolehan membunyikan lambang-
lambang visual malah turut memahami apa yang dibaca.
Jesteru yang demikian pengkaji ini telah menyediakan bahan bercetak dalam bentuk kad untuk
digunakan di stesen ini. Kad suku kata yang digunakan ialah gabungan suku kata KV + KVK
dan KV + KV + KVK yang dibezakan dengan warna. Murid-murid akan mengeja dan
5
membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna pada kad tersebut. Yang
menarik di sini, pengkaji menyediakan habuan kepada murid yang berjaya melepasi stesen ini.
Hadiah atau galakkan seperti ini akan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan murid.
2.2.2 Stesen 2
Di stesen dua, pengkaji menyediakan tugasan yang ditinggikan arasnya tetapi masih
menggunakan konsep kad suku kata yang dibezakan dengan warna. Kali ini suku kata yang
diberi pada murid ialah gabungan KVK + KV + KVK. Murid sekali lagi diminta untuk mengeja
dan menyebut perkataan yang dieja sehingga berjaya. Secara tidak langsung kaedah fonetik telah
digunakan. Peningkatan murid dapat dilihat melalui aras yang diberi pada stesen ini.
J.S Chall ( 1967 : 105-108 ) telah merumuskan sembilan penyelidikan yang membandingkan
Kaedah Pandang Sebut dan Kaedah Fonik. Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, beliau
mendapati bahawa dalam mengenal perkataan dan membaca secara lisan, kanak-kanak yang
menerima latihan fonik lebih maju daripada kanak-kanak yang diajar dengan kaedah Pandang
Sebut. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, ternyata latihan fonik di
peringkat awal bacaan turut memberi faedah kepada pelajar di peringkat Gred 2 dan Gred 3,
malah meninggalkan kesan jangka panjang pada akhir Gred 6. Latihan fonik dikatakan
mempunyai nilai yang tinggi dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk mengajar bacaan bagi
kanak-kanak yang sederhana dan yang rendah peringkat kecedasannya.
2.2.3 Stesen 3
Pada stesen ini, aras kesukaran dinaikkan lagi. Murid telah menguasai pembacaan suku kata. Di
sini murid diperkenalkan kepada ayat tunggal yang mudah dan setiap perkataan dalam ayat
masih diwarnakan mengikut suku kata untuk memudahkan murid-murid menyebutnya mengikut
suku kata.
2.2.4 Stesen 4
6
Pada peringkat ini, pengkaji mula menguji murid-muridnya dengan bacaan yang lebih dewasa.
Pengkaji menyediakan bahan bacaan berupa ‘big book’ yang mempunyai tulisan yang agak besar
, berwarna, bergambar, menarik dan mudah dibaca. Selain itu, pengkaji telah menyediakan
beberapa aktiviti di peringkat ini, untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca
sepenuhnya.
Kesimpulannya kaedah stesen yang digunakan oleh pengkaji ini memang menarik dan telah
menampakkan kejayaan yang ingin dicapainya. Maka benarlah menurut kajian yang dijalankan
oleh pengkaji seperti Gates 1928 dan Steinberg 1978 (Steinberg, 1982 : 117 ) yang membuktikan
bahawa kanak-kanak dapat membaca dengan lebih cepat jika pengajaran dimulakan dengan
unsur-unsur yang bermakna berbanding dengan unsur-unsur yang tidak bermakna. Selain itu,
kajian oleh Steinberg pada tahun 1971 (Steinberg, 1982 : 119 ) mendapati nilai bunyi untuk
setiap huruf boleh dipelajari tanpa diajar oleh perkataan-perkataan yang utuh. Huruf abjad tidak
perlu diajar menurut urutan tetapi diajar serentak dengan pengenalan bentuk-bentuk perkataan.
Pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur bermakna lebih efektif berbanding dengan
pengajaran yang bermula dengan unsur-unsur yang tidak bermakna.
