TUGASAN HADIS (BERSEDEKAH)

download TUGASAN HADIS (BERSEDEKAH)

of 22

description

hadis

Transcript of TUGASAN HADIS (BERSEDEKAH)

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN1.0 PENGENALAN 2-3

2.0 KONSEP SEDEKAH 3-53.0DEFINISI SEDEKAH 5-64.0 DALILI-DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH SECARA 7-9 SUKARELA5.0 SYARAT-SYARAT SEDEKAH 9-106.0 JENIS-JENIS SEDEKAH 10-157.0 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA PEMBERIAN 15-17SEDEKAH8.0 KELEBIHAN BERSEDEKAH 17-20KESIMPULAN 21PENUTUP 22

1.0 PENGENALANIslam adalah merupakan agama yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan ummatnya. Ini jelas daripada perkataan Islam itu sendiri yang membawa maksud selamat sejahtera. Bagi menjamin umat Islam hidup sejahtera di dunia dan di akhirat, lima perkara asasi yang disebut sebagai al-daruriyyat al-khamsah yang menjadi intipati utama maqasid al-Syari`ah perlu dipelihara dan diberi perhatian serius. Lima perkara tersebut ialah agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Kegagalan memelihara lima perkara asasi ini akan membawa kehancuran kepada ummah baik di dunia maupun di akhirat. Antara bentuk pemeliharaan al-daruriyyat al-khamsah yang telah ditetapkan Allah ialah melalui agihan kekayaan sama ada dalam bentuk yang diwajibkan seperti zakat atau dalam bentuk yang dilakukan secara sukarela seperti sedekah, wasiat dan wakaf. Apa yang ditetapkan oleh Allah ini tidak bukan melainkan untuk menjamin keadilan sosial dan kesejahteraan ummah.

Agihan kekayan secara sukarela ini iaitu amalan bersedekah adalah di antara amalan sunat yang sangat dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang ada di bawah (http://nurjeehan.hadhituna.com.2008.09.suburkan -sedekah).

Bukan itu sahaja, kita juga disarankan agar tidak mengungkit segala pemberian kerana perbuatan mengungkit dan riak ini akan membatalkan sedekah (Mohammad Nidzam. 2006 : 172). Kekayaan juga tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta dan rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak serta mencukupi. Ajaran Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam menghidupkan amalan sedekah, kerana banyak manfaatnya. Sedekah pula tidak semestinya wajib dengan duit atau wang sahaja, memberi makan kepada orang yang berpuasa atau lapar, menyedekahkan baju-baju terpakai, menolong kawan yang berada di dalam kesusahan juga boleh dikategorikan dalam amalan sedekah seperti pekerja yang memotong rumput atau meengutip sampah dengan lori sampah biasanya kehausan. Besar pahalanya kalau kita dapat menyediakan segelas atau sebotol air kosong untuk mereka khususnya jika cuaca panas. Itu juga dikira sebagai sedekah dan besar ganjarannya di akhirat kelak. Oleh demikian dalam tugasan ini saya akan membincangkan lebih terperinci tentang amalan bersedekah dalam Islam. Antara topik yang dibincangkan adalah seperti berikut :

2.0KONSEP SEDEKAHAmalan bersedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada dalam amalam bersedekah ini adalah keikhlasan seseorang itu. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Namun sedekah yang dirahsiakan lebih baik. Sesungguhnya sedekah dapat menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api.( Syahrin Jasah. 2008: 28)Selain itu juga, sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Contohnya, kita membeli kipas angin, penghawa dingin, tikar atau al-Quran untuk digunakan oleh masyarakat umum di premis tersebut. Saranan bersedekah ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

{271}Bermaksud: Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. (al-Baqarah: 271)

Selain itu dalam surah Al-Munafiqun juga Allah telah menegaskan dalam ayat 10 Bermaksud . Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh. (al-Munafiquun: 10)

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api (Hadis Riwayat At Tirmidzi). Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah, bukan disebabkan balasan nama atau sekadar bersedekah saja. Agar amalan bersedekah tidak menjadi sia-sia, Islam mengajarkan umatnya menyumbang dan bersedekah menepati erti sedekah.

