TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

30
PPP6014 KEPIMPINAN PENDIDIKAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 SOROTAN JURNAL MENGENAI TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI 3 -12 2.0 RINGKASAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 13 - 20 Hubungan kepimpinan Transformasi guru besar dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah daerah Port Dickson, Zon B. 1

description

tinjauan literatur berkaitan kepimpinan transformasi

Transcript of TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Page 1: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

PPP6014KEPIMPINAN PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 SOROTAN JURNAL MENGENAI

TEORI KEPIMPINAN TRANSFORMASI 3 -12

2.0 RINGKASAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN 13 - 20

Hubungan kepimpinan Transformasi guru besar

dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

di sekolah rendah daerah Port Dickson, Zon B.

3.0 RUJUKAN 21

Kriteria JURNAL 1 : Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua Dan

1

Page 2: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru.

A. Pernyataan Masalah

Menurut Alimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan

beberapa perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan

sekolah. Pengetua perlu menggunakan kebijaksanaan kepemimpinan

mereka untuk mengelakkan tekanan dan bebanan kerja ke atas guru

serta memberikan mereka kepuasan kerja.

Menurut Rahimah, 2005 Kepemimpinan sekolah sentiasa berhadapan

dengan tekanan yang berterusan dalam meningkatkan standard dan

penambahbaikan sekolah. Hal ini kerana sekolah merupakan agen yang

penting dalam pembinaan generasi masa depan.

Objektif Objektif Utama ialah untuk mengkaji amalan kepemimpinan

transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru

pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (Integrasi) dalam

Daerah Hulu Langat, Selangor.

Objektif Khusus ialah untuk mengenal pasti tahap amalan

kepemimpinan transformasi pengetua, mengenal pasti tahap kepuasan

kerja guru pendidikan khas dan mengenal pasti hubungan di antara

amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja

guru.

Soalan kajian Adakah amalan kepimpinan Transformasi pengetua mempengaruhi

kepuasan kerja guru ?

B. Kerangka kajian

C. Ringkasan kajian Literatur

Menurut Abdul Ghani (2005), pengamalan gaya atau amalan

kepemimpinan transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan

prestasi guru (perlakuan warga organisasi) dan sikap guru (komitmen

guru).Menurut Koh (2008), Kepemimpinan transformasi, pengetua

sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru melalui

keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan

meluas dan berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin. Menurut

2

Pengaruh kepimpinan

Transformasi

Kepuasan kerja guru

Page 3: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Jazmi (2009), Pengetua perlu mengamalkan gaya kepimpinan

Transformasi kerana ia melibatkan perhubungan kemanusiaan yang

lebih tinggi.

Menurut Abdul Rahim(2007), ketidakpuasan kerja berlaku disebabkan

faktor diskriminasi, pilih kasih, beban kerja, amalan tidak sihat, keadaan

tempat kerja, tidak dapat menyesuaikan diri dan ganjaran serta prospek.

Menurut Woo (2007), sifat penyelia yang mesra, berbudi bahasa, cerdas,

bersabar dan berhati-hati semasa menjalankan tugas turut memberi

kepuasan kepada guru.

D. Ringkasan Methodologi

Sampel kajian adalah guru-guru terlatih yang sedang mengajar di lapan

buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Integrasi) di bawah

pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai

87 orang guru pendidikan khas dilibatkan dalam kajian ini. Borang soal

selidik digunakan sebagai instrumen pengumpulan data.

E. Analisis Data Analisis data dilakukan secara diskriptif dan inferensi. Analisis

kekerapan dan peratusan digunakan untuk menjelaskan profail

responden.

Purata dan sisihan piawai digunakan untuk menjelaskan tahap amalan

kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru

pendidikan khas.

Ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara amalan

kepimpinan transformasi pengetua dan tahap kepuasan kerja guru

pendidikan khas.

Ujian ANOVA dan Chi Square digunakan untuk melihat perbezaan

amalan kepimpinan transformasi pengetua: pengalaman mengajar dan

lokasi sekolah.