2.3 Dapatan Kajian
Setelah melalui semua aktiviti yang diberi dalam setiap stesen mengikut urutan, murid-murid
akan diberi satu ujian yang dinamakan ujian pos. Ujian pos ini telah menguji keberkesanan
kaedah dan teknik yang telah dilaksanakan. Dapatan daripada kajian ini, jelas ada menunjukkan
peningkatan walaupun tidak secara keseluruhannya. Ini jelas ditunjukkan dalam jadual
perbandingan ujian pra dan ujian pos yang telah dipaparkan. Pada ujian pra, tiada murid yang
mendapat markah tertinggi iaitu dari 60 hingga 90 markah. Tetapi dalam ujian pos setelah
menjalani aktiviti stesen ini, 9% murid dapat markah 60, 18% murid dapat markah 70, 14%
murid dapat markah 80, dan 4% murid dapat 90 markah. Ini adalah merupakan satu peningkatan
yang amat ketara. Murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran membaca setelah melalui
kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji ini.
3.0 Bahagian C
7
3.1 Proses Penggubalan Satu Kaedah Mengajar Membaca.
Saya akan gunakan kaedah fonetik. Ini adalah kerana kaedah fonetik adalah kaedah yang paling
sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah
otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan
perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi
menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak
bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.
Memperkenalkan bunyi secara sistematik
1. Anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf
yang diajarkan
2. Anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3. Anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-
bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan
mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak
dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila
melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut
bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah
yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena
api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui
asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan
berkekalan.
Sebaik-baiknya kita tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya
beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan
huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’
diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak.
8
Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan
‘k’.
Seterusnya, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan ,
contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik,
anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi
mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi
huruf ‘a’).
Seterusnya saya akan membuat satu Rancangan Pengajaran Harian yang akan saya gunakan
untuk mengajar kemahiran membaca bagi murid-murid tahun 1.
3.2 Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 15 April 2014
Hari : Selasa
Tahun : 1 Ikhlas
Bilangan murid : 20 orang
Masa : 9.00 pagi-10.00 pagi
Tajuk : Rama-rama
Objektif :
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :
1. Menyenaraikan 3 daripada 4 perkataan yang mengandungi tiga suku
9
Standard Kandungan Standard Pembelajaran2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul
2. Memberikan maksud 3 daripada 4 perkataan yang mengandungi tiga suku kata secara lisan
3. Membaca 3 daripada 4 perkataan yang mengandungi tiga suku kata
Isi Pelajaran Langkah Pelajaran Catatan
1.Paparan gambar rama- rama pada slaid Soalan rangsangan :
Apakah nama serangga ini?
Dimanakah anda selalu melihat serangga ini?
Sebutkan ciri-ciri pada rama-rama.
Set Induksi : (5 minit)
1. Guru memaparkan gambar rama-rama pada paparan slaid
2. Guru meminta murid meneka nama gambar haiwan yang ditunjukkan
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang rama-rama
4. Guru mengaitkan rama-rama dengan isi pelajaran yang ingin diajarkan
BBM • Slaid powerpoit• gambar
KB• Menjana idea• menghubungkait
KBCB• Kemahiran menyoal
Pembelajaran Kontekstual• Mengaitkan dengan
pengalaman sedia ada
KP• Verbal liguistik• Interpersonal
2. Murid menyanyikan lagu “Rama-rama”
Lirik Lagu Rama-
Langkah 1 (20 minit)
1. Guru mengedarkan lirik lagu “Rama-rama “ kepada murid.
2. Murid membaca lirik lagu selepas bacaan guru.
3. Murid diperdengarkan dengan lagu “Rama-rama”
4. Murid menyanyikan lagu tersebut.
5. Guru meminta murid
BBM• Komputer riba• Pembesar suara• Teks lirik lagu
KB• Menjana idea• menghubungkait
KP• Verbal liguistik• Interpersonal• Kinestetik• Muzik
TMK
10
Rama
Dari Ulat Jadi KepompongTidur Lena Dalam KelongsongSampai Masa Kelongsong PecahPom ! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang MerataSungguh Cantik Aneka Warna Hisap Madu Di Pohon BungaTapi Sayang Hidup Tak Lama
perkataan tiga suku kata :
1. kepompong
2. kelongsong
3. Merata
4. Aneka
menyenaraikan perkataan yang mengandungi 3 suku kata secara bertulis.
