Tugasan Fiqh

23
 UMMI KALSOM YAHAYA/ 710407085816/ISMPSEPT 10’ Bil Isi Kandungan Muka Surat 1. Sekapur Sireh 2 2. Soalan Tugasan 3 3. Pengenalan Takrif Toharah Dan Kepentingan 4 - 5 4. Takr if Tayammum Dari Segi Bahasa Dan Istilah 6 - 7 5. Dalil Daripada Hadis Rasulullah S.A.W. Yang Menunjukkan Anggota Tayammum 7 - 9 6. Sejara h Pen syar iata n Tayammum Be se rt a Dali l 10 - 11 7. Rukun Tayammum 12 - 13 9. Perkara-Per kara Yang Menghar uskan Ta yammum 13 - 17 10. Kaedah Pen gaja ran Dan Pembel aj aran Yan g Di gunakan Semasa Mengajar Topik Tayammum 18 – 20 11. Penutup 21 12. Bi bl iograf i / Ru jukan 22 1

Transcript of Tugasan Fiqh

Page 1: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 1/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Bil Isi Kandungan Muka Surat

1. Sekapur Sireh 2

2. Soalan Tugasan 3

3. Pengenalan – Takrif Toharah Dan Kepentingan 4 - 5

4. Takrif Tayammum Dari Segi Bahasa Dan Istilah 6 - 7

5.Dalil Daripada Hadis Rasulullah S.A.W. Yang Menunjukkan

Anggota Tayammum7 - 9

6. Sejarah Pensyariatan Tayammum Beserta Dalil 10 - 11

7. Rukun Tayammum 12 - 13

9. Perkara-Perkara Yang Mengharuskan Tayammum 13 - 17

10.Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Digunakan

Semasa Mengajar Topik Tayammum18 – 20

11. Penutup 21

12. Bibliografi / Rujukan22

1

Page 2: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 2/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

BissmillahhirRahmanirRahim pembuka kalam,

 Assalamualaikum….. salam ukhwah tanda persaudaraan,

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, berkat kesabaran dan

ketekunan, akhirnya tugasan ini dapat saya selesaikan juga.

Pendidikan Islam : Tingkatan 1 HBIS 3303 merupakan mata

pelajaran wajib yang perlu saya ikuti. Saya memanjat kesyukuran

ke hadrat Ilahi, kerana dengan berkat keizinanNya, saya dapat

menyiap tugasan Pendidikan Islam : Tingkatan 1 dalam masa

yang ditetapkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasihkepada Ustaz Muhammad Nazri bin Yaacob, pensyarah bagi mata

pelajaran Pendidikan Islam: Tingkatan 1 yang telah bertungkus

lumus dalam membimbing saya dan rakan-rakan bagi

menyiapkan tugasan ini. Segala jasa dan pengorbanan ustaz

amatlah kami hargai dan sanjungi. Hanya Allah SWT sahaja yang

dapat membalasnya.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Ustaz Muhammad Nazri

akan saya kenangi sepanjang saya melaksanakan tanggungjawab

yang telah diamanahkanNya kepada saya.

InsyaAllah………………………..

SOALAN TUGASAN

2

Page 3: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 3/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Toharah ialah satu aspek yang terpenting dalam ibadah. Mengabaikan toharah menyebabkan

ibadah tidak diterima oleh Allah. Antara topik perbincangan dalam bab toharah ialah

tayammum. Bincangkan tayammum mengikut kriteria berikut:

a) Takrif dari segi bahasa dan istilah berserta satu dalil daripada hadis Rasulullah s.a.w yang

menunjukkan anggota tayammum.

 b) Sejarah pensyariatan tayammum berserta dalil.

c) Rukun tayammum dan perkara-perkara yang mengharuskan tayammum.

d) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan digunakan semasa mengajar topik 

tayammum.

  [Total: 30 Markah]

PENGENALAN

3

Page 4: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 4/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

TAKRIF TOHARAH

Islam adalah satu cara hidup yang sempurna syariatnya dan lengkap dengan tatacara

 pengamalannya. Toharah merupakan satu aspek yang terpenting dalam melakukan ibadah.

Sekiranya seseorang itu mengabaikan toharah, maka sudah pastilah ibadah yang

dilaksanakannya tidak sempurna dan tidak diterima oleh Allah S.W.T..

