tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

12
MOHAMAD HILMI PISMP SEM 1 PEND.KHAS IPG KRM LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Pada bulan Mac yang lalu, saya dan 3 orang rakan yang lain pelajar daripada unit PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari 2010 telah diberi tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada dari 22 hingga 26 Mac. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

description

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKANAMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH. tugasan PBS,Tugasan falsafah edu3101

Transcript of tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

Page 1: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Pada bulan Mac yang lalu, saya dan 3 orang rakan yang lain pelajar daripada unit

PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari 2010 telah diberi tugasan oleh Bahagian

Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang telah dipilih selama seminggu iaitu bermula

pada dari 22 hingga 26 Mac. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan

merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan

PBS adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang persekitaran

sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif terhadap profesion

perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki mendapatkan maklumat

melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan

berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 2: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Serom 3,Ledang, Johor untuk

menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya memilih sekolah ini kerana

berdekatan dengan kawasan kediaman saya iaitu dalam jarak 20 km saja. Selain itu,

saya juga mengetahui bahawa sekolah ini merupakan antara sekolah cemerlang dalam

kategori luar bandar serta mempunyai kelas integrasi pendidikan khas.

Pada pendapat saya, sekolah memainkan peranan yang penting dalam

pembentukan sahsiah pelajar dan moral pelajar sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.Berdasarkan pemerhatian, temu bual dan interaksi di antara guru-guru di

Sekolah Kebangsaan Serom 3 saya dapati pembelajaran dan pengajaran di Sekolah

Kebangsaan Serom 3 adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan ianya

berjalan dengan baik sekali.

Semasa saya menemuduga dengan guru besar,soalan pertama yang saya

ajukan ialah bagaimanakah pihak pentadbir memastikan bahawa Falsafah Pendidikan

Kebangsaan berjaya dilaksanakan di sekolah ini untuk melahirkan insan yang seimbang

dalam semua bidang dari segi jasmani, emosi ,rohani dan intelektual. Pelbagai program

dan aktivi telah dilaksanakan untuk memastikan sekolah dalam keadaan terbaik dan

sentiasa cemerlang.Bagi program keintelektualan, pelbagai program akademik telah

diadakan dan diatur oleh pihak pengurusan dan guru terutamanya murid darjah enam

yang bakal berdepan dengan peperiksaaan UPSR.

Dari segi fizikal pula terutamanya untuk perkembanagan kanak-kanak atau

pelajar, pihak sekolah telah mengadakan Rancangan Makanan Tambahan(RMT) yang

di taja oleh pihak kerajaan untuk pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Guru

besar bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran program ini.Di samping itu,

pihak sekolah juga telah menyediakan air minuman yang bersih untuk para pelajar

secara percuma. Pihak sekolah juga telah memberikan bantuan susu percuma untuk

setiap pelajar sekolah.

Page 3: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Dari segi emosi, pihak sekolah telah menyediakan guru kaunseling dan

bimbingan yang terlatih untuk membantu para pelajar yang mengadapi masalah atau

kesukaran.Guru besar berkata sekolah ini beruntung kerana mempunyai seorang ustaz

dan dua ustazah. Emosi juga terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Oleh

itu, pelbagai program berkaitan dengan emosi telah diadakan dan pelbagai program

baru telah di rancang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pihak sekolah

telah mengadakan kem khas untuk para pelajar seperti kem motivasi.Guru kaunseling

dan bimbingan akan memberikan ceramah atau kata-kata nasihat dan dorongan untuk

pelajar.

Dari segi rohani pula, berbagaai aktiviti telah dilakukan dan dirancang sesuai

dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti program motivasi , kem dan

sebagainya. Melalui pemerhatian saya, saya dapati para pelajar di sini amat

menghormati guru mereka. Para pelajar akan member salam apabila bertemu dengan

guru mereka. Malah ada juga pelajar yang member salam atau mengucapkan selamat

pagi apabila bertemu dengan orang luar atau dengan orang yang tidak dikenali.

Sebelum memulakan aktivi persekolahan, para pelajar akan membaca doa beramai-

ramai begitu juga apabila sesi persekolahan selesai, sebelum pulang mereka akan

membaca doa dan berselawat. Pembangunan rohani begitu penting dalam diri pelajar.

Dari segi pembangunan sosial pula, pihak sekolah juga telah mengadakan

pelbagai program untuk para pelajar, sosial bermaksud interaksi antara orang ramai.

Dalam konteks sekolah ia bermaksud interaksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar

dengan guru, dan pelajar dengan orang luar. Pihak sekolah telah berusaha untuk

meningkatkan lagi tahap perkembangan sosial pelajar dengan memgadakan pelbagai

aktiviti seperti program Interaksi Sosial dan motivasi. Dengan ini para pelajar akan

dapat berinteraksi dengan betul.

1.1 Sejarah Sekolah

Page 4: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Ditubuhkan pada tahun 1912, sebagai Sekolah Melayu Serom, sekolah ini pada

asalnya terdiri di atas sebidang tanah di Jalan Serom Panggong dan mempunyai hanya

sebuah blok bangunan.

