Tugasan Esei Lengkap Pkb3111

70
1.0 PENGENALAN Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak, media elektronik atau media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas. Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan kesukaran dalam pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu cara untuk membantu murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat pendidikan yang sama rata seperti murid-murid di aliran perdana yang lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran yang lain dan berbeza cara dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru yang mengajar juga mempunyai latihan yang tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut rentak yang bersesuaian dengan tahap bagi membantu membetulkan kekurangan yang ada pada murid-murid ini. Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan 1

description

PKS3111

Transcript of Tugasan Esei Lengkap Pkb3111

1.0 PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan samada melalui media cetak, media elektronik atau media massa. Pendidikan di Malaysia juga tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan sejenak untuk menyelami dunia kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan kesukaran dalam pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran membaca, menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu cara untuk membantu murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat pendidikan yang sama rata seperti murid-murid di aliran perdana yang lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran yang lain dan berbeza cara dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru yang mengajar juga mempunyai latihan yang tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut rentak yang bersesuaian dengan tahap bagi membantu membetulkan kekurangan yang ada pada murid-murid ini.

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala mengganggu perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid Pendidikan Khas itu sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajaryang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan.2.0 SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.

Menurut Slavin (1997), pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Bagi Hallahan dan Kauffman (2006) pendidikan khas merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa

Pendidikan khas di Malaysia telah bermula sejak awal tahun 1920-an. Program ini dimulakan di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.

Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak.

Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran. Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis / kategori adalah seperti rajah-rajah berikut :

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN

1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka

1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang

1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)

1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)

1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih,diperkenalkan

1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan

1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, SetapakPengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-QuranPenubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Rajah 1 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

1954 Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang

1954 Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang

1963 Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolahrendah dan sekolah menengah biasa yang dipilihPermulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras

1978 Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod TanganPenubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan

1979 Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan

1985 Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama IslamPenubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal

1987 Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam

Rajah 2 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

PROGRAM PENCATUMAN / INKLUSIF

1962 Program pereantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatandimulakan

1988 Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran

1993 Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala Lumpur

1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif secara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh Negara

1995 Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan

Rajah 3 : Perkembangan Program Pencatuman / Inklusif

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

1988 Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih). Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990 Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji. Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya

1991 Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di seluruh negara secara berperingkat.

1993 Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 Pendidikan Inklusif Bermula

1996 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah embelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

2006 Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.

Rajah 3 : Perkembangan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Bedasarkan jadual yang ditunjukkan dalam rajah-rajah di atas, perkembangan pendidikan khas di Malaysia pada mulanya lebih tertumpu kepada masalah penglihatan di mana telah dimulakan seawal tahun 1926. Ini diikuti dengan pendidikan khas masalah pendengaran yang dimulakan selepas hampir 30 tahun pelaksanaan pendidikan khas masalah penglihatan iaitu dalam tahun 1954. Kelas-kelas pencatuman / inlusif hanya dimulakan dalam tahun 1962. Manakala bagi program-program pendidikan khas bermasalah pembelajaran baru dimulakan bermula tahun 1988.

Perkembangan pendidikan khas di Malaysia semakin hari berkembang dengan pesat di mana saban tahun akan berlaku pertambahan program-program pendidikan khas di seluruh Negara. Di samping itu, program pendidikan khas juga telah diberikan kepada kanak-kanak seawall prasekolah lagi di mana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan program khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat prasekolah iaitu:

i. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas.ii. Program Pendidikan Khas Inklusif Prasekolahiii. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khasiv. Program Pendidikan Khas Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas telah dipertingkatkan ke seluruh negara. Prasekolah Pendidikan Khas mempunyai murid bermasalah pendengaran; bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.

Pada 2010, sebanyak 172 buah program prasekolah telah dibuka bagi kesemua tiga kategori di seluruh negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan sebanyak 28 program di Sekolah Khas dan 144 program prasekolah pendidikan khas integrasi masalah pembelajaran di seluruh negara. Terdapat seramai 590 murid pendidikan khas yang mengikuti pendidikan pada peringkat prasekolah integrasi

3.0 PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Pelaksanaan Program Pendidikan Khas adalah di bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK KPM). Bahagian Pendidikan Khas ini telah ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 dan bertanggungjawab untuk merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah di Malaysia. BPK KPM juga berperanan merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman) serta merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas.

Selain daripada itu BPK KPM juga merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas serta menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas. Latihan dan pembangunan staf juga adalah menjadi tanggungjawab BPK KPM di samping bertanggunjawab juga menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

3.1 Program-Program Pendidikan Khas Di Malaysia

Menurut Akta Pendidikan 1996, Program pendidikan khas merupakan satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. Ia juga merangkumi program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.

3.2 Jenis-Jenis Program Pendidikan Khas

Terdapat beberapa program yang dijalankan di bawah Program Pendidikan Khas. Program-program tersebut ialah Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Inklusif (PI), Program Pemulihan Khas, dan Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia.

3.2.1 Sekolah Pendidikan Khas (SPK)

Sekolah Pendidikan Khas (SPK berada di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK). SPK menyediakan menyediakan perkhidmatan khas untuk murid-murid bermasalah pendengaran dan penglihatan. Seperti aliran perdana, SPK juga dijalankan di peringkat rendah dan juga menengah. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Pendidikan Khas (SPK) :

1. PrasekolahSyarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:0. berumur tidak kurang dari lima (5) tahun0. disahkan oleh pengamal perubatan0. boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

1. Pendidikan RendahSyarat kemasukan murid ke Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:0. berumur 6+ hingga 14+ tahun0. tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)0. disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM150 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).

1. Pendidikan MenengahSyarat kemasukan murid ke Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah:0. berumur 13+ hingga 19+ tahun0. tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum)0. disahkan oleh pengamal perubatan0. boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu aliran akademik dan vokasional. Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.

Selepas Tingkatan 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak.Mereka yangmemilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.

1. Pendidikan Pasca Menengah

Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen. Politeknik yang terlibat ialah:0. Politeknik Ungku Omar, Ipoh.0. Politeknik Johor Bharu0. Politeknik Shah Alam

Kursus-kursus yang ditawarkan kepada murid-murid pendidikan khas ialah:

0. Penyelenggaraan mekanikal0. Awam Pembinaan0. Rekaan dan Fesyen dan Pakaian0. Hotel dan KeteringRekabentuk grafik

3.2.2 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Program ini dikhusukan untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan. Program ini bertujuan untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE).

Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

3.2.3 Program Inklusif (PI)

Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-muridbiasa.Program ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.

Program Inklusif adalah ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pelaksaan program ini ialah dengan kaedah di mana murid berkeperluan khas akan ditempatkan di dalam kelas aliran berdana untuk belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di SM. Methodist (L), Kuala Lumpur). Program ini diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.

Tujuan program ini dilaksanakan seperti yang dinyatakan adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996). Di samping itu, ia juga bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.

Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. Terdapat 2 jenis PI iaitu1. Inklusif Penuh 1. Inklusif Separa/Separuh Inklusif

3.2.4 Program Pemulihan Khas

Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal) di mana murid-murid yang terlibat dengan program ini akan bergerak ke Kelas Pemulihan untuk menjalani pemulihan 3M mengikut jadual yang telah ditetapkan

3.2.5 Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik

Kementerian Pendidikan Malaysia mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.

Syarat kemasukan ke program ini:1. murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan,1. murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas,1. keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan

Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan. Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004 di mana 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3 buah) sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikanjumlah: 31 buah

Berdasarkan penerangan di atas, dapat dilihat bahawa pelaksanaan program pendidikan khas telah memberi peluang yang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sama seperti murid-murid normal yang lain. Cara pelaksanaan dan kaedah yang sesuai telah diubahsuai bagi memastikan semua murid berkeperluan khas dapat belajar dalam suasana dan persekitaran yang kondusif dan sesuai dengan kemampuan mereka.4.0 PERBANDINGAN ANTARA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH KERAJAAN DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SWASTA / PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN.

4.1 Pengenalan

Selain Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Program Pendidikan Khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan Program Pendidikan Khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) yang menyediakan Program Intervensi Awal, Latihan Vokasional, Rancangan Pendidikan dan Terapi Pertuturan dan Motor Kasar untuk kanak-kanak yang menghidap Autisme yang berumur 0 17 tahun. Pusat Perkembangan dan Motivasi ET (Happyland) yang menyediakan aktiviti pembelajaran dan terapi kepada kanak-kanak berkeperluan khas dengan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Untuk tugasan ini, saya akan membuat perbandingan di antara Program Pendidikan Khas Integrasi di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Program Pendidikan Khas yang dikendalikan oleh Yayasan Sindrom Down Malaysia Kiwanis..

4.2 Kenali Yayasan SIndrom Down Kiwanis (KDSF)

Yayasan Sindrom Down Malaysia atau lebih dikenali dengan Kiwanis merupakan sebuah Program Pendidikan Khas Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memberi tumpuan khas kepada anak-anak Sindrom Down yang berusia 0 hingga 6 tahun. Idea untuk membantu anak-anak Sindrom Down mula diketengahkan pada tahun 1988 oleh sekumpulan anggota Kiwanis dari Kelab Kiwanis Kuala Lumpur. Pemilihan Sindrom Down telah diputuskan kerana berdasarkan kaji selidik yang dibuat oleh mereka menunjukkan bahawa tidak ada badan yang ditubuhkan khas untuk anak-anak Sindrom Down pada masa itu. Pada peringkat awal, terletak di 59, Jalan Gasing , ia bermula dengan 35 kanak-kanak dengan Sindrom Down pada bulan September 1989. Pusat ini kemudiannya dirasmikan oleh Datuk Dr Siti Hasmah , isteri Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF ) telah ditubuhkan pada tahun 1990. Yayasan Sindrom Down Kiwanis adalah sebuah pertubuhan yang tidak mengaut keuntungan dengan status pengecualian cukai . Ia komited untuk kebajikan kanak-kanak Sindrom Down , tumpuan utamanya ialah pembelajaran dan pendidikan kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun.