F. Ringkasan Dapatan Utama

Analisis korelasi menunjukkan hubungan antara amalan kepemimpinan

transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru adalah rendah.G. Cadangan

Kajian Penambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah akan meningkatkan

pencapaian prestasi yang baik dalam kalangan guru yang berterusan

pada masa akan datang.

Kriteria JURNAL 2 : Budaya sekolah, Kepimpinan Transformasi dan Pencapaian

Akademik Pelajar.

3

Page 4: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

A. Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan memenuhi dua aspek utama dalam memperkasakan

SK iaitu, aspek budaya sekolah dan kepimpinan sekolah.

Objektif

Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan

transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah.

Kajian ini meneliti hubungan budaya sekolah dengan kepemimpinan

transformasional dan pencapaian akademik pelajar sekolah rendah

Soalan kajian

Sejauhmanakah Budaya sekolah dan kepimpinan Transformasi

mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

B. Kerangka kajian

C. Ringkasan kajian Literatur

Mengikut Schein (1990), kepemimpinan transformasional boleh

membantu bagi mencorak dan mengekalkan budaya yang dikehendaki

oleh organisasi.

Menurut Bass & Avilio , 1992, kepemimpinan transformasional dan

budaya organisasi sebagai pelengkap untuk memahami keberkesanan

sesebuah organisasi.

D. Ringkasan Methodologi

Kajian korelasi ini melibatkan 657 orang guru dan 141 guru besar

sekolah daripada 141 buah sekolah di negeri Kedah.

Instrumen Budaya Sekolah dan Multifactor Leadership Questionnaire

(MLQ5x) digunakan sebagai instrumen kajian.

temu bual berstruktur melibatkan empat orang guru besar dan 16 orang

guru penolong

E. Analisis Data

Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.

Statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan lazim

digunakan.

Kaedah korelasi Spearman digunakan untuk menguji hubungan antara

budaya sekolah dan kepemimpinan transformasional dengan pencapaian

4

Tahap

Tinggi

Sederhana

Rendah

Pengaruh Ideal

Pertimbangan Individu

Rangsangan Individu

Motivasi berispirasi

PENGETUA

Page 5: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

akademik.

Ujian Wilks Lamda digunakan untuk mengenal pasti perbezaan budaya

sekolah dan kepemimpinan transformasional mengikut pencapaian

akademik

F. Ringkasan Dapatan Utama

Wujudnya hubungan yang positif dan signifikan antara budaya sekolah

dengan dimensi kepemimpinan guru besar bagi dimensi transformasional

(r= .53, p < .05)

Nilai alpha Cronbach bagi kedua-dua instrumen melebihi 0.9 yang

menunjukkan kedua-dua soal selidik tersebut mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi.

G. Cadangan Kajian

Penambahbaikan pentadbiran kepimpinan sekolah akan meningkatkan

pencapaian prestasi yang baik dalam kalangan guru yang berterusan pada

masa akan datang.

Kriteria JURNAL 3 : Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Pengetua

Dua buah sekolah di Daerah Batu Pahat, Johor

A. Pernyataan Masalah Kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru besar dan pengetua

mendorong guru-guru mengubah nilai dan sikap mereka supaya

5

Page 6: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

mempunyai komitmen terhadap misi dan visi pendidikan.

Objektif

Mengenal pasti empat komponen kepimpinan transformasi iaitu

karismatik, pertimbangan individu, stimulasi intelek dan inspirasi

motivasi

Mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap jantina terhadap

amalan kepimpinan transformasi pengetua dan guru besar.

Mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap kaum terhadap amalan

kepimpinan transformasi pengetua dan guru besar.

Soalan kajian

Sejauhmanakah Kepimpinan transformasi yang diamalkan oleh guru

besar dan pengetua mendorong guru-guru mengubah nilai dan sikap

mereka supaya mempunyai komitmen terhadap misi dan visi pendidikan.

B. Kerangka kajian

C. Ringkasan kajian Literatur

Menurut Burns (1978), Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan

transformasi boleh mengubah sikap individu daripada mementingkan diri

sendiri kepada kepentingan kelompok

D. Ringkasan Methodologi

Seramai 76 orang responden dari dua buah sekolah dari daerah Batu

Pahat.

