Tugasan jkp 101 2013

32
PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101) PENGENALAN Definisi Sains Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya. Orang biasa mungkin mendefinisikan sains sebagai bahan maklumat saintifik manakala saintis mungkin melihatnya sebagai prosedur untuk menguji hipotesis. Definisi sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin scinetia yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Menurut Kamus Dewan; sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya manakala menurut K.T. Compton; sains merupakan sikap inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini. Selain itu, menurut B.F. Skinner; sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta, lebih daripada apa yang dikatakan tentang fakta itu. Oleh itu, jika diperhatikan pengertian sains melibatkan tiga unsur utama iaitu proses atau kaedah, hasil dan sikap. Secara sederhana sains bererti sebagai tubuh pengetahuan (body of knowledge) yang muncul dari pengelompokkan secara sistematik dari pelbagai penemuan ilmiah sejak zaman dahulu, atau biasa disebut sains sebagai produk. Produk yang dimaksud adalah fakta-fakta, prinsip-prinsip, model- SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 1

Transcript of Tugasan jkp 101 2013

Page 1: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

PENGENALAN

Definisi Sains

Sains ditakrifkan secara berbeza bergantung pada individu yang melihatnya.

Orang biasa mungkin mendefinisikan sains sebagai bahan maklumat saintifik

manakala saintis mungkin melihatnya sebagai prosedur untuk menguji hipotesis.

Definisi sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan

penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin “scinetia” yang

bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Dan seperti proses mendapatkan

maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya

mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara

adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji dan dengan

cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Menurut Kamus Dewan; sains

merupakan ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji atau

dibuktikan kebenarannya manakala menurut K.T. Compton; sains merupakan sikap

inkuiri, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini. Selain itu, menurut B.F.

Skinner; sains merupakan satu set sikap, satu pemikiran berkenaan dengan fakta,

lebih daripada apa yang dikatakan tentang fakta itu. Oleh itu, jika diperhatikan

pengertian sains melibatkan tiga unsur utama iaitu proses atau kaedah, hasil dan sikap.

Secara sederhana sains bererti sebagai tubuh pengetahuan (body of knowledge) yang

muncul dari pengelompokkan secara sistematik dari pelbagai penemuan ilmiah sejak

zaman dahulu, atau biasa disebut sains sebagai produk. Produk yang dimaksud adalah

fakta-fakta, prinsip-prinsip, model-model, hukum-hukum alam, dan pelbagai teori

yang membentuk semesta pengetahuan ilmiah yang biasa diibaratkan sebagai

bangunan di mana pelbagai hasil kegiatan sains tersusun dari berbagai penemuan

sebelumnya

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 1

Page 2: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Definisi Politik

Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan.

Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik

juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.

Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa

kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya : keupayaan untuk memaksa kehendak

seseorang kepada yang lain.

Definisi Sains Politik

Menurut K. Ramanathan;

Asas Sains Politik (edisi ketiga) sains politik merupakan gabungan dua perkataan

dan kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri. Sains

membawa maksud ilmu yang diperoleh menggunakan kaedah sainstifik, iaitu satu

badan ilmu tentang sesuatu fenomena yang wujud telah diujikaji, dibuktikan dan

diterima sebagai suatu hakikat apabila terdapat kenyataan atau kebenaran. Seperti

bidang kajian sosial yang lain, sains politik sememangnya mengkaji tingkah laku

manusia. Namun yang membezakannya tumpuan yang diberikan, politik ialah

maklumat tentang pemerintahan.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 2

Page 3: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

LATAR BELAKANG KARL HEINRICH MARX

Karl Heinrich Marx (lahir di Trier, Jerman, 5 Mei 1818 – meninggal di

London, 14 Maret 1883 pada umur 64 tahun) adalah seorang filsuf, pakar ekonomi

politik dan teori kemasyarakatan dari Prusia. Walaupun Marx menulis tentang banyak

hal semasa hidupnya, ia paling terkenal atas analisisnya terhadap sejarah, terutama

mengenai pertentangan kelas, yang dapat diringkas sebagai "Sejarah dari berbagai

masyarakat hingga saat ini pada dasarnya adalah sejarah pertentangan kelas",

sebagaimana yang tertulis dalam kalimat pembuka dari Manifesto Komunis.

Karl Marx adalah seseorang yang lahir dari keluarga progresif Yahudi.

Ayahnya bernama Herschel, keturunan para rabi, walaupun begitu ayahnya cenderung

menjadi deis, yang kemudian meninggalkan agama Yahudi dan beralih ke agama

resmi Prusia, Protestan aliran Lutheranyang relatif liberal untuk menjadi pengacara.

Herschel pun mengganti namanya menjadi Heinrich. Saudara Herschel, Samuel —

seperti juga leluhurnya— adalah rabi kepala di Trier. Keluarga Marx amat liberal dan

rumah Marx sering dikunjungi oleh cendekiawan dan artis masa-masa awal Karl

Marx. Karl mendapat pendapat pendidikan undang-undang di Bonn dan Berlin dan

merupakan seorang filosofi, bapa teori komunis. Selain itu beliau adalah perintis

kepada politik ekonomi dan pernah menulis banyak buku antaranya The Communist

Manifesto 1848, Das Capital 1867 dan The Critique Of Political Economi.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 3

Page 4: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

PEMERINTAH YANG ADIL DAN SAKSAMA YANG DISYORKAN OLEH

KARL MARX

Dalam pebincangan ini, ia adalah berkisarkan kepada keadilan dan

kesaksamaan pemerintahan dalam negara. Dalam konsep keadilan dalam falsafah

politik salah satu perkara penting dimana pemerintah ialah menilai atau membezakan

apa yang baik dan buruk supaya ia dapat mewujudkan satu keadaaan yang selesa

untuk memenuhi kehendak masyarakat adil tanpa memikirkan golongan tertentu.

Selain itu juga pemerintah dari sudut pengagihan kuasa atau sumber yang terhad

dalam sistem politik berdasarkan peraturan, dimana pemerintah perlu mewujudkan

satu keadaan dimana setiap masyarakat mahupun kumpulan diberi atau dilayan

dengan secara adil atau mengikut keadaan tertentu. Dari sudut lain pula iaitu

kesaksamaan pula dimana semua masyarakat berhak untuk mendapat layanan sama

rata baik dari aspek politik, ekonomi. Ini kerana setiap individu mempunyai hak moral

terhadap pertimbangan yang sama dari pemerintahan demi kebaikan atau

mewujudkan hak untuk hidup secara harmoni. Dalam erti kata lain layanan yang sama

bermakna bahawa masyarakat mempunyai hak terhadap suatu layanan yang

mempunyai kesan atau membawa faedah yang sama dalam semua keadaan.