Hingga kini, KDSF telah menguruskan 7 pusat KDSF di Malaysia iaitu di Petaling Jaya, Johor Bahru , Klang , Seremban , Melaka , Kota Kinabalu dan Kulai. Pusat ini melaksanakan Program Intervensi Awal , Keperluan Khas Program Pendidikan menggunakan Kurikulum Robert Dellar.

4.3 Perbandingan Antara Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) dengan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF)

Aspek PerbezaanPPKI BPKDSF

PengendalianKerajaan (KPM)Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Kurikulum dan Pengisian ProgramKSSR Pendidikan KhasKurikulum Pendidikan KhasLebih akademikKurikulum Robert DellarTerapi dan intervensi awal kanak-kanak

Kategori MuridPelbagai kecacatanSindrom Down

Umur Murid4 hingga 6 (Prasekolah)7 hingga 14 (Rendah)15 hingga 19 (Menengah)0 hingga 6 tahun

Guru / PetugasGuru-guru terlatih dengan dibantu oleh Pembantu Pengurusan MuridPetugas yang terlatih dengan bantuan pakar-pakar terapi dan sukarelawan

KewanganKerajaan (KPM)Sumbangan dan kutipan dana

Yuran BulananTiada yuran dikenakanMengenakan yuran bulanan ke atas setiap peserta

Rajah 5 : Jadual Perbezaan Antara PPKI BP Dengan KDSF

Berdasarkan jadual yang ditunjukkan di atas, terdapat beberapa aspek perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas di antara kedua-dua program yang melibatkan kanak-kanak berkepeluan khas ini.

Perbezaan yang pertama sudah tentulah pengendalian kedua-dua program ini di mana Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) adalah di bawah pengendalian Kementerian Pendidikan Malaysia sepenuhnya manakala Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) pula dikendalikan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Program Pendidikan Khas Integrasi yang disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Segala peruntukan, bantuan dan pelaksanaan program perlu mengikut garis panduan yang diturunkan oleh kementerian. ni berbeza dengan KDSF yang dikendalikan oleh pihak NGO di mana programnya di jalankan di pusat-pusat penjagaan yang dibina di premis-premis tertentu. KDSF mempunyai premis sendiri di mana semua aktiviti dijalankan secara berpusat di premis bagi negeri-negeri yang mempunyai cawangan KDSF. Pelaksanaan program juga tidak terikat dengan garis panduan yang khusus dan pelaksanaan aktiviti lebih fleksibel. Namun begitu, KDSF tetap saling berhubung dengan kementerian yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaannya tidak tersasar di samping mendapat bantuan dan sokongan yang diperlukan.

Dari segi pelaksanaan kurikulum, PPKI yang dikendalikan oleh KPM mempunyai kurikulumnya yang tersendiri mengikut apa yang ditetapkan oleh kementerian. Kurikulum yang digunakan lebih menekankan aspek akademik di samping aspek-aspek sosial, tingkah laku, rohani, emosi dan sahsiah turut diberi perhatian. Program-program Pendidikan Khas Integrasi menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan yang terkini menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PPKIBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di KDSF pula adalah berdasarkan Kurikulum Robert Dellar yang menjurus kepada Program Intervensi Awal (EIP) terhadap kanak-kanak. Ini bersesuaian dengan umur kanak-kanak di KDSF yang terdiri daripada anak-anak yang berumur 0 hingga 6 tahun. Pengisian program di KDSF lebih menjurus kepada aktiviti terapi, intervensi awal kanak-kanak dan belajar sambil bermain. Di KDSF, mereka menjalankan 3 program yang utama iaitu Program Stimulasi Bayi (ISP) untuk bayi berusia dua bulan hingga 2 tahun. Yang kedua ialah Program Toddler (TOP) untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun dan yang terakhir adalah Program Pendidikan Khas (SEP) untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. Program ISP bertujuan untuk menguatkan kelemahan fizikal (otot) melalui fisioterapi dan terapi gerak kerja bagi membantu anak itu mencapai matlamat awal seperti berupaya merangkak, mencari serta bermain objek, mempunyai refleks yang lebih baik selain kebolehan memori dan imitasi bunyi. Program TOD pula dibina berdasarkan pencapaian kebolehan anak, bagi membantu anak itu mengikuti pendidikan seterusnya. Penekanan yang diberi adalah pada pengembangan kebolehan yang lain seperti pertuturan peringkat awal, pra-akademik, penceritaan, muzik serta menyukai lukisan, semuanya dalam skop keceriaan dan permainan," kata beliau. Bagi program pula, adalah program untuk mengukuhkan kebolehan yang dipelajari seperti menghalusi kebolehan Motor Kasar dan Halus, Pra Akdemik dan Pertuturan selain kebolehan Bantu Diri dan Kemahiran Sosial.

Perbezaan seterusnya yang boleh dilihat ialah penyertaan anak-anak berkeperluan khas di dalam kedua-dua program ini. Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran, pelajar-pelajar yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai kategori kecacatan / masalah. Antara kategori murid di PPKI BP ialah, murid Sindrom Down, Autisme, Hyperactive, Disleksia, Epilepsi, kecelaruan emosi, dan beberapa kategori lagi. Tetapi di KDSF, anak-anak yang diterima masuk khusus kepada anak-anak Down Sindrom sahaja. Ini kerana program yang dijalankan di KDSF adalah menjurus kepada program pemulihan dan inervensi kepada kanak-kanak Sindrom Down sahaja.

Dari segi umur juga menunjukkan perbezaan di antara kedua-dua program ini. Di KDSF, kanak-kanak Sindrom Down yang diterima masuk adalah di bawah 6 tahun. Ini kerana, menurut pengarah pentadbiran Pusat Nasional Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF), Angie Heng, anak-anak yang berumur lebih dari enam tahun, wajar mengikuti kelas Pendidikan Khas yang disediakan Kementerian Pelajaran. Di PPKI BP, pelajar-pelajar yang diterima masuk di kategorikan kepada 3 kategori had umur iaitu peringkat prasekolah berumur 4 hingga 6 tahun, peringkat sekolah rendah berumur antara 7 hingga 14 tahun dan di sekolah menengah pula berumur antara 15 hingga 19 tahun.

Jika dililhat dari aspek tenaga pengajar, guru-guru yang terdapat di PPKI BP merupakan guru-guru yang terlatih yang mendapat latihan perguruan yang khusus dan diiktiraf oleh kementerian. Guru-guru di PPKI BP mempunyai kalayakan dan latihan yang cukup untuk mendidik anak-anak berkeperluan khas di kelas PPKI BP. Di samping itu, di PPKI BP juga mendapat khidmat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang membantu dalam menguruskan anak-anak berkeperluan khas ini. Di KDSF juga, para petugasnya mendapat latihan intervensi awal kanak-kanak yang diuruskan oleh pihak KDSF sendiri. Namun begitu, perbezaan yang dapat dilihat ialah di KDSF, program yang dijalankan mendapat sokongan dan bantuan daripada pakar-pakar terapi yang berkelayakan. Di antara pakar yang terlibat ialah Pakar Terapi Pertuturan, Pakar Fisioterapi dan Pakar Terapi Carakerja. Terdapat juga sukarelawan yang membantu semasa aktiviti dijalankan.

Dalam menjalankan sesuatu program, kewangan merupakan sumber terpenting yang dapat melancarkan perjalanan program atau aktiviti yang dijalankan. Perbezaan yang terakhir yang dapat dilihat adalah aspek kewangan. Bagi PPKIBP, segala peruntukan kewangan diperolehi daripada peruntukan kewangan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Peruntukan kewangan yang disalurkan menjadi sumber utama dalam menjalankan segala aktiviti di sekolah dan membeli peralatan serta bahan bantuan mengajar yang diperlukan. Peruntukan kewangan disalurkan setiap tahun mengikut bilangan murid yang berdaftar di sekolah. Yuran persekolahan juga tidak dikenakan kepada murid-murid PPKIBP dan sekiranya ada terdapat sebarang bayaran tambahan, hendaklah mendapat kebenaran bertulis dan persetujuan dari pihak pentadbiran sekolah.

Berbanding dengan KDSF, setiap murid dikenakan yuran berdasarkan program yang diikuti sama ada Program ISP, TOD ataupun SEP. Selain daripada kutipan yuran, pihak KDSF juga mendapat sumbangan-sumbangan kewangan daripada orang perseorangan ataupun syarikat-syarikat tertentu bagi menjalankan aktiviti mereka. Pihak KDSF juga sentiasa berusaha menjalankan aktiviti yang mampu mengumpul dana untuk program mereka.