Instrumen ialah soal selidik dan data mentah dianalisis melalui SPSS.

E. Analisis Data

Perbezaan persepsi guru mengikut jantina terhadap komponen

pertimbangan individu adalah signifikan iaitu sig = 0.040

Komponen lain tidak signifikan.

F. Ringkasan Dapatan Utama

Skor min :

Komponen karismatik – 4.019

Komponen pertimbangan individu – 3.762

Komponen simulasi intelek - 3.845

Komponen Inspirasi motivasi - 3.991

6

Tahap

Tinggi

Sederhana

Rendah

Pengaruh Ideal

Pertimbangan Individu

Rangsangan Individu

Motivasi berispirasi

PENGETUA

Page 7: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Komponen simulasi intelek - menggalakkan komunikasi dua hala

Komponen inspirasi motivasi – Guru besar mengalakkan guru bekerja

bersungguh-sungguh.

G. Cadangan Kajian

Penambahbaikan gaya kepimpinan transformasi akan mengubah sikap

individu.

Kriteria Jurnal 4 : Tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan

pengetua Sekolah Menengah Bandar Tangkak

7

Page 8: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

A. Pernyataan Masalah

Kepimpinan transformasi perlu membawa perubahan dalam sikap dari

kesedaran melalui pembangunan intelek.

Objektif

Untuk mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi di kalangan

Pengetua Sekolah Menengah.

Mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi mengikut dimensi

pengaruh ideal, pertimbangan individu, rangsangan individu dan

motivasi berinspirasi.

Mengenal pasti perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum

dan pengalaman mengajar.

Soalan kajian

1. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi dalam kalangan pengetua

sekolah menengah bandar Tangkak?

2. Apakah tahap amalan kepimpinan transformasi mengikut dimensi

pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, rangsangan intelek serta

motivasi berinspirasi terhadap amalan kepimpinan transformasi?

3. Apakah perbezaan persepsi guru mengikut jantina, umur, kaum dan

pengalaman mengajar?

B. Kerangka kajian

C. Ringkasan kajian Literatur

Kajian Button (2003) menunjukkan bahawa perubahan yang dibawa

melalui kepimpinan transformasi dilihat lebih demokratik, adil serta

mampu meningkatkan komitmen serta penglibatan individu.

kepimpinan transformasi mampu membawa kepada peningkatan

produktiviti (Leithwood, 1992).

Menurut Hoy dan Miskel (2005) model kepimpinan transformasional

dilihat paling sesuai diimplementasi oleh pemimpin sekolah.

D. Ringkasan Methodologi

Sampel 178 orang guru dari 3 buah sekolah.

8

Pengaruh Ideal

Pertimbangan Individu

Rangsangan Individu

Motivasi berispirasi

Tahap

Tinggi

Sederhana

Rendah

PENGETUA

Page 9: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Instrumen yang digunakan ialah soal selidik (Multifactors Leadership

Questionaire (MLQ)

E. Analisis Data

Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach .9575

F. Ringkasan Dapatan Utama

Tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua-pengetua sekolah

menengah bandar Tangkak adalah tinggi.

Semua dimensi kepimpinan transformasi yang dikaji juga menunjukkan

nilai min yang tinggi.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan persepsi

amalan kepimpinan transformasi yang signifikan dalam kalangan

pengetua berdasarkan jantina, umur, dan pengalaman mengajar namun

terdapat berbezaan yang disignifikan berdasarkan kaum responden.

G. Cadangan Kajian

Impak tingkah laku pemimpin transformasi di kalangan sekolah

menengah.

Kriteria JURNAL 5 : IMPAK TINGKAH LAKU KEPIMPINAN TRANSAKSI DAN

9

Page 10: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

TRANSFORMASI DAN PENGETUA DENGAN TINGKAH LAKU KERJA

GURU-GURU.

A. Pernyataan Masalah

Dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran, kerajaan pernah

melancarkan kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada bulan Mac

1983.

