Tugasan Kh Upload

18
NOR BAHIYAH ______________________________________________________________________________________________ ___________________ Soalan 1 1.0 PENGENALAN Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Keperluan manusia semakin berubah , reka cipta menjadi semakin penting untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin kompleks. Dalam kehidupan, pengguna sering menghadapi masalah penggunaan suatu alat / barang sama ada di sekolah atau rumah. Oleh itu, kita sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan salah satu cara ialah melalui reka cipta. Tugasan ini telah meminta saya merekaciptakan satu alat/barang yang boleh membantu menyelesaikan suatu masalah yang sering anda /masyarakat hadapi di mana-mana contohnya di rumah, sekolah dan lain-lain. Reka cipta saya dinamakan “BERUS BERSPRAY” merangkumi proses- proses berikut: PROSES MEREKA CIPTA I . PENGENALPASTIAN MASALAH Penyataan masalah a)Masalah _______________________________________________________________ ____________ HBLS 2203 REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK 1

Transcript of Tugasan Kh Upload

Page 1: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

Soalan 1

1.0 PENGENALAN

Rekacipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai

nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna. Keperluan manusia

semakin berubah , reka cipta menjadi semakin penting untuk memenuhi permintaan pengguna

yang semakin kompleks. Dalam kehidupan, pengguna sering menghadapi masalah

penggunaan suatu alat / barang sama ada di sekolah atau rumah. Oleh itu, kita sentiasa

mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan salah satu cara ialah melalui reka cipta.

Tugasan ini telah meminta saya merekaciptakan satu alat/barang yang boleh membantu

menyelesaikan suatu masalah yang sering anda /masyarakat hadapi di mana-mana contohnya

di rumah, sekolah dan lain-lain.

Reka cipta saya dinamakan “BERUS BERSPRAY” merangkumi proses-proses berikut:

PROSES MEREKA CIPTA

I . PENGENALPASTIAN MASALAH

Penyataan masalah

a)Masalah

Walaupun terdapatnya mesin basuh, penggunaan berus kain masih perlu untuk memberus

kotoran degil, kasut dan sebagainya. Pengguna perlu memegang sabun berbuku sambil

memberus kain. Semasa memberus, kadangkali sabun berbuku pula mengalir bersama air

sehingga menyebabkan pengguna perlu tercari-cari sabun berbuku tadi. Ini boleh

melambatkan kerja. Selain dari itu, terdapat pengguna yang gemar menggunakan cecair

pencuci tetapi menuang dengan kadar tidak sesuai kepada bahan yang hendak dicuci. Ini

mengakibatkan pembaziran.

b)Penyataan masalah

1) Sabun berbuku terpaksa bergilir dipegang bersama berus kain.

2) Kadangkala tercari-cari sabun yang mengalir bersama air.

3) Menuang cecair pencuci berlebihan untuk cucian tangan.

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

1

Page 2: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

c)Penyelesaian Masalah

1) Mencipta sebuah berus kain yang boleh mengalirkan cecair pencuci dengan kadar

yang tepat.

2) Menyelesaikan masalah sabun berbuku yang terpaksa bergilir dipegang yang

melambatkan kerja mencuci.

Mengumpul Maklumat dan Data

Selepas mengenal pasti alternetif yang dapat menyelesaikan masalah, saya mengumpul

maklumat dan dat yang berkaitan dengan barangan yang akan dihasilkan. Pengumpulan data

dibuat melalui:

a) Pengalaman sendiri

Saya membuat kajian dan perbandingan produk di pasaran bagi mendapat maklumat lanjut

tentang reka bentuk , kemasan, dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan projek.

Saya telah membuat kajian tersebut di Tesco , Taiping pada 18 Oktober 2009.

b) Pemerhatian

Saya juga telah membuat pemerhatian tentang penggunaan berus kain dan berfikir cara

untuk membaiki produk tersebut untuk memudahkan tugas memberus kain.

c) Melayari internet

Saya telah melayari internet dan mendapat beberapa maklumat tambahan. Antaranya di

www.tradeindia.com , http://www.spraynozzle.com.au/an.html dan sebagainya

d) Bimbingan tutor

Saya telah pun berbual dengan tutor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Saya telah

membuat panggil telefon antaranya pada 17 Oktober 2009 untuk mendapatkan maklumat

tentang idea dan maklumat. Selain dari itu, saya juga berbincang dengan tutor semasa

kelas tutorial.

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

2

Page 3: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah

Saya telah melakar beberapa lakaran bebas sebagai idea penyelesaian masalah yang dihadapi.

Berikut disenarai beberapa lakaran tersebut:

Lakaran 1 Lakaran 2

Lakaran 3 Lakaran 4

Lakaran 5

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

3

Page 4: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

II. PEMILIHAN IDEA

Setelah pelbagai lakaran idea dibuat, akhirnya idea “BERUS BERSPRAY” yang dipilih .