Karl Marx seorang sebagai pengasas kepada Teori Sosialisme merupakan teori

atau sistem organisasi sosial dan ekonomi di mana salah satu ciri utamanya adalah

sumber kekayaan negara dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata.

Dalam bidang sosial para pemerhati, nama Karl Marx bukan sesuatu yang asing

kerana dia merupakan seorang filosofi sosial yang dilahirkan di Jerman. Dalam

hidupnya, Karl Marx dikenal sebagai tokoh yang radikal dan radikalisme. Marx

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 4

Page 5: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

sangat ketara seperti dalam kritik-kritik serta gerakan yang disertainya terhadap

situasi sosial masyarakat pada saat itu. Pada zaman Marx masyarakat dibezakan

dalam dua kumpulan iaitu golongan kaya (pemilik modal) dan yang kedua adalah

kelompok miskin (proletar).Dengan wujud dua kelompok ini, menurut Marx ia

merupakan salah satu punca wujudnya tentangan, kebencian sosial, dan ketidakadilan.

Marx dengan sosialismenya bertujuan untuk mengubah struktur sosial yang

membezakan diantara dua golongan ini beliau yakin bahawa keadilan dalam

pemerintahan akan ada jika wujud masyarakat tanpa kelas dengan apa yang harus

dilakukan adalah dengan mengurangkan kelompok pemilik modal dalam ideologinya.

Marx mengatakan bahawa kelas pemerintah menggunakan agama untuk

memunasabahkan peperangan, perundangan dan pembahagian kelas dan bahawa idea-

idea agama mengaburi pemahaman sebenar mengenai kuasa-kuasa sosial yang

menyebabkan eksploitasi serta penindasan. Tetapi Marx juga memahami bahawa ia

tidak mencukupi untuk mengatakan bahawa agama adalah doktrin palsu kerana kita

perlu melihat kepada asal sosial agama dan juga keperluan. Dia memperdebatkan

bahawa manusia mencipta agama dan agama tidak mencipta manusia. Di samping

agama digunakan sebagai ejen penindasan, tetapi pada masa yang sama, ia meluahkan

aspirasi mereka yang ditindas.

Justeru itu, anggapan beliau mengenai agama tidak ubah seperti candu

masyarakat sosialis yang memeluk idea-idea Karl Marx tidak mempunyai pandangan

beragama atau ajaib mengenai dunia, tetapi adalah orang atheis. Pada masa yang

sama, golongan sosialis akan bekerjasama dengan sesiapa yang menentang sistem

kapitalis, tanpa mengira pandangan agama mereka. Mereka berselindung disebalik

agama dan menjadikan agama sebagai kubu bagi idea-idea penentang kemajuan,

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 5

Page 6: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

pelbagai gerakan yang menentang penindasan mengambil rupa agama. Sosialis

menyokong kebebasan agama sepenuhnya, dan mempertahankan hak manusia untuk

menganut agama.

Pemimpin revolusioner Rusia, V. I. Lenin, menjelaskan;

Kerajaan tidak patut menceburikan dirinya dengan agama dan selain

masyarakat-masyarakat agama tidak patut terikat dengan kerajaan. Setiap orang patut

bebas menganuti mana-mana agama yang disukainya, atau untuk membantah segala

agama, iaitu untuk menjadi seorang atheis, seperti setiap orang sosialis. Tetapi sambil

menyeru kebebasan agama, sosialis juga mengutarakan pandangan lain yang mencuba

memenangi orang daripada pemahaman agama mengenai dunia. Ini bukan sahaja

kami berjuang untuk dunia yang lebih baik di sini dan pada masa ini di dunia malah

juga adalah kerana idea-idea agama mengelirukan perjuangan, dan akhirnya menjadi

halangan bagi kemerdekaan. Sosialis menginginkan orang ramai melihat kelas pekerja

sebagai kuasa yang dapat membawa perubahan revolusioner di masyarakat sosialis.

Kami berjuang untuk sebuah dunia di mana orang ramai tidak perlu mencari

keselamatan dalam idea-idea agama dana keajaiban. Masyarakat itu adalah

masyarakat yang akan memenuhi keperluan materialis kita, untuk makanan sihat,

rumah dan pakaian, serta keperluan kita untuk kreativiti, seni, dan kepuasan hati

emosional dan rohani.

Ideologi marxisme salah satu ideologi yang sangat berpengaruh dan diguna

oleh dimana parti buruh sebagai panduan gerakannya. Begitu jua Karl Marx sendiri

pernah menjadi Ketua Pesatuan Buruh Internasional tahun 1864, namun dalam

perkembangannya, ideologi Marxisme tidak sesuai lagi dan kegagalan Marxisme

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 6

Page 7: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

terutama disebabkan oleh cara pandangnya sendiri yang menentang hakikat manusia

dari sudut ekonomi bermaterialistik saja. Bagi pembangunkan sosial yang adil dan

sejahtera, idea Karl Marx, jelas tidak begitu sesuai menurut pandangan Eric Fromm

dan mencadangkan gagasan yang cemerlang mengenai kehidupan yang baik hanya

boleh dicapai jika perubahan-perubahan selari dengan bidang organisasi industri,

politik, rohaniah, filosofi, struktur watak, dan juga kegiatan-kegiatan budaya.

Kapitalisme berasal dari perkataan (capital) yang bermaksud "modal" dan istilah

kapitalisme diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas

komunisme. Beliau berpandangan bahawa pasaran bebas dan sistem pasaran adalah

antara istilah yang sering bertukar ganti disebabkan perubahan-perubahan masyarakat

dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Pada pendapat golongan kapitalisme, mereka berhak menjual atau

meminjamkan barang atau perkhidmatan, disamping itu orang lain juga berhak untuk

membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat dalam

ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan

tertentu menurut konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam

bukunya The Wealth of Nations. Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang

atau wang yang dimiliki oleh seseorang dan boleh digunakan untuk mengeluarkan

lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak keuntungan. Sebagai contoh tanah,

kilang, peralatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang mempunyai wang

yang boleh dilabur, ini dipanggil modal. Mereka yang mempunyai modal ini

dipanggil sebagai kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme digelar

kapitalis). Mereka boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 7

Page 8: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Dalam kapitalisme, kebanyakan orang adalah golongan pekerja (proletariat)

dimana mereka tidak mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara kehidupan.