Matlamat kempen ini dijalankan adalah untuk melahirkan kakitangan

awam yang menghayati nilai-nilai murni kepimpinan, mengamalkan

perilaku mulia kepimpinan

Objektif mengenalpasti impak tingkah laku kepimpinan pengetua dengan

kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.

Soalan kajianSejauhmanakah kepimpinan guru besar mempengaruhi kepuasan kerja

guru ?

B. Kerangka kajian

C. Ringkasan kajian Literatur

Menurut Dastoor ,1999, Kepimpinan tranformasi mampu menyelesaikan

masalah pengikut ketika menghadapi keadaan yang penuh ketidakpastian

dan ketidaktentuan.

Menurut Leithwood ( 1993) dan Abdul Ghani Kanesan Abdullah (1996)

menyarankan supaya paradigma kepimpinan sekolah harus memberi

penekanan kepada kepimpinan transformasi kerana ia mampu

menyelesaikan masalah melalui komunikasi terbuka dan menggalakkan

perkongsian idea.

D. Ringkasan Methodologi

pengumpulan data terdiri dari :

Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) oleh Bass,

Minnessota Satisfaction Questionnaire (MSQ) oleh

Cook, Hepworth, Wall dan Warr (1981) dan,

10

KEPIMPINAN

Tingka laku kepimpinan guru besar

Kepuasan

guru

Komitmen

guru

terhadap

sekolah.

Page 11: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ)oleh Allen dan Meyer.

E. Analisis Data Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan demografi subjek

kajian.

Statistik infrensi iaitu regresi pelbagai digunakan untuk menghuraikan

impak tingkah laku kepimpinan pengetua ke atas kepuasan kerja guru

dan komitmen guru terhadap sekolah.

F. Ringkasan Dapatan Utama

Kepimpinan transaksi dan tingkah laku kepimpinan transformasi

pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru

dan komitmen guru terhadap sekolah.

Tingkah laku kepimpinan transformasi pengetua didapati hanya dimensi

karisma sahaja yang memberi impak kepada kepuasan kerja guru dan

komitmen guru terhadap sekolah

G. Cadangan Kajian

Penambahbaikan ke atas tingkah laku kepimpinan transformasi dapat

meningkatkan kepuasan guru terhadap kerjayanya.

11

Page 12: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Hubungan kepimpinan Transformasi guru besar dengan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah daerah Port Dickson,

Zon B.

1.0 Pengenalan

Kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks kerana ia tidak terikat dengan

penghasilan dan pengekalan arahan tetapi ia menghasilkan perubahan. Sejak dahulu lagi

individu yang dikenali sebagai pemimpin didapati berjaya mencipta perubahan dalam

pelbagai cara dengan tujuan bagi mempengaruhi orang lain dan melaksanakan sesuatu. Di

sekolah Guru besar atau pengetua menjadi pemimpin yang bertanggungjawab untuk

merancang, mengatur dan memimpin pentadbiran sekolah.

Gaya kepimpinan transformasi di kalangan guru besar di lima buah sekolah rendah

daerah Port Dickson berupaya untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran abad ke – 21

yang berkesan. Timbalan Perdana Menteri Muhyidin Yasin, 2009 mengatakan bahawa guru

perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran supaya

menjadi menarik dan menyeronokkan. Hal ini berupaya meningkatkan keberkesanan proses

Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan. Sesungguhnya guru perlu berusaha ke arah

pembentukan warga negara yang tinggi nilai profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab,

berakhlak dan berketerampilan.

Berhubung dengan keadaan melahirkan guru yang berinovasi, guru besar memainkan

peranan yang penting. Guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi sentiasa

menggalakkan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran masa.

Salah satu matlamat Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya

bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan

12

Page 13: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

didukung oleh nilai etika paling tinggi. Untuk menjayakan Wawasan 2020, tanggungjawab

ini terletak pada guru besar di peringkat sebagai pengelola dalam kegiatan proses belajar

mengajar. Guru besar mempunyai kuasa yang mutlak untuk mengarahkan kegiatan belajar

agar mencapai tujuan pembelajaran.