Daripada huraian di atas, jelas menunjukkan terdapat banyak perbezaan antara Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran yang dijalankan di sekolah jika dibandingkan dengan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF). Namun begitu terdapat juga persamaan yang ketara di atara kedua-duanya. Secara umumnya, kedua-dua program merupakan program yang membantu kanak-kanak berkeperluan khas untuk menjalani hidup nirmal seperti orang lain. Program-program Pendidikan Khas ini juga sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan juga kepada ahli keluarga mereka agar sentiasa berfikiran positif dan dapat menerima anak-anak berkeperluan khas sama seperti anak-anak lain yang normal. Terdapat juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kedua-dua program ini yang dapat memberi kesedaran dan pendedahan kepada masyarakat di samping menggalakkan orang ramai untuk sama-sama membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini secara langsung ataupun tidak.

5.0 ISU-ISU BERKAITAN MURID PENDIDIKAN KHAS

Program intergrasi dalam pendidikan khas telah pun dijalankan di Malaysia sejak tahun 1997. Program Pendidikan Khas Intergrasi adalah istilah baru bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Program ini menempatkan murid kelas khas di kelas khas di dalam sebuah sekolah biasa (Dr Abdullah Yusoff, 2007). Kebiasaannya intergrasi yang berlaku adalah pada peringkat fizikal di mana murid dengan keperluan khas dan murid biasa berkongsi padang sekolah, bangunan dan kantin. Walaupun harapan kerajaan semasa mewujudkan intergrasi ini adalah untuk mengintergrasikan murid khas dan murid normal, namun kajian Zarin Ismail, Safani Bari dan Soo Boon Seng (2004) mendapati intergrasi sosial di kalangan murid khas dan murid normal berada pada tahap yang rendah atau minima.

Saya telah menjalankan pemerhatian, temubual dan analisis berkaitan isu-isu di Program Pendidikan Khas Integrasi SK Rantau Panjang. PPKI SK Rantau Panjang telah ditubuhkan pada 2 Januari 2007. Program ini juga masih lagi mempunyai banyak kekurangannya dan terdapat beberapa isu yang timbul yang meliput pelbagai aspek. Melalui pemerhatian di PPKI SK Rantau Panjang, didapati terdapat beberapa isu yang boleh dikupaskan dalam program intergrasi yang dijalankan. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini melibatkan guru Pendidikan Khas, murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajaryang bersesuaian, penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan. Secara umumnya kesemua isu ini memberi kesan kepada murid-murid PPKI SK Rantau Panjang. Dan apa yang akan saya kupaskan di sini ialah isu-isu yang melibatkan murid-murid Pendidikan Khas itu sendiri.

5.1 Isu Perhatian Yang Tidak Seimbang dan Pilih Kasih

Dalam pemerhatian yang saya jalankan antara isu utama yang timbul di SK Rantau Panjang ialah daripada warga pendidik iaitu daripada guru-guru sendiri. Mereka tidak berapa memberikan perhatian kepada murid-murid berkeperluan khas ini. Mereka sebaliknya hanya memberikan perhatian kepada murid-murid normal sahaja. Apa yang dapat saya perhatikan, murid-murid berkeperluan khas ini hanya dilayan oleh guru-guru berkeperluan khas sahaja. Berdasarkan temubual yang saya buat kepada guru-guru yang mengajar murid normal dan murid berkeperluan khas ini, mereka mengatakan bahawa mereka tidak bolah menerima perangai murid-murid berkeperluan khas ini kerana mereka dikatakan mengada-ngada dan tidak menghormati guru-guru yang tidak mengajar mereka. Selain itu, mereka juga dirasakan tidak penting oleh guru-guru lain. Guru-guru merasakan bahawa mereka tidak menyumbang kepada tahap pencapaian sekolah dan hanya merosakkan gred yang diperoleh mereka daripada murid normal. Murid-murid Pendidikan Khas juga adakalanya dianggap sebagai satu gangguan dalam sistem sosial sekolah.

Bagi para pendidik , sepatutnya tiada isu pilih kasih yang berlaku disekolah kerana salah satu perkara di dalam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, (PIPP) adalah untuk memartabatkan profesion perguruan. Namun sekiranya isu remeh seperti pilih kasih ini masih wujud, bagaimana PIPP ini akan dicapai? Guru-guru di sekolah itu tidak memberikan perhatian kepada murid berkeperluan khas ini kerana mereka merasakan bahawa murid-murid ini tidak berpotensi untuk berjaya dan tidak senang untuk meletakkan mereka supaya menduduki peperiksaan awam kerana bimbangkan graf kecemerlangan yang mungkin merosot. Secara peribadi, saya merasakan tindakan sesetengah guru ini amatlah tidak adil dengan hanya mementingkan graf kecemerlangan sekolah tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk menunjukkan potensi dan bakat yang mereka ada. Para pendidik haruslah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. (Mohd. Sharani 2004).

5.2 Isu Pengasingan

Isu seterusnya adalah isu pengasingan di mana murid-murid Pendidikan Khas dan murid-murid di aliran perdana tidak akan disatukan dalam satu-satu program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Ini sangat ketara apabila pihak sekolah menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti kejohanan sukan sekolah yang melibatkan semua murid. Apabila dikatakan melibatkan semua murid, sepatutnya murid aliran perdana mahupun Pendidikan Khas harus sama-sama merasai kemeriahan kejohanan tersebut. Tetapi sebaliknya pula berlaku di mana, murid Pendidikan Khas adakalanya sengaja dicutikan oleh pihak sekolah supaya tidak menganggu perjalanan kejohanan dan kebanyakkan murid-murid ini tidak terlibat dengan acara-acara yang dipertandingkan. Murid-murid ini adalah warga sekolah yang sepatutnya dilayan seperti murid-murid yang lain juga

Hasil daripada pemerhatian dibuat, isu yang masih dan tetap berlaku di mana-mana sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas adalah waktu rehat yang diasingkan dengan murid-murid aliran perdana. Mereka seolah-olah tidak diberi peluang untuk bergaul sesama rakan sebaya dan melahirkan komunikasi positifantara murid-murid lain yang berada dalam satu keluarga besar di sekolah.Aktiviti kokurikulum juga dijalankan secara berasingan dan semua muridkhas akan diletakkan dalam satu persatuan yang sama iaitu Unit Beruniform Pengakap. Murid-murid ini akan bergaul antara mereka sahaja dan kepelbagaiandalam persatuan pakaian seragam tidak wujud. Mereka hanya mengenal satu pakaian seragam iaitu pengakap. Sesetengah pentadbir, tidak mahu murid-murid Pendidikan Khas terlibat dengan mana-mana aktiviti yang dijalankan yang mana bakal dirasakan akan mencacatkan suasana dengan tingkah laku mereka yang boleh mengganggu lebih-lebih lagi jemputan yang hadir mungkin dari bahagian-bahagian sektor ataujabatan yang terhormat. Terdapat juga isu di mana murid-murid khas diasingkan dari untuk sama-sama mengambi lhadiah semasa hari anugerah cemerlang yang memberi penghargaan kepada murid-murid sekolah yang telah berjaya mendapat tempat terbaik di dalam kelas mahupun mata pelajaran. Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, murid-murid tidak akan terlibat untuk sama-sama naik ke pentas untuk mendapatkan hadiah hasil usaha mereka yang tidak seberapa namun boleh dibanggakan sepanjang tahun mereka bergelar murid di sekolah itu. Hal ini adalah tidak wajar sangat-sangat mendukacitakan kerana murid-murid ini turut mempunyai hak untuk merasa gembira terutama semasa mendapat hadiah daripada hasil usaha mereka. Mereka juga ingin mengetahui seperti mana murid lain tahu. Mereka juga ingin diberi perhatian seperti murid-murid lain diberi perhatian. .

Saya rasakan bahawa tidak wajar bagi pihak pentadbir untuk mengasingkan murid-murid berkeperluan khas kerana mereka juga seperti murid-murid normal yang lain. Seperti mana Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Oleh itu, sekiranya terdapat pengasingan yang berlaku dalam kalangan murid ini, mereka akan merasakan terasing dan menjejaskan pembelajaran mereka. Hal ini akan mengakibatkan ketidaksamaan peluang pendidikan dan secara tidak langsung akan menjejaskan psikologi murid itu sendiri.Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau kanak-kanak luar biasa sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Walaupun demikian, tidak bermaksud mereka layak untuk disisihkan. Mereka juga memerlukan kasih saying dan peluang pembelajaran yang sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Namun demikian, banyak pihak menyalahertikan perbezaan yang dikatakan ini dan bukan hanya memberi perbezaan, tetapi juga menyisihkan mereka. (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

5.3 Isu Pergaulan Sosial dan Komunikasi

Isu yang seterusnya yang dapat saya perhatikan ialah isu pergaulan. Isu ini dikenalpasti datangnya daripada murid-murid normal sendiri. Mereka dilihat tidak suka berkawan dengan murid berkeperluan khas ini. Secara tidak langsung, tiada sokongan moral yang diberikan kepada mereka oleh murid-murid normal. Hal ini amat dipandang serius memandangkan mengikut kajian daripada Kosterman (1996), pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan. Soal selidik dan temubual dijalankan kepada murid-murid normal ini dan mendapati, antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah komunikasi. Mereka memberitahu tentang kesukaran mereka untuk berkomunikasi dan memahami apa yang dicakapkan oleh murid-murid berkeperluan khas. Selain itu, faktor pengasingan aktiviti juga memainkan peranan. Mereka menyatakan bahawa, pengasingan murid-murid berkeperluan khas daripada kebanyakkan aktiviti yang dijalankan membuatkan mereka tidak berapa kenal akan rakan-rakan mereka ini dan sekaligus tidak bertegur sapa.