Seseorang boleh memilih untuk bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas.

Kerajaan tidak memberitahu individu kerja apa yang harus dibuat, juga tidak

melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan. Konsep ini berbeza dengan

sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja untuk tuan tanah

mereka. Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan oleh itu seorang boleh

mengumpulkan duit bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini

adalah tuan punya benda yang dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh

membeli dan menjual saham. Pelaburan adalah ciri penting bagi kapitalisme.

Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka yang melabur, contohnya mereka

yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan baru (venture capitalist).

Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat

banyak keuntungan dan boleh melaburkan keuntungan dalam perniagaan lain atau

membesarkan perniagaan yang sedia ada. Namun bagi golongan sosialis dan komunis

adalah antara mereka yang menentang ideologi kapitalisme dan mereka mengatakan

bahawa kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis

mendapat banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak

setimpal. Disini wujudnya jurang diantara golongan kaya dan miskin serta mereka

yang miskin dan bertambah miskin. Selain itu juga dihendaki untuk mematuhi

kehendak golongan kapitalis kerana mereka tidak mempunyai pilihan yang lain untuk

membuat pilihan dalam perkerjaan Karl Marx seorang pemikir komunis dari German

dalam bukunya Das Kapital (The Capital) menulis bahawa kapitalisme hanya dapat

disingkirkan apabila golongan pekerja mengambil alih kerajaan melalui revolusi.

Selain itu, sistem ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan kekurangan

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 8

Page 9: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

sumber daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM). Mereka yang menyokong

kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat serta kebanyakan orang bersetuju

bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan baik dengan kawalan kerajaan. Di

kebanyakan negara, kerajaan berusaha supaya urus niaga jual beli berjalan dengan

adil dan tidak menindas pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam

sistem ekonomi pasaran, ini dipanggil ekonomi campuran dan bukannya sistem

Kekuatan pendorong utama kapitalisme, menurut Marx, apabila terdapat eksploitasi

dan alienasi tenaga kerja dalam sistem ekonomi. Sumber utama dari keuntungan baru

dan nilai adalah bahawa majikan membayar upah kepada buruh untuk kapasiti kerja

mereka menurut nilai pasaran, namun nilai komoditi yang dihasilkan oleh para buruh

itu melampaui nilai pasaran. Para majikan berhak memiliki nilai keluaran (output)

yang baru kerana mereka memiliki alat-alat pengeluran (kapital) yang produktif.

Dengan menghasilkan keluaran sebagai modal bagi majikan, para buruh dikerah

untuk mengeluarkan barangan demi kepentingan kapitalisme melalui pekerjaan

mereka. Kapitalisme merupakan sebagai sistem ekonomi bermula di Eropah pada

kurun ke-13, menjelang akhir zaman feudal.

Adam Smith mengatakan bahawa manusia sentiasa ada kecenderungan untuk

mengangkut serta menukar barang kepada barang lain dan kecenderungan kepada

perdagangan dan pertukaran ini digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun

ke-11 hingga ke-13. Penerokaan bangsa Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16

menguatkan galakan kepada perniagaan mahupun perdagangan, terutama berikutan

kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan dan penawanan

Dunia Baru. Peraturan ekonomi yang muncul dari peristiwa-peristiwa ini pada

dasarnya bersifat komersil iaitu tumpuan lebih kepada pertukaran barangan daripada

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 9

Page 10: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

pengeluaran. Penekanan kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan

perindustrian pada kurun ke-19. Sebelum masa itu, akan tetapi, satu unsur penting

dalam sistem kapitalis muncul, usahawan atau pengambil risiko dan menjalankan

aktiviti dengan jangkaan akan menghasilkan keuntungan pada masa depan disebabkan

masa depan tidak diketahui, kedua-dua risiko kerugian dan keuntungan wujud.

Jangkaan risiko ini adalah salah satu peranan khusus yang dimainkan oleh seorang

usahawan. Gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan

lagi oleh Renaisanse dan Reformasi.

Dari itu perkembangan besar ini mengubah masyarakat dan membuka jalan

kepada kemunculan negara-bangsa moden, yang kemudian membawa kepada

keamanan, peraturan, dan undang-undang yang penting bagi pertumbuhan

kapitalisme. Pertumbuhan ini dicapai melalui pengumpulan lebihan ekonomi oleh

usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem untuk pengembangan.

Tanpa keamanan, stabiliti dan kesinambungan, proses ini tidak boleh berlaku.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah

pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan

keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang

perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem

ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran,

kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.

Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang

perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang

bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme. Namun, meskipun

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 10

Page 11: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Marx sangat prihatin dengan aspek-aspek sosial dari perdagangan, bukunya bukanlah

sebuah pembahasan etis, melainkan sebuah upaya (yang tidak selesai) untuk

menjelaskan tujuan dari "hukum gerak" ("laws of motion") dari sistem kapitalis secara

keseluruhan mengenai asal-usul dan masa depannya. Ia bermaksud mengungkapkan

sebab-sebab dan dinamika dari akumulasi modal, pertumbuhan tenaga kerja bayaran,

transformasi tempat kerja, konsentrasi modal, persaingan, sistem bank dan kredit,

kecenderungan untuk memberikan keuntungan untuk menurun, sewa tanah, dan

banyak hal lainnya. Marx memandang komoditi sebagai bentuk sel atau gabungan

bangunan dari masyarakat kapitalis, ini adalah objek yang berguna bagi orang lain,

tetapi dengan nilai jual bagi si pemilik kerana transaksi komersial tidak mengikut

entiti tertentu di luar apa yang dihendaki untuk menyelesaikan transaksi maka,

pertumbuhan pasaran menyebabkan dunia ekonomi dan dunia moral-legal menjadi

terpisah dalam masyarakat dimana nilai subjektif moral menjadi terpisah dari nilai

objektif ekonomi Ekonomi politik, yang mulanya dianggap sebagai ilmu moral yang

berkaitan hanya dengan pengagihan kekayaan yang adil, atau sebagai suatu

"aritmetika politik" untuk pengumpulan pajak, dikalahkan oleh disiplin ilmu ekonomi,

hukum dan etika yang terpisah.

