Tugasan Krb3053 Kaedah Pengajaran Bm SK

download Tugasan Krb3053 Kaedah Pengajaran Bm SK

of 26

description

pjj upsi

Transcript of Tugasan Krb3053 Kaedah Pengajaran Bm SK

PAGE

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015KRB 3053: KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMANO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________Inovasi dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kepesatan dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Daripada sistem pengajaran konvensional di dalam bilik darjah kini sudah menerobos ke suatu peringkat baru bagi pengajaran Bahasa Melayu iaitu melalui kemajuan teknologi iaitu komputer. Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya. Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan komputer digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0 dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus. Arus perubahan yang berlaku di Negara kita menjadikan proses mendidik pelajar semakin bertambah kompleks. Menurut Hamdan et al (2004), memandangkan pengajaran dan pembelajaran kini telah mengalami perubahan, iaitu guru atau pendidik tidak lagi hanya menggunakan chalk and talk tetapi telah berubah kepada alat bantu mengajar yang lebih canggih seperti LCD, projector, media dan sebagainya. Oleh yang demikian guru harus menguasai kemahiran komputer dengan baik dan mahir dalam penggunaan perisian seperti power point, movie maker, flash dan pelbagai lagi. Seperti kata Blondin dalam Abdul Rahman Daud (1995), beliau berpendapat Salah satu faktor penghalang alat teknologi ialah kekurangan kemahiran guru.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyarankan kepada semua pihak sekolah agar melaksanakan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah untuk bertujuan memantapkan lagi sistem pendidikan di Negara kita. Inovasi menurut Nichols (1983:4) adalah idea, subject or practice as new by an individual or individuals, which is intended to bring about improvement in relation to desired objectives, which is fundamental in nature and which is planned and deliberate. Manakala, Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.Iaitu inovasi lebih kepada idea, objek atau praktikal sesuatu yang baru oleh seseorang atau kelompok orang yang bermaksud untuk memperbaiki tujuan yang diharapkan. Inovasi dalam sistem pendidikan dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing. Inovasi juga perlu untuk melahirkan pelajar yang dalam masa yang sama tetap utuh dalam mempertahankan jati diri dan identiti bangsa Malaysia.Inovasi dalam mata pelajaran seharusnya bersifat konstektual yang bertumpu ke arah pemikiran yang kritis, kreatif dan kemahiran pemikiran yang selanjutnya dapat memupuk minat pelajar dalam pembelajaran mereka.Penggunaan komputer merupakan satu inovasi dalam pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pengajaran atau pembelajaran bukan lagi suatu yang asing pada masa kini. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai satu inovasi dalam pendidikan di mana inovasi ini merupakan satu perkara baru kepada pendidik. Merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer sebagai bahan bantu mengajar dan komputer merupakan aplikasi teknologi computer dalam pendidikan. Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya komputer dapat menghasilkan bahan pengajaran yang menarik dan terkini serta menyimpan rekod. Dengan itu, pengajaran menjadi mudah dan pembelajaran dan pemahaman pelajar menjadi lebih berkesan. Malahan maklumat-maklumat boleh disimpan di dalam disket, CD, memori kad, dan dapat dibuka bila masa diperlukan.