Faktor lain yang menyumbang kepada penyisihan dalam pergaulan ini ialah komunikasi. Mereka mengatakan bahawa sukar untuk berinteraksi dengan murid khas ini. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawa masalah komunikasi berlaku antara mereka. Namun perkara ini masih boleh diatasi sekiranya mereka diletakkan sama taraf dengan murid-murid normal yang lain. Seperti contoh, perhimpunan bersama, rehat bersama, kawasan kelas tidak terlampau jauh dan macam-macam aktiviti lain juga bersama. Dengan ini, mereka akan lebih saling mengenali dan mengetahui serta memberi dorongan kepada murid berkeperluan khas ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa akan datang.

5.4 Isu Pelabelan

Seterusnya ialah isu pelabelan. Isu mengenai pelabelan pada hari ini masih ketara terutama pada golongan anak kurang upaya ini. Definisi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, pelabelan bermaksud mengecap seseorang sbg (mempunyai sesuatu sifat yg tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelabelan juga diertikan sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap sesuatu perkara.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, saya dapati masih wujud pandangan negatif mengenai kanak-kanak berkeperluan khas ini. Perkara ini dapat dibukti dengan wujudnya ejekan yang melabelkan kanak-kanak khas ini sebagai budak lembam dan bodoh. Malah terdapat murid-murid normal yang tidak mahu berkawan dengan kanak-kanak sedemkian disebabkan dikhuatiri menjadi seperti kanak-kanak berkeperluan khas ini.

Murid-murid khas juga, telah diberi label bagi sesetengah pihak yang mungkin tidak memahami apa sebenarnya Pendidikan Khas dan murid serta pihak yang berada di sekeliling murid-murid ini. Murid-murid ini sering dilabelkan dengan penerima tegar sumbangan atau zakat terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan bulan puasa di mana jamuan-jamuan berbuka puasa dan seangkatan dengannya adalah dipenuhi dengan tetamu-tetamu ini yang diundang untuk menikmati hidangan yang dijamukan oleh pihak-pihak tertentu. Label ini seolah-olah telah melekat kerana mereka ini dianggap kebanyakkannya lahir dari keluarga yang susah dan berpendapatan kurang dan tidak bernasib baik.

Selain itu, murid khas ini juga dianggap sebagai murid yang tidak dapat menguruskan diri mereka sendiri dengan baik. Murid-murid ini sering dipandang rendah oleh masyarakat bahawa mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan .Isu sistem sosial yang telah bersarang lama dalam sistem persekolahan di mana murid-murid ini sering dipandang jelek oleh sesetengah pihak dan menyusahkan orang lain. Stigma masyarakat telah disetkan dalam pemikiran bahawa murd-murid ini tidak layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama mereka. Seolah-olah murid-murid khas ini bakal menyempitkan pemikiran sesiapa sahaja yang terlibat dengan Pendidikan Khas.

5.5 Isu Kepelbagaian Kompetensi Murid

Isu kepelbagaian kompetensi murid sudah pastilah memberi kepelbagaian rentak tingkah laku kanak-kanak ini dan menjadi isu yang hebat dalam pendidikan khas .Isu kepelbagainan kompetensi murid juga adalah isu dalam Pendidikan Khas di mana murid-murid ini mempunyai kepelbagaian dalam kemahiran dan kebolehan. Setiap murid berkeperluan khas sudah pastilah mempunyai kepelbagaian kecerdasan dan keupayaan yang berbeza antara satu sama lain. Hal ini jelas seperti yang diterangkan oleh Howard Garner (1983) yang mengatakan setiap manusia ini mempunyai 9 kecerdasan yang pelbagai.Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Bagi kanak-kanak khas sudah pastilah mereka mempunyai kepelbagaian kompetensi tersendiri. Sebagai contohnya, kanak-kanak autism selalunya mempunyai IQ yang sederhana berbanding dengan kanak-kanak sindrom down yang mempunyai IQ yang rendah. Hal ini adalah disebabkan kebiasaannya kanak-kanak sindrom down mengalami kerencatan akal sejak lahir lagi.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Saya dapati terdapat murid-murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan tetapi tidak diberi altenatif sewajarnya supaya boleh meningkatkan ilmu dalam mata pelajaran mereka. Sekurang-kurangnya dengan mengenal huruf. Berlaku sebaliknya dimana guru hanya memberi gambar kepada murid untuk diwarna dan sepanjang empoh P&P hanya itu sahaja yang dilaksanakan. Dalam hal ini murid tidak mendapat kepelbagaian ilmu lebih-lebih lagi kepada murid yang bersusah payah untuk pergi ke sekolah. Seharusnya guru memberikan aktiviti yang dapat mengembangkan lagi potensi dan tahap keupayaan murid-murid khas ini.

5.6 Isu Bahasa

Isu bahasa juga kerapkali berlaku dalam program Pendidikan Khas. Hal ini berlaku di mana bahasa yang digunakan oleh murid-murid semasa di sekolah kurang difahami oleh guru-guru terutama bagi murid yang baru masuk dan terlibat dengan program Pendidikan Khas.

Bahasa dan komunikasi memainkan peranan penting dalam menjalankan interaksi antara dua pihak. Bahasa juga digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ilmu dengan baik disamping berkongsi maklumat Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi. Abdullah Hassan (1998) berpendapat dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan.Dengan itu bahasa dan komunikasi menjadi tautan yang perlu dijalani bersama. Isu yang seringkali menjadi perhatian dalam bahasa dan komunikasi ialah kesukaran untuk berhubung dan berkomunikasi dengan murid-murid berkeperluan khas.

Kebanyakkan murid yang dihantar ke program Pendidikan Khas tidak dapat bertutur dengan baik dan sukar untuk difahami oleh guru. Ini boleh mendatangkan masalah kepada guru sekiranya murid hanya menunjukkan tanda tanpa bercakap yang tidak difahami oleh guru mereka. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya petanda itu adalah tanda menunjukkan dalam keadaan bahaya atau tidak baik. Murid yang kategori autism misalnya sangat sukar untuk berinteraksi dengan guru atau rakan sebaya yang lain. Hal ini adalah disebabkan kanak-kanak autism ini lebih cederung untuk berada dalam dunia mereka sendiri. Selain itu mereka juga mempunyai bahasa sendiri seperti ekolalia yang bersifat pengulangan dan juga nada yang sterotaip. Kesan daripada itu, guru dan rakan sebaya sangat sukar memahami mereka.

5.7 Isu Pentaksian dan Penilaian Murid Pendidikan Khas

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia,2000). Segala maklumat yang diperolehi yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Ujian pentaksiran juga seringkali dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Pentaksiran dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Tujuan pentaksiran juga adalah untuk memberi pengetahuan akan kebolehan murid-murid berkeperluan khas. Disinilah guru-guru, ibu bapa dan pihak sekolah dapat mengenalpasti daya dan kompentensi murid-murid berkenaan.

Ujian pentaksiran yang dijalankan terhadap murid Pendidikan Khas adalah isu yang turut menjadi masalah kepada murid Pendidikan Khas. Kebanyakkan ujian yang diberi kepada murid tidak diteliti terlebih dahulu sebelum diberikan kepada murid untuk dijawab. Secara tidak langsung, bagi murid yang belum menguasai kemahiran dalam ujian diberi tidak akan menjawab soalan tersebut dan hanya membiarkannya kosong tanpa jawapan. Masalah ini tidak hanya memberi kesan kepada murid tetapi yang lebih besar adalah kepada guru yang mana guru tidak dapat mengesan kebolehan dan juga kelemahan murid itu dalam satu-satu tajuk dan kemahiran yang dipelajari. Ujian biasanya diberi hanya untuk memenuhi langkah seterusnya untukmurid-murid selepas proses PdP dijalankan bagi mengukur tahap murid-murid dan kebanyakkan markah yang diperolehi tidak melambangkan keadaan sebenar murid. Ini kerana sebilangan besar murid akan dibantu oleh gurusemasa menjawab ujian supaya murid dapat menjawab soalan ujian yang diberi.

5.8 Kesimpulan

Berdasarkan pemerhatian dan analisa yang telah saya jalankan di PPKI SK Rantau Panjang, terdapat tujuh isu yang dapat saya kesan dan perhatikan dalam program Pendidikan Khas di sekolah ini yang melibatkan murid-murid Pendidikan Khas. Ketujuh-tujuh isu ini boleh diatasi dan diperbaiki sekiranya ditangani dengan baik dan bijak. Komitmen semua pihak amat diperlukan dalam menangani isu-isu ini. Setiap isu perlu ditangani dengan bijak agar setiap permasalahan yang timbul dalam isu-isu yang diketengahkan dapat di atasi demi kebaikan semua pihak terutamanya demi murid-murid Pendidikan Khas. Kupasan seterusnya ialah cadangan untuk menangani isu-isu yang telah dikenalpasti bagi memastikan hak dan kesamarataan di kalangan murid-murid Pendidikan Khas dan murid-murid di aliran perdana dapat diselaraskan dengan baik6.0 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU BERKAITAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS DI SK RANTAU PANJANG

Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Jadi tidak hairanlah jika pelbagai masalah dan ketidakupayaan berlaku antara mereka. Namun perkara ini masih boleh diatasi sekiranya mereka diletakkan sama taraf dengan murid-murid normal yang lain. Setiap guru hendaklah melihat murid-murid khas sebagai seorang individu yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Seperti contoh, perhimpunan bersama, rehat bersama, kawasan kelas tidak terlampau jauh dan macam-macam aktiviti lain juga bersama. Dengan ini, mereka akan lebih saling mengenali dan mengetahui serta memberi dorongan kepada murid berkeperluan khas ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa akan datang.

