TUGASAN EMB415(Hantar).docx

33
TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER KOD KURSUS : EMB 415 NAMA KURSUS : PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF NO. MATRIK : E30209120620 FASILITATOR : TN HJ ABD RANI BIN HASSAN AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN TAJ INTERNATIONAL COLLEGE IPOH PERAK

Transcript of TUGASAN EMB415(Hantar).docx

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUS:EMB 415

NAMA KURSUS : PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU

PROGRAM : SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR: AHMAD SHAHRUL AMIN B MAT YUSOF

NO. MATRIK: E30209120620

FASILITATOR :TN HJ ABD RANI BIN HASSAN AKADEMIK

TAJ INTERNATIONAL COLLEGEIPOH PERAKPUSAT PEMBELAJARAN :

Ahmad Shahrul Amin b Mat Yusof

EMB41525

BAHAGIAN A

1.0 PengenalanArtikel Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami dalam Kalangan Murid-Murid LINUS ini ditulis oleh En Hasnalee bin Tubah dan Prof. Dr. Zulkifley Bin Hamid pada 2011. En Hasnalee bin Tubah merupakan seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tun Abdul Razak dan Prof. Dr. Zulkifley bin Hamid pula seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu UKM.Pengaruh demografi berperanan dan mendatangkan kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah 3M dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan sukar memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS).