Kehebatan teknologi yang wujud pada masa kini perlu dilihat sebagai satu kelebihan untuk dimanfaatkan oleh mereka yang bergelar pendidik. Ia merupakan suatu mekanismake arah membantu pelajar bagi mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian. Dengan adanya penggunaan komputer, ianya sangat berguna dan diperlukan kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga pendidik mahupun pelajar juga. Ia turut membantu sesi pengajaran dan memudahkan tenaga pengajar serta pelajar untuk lebih memahami konsep sebenar sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari. Dengan adanya kemudahan computer dan sambungan internet juga, pelajar dapat berforum atau berhubung melalui pelbagai jaringan media seperti Facebook, Twitter dan sebagainya.Penggunaan komputer bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, namun sudah di aplikasi ke sekolah rendah. Jika dahulu, penggunaan teknologi di sekolah hanyalah terhad kepada televisyen sahaja. Namun kini, penggunaan komputer di sekolah rendah sudah menjadi suatu kemajuan. Semua subjek telah menjadikan komputer sebagai alat bantu mengajar yang paling efektif. Begitu juga dengan pengajaran Bahasa Melayu. Terdapat dalam kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa keatas 392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru takut untuk menggunakan computer dalam pengajaran mereka. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997).Oleh yang demikian, Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) sebenarnya telah lama diperkenalkan sejak tahun 1960 an lagi di University Illinios melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan university dan sekolah di Amerika Syarikat. Namun begitu PBBK ini masih baru di Malaysia.Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang lebih bersifat satu hala atau unidirectional. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video, dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30% daripada apa-apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Ini menunjukkan penggunaan computer dalam pengajaran Bahasa Melayu sangat berkesan dan memberikan impak yang positif kepada pelajar.Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah kini tidak lagi berdasarkan kad kata dan guru menulis di papan hitam. Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Penggunaan TMK dalam Pembelajaran merupakan satu aspek yang tidak dapat dielakkan oleh setiap guru. Penggunaan computer dapat memberikan kesan positif kepada pembelajaran murid sehinggakan mereka mampu menggunakan aplikasi TMK dalam kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer merupakan satu kaedah pengajaran yang disampaikan menggunakan gabungan antara komputer, pakej perisian, sistem talian dalam mengakses kemudahan internet. Penggunaan kaedah ini terutama dalam menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah dan afektif memerlukan penggunaan aplikasi perisian komputer, mengakses maklumat melalui internet dan aplikasi persembahan elektronik seperti perisian Power point. Aplikasi komputer ini penting untuk tujuan menyampaikan persembahan dengan lebih menarik dan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru kurang mengikuti kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. Jika dahulu, alat bantu mengajar begitu terhad. Setiap kali subjek Bahasa Melayu, guru akan membawa keping manila kad yang mengandungi kata nama untuk di lekatkan di papan hitam. Keping manila kad itu jugalah yang akan digunakan bagi pelajar untuk tahun yang seterusnya. Begitu sekali terhad penggunaan alat bantu mengajar Bahasa Melayu pada waktu itu. Contoh yang diberikan juga sangat terhad. Ini menjadikan pemikiran pelajar menjadi agak terhad, kerana mereka tidak mendapat contoh lain selain daripada yang terdapat dalam kad manila tersebut. Guru juga terpaksa membuat kerja lebih masa dirumah bagi menyiapkan kerja sekolah. Penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada guru samada cabaran dalam menggunakan teknologi baru tersebut dan penerimaan pelajar akan gaya pengajaran yang baru. Jika sebelum ini, guru hanya berpandukan buku rujukan mengajar, namun dengan adanya computer, guru dapat berkongsi ide dengan mereka yang sama profesion dengan mereka.

Penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah sangat membantu pelajar memahami subjek tersebut dengan lebih baik. Menggunakan komputer, guru dapat memberikan contoh dengan banyak dan menyelitkan audio serta video bagi subjek tersebut. Kini pelajar/murid lebih seronok dan tidak sabar untuk menantikan subjek Bahasa Melayu kerana guru menggunakan pendekatan yang canggih dan menarik dalam pengajarannya. Guru juga dapat mempersembahkan slaid power point dengan menyelitkan unsure humor atau berbentuk komik bagi membantu murid belajar Bahasa Melayu. Contoh yang diberikan juga sangat menarik dan lebih mencabar murid. Ia bukan lagi hanya berdasarkan kad manila ataupun gambarajah, namun kini ia dapat di papar pada skrin komputer dengan menggunakan animasi yang tertentu.Namun begitu, tidak semua sekolah dapat mengecap kecanggihan teknologi ini. Biarpun Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan sebahagian besar perbelanjaan bagi menyalurkan komputer kepada sekolah di seluruh Negara, namun begitu bagi sekolah di luar Bandar ianya masih lagi ketinggalan. Lebih ratusan sekolah rendah khasnya masih tidak mempunyai kemudahan elektrik dan guru tidak menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Kedaifan sekolah-sekolah ini sangat menyedihkan. Murid tidak di dedahkan terhadap teknologi baru kerana sekolah tidak mempunyai kemudahan elektrik mahupun generator sekalipun. Pendidik pula menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Murid yang tidak didedahkan dengan teknologi seperti penggunaan komputer dalam bilik darjah akan menjadikan mereka seperti katak di bawah tempurung. Mereka tidak dapat merasai kecanggihan teknologi yang sepatutnya diperolehi di sekolah memandangkan mereka datang dari keluarga yang kurang mampu apatah lagi memiliki kecanggihan teknologi seperti komputer di rumah hatta radio sekalipun mungkin tiada. Sepatutnya murid secara tidak langsung didedahkan dengan penggunaan komputer terutamanya dalam seisi pengajaran. Ini akan menjadikan mereka lebih berdaya saing dan mencetus idea serta minat dalam pelajaran yang dipelajari. Guru Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Apabila pelajar melangkah kealam sekolah menengah, mereka tidak canggung melihat computer. Malah ada pelajar yang mengikuti kelas komputer takut untuk memegang tetikus kerana tidak pernah melihat komputer, dan antara mereka ada yang beranggapan jika tersilap menekan papan kekunci, komputer akan meletup. Sungguh kasihan, mereka lambat mendapat inovasi komputer yang sepatutnya sudah di perkenalkan di alam sekolah rendah lagi.Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek wajib yang perlu lulus dalam peperiksaan samada UPSR, PMR mahupun SPM. Biarpun peperiksaan tersebut sudah dimansuhkan, namun wajib lulus bagi subjek Bahasa Melayu tetap diutamakan. Oleh yang demikian, pengajaran yang berkesan patut bermula dari awal sekolah rendah. Pengajaran yang berkesan tidak hanya bergantung kepada ilmu yang disampaikan namun juga cara penyampaian guru tersebut. Jika penyampaian mereka hambar, kurang menarik serta membosankan, sudah tentu murid juga akan merasa bosan dan tidak berminat untuk mengikuti pelajaran tersebut.

Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Basa Melayu. Antara rumusan daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut, Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru Bahas Melayu. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.

Walaupun penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru Bahasa Melayu,namun penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru Bahasa Melayu. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan computer dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran serta perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian dengan dapatan kajian lain di mana kebijakan guru memilih kaedah TMK yang sesuai bagi menepati objektif dan konteks pengajaran, mengubah suai bahan sedia ada ataupun membangunkan persekitaran yang sesuai bagi memastikan penglibatan murid dalam pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan computer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa Melayu.

Hasil kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Justeru itu, dalam hal membuat perancangan, dan persediaan pihak pentadbir sekolah perlu menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada aplikasi TMK dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu juga perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Di samping itu, perhatian juga perlu diberi kepada aspek integrasi Bahasa melayu dengan mata pelajaran yang lain mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk.

Penggunaan komputer atau bahan teknologi maklumat merupakan satu wadah baru yang di bawa ke dalam dunia pendidikan. Oleh itu, terdapat kelemahan-kelemahan yang timbul akibat daripada kekurangan kemahiran dalam pengendalian dan pengurusannya. Penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pendidikan khususnya dari segi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini telah menjadi satu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan lebih baik. Hal ini dapat kita perhatikan bahawa, pembelajaran dari segi pencarian maklumat dan bahan-bahan terkini dalam sesuatu topik dapat dilakukan oleh murid-murid dengan menggunakan alat teknologi maklumat seperti melalui komputer, internet dan sebagainya. Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran seseorang guru untuk mengendalikannya. Oleh yang demikian, pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa di sekolah rendah mempunyai beberapa kekangan yang perlu di ambil berat iaitu kekurangan guru terlatih dalam bidang teknologi maklumat.

Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT. Justeru itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hal ini akan membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat khususnya kepada murid-murid. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran terkini untuk meningkatkan tahap kemahiran guru menyampaikan sesuatu perkara khususnya dalam pengajaran bahasa. Justeru itu, terdapat segelintir guru bahasa masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah pengajaran mereka. Perkara ini dapat kita perhatikan bahawa guru-guru bahasa yang telah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan enggan mengubahsuai corak pengajaran dan pembelajaran mereka yang mana, kaedah guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hanya tertumpu kepada penggunaan buku teks serta papan tulis semata-mata dan tidak mempunyai alternatif kaedah pengajaran bahasa yang lain. Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional sudah cukup untuk menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah.Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut (Norizan Abdul Razak, 1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka. Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang teknologi maklumat. Proses pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat, serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan lancar. Sistem penyelenggaraan bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasiaan ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sehubungan itu juga, peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah- sekolah tertentu menjadi salah satu punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian . Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan murid lain. Penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan minat murid terhadap pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, murid yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer didalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah pula, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer. Penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer. Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada murid-murid. Murid - murid juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran.