Takrif taharah pada bahasa ialah bersih dan bebas daripada segala kekotoran sama ada dalam

 bentuk nyata seperti najis, kencing atau bentuk maknawi seperti perkara-perkara yang

mengaibkan atau sifat-sifat keji. Taharah dengan air bersih bermaksud bersih daripada segala

kekotoran manakala taharah daripada hasad bermaksud bebas daripadanya. Dari segi syarak,

taharah ialah bersih daripada najis sama ada najis haqiqi, iaitu khabath (kekotoran) atau najis

hukmi, iaitu hadas. Khabath ialah sesuatu yang kotor menurut syarak. Manakala hadas pula

ialah sesuatu sifat syarak yang ada pada anggota dan ia menghapuskan taharah. Oleh itu,

sesuatu yang boleh menghalang sahnya solat iaitu hadas atau najis, maka hendaklah

menggunakan air ataupun menghapuskan hukumnya dengan tanah.

KEPENTINGAN TOHARAH

Taharah amat penting dalam Islam sama ada taharah haqiqi, iaitu suci pakaian, badan dan

tempat sembahyang daripada najis ataupun taharah hukmi, iaitu suci anggota wuduk 

daripada hadas, dan suci seluruh anggota zahir daripada janabah (junub); sebab ia menjadi

syarat yang berkekalan bagi sah sembahyang sebanyak lima kali sehari. Oleh kerana

sembahyang adalah perlakuan menghadap Allah S.W.T., maka menunaikannya dalam

keadaan suci adalah sebagai mengagungkan kebesaran Allah S.W.T. Walaupun hadas dan janabah bukanlah najis yang dapat dilihat, tetapi ia tetap merupakan najis maknawi yang

membawa kepada kotor tempat yang terkenanya. Untuk menyucikannya, maka perlulah

mandi. Jadi, jelaslah taharah dapat menyucikan rohani dan jasmani sekaligus.

4

Page 5: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 5/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Islam sangat mengambil berat supaya penganutnya sentiasa bersih dalam dua perkara; maddi

(lahiriah) dan maknawi (rohani). Ini membuktikan bahawa Islam sangat menjaga kebersihan

dan membuktikan Islam sebagai contoh tertinggi bagi kecantikan dan penjagaan kesihatan

diri dan pembinaan tubuh badan dalam bentuk yang paling sempurna. Begitu juga halnya

tentang penjagaan persekitaran dan masyarakat supaya tidak menjadi lemah serta berpenyakit

kerana membasuh anggota yang lahir yang terdedah kepada debu, tanah dan kuman-kuman

setiap hari serta membasuh badan dan mandi setiap kali berjunub akan menjadikan tubuh

 badan bersih daripada kekotoran.

Sudah ternyata dari segi kedoktoran bahawa cara yang paling baik untuk mengubati penyakit

 berjangkit dan penyakit-penyakit lain ialah dengan menjaga kebersihan. Menjaga kebersihan

ini adalah suatu langkah pengawasan diri daripada terkena penyakit. Sesungguhnya

mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Allah S.W.T. memuji orang yang bersuci

[mutatahhirin] berdasarkan firmanNya:

………………….          

Maksudnya : “.......... Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertaubat dan mengasihi

orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Allah S.W.T. memuji ahli Masjid Quba melalui firmanNya:

…………………..             

   

Maksudnya : “...  Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang suka membersihkan

(menyucikan) dirinya; dan Allah mengasihi orang yang membersihkan diri mereka (zahir 

dan batin).” (Surah al-Taubah 9:108)

Seseorang Muslim hendaklah menjadi contoh kepada orang lain dalam soal kebersihan dan

kesucian baik dari segi zahir mahupun batin. Salah satu bidang yang dibicarakan dalam bab

toharah ialah tayammum.

5

Page 6: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 6/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

A ) TAKRIF DAN DALIL DARIPADA HADIS RASULULLAH S.A.W.

MENGENAI ANGGOTA TAYAMMUM

I) TAKRIF TAYAMMUM DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH

Salah satu topik perbincangan dalam bidang toharah ialah tayammum. Berikut merupakan

takrif tayammum dari segi bahasa dan istilah :

• Dari segi bahasa, tayammum adalah bentuk masdar dari fi’il " تيم , يم " yang

ertinya sama dengan " ص ,قصد   " iaitu bermaksud mensahajakan / sengaja.