Marx percaya bahawa para ekonomi politik dapat mempelajari hukum-hukum

kapitalisme dalam cara yang objektif kerana kerluasan pasaran pada kenyataan telah

bertujuan sebahagian besar hubungan ekonomi. Marx juga mengatakan bahawa ia

memandang formasi ekonomi masyarakat sebagai suatu proses sejarah alam.

Pertumbuhan perdagangan terjadi sebagai suatu proses di mana tak seorang pun dapat

menguasai atau mengarahkan, menciptakan suatu kompleks jaringan pasaran secara

global. Analisis Marx dalam Das Kapital, memfokuskan kepada struktur tidak

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 11

Page 12: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

mendapatkan persetujuan, daripada antagonisme kelas, kerana mencirikan masyarakat

kapitalis gerakan kontradik dengan melipatgandakan pekerjaan, bukannya

memperjuangkan antara tenaga buruh dan modal, atau antara kelas pemilik dan kelas

pekerja. Lebih jauh, kontradiksi-kontradiksi ini beroperasi (seperti yang digambarkan

oleh Marx menggunakan ungkapan yang dipinjam dari Hegel) seperti di belakang

punggung golongan kapitalis mahupun buruh, dalam erti kata lain, sebagai akibat dari

aktiviti-aktiviti mereka, namun demikian tidak dapat diminimalkan ke dalam

kesedaran mereka baik sebagai individu mahupun sebagai kelas. Oleh kerana itu, Das

Kapital, tidak mengusulkan suatu teori revolusi, yang dipimpin oleh kelas buruh dan

wakil-wakilnya melainkan teori tentang krisis sebagai syarat untuk potensi revolusi,

atau apa yang dirujuk oleh Marx dalam Manifesto Komunis sebagai senjata yang

potensi dihadapi oleh para pemilik modal. Krisis seperti itu, menurut Marx, bermula

dalam sifat komoditi yang kontradiktif, bentuk sosial yang paling dasar dari

masyarakat kapitalis.

Dalam kapitalisme, dengan ada sistem teknologi dan meningkatnya tingkat

produktiviti menambah jumlah kekayaan dalam masyarakat sementara pada masa

yang sama mengurangkan nilai (ekonomi) dari kekayaan ini, dan dengan demikian

mengurangkan tingkat keuntungan untuk suatu kecenderungan yang membawa

kepada situasi tertentu, aitu ciri khas dalam kapitalisme. Golongan sosialis dan

komunis adalah antara mereka yang menentang kapitalisme. Mereka mengatakan

kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat lebih

banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal.

Disini menurut Marx wujudnya jurang yang luas diantara golongan kaya dan miskin

serta mereka yang miskin dan bertambah miskin. Menurut Marx dalam pergolakan

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 12

Page 13: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

kelas bahawa buruh atau proletar yang memperolehi kehidupan mereka dengan

menjual tenaga kerja dan dibayar dengan upah atau gaji untuk kerja mereka dan

mereka tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali bekerja untuk modal. Modal atau

borjuis merupakan golongan kapitalis yang mendapatkan keuntungan bukan dari

tenaga kerja sendiri namun daripada para pekerja yang mencipta kekayaan

berdasarkan pada penindasan kaum buruh (proletariat). Marx menyatakan bahawa ahli

dari kedua-dua kelas ini mempunyai kepentingan yang sama dan secara keseluruhan

kepentingan kelas ini bertentangan dengan golongan dari kelas lain sehingga boleh

menimbulkan konflik antara ahli masing-masing kelas yang berbeza. Marx

berpendapat bahawa konflik ini adalah memusat dalam struktur sosial kapitalisme dan

hanya boleh dihapuskan dengan menggantikan dengan sistem tidak boleh dihapuskan

tanpa harus mengganti sistem itu sendiri.

Oleh itu makna persaingan antara kedua-dua kelas hanya akan tamat sekiranya

jatuhnya era kapiltalisme untuk membolehkan golongan pekerja berkuasa dan mereka

akan memperkenalkan komunisme dengan mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

Selain itu pandangan Marx terhadap ekonomi bahawa determinisme ekonomi dan

persaingan kelas juga akan mendorong golongan pekerja untuk memperjuangkan

perubahan sosial dan beliau berpendapat bahawa objektif kapitalisme, kemungkinan

akan berkembang dengan menggalakkan proletariat yang bersatu secara kolektif

untuk tujuannya sendiri untuk mengembangkan akumulasi nilai lebihan dari alat-alat

pengeluaran oleh kaum kapitalis akan membolehkan mereka untuk menjadi lebih dan

lebih kuat, mendorong pertentangan kelas nyata. Jika perlakuan ini tidak benarkan

dengan meningkatkan pertubuhan ekonomi dan politik oleh pekerja, maka ia akan

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 13

Page 14: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

menyebabkan polarisasi ekstrim kelas, juga menyebabkan menggalakkan revolusi

yang akan menghancurkan kapitalisme itu sendiri.

Berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta

secara umumnya dari aspek kediktatortan ploletar, Marx mengesyorkan rampasan

kuasa dibuat oleh golongan proletar bagi menamatkan penguasaan golongan kapitalis

terhadap Negara, harta persendirian yang menyebabkan alienasi mencadangkan harta

perseorangan dihapuskan. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan

masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx

adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang diekploitasi oleh kelas

kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi

menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. Sebagai rumusan

mengikut pandangan Marx dengan memperkenalkan idea ekonomi determinism iaitu

bahawa ekonomi menentukan perubahan sosial tanpa adanya penindasan dilakukan

untuk kepentingan dalam masyarakat.