Antara masalah yang dihadapi guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas adalah bebanan kurikulum. Sukatan pelajaran yang terlalu banyak menyebabkan guru tergesa-gesa untuk menghabiskan silibus sebelum berakhir tempoh satu tahun. Oleh itu guru terpaksa menggunakan kaedah tradisi bagi memastikan silibus dapat dihabiskan dalam tempoh tersebut. Hal ini menyebabkan guru kurang masa untuk merancang pengajaran mereka dengan lebih kreatif dan inovatif.Salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem pendidikan kita yang secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga merupakan penghalang utama kepada usaha pemupukan kreativiti dalam bilik darjah.Yong (1989) berpendapat bahawa walau pun pelbagai usaha telah dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih lagi cenderung untuk menghasilkan para murid yang berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan, lantaran itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.Selain daripada itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan (Toh, 2003). Seterusnya, guru yang berjaya menghasilkan bilangan murid yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan(Toh, 2003). Disebabkan itu guru mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dengan KBSR dan KBSM yang berpusatkan pelajar kerana mereka begitu menghayati kaedah pengajaran yang lama yang lebih berpusatkan guru. Kesan negatif penekanan terhadap peperiksaan terhadap pembangunan kreativiti pelajar begitu mendalam sekali, sehinggakan Yong (1989) tanpa ragu-ragu telah menyatakan this emphases have taken a heavy toll on the creativity of Malaysia students(m.s. 20). Gardner (1991) menyatakan bahawa tempoh umur antara dua hingga tujuh tahun merupakan tempoh yang kritikal untuk kreativiti diluahkan. Walau bagaimanapun sebaik sahaja murid memasuki alam persekolahan mereka menjadi kurang inovatif dan lebih berhati-hati.

Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri, Dato Seri MahathirMohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global. Selain itu, kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan sektor swasta dalam menangani jurang digital di Malaysia. Kerajaan turut membekalkan komputer riba kepada murid-murid demi untuk melaksanakan satu rumah satu komputer. Dengan demikian, ia membolehkan masyarakat membudayakan ICT dalam kehidupan mereka.

Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pemimpin adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Mereka bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan murid menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah. Pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sanidan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses PdP.Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajiankeperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul. Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran Behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang. Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990). Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.

Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman web yang disimpan di dalam cakera keras, latihan yang dikawal oleh sistem dan pembelajaran ekspositori. Sebahagian besar perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial direka dalam bentuk berdasarkan kepada model tradisional P&P, model transmisi yang memperlihatkan guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima (Merill, 1996). Pendekatan seperti ini harus diberi pertimbangan yang teliti oleh guru sebelum ianya dilaksanakan. Adalah dicadangkan guru perlu menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P serta melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT. Kumpulan murid yang cemerlang dan lemah dibahagikan supaya memudahkan guru membuat penilaian diakhir sesi pengajaran. Kumpulan yang lemah akan diberi latihan yang berbentuk latih tubi sementara yang cemerlang diberi latihan bebentuk pengayaan. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan murid-murid yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.

Perkembangan ICT dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka ICT dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.

Rujukan.

Abdul Rahim bin Abdul Rashid, 2005, Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Haji Muhammad Zakaria (2005). Teknik Belajar Berkesan, Telaga Biru Sdn. Bhd,Kuala Lumpur.

Kamarudin Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Musa Hj M.Noor (1999). Kesediaan guru-guru KHB di Daerah Pontian dari segi kemahiran dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.

Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 7(2), 32-35.

Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 22 Oktober 2014 daripada http://eprints.utm.my/5968/ 1/08-yahya.pdf

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 20 Oktober 2014

Hari: Selasa

Tahun: 5 Cekal

Bil. Murid: 36 orang

Masa: 8.10 - 9.10 pagi

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Tema: Permainan Tradisional

Tajuk: Wau Bulan

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,murid-murid dapat :

1. Membaca kuat perkataan dan ayat dalam petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Melaporkan sesuatu perkara yang didengar dan ditonton dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. 3. Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberikan.

Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan danintonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1 (i) : Membaca perkataan, rangkai kata dan ayat yangmengandungi ayat tunggal dan ayat majmukdengan sebutan dan intonasi yang betul.

Fokus Sampingan :8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu berdasarkan tajuk.

Aras 1 (i) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa : Tatabahasa: Ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata: turun-temurun, senggang, bangsawan, teraju dan busurPengisian Kurikulum :

Ilmu : Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Sains, Pendidikan Seni Visual dan Matematik. Nilai Murni : Kerjasama, kesabaran, patriotisme dan keberanian. Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir : Penyoalan, menjana idea , menghubungkait dan mencirikan. Pembelajaran Kontekstual : Menghubungkait dengan pengalaman sedia ada tentang permainan layang-layang. Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal. Kemahiran Belajar Cara Belajar : Mengumpul maklumat, memproses maklumat, kemahiran membuat persembahan.ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Tayangan video permainan gasing:

Soalan ransangan:

1. Apakah peristiwa yang berlaku dalam tayangan video itu?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan permainan tradisional?