Pengertian ini diambil dari firman Allah S.W.T: Surah Al-Baqarah: ayat 267 :

…………    ………………

Maksudnya : “……. Dan  janganlah kamu ‘sengaja’ memilih yang buruk-buruk 

lalu kamu menafkahkan daripadanya…………..” ( Al-Baqarah 2: 267)

Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat

Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada

 berwudu’ atau mandi wajib disebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi

mengharuskan melakukan ibadah.

• Dari segi istilah syara`, tayammum ditakrifkan seperti berikut :

وصخ هج ىلع روط بات نديا هجوا حس 

Maksudnya : “ Menyapu atau mengusap ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan

debu tanah yang bersih lagi suci mengikut syarat-syarat tertentu.”

Tayammum difardhukan sebagai ganti wudhuk atau mandi wajib. Ianya merupakan salah satu

cara bersuci dari hadas kecil atau hadas besar di saat seseorang tidak boleh menggunakan air 

disebabkan terdapat suatu halangan. Kemudahan tayammum menunjukkan bahawa solat

lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam sekalipun mereka

6

Page 7: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 7/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

sedang sakit atau dalam ketiadaan air untuk bersuci dari hadas kecil atau hadas besar. Sabda

Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

Maksud Hadis : “ Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah S.A.W. bersabda: …..dan (di

antara keistimewaan yang diberikan Allah Taala kepada kami ialah) dijadikan bumi ini

 seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami, dan tanahnya pula dijadikan untuk kami

 sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air. ( Riwayat Muslim )

Hadis ini menyatakan sebahagian dari keistimewaan dan kemudahan beribadat yang

diberikan oleh Allah S.W.T. kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. dan umatnya

 berbanding dengan nabi-nabi terdahulu dan umat mereka masingmasing.

II) HADIS RASULULLAH S.A.W. MENUNJUKKAN ANGGOTA TAYAMMUM

Umum mengetahui bahawa anggota tayammum ada dua iaitu :

Muka

Kedua belah tangan hingga ke siku

Berikut adalah dalil daripada Hadis Rasulullah S.A.W. mengenai anggota tayammum.

Hadis Pertama:

Sabda Rasulullah S.A.W. :

 

ق ع ا ضر  ن رع نعا ثمل هيلع ا ىل,جأف ف جة,

ا ي م فت ف اصيد ك غ اداة,  فذك لى ا عليه لفلم جد اء,

م ,دا ةض را هدي بض م ف" :إ ك ي  و يد ذا"  ه,الظ سلم  ت عليه, -  كيه جه .سح اش على ايين,

Maksudnya : “ Daripada ‘Ammar bin Yasir r.hma. katanya, Rasulullah s.a.w.menghantar 

 saya untuk satu urusan, tiba-tiba saya berjunub dan tidak mendapati air. Lalu saya

7

Page 8: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 8/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

bergelumang di atas tanah seperti yang dilakukan oleh haiwan kemudian saya menemui

 Rasulullah s.a.w. dan menceritakan perkara tersebut kepadanya. Baginda bersabda:

“Sebenarnya memadai untuk kamu untuk berbuat begini”. Lalu Rasulullah s.a.w. menepuk 

tanah dengan kedua-dua tapak tangannya kemudian menyapu yang kanan dengan yang kiri,

belakang tapak tangan dan wajahnya.” (Mutaffaq ‘Alayh Ini adalah lafaz Muslim).

 

م سح  جه كيه ,يف  ,را هي بض :رخل ةار ف.

Maksudnya : “Dalam riwayat al-Bukhari: “Kemudian baginda menepuk tanah dengan

kedua-dua tapak tangannya dan meniup debu yang ada pada kedua-duanya kemudian

menyapu dengan kedua-dua tapak tangannya itu akan mukanya dan tangan hingga ke

 pergelangan.”

 

Hadis Kedua

Sabda Nabi S.A.W. :

 ا ور ق :ق ع ا ضر ع نا نعض تض ميتا مل هيلع ا ىل

ح ائة قه. ,قرادا ار - ضة ليدن إى افين لوجه,

 

Maksudnya : “ Daripada Ibn ‘Umar r.hm. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Tayammum

itu dua kali tepuk satu untuk muka dan satu untuk kedua-dua tangan sampai ke siku’.”