Dalam pada itu dengan wujudnya persaingan kelas yang berpunca dari

ketidakseimbangan dalam keadaan maka ia akan mendorong pekerja untuk

memperjuangkan perubahan sosial. Bagi pendapat Marx bahawa dalam kapitalisme ia

member tumpuan kepada kepentingan golongan kapitalis dalam mengaut keuntungan

dalam sistem ekonomi Negara serta menepikan golongan pekerja, justeru itu

kesejahtera rakayat dalam Negara boleh dicapai dengan menghapuskan dengan

kesungguhan pekerja untuk berjuang demi kepentingan mereka atau hak mereka yang

ditindas oleh golongan tersebut samada mereka bertindak secara invididu, persatuan.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 14

Page 15: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Selain itu Marx juga melihat bahawa kedudukan golongan dalam sisitem

ekonomi amat penting dalam masyarakat terutama golongan pekerja kerana mereka

merupakan salah satu sistem yang penting dalam menggerakkan ekonomi Negara bagi

golongan kapitalis. Ini boleh dicapai melalui pengolakkan kelas atau menggalakan

revolusi untuk mengubah perubahan sosial berlaku selain mengurangkan diantara dua

golongan tersebut. Dari itu golongan buruh perlu bersatupadu untuk mencapai

kejayaan ini supaya pemerintahan akan mengambil kepentingan mereka dalam sebuah

negara. Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang

diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-generasi terdahulu.

Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet, sedang

berkembang dengan pesat. Menurut penyokong kapitalisme di merata dunia, sistem

inilah membolehkan manusia mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, lantas

menjadikan sistem kapitalis sebagai sebuah sistem yang sempurna dan tidak dapat

diubah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa buat pertama kali dalam sejarah

manusia, kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan setiap insan

di dunia. Namun, hal yang tidak diperkatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme

adalah berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, penyakit berjangkit, dan

kehidupan yang dikecewakan oleh kemiskinan. Masyarakat kita, iaitu masyarakat

kapitalis , dikuasai oleh ketidaksamarataan dan ketidakadilan, sambil kehidupan kita

diancam oleh krisis ekonomi dan konflik bersenjata. Bukankah sistem kapitalis

sebuah sistem di mana beberapa individu yang kaya memiliki klang-kilang, pejabat-

pejabat, dan perusahaan-perusahaan yang lain?. Maka penulisan esei ini adalah

berkaitan dengan percanggahan yang terdapat dalam sistem kapitalisme dan yang

jelas adalah bahawa para pekerja dan golongan bawahan akan terus dieksploitasi dan

ditindas di bawah sistem kapitalis ini.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 15

Page 16: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

SISTEM KAPITALISME; KONSEP DAN CIRI-CIRINYA

Sistem kapitalisme ialah satu sistem yang bertunjangkan ideologi liberalisasi

yang mementingkan individualisme dan juga satu konsep yang menekankan

keuntungan dalam perniagaan, yakni campur tangan kerajaan telah diminimakan.

Kapitalisme juga menekankan prinsip ‘free-trade’ (perdagangan bebas) ataupun

‘laissez-faire’. Sistem ini muncul pada penghujung zaman pertengahan dan zaman

moden Eropah iaitu pada abad ke-17. Di mana golongan feudal di Eropah serta

golongan aristokrat telah manjadi kaya raya dan berpengaruh akibat daripada dasar

merkantilisme. Hal ini telah menjadikan penentangan bagi golongan pertengahan

(middle class) yeng menginginkan kebebasan dan meminimakan kawalan kerajaan

dalam ekonomi.

Bagi Adam Smith, dalam bukunya “The Wealth of Nation”, menyatakan,

wujudnya satu mekanisme semula jadi yang beliau namakan “The invisble hands”

yang mengerakkan ekonomi. Mekanisme yang dimaksudkan ini ialah pasaran itu

sendiri sama ada ditentukan oleh permintaan dan penawaran, dan kerajaan tidak

terlibat dalam proses perdagangan. Bagaimanapun, teori Adam Smith ini telah

dibantah oleh seorang pakar ekonomi, iaitu John Keynes yang telah menulis sebuah

buku “Keynesian Theory of Economic”, menyatakan bahawa peranan kerajaan tidak

boleh diabaikan, kerana ia akan melahirkan satu masyarakat yang tidak mempunyai

tanggung jawab sosial dan melahirkan individu yang mementingkan diri. Hal ini

kerana, peranan kerajaan adalah penting dalam mewujudkan satu kehidupan sosial

yang baik.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 16

Page 17: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Keynes juga menyatakan bahawa kapitalisme bukanlah satu sistem ekonomi

yang kukuh kerana ia tidak mempunyai satu tiang yang kuat(kerajaan) dan boleh

menyebabkan persaingan yang akan meletuskan peperangan. Bagi beliau, Perang

Dunia Pertama adalah berpunca daripada teori merkantilisme, kapitalisme, dan

liberalisasi yang meletuskan persaingan untuk mendapatkan sumber ekonomi.

Karl Marx, seorang tokoh sosialis juga secara terang-terangan mengutuk

sistem kapitalisme yang telah menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang besar

diantara golongan kaya dengan golongan miskin. Marx, telah menulis beberapa buku

semasa hayatnya sebagai luahan, penentangan, dan kesedaran sosial beliau dalam

memerangi kapitalisme; antara buku tulisannya Das Kapital, Communist Manifesto,

dan Manuskrip-Manuskrip Ekonomi dan Falsafah Tahun 1844. Melalui pendapat

tokoh-tokoh dunia ini, jelas menampakkan kapitalisme adalah satu sistem yang

menindas golongan lemah, terutamanya golongan pekerja dan miskin.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 17

Page 18: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

KELAS PEKERJA YANG TERTINDAS

Bentuk pengeksplotasian adalah secara sendirinya bergantung kepada

pengagihan cara-cara pengeluaran. Dalam kes perhambaan, pekerja adalah alat

pengeluaran, harta kepada tuan dalam cara yang sama seperti tanah yang diusahakan

oleh hamba. Ia kelihatan seolah-olah seluruh usaha hamba adalah usaha lebihan,

kerana mereka tidak berhak menikmati hasilnya. Manakala dalam kes feudalisme,

dalam sebelah tangan petani mungkin memiliki beberapa cara pengeluaran – alat-alat

dan binatang – tetapi tidak memiliki tanah yang mereka usahakan.

Maka, mereka terpaksa membahagikan masanya diantara tenaga pekerja yang

diperlukan, untuk dirinya dan keluarga, dan tenaga pekerja lebihan, apabila petani

bekerja untuk tuan tanah. Dalam kedua-dua cara pengeluaran ini, pengeksploitasian

adalah agak jelas dan bergantung kepada kuasa fizikal pemilik ke atas pengeluar-

pengeluar secara langsung. Pemilik hamba boleh melakukan apa sahaja kepada

seorang hamba sama ada menyeksa atau membunuh hamba yang malas bekerja.