6. Guru menjelaskan maksud perkataan tersebut secara lisan.
7. Murid diminta untuk mengulang maksud perkataan tersebut secara lisan.
perkataan tiga suku kata :
1. kepompong
Langkah 2 : (20 minit)1. Guru membimbing murid
mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi 3 suku kata.
2. Murid mengeja dan membaca perkataan tersebut tanpa bimbingan guru
BBM• Komputer riba
KB• Menghubungkait• Menjana idea
Pembelajaran Kontekstual
11
ke + pom + pong
2. kelongsong
3. Merata
4. Aneka
3. Murid diminta untuk merakam bacaan ke dalam pita rakaman
4. Guru memperdengarkan bacaan murid kepada kelas
5. Murid-murid yang lain membetulkan bacaan rakan mereka
• Mengaitkan dengan pengalaman sedia ada
KP• Verbal liguistik• Interpersonal• kinestetik
3. Rajah kitaran hidup rama-rama
Langkah 3 : (10 minit)
1. Guru memaparkan rajah kitaran hidup rama-rama pada slaid
2. Guru menjelaskan setiap peringkat pada kitaran hidup rama-rama
3. Murid diminta menyusun dengan betul kitaran hidup rama-rama pada powerpoint
BBM• Komputer riba
KB• Menghubungkait• Menjana idea
KP• Verbal liguistik• Interpersonal• kinestetik
TMK
4. Video lagu “Rama- rama”
Penutup : (5 minit)
1. Guru merumuskan pelajaran
2. Murid-murid menyanyikan lagu “Rama-rama”
Pembelajaran Kontekstual• Mengaitkan dengan
pengalaman sedia ada
KP• Verbal liguistik• Interpersonal• Kinestetik• muzik
12
ke + long + song
me + ra + ta
a + ne + ka
3.3 Refleksi.
Zaidah Hj. Omar ( 1978 : 135 ) dalam satu kajian mengenai kemahiran asas pelajar Tahun 2 dari
segi huruf, suku kata dan gabungan bunyi suku kata mengatakan dalam pengajaran membaca
peringkat awal, kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan sebelum pengajaran membaca ayat
dijalankan. Hal ini adalah kerana dalam kajian tersebut beliau mendapati Kaedah Abjad Suku
Kata adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan Kaedah Terus. Antara kemahiran asas
bacaan yang perlu diperkukuhkan ialah kemahiran menamakan huruf-huruf abjad atau
membunyikannya, kemahiran membunyikan suku kata dalam perkataan dan kemahiran
menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
Jesteru itu saya mendapati kemahiran asas bacaan seperti kemahiran menamakan dan
membunyikan huruf abjad, kemahiran menghubungkan huruf dengan bunyinya, kemahiran
membunyikan suku kata, dan kemahiran menggabungkan bunyi-bunyi suku kata dalam
perkataan perlu diperkukuhkan. Hasil daripada PdP yang dijalankan ini, telah menunjukan
bahawa Pendekatan Abjad Suku Kata dengan pemeringkatan bahan pengajaran yang sistematik
bolah digunakan bagi mengajar asas bacaan di peringkat awal membaca.
Di sini kaedah pengajaran memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan pelajar
menguasai kemahiran membaca. Oleh sebab itu Mangantar Simanjuntak ( 1985 : 5 ),
mengatakan pengkaedahan gurulah yang menjadi punca kegagalan pelajar menguasai kemahiran
membaca. Pada pendapat beliau, berdasarkan kepada penelitian masalah pelajar lembab
membaca, tidak ada yang salah pada pelajar tersebut tetapi mereka telah dikategorikan sebagai
pelajar lembab
Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa kaedah pengajaran asas bacaan akan membantu
murid-murid untuk menguasai kemahiran membaca melalui pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Walaupun banyak kajian yang telah dijalankan, namun sehingga kini belum terdapat
kaedah yang betul-betul mantap untuk dijadikan pegangan dalam pengajaran membaca
permulaan. Setiap pendekatan dan kaedah yang dikemukankan mempunyai kekuatan dan
13
kelemahan yang tersendiri. Kaedah pengajaran tetap memainkan peranan penting dalam
menentukan kejayaan pelajar menguasai membaca membaca.