(Al-Daruqutni. Para imam hadis mengatakan yang sahih adalah mawquf)

Sungguh pun terdapat pertentangan antara Hadis pertama dan kedua, tetapi hal ini

diperjelaskan dengan Ayat Al-Quran yang menunjukkan anggota tayammum adalah Surah

Al-Maidah 5: 6 . Firman Allah S.W.T :

….                           

    .……

8

Page 9: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 9/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Maksudnya : …..“ Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pejalanan jauh,

atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan,

 sedangkan kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu

bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah

tangan kamu dengan tanah - debu itu.” ………….. (Surah Al-Maidah: 6)

Jumhur ulama berpendapat bahawa had atau kadar tayammum ialah menyapu muka dan

tangan hingga ke siku. Mereka mentarjihkan hadis Ibn ‘Umar kerana ianya dikuatkan dengan

qiyas iaitu diqiyaskan tayammum dengan wudu .̀ Al-Sarakhsi berkata, tayammum

merupakan badal (ganti) kepada wudu` dan wudu` pula sama ke siku maka demikian juga

tayammum. Tegasnya, dua anggota telah gugur sama sekali pada tayammum dan tinggal dua

anggota sahaja, maka tayammum padanya itu seperti wudu` pada keseluruhan sebagaimana

sembahyang pada ketika safar gugur darinya dua raka’at maka yang baki darinya kekal

dengan sifat sempurna, oleh sebab itulah kita mensyaratkan isti’ab (menyapu secara

keseluruhan).

9

Page 10: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 10/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

B) SEJARAH PENSYARIATAN TAYAMMUM BESERTA DALIL

Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua

tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu.

Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani

Mustaliq tahun Keenam Hijrah. Ketika itu Saidatina Aisyah R.A. kehilangan kalungnya, lalu

Rasulullah S.A.W mengutus orang mencarinya, kemudian waktu solat datang sedangkan air 

tidak ada, maka turunlah ayat tayammum. Ini berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari, Sabda

Rasulullah S.A.W. :

دجوفجر مل ا ور ف لف قءا ن رتاا ةشئع نع

فأركتم اص ي م ء فصلوا فشوا  اى رو ا لم فأز ا آةا جا هيا  ز اوفاي ا ازج ةشئ يا نديا ف ميتا

  لسلين فيه يا.

Maksudnya: " Diberitakan oleh Aisyah bahawasanya dia meminjam kalung dari Asma',

lalu kalung itu hilang. Kemudian Rasulullah S.A.W mengutus seseorang (untuk mencarinya),

akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. Kebetulan waktu solat tiba dan tidak ada air di sana.

 Lalu mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kejadian itu kepada Rasulullah

S.A.W. Maka Allah menurunkan ayat-ayat tayammum". Usaid bin Hudhair berkata kepada

 Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. Demi Allah, apabila sesuatu

hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya, Allah menjadikan hal itu

mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin." 

DALIL PENSYARIATAN TAYAMMUM

Tayammum disyari'atkan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma'. Firman Allah

S.W.T dalam Al-Quran, Surah An-Nisa': 43 :

10

Page 11: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 11/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

…...            

               

           

Maksudnya : " … Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat 

buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka

bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (suci): Sapulah mukamu dan tanganmu.

Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."  (Surah Al-Nisa` 4:43)

Berdasarkan hadis Abu 'Umamah Al-Bahili, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

اجن عدا ا اى لم ق جل ى ار سداطورافرج ن

.صيلف صا هتكرا ىتا

Maksudnya : " Jabir bin Abdullah mengkhabarkan, bahawa Nabi S.A.W. bersabda :

Sseluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat untuk bersuci

(tayammum). Maka di mana pun seseorang dari umatku berada dan waktu solat tiba, dia

boleh solat di sana ( di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci)." 

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "   Dari 'Imran Ibn Hussain r.a berkata: Sesungguhnya

 Rasulullah S.A.W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri, tidak bersembahyang 

bersama dengan satu kaum. Melihat itu, Rasulullah S.A.W bertanya: 'Wahai fulan apakah

 yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu

menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Mendengar perkara itu,

 Rasulullah S.A.W. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum); sesungguhnya itu adalah

cukup bagi engkau."  (Riwayat Al-Bukhari)

C) RUKUN DAN PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM

11

Page 12: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 12/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

I) RUKUN TAYAMMUM

Rukun tayammum mengandungi empat perkara iaitu :

Niat. 