2.0 Tujuan kajian.Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pengaruh demografi memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami murid-murid LINUS. Responden kajian melibatkan 131 orang murid-murid LINUS Tahun 1 dan 17 orang guru LINUS yang dipilih secara rawak daripada 15 buah sekolah. Lokasi sekolah yang dipilih berdasarkan kepada kategori bandar, pinggir bandar dan luar bandar.Kajian yang dijalankan memfokuskan kepada penguasaan membaca dan memahami perenggan dalam kalangan murid-murid kelas intervensi membaca menggunakan program LINUS. Pengkaji juga menyentuh secara lengkap tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan dalam kajian ini. Menurut artikel ini, membaca merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pencerapan ilmu pengetahuan dan melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan manusia yang akan melibatkan memahami. Artikel ini turut menekankan agar guru-guru yang terlibat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran membaca perlu memastikan agar kedua-dua elemen tersebut diajar secara bersepadu kepada murid-murid terutamanya murid-murid Tahun 1. Guru yang bertanggungjawab memegang LINUS perlu mempunyai kepakaran dalam menentukan kesediaan murid, dan jelas tentang tahap bantuan (scaffolding) yang perlu diberikan kepada murid-murid LINUS. Di samping itu guru LINUS juga perlu menguasai kemahiran pengajaran secara psikolinguistik iaitu menekankan faktor keupayaan mental dan penguasaan bahasa bagi memberikan kesan yang mendalam terhadap kemahiran membaca dan memahami kepada murid-murid LINUS.3.0 Kaedah dan Instrumen yang digunakan dalam kajian.Subjek kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah terdiri daripada kalangan murid-murid tahun 1 yang telah melepasi ujian saringan LINUS. Murid-murid ini dikenali sebagai Murid Pasca LINUS. Seramai 131 orang murid murid pasca LINUS telah dipilih sebagai responden kajian. Mereka adalah murid-murid daripada 15 buah sekolah yang telah ditetapkan mengikut zon tertentu. Pengkaji telah menjalankan kajian di 15 buah sekolah yang terletak di sekitar daerah Kuching, Serian, Kota Samarahan, Semunjan dan Sri Aman, Sarawak. Daripada kesemua sekolah tersebut, penulis telah mengenal pasti sebanyak 17 orang guru LINUS yang mengendalikan program intervensi LINUS di sekolah masing-masing untuk diberikan soalan soal selidik dan ditemu bual.4.0 Dapatan Kajian.Faktor Demografi Murid LINUS Pengaruh pemboleh ubah demografi murid terhadap kemahiran membaca dan memahami perenggan murid LINUS ini melibatkan beberapa faktor seperti faktor latar belakang atau demografi murid LINUS. Secara khususnya pengkaji telah membuat pengklasifikasian demografi murid ini kepada beberapa sub faktor iaitu faktor kekeluargaan, konsep kendiri, lokasi sekolah dan bahasa pertuturan.FAKTOR KEKELUARGAAN Pertama sekali, analisis kajian mendapati terdapat hubungan yang rapat antara faktor kekeluargaan dengan kemahiran membaca dan memahami perenggan oleh murid LINUS. Pemboleh ubah ini memang mempengaruhi keupayaan membaca dan memahami perenggan murid-murid pasca LINUS. Hasil kajian mendapati bahawa 5 peratus murid LINUS merupakan anak tunggal dalam keluarga. Sementara itu pula 18 peratus murid LINUS menyatakan mereka mempunyai sekurang-kurangnya dua orang adik beradik. Sebanyak 29 peratus dan 27 peratus murid LINUS menyatakankan bahawa mereka mempunyai 3 dan 4 orang adik beradik. Sebanyak 14 peratus murid LINUS pula mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Bakinya sebanyak 7.0 peratus mempunyai lebih daripada 5 orang adik beradik. Peratusan ini memberi gambaran kepada pengkaji bahawa kebanyakan murid murid LINUS ini mempunyai 3 hingga 5 orang adik beradik yang mungkin memberi kesan terhadap penguasaan kemahiran membaca dan memahami bahan bacaan di Tahun 1. Merujuk kepada latar belakang sosioekonomi keluarga murid LINUS ini kebanyakannya berasal daripada golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana. Data soal selidik murid menunjukkan bahawa ibu bapa murid-murid ini bekerja sebagai kakitangan awam rendah (18.7%) berkerja sendiri (24.5%) dengan pendapatan yang rendah. Secara umumnya pendapatan ibu bapa murid LINUS ini juga adalah di bawah RM 1000. Menurut pendapat artikel ini, faktor sosioekonomi yang rendah menyebabkan peruntukan kewangan kepada pendidikan tidak menjadi keutamaan. Justeru ia menjadi faktor kepada kegagalan anak-anak mereka dalam bidang akademik kerana murid LINUS tidak mendapat sebarang bimbingan tambahan daripada keluarganya di rumah.Artikel ini mengambil pendekatan psikososial Teori Vygotsky (1935) yang menekankan keperluan konsep scaffolding kepada murid bagi mengimbangi segala kekurangan yang menghalangnya menguasai kemahiran membaca dan memahami. Menurut Vygotsky (1935) mekanisme yang dikenali