2.0 Pernyataan masalah

Banyak kajian telah membuktikan bahawa kepimpinan transformasi di kalangan guru

besar dan pengetua mampu membawa perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan transformasi berupaya membawa perubahan dalam sikap guru, budaya sekolah,

iklim sekolah dan membantu mentransformasikan pembelajaran abad ke-21.

Menurut Alimuddin (2010) transformasi tersebut akan melibatkan beberapa

perubahan daripada segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

Robiah Sidin (2000) menekankan bahawa kunci kepada perkembangan pendidikan

tinggi di Malaysia had ini ialah melalui peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Dunne, R. & Wragg, T., ( 1994 ), pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar

atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu

pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi. Mereka

berpendapat pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu

mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak

diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas,

menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran.

Shahril ( 2004 ) mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan

kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan.

Secara tidak langsung dapat memotivasikan murid mencapai kejayaan. Kepimpinan guru

besar dan pengetua memainkan

13

Page 14: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Berdasarkan persoalan di atas, isu utama dalam kajian ini bertujuan untuk mengkaji

keberkesanan gaya kepimpinan transformasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah. Kajian ini juga mengenal pasti perkaitan antara gaya kepimpinan transformasi

dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah di daerah Port Dickson

dari Zon B.

3.0 Tujuan dan objektif kajian

Bahagian ini akan membincangkan objektif-objektif yang diwujudkan bagi menjawab

persoalan kajian sebelum ini. Ini meliputi objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini.

3.1 Objektf umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan gaya kepimpinan

transformasi di kalangan guru besar dalam memberi kesan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah daerah Port Dickson.

3.2 Objektif khusus

I. Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

II. Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan sikap guru.

III. Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan budaya

sekolah.

IV. Mengenal pasti hubungan gaya kepimpinan transformasi dengan kemudahan

infrastruktur.

V. Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan sikap guru.

VI. Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan budaya sekolah.

14

Page 15: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

VII. Mengenal pasti perbezaan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

berdasarkan kemudahan insfraktruktur.

4.0 Soalan kajian

I. Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh gaya kepimpinan

transformasi?

II. Adakah sikap guru mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan transformasi?

III. Adakah budaya sekolah mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan transformasi?

IV. Adakah kemudahan infrastruktur mempunyai hubungan dengan gaya kepimpinan

transformasi?

V. Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan sifat guru?

VI. Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan budaya sekolah?

VII. Adakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berbeza disebabkan kemudahan

infrastruktur?

5.0 Kerangka kajian

6.0

15

Gaya kepimpinan

Transformasi

Sikap guru

Budaya sekolah

Infrastruktur

Keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran

Page 16: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

6.0 Teori-teori berkaitan pemboleh ubah bebas dan bersandar

Dalam kajian ini sikap guru, Budaya sekolah, Infrastruktur dan kepimpinan transformasi

dikenali sebagai pemboleh ubah bebas dan bersandar. Beberapa teori berkaitan pemboleh

ubah telah dikenal pasti.

Menurut Hasniatul Aini (2012), guru sebagai satu bidang professional yang

mempunyai citra yang baik dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjadi teladan atau amalan

kepada masyarakat di sekelilingnya.

Menurut Ruhani binti Mat Min (2009), Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk

kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah

yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan

keselamatan pelajar di sekolah.

Menurut Hedges, Laine, Greenwalds (1994) dan Tribus (1996), sumber-sumber

sesebuah organisasi seperti sumber kewangan, peralatan komputer dan kemudahan

kemudahan lain mempunyai pertalian yang rapat dalam menentukan standard dan pencapaian

sesebuah sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum.

7.0 Dapatan-dapatan kajian lepas

Menurut Abdul Ghani (2005), pengamalan gaya atau amalan kepemimpinan

transformasi oleh pengetua berkeupayaan meningkatkan prestasi guru (perlakuan warga

organisasi) dan sikap guru (komitmen guru). Menurut Koh (2008), Kepemimpinan

transformasi, pengetua sekolah yang cemerlang akan membangunkan minda guru-guru

melalui keupayaan kepimpinan guru-guru iaitu merujuk kepada penglibatan meluas dan

berketerampilan dalam tugas-tugas memimpin.