Tuan-tuan tanah pula memiliki kuasa ketenteraan, dalam bentuk askar-askar

bersenjata. Kuasa pemilik tanah untuk memerah tenaga pekerja adalah bergantung

kepada monopolinya ke atas kuasa.

Namun di bawah kapitalisme, pekerja adalah bebas dari segi undang-undang.

Ia tidak terikat dengan pihak kapitalis dalam cara hamba diikat kepada pemiliknya

atau cara petani diikat kepada tuan tanah. Pengeksploitasian bukannya bergantung

kepada penaklukan fizikal pengeluar secara langsung kepada pemilik harta, tetapi ada

tekanan ekonomi dan yang penting sekali pekerja tidak memiliki cara-cara

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 18

Page 19: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

pengeluaran. Karl Marx menyatakan bahawa pekerja adalah bebas dalam dua segi,

bebas dari hubungan-hubungan pelangganan, ikatan dan penghambaan lama dan yang

kedua bebas dari segala harta dan pemilikan.

Hubungan-hubungan pengeluaran dalam masyarakat kelas, bukanlah

hubungan diantara individu dengan individu tetapi diantara pekerja dan kapitalis,

diantara petani dengan tuan tanah. Bagi Karl Marx, hubungan-hubungan kelas yang

didasarkan pada pengeksploitasian ini adalah kunci untuk memahami masyarakat.

Dalam karya Marx, ‘Communist Manifesto’ beliau menerangkan percanggahan yang

berlaku antara golongan proletariat dan ‘bourgoise’ yang akan menghasilkan

revolusioner sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Percanggahan ini akan berakhir apabila berlakunya peryusunan semula

masyarakat revolusioner ataupun dalam kehancuran bersama kelas-kelas yang saling

bertempuran, masyarakat bourgoise moden yang telah bertunas dari kebinasaan

masyarakat feudal belum membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia hanya

telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan penindasan baru, bentuk perjuangan baru

yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Oleh itu, revolusi perjuangan kelas perlu

ditegakkan agar hak inidividu dipandang samarata dibawah kesaksamaan, revolusi ini

perlu dilakukan untuk menjatuhkan golongan yang menindas dengan apa cara hatta

peperangan sekalipun.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 19

Page 20: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

NILAI LEBIHAN SEBAGAI PENGEKSPLOITASIAN

Menurut Marx, cara pengeluaran kapitalisme melibatkan dua pemisahan besar.

Iaitu pemisahan unit-unit pengeluaran. Dalam erti kata lain, ekonomi kapitalis adalah

sistem yang dipisahkan menjadi pengeluar-pengeluar yang asing, bebas, dan bersaing

sesama sendiri. Namun sepenting dengan itu adalah pemisahan diantara setiap unit

pengeluaran, diantara kapitalis dan tenaga pekerja bergaji. Kadar nilai lebihan adalah

nama yang diberikan oleh Marx memberikan kepada nisbah di antara nilai lebihan dan

kapital berubah, iaitu kapital yang dilaburkan dalam kuasa tenaga pekerja. Ini

mengukur kadar pengekploitasian, dalam erti kata lain, tahap sehingga mana pihak

kapitalis berjaya memerah nilai lebihan daripada pekerja

Terdapat dua cara, Marx memperdebatkannya iaitu melalui mana pihak

kapitalis dapat meningkatkan kadar nilai lebihan. Pertama adalah serupa bagi

kesemua cara pengeluaran dan yang kedua ialah khusus kepada kapitalisme. Ini

merupakan nilai lebih mutlak dan relatif. Nilai lebih mutlak diciptakan dengan

memanjangkan hari bekerja. Pihak kapitalis telah berusaha untuk melanjutkan hari

bekerja, lalu memaksa kanak-kanak berumur sembilan tahun untuk bekerja tiga syif

selama 12 jam di lombong-lombong besi. Maka Marx menyatakan golongan kapitalis;

adalah tenaga pekerja mati yang, seperti pontianak, hidup hanya dengan menghisap

tenaga pekerja hidup,dan semakin ia hidup, semakin ia menghisap, kedaan ini

bertambah buruk apabila pihak kapitalis semakin kejamdengan mengerahkan setiap

tenaga kerja sehinggakehabisan punca dan apabila ia bangkit dari kekalahan

inipastinya ada satu paradigma bersejarah yang dihasilkan.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 20

Page 21: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Namun terdapat batasan objektif kepada pemanjangan hari bekerja, jika ia

terlalu panjang, ia bukan sahaja membawa kemerosotan kuasa tenaga pekerja manusia

dengan mencuri keadaan moral dan fizikal biasa perkembangan aktivitinya, bahkan

juga menghasilkan keletihan dan kematian awal kuasa tenaga pekerja ini. Maka hal

inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sistem kapitalis sehingga

menimbulkan tentangan daripada kelas pekerja yang menjadi mangsa kepada satu

sistem yang tertindas.

Meskipun itu, kapital juga dapat meningkatkan kadar nilai lebihan dengan

pengeluaran lebih relatif. Peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja akan

membawa kemeroston dalam nilai-nilai komoditi yang dihasilkan olehnya. Jika

sesuatu pembaikan teknikal dalam keadaan-keadaan pengeluaran merendahkan harga

barangan penguna yang mana para pekerja membeli dengan gaji mereka. Hal ini

bererti barangan yang dikeluarkan oleh pihak kapitalis dijual pada harga yang rendah

dan untuk mengatasi masalah kos pengeluaran gaji pekerja dibayar dengan kadar yang

minima. Jelas hal ini menampakkan, kapitalisme memperkenalkan cara-cara baru

untuk meningkatkan kadar pengeksploitasian, dengan memaksa tenaga pekerja untuk

bekerja secara lebih cekap dengan cara penindasan.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 21

Page 22: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

ORGANISASI PERDAGANGAN BERORIENTASIKAN KAPITALISME

Organisasi perdagangan seperti International Monetary Funds(IMF), World

Bank, dan World Trade Organization(WTO) adalah propaganda Amerika Syarikat

dalam menliberalkan seluruh dunia. Ini kerana, Amerika Syarikat dan juga sekutunya

mempunyai peranan yang besar dalam mengubah tahap ekonomi dunia.

Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan organisasi ini bukanlah untuk kesenangan

negara miskin tetapi untuk memberikan kesenangan kepada negara kaya.