3. Apakah permainan tradisional lain bagi masyarakat Melayu?Set Induksi

1. Murid menonton tayangan video mengenai permainan gasing.

https://www.youtube.com/watch?v=T8nY9KwP13U2. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai permainan tradisional tersebut berdasarkan tayangan video.

3. Guru mengaitkan isi pelajaran pada hari tersebut dengan menunjukkan replika layang-layangBBM: Komputer riba

LCD

Skrin

Layang-layang

KB: Menghubung

kait

Menjana idea

BCB: Mengumpul maklumat

KP: Interpersonal

Verbal-linguistik

Nilai Murni: Patriotisme

Pembelajaran Kontekstual

Pembacaan petikan edaran dan bahan slaid mengenai permainan tradisional

Bahan Slaid:

1. Pengenalan

2. Congkak

3. Gasing

4. Wau

Soalan rangsangan :

1. Bilakah permainan

tradisional sering

dijalankan.

2. Apakah yang kamu faham

tentang permainan gasing

berdasarkan petikan

edaran yang dibaca.?

3. Apakah yang kamu faham

tentang permainan

congkak berdasarkan

petikan edaran yang

dibaca.?Langkah 1 : (15 minit)

1. Ketua kumpulan mengambil sampul yang mengandungi petikan edaran yang berbeza untuk setiap kumpulan.

2. Murid membaca edaran petikan secara berkumpulan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan kumpulan lain mencatat isi-isi utama petikan yang dibaca.

3. Guru memberi maklum balas terhadap pembacaan murid.

4. Murid bersoaal jawab dengan rakan-rakan dan guru tentang isi petikan yang dicatat sambil guru memperlihatkan semula petikan tersebut melalui slide Microsoft Office Power Point.BBM :

Slaid PowerPoint,

LCD,

Komputer riba.

Layang-layang

Petikan Edaran

BCB :

Mengumpul Maklumat

Memproses Maklumat

Belajar Cara Belajar

KB :

Penyoalan

Memberi sebab

KP:

Intrapersonal

Verbal-linguistik

Nilai :

Kerajinan

Disiplin

Yakin

Berani

Aktiviti kumpulan dan pembentangan hasil perbincangan mengenai permainan wau

Tugasan Projek:

Murid dalam kumpulan diminta mendapatkan maklumat melalui internet atau bahan lain yang berkenaan permainan-permainan tradisional yang ingin dikaji untuk dipersembahkan dalam bentuk pilihan merekaLangkah 2

1. Ketua kumpulan mengambil brosur yang diedarkan oleh guru.

2. Murid berbincang dalam kumpulan untuk menyenaraikan idea utama brosur.

3. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan mengenai idea utama brosur di hadapan kelas.

4. Guru memberi maklum balas terhadap pembentangan murid.

5. Guru menayangkan dan menerangkan idea utama brosur dengan menggunakan projektor LCD dan sesi soal jawab diadakan.

BBM : Slaid PowerPoint,

LCD,

Komputer riba.

Layang-layang

Brosur

KP:

Interpersonal

Intrapersonal

Verbal-linguistik

KB :

Penyoalan

Memberi sebab

BCB:

Mengumpul Maklumat

Nilai :

Kerajinan

Kesihatan

Kerjasama

Patriotisme

BBM : komputer riba dan pembesar suara.

Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk mengenai cara-cara membuat wau bulan

Cara membuat wau:

1. Sedia alatan

2. Mencari buluh

3. Meraut buluh

4. Merangka wau

5. Melekatkan kertas

Tugasan Pengayaan:

Murid diminta menghasilkan satu karangan tentang cara-cara membuat wau bulan dengan menggunakan penanda wacana yang sesuai.Langkah 3

6. Murid menonton tayangan video melalui projektor LCD dan membuat catatan

7. Murid melihat rajah aliran mengenai cara-cara membuat wau yang ditayangkan melalui slide.

8. Murid memdengar penerangan dan bersoal jawab dengan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.

9. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberikan pada rajah aliran mengenai cara-cara membuat wau bulan.