16

Page 17: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

Menurut Jazmi (2009), Pengetua perlu mengamalkan gaya kepimpinan Transformasi

kerana ia melibatkan perhubungan kemanusiaan yang lebih tinggi. Sikap guru memberi kesan

kepada kepada pengajaran dan pembelajaran. Kepimpinan Transformasi membimbing guru

ke arah kecemerlangan sekolah dan guru akan memberi keutamaan kepada kepentingan

sekolah ke arah mencapai visi sekolah.

Mengikut Schein (1990), kepemimpinan transformasi boleh membantu bagi

mencorakkan dan mengekalkan budaya yang dikehendaki oleh organisasi. Menurut Bass &

Avilio , 1992, kepemimpinan transformasi dan budaya organisasi sebagai pelengkap untuk

memahami keberkesanan sesebuah organisasi. Budaya sekolah memainkan peranan penting

dalam usaha mewujudkan Pdp yang cemerlang . Guru besar yang mengamalkan kepimpinan

transformasi akan sentiasa berusaha membawa perubahan dalam pentadbirannya.

Menurut Burns (1978), Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan transformasi

boleh mengubah sikap individu daripada mementingkan diri sendiri kepada kepentingan

kelompok. Sikap guru turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Kepimpinan transformasi mampu membawa perubahan dalam kemudahan

infrastruktur yang sedia ada di sekolah. Kemudahan Fizikal seperti susunan kerusi meja,

bilangan kerusi meja yang mencukupi, keluasan ruang, cahaya , sumber tenaga elektrik yang

mencukupi, penyediaan komputer merupakan kemudahan infrastruktur yang penting dalam

membentuk suasana pembelajaran yang kondusif , memberangsangkan penjanaan idea dan

mempengaruhi sikap murid terhadap pengajaran. Kemudahan infrastruktur yang moden

seperti penggunaan komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran berbanding Pengajaran

dan Pembelajaran yang masih menggunakan kaedah pengajaran yang lama memberi impak

yang lebih mendalam keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran yang cemerlang.

17

Page 18: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

8.0 Jenis kajian

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan maklumat dan data yang

akan diperolehi melalui soal selidik. Pengumpulan data melalui soal selidik adalah kajian

deskriptif. Kajian deskriptif digunakan untuk menentukan pengaruh kepimpinan transformasi

terhadap pembentukan budaya sekolah, sikap guru dan kemudahan infrastruktur sekolah.

Selain itu, dapatan kajian akan menentukan pengaruh kepimpinan transformasi terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sekolah melalui pembentukan budaya sekolah,

sikap guru dan kemudahan infrastruktur

9.0 Populasi dan sampel

Pengertian populasi adalah keseluruhan subjek yang terdapat di dalam sesuatu

kumpulan. Dalam kajian ini, populasi adalah sepuluh buah sekolah di Daerah Port Dickson

Zon B, Negeri Sembilan tidak kira sama ada sekolah SK, SJK(C) dan SJK(T). Penyelidik

akan memilih seramai lapan orang guru pada setiap sekolah yang terpilih.

Kaedah pemilihan ini dapat memastikan para guru tersebut tidak banyak perbezaan

terutama dari segi pemahaman terhadap hubungan antara gaya kepimpinan transformasi

dengan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah di Daerah Port

Dickson Zon B. Responden kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru yang berbangsa

Melayu, Cina dan India tanpa mengira kaum, tanpa berdasarkan had umur dan jantina.