Sekarang ada tiga badan dunia yang bersifat macam polis ekonomi untuk mengawasi

ekonomi negara-negara di dunia kini. Selain IMF dan Bank Dunia, kini telah wujud

yang ketiga iaitu WTO (World Trade Organisation). Tiga badan ini menjadi pengawas

kepada perlaksanaan globalisasi di bidang ekonomi.Negara-negara kapitalis kaya di

Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat memang sedang menterjemahkan erti

globalisasi mengikut kehendak mereka. Dr Mahathir Mohamad berkata baru-baru ini

bahawa Barat tidak adil dalam menterjemahkan globalisasi. "Mereka mentafsirkan

globalisasi untuk faedah diri mereka saja, iaitu apabila wujud peluang bagi mereka

mencari keuntungan," kata Mahathir dalam persidangan "Bank Pusat dan

Pertumbuhan Mapan di Abad Ke-21" anjuran Bank Negara Malaysia di Kuala

Lumpur, 29 Ogos lalu. Justeru itu, Barisan Alternatif(BA) mesti mengemukakan

pandangan alternatifnya untuk menghadapi isu globalisasi ini yang ternyata

mempunyai kesan besar keatas kepentingan nasional ekonomi kita pada masa depan.

Jika tidak dihadapi dengan serius, ekonomi Malaysia akan selamanya bergantung

kepada negara kapitalis kaya.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 22

Page 23: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

WTO yang menjadi agen terpenting bagi globalisasi akan menumpukan

keutamaannya untuk mempastikan semua negara di dunia yang menjadi ahlinya

supaya meliberalisasikan ekonomi masing-masing. Liberalisasi bagi tafsiran WTO

ialah pergerakan bebas modal tanpa sempadan negara. Semua halangan bagi

pergerakan modal itu akan dianggap bertentangan dengan peraturan yang dikenakan

oleh WTO itu. Kebebasan pergerakan modal itu akan menjadi satu prinsip yang

begitu penting bagi WTO sehingga ia mengatasi kepentingan nasional sesebuah

negara ahli. Jadi ancaman globalisasi yang mahu menelan dan menyedut sumber

kekayaan negara-negara Dunia Ketiga seperti Malaysia ini bukan momokan sahaja. Ia

adalah satu hal yang nyata.

Lalu BA mesti tampil ke depan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia,

daripada serangan yang datang dari luar iaitu dari syarikat-syarikat multinasional

antarabangsa yang disokong oleh negara-negara kaya kapitalis Barat. Barisan

Alternatif perlu memberi perhatian ke atas penjajahan ekonomi dalam bentuk

globalisasi. Hal ini penting diberi perhatian terutama dalam keadaan dunia sekarang

yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 23

Page 24: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

PERJUANGAN GOLONGAN YANG TERTINDAS

Terdapat sebuah proses yang berkembang sejak Perang Dunia Kedua, bermula

dengan perjanjian Bretton Woods yang mewujudkan Dana Kewangan Antarabangsa

dan Bank Dunia (yang menjadi contoh bagi kuasa ekonomi dunia barat yang datang

kemudiannya). Ini membuka pintu bagi pencelahan ke dalam dunia yang membangun,

dan ini telah berkembang dengan pesat. Dari aspek yang jahil, Perang Vietnam telah

membawa kesan yang dahsyat – perang itu memakan belanja yang banyak, sehingga

Amerika Syarikat terpaksa mencetak duit kertas baru untuk membiayainya.

Ini bermaksud bahawa perusahaan-perusahaan gergasi di luar keadaan inflasi

ini dapat membangun tanpa kawalan. Kini, kita mempunyai sistem global berintegrasi

yang paling luar biasa sejak hujung Perang Dingin pada tahun 1989. Dengan

penubuhan WTO, kita sedang berhadapan dengan pihak integrasi, predator dan

penyelenggara polisi Amerika Syarikat yang paling zalim di dunia. Sekarang, WTO

boleh merangkul keuntungan yang gagal diperolehi oleh Bank Dunia dan IMF. Jika

ini dibenarkan berterusan, Perjanjian Umum Perdagangan dan Perkhidmatan (General

Agreement on Trade and Services; Gats), iaitu sebuah projek WTO, akan bercampur

tangan dalam hal pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam yang lain.

Apa yang dapat dilihat dengan jelas apabila kita berbincang dengan Bank

Dunia dan IMF, serta mereka yang mewakili tonggak globalisasi, adalah bahawa

mereka berasa takut dengan demonstrasi antikapitalis. Mereka telah mencuba melalui

sebuah pengubahan perhubungan awam di mana IMF (yang sebenarnya sebuah badan

peminjam duit), sekarang ditransformasikan menjadi sebuah institusi ala Ibu Theresa

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 24

Page 25: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

yang ingin menghapuskan kemiskinan. Bank Dunia telah memainkan lagu ini untuk

beberapa tahun sambil melakukan perkara yang bertentangan. Ia telah

mengembangkan proses ini sehingga tahap yang begitu melucukan dengan mendakwa

bahawa ia kini merupakan sebuah badan pencegah kemiskinan. Kita juga dapat

melihat bagaimana institusi predator paling teruk, iaitu WTO, memanggil dirinya

sebuah pertubuhan amal. Semua ini adalah reaksi terhadap penentangan global

terhadap globalisasi.

Perjuangan anti-kapitalis merupakan pergerakan terbesar menentang sistem

sejak Perang Dunia Kedua. Ia sebenarnya bertarung dengan kapitalisme, dan

walaupun ini berlaku secara sedikit sebanyak pada tahun 1960-an, saya rasa ini tidak

pernah berlaku dengan begitu besar sekali di merata dunia. Di sebuah negara di mana

kononnya media massa bebas melaporkan apa sahaja, kita jarang sekali mendengar

khabar mengenai gerakan ini.

Tetapi itu bukan sesuatu yang baru. Yang luar biasa adalah fakta bahawa kita

mempunyai gerakan di Amerika Latin, Asia, Afrika, dan dunia maju, yang mewakili

gerakan asas (yang sebenarnya bermakna tentangan hebat). Fakta bahawa berita ini

tidak dihiraukan atau didiamkan menunjukkan betapa takutnya mereka yang berkuasa.