Bagi mengatasi masalah isu pengasingan, antara cara yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan penyelarasan jadual waktu rehat di sekolah. Seharusnya semasa waktu rehat, murid-murid bekeperluan khas ini perlu diberi peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan (murid di aliran perdana) yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik dan mampu mengeratkan hubungan dua pihak perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah. Antara aktiviti yang mampu dilakukan oleh sekolah untuk mewujudkan sikap mutualisme antara dua pihak yang berlainan ini ialah seperti mengadakan aktiviti kebersihan pada awal pagi di kelas-kelas khas

Dalam penglibatan aktiviti kokurikulum pula, guru boleh mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan kerjasama antara dua jenis murid yang berlainan ini. Disamping memberi hubungan erat murid-murid berkeperluan khas dan normal ini juga akan berasa gembira kerana mampu mewujudkan kerjasama. Akibat daripada gabungan aktiviti ini juga, maka akan wujudlah satu sifat kasih sayang dan hormat-menghormati terhadap murid-murid yang istimewa ini.

Bagi mengatasi masalah pelabelan pula, pihak sekolah terutama guru hendaklah sentiasa menekankan betapa pentingnya sifat menghormati golongan kurang upaya. Justeru itu pelabelan terhadap golongan minoriti ini boleh dikurangkan. Masyarakat komuniti di sekolah juga perlu disedarkan akan kepentingan menghargai dan memandang sama rata terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Jadi guru di sekolah hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid normal. Apa yang penting guru sendiri yang perlu mempunyai kesedaran awal tentang kanak-kanak berkeperluan khas dan hak-hak mereka yang sepatutnya ditunaikan. Aktiviti seperti ceramah dan kursus-kursus pendedahan boleh dilaksanakan daria masa ke semasa agar kesedaran ini semakin meningkat.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kanak-kanak berkeperluan khas ini.Sepatutnya ibu bapa harus sedar akan betapa pentingnya sokongan mereka terhadap murid-murid yang berkeperluan khas ini. Ibu bapa perlu didedahkan dengan pengetahuan dan maklumat yang berguna bagi membantu mereka menguruskan anak-anak mereka yang istimewa ini. Satu kelas bimbingan yang dikelolakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Pusat Pemulihan Dalam Komuniti boleh dilakukaan bagi memberi maklumat yang berguna mengenai keupayaan dan kelebihan anak mereka yang tidak berkeupayaan ini.

Sesi kaunseling yang disediakan oleh kaunselor yang berpengalaman perlu diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa ini. Setidak-tidaknya ibu bapa begini akan berasa lebih bersyukur dan sedar akan kelebihan mempunyai anak-anak sedemikian rupa. Mereka juga akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan kerana lebih rasa dihargai selepas mengikuti kaunseling bersama-sama kaunselor.

Kepelbagaian kompetensi murid sudah pastilah memberi kepelbagaian rentak tingkah laku kanak-kanak ini. Maka tidak hairanlah, perkara ini juga boleh menjadi isu yang hebat. Oleh itu cara menangani masalah ini, guru sendiri perlu mengetahui tahap keupayaan murid dengan sebaiknya. Untuk mengetahui tahap kebolehan dan pengetahuan murid ini, pemerhatian yang tidak formal boleh dilakukan bagi memastikan tingkah laku dan kebolehan murid yang sedia ada. Sebagai contoh, guru boleh melihat gaya komunikasi murid bercakap. Di sini guru dapat melihat setakat mankah kemampuan murid dalam berbahasa. Dari aspek akedemik, lembaran kerja yang disiapkan oleh murid juga boleh menjadi satu penanda aras akan kebolehan kanak kanak ini. Maka guru akan dapat mengenal dengan lebih jelas di mana kelemahan dan kelebihan murid-muridnya. Guru juga akan mampu merancang strategi yang bersesuaian mengikut tahap murid itu tadi.

Seharusnya sebagai guru, kita perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian. Guru perlu tahu akan kelebihan dan kelemahan murid terlebih dahulu maka dengan itu guru mampu merancang satu perjalanan p&p dengan begitu menarik dan berkesan sekali. Jadi berkaitan isu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah yang timbul perkara yang asas perlu dikuasai ialah ilmu pedagogi dan metadologi yang sesuai. Guru juga perlulah sentiasa memantapkan ilmu pedagogi dan meningkatkan kemahiran metodologi kanak-kanak berkeperluan khas. Maka dengan itu, guru tidak akan merasa terlalu tertekan dan terbeban kerana mampu mengawal kelas dengan baik kesan daripada teknik pengajaran dan pembelajaran yang baik itu tadi.

Isu ujian pentaksiran bukanlah perkara yang baharu lagi. Jadi untuk mengatasi masalah ini, sepatutnya guru harus meneliti terlebih dahulu apakah kesesuaian pentaksiran yang ingin dijalankan. Satu kajian yang lebih teliti perlu dilakukan oleh guru untuk memastikan pentaksiran yang dilakukan adalah sesuai dan tepat dengan murid. Bagi tujuan ini satu kerjasama yang melibatkan ibu bapa, guru dan sekolah sangatlah perlu . Guru harus membina ujian pentaksiran yang menggunakan penilaian misalnya dengan cara bertunjangkan kebolehan dan pengalaman kanak-kanak itu sendiri. Hal ini sekaligus mampu melatih murid untuk menjawab soalan yang pelbagai dan sekaligus meransang minda dan kreativiti mereka.

Selain daripada, persekitaran fizikal yang kurang semasa penaksiran dilakukan hendaklah diperbaiki atau pun disediakan. Sebagai contoh, kekurangan alatan bilik darjah seperti meja atau kerusi boleh menyebabkan murid tidak berasa selesa semasa menjawab soalan yang disediakan guru. Maka hal-hal penting ini seharusnya diambil kira dan dipandang berat oleh pihak sekolah dan guru.

Bagi menghadapi masalah bahasa dan komunikasi antara guru dan murid Pendidikan Khas, murid ini guru perlu merancang strategi yang bersesuaian dengan beliau. Sebagai guru yang prihatin, murid yang mengalami masalah bahasa hendaklah disarankan untuk dihantar kepada terapi pertuturam.Jadi perbincangan dengan pihak ibu bapa sangatlah perlu dan digalakkan. Guru juga boleh mengajar bahasa dan komunikasi kepada murid jenis ini dengan kaedah ACC (Alternatve and Augementative Communication). Melalui kaedah ini murid boleh berkomunikasi dengan menggunakan alatan yang canggih yang memerlukan bajet kewangan yang agak tinggi daripada sekolah. Bagi bajet yang murah, guru boleh menggunakan kaedah PAC iaitu kaedah menukar gamba sebagai sign atau isyarat untuk berkomunikasi

Komunikasi yang mesra juga hendaklah sentiasa dipupuk antara satu sama lain maka dengan itu isu pergeseran yang timbul dapat dikurangkan dengan wujudnya keindahan komunikasi bersama. Selain dapat berkomunikasi bersama-sama secara matang dan telus guru-guru dan staf yang lain sekaligus memupuk hubungan mesra budaya yang berada di sekolah. Perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan dan kegembiraan (Noriati A Rashid & etc :2011). Apabila semua ini terangkum bersama maka hubungan yang lebih erat akan terbina antara keseluruhan dalam sesuatu komuniti itu. Selain itu sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku.

7.0 KAJIAN KES MURID BERKEPERLUAN KHAS

Berdasarkan isu-isu yang diperbincangkan di atas, saya lebih tertarik kepada masala tingkah laku yang sering ditimbulkan oleh murid-murid berkeperluan khas sehingga menyebabkan timbulnya isu pengasingan dan pelabelan di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Jadi untuk kajian kes dalam tugasan ini, saya telah melakukan kajian kes berkaitan modifikasi tingkah laku murid berkeperluan khas.

7.1 Pengenalan

Dewasa ini, tingkah laku bermasalah di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ini juga telah menjadi topik perbincangan yang seringkali diperkatakan. Seringkali kanak-kanak berkeperluan khas dikaitkan dengan permasalahan tingkah laku. Tahap kefungsian mereka yang rendah mendorong timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan mereka. Berbagai masalah ditimbulkan sama ada semasa berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun di rumah.

Menurut Mohd. Nazar Mohamad (1990) yang dipetik daripada Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku oleh Mok Soon Sang, tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang menggangu perjalanan kehidupannya. Jika dilihat dari konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku, terlebih dahulu seorang guru perlu mengenalpasti tingkahlaku bermasalah yang ditimbulkan oleh murid berkeperluan khas dengan menjalankan satu tempoh pemerhatian sebagai data kutipan awal. Dengan memahami pelajar yang bermasalah disiplin, pembentukan tingkah laku dapat dilakukan. Tingkah laku bermasalah ataupun tidak berdisiplin dapat dihindari dan seterusnya melahirkan tingkah laku yang baik (Alberto & Troutman 1990, Bandura 1977, Skinner 1982,1968, Axelrod 1983).