sebagai Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) perlu dibantu pembinaannya oleh guru atau individu yang berketrampilan bagi menyerlahkan perkembangan sebenar individu melalui bantuan scaffolding. Terdapat hubungan yang singnifikan antara status ekonomi dengan konsep kendiri murid dalam kelas sosial yang berbeza-beza dalam kalangan rakan sebaya. Di samping itu, Teori Psikososial Vygotsky (1978) juga memberi penekanan tentang perkembangan mental kanak-kanak yang mampu dibina melalui pergaulan sesama rakan sebaya terutamanya dalam menguasai kemahiran komunikasi dan akademik. Melalui pergaulan sesama rakan sebaya atau pergaulan positif sesama adik beradik proses komunikasi dapat berkembang dan membantu ke arah penguasaan membaca dan memahami perenggan.Faktor adik beradik yang ramai dengan pendapatan isi rumah yang rendah akan menyebabkan tumpuan ibu bapa lebih kepada faktor mencari pendapatan bagi keperluan asas berbanding memberikan perhatian khusus terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka. Para ibu yang kebanyakannya suri rumah didapati kurang memainkan peranan dalam memberikan bantuan scaffolding tambahan dalam pendidikan anak-anak, meskipun mereka berada di rumah sepenuh masa. Justeru kajian ini mendapati bahawa faktor status ekonomi yang rendah menjadi penyumbang kepada masalah membaca murid-murid LINUS ini. Gambaran kepada kita bahawa peranan ibu bapa adalah penting dalam memberikan pendidikan tambahan di rumah. Sebagai rumusan pengkaji mendapati faktor kekeluargaan memainkan peranan penting dalam memberi bimbingan tambahan kepada murid-murid pasca LINUS.FAKTOR KONSEP KENDIRI Faktor kedua analisis kajian mendapati faktor konsep kendiri turut mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami perenggan oleh murid LINUS. Murid normal dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami secara bersistematik berdasarkan pengajaran guru dalam kelas. Namun, bagi murid-murid yang bermasalah membaca pula, mereka amat memerlukan bantuan dalam bentuk bimbingan khas (Isahak Harun 2005). Jika dirujuk kepada Teori Sosiobudaya Vygotsky (1935), maka konsep scaffolding atau arahan langsung merupakan kaedah pembelajaran yang amat tepat dan bersesuaian bagi menangani masalah murid-murid dalam program LINUS yang mengalami masalah kesukaran membaca ini. Ini bermakna walaupun murid LINUS mempunyai konsep kendiri yang positif terhadap amalan membaca namun perkara itu tidak menjamin keupayaan mereka untuk menguasai kemahiran membaca dan memahami perenggan. Faktor kendiri yang positif terhadap amalan membaca masih memerlukan bimbingan yang baik daripada ibu bapa bagi memandu murid LINUS ke landasan yang betul dalam proses pembelajaran mereka. Artikel ini menekankan perlunya ada seseorang yang berketrampilan seperti guru, ibu bapa dan rakan sebaya bagi membantu murid LINUS membentuk imej kendiri mereka. Tanpa bantuan (scaffolding) ini maka pengurusan masa dan aktiviti masa senggang murid LINUS tidak berfokus kepada amalan membaca yang betul. Ini adalah selaras dengan Teori Psikososial Vygotskty yang menjelaskan kepada kita bahawa Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) amat berperanan dalam hubungan interaksi antara individu sebagai suatu fungsi yang belum matang tetapi sedang dalam proses kematangan. Justeru murid LINUS perlu dipandu ke arah Zon Perkembangan Terdekat (ZPT) yang betul. Guru LINUS perlu memainkan peranan dalam menentukan tahap bantuan (scaffolding) orang dewasa atau orang yang lebih berketrampilan bagi membentuk ZPT murid-murid dalam kemahiran membaca dan memahami perenggan. Fenomena ini akan dapat menyelesaikan masalah kekeliruan dalam pembentukan imej kendiri murid LINUS.FAKTOR LOKASI SEKOLAHArtikel ini mendapati faktor lokasi sekolah didapati kurang memberi pengaruh terhadap tahap kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Berdasarkan tinjauan kepada lokasi sekolah tempat kajian ini dijalankan, secara umumnya, pengkaji telah mengklasifikasikan sekolah dengan berdasarkan sekolah pinggir bandar ( 25km daripada pusat Bandar), sekolah pedalaman 1 (100km daripada pusat Bandar) dan sekolah pedalaman 2 (100km daripada pusat Bandar). Klasifikasi ini dibuat berdasarkan Pekeliling bil. 2(17) JPN 2001.Data hasil kajian menunjukkan taburan kekerapan murid LINUS yang mengikuti program LINUS adalah pada kadar bilangan yang agak seimbang iaitu antara 8 hingga 12 orang murid pada setiap sekolah. Perkara ini menjelaskan bahawa faktor lokasi sekolah didapati bukan pemboleh ubah yang mempengaruhi kewujudan murid yang lemah membaca dan memahami perenggan. Jika dilihat pada perangkaan, sama ada sekolah itu berada di kawasan pinggir bandar, pedalaman satu atau pedalaman dua, semuanya mempunyai bilangan murid pasca LINUS yang agak seimbang. Perkara yang sama turut terjadi di sekolah yang lokasinya terletak