Rasulullah S.A.W.. bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya tiap amal 

 perbuatan itu tergantung dengan niatnya dan bagi setiap orang apa yang dia

niatkan.” {HR Bukhari}

Berniat hendaklah dilakukan semasa memindahkan (menyapu) debu tanah

sehingga menyentuh sebahagian muka. Lafaz niatnya adalah seperti berikut :

و اتيم تة ف اص  ى

Maksudnya : “ Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat kerana

 Allah Taala.”

Menyapu debu tanah ke muka.

Caranya dengan menepukkan kedua tapak tangan pada debu dan menyapukannya

ke muka secara merata, mulai dari atas sampai bawah (seperti mengambil

wudhuk) dengan disertai niat tayammum.

Menyapu debu tanah pada kedua belah tangan (dengan menggunakan debu

tanah yang lain daripada yang disapu ke muka tadi) sehingga ke siku.

Setelah selesai menyapu muka, lalu ditepukkan kedua tapak tangan ke debu

sekali lagi dan menyapukannya pada kedua tangan secara merata bermula dari

hujung jari hingga ke siku dengan dimulai tangan kanan. Selepas itu diikuti

dengan tangan kiri.

Tertib

12

Page 13: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 13/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Tertib ialah melakukan tayammum dengan mengikut urutan iaitu perkara yang

 perpu dilakukan dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.

Disunatkan ketika tayammum melakukan perkara-perkara berikut :

Membaca basmalah iaitu  بسم ا الرحن الرحيم ketika mula menepuk .

Menghadap ke arah kiblat.

Menyapu muka dari atas ke bawah.

Meniup atau nenipiskan debu tanah yang ada di tapak tangan dengan cara

menepuk dua tepi tapak tangan.

Menjarangkan jari ketika menepuk debu.

Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.

Berturut-turut.

Membaca doa wudhuk setelah selesai tayammum.

II) PERKARA-PERKARA YANG MENGHARUSKAN TAYAMMUM

Di antara perkara yang mengharuskan tayammum ialah :

Ketiadaan Air

Dalil yang menyebutkan bahawa ketiadaan air itu mengharuskankan tayammum

adalah hadis Rasulullah S.A.W berikut ini:

، ىلصف  ف مل هيلع ا ىل ا ور  ك :ق نيص ن اع نع

:ق ، ء  ةج ت :ق ؟ لص    :ف زت ج و اف

 ي هف ديص  يلع

Maksudnya : “Dari Imran bin Hushain R.A. berkata bahwa kami pernah

bersama Rasulullah S.A.W. dalam sebuah perjalanan. Baginda lalu solat 

bersama orang-orang lain. Tiba-tiba ada seorang yang memencilkan diri .

13

Page 14: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 14/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

 Baginda bertanya, Apa yang menghalangimu solat? Orang itu menjawab,

 Aku terkena janabah. Baginda menjawab, Gunakanlah tanah untuk 

tayammum dan itu sudah cukup.” 

Bahkan ada sebuah Hadis yang menyatakan bahawa selama seseorang tidak 

mendapatkan air, maka selama itu pula dia boleh tetap bertayammum,

meskipun dalam jangka waktu yang lama dan terus menerus.

،يف ف  مل هيلع ا ىل ا ور  أف ةدا وتجا :ق ر  نع

 ك :ق ؟   :ق ، ر و ل :لف مل هيلع ا ىل ا يأف

إ اصيد طور ن م د اء عش ين  :ف ، ء ق ي ةل

Maksudnya : “Dari Abi Dzar ra. bahwa Rasulullah S.A.W. bersabda, Tanah

itu mensucikan bagi orang yang tidak mendapatkan air meski selama 10

tahun.”

* Apabila tiada air seperti bekalan air terputus(tergendala) atau musim kemarau.

* Semasa musafir setelah yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari. Jika

sekiranya ragu-ragu, kemungkinan air ada ataupun tidak, maka wajib

mencarinya dengan syarat tidak mendatangkan bahaya.

Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air akan menyebabkan waktu

solat habis atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka

 bolehlah bertayammum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib

mencarinya dan bolehlah terus bertayammum.

Keuzuran Kerana Sakit

14

Page 15: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 15/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

* Tidak boleh menggunakan air disebabkan sesuatu penyakit yang dihidapi .

* Tidak boleh menggunakan air disebabkan penyakit atau luka yang dibimbangi

lambat sembuh atau memudaratkan diri jika menggunakan air.