3.0 DEFINISI SEDEKAHSedekah adalah satu bentuk tabarru. Tabarru adalah merupakan akad pemberian sesuatu kepada pihak lain tanpa balasan. Sekiranya pemberian itu diberi kepada pihak yang memerlukan, maka ia adalah sedekah. Sekiranya ia diberikan kepada pihak yang lain sebagai penghormatan dan menzahirkan kasih saying, maka ia adalah hadiah. Istilah yang lebih umum bagi pemberian harta ialah hibah. Sedekah juga boleh dilakukan dalam bentuk yang kekal seperti waqaf atau dalam bentuk hasil binatang dan pokok seperti manihah. Sedekah juga boleh dijadikan wasiat dan hanya berkuat kuasa selepas kewafatan pewasiat. Pada zaman ini, sedekah juga meliputi darah dan organ-organ penting seseorang yang dikenali sebagai derma darah dan organ.

Selain itu, sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah yang bermaksud benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan. Sedekah yang berasal daripada bahasa Arab , iaitu sadaqah ini turut diguna pakai dalam bahasa Malaysia.

Maksud yang sama ialah menderma, membelanjakan wang atau memberikan sesuatu kepada pihak lain dengan hati yang ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan.Sedekah juga adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak.Sesetengah pendapat mengatakan sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan daripada baginda s.a.w. bahawa barangsiapa yang bersedekah walaupun hanya sekecil sebiji buah kurma, tetapi dengan syarat harta yang disedekahkan itu benar-benar suci, maka Allah mula memelihara sedekah tersebut sepertimana kita memelihara anak-anak sehinggalah sedekah tersebut dapat dihimpunkan dan menjadi sebesar sebuah gunung (Maulana Muhammad Zakariya. 1999:17).

Pengertian sedekah juga ada disebutkan di dalam kitab I'aannatul Taalibin juzuk yang ketiga pada halaman 171 seperti berikut: ``Sedekah bererti sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang lain yang memerlukannya dengan tidak mengharapkan balasan pahala atau mengharapkan balasan pahala di akhirat sekiranya pemberian itu kepada orang kaya.''

Di sebut juga di dalam kitab berkenaan pada halaman yang sama bahawa sedekah ini tidak disyarat lafaz ijab dan qabul (Nora Murat. 2010:18). Al-Jurjani berkata, Sedekah adalah pemberian yang diharapkan dengannya pahala dari Allah. Raghib Al-Ashfahani mendefinisikan sedekah sebagai, sesuatu yang manusia keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat. Namun begitu, sedekah secara asal dipakai untuk yang sunnah sedangkan zakat untuk yang wajib.

Istilah lain untuk kata sedekah adalah infak. Dari segi istilah, infak lebih bersifat umum. Infak biasa dipakai untuk yang bersifat wajib, iaitu zakat atau yang bersifat sunnah, iaitu sedekah. Sedekah atau infak dalam istilah khusus adalah pemberian berupa harta dengan hanya untuk mencari redha Allah. Walaupun secara umum, maksud sedekah itu lebih luas, iaitu segala bentuk kebaikan, baik dilakukan dengan harta atau tidak, baik kemanfaatannya kembali kepada orang lain atau kepada diri sendiri. Setiap yang makruf itu adalah sedekah. (Hadis Riwayat Muslim)

4.0 DALILI-DALIL PENSYARIATAN SEDEKAH SECARA SUKARELA Pensyariatan sedekah didasarkan kepada nas Al-Quran, As-Sunnah dan Ijmak.

4.1Nas-nas al-Quran Terdapat begitu banyak ayat-ayat al-Quran yang menganjurkan amalan bersedekah dilakukan. Sebahagiannya adalah seperti Allah SWT berfriman: Bermaksud: "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. (Surah al-Baqarah, ayat 245)

Allah SWT berfirman: Bermaksud : Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Muzzammil, ayat 20)

Allah SWT berfirman: Bermaksud : [12] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu? [13] (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi; [14] Ataumemberi makan pada hari kelaparan - [15] Kepada anak yatim dari kaum kerabat, [16] Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. (Surah al-Balad, ayat 12-16)

4.2Nas-nas al-Hadith Terdapat banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang menjelaskan dalil pensyariatan sedekah, di antaranya adalah sabda Rasulullah S.A.W.: a) Hadith Pertama Abu Hurayrah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang bersedekah dengan seberat tamar daripada hasil usaha yang baik, dan Allah S.W.T tidak menerima melainkan sesuatu yang baik, dan sesungguhnya Allah SWT akan menerimanya dengan kekuasaanNya. Kemudian Dia mengembangkannya bagi pemiliknya sepertimana salah seorang daripada kamu memelihara anak kudanya sehinggalah ia menjadi seumpama bukit. (Hadith riwayat al-Bukhari)

Pemberian itu merangkumi sedekah dan hadiah. Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah, maka ia dinamakan sedekah, tetapi jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, sanjungan dan tanda kasih maka ia dinamakan hadiah. Allah menyuruh kita agar menginfakkan harta dan memberi sedekah dengan harta yang halal dan melarang kita daripada menginfakkan harta yang haram sebagaimana ia menyuruh kita agar memastikan agar makan, minum, pakaian dan segala harta benda yang kita gunakan di dunia ini adalah datang daripada sumber yang halal. Sebenarnya bersedekah adalah antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan dalam Islam. Anjuran ini tidaklah hanya ditujukan kepada orang-orang kaya sahaja, malah orang-orang yang kurang berada pun dianjurkan bersedekah menurut kadar kemampuan masing-masing.

b) Hadith Kedua : Uqbah Ibn Amir RA meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Setiap individu berada di bawah perlindungan sedekahnya sehinggalah dia dibicarakan di kalangan manusia" atau Baginda bersabda:"Dihakimi di kalangan manusia." Ahmad Ibn Khuzaymah; Ibn Hibban; al-Hakim dan lain-lain.

c) Hadith Ketiga : Kab Ibn Ujrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada beliau (petikan daripada sebuah hadith yang lebih panjang): "Wahai Kab Ibn Ujrah! Solat itu adalah hujah / bukti, dan puasa itu adalah benteng / perisai yang memelihara, dan sedekah itu memadamkan kesalahan sepertimana air memadamkan api." al-Tirmidhi.

d) Hadith Keempat : Anas Ibn Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya sedekah itu pasti memadamkan kemurkaan Tuhan dan melindungi daripada kematian yang buruk." al-Tirmidhi; Ibn Hibban; al-Bayhaqi Shuab al-Iman dan lain-lain.

4.3Al-Ijma Para fuqaha telah bersepakat berkenaan penshariatan sedekah secara sukarela sebagai satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

5.0 SYARAT-SYARAT SEDEKAHBeberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan demi kesempurnaan bersedekah. a) Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Biarlah bersedekah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. b) Bersedekah dengan benda yang halal. c) Sunat bagi pemberi sedekah atau derma bersedekah dan berderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. d) Bersedekah disertai dengan keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. e) Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.f) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita

6.0 JENIS-JENIS SEDEKAH

6.1 Sedekah WajibHarta benda merupakan antara perkara yang boleh dijadikan bahan untuk bersedekah. Sedekah harta benda boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ini juga dikenali sebagai zakat. Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta dan zakat fitrah.Zakat menurut bahasa bererti berkat, subur, bersih dan banyak. Menurut istilah pula zakat dirujuk kepada nama bagi perkara yang dikeluarkan daripada harta benda atau diri (badan) dengan cara yang khusus. Ada ulama yang mentakrifkan zakat sebagai nama bagi pengambilan sesuatu yang khusus daripada harta benda yang khusus dengan cara yang khusus untuk kumpulan yang khusus. Zakat merupakan satu fardu yang dikenakan ke atas umat Islam.Zakat merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh golongan yang kaya dan yang berpendapatan tinggi, untuk meringankan beban yang dipikul oleh golongan yang tidak berharta dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan seharian. Zakat juga merupakan salah satu rukun Islam yang lima seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud : Daripada Ibn Umar r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda : Islam dibina atas lima perkara iaitu syahadah sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah SWT dan sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan Haji , dan berpuasa di bulan Ramadhan.(Ariffin Omar, 2006 : 32-33).

6.1.1Zakat HartaTerdapat sebanyak tujuh jenis harta berdasarkan hadis yang diriwayatkan berhubung harta benda yang dikenakan zakat tidak termasuk perusahaan iaitu :a) Haiwan ternakanHaiwan ternakan yang diwajibkan zakat ialah unta, lembu, dan kambing. Umat Islam kini perlu melihat dan memikirkan tentang pelbagai haiwan yang dahulunya tidak diternak secara besar-besaran, tetapi sekarang haiwan tersebut diternak secara komersial yang mendatangkan keuntungan lumayan dan menjadi sumber ekonomi yang penting kepada masyarakat. Contohnya ayam daging, telur ayam, rusa, dan burung kasawari. Malah ternakan dalam air seperti ikan, udang, kerang dan lain-lain menjadi sumber ekonomi yang lumayan kepada penternak.

Oleh yang demikian sebarang ternakan yang menjadi mata pencarian kepada masyarakat pada masa kini dan masa-masa akan datang perlulah dikiaskan dengan haiwan ternakan yang pernah menjadi mata pencarian dan sumber ekonomi kepada masyarakat pada zaman Rasulullah SAW. Hal ini dilakukan supaya masyarakat penternak yang menceburkan diri dalam bidang ternakan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa juga berpeluang menunaikan ibadat zakat ini. (Ariffin Omar, 2006 : 34).b) Barang Kemas Daripada hadis yang diambil dari kitab al-Bukhari maksudnya Rasulullah SAW bersabda : Tidak dikenakan sedekah pada unta yang kurang daripada lima ekor. Tidak dikenakan sedekah pada perak yang kurang daripada lima awaq (dua ratus dirham) dan tidak dikenakan sedekah pada buahan atau bijian yang kurang daripada lima ausuq (tiga ratus gantang). Menurut al-Daraqutni dalam kitab hadisnya, daripada Amr ibn Syuaib daripada bapanya daripada datuknya daripada Rasulullah SAW bersabda : Dan tidak dikenakan zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh timbangan berat. Berdasarkan kedua-dua hadis di atas, barang kemas yang diwajibkan zakat hanya perak dan emas.

c) Biji-bijianWajib zakat ke atas bijian seperti gandum. Manakala bijian lain atau bahan makanan yang berasaskan perhumaan perlulah dikiaskan dengan gandum kerana semua bahan makanan itu menjadi rezeki kepada manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. (Ariffin Omar, 2006 :37).

d) Buah-buahanBuah-buahan yang diwajibkan zakat hanyalah tamar dan zabib. Buah yang lain yang ada dalam negara kita dan negara lain seperti durian, rambutan, pisang, manggis, kelapa, kelapa sawit, dan lain-lain yang menjadi sumber kewangan dan rezeki kepada penduduk yang memiliki iklim tertentu maka perlulah dikiaskan dengan tamar dan zabib, supaya umat Islam yang hidup dalam pelbagai iklim ini berpeluang berbuat ibadat zakat ini.

e) Barang perniagaan.Pendapatan yang dihasilkan menerusi perniagaan diwajibkan zakat. Contohnya perniagaan kain. Maka perniagaan lain seperti bidang makanan, perumahan, kenderaan, perubatan, dan lain-lain bahan di mana bahan-bahan itu menjadi keperluan, sumber rezeki dan kekayaan masyarakat kini, hendaklah dikiaskan dengan perniagaan kain.

f) Harta simpanan dan galian.Harta simpanan dan galian ini perlu juga diperluaskan kepada semua barang yang tertanam di dalam bumi dan di dasar laut yang mempunyai nilai harga tersendiri, dan semua bahan galian yang menjadi sumber rezeki serta pendapatan kepada manusia, sama ada galian yang berbentuk cecair, gas, mahupun bijih, bukan hanya perak dan emas. (Ariffin Omar, 2006 : 38-44).

6.1.2Zakat FitrahIa disebut dengan zakat fitr dan sedekah fitr kerana kewajipannya disebabkan kehadiran Hari Raya Puasa pada satu Syawal, dan ia juga disebut sebagai zakat fitrah. Zakat fitrah diwajibkan ke atas manusia untuk membersihkan diri dan menyuburkan amalannya. Zakat fitrah difardukan dengan dua matlamat seperti berikut :a) Membersihkan kecacatan puasa yang disebabkan perbuatan dan sebagainya yang tidak baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa.b) Menjadi sumber rezeki kepada golongan fakir dan miskin.

Pada dasarnya, zakat harta dan zakat fitrah difardukan ke atas umat Islam atas tujuan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh orang fakir, miskin dan sebagainya. Orang yang mampu memberi bantuan kewangan kepada orang lain ialah orang yang kaya. Oleh itu wajarlah kedua-dua jenis zakat itu difardukan ke atas orang yang kaya sahaja, tidak ke atas orang miskin dan fakir. Kadar zakat fitrah pula boleh ditunaikan dengan segantang makanan yang mengenyangkan masyarakat setempat atau dengan mata wang yang sama nilai dengan segantang makanan tersebut. Zakat fitrah boleh ditunaikan sebelum menjelang raya sehinggalah kepada awal pagi Syawal sebelum solat sunat hari raya. (Ariffin Omar, 2006 : 58).

6.2Sedekah Sunata) HibahPerkataan hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau kurniaan. Perkataan hibah dari segi istilah ialah memberi milik tanpa sebarang gantian. Hibah merupakan salah satu cara untuk memberi dan mengurniakan harta benda kepada seseorang. Sesiapa sahaja harus menghibahkan hartanya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. Bapa juga boleh menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya dengan saksama. Cara ini agak terbaik bagi seseorang bapa untuk melihat dan melatih anak-anaknya menyelenggarakan harta yang diberikan kepadanya.

b) HadiahHadiah dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. Ia juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. Memberi hadiah merupakan amalan yang digalakkan.

c) WasiatPerkataan wasiat diertikan sebagai sambungan atau hubungan, dari segi istilah wasiat bermaksud membuat perjanjian dan perjanjian itu terlaksana sesudah meninggal dunia.

d) WakafPerkataan wakaf dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual asal (harta) dengan cara khusus dan disedekahkan faedah dan hasilnya. (Ariffin Omar, 2006 : 94-110)

e) Ibra al-Dain ( Pelepasan Hutang)Pelepasan hutang sangat digalakkan, terdapat firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 279-280 yang menggalakkan supaya pemiutang menyedekahkan hutangnya kepada orang yang berhutang. Perbuatan menyedekahkan hutang adalah perbuatan yang baik kerana pihak pemiutang telah membantu [ihak yang berhutang yang berada dalam keadaan yang sempit dan kurang kemampuan untuk membayar hutang. (Ariffin Omar, 2006 :116-117).

f) Pengguguran HakApa yang dimaksudkan dengan hak dalam perbahasan ini ialah suatu ganjaran atau balasan yang perlu diterima oleh seseorang sama ada ia berbentuk harta benda seperti diat atau bukan harta benda seperti qisas iaitu melakukan kecederaan yang sama dengan kecederaan yang dialaminya ke atas pesalah. Pengguguran terhadap hak hak ini adalah menjadi sedekah. (Ariffin Omar, 2006 : 120-121)

7.0 GOLONGAN YANG BERHAK MENERIMA PEMBERIAN SEDEKAH

Allah S.W.T telah menyebutkan lapan golongan dalam al-Qur'an yang berhak menerima sedekah (yakni zakat yang menjadi hak orang-orang yang tersebut dalam al-Qur'an) melalui firman-Nya: Bermaksud : "Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "[Qs. At-Taubah: 60]a) Orang-orang fakir (fuqara '), iaitu orang-orang yang mempunyai kurang daripada satu nasab, atau mempunyai satu nasab yang bercampur dengan hutang.b) Orang-orang miskin (masakin), iaitu orang-orang yang tidak mempunyai suatu apa pun dan tidak mampu bekerja untuk mendapatkan harta yang dapat mencukupi keperluan mereka.c) Para pengurus zakat (al-amilun alaiha), iaitu orang-orang yang bertugas untuk mengumpulkan zakat. Mereka ini, walaupun kaya, diberi harta zakat sebagai upah atas pekerjaan mereka.d) Para mu'allaf yang mendapat hidayah (al-mu'allafatu qulubuhum). iaitu orang-orang yang baru masuk Islam, mereka diberi zakat untuk menguatkan hati mereka. e) Untuk memerdekakan budak (fi ar-riqab), iaitu hamba sahaya yang tidak punya jalan untuk memerdekakan diri mereka atau tawanan perang.f) Orang-orang yang berhutang (al-gharimun), yaitu orang-orang yang mempunyai hutang yang tidak sanggup mereka lunasi. Tapi mereka bukan berhutang untuk berlebih-lebihan dan berfoya-foya.g) Untuk jalan Allah (fi sabilillah), iaitu pihak yang bersifat umum yang ditentukan oleh negara. Di antaranya untuk menyiapkan para mujahid, merawat orang-orang yang sakit, dan melatih orang-orang yang tidak mampu.h) Orang yang sedang dalam perjalanan (ibnu sabil), yaitu orang yang berada di suatu tempat tanpa mempunyai tempat tinggal dan makanan. Ia mempunyai harta di tanah airnya, namun ia kehabisan bekalnya. Masyarakat berkewajiban memeliharanya, mencari tahu tentang ihwalnya, dan memberi bantuan kepadanya.

Demikianlah lapan golongan yang berhak menerima sedekah berdasarkan firman Allah S.W.T dalam al-Qur'an surat At-Taubah ayat 60. Hal yang penting untuk ditekankan adalah, bahawa setiap amalan haruslah dilandasi dengan niat yang tulus dan ikhlas. Ini kerana hal itulah yang menentukan amalan kita diterima atau tidak di sisi Allah

Rasulullah s.aw bersabda: t : : (( . )) Bermaksud : Dari Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khatab dia berkata: "Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung niatnya, dan sesungguhnya seseorang akan mendapatkan apa yang ia niatkan, jika ia berniat hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya untuk Allah dan Rasul- nya, dan siapa yang hijrah kerana dunia (harta, dan lain-lain ...) atau karena wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya untuk apa yang ia niatkan "Muttafaq 'alaih. [HR. Bukhari No: 54 dan Muslim No: 1907]

8.0KELEBIHAN BERSEDEKAHKelebihan sedekah sangat banyak. Ayat dan hadis yang menerangkan tentang keutamaannya hampir tidak terhitung jumlahnya. Diantaranya ialah:a) Pahala akan berlipat gandaFirman Allah S.W.T : Bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan rasul-Nya) baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipatgandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Al-Hadid: 18)Rasulullah (s.a.w.) bersabda, Barangsiapa bersedekah dengan sesuatu sebesar satu buah kurma dari usahanya yang baik, dan Allah tidak menerima kecuali yang baik-baik sahaja maka Allah akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya,kemudian Allah akan melipatgandakan sedekahnya itu bagi pemberinya, seperti seseorang diantara kalian yang melipatgandakan kuda peliharaannya, hingga sebesar gunung. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

b) Menghapus dosaFirman Allah S.W.T Bermaksud : Kamu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya Allah melipat-gandakan balasannya untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri lagi Maha Penyantun. (At-Taghabun: 17).

Rasulullah (s.a.w.) bersabda, Sesungguhnya sedekah akan memadamkan kemurkaan Allah dan mencegah kematian yang buruk. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi).

c) Mendapat naungan AllahDari Abu Hurairah ra.: Nabi (s.a.w.), beliau bersabda, Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah), seseorang yang hatinya bergantung kepada mesjid (selalu melakukan salat jamaah di dalamnya), dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah, seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahasiakannya sampai tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya dan seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu meneteskan air mata dari kedua matanya. (Hadis riwayat Bukhari Muslim). (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 19)

d) Menyelamatkan diri dari seksa api nerakaRasulullah (s.a.w.) bersabda, Bertakwalah kalian walaupun hanya dengan sepotong kurma! (Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah (s.a.w.) pernah berkhutbah, Wahai para wanita! Bersedekahlah kalian walaupun dengan perhiasan kalian,kerana sesungguhnya aku melihat kalian dadalah penghuni neraka yang paling banyak. (Hadis Riwayat Bukhari).

e) Mendapat ganti

Firman Allah S.W.T : Bermaksud: Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah pemberi rezeki sebaik-baiknya. (Saba: 39)Maksudnya, kesempitan dan kelapangan (kemiskinan dan kekayaan) adalah berasal dari Allah. Jika kita berhenti dari bersedekah, maka itu tidak akan menjadikan kita kaya, dan jika kita menambah sedekah kita, maka hal itu tidak akan membuat kita miskin. Bahkan segala sesuatu yang diinfakkan di jalan Allah, balasannya akan kita peroleh nanti di akhirat. Sedekah tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan kesempitan. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 36)

Malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Hakim dan Tirmidzi ra. meriwayatkan suatu kisah yang panjang dari Jubair ra. Allamah Suyuti ra. telah menjelaskan kisah ini dengan lebih terperinci dalam kitabnya Durrul Mantsur. Abu Hurairah ra. menceritakan sabda Nabi (s.a.w.), Pada setiap pagi ada dua malaikat yang turun kepada hamba-hamba Allah, salah satunya berdoa, Ya Allah,berikanlah balasan kepada orang yang menginfakkan hartanya. Dan yang satunya lagi juga berdoa, Ya Allah, timpakanlah kehancuran kepada orang yang menyimpan hartanya. (Syaikhul Hadits Maulana & Muhammad Zakariyya, 1998: m/s 37)

f) Sedekah membersihkan harta dan menyucikan diri kita.Firman Allah S.W.T bermaksud : Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui. (At Taubah-103).

Ayat di atas menjawab dua soalan utama, iaitu apa yang harus disedekahkan dan mengapa umat harus bersedekah. Sedekah adalah untuk membersih dan menyucikan (jiwa) dan disedekahkan daripada harta atau benda yang dimiliki.Sebenarnya sedekah bukan saja berbentuk kebendaan. Bagi yang tidak mampu atau tiada harta, Allah menghendaki mereka menyumbangkan usaha dan doa. Usaha termasuk menjadi sukarelawan, daya upaya, idea dan ikhtiar, kegiatan, perbuatan untuk mencapai, melaksanakan dan menyempurnakan sesuatu usaha yang disumbangkan dan memanfaatkan mereka yang layak menerima sedekah.

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain. KESIMPULANSebagai kesimpulannya bahawa kita sebagai manusia perlulah sentiasa mengamalkan amalan sedekah dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana Allah juga menyuruh hamba-hamba Nya untuk bersedekah. Selain itu, bersedekah itu boleh dilakukan oleh semua orang sekalipun orang itu tidak berharta. Amalan bersedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana bersedekah adalah lambang kesyukuran kepada Allah, pelaksanaan perintah Allah dan mempererat hubungan persaudaraan serta silaturahim sesama muslim. Sedekah juga adalah cara mengukuhkan hubungan antara hamba dengan Allah dan di antara hamba sesama hamba. Bagaimanapun, dalam bersedekah atau apa juga yang kita lakukan, ia perlu dibuat secara sederhana. Jangan terlalu ghairah bersedekah jika ia hanya bertujuan untuk menyerlahkan kemewahan yang dimiliki, atau sekadar inginkan publisiti murahan di media massa. Sedekah dan derma seperti itu tidak akan membawa erti dan tidak memperolehi sebesar-besar ganjaran dijanjikan. Walaupun amalan yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Allah yang dilakukan di hadapan orang ramai bukanlah perbuatan riak tetapi, setiap amalan khususnya bersedekah sebaik-baiknya dilakukan secara tersembunyi supaya tidak akan wujud kemungkinan perasaan riak dan mereka yang menerima sedekah tersebut juga akan terselamat daripada hinaan orang lain dan kesusahan Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. menjanjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.Hal ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. (Riwayat Muslim). Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam. Sesungguhnya konsep bersedekah adalah suatu motivasi yang cukup kuat kepada seseorang untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna dan menjadi muslim sejati yang mempunyai keperibadian unggul serta menjadi contoh ikutan umat yang lainnya .Justeru, menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang manusia dan hamba Allah untuk membantu mereka yang memerlukan dengan bersedekah.RUJUKAN

Al-Quran

Ariffin Omar . 2006. Sedekah : Jaminan Keharmonian Umat Menurut Sunat. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Maulana Muhammad Zakariya Kandhahlawi. 1999. Fadhilat Sedekah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Zakat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn.bhd .

Syaikhul Hadits Maulana. Muhammad Zakariyya rah. a. 1419H/1998. Fadhilah Sedekah. Terj. A. Abdurrahman Ahmad. Cirebon: Penerbit Pustaka Nabawi.

Syahrin Jasah. 2008. 40 Amal Penghapus Dosa. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

22