dalam kategori sekolah pedalaman 1 (100km dari kawasan bandar utama).Pada keseluruhan hasil kajian ini didapati berbeza dengan dapatan kajian Arshad Ismail (2006) bertajuk Pengalaman Asas Membaca yang menyatakan bahawa murid-murid Tahun 1 di sekolah pedalaman amat berbeza tahap pencapaiannya dengan murid-murid di sekolah pinggir bandar atau di bandar. Faktor ini adalah disebabkan oleh cara hidup, cara didikan dan cara pertuturan ibu bapa yang kurang membantu. Dengan kata lain, para ibu bapa yang mendiami kawasan pedalaman dan pinggir bandar kurang memperuntukkan masa dalam usaha untuk memastikan anak-anak mereka menguasai kemahiran membaca dan memahami. Perkara ini diperburukkan lagi dengan sikap rendah diri dan pemalu (inferior complex) yang kelihatan begitu ketara dalam kalangan mereka. Di samping itu, masalah sikap murid-murid yang suka ponteng sekolah juga menyumbang kepada masalah keciciran dan ketinggalan dalam bidang akademik di sekolah. Artikel kajian ini menunjukkan bahawa faktor lokasi sekolah tidak menggambarkan kadar kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Kewujudan murid yang gagal membaca dan memahami ini merupakan faktor universal yang boleh wujud di mana-mana lokasi.FAKTOR BAHASA PERTUTURAN MURIDKajian ini juga mendapati faktor bahasa pertuturan juga bukanlah pemboleh ubah yang mempengaruhi murid-murid membaca dan memahami perenggan. Jika ditinjau dari segi bahasa pertuturan, pengkaji mendapati majoriti murid LINUS bertutur dalam Bahasa Melayu (67.6%). Meski pun kebanyakan murid-murid sekolah pedalaman Sarawak merupakan kaum bumiputera seperti Iban, Bidayuh dan sebagainya namun Bahasa Melayu adalah begitu sinonim dengan budaya kehidupan mereka. Pengkaji mendapati murid LINUS tidak mengalami masalah dengan BM sebagai bahasa pengantar. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian Juriah Long (1992) yang bertajuk Kesesuaian Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Buku Bacaan Pada Peringkat Prasekolah Dengan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak yang mendapati mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) sesuai dijadikan bahasa pengantar untuk pendidikan awal kanak-kanak. Secara keseluruhannya, hasil analisis dapatan daripada kajian inis memberikan gambaran bahawa hanya terdapat sebahagian sahaja daripada faktor demografi murid yang memberi kesan terhadap kemahiran membaca dan memahami perenggan murid-murid pasca LINUS. Secara umumnya faktor kekeluargaan sememangnya singnifikan dan berpengaruh serta begitu dominan berbanding dengan pemboleh ubah yang lain. Namun suatu perkara penting yang perlu diberikan perhatian adalah bentuk dan tahap bantuan scaffolding yang perlu guru dan para ibu bapa berikan kepada MURID LINUS bagi menggalakkan mereka mempunyai keyakinan dan kemahuan untuk menguasai kemahiran membaca dan memahami perenggan. Faktor Demografi Guru LINUSSelain pengaruh pemboleh ubah demografi murid LINUS terhadap kemahiran membaca dan memahami perenggan, artikel ini turul melihat faktor demografi guru LINUS secara khususnya seperti kelayakan akademik, pengalaman mengajar kelas intervensi, faktor usia, faktor peningkatan input guru serta peruntukkan waktu mengajar guru LINUS.FAKTOR KELAYAKAN AKADEMIKHasil dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kelayakan akademik guru bukan merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi kemahiran membaca dan memahami murid LINUS. Pengkaji mendapati majoriti responden mempunyai latar belakang asas keguruan yang sewajarnya dan memenuhi syarat untuk memikul tanggungjawab sebagai guru LINUS. Guru-guru yang mengendalikan program LINUS ini telah pun menjalani Latihan Peguruan Asas dengan memenuhi segala syarat yang ditetapkan sebelum dianugerahi tauliah perguruan. Justeru dalam tempoh latihan guru tersebut telah memberikan guru-guru ini segala teori dan praktikal yang merangkumi segala aspek dalam pendidikan seperti bidang psikologi, sosiologi, falsafah dan kurikulum bagi membolehkan mereka menjadi seorang guru yang profesional. Secara keseluruhannya pengkaji mendapati kesemua guru yang terlibat dalam kelas LINUS mempunyai cukup kelayakan, pengetahuan dan pengalaman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebanyak 88.2 peratus guru memiliki diploma pendidikan dan 11.8 peratus pula mempunyai ijazah sarjana muda. Boleh dikatakan dengan kelayakan tersebut membolehkan mereka mengendalikan program LINUS dengan baik dan berkesan. Guru LINUS didapati mempunyai kelayakan minima sebagai guru terlatih.Menurut Nasiriah Md. Yusuff (2001), dalam tesis sarjananya yang bertajuk Latihan dalam Perkhidmatan mendapati guru-guru terlatih mampu untuk mengubahsuai pengajaran mereka sekiranya menghadapi sebarang masalah yang berlaku secara ad-hoc. Fenomena ini memberi gambaran kepada kita bahawa guru-guru LINUS