Tidak semua jenis sakit atau luka mengharuskan tayammum. Sakit atau luka yang

mengharuskan tayammum ialah sakit atau luka yang penggunaan air ditakuti akan

menyebabkan Al-Talaf (kematian atau kemusnahan anggota) atau mendatangkan

mudarat pada badan. Ia merangkumi :

1. Akan menyebabkan kematian atau kerosakan pada anggota (لتا); lumpuh

dan sebagainya.

2. Penggunaan air menimbulkan penyakit yang membawa kematian atau

kerosakan anggota.

3. Menyebabkan sakit bertambah teruk atau penyakit semakin melarat.

4. Menyebabkan lambat sembuh.

5. Menyebabkan kesakitan yang tidak tertanggung.

6. Menimbulkan kecacatan dan kejelikan yang ketara pada badan; seperti kulit

menjadi hitam atau sebagainya.

Kesan-kesan yang dibimbangi tersebut dari penggunaan air hendaklah disahkan

oleh pengalaman sendiri atau berdasarkan makluman dari doktor yang mahir.

Menurut Mazhab Syafie, doktor itu hendaklah muslim dan adil (tidak fasiq).

Tidak diterima pengakuan atau pengesahan dari doktor kafir atau fasiq. Namun

menurut Mazhab Imam Malik boleh menggunakan pandangan atau makluman

dari doktor kafir jika tidak ada doktor muslim.

Dalilnya adalah Hadis Rasulullah S.A.W. berikut ini:

أسف ، ملتا م هر ف هشف   جر بأف  ف ج :ق ج نع

 د  رصة  در على ه  د  رصة ف اتيم ؟ فوا:

، ذ  مل هيلع ا ىل ا ور ىلع دق لف ، ف ستف ،ءا

15

Page 16: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 16/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

قتلو قتلم ا  ، أوا إ م لوا ؟ ف ء ا اسؤا ، إ ك يه :ف

 دسج ئ س هيلع حس م هج نع ص  ، ص ميت 

Maksudnya : “Dari Jabir ra. berkata, Kami dalam perjalanan, tiba-tiba salah

 seorang dari kami tertimpa batu dan pecah kepalanya. Namun dia mimpi basah.

 Lalu dia bertanya kepada temannya, Apakah kalian membolehkan aku

bertayammum? Teman-temannya menjawab, Kami tidak menemukan keringanan

bagimu untuk bertayammum. Sebab kamu bisa mendapatkan air. Lalu mandilah

orang itu dan kemudian mati . Ketika kami sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan

menceritakan hal itu, bersabdalah Baginda, Mereka telah membunuhnya, semoga

 Allah memerangi mereka. Mengapa tidak bertanya bila tidak tahu?

Sesungguhnya ubat kebodohan itu adalah bertanya. Cukuplah baginya untuk 

tayammum…” ( Riwayat Abu Daud )

Air Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting

* Bekalan air ada tetapi mencukupi untuk keperluan harian seperti makan dan

minum.

* Bekalan air hanya mencukupi untuk keperluan binatang ternakan(binatang

yang dihormati)

Cuaca Yang Terlalu Sejuk(Dingin)

Keadaan cuaca yang terlalu sejuk atau dingin untuk menggunakan air ataupun air 

membeku disebabkan suhu dingin yang melampau.

Dalilnya adalah ikrar Rasulullah S.A.W. iaitu peristiwa di mana Baginda melihat

suatu hal dan mendiamkan, tidak menyalahkannya.

16

Page 17: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 17/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

ر ةلي ف لتا :ق سا ا ز ف   ه ا ن ع نع

، حصا  أ يل م يتف ل  لستا إ أف ، ا دد

يل ع  :ف ، ه  اك مل هيلع ا ىل ا ور ىلع دق لف

ف ، يل م يتف ك قو ا ى: :لف ، ج  أ ي  م مل هيلع ا ىل ا ور

Maksudnya : “Dari Amru bin Al-`Ash ra. bahawa ketika beliau diutus pada

 perang Dzatus Salasil berkata, Aku mimpi basah pada malam yang sangat 

dingin. Aku yakin sekali bila mandi pastilah celaka. Maka aku bertayammum dan

 solat subuh mengimami teman-temanku. Ketika kami tiba kepada Rasulullah

S.A.W., mereka menanyakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda bertanya,

Wahai Amr, Apakah kamu mengimami solat dalam keadaan junub? Aku

menjawab, Aku ingat firman Allah S.W.T. (Janganlah kamu membunuh dirimu

 sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu), maka aku tayammum

dan solat. Rasulullah S.A.W. tertawa dan tidak berkata apa-apa.” ( Riwayat

Ahmad dan Abu Daud )

Kerana Tidak Terjangkau

Keadaan ini sebenarnya bukan disebabkan tidak ada air. Air ada tapi tidak boleh

dijangkau. Meskipun ada air, namun bila untuk mendapatkannya ada risiko lain

yang menghalangi, maka itupun termasuk yang membolehkan tayammum.