7.2 Kajian Kes Tingkah Laku Bermasalah

7.2.1Latar Belakang Kajian

Masalah tingkah laku seringkali berkait rapat dengan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Berbagai masalah ditimbulkan sama ada semasa berada di dalam kelas ataupun sewaktu berada di luar kelas. Tingkah laku bermasalah perlu ditangani dan dikurangkan seterusnya dihapuskan. Pengurusan tingkah laku amat pendting dan perlu dijalankan bagi memastikan tingkah laku yang tidak diingini dapat diubah dan dihapuskan.

7.2.2Pernyataan Masalah

Daripada pemerhatian dalam proses pentaksiran yang telah saya jalankan ke atas murid-murid di Kelas Permata, saya telah memilih seorang murid iaitu Muhammad Idham untuk dijadikan calon murid berkeperluan khas yang akan saya jalankan pengurusan tingkah laku ke atasnya. Saya memilih Muhammad Idham kerana daripada dapatan proses pentaksiran yang saya jalankan, Muhammad Idham mempunyai masalah tingkah laku yang agak membimbangkan dan perlu diubah ke arah tingkah laku yang lebih positif.

Muhammad Idham merupakan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di SK Rantau Panjang. Idham telah disahkan oleh doktor sebagai murid berkeperluan khas dan dikategorikan Autisme. Idham juga merupakan seorang murid Hyperaktif dan sekarang Idham berumur 10 tahun. Idham tinggal bersama keluarga angkat yang telah menjaganya sejak dia masih bayi lagi. Bapa angkatnya merupakan seorang pemandu van kilang manakala ibu angkatnya merupakan surirumah sepenuh masa. Idham merupakan anak tunggal dan sangat manja dengan ibu angkatnya.

7.2.3Analisis Masalah

Pemerhatian yang telah saya jalankan selama lima hari berturut-turut mendapati Idham mempunyai tingkah laku masalah yang agresif di mana Idham merupakan seorang murid yang panas baran, suka mengamuk dan menjerit, mengganggu dan mencederakan orang lain, suka berkelahi dan seringkali keluar masuk kelas sesuka hati. Selain itu Idham juga dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku negatif yang lain seperti suka mengusik, tidak mengikut arahan, suka bercakap dan membuat bising, sukar memberi kerjasama dan tidak memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Setiap hari Idham pasti menjerit-jerit, menangis dan mengamuk sekiranya kehendaknya tidak dituruti. Idham gemar meminta sesuatu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung seperti hendak bermain, meminta untuk makan dan minum dan seringkali meminta sesuatu yang bertentangan dengan apa yang sedang dijalankan semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Ini menyebabkan guru yang sedang mengajar tidak dapat memenuhi permintaannya. Akibatnya Idham akan menangis dan mengamuk semahu-mahunya. Ada ketika Idham bertindak agresif dengan memukul guru ataupun rakan sekelasnya sebagai tanda kemarahan dan melepaskan geram akibat kehendaknya tidak dituruti.

Idham juga sukar untuk duduk diam. Idham gemar berlari-lari di dalam kelas dengan cara berlari mengelilingi rakan-rakan yang sedang belajar. Idham tidak akan memperdulikan teguran dan arahan guru. Idham akan terus berlari-lari dan adakalanya sambil berlari, Idham akan memukul atau menumbuk belakang rakan-rakannya yang sedang belajar. Sekiranya saya atau guru-guru lain cuba memberhentikan tindakannya, Idham akan bertindak melawan sambil menjerit-jerit. Untuk kajian kes ini, setelah mengambil kira beberapa faktor berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, saya telah memilih satu perlakuan bermasalah yang ada pada Idham untuk dimodifikasikan. Perlakuan tersebut ialah suka menjerit dan mengamuk.

7.2.4Objektif Kajian

Kajian kes ini adalah bertujuan untuk menangani masalah tingkah laku yang dihadapi oleh subjek kajian saya. Kajian kes ini dilaksanakan untuk mengurangkan seterusnya menghapuskan masalah tingkah laku yang dihadapi oleh subjek kajian saya menggunakan kaedah yang sesuai dengan perlakuan masalah yang dilakukan dan juga sesuai dengan subjek kajian saya.

7.2.5Metodologi Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, saya telah memilih beberapa kaedah yang sesuai. Kaedah yang saya gunakan ialah kaedah soal selidik melalui pemerhatian klinikal yang dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa menjalankan program pengurusan tingkah laku pula, saya telah memilih kaedah pembentukan tingkah laku dengan mengaplikasikan penggunaan token sebagai ganjaran untuk perubahan tingkah laku murid.

7.2.6Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk memperolehi maklumat berkaitan permasalahan tingkah laku di kalangan murid-murid pendidikan khas dan menjalankan program pengurusan tingkah laku ke atas seorang murid pendidikan khas yang telah dikenalpasti perlakuan negatifnya. Segala maklumat dan data yang diperolehi adalah berdasarkan sumber rujukan, pembacaan dan pemerhatian yang dijalankan.

7.2.7 Pemilihan Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Untuk menguruskan tingkah laku bermasalah ini, saya telah memilih teknik SHAPING ataupun PEMBENTUKAN dengan mengaplikasikan Sistem Token ke dalam teknik ini. Teknik ini merupakan salah satu daripada beberapa teknik yang disarankan dalam modifikasi tingkah laku. Teknik ini diigunakan untuk mengatasi tingkah laku negatif dan juga masalah akademik.

Prinsip shaping ditakrikan sebagai satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Teknik ini berlaku dengan cara guru memberi galakan setiap kali tingkah laku yang serupa atau hampir sama dengan tingkah laku sasaran yang ditunjukkan oleh pelajar ( Panyan, 1980 ). Dalam teknik modifikasi ini, ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak ke arah pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan. Untuk kajian kes ini, saya memilih untuk memberi ganjaran berbentuk token yang boleh ditukar dengan menu ganjaran yang ditetapkan.

Dalam mengaplikasikan teknik ini, guru mestilah sangat spesifik dalam menetapkan matlamat tingkah laku yang perlu dicapai oleh murid. Contohnya, untuk masalah perlakuan suka menjerit dan mengamuk ini, guru boleh menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai Tidak boleh menjerit dan mengamuk. Guru juga perlu tahu berapa lama peneguhan di satu-satu tahap itu perlu diberikan.

7.2.8Proses Pelaksanaan Pengurusan Tingkah Lakua) Tingkah laku negatif : Suka menjerit dan mengamukb) Tingkah laku sasaran : Tidak boleh menjerit dan mengamuk ketika berada di dalam kelasc) Jangka masa perlaksanaan : Dijalankan dalam tempoh 3 hari dengan 2 sesi setiap hari. Tempoh bagi setiap sesi ialah selama 30 minit.d) Waktu perlaksanaan : Dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelase) Guru menerangkan kepada murid tentang pelaksanaan program pengurusan tingkah laku. f) Murid diletakkan berhampiran tempat duduk guru untuk memudahkan guru membuat pemehatian

7.2.9 Pemerhatian dan Analisa Dapatan

Sepanjang sesi pengurusan tingkah laku dijalankan saya telah merekod kekerapan tingkah laku negatif Idham ke dalam beberapa borang dan jadual yang berkaitan. Berdasarkan data-data yang telah direkodkan, saya akan membina graf yang bersesuaian bagi melihat dapatan data dengan lebih jelas. Analisa dapatan akan dibuat berdasarkan graf dan jadual yang dibina.

a) Fasa Pra Intervensi

i. Senarai Semak Tingkah Laku Bermasalah ( instrumen yang telah digunakan semasa sesi pentaksiran tingkah laku )ii. Borang Kutipan Data Pengukuran Awal (Baseline Data).

b)Fasa Intervensi

i. Lembaran Data Persampelan Masa

c)Fasa Selepas Intervensi

i. Borang Kutipan Data Pengukuran Akhirii. Borang Perbandingan Kekerapan Tingkah Laku

a) Fasa Pra Intervensi

Senarai Semak Terhadap Pemerhatian TingkahlakuMurid Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)Maklumat MuridNama Murid: MUHAMMAD IDHAM BIN ABDULLAH Jantina : L / PUmur : 10 TAHUNTarikh Lahir: 22 Ogos 2004 Kelas : PERMATA No. Kad OKU : LD 05-5103Kategori Kecacatan: AUTISME / HYPERAKTIFPemerhati: PN. NOR SHAKIAH BT. HUSSAINTarikh Pemerhatian: 3 Mac 2014 hingga 7 Mac 2014Hari : ISNIN hingga JUMAATMasa Pemerhatian: 10.00 PAGI hingga 12.30 T/HARI

PERLAKUAN YANG KETARAAgresif()Pasif()Emosi()Negatif Sosial()

Tandatangan Pemerhati

Arahan : Tandakan ( / ) pada perlakuan yang dilakukan oleh kanak-kanak

Rajah 6 : Borang Senarai Semak Tingkah Laku Bermasalah Untuk IdhamDaripada kutipan data yang terdapat dalam Borang Senarai Semak Tingkah Laku Bermasalah yang dijalankan ke atas Idham, saya telah mentafsirkan ke dalam bentuk graf seperti berikut:

Rajah 7 : Graf Kekerapan Perlakuan Bermasalah Yang Dilakukan Oleh Muhammad Idham Dalam Tempoh 5 hari

Berdasarkan graf di atas didapati Idham cenderung melakukan perlakuan agresif, perlakuan negatif sosial dan mengalami permasalahan emosi. Perlakuan agrefis Idham lebih ketara berbanding perlakuan-perlakuan negatif yang lain.