10.0 Instrumen kajian

Dalam kajian ini, soal selidik digunakan sebagai data kuantitatif untuk mengumpul

maklumat. Maklumat yang dikumpulkan melalui soal selidik akan dianalisis melalui sistem

18

Page 19: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

SPSS untuk mengenal pasti kecenderungan kepimpinan transformasi dengan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

11.0 Kaedah kutipan data

Dalam proses pengumpulan data, penyelidik telah menggunakan sumber data yang

bersesuaian dengan kajian ini. Terdapat dua sumber utama dalam proses pengumpulan data

iaitu data primer dan data sekunder. Data primer (data mentah) adalah kaedah pengumpulan

data yang diperolehi sendiri oleh penyelidik untuk diuji dapatan hipotesisnya. Sumber data

primer yang perolehi dalam kajian ini adalah maklumat yang dikumpul sendiri oleh

penyelidik menerusi eksperimen (ujian) dan kajian lapangan (temu bual, soal selidik dan

pemerhatian).

Oleh kerana sumber data bagi kajian ini, penyelidik memperolehi data melalui soal

selidik terhadap para guru. Para guru yang terpilih sebagai responden ialah guru-guru yang

terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di Daerah Port Dickson Zon B, Negeri Sembilan

akan menjawab semua item yang terdapat dalam borang soal selidik.

12.0 Kaedah data analisis

Jenis analisis akan digunakan untuk menguji hipotesis atau persoalan kajian. Ujian

hipotesis dan regresi akan digunakan untuk mengenal pasti signifikan antara pemboleh ubah

bersandar dengan pemboleh ubah bebas dalam kajian ini.

19

Page 20: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

RUJUKAN

1. Alimuddin Mohd Dom. (2010). Transformasi pendidikan bermula.

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com [1 November 2011].

2. Dunne R., & Wragg T. (1994). Effective Teaching: Routledge: London.

3. Habib Ismail & Zaimah Ramli(2012). Amalan Kepimpinan Transformasi Pengetua

dan Hubungannya Dengan Kepuasan Kerja Guru Transformational Leadership

Practices of Principals and its Relationship to Teacher Satisfaction.Universiti

Kebangsaan Malaysia.

4. Hasniatul Aini. (2012). Sikap Profesional Keguruan. Diperolehi pada 1 Mei 2015

daripada http://hasnia-profesikeguruan.blogspot.com/2012/01/sikap-profesional-

keguruan.html

5. Jazmi Md Isa. (2009). Gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian

perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

6. Koh Lee Lee. (2008). Kepimpinan transformasi terhadap perubahan komitmen guru di

beberapa buah sekolah di daerah Petaling. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

7. M. Al-Muz-Zammil B. Yasin & Nazri Bin Mahmood.2010. Amalan Kepimpinan

Transformasi Guru Besar Dan Pengetua Dua Buah Sekolah Di Daerah Batu Pahat,

Johor. Universiti Teknologi Malaysia.

8. Nursuhaila Binti Ghazali (2007). Tahap amalan kepimpinan Transformasional dalam

kalangan pengetua sekolah menengah bandar Tangkak,Johor. Tesis

Sarjana .Universiti Teknologi Malaysia.

9. Pillai, R. & William, E. A. (2004). Transformational leadership, selfefficacy, group

cohesiveness, commitment, and performance. Journal of Organizational Change

Management, 17(2), 144–159.

10. Robiah Sidin (2000). Pembangunan, pendidikan dan wanita: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

20

Page 21: TUGASAN INDIVIDU Kepimpinan Jurnal

11. Ruhani binti Mat Min. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses

pembelajaran secara mengalami. Diperolehi pada 1 Mei 2015 daripada

http://www.management.utm.my/academic-guide/doc_view/23-budaya-sekolah-

implikasi-terhadap-proses-pembelajaran-secara-mengalami-.html

12. Shahril Marzuki. (2000). Ciri-ciri kepemimpinan guru besar yang berkesan yang

dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan dan

Kepemimpinan Pendidikan, 10(2), 1–17.

13. Yahya Bin Buntat & Noor Al Mahdin Bin Mohamad(2010). Keberkesanan

Penggunaan Alat Bantu Mengajar Berbantukan Komputer Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran Subjek kemahiran Hidup (KH) Di Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama Kedah, Alor Star, Kedah.

14. Yaakob Daud dan Yahya Don.(2012). Budaya Sekolah, Kepemimpinan

Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. School cultures ,

Transformational Leadership and students’s Academic achievement. Universiti Utara

Malaysia.

21