Contohnya takut bila dia pergi mendapatkan air, takut barang-barangnya hilang,

atau berisiko nyawa bila mendapatkannya. Seperti air di dalam jurang yang dalam

untuk mendapatkannya harus turun tebing yang tinggi dan berisiko pada

nyawanya. Atau pun bila ada musuh yang menghalangi antara dirinya dengan air,

 baik musuh itu dalam bentuk manusia atau pun haiwan buas. Atau bila air ada di

17

Page 18: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 18/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

dalam telaga namun dia tidak punya alat untuk menaikkan air. Atau bila

seseorang menjadi tawanan yang tidak diberi air kecuali hanya untuk minum.

D) KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA MENGAJAR 

TOPIK TAYAMMUM

Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1

Bidang Ulum Syariah ( Ibadah )

Tajuk  Tayammum

Kaedah Penerangan dan Tunjuk Cara

Gabung jalin Soal jawab , Demonstrasi , Syarahan

Penyerapan • Kesedaran kepentingan mengerjakan solat secara

istiqamah dalam apa jua situasi.

• Kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan dan

 persekitaran .

Nilai • Menerapkan nilai bersyukur dan sentiasa jujur serta

ikhlas dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.

• Sentiasa menjaga kebersihan diri dan istiqamah

dalam mengerjakan solat.Media Pengajaran Beberapa keping gambar tentang alat tayammum dan

tatacara bertayammum, slaid tayangan video yang

menunjukkan cara bertayammum, bedak atau debu tanah,

dan contoh dalam bentuk amali cara-cara bertayammum.

18

Page 19: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 19/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

Langkah - Langkah Penyampaian

Langkah – Langkah Penyampaian

(a) Penerangan Konsep Tayammum

(i) Guru menerangkan pengertian dan konsep tayammum.

(ii) Guru menyoal pelajar mengapa dibolehkan bertayammum dan sebab yang

membolehkan bertayammum.

(iii) Guru menunjukkan gambar alat untuk bertayammum dan memaparkan video.Seterusnya, guru meminta pelajar memberi sumbang saran bagaimana

hendak bersuci ketika ketiadaan air atau sakit yang tidak boleh menggunakan

air.

(b) Penerangan Takrif Tayammum, Rukun Tayammum dan Dalil

(i) Guru memaparkan slaid berkaitan takrif , rukun , dalil tayammum.

(ii) Guru menjelaskan tentang takrif tayammum dan rukun tayammum serta

membacakan dalil tayammum daripada ayat Al-Quran ( Surah Al-Nisa`:43 )

dan menerangkan maksud ayat.

(iii) Guru meminta pelajar membaca dan menghafaz dalil dan lafaz niat

tayammum.

(iv) Guru menyoal pelajar secara rawak mengenai takrif, rukun tayammum serta

lafaz niat tayammum.

(c) Penjelasan Sebab-sebab Mengharuskan Tayammum, Anggota Tayammum dan

Syarat-syarat Sah Tayammum

(i) Guru memaparkan slaid tentang sebab-sebab mengharuskan bertayammum.

Guru memberi penjelasan mengenainya.

19

Page 20: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 20/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

(ii) Guru meminta pelajar menyebut anggota-anggota tayammum. Guru

menjelaskan bahawa anggota tayammum tidak sama dengan anggota

wudhuk.

(iii) Guru menyoal beberapa pelajar mengenai syarat-syarat sah tayammum. Guru

menerangkan syarat-syarat sah tayammum dengan jelas bagi membezakan

tayammum dengan wudhuk.

(d) Tunjuk Cara Atau Demonstrasi Tatacara Bertayammum

(iv) Guru memaparkan slaid tentang cara-cara bertayammum. Guru memberi

 penjelasan mengenainya.