Pada tahun 1926, sebuah bangunan baru 24’ x 60’ telah dibina di atas sebidang

tanah terletak di Lot No 40, Jalan Masjid Serom 3 dan seterusnya menjadi tapak

bangunan sekolah pada masa ini. Tapak tanah seluas 2 ekar, 2 rood dan 29 pole, ini

telah dihadiahkan oleh Allahyarham Abdullah bin Samsu, SMJ, Penghulu Mukim Serom

pada masa itu. 

Sekolah baru ini menjadi sekolah lelaki manakala sekolah di Jalan Serom

Panggong dikhaskan untuk murid-murid perempuan. .

Setelah tamat perang dunia ke dua dan pemerintahan Jepun , sekolah ini dibuka

semula. Pada tahun 1954 enrolmen sekolah ialah 255 orang murid yang belajar hingga

ke Darjah 5.

Sebuah bangunan tambahan dan sebuah kantin telah dibina pada tahun 1955.

Pembinaan ini dijalankan secara bergontong royong. 

Pentadbiran sekolah lelaki dan perempuan disatukan di sekolah ini pada tahun 1971.

Bagi menampung pertambahan murid, pada tahun 1974, kerajaan telah membina satu

blok bangunan baru dua tingkat dan sebuah kantin menggantikan blok bangunan yang

telah dibina pada tahun 1955. Blok baru ini mengandungi 10 buah bilik darjah, sebuah

pejabat am, pejabat Guru Besar, stor dan tandas murid.

Pada tahun 1982, kerajaan telah memperoleh sebidang tanah seluas 5 ekar, 0

rood dan 30 pole untuk dijadikan padang sekolah. Dengan terlaksananya Program

Pembangunan Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Pendidikan Daerah ( PSPD ),

Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) , dua buah bilik darjah telah diubah suai bagi

menempatkan bahan sumber kedua-dua institusi itu. Kekurangan bilik darjah ini telah

ditampung dengan terbinanya satu blok bangunan tambahan 25” x 40’ melalui projek

wakil rakyat pada tahun 1994. 

Kekurangan bilik darjah masih berlaku dengan terlaksananya KBSR Sains di

mana sebuah lagi bilik darjah perlu diubahsuai untuk dijadikan Bilik Sains/ Makmal

Sains.

Page 5: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Pada tahun 1996 enrolmen sekolah ini adalah seramai 350 orang murid dengan 20

orang guru, dua orang kakitangan dan tiga orang pekerja.

Pada tahun 1999 Kelas Pendidikan Khas Bermasaalah Pembelajaran telah

ditubuhkan. Pada tahun 2000 pula bangunan baru 3 tingkat dibina bagi meningkatkan

keselesaan murid.

Pada tahun 2003 dengan dasar kerajaan mewajibkan murid berumur 7 tahun

bersekolah rendah , maka sekolah ini telah diberi peluang menubuhkan kelas

Pendidikan Pra Sekolah dengan 25 orang murid.

1.3 Pelan Fizikal Sekolah

Lokasi sekolah daripada Muar dan Tangkak.

2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

Page 6: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

2.1 Guru Besar

Gambar : Tn Hj Shamsudin Bin Sarip,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serom 3

Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah sekolah.

Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi jawatankuasa

tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala aktiviti yang berjalan di

sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum, kokurikulum, keadaan

persekitaran, kakitangan dan pelajar.

Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan yang sangat

penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau sangat luas. Antara yang

utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum sahsiah serta pentadbiran. Selaras

dengan misi beliau yang mahu meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum di

samping menceriakan sekolah, pelbagai program telah dirancang agar potensi murid-

murid dapat diperkembangkan lagi. Selain itu juga, kelas tuisyen malam diadakan bagi

murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kelas

tuisyen ini akan dilaksanakan oleh guru-guru sekolah ini juga melalui skim bantuan

Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Skim Tuisyen Kampung.

Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu turut

diterapkan dalam diri setiap murid. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan turut

Page 7: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

diterapkan. Ini dapat dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca doa

penerang hati sebelum memulakan sesi persekolahan.

Walaupun bidang kurikulum merupakan bidang tugas yang utama bagi beliau,

namun pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak pernah diabaikan. Untuk

membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani, emosi dan sosial

juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau telah melaksanakan

aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan di

sekolah ialah persatuan akademik, unit beruniform, kelab serta suka dan permainan.

Aktiviti-aktiviti seperti permainan secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi

pelajar yang terpendam. Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan

seterusnya dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu,

mereka dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab

yang disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit

beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan lancar,

beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga berperanan

dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum dapat dijalankan

dengan baik.

Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai usaha

telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah bagi

memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok bunga.

Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan tentangnya

seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai usaha untuk

menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di samping itu,

bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai salah satu strategi

beliau untuk menceriakan sekolah.

Page 8: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Mural-mural yang terdapat di SK Serom 3.

Page 9: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung menghiasi

kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi peringatan kepada murid-

murid.

Kata-kata hikmah

Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan wakaf-wakaf kecil. Terdapat

bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf tersebut agar dapat memupuk budaya

ilmu di dalam diri setiap murid.

Page 10: tugasan falsafah pendidikan di Malaysia EDU3101 (semester 1)

MOHAMAD HILMIPISMP SEM 1 PEND.KHASIPG KRM

Wakaf-wakaf kecil yang terdapat di sekitar kawasan sekolah

Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang

memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan dalam

perhimpunan hari Isnin.

“sori tak bagi penuh ye.. dapat separuh ok lah kan - bersyukur”