Kita dapat melihat reaksi kerajaan dunia barat terhadap tentangan ini dalam cara

kerajaan Tony Blair [di Britain] menyerang penunjuk rasa antiglobalisasi pada Hari

Pekerja yang lalu. Itu telah membawa kesan yang tidak disangka-sangka, tetapi ia

juga menunjukkan rasa takut di antara penyokong projek neoliberalisme.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 25

Page 26: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

Peristiwa besar seperti ini tidak pernah melihat begitu ramai penyokong yang

berbeza, dan tentangan terhadap kapitalisme global disokongi oleh kesatuan-kesatuan

pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (non-government organisations; NGO), pemuda-

pemudi yang tidak mempunyai afiliasi dengan mana-mana pihak. Ia telah

menghasilkan sokongan padu pada tahap asas dan intinya merupakan gerakan kelas

pekerja.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 26

Page 27: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

PERCANGGAHAN YANG TERDAPAT DALAM KAPITALISME AKAN

MENGHASILKAN PEPERANGAN

Kapitalisme dan peperangan mempunyai perhubungan yang rapat. Kapitalisme

baru ini telah mengembangkan sebuah perlumbaan senjata sejak ia bermula selepas

hujung Perang Dingin. John Molyneux berpendapat bahawa kita sedang mengalami

Perang Dingin kedua – ini telah bermula sejak 1989 lagi. Dari pelbagai aspek, perang

kedua ini lebih merbahayakan kerana Perang Dingin pertama sebenarnya hanya

pertikaian retorik di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, dengan perang

sebenarnya diperjuangkan di dunia membangun.

Perlumbaan senjata ini amat merbahayakan kerana ia bukan sahaja diseru oleh

kerajaan George W. Bush [di Amerika Syarikat]. Perlumbaan senjata ini dimulakan

oleh bapa Bush, dan dipercepatkan oleh Clinton. Sistem Pertahan Peluru Berpandu

Kebangsaan (National Missile Defence) sebenarnya bererti cara tentera Amerika

Syarikat menguasai angkasa dan mewujudkan keadaan di mana negara-negara lain

(seperti Negara Cina dan Rusia) mengejar, dan berakhir dengan pemusnahan

ekonomi. Hal ini berkaitan dengan penguasaan angkasa lepas. Jika anda membaca

dokumen-dokumen sulit, ia menceritakan bagaimana Amerika Syarikat ingin

membahagikan dunia mengikuti garisan ‘mereka yang kuat’ dan ‘mereka yang

lemah,’ dan bagaimana Amerika Syarikat ingin menjaga kepentingannya.

Kita belum pasti apa yang dimaksudkan oleh semua ini. Ia mungkin sebuah

fantasi yang berselewang, tetapi mungkin juga tidak. Yang pasti, perbelanjaan yang

akan diagihkan kepada perusahaan persenjataan Amerika Syarikat untuk membina

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 27

Page 28: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

sistem ini bukannya sebuah fantasi. Ia akan mengubah situasi di merata dunia dan

akan menimbulkan perlumbaan senjata mini di merata-rata. Tidak dapat dipertikaikan

lagi bahawa Negara China akan memantapkan sistem persenjataannya. Akibat Perang

Teluk dan operasi di Kosovo, Majlis Keselamatan Kebangsaan Rusia telah

mengubahsuaikan strateginya: ia sekarang mempertahankan sempadan baratnya

dengan senjata nuklear. Ini merupakan masa yang merbahayakan, dan memang

terdapat juga perlumbaan senjata bukan nuklear yang sedang berkembang, dengan

Britain mengetuai perlumbaan ini.

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 28

Page 29: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

PENUTUP

Kesimpulan yang dibuat hasil daripada kajian mengenai teori Marxisme dan

sosialisme, satu anjakan paradigma iaitu revolusi golongan sekerja atau komunisme

sememangnya wajar. Akibat daripada percanggahan yang terdapat dalam sistem

kapitalisme sehinggakan menghimpit golongan proletariat dan terus menyenangkan

pihak kapitalis yang sentiasa cuba menghisap tenaga para pekerja ini. Akibat

kapitalisme juga, jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan kaya dan

golongan miskin,perubahan dari sudut sosial tidak berlaku dalam kapitalisme. Disini,

tokoh-tokoh dunia menekankan masyarakat yang berkongsi segala sumber yang ada

dalam negara dan hubungan sosial antara pekerja dengan majikan dititikberatkan.

Selepas Perang Dingin berakhir, Francis Fukuyama telah menulis buku ‘the end of

history’ untuk menyatakan berakhirnya sistem sosialisme. Namun sebenarnya,

sosialisme masih belum berakhir dan masih wujud, namun komunisme boleh

dianggap telah mati akibat kalah menentang kapitalis. Dunia juga masih belum

selamat daripada Perang Dunia III kerana menurut Marx sistem kapitalisme akan

runtuh dengan sendirinya apabila berlaku percanggahan. Percanggahan yang

dimaksudkan ini ialah persaingan yang wujud dalam ekonomi kapitalisme dan

peperangan akan menghancurkan sistem ini.

Marxisme merupakan aliran pemikiran dan gagasan idea pemikiran Karl

Marx. Marxisme sangat berhubung rapat dengan manifestasinya iaitu komunisme.

Marx menyusun sebuah teori besar yang sangat berkaitan dengan sistem

ekonomi,sistem sosial dan sistem politik. Marxisme boleh dijelaskan sebagai satu

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 29

Page 30: Tugasan jkp 101 2013

PENGANTAR SAINS POLITIK (JKP 101)

bentuk protes Marx terhadap fahaman kapistalisme. Marx menggangap bahawa kaum

kapitalis mengumpulkan wang dengan mengorbankan kaum proletereat. Keadaan

kaum proletereat sangat menyedihkan kerana dipaksa bekerja berjam-jam dengan

upah minimum sementara hasil keringat mereka dinikmati oleh kaum kapitalis. Marx

berpendapat bahawa masalah ini timbul kerana adanya pemikiran peribadi dan

penguasaan kekayaan yang didominasi oleh orang-orang kaya.

Dalam teori Marxisme, Karl Marx telah membahagikan kelompok manusia kepada 2

kelas sosial iaitu golongan proletereat(golongan bawahan yang sering ditindas) dan

golongan borjuasi(golongan atasan, tuan tanah yang menindas golongan bawahan)

SAINS KEMASYARAKATAN – PPPJJ.USM(2013/2014) 30