10. Guru memberi bimbingan dan maklum balas terhadap ayat yang dibina oleh murid.BBM :

Projektor LCD

Komputer riba

Skrin

Layang-layanbuluh

Pisau lipat

Tatabahasa :

Ayat tunggal

Ayat majmuk

Penanda wacanaKP :

Interpersonal

Intrapersonal

Verbal linguistik

BCB :

Mengumpul maklumat

Memproses maklumat

KBT :

Kecerdasan pelbagai

Naturalis

KB :

Penyoalan

Memberi sebab

Nilai Murni :

Patriotisme

Kesabaran

Kerajinan

Kerjasama

Penutup

Nyanyian lagu Wau BulanPenutup : (5 minit )

Murid menyanyikan lagu Wau Bulan berdasarkan lirik yang ditayangkan melalui projektor LCD dengan iringan muzik.

Guru membuat penutup sosial.

BBM :

Projektor LCD

Komputer riba

Skrin

Layang-layang

Rakaman lagu

KP :

Interpersonal

Verbal linguistik

Nilai Murni

Keberanian

Disiplin

KAEDAH PENGAJARAN

Dalam penyediaan RPH ini, saya menggunakan pendekatan Pengajaran Berasaskan Projek. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara projek merupakan suatu kaedah yang difikirkan amat sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid masa kini. Bagaimanapun sesuatu projek memerlukan perancangan terperinci serta kaedah pelaksanaan yang sistematik di samping keperluan sumber serta kepakaran yang sesuai. Sehubungan itu kajian ini cuba untuk merungkai perseoalan berkaitan keperluan serta cabaran dari aspek perancangan dan pelaksanaan projek bagi meneliti kesesuaiannya dalam membawa nilai tambah ilmu kepada murid serta sumbangan kepada pembelajaran.Suatu isu yang tidak kurang penting juga ialah kesesuaian projek dilaksanakan dalam semua jenis pesekitaran sekolah. Hal ini merangkumi bukan hanya persekitaran terdekat sesebuah sekolah malah lokasi atau tempat yang jauh dari sekolah. Maka kajian ini cuba mendapatkan maklumat berkaitan kesesuaian projek dilakukan di sekolah dengan mengambil kira pelbagai kekuatan dan kelemahan persekitaran sesebuah sekolah dari segi keterdapatan bahan, sumber serta keperluan peralatan dalam pelaksanaan projek.

Pengajaran berasaskan projek merupakan suatu kaedah pengajaran yang menekankan kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Kaedah ini menekankan pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui "Handbook- Project Based Learning" menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah lama yang memfokuskan guru sebagai pemberi ilmu. Kaedah ini melibatkan penerokaan ilmu melalui pemerhatian serta kajian di lapangan atau dunia sebenar.ISU DAN HALANGAN PENGAJARAN BERASASKAN PROJEK Saya menghadapi beberapa halangan dalam melaksanakan proses Pengajaran Berasaskan Projek ini. Perkara pertama yang saya hadapi ialah proses penyediaan bahan untu membuat wau iaitu buluh. Tidak semua murid dapat membawa bahan yang diperlukan.apabila sampai masa untuk proses membuat projek, murid tidak menyediakan bahan dengan selengkapnya. Selain itu, tidak semua murid memberikan kerjasam ketika rakan mereka menyediakan rangka wau. Murid juga lebih mengaitkan permainan layang-layang walaupun saya telah menerangkan mengenai perbezaan antara wau dengan layang-layang.CARA MENGATASI HALANGAN

Sebagai guru, saya telah menyediakan bahan-bahan tersebut secukupnya supaya dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang tidak mengambil bahagian ketika rakan mereka membuat kerja projek, telah saya panggil untuk mengemaskan ruang mereka bekerja untuk mengekalkan kebersihan kelas dan mereka memberikan kerjasama.

PENGURUSAN PERSEKITARN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya meminta murid supaya berhati-hati dengan penggunaan peralatan tajam seperti pisau. Begitu juga dengan buluh. Saya mengingatkan mereka mengenai bahaya bermain dengan peralatan seperti buluh kerana buluh juga boleh mencederakan mereka.RUJUKAN

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.

Abdul Rasid Jamian. 2011. dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar (The Problems Pertaining To Reading And Writing Skills In Malay Language Among Rural Primary School Children) Vol. 1, Bil. 1.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:

Penerbit Fajar

Yahya Othman, Aisah Md. Daud, Azmey Othman, Dk. Siti Ardiah Pg. Mohiddin, & Maszuraimah Muizz Sulaiman. 2012. dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: Pelaksanaan Pengajaran Membaca Menggunakan Kaedah Fonik Peringkat Prasekolah Di Brunei Darussalam

(The Implementation Of The Teaching Of Reading Using Phonics Method At Preschool Level In Brunei Darussalam).Vol. 2, Bil. 1 (Mei. 2012): 93-109PEMARKAHAN

PAGE