Guru telah menerangkan terlebih dahulu contoh yang sesuai kepada murid. Sebagai contoh guru
akan mengeja perkataan di atas terlebih dahulu sebelum murid mengikutinya. seterusnya murid
akan dibimbing untuk mengeja perkataan yang seterusnya. Pemberian contoh yang baik akan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran membaca dijalankan
Pada awalnya guru memperkenalkan perkataan yang mempunyai tiga suku kata. Kemudian
murid diminta menyebut satu persatu suku kata tersebut dengan bimbingan guru sehinggalah
murid benar-benar faham. Selepas itu, murid akan diperkenalkan dengan perkataan yang
mempunyai tiga suku kata yang berlainan sedikit seperti ma / ka / nan, ca/ta / tan, dan him / pu /
nan. Murid diminta membuat rumusan bagi mengkaji perbezaan yang terdapat dalam perkataan
tersebut dengan perkataan yang awal tadi.
Kaedah pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran membaca
dijalankan adalah mendengar dan bertutur serta membaca dan menulis. Semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan saya telah mempelbagaikan kaedah iaitu dengan menggabungkan
kedua-duanya dalam satu masa. Oleh itu penggunaan kedua-dua kaedah iaitu mendengar dan
bertutur serta membaca dan menulis telah dilaksanakan dalam pengajaran membaca. Sebagai
contoh guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah
membaca dan menulis ialah dengan guru membaca sesuatu perkataan yang mudah seperti
kepompong, merata, aneka, dan kelongsong, seterusnya guru menyuruh murid mengikut bacaan
tersebut sambil murid menulis satu persatu perkataan yang dibaca.
Guru ada menggunakan pengajaran pemulihan kepada murid yang menghadapi masalah semasa
atau selepas pengajaran membaca dijalankan. Pengajaran pemulihan bermakna murid yang
bermasalah dalam mata pelajaran tersebut akan diberikan perhatian atau latihan selanjutnya bagi
mengurangkan permasalahan.
14
Antara pendekatan dan kaedah yang digunakan ialah kaedah abjad, kaedah pandang dan sebut,
kaedah fonik dan kaedah suku kata. Kaedah yang paling kerap digunakan ialah kaedah abjad.
Kaedah ini disebut kaedah abjad kerana pada permulaannya pelajar diperkenalkan dengan abjad.
Semasa proses pengajaran dijalankan nama huruf-huruf tersebut disusun dan disebut serentak
iaitu daripada A hingga Z. Setelah pelajar mengenal abjad dan menghafalnya baharulah guru
akan mengajar mereka mengeja perkataan-perkataan yang pendek. Misalnya perkataan ibu, bapa,
bola dan tiga. Semasa pelajar diajar mengeja, mereka hendaklah disuruh menyebut perkataan
tersebut serentak. Misalnya b-a-j-u (baju). Kaedah yang kedua ialah kaedah pandang dan sebut
(kaedah moden). Dalam pengajaran dan pembelajaran membaca mengikut kaedah ini, guru akan
menggunakan kad bagi memperlihatkan sesuatu perkataan. Guru pula akan menyebut perkataan
tersebut dan pelajar akan mengikutnya secara beramai-ramai dengan cara mengenal bentuk dan
lambang perkataan. Misalnya perkataan bola, abang, adik dan limau.