Kesimpulannya, Idham merupakan murid yang mengalami masalah tingkah laku negatif yang agak serius berbanding rakan-rakannya yang lain. Perlakuan Idham yang suka menjerit, mengamuk, mengusik, berkelahi, membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya sememangnya amat menggang perjalanan proses pegajaran dan pembelajaran di kelas Permata.

Sebelum menjalankan pengurusan tingkah laku ke atas Idham, saya telah mendapatkan kutipan data awal berkaitan tingkah laku yang saya pilih. Untuk mendapatkan data tersebut, borang di bawah telah saya gunakan bagi merekod kekerapan tingkah laku yang hendak diubah iaitu perlakuan suka menjerit dan mengamuk.

BORANG KUTIPAN DATA PENGUKURAN AWAL (BASELINE DATA)

Nama pelajar: Muhammad IdhamTingkah laku yang dicerap: Suka menjerit dan mengamukTarikh: 3 Mac 2014 hingga 7 Mac 2014Waktu tingkah laku berlaku: Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankanHARIMASA7.408.108.10 8.408.40 9.109.10 9.4010.00 10.3010.30 11.0011.00 11.3011.30 12.0012.00 12.30JUMLAH

IKEKERAPAN/////6

S////////8

R//////6

K//////6

J////4

Rajah 8 : Borang Kutipan Data Pengukuran Awal (Baseline Data)

Pemerhatian yang saya buat selama 5 hari ini telah mendapat bantuan dan kerjasama daripada guru-guru yang turut sama mengajar di kelas idham. Pemerhatian ini dijalankan sepanjang hari sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian ini dijalankan mendapatkan maklumat kekerapan Idham melakukan perlakuan bermasalahnya setiap hari.

Rajah 9 : Graf Kekerapan Tingkah Laku Bermasalah (Sebelum Pengurusan Tingkah Laku)

Berdasarkan graf yang saya hasilkan di atas, didapati Idham melakukan perlakuan menjerit dan mengamuk setiap hari. Pada hari pertama, Idham telah melakukan sebanayak 6 kali perlakuan negatifnya sepanjang tempoh pemerhataian. Pada hari ke-2 pula, kekerapan perlakuan negatif Idham bertambah kepada 8 kali. Pada hari ke-3 dan ke-4, Idham telah melakukan perlakuan negatifnya sebanyak sebanyak 6 kali. Dan pada hari akhir pemerhatian untuk mendapatkan Baseline Data, Idham telah mengulangi perlakuan negatifnya sebanyak 4 kali.

Kekerapan perlakuan negatif dalam tempoh 5 hari pemerhatian ini agak seriuas kerana sepanjang tempoh tersebut, banyak proses pengajaran dan pembelajaran yang terganggu. Rakan-rakan sekelas Idham juga menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran kesan daripada perlakuan negatif yang kerap dilakukan ini.

Purata kekerapan Idham menjerit dan mengamuk di dalam kelas dalam sehari ialah:

=Jumlah ( Isnin + Selasa + Rabu + Khamis + Jumaat )5= 30 5=6 kali

Ini bermaksa, setiap hari guru yang mengajar serta rakan-rakan sekelasnya terpaksa berhadapan dengan gangguan yang ditimbulkan oleh Idham sekurang-kurangnya sebanyak 6 kali sehari. Jeritan dan tangisan Idham semasa mengamuk sememangnya mengganggu bukan sahaja rakan sekelas tetapi juga memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas yang bersebelahan.

Idham amat sukar sekali untuk dipujuk dengan mudah apabila dia telah mula mengamuk. Biasanya amukannya akan berterusan sehingga dia berasa letih. Kerapkali tempoh Idham mengamuk juga agak lama.

b) Fasa Intervensi

Saya telah menjalankan pengurusan tingkah laku ini selama 3 hari berturut-turut di mana setiap hari saya akan mengambil 2 sesi iaitu sebelum rehat dan selepas rehat. Tempoh masa bagi setiap sesi ialah selama 30 minit. Semasa sesi pengurusan tingkah laku ini saya telah menerangkan kepada Idham apakah perlakuan bermasalah yang perlu dihapuskan dan apakah perlakuan atau tingkah laku yang patut diamalkan

Saya juga menyediakan beberapa tarikan dalam setiap sesi yang saya jalankan. Tarikan ini saya gunakan sebagai umpan supaya Idham berasa tertarik dan mahukan umpan yang saya sediakan. Ini kerana, Idham kerap menjerit dan mengamuk apabila dia inginkan sesuatu tetapi keinginannya tidak ditunaikan. Jadi, dengan umpan yang disediakan saya cuba membentuk Idham supaya dapat bersabar dan mengawal emosinya sekiranya dia mahukan umpan yang saya sediakan. Setiap kali Idham mampu mengawal emosi dan perlakuannya, saya akan memberikan ganjaran token kepadanya. Dengan token yang diperolehi, Idham boleh menebus tokennya untuk mendapatkan umpan tersebut.

Umpan tarikan yang saya sediakan adalah berbentuk benda-benda dan perkara-perkara yang amat disukai oleh Idham. Sememangnya diketahui bahawa Idham amat menggemari watak Sponge Bob. Jadikan saya telah menyediakan umpan tarikan berupa fail poket dan set alat tulis yang dihiasi dengan gambar Sponge Bob. Pada setiap sesi saya akan meletakkan umpan tarikan ini di atas meja saya bagi menarik perhatian Idham. Sepanjang sesi pengurusan tingkah laku djalankan, saya telah meyediakan beberapa lembaran tugasan untuk disiapkan oleh Idham. Ini kerana, tingkah laku sasaran saya ialah Idham mampu mengawal emosinya dan dapat duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Pemerhatian Hari Pertama ( Merekod menggunakan Lembaratan Data Persampelan Masa)

Sesi : 1 ( Sebelum Rehat )Tarikh: 10 Mac 2014Masa : 8.10 9.40 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa18.10-8.1528.15-8.2038.20-8.2548.25-8.3058.30-8.3568.35-8.40

T/laku sasaranXXXXXX

Sesi : 2 ( Selepas Rehat )Tarikh: 10 Mac 2014Masa : 10.30 11.30 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa110.30-10.35210.35-10.40310.40-10.45410.45-10.50510.50-10.55610.55-11.00

T/laku sasaranXXX///

Petunjuk : ( / ) Tingkahlaku sasaran ditunjukkan ( x ) Tingkahlaku sasaran tidak ditunjukkan

Pemerhatian Hari Kedua ( Merekod menggunakan Lembaratan Data Persampelan Masa)

Sesi : 1 ( Sebelum Rehat )Tarikh: 11 Mac 2014Masa : 8.10 9.40 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa18.10-8.1528.15-8.2038.20-8.2548.25-8.3058.30-8.3568.35-8.40

T/laku sasaranXX////

Sesi : 2 ( Selepas Rehat )Tarikh: 11 Mac 2014Masa : 10.30 11.30 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa110.30-10.35210.35-10.40310.40-10.45410.45-10.50510.50-10.55610.55-11.00

T/laku sasaran///XXX

Petunjuk : ( / ) Tingkahlaku sasaran ditunjukkan ( x ) Tingkahlaku sasaran tidak ditunjukkan

Pemerhatian Hari Ketiga ( Merekod menggunakan Lembaratan Data Persampelan Masa)

Sesi : 1 ( Sebelum Rehat )Tarikh: 12 Mac 2014Masa : 8.10 9.40 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa18.10-8.1528.15-8.2038.20-8.2548.25-8.3058.30-8.3568.35-8.40

T/laku sasaran//////

Sesi : 2 ( Selepas Rehat )Tarikh: 12 Mac 2014Masa : 10.30 11.30 pagi ( 30 minit )Tingkah laku sasaran: Idham dapat mengawal emosi dan duduk diam sambil menyiapkan tugasan yang diberi.

Sela Masa110.30-10.35210.35-10.40310.40-10.45410.45-10.50510.50-10.55610.55-11.00

T/laku sasaran//////

Petunjuk : ( / ) Tingkahlaku sasaran ditunjukkan ( x ) Tingkahlaku sasaran tidak ditunjukkan

Analisis dan Rumusan Pemerhatian Semasa Fasa Intervensi

Dalam sesi ke-1 untuk hari pertama, Idham langsung tidak mahu mendengar apa yang saya cakap dan langsung tidak mengendahkan apa yang saya cuba sampaikan. Idham mangamuk kerana Idham mahukan set alat tulis Sponge Bob yang saya letakkan di atas meja saya. Idham menjadi semakin marah apabila saya menyimpan alat tulis itu. Sepanjang sesi Idham menjerit, menangis dan mengamuk kerana tidak dapat set alat tulis tersebut.

Dalam sesi ke-2, Idham tetap meminta-minta set alat tulis tersebut. Tetapi keadaannya tidak seperti sesi pertama tadi. Namun begitu, pada sela masa pertama, kedua dan ketiga, Idham merajuk dambil menangis di bawah meja. Apabila saya cuba memujuk, Idham marah sambil menjerit-jerit. Tetapi saya cuba juga berinteraksi dan menarik perhatian Idham dengan token Sponge Bob. Idham kemudiannya diam dan terus duduk di kerusinya. Saya memberikan Idham sekeping token tersebut dan mengambil peluang memujuk dan menerangkan kepadanya bagaimana sekiranya dia mahukan set alat tulis tersebut. Idham dapat memberi perhatian dan mula membuat tugasan mudah yang saya berikan. Idham kemudiannya saya anugerahkan lagi dengan 3 keping token apabila selesai menyiapkan tugasan tersebut. Idham nampak gembira walaupun masih merengek-rengek kerana mahukan alat tulis tersebut.