mempunyai kualiti yang diingini bagi mengendalikan kelas LINUS. FAKTOR PENGALAMAN MENGAJAR KELAS INTERVENSIArtikel ini juga mendapati faktor pengalaman guru menjadi penyumbang kepada keberkesanan pengajaran membaca dan memahami perenggan dalam kelas LINUS. Pengkaji mendapati terdapat satu trend daripada pihak pengurusan sekolah memilih guru LINUS dalam kalangan mereka yang telah berpengalaman 5 tahun ke atas dalam bidang pendidikan khususnya intervensi. Analisis data menunjukkan bahawa seramai 70.5% guru adalah dalam kalangan mereka yang memang telah mempunyai pengalaman dengan kelas intervensi.Dapatan kajian ini sealiran dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Kadir (dalam Lilia 2009) yang menjalankan kajian tentang kesan pengalaman guru terhadap keberkesanan pengajaran. Dapatan kajian itu juga menunjukkan guru yang mempunyai pengalaman mengajar 5 tahun ke atas didapati lebih mampu mengajar dengan efisien, berketrampilan dan menguasai konsep dan teori pengajaran serta mampu berinteraksi dengan pelajar secara lebih baik. Justeru, pengkaji mendapati bahawa pemilihan guru LINUS yang rata-rata adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai pengalaman 5 tahun ke atas adalah berlandaskan rasa kepercayaan pihak pengurusan terhadap kewibawaan guru tersebut bagi melaksanakan program intervensi seperti LINUS ini.FAKTOR USIA GURUAnalisis daripada kajian ini juga mendapati faktor pengalaman berkaitan dengan usia guru. Pengkaji mendapati rata-rata guru LINUS adalah dalam kalangan mereka yang berusia 37 hingga 45 tahun iaitu sebanyak 58.8 peratus, diikuti pula guru LINUS yang berumur 45 tahun ke atas iaitu 23.5 peratus. Ini menunjukkan terdapat perkaitan yang rapat antara faktor umur dengan tugas sebagai guru LINUS. Faktor usia ini adalah berkaitan rapat dengan faktor pengalaman. Secara logiknya semakin berumur seseorang guru LINUS itu maka semakin berpengalaman mereka dalam mengendalikan kelas intervensi. Hasil dapatan daripada kajian ini begitu relevan dengan kajian yang dibuat oleh Abdul Kadir (dalam Lilia 2009) yang mengatakan guru yang mempunyai pengalaman 5 tahun ke atas dikatakan lebih menguasai pedagogical content knowledge.FAKTOR PENINGKATAN INPUT GURUPengkaji mendapati terdapat hubungan yang rapat antara pemboleh ubah keperluan kursus khas kelas intervensi (LINUS) dengan keberkesanan pengendalian kelas LINUS itu sendiri. Analisis data kajian ini menunjukkan sebahagian besar guru LINUS (53.0%) memberi pernyataan bahawa mereka tidak pernah menghadiri sebarang kursus intervensi berkenaan program LINUS ini. Sebanyak 47 peratus guru pula pernah menghadiri kursus latihan intensif LINUS sekurang-kurangnya sekali di sepanjang perkhidmatn. Rekod dokumen sekolah menunjukkan kebanyakan pihak sekolah kurang mengambil berat tentang keperluan berkursus kepada guru-guru intervensi bagi meningkatkan kemahiran pengajaran. Kajian ini juga menunjukkan ada keperluan berkursus bagi meningkatkan kemahiran dan profesionalisme guru. Jika merujuk kepada kajian yang dibuat oleh Ahmad Idris (1990), beliau menekankan keperluan berkursus sebaga latihan kepada guru bagi memastikan keberkesanan tugas terutama dalam bidang khas seperti kelas intervensi dan sebagainya. Kebanyakan responden yang dikaji melahirkan perasaan kecewa kerana sukar bagi mendapatkan peluang untuk berkursus. Begitu juga dengan kajian Nasiriah (2001) terhadap keperluan berkursus untuk guru penolong kanan sekolah yang turut menunjukkan angka persetujuan yang tinggi. Rumusannya dapatlah dikatakan bahawa keperluan berkursus bagi mendapatkan input dan konsep baru adalah perlu terutamanya dalam mengendalikan program yang memerlukan kemahiran tinggi seperti program LINUS ini (Faridah 2002).FAKTOR PERUNTUKAN WAKTU MENGAJAR GURU LINUSFaktor peruntukan waktu dalam kalangan guru yang mengendalikan kelasintervensi LINUS juga turut dikaji di dalam artkel ini. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara jam mengajar guru dengan kemahiran membaca dan memahami murid intervensi LINUS. Pengkaji mendapati kebanyakan guru hanya mempertuntukkan 1 hingga 2 jam seminggu bagi mengendalikan kelas LINUS. Hanya 12 peratus mengajar LINUS selama 3 jam dan 6 peratus lag mengajar LINUS melebihi 4 jam seminggu.Peruntukan masa yang begitu sedikit iaitu 1 hingga 2 jam seminggu (41.0%) mendatangkan kesan kepada kemahiran membaca murid-murid LINUS. Dapatan kajian memberi gambaran kepada kita bahawa faktor peruntukan waktu dalam pengajaran dan pembelajaran kelas LINUS adalah penting. Semakin lama masa guru diberikan kepada murid LINUS, maka semakin mudah mereka menguasai kemahiran membaca dan memahami sesuatu perenggan. Sebagai rumusannya dapatlah dikatakan bahawa pemboleh ubah guru dan murid sememangnya memberi pengaruh yang besar terhadap kemahiran membaca dan memahami perenggan murid LINUS.

BAHAGIAN B

Tulis esei cabaran-cabaran mengajar kemahiran membaca Bahasa Melayu di sekolah saya. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahap Dua, kemahiran membaca ialah keupayaan murid membaca ayat yang lancar serta sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Penekanan diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis. Kemahiran membaca peril diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar.Akhirnya,murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami perkara yang dibaca. Bahan bacaan hendaklah dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan jenis dan teknik yang sesuai dan berkesan.Kebanyakan guru menganggap mengajar Bahasa Melayu merupakan tugas yang mudah sedangkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid sekolah rendah.Rentetan daripada permasalahan ini, saya telah berkesempatan menemubual tiga orang guru Bahasa melayu dari Sekolah Kebangsaan Raja Muda Musa,Kuala Kangsar,Perak iaitu Pn Maslina bt Misiran, Pn Surana Abu Zarin dan Pn Norzalina bt Zolkifly. Berdasarkan temubual yang dijalankan, guru-guru tersebut berpendapat faktor permasalahan berpunca daripada faktor komunikasi . Setiap guru hendaklah mahir dalam berkomunikasi. Guru yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik khususnya mengajar di dalam bilik darjah, sukar bagi seseorang guru itu menjadikan pengajarannya berkesan. Melalui komunikasi yang baik, seseorang guru itu dapat menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan, menyebarkan ilmu pengetahuan,maklumat serta tunjuk ajar yang berkesan kepada murid-murid tanpa menimbulkan sebarang ketidakfahaman murid mengenai sesuatu pembelajaran tersebut. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid lambat menerima sesuatu pembelajaran tetapi objektif yang dirancang bagi satu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai sekaligus akan menyebabkan timbulnya masalah dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Oleh itu, guru hendaklah menyusun strategi serta teknik yang berkesan agar pembelajaran berinteraksi dalam kelas bersama murid-murid tidak mendatangkan masalah dan suasana berinteraksi yang berkesan.Adanya interaksi yang berkesan yang ditonjolkan oleh guru kepada murid-murid. serta terbitnya perasaan hormat menghormati, saling bantu membantu sesama guru dan murid menjadikan sesuatu sesi pengajaran menjadi lebih bermakna. Komunikasi bukan sahaja melalui percakapan malah, komunikasi juga dapat dizahirkan melalui aktiviti membaca. Jika mesej yang disampaikan oleh guru dapat difahami oleh murid-murid maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi bertulis telah diamalkan dan pasti kemahiran membaca dapat dijalankan dengan sempurna. Oleh itu, kemahiran komunikasi amat penting bagi seorang guru untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa terutamanya kemahiran membaca dengan adanya suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.Cabaran kedua mengikut pendapat guru-guru yang ditemuramah, yang menyebabkan timbulnya masalah dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran membaca ialah faktor tahap kecerdasan murid. Tahap kecerdasan murid amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam kategori murid pintar atau cerdas dan ada juga golongan murid yang tergolong dalam kategori lemah.Dalam keadaan ini, timbulnya masalah kepada guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis kerana mempunyai perbezaaan tahap kecerdasan murid di dalam satu kelas. Bagi murid yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi akan berupaya memahami sesuatu pelajaran itu dengan cepat manakala berbeza bagi murid yang mempunyai tahap kecerdasan dalam kategori lemah.Guru perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang efektif untuk memaksimakan pencapaian murid-murid.Setiap guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada murid-murid melalui strategi yang berkesan.Bagi murid kategori lembam atau lemah, mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran kemahiran berbahasa terutamanya masalah membaca yang ada dalam diri murid lembam seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca,tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak diketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan bacaan yang merangkak-rangkak dan menyebabkan murid-murid kategori lembam atau lemah tidak dapat memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut serta tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan ransangan yang diberikan guru. Berbeza dengan murid bagi kategori pintar cerdas di mana mereka memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengayaan,pecutan atau lebih kehadapan berbanding murid-murid biasa.Guru perlu mengetahui keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin,menghafal fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Ini semua sukar untuk didapati dalam konteks bilik darjah aliran biasa yang mana tidak semua murid-murid mempunyai keupayaan untuk belajar dan membaca secara pantas.Oleh demikian, sebarang masalah yang menyebabkan timbulnya masalah dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan kemahiran berbahasa hendaklah ditangani oleh guru dengan baik dan teratur supaya tidak akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Dengan ini, murid akan dapat menguasai kemahiran berbahasa iaitu kemahiran membaca,menulis,mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan.

BAHAGIAN CRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran: Bahasa MelayuTahun: 3 HarapanBil.Murid: 38 orangMasa: 7.40pagi 8.40pagiTarikh: 6/ 10 / 2014Tema: Kesihatan dan KebersihanTajuk: Senaman Menyihatkan Badan

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

2.5 Membaca,memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.2.5.2 Membaca,memahami dan menaakul maklumat dalam bahan grafik dan bahan bukan grafik dengan betul.

Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkara yang dibaca. ii. Menyampaikan maklumat dalam latihan isi tempat kosong dengan betul.Sistem Bahasa Sistem bahasa : Imbuhan awalan Kosa kata:Mencederakan, menjamin, mendatangkan, manfaat.Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum Ilmu: Muzik, Sains, PendidikanJasmanidanKesihatan. Nilai murni: Tanggungjawab, prihatin, rasional Kreativiti:Memilih aktiviti yang sesuai untuk bersenam Strategi KB : Mengenalpasti, menyelesaikanmasalah TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, muzik, visual. kinestatik, visual BCB : Memproses maklumat tentang kebaikan bersenam. Pembelajaran kontekstual: Menghubung kait dengan amalan senaman harian.

Bahan Bantu Belajar

BilJenisBilangan

1Komputer riba1

2Pembesar suara1

3Petikan38

4Lembaran kerja38

5Kertas sebak6

6Gambar6

7Buku teks38

Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah melakukan pergerakan senaman.

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti PengajaranDan PembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)-Aktiviti Chicken Dance.

Soalan cadangan:1. Pernahkah kamu melakukan pergerakan Chicken Dance?2. Apakah tujuan aktiviti pergerakan Chicken Dance ini diadakan?

Tajuk:Senaman Menyihatkan Badan1) Murid-murid disoal mengenai pengalaman mereka membuat pergerakan dalam lagu Chicken Dance.2) Guru memainkan lagu Chicken Dance dan membuat demonstrasi pergerakan.3) Murid-murid dan guru membuat pergerakan sambil diiringi oleh lagu Chicken Dancebersama-sama.4) Murid-murid disoal mengenai tujuan pergerakan dilakukan.5) Murid-murid dan guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. BBB:-Pembesar suara-Komputer riba

Teknik:-Soal jawab-Demonstrasi

TKP:-Verbal-Muzik-Kinestetik

Nilai:-Berdisiplin

Langkah 1(15minit)

Bacaan petikanSenaman Menyihatkan Badan.

-Isi petikan:1.Senaman baik untuk kesihatan.2.Senaman dapat menghindarkan penyakit.3.Senaman dengan cara yang betul.4.Senaman dapat memenuhi masa lapang.

-Kosa kata:-Mencederakan-Mendatangkan-Menjamin-Manfaat

1) Guru mengedarkan petikan kepada semua murid.2) Murid membaca petikan secara mentalis selama dua minit.3) Beberapa orang murid dipilih oleh guru untuk membacakan petikan secara mekanis.4) Murid membaca petikan secara kumpulan dan kelas.5) Murid-murid disoal mengenai isi petikan berdasarkan perenggan.6) Murid-murid diminta mengeluarkan kosa kata yang terdapat dalam petikan.7) Guru menerangkan kosa kata tersebut.8) Guru membimbing jawapan murid.BBB:-Lembaran petikan

TKP:-Verbal-Intrapersonal-Interpersonal

BCB:-K.membaca

Teknik:-Soaljawab

Nilai:-Berhati-hati-Prihatin

Langkah2(15minit)-Latihan isi tempat kosong.

-Jawapan latihan isi tempat kosong:1. Berjoging2. Terdapat3. Berehat4. Berjaga5. Terjejas

1) Guru mengedarkan latihan isi tempat kosong kepada murid-murid.2) Murid-murid diminta menjawab soalan dengan jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan yang disediakan.3) Masa yang diberikan ialah selama lima minit.4) Setelah siap, beberapa orang murid dipilih untuk membacakan petikan dengan jawapan yang betul.5) Guru membimbing jawapan murid.6) Guru menyelitkan pembelajaran imbuhan awalan dalam latihan tersebut.BBB:-Lembaranlatihan.

Teknik:-Penerangan-Perbincangan

TKP:-Verbal-Visual

KB:-Menyelesaikan masalah

BCB:-K.membaca-K.menulis

Langkah 3(20minit)-Aktiviti Sukan Kegemaran Saya.

Sampul tugasan:

1) Murid-murid diminta merujuk buku teks halaman 38.2) Murid-murid diterangkan tentang piramid aktiviti kesihatan.3) Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan.4) Ketua kumpulan diminta memilih gambar aktiviti sukan yang ditampal pada papan putih.5) Secara berkumpulan, murid-murid diminta membina satu perenggan pendek menceritakan tentang sukan yang diperoleh daripada gambar. 6) Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.7) Murid dan guru membincangkan jawapan bersama-sama.8) Guru membimbing jawapan murid.

BBB:-Kertas sebak-Gambar-Buku teks

TKP:-Interpersonal-Intrapersonal-Verbal-Visual

KB:-Mengenalpasti

BCB:-K.membaca-K.menulis

Nilai:-Bekerjasama-Bantu-membantu

Penutup(5 minit)Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:-Makanan seimbang-Kumpulan makanan-Perkataan sinonim

Sosial:Bertepuk tangan untuk diri sendiri.

1) Murid-murid disoal kefahaman mereka terhadap tajuk pembelajaran.2) Guru bertanyakan tentang pyramid aktiviti kesihatan.3) Murid-murid diminta menyatakan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam PdP.4) Murid dan guru sama-sama membuat pergerakan Chicken Dance dengan iringan muzik.5) Guru merumuskan isi pelajaran.

BBB:-Komputer riba-Pembesar suara

TKP:-Verbal-Interpersonal-Muzik

KB:-Merumus

Nilai murni:-Prihatin-Sayangi diri-Jaga kesihatan

1.1RefleksiDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Harapan yang bertemakan Kesihatan dan Kebersihan dalam tajuk Senaman Menyihatkan Badan,teknik membaca yang digunakan sepanjang aktiviti ini ialah teknik membaca secara mentalis dan mekanis.Penggunaan teknik ini dipilih memandangkan murid pada tahun 3 Harapan merupakan tahap pelajar yang berpencapaian sederhana.Hanya terdapat 2 orang murid yang masih memerlukan pemulihan.Teknik membaca yang digunakan ialah teknik bacaan mentalis dan teknik bacaan mekanis. Pelajar juga diminta membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang petikan yang diberi oleh guru.Setelah itu murid menyenaraikan beberapa jawapan soalan yang terkandung di dalam teks.Soalan-soalan ini dibincangkan dan dibuka sesama murid dan guru untuk memberi pendapat.Selepas set induksi yang memperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari tersebut,langkah pertama dimulakan dengan guru mengedarkan petikan dan setiap murid membaca secara mentalis. Bacaan mentalis merupakan bacaan yang dilaksanakan Dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara.Tujuan bacaan tersebut adalah untuk memahami maklumat atau idea. Selepas murid memahami petikan yang dibaca,guru memilih pula beberapa orang murid untuk membaca secara mekanis. Bacaan mekanis merupakan bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.Bacaan mekanis juga mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul mengikut nada intonasi dan tekanan yang betul. Bahan bacaan dan petikan juga merupakan bahan yang mudah dan tidak membebankan minda.Murid juga diminta mengeluarkan kosa kata dalam petikan dan kemudian guru berbincang tentang kosa kata bersama murid.Seterusnya untuk langkah ke dua di mana aktiviti murid diberi latihan mengisi tempat kosong.Murid diminta menjawab soalan dengan jawapan yang betul berdasarkan pilihan jawapan. Setelah menyelesaikan jawapan,murid dikehendaki membaca secara mekanis.Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca.Semasa melakukan pembacaan,murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan.

Dalam kumpulan,murid boleh bertukar-tukar pendapat dan fikiran menerima dan menolak konsep maklumat yang dibaca.Untuk langkah ketiga, aktiviti kumpulan dijalankan dengan aktiviti membina satu perenggan pendek menceritakan tentang sukan berdasarkan gambar yang telah diberi.Selepas aktiviti perbincangan kumpulan, untuk sesi pembentangan ,murid mengingat kembali maklumat dari pembacaan daripada petikan dan isi-isi penting semasa perbincangan kumpulan sebelum ini. Setelah memberi jawapan,teknik R-Review digunakan untuk mengesahkan jawapan yang diberi supaya tidak ada tertinggal fakta dalam tugasan yang diselesaikan.1.2KekuatanDi antara kekuatan dan kelebihan menggunakan teknik membaca mentalis, mekanis dan intensif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Harapan ini ialah:a) Dapat melatih murid membaca sesuatu petikan dengan singkat dan dapat mengingat dan memahami lebih banyak maklumat.b) Melatih murid menggunakan minda secara optimum.c) Mempertingkatkan keupayaan murid memahami teks petikan yang dibaca dalam jangka masa yang singkat.d) Dapat membantu murid menggunakan kemahiran berfikir terutama bagi memahami teks yang dibaca.e) Guru dapat melatih murid membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan.Murid dapat memahami isi kandungan yang dibaca,faham dan dapat menaakul bahan bacaan.f) Apabila murid telah dapat menguasai kemahiran membaca menggunakan teknik ini,guru dapat menanam minat membaca di kalangan murid.Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada murid dengan pengetahuan baru sepanjang masa.

1.3 KelemahanTidak banyak kelemahan sewaktu menggunakan teknik mekanis, mentalis dam intensif ini kerana bersesuaian dengan tahap pencapaian murid Tahun 3 harapan di mana tahap mereka dalam kalangan murid berpencapaian sederhana. Teknik ini bersesuaian kerana tidak memerlukan pemahaman dalam jangka masa yang singkat.1.4Kesimpulan Kesimpulan yang dapat diambil dalam pengajaran dan pembelajaran di atas,secara keseluruhannya dapat dicapai dengan jayanya. Keseluruhan murid dapat menguasai pembelajaran pada hari ini.Penggunaan teknik bacaan mekanis, mentalis dan intensif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 3 Harapan ini telah banyak memberi kelebihan kepada murid berbanding kelemahannya dan amat bersesuaian dengan tahap pencapaian murid sederhana.Melalui proses dan penggunaan teknik-teknik bacaan ini,pelajar memperoleh maklumat yang tepat,cepat dan dapat menyelesaikan tugasan secara berkesan.

Bibliografi:Buku :Abdul Aziz Talib et. al (1989). Pengajaran dan Pengujian Bahasa. Kuala Lumpur : Direct Art Compony

Atan Long(1970). Aktiviti Permulaan Membaca KBSR Tahun Satu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Azman Wan Chik (ed) (1986). Mengajar Bahasa Malaysia, Jilid 1 : Perkaedahan.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Bloomfield, L (1942). Outline Guide For The Practical Study of Foreign LanguageBaltimore. Linguistic Society of America.

Chall, J.S (1967). Learning to Read : The Grate Debate. New York : Mc Graw Hill Book Co.

Diane Lapp & James Loop (1986). Teaching Student To Read. New York : Collier Macmillan Publishing.

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. KualaLumpur : Kumpulan Budiman

Nik Safiah Karim (ed), (1980). Bahasa Melayu Teori Dan Aplikasi. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti.

Sofiah Hamid (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Utusan Publication And Distrubutors.

Steinberg, D.D (1982). Language, Mind and World. London : Logman

Media Elektronik : Internet

Abdul Rahim b. Abdul Rashid (2002). Kesan Pendekatan Pengajaran Sistematik Terhadap Peningkatan Penguasaan Perbendaharaan Kata Dan Pemahaman Murid-Murid Yang Menghadapi Masalah Di Sekolah Rendah Luar Bandar.http://www2.moe.gov.my/~mpp/Rahim.htm(12 Oktober 2002)

Sk. Mohd. Sawpi Lawi (2002). Faktor-faktor Psikolinguistik Dalam Penguasaan Kemahiran Membaca. www.geocities.com/penyelidikanm4p/sawpi.htm(12 October 2002)

LAMPIRANSITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 HARAPAN SK RAJA MUDA MUSA,KUALA KANGSAR

KUMPULAN 1 KUMPULAN 2

KUMPULAN 3 KUMPULAN 4