(v) Guru mendemonstrasikan amali cara tayammum menggunakan bedak / debu

tanah dengan diperhatikan oleh pelajar.

(vi) Guru meminta pelajar melakukan tayammum seorang demi seorang. Guru

 bertindak sebagai fasilitator.

(e) Penilaian Mengenai Tayammum dan Rumusan

(i) Guru meminta pelajar menerangkan pengertian tayammum dan anggotatayammum.

(ii) Guru menyoal beberapa pelajar tentang banding beza antara tayammum

dengan wudhuk.

(iii) Pelajar dipilih secara rawak untuk mendemonstrasikan cara bertayammum.

(iv) Guru menjelaskan bahawa bersuci boleh dilakukan dengan tayammum

apabila ada sebab-sebab yang diharuskan syarak. Guru menegaskan bahawa

Islam amat menekankan aspek kebersihan dan kesucian pada setiap masa

khususnya semasa beribadat.

Kaedah yang amat berkesan bagi mengajar topik tayammum adalah kaedah tunjuk cara dan

 penerangan melalui slaid tayangan video dan demonstrasi yang dipraktikkan secara langsung

20

Page 21: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 21/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

oleh pelajar di mana guru bertindak sebagai fasilitator. Melalui kaedah ini, guru dapat

menegur dan membetulkan kesilapan yang dilakukan pelar secara terus.

PENUTUP

Melalui penjelasan yang telah dinyatakan, dapatlah kita fahami bahawa amalan tayammum

merupakan antara ibadat yang penting sepertimana juga ibadat-ibadat lain yang menjadi

kefardhuan kepada umat Islam. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menggariskan mengenai

syariat bertayammum di dalam Al-Quran dan Hadis dengan sejelas-jelasnya yang mana ianya

merupakan suatu kemudahan bagi umatNya dalam melaksanakan perintahNya. Ini seterusnya

membuktikan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T kepada hambaNya yang

 beriman dan beramal soleh.

Hikmah dan tujuan disyariatkan tayammum adalah untuk menyucikan diri kita daripada

sebarang benda yang menghalang sahnya ibadah terutamanya solat. Di samping itu,

tayammum juga mengajar kita agar sentiasa bersyukur dengan syariat ini kerana ianya sama

sekali untuk memberatkan kita, sebagaimana akhir firman Allah S.W.T. dalam Surah Al

-Maidah ayat 6:

                 

       

Maksudnya : “Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak menyucikan kamu

dan menyempurnakannikmatNya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (Surah Al - Maidah: 6).

Ada empat penafsiran ahli tafsir tentang nikmat apa yang Allah maksudkan dalam ayat ini,

pertama, nikmat berupa diampuninya dosa-dosa. Kedua, nikmat berupa hidayah kepada

iman dan sempurnanya agama Allah ini. Ketiga, nikmat berupa keringanan untuk tayammum. Keempat, nikmat berupa penjelasan hukum syariat, ini merupakan pendapat

sebahagian ahli tafsir.

Maka jelaslah di sini bahawa tayammum merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah

S.W.T kepada hambaNya dalam melaksanakan ibadat yang wajib khususnya solat.

21

Page 22: Tugasan Fiqh

7/27/2019 Tugasan Fiqh

http://slidepdf.com/reader/full/tugasan-fiqh 22/22

 UMMI KALSOM YAHAYA/710407085816/ISMPSEPT 10’ 

BAHAN RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim. Rasm Uthmani.

Al-Siddieqy, Prof. Dr. T.M. Hasbi(1980) ,  Hukum-Hukum Feqah Islam , Kelantan:

Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.

Al-Syeikh Hassan Ayub (1422H/2002), Fiqhul Ibadat , Darul Salam.

Dato` Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid (2009),  Indahnya Hidup Bersyariat ,

Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dr. A. Rahman Ritonga, Dr. Zainuddin Tanjung (1999)  Fiqh Ibadah , Kuala Lumpur:

Penerbit Edaran Kalam.

 Norzulaili Mohd Ghazali, Rabiatul Adawiyah Mohd @ Amat, Mohd Zohdi Mohd Amin &

Zulhilmi Mohamed Nor (2010). Pendidikan Islam: Tingkatan 1 , UNITEM Sdn.Bhd.

http://fiqh-am.blogspot.com

http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3266

http://luveronation.nice-forum.net/tayammum-f40/definisi-dalil-tayammum-t696.htm

22