Dalam sesi ke-1 hari kedua pula, Idham tetap membuat perlakuan yang biasa dilakukan iaitu menjerit-jerit dan mengamuk kerana mahukan alat tulis Sponge Bob. Tetapi kali ini Idham lebih mudah dipujuk dan dapat mula duduk diam sambil menyelesaikan tugasan bermula sela masa ketiga. Setelah selesai saya memberikan Idham 6 token Sponge Bob.

Semasa sesi ke-2 pada hari kedua pula, sesi kami bermula dengan tenang di mana Idham dapat duduk diam. Kali ini Idham tidak meminta set alat tulis, tetapi sebaliknya Idham meminta token. Saya dapat melihat bahawa Idham mula faham apa yang dia perlu lakukan sekiranya Idham mahu mendapatkan set alat tulis tersebut. Saya memberikan Idham 2 token bagi setiap sela masa di mana Idham dapat duduk diam sambil membuat kerja. Namun begitu, pada sela masa ke-3, Idham berhenti dari membuat kerja dan mula mengganggu rakan-rakannya. Saya kemudiannya mengambil 2 token sambil menerangkan kenapa saya bertindak demikian. Keadaan agak terganggu apabila Idham mula marah-marah kerana tokennya diambil. Saya cuba memujuk dan menjelaskan bahawa 1 token akan dipulangkan kepadanya sekiranya Idham dapat bertenang dan diam. Idham akhirnya akur, dan dapat bertenang di hujung sesi.

Pada hari ketiga, kedua-dua sesi berlangsung dengan tenang dan Idham kelihatan amat gembira kerana dapat mengumpul sejumlah token. Seperti yang dijanjikan, Idham dapat menukarkan token-tokennya untuk mendapatkan set alat tulis Sponge Bob. Proses pemberian token ini masih saya terus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lain bagi memastikan Idham dapat menghapuskan perlakuan bermasalahnya itu.

c) Fasa Selepas Intervensi

Selepas selesai menjalankan sesi pengurusan tingkah laku selama 3 hari berturut-turut. Saya menjalankan pemerhatian semula terhadap kekerapan Idham melakukan perlakuan. Berikut adalah dapatan rekod kekerapan perlakuan bermasalah selepas sesi pengurusan tingkah laku dijalankan.

Nama pelajar: Muhammad IdhamTingkah laku yang dicerap: Suka menjerit dan mengamukTarikh: 17 Mac 2014 hingga 21 Mac 2014Waktu tingkah laku berlaku: Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankanHARIMASA7.408.108.10 8.408.40 9.109.10 9.4010.00 10.3010.30 11.0011.00 11.3011.30 12.0012.00 12.30JUMLAH

1KEKERAPAN////4

2//2

3//2

4//2

5/1

Rajah 10 : Borang Kutipan Data Pengukuran Akhir (Baselina Data Kedua)

Rajah 11 : Graf Kekerapan Tingkah Laku Bermasalah (Selepas Pengurusan Tingkah Laku)

Berdasarkan graf yang dihasilkan di atas, didapati perlakuan tingkah laku bermasalah yang dilakukan oleh Idham menunjukkan pengurangan. Pada hari pertama pemerhatian, Idham telah melakukan perlakuan negatifnya sebanyak 4 kali. Manakala pada hari ke-3, ke-4 dan ke-5, pengurangan ketara perlakuan negatif Idham dapat dilihat apabila Idham hanya melakukan perlakuan negatifnya sebanyak 3 kali. Dan pada hari akhir pemerhatian, Idham hanya melakukan perlekuan negatifnya sebanyak 1 kali sahaja.

Purata kekerapan Idham menjerit dan mengamuk di dalam kelas dalam sehari selepas sesi pengurusan tingkah laku dijalankan ialah:

=Jumlah ( Isnin + Selasa + Rabu + Khamis + Jumaat )5= 11 5=2.2= 2 kali

Perbezaan kekerapan perlakuan tingkah laku bermasalah yang Idham lakukan sebelum dan selepas pengurusan tingkah laku dijalankan boleh dilihat dalam jadual dan graf di bawah.

SebelumSelepas

Purata Kekerapan Dalam Sehari6 kali2 kali

Rajah 12 : Jadual Perbezaan Kekerapan Perlakuan Tingkah Laku Bermasalah Sebelum dan Selepas Fasa Intervensi

Kekerapan

Hari

Rajah 13 : Graf Perbezaan Kekerapan Perlakuan Tingkah Laku Bermasalah Sebelum dan Selepas Fasa Intervensi

Berdasarkan jadual dalam Rajah 12, didapati Idham telah berjaya mengurangkan tingkah laku negatifnya dengan perubahan yang amat ketara selepas proses intervensi dijalankan di mana kekerapan perlakuan negatifnya mengalami perbezaan pengurangan sebanyak 4 kali. Perbezaan ini jelas dapat dilihat pada jadual di dalam Rajah 12 dan juga graf di dalam Rajah 13 di atas.Jika sebelum intervensi kekerapan Idham melakukan perlakuan negatifnya adalah sebanyak 6 kali, tetapi selepas melalui intervensi yang dijalankan kekerapan Idham melakukan perlekuan negatifnya berkurangan kepada hanya 2 kali seminggu. Pengurangan yang ketara ini menunjukkan satu jawapan yang positif di mana perlakuan negatif Idham ini, boleh dihapuskan sekiranya tempoh pengurusan tingkah laku ini di lanjutkan dan diteruskan lagi.

Walaupun Idham masih belum berjaya menghapuskan tingkah laku negatifnya itu sepenuhhnya, namun ini merupakan satu kejayaan kerana pengurusan tingkah laku yang dijalankan telah berjaya membawa Idham kepada tingkah laku sasaran dan seterusnya mengurang perlakuan negatifnya iaitu suka menjerit dan mengamuk di dalam kelas.

7.2.10 Penilaian Kejayaan

Sekalipun tingkah laku negatif Idham masih ada dan masih belum dapat dihapuskan, namun program pengurusan tingkah laku ini telah berjaya mengurangkan perlakuan negatifnya. Program ini dilihat telah berjaya dan mampu mengubah tingkah laku negatif Idham kepada tingkah laku sasaran. Pelaksanaan yang berterusan perlu dijalankan untuk memastikan perlekuan negatif dapat dihapuskan.

7.2.11Tindakan dan intervensi susulan

Guru akan meneruskan teknik ini untuk tempoh tertentu sehingga Idham dapat menghapuskan tingkah laku negatifnya. Ini penting untuk memastikan Idham dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik seterusnya rakan-rakan sekelasnya juga dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan terkawal.

Proses seterusnya masih akan dijalankan mengikut teknik yang telah digunakan sebelum ini, tetapi ganjaran akan dikurangkan supaya Idham tidak terlalu mengharap pada ganjaran untuk mengubah tingkah laku negatifnya. Diharapkan tingkah laku negatif Idham dapat dihapuskan seperti yang diharapkan.

7.2.12Cadangan pengekalan tingkah laku positif

Selepas tingkah laku negatif Idham dapat dihapuskan sepenuhnya, guru dan Idhamakan menandatangani satu surat perjanjian ( kontrak ). Tindakan ini adalah untuk memastikan Idham tidak mengulangi tingkah laku negatifnya di masa hadapan. Guru boleh membuat tambahan di dalam kontrak untuk memastikan Idham bukan hanya tidak melakukan perlakuan negatifnya di sekolah tetapi juga ketika tidak berada di sekolah. Selepas tingkah laku negatifnya dapat dihapuskan, guru boleh menganugrahkan Idham Sijil Penghargaan sebagai menghargai kegigihannya untuk menghapuskan tingkah laku negatifnya itu.

7.2.13 Kesimpulan Daripada Kajian Kes

Kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya amat istimewa dan unik. Sebagai guru kita haruslah mendidik dan membimbing mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk belajar seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan pendidikan mereka tidak boleh dipandang remeh.

Sememangnya kanak-kanak berkeperluan khas sering menimbulkan tingkah laku yang tidak dingini. Oleh yang demikian pengurusan tingkah laku amat penting dalam mengatasi masalah-masalah tingkah laku yang ditimbulkan oleh mereka. Guru pelulah bijak menangani masalah-masalah tingkah laku dengan menggunakan kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang bersesuaian.

Biar apapun teknik yang digunakan oleh seseorang guru itu, perlulah diingatkan bahawa kanak-kanak pendidikan kkas ini adalah terlalu unik. Mereka mempunyai emosi dan perasaan yang begitu sentisif yang perlu dijaga dan diuruskan sebaiknya. Guru perlulah sentiasa mengenal pasti potensi, kelebihan dan kemampuan murid sebelum sesuatu pengurusan tingkah laku itu dilaksanakan.

8.0 REFLEKSIREFLEKSI PKB3111

Nama: Nor Shakiah Binti HussainNo. Matriks: 28087No. K/P: 750506 01 7460Kumpulan/Unit: PPG PJJ Ambilan Jun 2011 / Unit Pendidikan KhasSemester: 6

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Projek yang telah diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 6 ini. Tugasan in telah saya terima pada 15 Februari 2014 iaitu pada sesi Interaksi yang kedua bagi Semester 6 ini.

Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Isu Dan Trenda Dalam Pendidikan Khas / PKB3111. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan En. Abdul Aziz Bin Shamsuddin selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai p