Tugasan ibnubattutatribute

23
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya, ahli kumpulan kami iaitu Muniroh Binti Md Noordin , Johani Iqbal Bin Zakariah dan Azura Binti Ismail telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyiapkan tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk membuat satu catatan perjalanan hidup mengenai tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Dan kami telah memilih Ibn Battuta sebagai tajuk tugasan kami kerana beliau seorang tokoh yang sangat berjasa dan merupakan pengembara yang tersohor. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran ketika menyediakan tugasan ini, kami akhirnya berjaya mengatasi kekangan tersebut dan bantuan Pn Saadiah Binti Haron, kami mampu menyiapkan tugasan ini dengan format yang dikehendaki. Jutaan terima kasih kami kepada Ustazah atas bantuan yang diberikan. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan MTE 1O yang sedia berkongsi maklumat dan pendapat tentang tugasan ini. Melalui tugasan ini, kami telah banyak belajar nilai- nilai murni melalui Ibn Battuta iaitu kita haruslah berani merentasi paradigma, berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan cekal. Kami juga belajar perlunya ilmu dan kesungguhan 1

Transcript of Tugasan ibnubattutatribute

Page 1: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaanNya, ahli kumpulan kami

iaitu Muniroh Binti Md Noordin , Johani Iqbal Bin Zakariah dan Azura Binti Ismail

telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyiapkan tugasan

Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini. Tugasan ini mengkehendaki kami untuk

membuat satu catatan perjalanan hidup mengenai tokoh pengembara dan ahli

pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan. Dan kami telah memilih

Ibn Battuta sebagai tajuk tugasan kami kerana beliau seorang tokoh yang sangat

berjasa dan merupakan pengembara yang tersohor.

Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran ketika menyediakan tugasan

ini, kami akhirnya berjaya mengatasi kekangan tersebut dan bantuan Pn Saadiah

Binti Haron, kami mampu menyiapkan tugasan ini dengan format yang

dikehendaki. Jutaan terima kasih kami kepada Ustazah atas bantuan yang

diberikan. Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan MTE 1O

yang sedia berkongsi maklumat dan pendapat tentang tugasan ini.

Melalui tugasan ini, kami telah banyak belajar nilai-nilai murni melalui Ibn

Battuta iaitu kita haruslah berani merentasi paradigma, berusaha meningkatkan

ilmu pengetahuan dan cekal. Kami juga belajar perlunya ilmu dan kesungguhan

menghadapi cabaran untuk menjamin kehidupan yang sempurna pada masa

akan datang.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

1.0 LATAR BELAKANG IBN BATTUTA

1.1 BIOGRAFI IBN BATTUTA

Nama penuh Ibn Battuta ialah

Muhammad bin Abdullah bin Ibrahim

bin Mohammad bin Yusof Abu

Abdullah Ibn Battuta seorang

kabilah Berber dari golongan Muslim

Sunni. Beliau telah dilahirkan di

Tanjah/Tangier, Maghribi 24

Februari 1304 bersamaan Rejab 704

Hijrah dan meninggal dunia pada

tahun 779 Hijrah bersamaan 1377

Masihi di satu daerah Marakish.

Beliau merupakan cendiakawan, ulama Mazhab Maliki dan pernah

berkhidmat sebagai Qadi. Ibn Battuta terkenal sebagai penjelajah dan

pengembara serta menulis mengenai pengembaraannya selama hampir tiga

puluh tahun. Beliau adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya merentasi

benua Afrika dan Asia serta menghasilkan karya penting dunia Islam yang

meliputi daerah Barat Afrika hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia

Tenggara dan China.

Abu Abdillah Muhammad Ibn Abdillah Ibn Muhammad Ibn Ibrahim al-

Lawati al-Tanji juga digelar Ibnu Battuta dan diberi gelaran sebagai Syamsuddin

di negeri-negeri timur. Tokoh orientalis Dozy, menggelar beliau sebagai

‘Pengembara Yang Jujur’. Beliau telah meninggalkan kota asalnya pada tahun

1325 untuk menunaikan haji di Mekah yang mengambil masa selama satu

setengah tahun perjalanan ketika berusia 21 tahun.

2

Page 3: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

1.2 CATATAN PENGEMBARAAN

Kisah pengembaraan beliau dihimpunkan oleh Muhammad Ibnu Juzayy

al-Kalbi atas arahan Sultan Abu 'Inan. Setiap tajuk yang dicatat oleh Ibn Battuta

dalam pengembaraannya dihimpun dalam satu himpunan yang lengkap.

Kemudian, Ibnu Juzayy al-Kalbi memindahkan penceritaan Ibn Battuta dalam

bahasa yang dapat menyampaikan maksud yang dikehendaki oleh beliau

Catatan pengembaraannya dicatat dengan gaya penulisan yang

menghiburkan pemikiran dan memudahkan pembaca untuk membaca serta

memahami fakta yang ingin disampaikannya. Segala catatannya merangkumi

setiap perkara aneh yang memberikan manfaat, menakjubkan dan menarik

perhatian.

Didalam kitabn Tuhfat al-Nazhar, beliau menyatakan selama mengelilingi

dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq

yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak

mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan

bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu

pengetahuan luas dan mendalam buku tersebut diterjemahkan ke dalam

pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.

1.3 PENGEMBARAAN IBN BATTUTA

Ibn Battuta meninggalkan Tangier pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi

ketika usianya 21 tahun. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun

meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer yang meliputi 44 negara di benua

Afrika dan Asia. Sepanjang perjalanan, beliau turut mengunjungi kota besar di

Parsi dan Iraq, menemui para sarjana, gabenor dan seorang raja Mongol.

3

Page 4: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Lakaran buku abad ke-13 yang dikeluarkan di Baghdad, Iraq oleh Al-Wasiti mengenai perjalanan

jemaah menunaikan Haji.

Ringkasnya, beliau telah melakukan tiga siri pengembaraan yang

mengambil masa selama 30 tahun. Pengembaraan yang pertama iaitu dari

Maghribi hingga China. Negara seperti Mesir, Syam, Semenanjung Arab, Afrika

Timur, Asia Kecil, Rusia Selatan, India, China, Andalus ( Sepanyol ) dan negeri

orang berkulit hitam iaitu Mali di Afrika Selatan turut di kunjungi beliau.

Semasa dalam perjalanan, Ibn Battuta terlihat satu kafilah sedang

menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan

4

Page 5: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

rombongan itu dan menetap di Makkah selama 2 tahun. Beliau meneruskan

pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa,

Timur Afrika dan Kulwa. Kemudian, beliau kembali ke Oman dan balik semula ke

Makkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melalui Hormuz, Siraf,

Bahrin dan Yamama.

Foto illustrasi National Geographics - "Moroccan traveler Abu Abdullah Muhammad Ibn Battuta

leaves Tangier at the age of 21 to complete the Hajj. His travels, however, continue for nearly 30

years and take him through the Middle East, southern Russia, India, and China, among many

other places—an estimated 75,000 miles (120,700 kilometers) in all. His account of his travels

contributes immensely to current understanding of world geography and cultures."

Pada siri kedua pengembaraanya, Ibn Battuta ke Syam dan Laut Hitam.

Dari Laut Hitam, Ibn Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom,

Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian

5

Page 6: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

menyusuri sepanjang Sungai Danube. Kemudian beliau belayar menyeberang ke

Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan

seterusnya ke India. Beliau dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa

tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan di India.

Beliau turut melanjutkan pengembaraan hingga ke Sri Lanka, Indonesia,

Canton, ibu negara Hong Kong, Sumatera, Indonesia dan melanjutkan

perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran,

Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah

Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 mesihi.

6

Page 7: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Pengembaraan siri ketiga bermula pada 753 Hijrah ke Mali, Afrika Barat

sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil

pengembaraannya. Penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibn Juza telah

menyunting dan menyusun buku beliau dengan gaya bahasa yang teratur

selama 3 bulan untuk menyelesaikannya. Ibn Battuta akan membuat catatan

terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang

dilaksanakannya. Turut diceritakan pengalamannya menempuh pelbagai

cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan

nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya,

pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan

sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan

kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

7

Page 8: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

2.0) SUMBANGAN IBN BATTUTA

Jika disingkap kembali Ibnu Batuta seorang tokoh yang telah banyak

menyumbang dalam perkembangan ilmu pengetahuan yang turut dikongsi

bersama sehingga ke hari ini. Beliau seorang tokoh pengembara yang terkenal

dan muncul sebagai sejarawan Islam yang unggul hasil perantauan beliau ke

seluruh pelusuk dunia. Para Orientalis dan masyarakat Islam umumnya

menganggapnya sebagai The Prince Of Muslim Travellers. Beliau selalu

dibandingkan dan disamakan dengan pengembara-pengembara terkenal Marco

Polo hasil pengalaman pengembaraannya selama lebih kurang 30 tahun.

2.1 BIDANG GEOGRAFI DAN PELAYARAN

Antara salah satu dari sumbangan beliau ialah perkongsian maklumat

yang terperinci dari segi perbandingan tentang budaya, peradaban, sosial dan

geografi sesuatu masyarakat setempat berdasarkan pengamatan beliau apabila

singgah di tempat tersebut. Pengembaraan beliau itu telah memberikan persepsi

yang baru kepada bidang geografi dan pelayaran. Beliau juga banyak

menyampaikan cerita-cerita tempatan yang menakjubkan dan menghiburkan

kepada pengikut-pengikutnya. Pengembaraannya disifatkan sebagai satu

sumber sejarah yang amat bernilai bukan sahaja kepada masyarakat Islam

malahan untuk semua masyarakat dunia.

2.1.1 INDIA

Selama berada di India, beliau telah memerhati tentang akhlak, budaya

dan corak hidup masyarakat India pada waktu tersebut dengan teliti dan menjadi

sumber rujukan yang penting kepada masyarakat. Selain itu, beliau juga telah

dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada pengikut-pengikutnya dengan

agak terperinci, jelas dan menarik untuk dikongsi bersama sebagai ilmu yang

bermanfaat.

8

Page 9: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Tambahan lagi, beliau juga telah menceritakan tentang pemerintah

India ketika itu iaitu Sultan Muhammad Tughluq. Beliau menggambarkan

baginda seorang yang pemurah dan bersikap terbuka di samping

menggambarkan adat istiadat di istana Sultan India pada masa itu. Secara

umumnya, maklumat yang telah diberikan oleh Ibnu Battuta itu dapat disokong

oleh hasil kajian yang dibuat para ahli sejarah moden terhadap sumber-sumber

sejarah lain tentang India. Beliau juga telah memberikan huraian dan gambaran

yang jelas dan menarik mengenai sistem pemerintahan di India yang muncul

sebagai salah sebuah kerajaan Islam terkuat dan terkaya pada ketika itu.

Perbandingan jarak pengembaraan Ibnu Batutta dengan Marco Polo.

2.1.2 NEGARA-NEGARA LAIN

Malahan lagi, beliau turut berkongsi maklumat mengenai budaya

setempat di negara-negara lain. Misalnya, cara yang digunakan untuk memetik

kelapa bagi penduduk Semenanjung Tanah Arab selatan dan adat berkelamin

kaum wanita kepulauan Maldives. Di samping itu, beliau juga berminat dalam

aktiviti perdagangan. Hal ini terbukti apabila beliau turut mengamati dari sudut

pengiraan keuntungan dalam perniagaan ketika bergaul dengan pedagang-

pedagang dari Tanah Arab. Pengalaman beliau itu telah diselitkan dalam

karyanya iaitu Rihlah Ibn Batutah.Kita juga dapat memerhatikan sumbangan

9

Page 10: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

besar beliau kepada masyarakat Afrika ketika itu. Beliau telah berkunjung ke

negeri Sudan iaitu Mali di Afrika Barat dan catatan beliau itu menjadi salah satu

sumber penting bagi sejarah Afrika Barat zaman itu.

Selama beliau mengembara, Ibn Battuta telah bertemu dengan pelbagai

jenis dan ragam Raja-raja dari pelbagai negara. Dan selama mengelilingi dunia

Ibn Battuta menyimpulakan bahawa hanya ada tujuh raja yang memiliki

kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani

sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja

Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik

Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

2.2 AGAMA

Ibnu Batuta juga banyak menyumbang dalam bidang agama. Beliau

adalah terkenal sebagai seorang yang kuat beribadah dan berpegang teguh

kepada ajaran agama. Beliau telah menabur bakti di beberapa buah negara

dalam bidang agama. Contohnya, Beliau telah menetap selama lapan tahun di

India. Dalam tempoh masa tersebut, beliau telah memikul tugas sebagai kadi

besar di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq. Selain itu, beliau juga

turut dilantik menjadi kadi selama lapan belas bulan di kepulauan Maldives.

Selepas itu, Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan

ke Ladzikiyah, dan seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berikut, Ibnu Battuta

terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu

beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2

tahun. Semasa berada di sana, Ibn Battuta telah banyak belajar mengenai

agama Islam. Disebabkan ketaqwaan serta kecintaan beliau terhadap agama

Islam, beliau telah melakukan haji sebanyak tujuh kali dan yang terakhir di

Makkah.

10

Page 11: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Akhirnya, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu sekitar

tahun 1354 masihi, beliau telah memikul amanah juga sebagai kadi di salah

sebuah pekan di Maghribi.

2.3 HASIL KARYA

Sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh masyarakat dunia ialah

catatan perjalanan dan pengembaraan beliau. Catatan asal beliau berhubung

dengan pengembaraan tersebut sebenarnya telah hilang kerana telah dirompak

oleh lanun di Lautan Hindi. Namun begitu, beliau berjaya juga menerbitkan

sebuah karya yang lengkap setelah menceritakan semula pengalamannya

kepada Muhammad b. Juzay al- Kalbi atau lebih dikenali sebagai Ibn Juza, iaitu

seorang penulis sultan. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk

menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.

Akhirnya karya yang diberi nama Rihlah Ibn Battutah telah diterbitkan

hasil kerjasama tersebut. Karya agung tersebut merupakan rekod sejarah zaman

pertengahan yang sangat penting kerana catatannya dianggap sebagai sumber

sejarah abad pertengahan. Kesilapan dan kekaburan yang terdapat dalam karya

itu adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan khazanah maklumat sejarah

dan ilmu alamnya yang terbukti benar apabila dibandingkan dengan sumber-

sumber sejarah lainnya.

Karya ini juga berperanan penting kerana maklumat-maklumat yang

terkandung di dalamnya telah dipetik dalam ratusan karya pengkajian sejarah

yang meliputi bukan hanya sejarah dunia Islam tetapi juga sejarah Cina dan

Empayar Bynzantin. Di samping itu, Rihlah Ibn Batutah juga satu-satunya

sumber maklumat langsung mengenai budaya, adat resam, serta keadaan

masyarakat di beberapa kawasan dunia. Dalam konteks sejarah Asia Tenggara

pula, karya tersebut merupakan satu-satunya karya pengembaraan Arab yang

terbukti kesahihannya.

11

Page 12: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa karya ini sangat bermanfaat

kerana amat bernilai bagi ahli sejarah, saintis, dan ahli geografi.

2.4 NILAI

Jika diteliti tokoh ini memiliki nilai moral yang tinggi di dalam dirinya. Ibnu

Batuta adalah seorang tokoh sejarawan Islam yang dijadikan salah satu contoh

tauladan terbaik oleh umat Islam untuk lebih banyak mencapai kejayaan dalam

hidup. Oleh itu beliau boleh disifatkan sebagai salah seorang individu yang

banyak menyumbang dari segi personaliti yang ditonjolkannya untuk menaikkan

semangat umat Islam supaya terus maju dalam semua bidang jika kita benar-

benar menghayati kisah hidup beliau. Contohnya, kegigihan beliau dalam

menimba ilmu pengetahuan jelas terpapar apabila telah merantau ke seluruh

dunia hampir 30 tahun. Walaupun menempuh pelbagai rintangan, beliau tetap

gigih berusaha untuk merantau ke seluruh dunia bagi menimba sebanyak

mungkin ilmu pengetahuan.

Kita seharusnya menjadikan sifat beliau ini sebagai contoh tauladan yang

baik dalam menuntut ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga seorang yang

patuh pada ajaran agama. Hal ini dapat diperhatikan dalam karyanya yang

banyak menggambarkan ketaatannya kepada agama. Contohnya, beliau telah

beberapa kali menunaikan ibadah haji di Makkah sebelum meninggal dunia. Kita

sebagai umat Islam seharusnya mencontohi sifat murni dan menyelami kisah

hidup beliau bagi membentuk diri menjadi seorang muslim yang sejati.

Sumbangan beliau dari segi sosial pula ialah mempamerkan sikap dan

contoh yang baik dari segi cara bergaul dengan masyarakat setempat tidak

mengira lapisan masyarakat semasa berkelana ke seluruh dunia. Perwatakan

beliau ini boleh dijadikan panduan dan ilmu yang berguna kepada kita dalam

kehidupan seharian sebagai seorang perantauan.

12

Page 13: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

3.0 APRESIASI MORAL

Kata apresiasi bererti ‘penghargaan’ terhadap suatu objek, hal, kejadian,

atau pun peristiwa. Untuk dapat memberi penghargaan terhadap sesuatu,

tentunya kita harus mengenal sesuatu itu dengan baik dan dengan akrab agar

kita dapat bertindak dengan seadil-adilnya terhadap sesuatu itu. ‘Moral’ pula

ialah tingkah laku yang telah ditentukan oleh etika. Tingkah laku yang telah

ditentukan oleh etika sama ada baik atau buruk dinamakan moral. Apresiasi

moral adalah kegiatan “menggauli” sebuah sumbangan tokoh, untuk kemudian

memberi penghargaan terhadap karya sastra itu berdasarkan pertimbangan-

pertimbangan objektif atas hasil analisis yang dilakukan terhadap karya prosa

tersebut. Oleh yang demikian, tokoh seperti Ibnu Battuta mendapat perhatian

dalam bidang sejarah.

Jika kita lihat di Malaysia, kehebatan Ibn Battuta mendapat perhatian

media cetak dan juga media elektronik. Pada tahun 1998, dalam Racangan Jejak

Rasul yang masyhur telah menyiarkan kisah beliau dalam episod ke-14 (Jejak

Rasul 3,1998) iaitu ketika para krew penerbitan TV3 telah membuat liputan

penggambaran berhubung dengan Kota Tangiers ( Tanjah ), Morocco. Di mana,

Jejak Rasul 3 telah menjejaki makam Ibn Bathuthah yang terletak dihujung

lorong Rue Gzenaya di Tangiers.ini kerana, Jejak Rasul 3 ini juga menyifatkan

Ibnu Battuta sebagai tokoh pengembara Islam yang terkenal dan berwibawa

dengan membawa obor Islam sepanjang pengembaraannya.

Selain itu, Tuhfat al-Nazhar iaitu kadi yang bertanggungjawab mencatat

segala pengalaman yang diceritakan oleh Ibn Battuta dan terhasillah karya

‘Rihlah Ibn Battutah al-Musammah Tuhfah al-Nuzzar fi Ghara’ib al-Amsar wa

’Aja’ib al-Asfar’. Untuk menghargai karya Ibn Battuta tersebut, beberapa buah

buku biografi tentang beliau telah diterbitkan. Buku tersebut menceritakan

tentang pengembaraan Ibn Battuta sepanjang beliau mengembara di seluruh

dunia dan peristiwa-peristiwa yang menarik serta budaya yang terdapat di

13

Page 14: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

negara-negara yang beliau kunjungi. Antara bukunya ialah ‘Pengembaraan Ibn

Battuta (Pengembaraan Agung, Karya Terulung, Menyingkap Wajah Dunia)’

terbitan Percetakan Yayasan Islam Terengganu SDN. BHD. Pengarang buku

tersebut ialah Ismail Haji Halim dan Wan Rosli Abd. Majid dan dicetakkan pada

tahun 2003. Biografi ini memberi peluang kepada generasi muda untuk

mengambil iktibar dan belajar dari kegigihan Ibn Battuta dalam mengelilingi

dunia.

Tambahan lagi, International Astronomy Union atau lebih dikenali sebagai

(IAU) mengabadikan Ibnu Battuta menjadi nama salah satu kawah bulan. Bagi

orang Astronomi, Ibnu Battuta bukan hanya seorang pengembara dan penjelajah

paling termasyhur, namun juga boleh dilambangkan sebagai sebuah kawah kecil

di bulan yang berada di Mare Fecunditas. Kawah Ibnu Battuta terletak di Barat

daya kawah Lindenbergh dan Timur laut kawah bulan terkenal Goclenius. Di

sekitar kawah Ibnu Battuta tersebar beberapa formasi kawah hantu. Kawah Ibnu

Battuta berbentuk bundar dan bersimetri. Berdasarkan kajian tersebut, dasar

bahagian dalam kawahnya itu mencapai 11 kilometer dan dasar kawah

bahagian dalamnya sangat gelap, segelap luarannya. Kawah Ibnu Battuta

awalnya bernama Goclenius A. Namun, IAU telah menukar nama kawah

tersebut menjadi Ibn Battuta.

14

Page 15: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Kawah Ibnu Battuta

Selain itu, Ibn Battuta juga telah diabadikan dan dikenang masyarakat

Dubai, India dengan sebuah pusat membeli belah yang dikenali dengan ‘Ibnu

Battuta Mall’. Di sepanjang koridor pusat membeli belah itu telah dipenuhi dan

terdapat pameran tentang penelitian dan penemuan Ibn Battuta. Walaupun

pengembaraannya telah berlalu enam abad yang lalu, namun kebesaran dan

kehebatannya tetap akan dikenang selamanya.

Kesimpulannya, penghargaan patut diberi kepada Ibn Battuta kerana

beliau telah banyak memberi jasa kepada kita termasuklah dari segi aspek,

budaya, geografi, sosial dan lain-lain lagi.

RUJUKAN

15

Page 16: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

LAMAN SESAWANG

Maruwiah binti Ahmat. (9 April 2010). Ibnu Battutah, muslim traveler.

Dilayari pada 22 Ogos 2011 dari laman sesawang

http://maruwiah.wordpress.com/2010/04/09/ibnu-battutah/

A.S. Chughtai.(tidak dinyatakan). Ibn Battuta - the great traveler.

Dilayari pada 22 Ogos 2011 dari laman sesawang http://www.ummah.net

Wikipedia.(tidak dinyatakan).Ibn Battuta.Dilayari pada 22 Ogos 2011dari

laman sesawang http://wikipedia/wiki/ibn_battuta

------------------(2008).Kisah Kembara Ibn Battuta Dipersoalkan. Dilayari

pada 22 Ogos 2011 dari laman sesawang http://dmaza.com

------------------(tidak dinyatakan) Encyclopedia of World Biography on

Muhammad ibn Battuta. Dilayari pada 22 Ogos 2011 dari laman sesawang

http://book.rags.com

-------------------(2009). Tokoh Islam: Ibn Battuta Pengembara Besar.

Dilayari pada 22 Ogos 2011 dari laman sesawang http://quntik.blogspot.com

BUKU

16

Page 17: Tugasan ibnubattutatribute

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA:IBN BATTUTA

Fakhruddin Fannani.(1997). 100 Tokoh Dalam sejarah Islam; Tokoh

Abad Keempat Belas Ibn Battuta. Kuala Lumpur; Pustaka Antara SDN. BHD.

Ghazali Darusalam.(2001).Sumbangan Sarjana Dalam Tamadun Islam.

Kuala Lumpur; Utusan Publications SDN. BHD.

Ismail Hj, Ibrahim dan Wan Ali.(2003).Pengembaraan Ibn Battutah;

Pengembaraan Agung, karya terulung, menyingkap wajah Dunia.

Terengganu; Percetakan Yayasan Islam Terengganu SDN. BHD

Mahdi Shuib, Ustaz Rumaizuddin Ghazali dan Hazlina Mansor.(2007).

Teks Pra-U STPM Tamadun Islam. Petaling Jaya; Pearson Malaysia SDN.

BHD.

Mahayudin Hj. Yahya.(2008).Teks Tamadun Islam; Kertas 1. Shah Alam

Selangor; Oxford Fajar Bakti SDN. BHD.

Mohd Nor Jusoh. (April 2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur,Sarjana Media SDN. BHD.

17