Setelah pelajar mengenali beberapa perkataan asas. Guru akan mengajar pelajar membaca ayat-
ayat yang mudah dibina berdasarkan perkataan-perkataan asas yang sudah dikenali oleh
pelajar.Contoh :
1. Abang ada bola.
2. Adik ada bola.
3. Abang dan adik ada bola.
Hasilnya saya dapat menerapkan kaedah fonik. Dalam kaedah ini pelajar diajar bentuk dan bunyi
fonik huruf dalam abjad. Pada awalnya guru memperkenalkan sesuatu huruf kepada pelajar
dengan menunjukkan bentuk huruf tersebut bersama gambar benda yang namanya bermula
dengan huruf fonik tersebut. Misalnya guru menunjukkan gambar ayam dengan huruf a, dan
gambar bola dengan huruf b. Sambil memperlihatkan gambar dan huruf awal yang berkaitan
guru menyebut fonik huruf tersebut. Misalnya ‘aa’ (a) iaitu ayam dan ‘bi’ (b) iaitu bola. Selepas
pelajar mengenal bentuk dan bunyi fonik huruf-huruf yang berkaitan baharulah pelajar tadi diajar
mencantumkan bunyi huruf berkenaan menjadi suku kata atau perkataan.
15
3.3.1 Cadangan Penambahbaikan.
Berdasarkan refleksi diri yang telah saya buat, beberapa cadangan untuk memperbaiki
kelemahan penguasaan membaca di kalangan pelajar bermula daripada kaedah meningkat tahap
pengetahuan psikolinguistik guru dan kaedah ynag sesuai untuk memilih teknik yang berkesan
dalam pengajaran membaca.
Cadangan
a. Berdasarkan refleksi saya, saya mendapati saya sendiri tidak mempunyai pengetahuan
yang lengkap tentang teori-teori psikolinguistik yang dapat membantu saya untuk
menjalankan pengajaran membaca permulaan dengan berkesan. Sebenarnya pendekatan
psikolinguistik sesuai digunakan dalam pengajaran membaca permulaan kerana
pendekatan tersebut mengambila kira faktor linguistik dan psikologi dalam proses
membaca.
Pendekatan ini berlandaskan kepada teori pemerolehan bahasa menurut pandangan aliran
psikologi kognitif. Oleh itu, guru perlu meningkatkan dan memperlengkapkan
pengetahuan psikolinguistik melalui kursus-kursus, seminar, bengkel atau menerusi
pembacaan dan penyelidikan.
b. Antara saranan-saranan untuk meningkatkan pengetahuan psikolinguistik guru-guru ialah
:
i. Pihak yang berkaitan dengan pendidikan perguruan hendaklah menekankan aspek
penerapan teori-teori psikolinguistik dalam latihan pengurusan dan bukannya sekadar
membekalkan guru-guru dengan displin ilmu tersebut sebagai pengetahuan sahaja.
ii. Pihak Kementerian Pendidikan harus mengadakan kursus-kursus dan seminar-seminar
yang berkaitan dengan pengajaran bahasa dari masa ke semasa untuk mendedahkan guru-
guru bahasa kepada pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa yang mutakhir
16
iii. Guru –guru bahasa haruslah berusaha mempertingkatkan pengetahuan berkaitan dengan
pengajaran bahasa. Mereka seharusnya mengikuti setiap perkembangan baharu yang
berlaku dalam bahasa menerusi pembacaan yang luas.
iv. Guru bahasa Melayu mesti bersikap positif dan proaktif dalam tugasnya. Kaedah dan
teknik pengajaran yang lebih berkesan hendaklah dirancang dengan berkesan agar tidak
membosankan. Guru perlu kreatif dalam melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran.
17
Bibliografi:
Buku :
Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct Art
Compony
Atan Long(1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign LanguageBaltimore.
Linguistic Society of America.
Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book Co.
Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier Macmillan
Publishing.
Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. KualaLumpur :
Kumpulan Budiman
Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana
Enterprise.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling
Jaya : Fajar Bakti.
18
Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors.
Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman
Media Elektronik : Internet
Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik Terhadap
Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid Yang Menghadapi
Masalah Di Sekolah Rendah Luar Bandar.http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm
(12 Oktober 2002)
Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran
Membaca. www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm
(12 October 2002)
19
Lampiran :
Proses PdP sedang dilaksanakan di dalam kelas.
Lampiran :
Power Point
20