Lakarannya adalah seperti berikut:

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

4

Page 5: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

III. PEREKAAN PROJEK

Berikut disediakan lakaran selengkapnya

Lukisan Ortografik

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

5

Page 6: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

Lukisan isometrik

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

6

Page 7: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

IV. PEMILIHAN REKA BENTUK

Pemilihan idea tersebut dibuat dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:

a) keupayaan sendiri

Projek ini agak ringkas memandangkan tempoh yang diperuntukkan untuk menyediakan

projek hanya kurang 2 bulan. Selain dari itu , projek ini juga sesuai dengan kemampuan dan

keupayaan yang ada pada saya.

b) keistimewaan produk

Produk ini menggunakan fungsi “spray” untuk menyembur cecair pencuci mengikut kadar

yang dikehendaki oleh pengguna dengan tepat. Ini dapat mengelakkan pembaziran. Selain

dari itu, lantai untuk ruang pengisian cecair pencuci juga sengaja direka berbentuk condong

untuk memudahkan cecair tersebut masuk ke dalam salur keluar pencuci.

c) bahan dan komponen yang mudah didapati

Berus yang diperbuat daripada plastik ini amat mudah dihasilkan. Menurut Lynch (1966) ,

acuan plastik lebih mudah dibentuk dan boleh terus digunakan. Bahan yang diperbuat

daripada plastik ringan dan ini memudahkan kerja memberus.

d) Menyelesaikan masalah

Dengan perekaan projek tersebut, mudahlah kini saya untuk memberus kasut atau kotoron

degil yang ada pada baju. Selain dari itu, berus tersebut juga boleh digunakan untuk mencuci

lantai dan lain-lain kegunaan yang sesuai.

e) Cara pembuatan berus ini juga amat mudah dan bersesuaian

V. PERANCANGAN PEMBINAAN PROJEK

a) Bahan dan kesesuaian

Bahan yang digunakan untuk membuat berus berspray ini ialah

1) Resin Plastik 2) Getah (membuat saluran paip) 3) Acuan CNC

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

7

Page 8: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

b)Memilih Alatan

Alatan yang digunakan untuk membentuk berus dan getah paip tersebut ialah acuan .

c) Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran

Jadual kerja untuk penghasilan berus berspray adalah ditunjukkan di bawah ini.

Bil Aktiviti Minggu

1 2 3 4 5 6 7 8

1. Mengenal pasti masalah /

2. Mengumpul maklumat dan idea /

3. Menjana idea-melakar dan memilih

projek / /

4. Perancangan dan pembinaan projek / /

5. Pemasangan, pengujian dan

pengubahsuaian / /

Kos bahan berdasarkan 100 unit keluaran

a) Kos bahan

Bahan Ukuran Kuantiti (unit) Kos seunit (RM) Jumlah (RM)

Resin Plastik 20 kg 100 1.20 120.00

Getah 10 liter 100 0.10 10.00

Jumlah 130.00

b) Kos upah

Bilangan pekerja x jam bekerja x kadar sejam

= 2 orang x 30 jam x RM 4.00

= RM 240.00

c) Kos overhead

Kos elektrik = RM 30

Kos air = RM 10

Jumlah = RM 40

d) Kos Pengeluaran = bahan +kos upah+kos overhead

= RM 130 + RM 240+ RM 40 = RM 410.0

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

8

Page 9: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

e) Kos pengeluaran satu unit projek

Jumlah kos pengeluaran (kos bahan +kos upah+kos overhead) / Jumlah unit pengeluaran

= RM 410 / 100

= RM 4.10

VI. PEMBINAAN, PENGUJIAN DAN PENGUBAHSUAIAN PROJEK

Proses Pembinaan

Bil Bahagian Teknik Pembuatan

1. Berus kain Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki

2. Getah paip Dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.

Berus kain dan paip getah dicantumkan untuk menjadi berus berspray.

Pengujian

1) Pengujian dilakukan terhadap berus berspray. Terdapat beberapa kelemahannya iaitu:

a) terdapat banyak lebihan plastik (burr) .

Pengubahsuaian Projek

Bil Kelemahan Pengubahsuaian Projek

1. Terdapat banyak lebihan plastik Sukatan cecair disesuaikan sehingga tiada

lebihan plastik kelihatan.

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

9

Page 10: Tugasan Kh Upload

NOR BAHIYAH _________________________________________________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Abbott, W (1972). Practical Geometry and Engineering Graphics, Blackie & Son Ltd.,

London

Ainon Abdullah (1994) . Pemikiran Reka Cipta. Kuala Lumpur. Utusan Publication

And Distributors Sdn. Bhd.

Garreh J. (1995) . Design And Technology. Great Britain. Cambrigde UniversityPress.

Giesecke, F., et.al, (2003), Technical drawing (12th ed.). Peearson Education

Inc., U.S.A.

Greer, A & Howell W. H (1982). Mechanical Engineering Craft Studies Part 1,

ELBS, London

Hart, K.R (1979), Engineering Drawing With Problem & Solutions (2nd ed.),

ELBS, London

Izwanuddin bin Yahaya (2006) Rekacipta Instrumen Ujian ‘Vertical Jump’ Berteknologi

Digital (Sensor) Bagi Ujian Kecergasan Fizikal. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi

Malaysia.

Jackson, E (1975). Advanced Technical Drawing, Longman, London

Rosli Ibrahim et al (2007) . Manual Lanjutan KHB Pertanian . Petaling Jaya. Sasbadi Sdn.

Bhd.

Seon, F.et al. (1994).Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New

Rider Publishing.

___________________________________________________________________________HBLS 2203

REKA CIPTA DAN LUKISAN TEKNIK

10